Langit Ilahi

11:26 AM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

(catatan awal: tiada kena mengena dengan blog terkenal Langit Ilahi )


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali Imran: 190)


Sewaktu kecil dahulu, saya hanya pernah sekali menjejak ke langit. Tapi tika itu, yang ada di hati hanyalah keseronokan berada di perut besi yang terbang buat pertama kali. Namun sekarang setelah hampir tiga tahun merantau ke luar negeri, saya berpeluang berkali-kali kembali menyapa awan di langit tinggi.

Entah kenapa, berada di langit, perasaan di hati terasa sangat asyik. Terbuai ketenangan melihat dunia di sudut di berbeza buat seberapa ketika. Tambah takjub melihat hebatnya ciptaan Allah yang tak terjangkau dek akal manusia.

Yang dulu besar kini jadi sekecil semut. Yang dulu tak terpandang mata kini jadi peta yang luar biasa. Apatah lagi ketemu kepulan awan yang membukit seperti himpunan salji. Apa rasanya ya? teringin nak tahu.

Sungguh, semuanya buat saya tak pernah bosan berada di angkasa. Tentu yang sampai ke bulan lebih hebat perasaannya.

Di langit, saya senang kembali kembali jadi hamba. Tiada gangguan, tiada godaan. Hanya terhampar awan yang seputih salji dan bumi yang seindah lukisan. Cukup untuk buat saya terpaku betapa hebatnya Dia dan kerdilnya saya. Malahan ilham sangat tenang ditemui dibalik langit yang membentang di sisi. ;)

Kenapa saya rindukan langit sekarang? Entahlah, rasa seperti ada sesuatu yang kurang sekarang. Seperti terkurung. Dan secara tiba-tiba rasa mahu terbang. Ke langit sana. Untuk kembali tenang dan melihat agungnya Dia. (Kalaulah kapal terbang itu bas, pasti senang hati saya. huhu..)

p/s: Ada satu persoalan yang saya selalu terfikir. Kayangan itu sebenarnya apa? Langit? Syurga? Atau sekadar mitos dan lagenda? Cerita-cerita kayangan selalu buat saya teruja terlebih depan tv waktu kecil dahulu. ;)

******************************************************************************

Sesi Berkenalan dengan Langit dan Bumi

(dari kaca mata kamera sendiri)

1. Ini langit dan bumi permulaan kembara. Sewaktu pertama kali meninggalkan Malaysia. Cantik kan tanah air kita? Hijau dan biru seakan berpadu. Manis di mata walau sayu di kalbu. Dari atas, bangunan itu seperti lego kan? Langsung hilang kebesaran sebuah bangunan, dari sini nampak seakan sekadar mainan~ Itu bangunan yang gah. Manusia bagaimana agaknya?





2. Ini pula bumi JOrdan dari bahagian atas. Terasa mahu menangis sewaktu pertama kali tiba. Jauh beza benar dari Malaysia. Tapi tandus bukan sebarang tandus. Jangan lupa ini bumi sejarah kita, bumi penuh khazanah dan rahsia. Eh, tiba-tiba sayang JOrdan. ^_^



3. Ini pula langit sewaktu dalam perjalanan dari Granda ke Cordova. Bertemu subuh di tengahnya. Subhanallah. Tak tahu nak cakap macam mana indahnya. Memang terpaku sungguh-sungguh bila nampak gabungan pelbagai warna di sini. Nasib baik tak pandai melukis langit. Kalau tak, dah lama jadi bahan...





4. Ini bumi Cordova. Macam penuh gandum, sekali bila dah turun bawah baru tahu 'gandum' ini lebih tinggi dari bas double-decker. 'Autumn Jungle' barangkali.



5. Ini capture yang paling saya suka! Bukit bersimbah cahaya mentari di balik awan. Ada aura kuasa-kuasa ajaib di situ. Seperti dituruni sesuatu. Cantik kan? Ini di Granada, dalam perjalanan pulang ke Paris.



6. Dan selebih-lebihnya ini adalah langit yang sama di tempat yang berbeza di sepanjang perjalanan saya di atas sana. Ada di Malaysia, ada di Kuwait, ada di Bahrain, ada di Turki dan di pelbagai tempat lagi.

Mungkin entah negara mana saya saya tiba di atasnya sewaktu sedang mengambil gambar ini. Oh ya, saya juga suka langit di waktu malam. Gelap tapi senang untuk mengenalpasti lampu yang berkerlipan di bawah, tanda ada manusia di situ. ^_^
















********************************************************************************

Sekian kisah langit yang saya teringin nak bersua semula. Saya suka di atas sana.

Ada masa lagi dua bulan sebelum boleh menjejak langit. Dah mula terbayang-bayang sebenarnya. Tak sabar nak terbang dan pulang ~

Ada tugas sebenarnya yang sedang digalas. Di suruh menulis tapi malang ilham tak sampai-sampai. Ada siapa-siapa sudi sponsor naik ke langit? hehehe.. ;p

Akhir kalam, segala perkataan-perkataan 'naik ke langit' tiada kena mengena dengan kerajaan langit yang ber-arca teko itu. Huh, tetiba seram pula kalau ada yang baca salah makna. Na'uzubillahiminzalik~ Saya masih kukuh pada sunnah wal jamaah.. Insyallah.

Wassalam.

~ Langit, tolong aku kembali jadi hamba-Nya yang taat dan bersyukur. Aminn.. ~

6 comments

Write comments
umaralfateh
AUTHOR
March 16, 2010 at 9:26 PM delete

rupanya kamu suka duduk tepi tingkap.

Reply
avatar
March 16, 2010 at 10:48 PM delete

umaralfateh:
semestinya. sangat-sangat!

Reply
avatar
March 17, 2010 at 2:21 AM delete

ainul.. subhanallah..cantik sungguh..
mcm teringat lagu mawi..apatah ye, klu tak silap ada bunyi mungkin lebih biru langitmu di sebelah sana (heheh ye kut.. atau suka suki je cipta lirik sendiri..hhaha)

Reply
avatar
March 17, 2010 at 2:04 PM delete

kak nik:
^_^ saya tak tahu la plak lagu mawi tu akak.

Reply
avatar
madihah
AUTHOR
March 26, 2010 at 3:32 AM delete

salam akak..akak,kita sama!!waa...kalaulah kapal terbang tu mcm bas kan kan?

saya pun rindu mahu berada lagi di atas awan..

suke post ni huhu

p/s:hee,akak.saya sebenarnya tak ingat akak yg mana satu ni?huhu senior ramai sangat

Reply
avatar
March 26, 2010 at 10:36 PM delete

madihah:
ws dik. haha, memang bahagia ya amat lah kalau kapal terbang tu bas! awak balik tak tahun nih?

p/s: biasalah tu, takpe ada banyak masa lagi kita nk berkenalan nnti. nnti akak tegur awak bila2. ;)

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *