Kamu lebah atau nyamuk ?


Assalamualaikum

Tadi siang saya mengadu pada seseorang..

"Sibuknya hari kita. Macam langsung tidak ada waktu"

Lalu si dia menjawab sambil ketawa...

" Ah, jangan bohonglah. Sedangkan yang termiskin itu punya masa sebagai harta."

Alamak... ~ Benarlah, orang-orang miskin pun kalau dihitung tentang harta, masih masa itu adalah kepunyaannya. Bukan hak sesiapa. Kan?

Konklusinya kawan, hitungan perlu dibuat dari kegunaan masa yang bijak, bukan masa yang tinggal. Semua makhluk di dunia ini sibuk. Tapi mereka semua berbeza, terbahagi kepada 2 kumpulan yang nyata.

Saya wakilkan sahaja kepada lebah dan nyamuk di sekeliling kita. Dua binatang ini sangat-sangat sibuk jika kita perhatikan sedalamnya.

Tapi lihat ya, sibuk sang lebah itu dipuji melangit tinggi. Sedang sibuk sang nyamuk tidak diendah malah sering diketepi. Kenapa agaknya?

Kerana sang lebah sibuk memberi manfaat kepada manusia manakala nyamuk pula sibuknya banyak bawa bencana kepada kita.

Maka kawan, kamu di golongan mana? Sang lebah atau sang nyamuk? Fikirkan ya.. ^_^

"Allah,moga kesibukan kami bakal jadi bekal untuk kami bawa ke hadapanmu kelak dengan gembira. Amin ya rabb.."

5 comments

ayyash | March 20, 2010 at 1:07 AM

salam nul..

mtx maaf, tak dpt den nk menolong pasal ajk tu..mtx maaf bbyk..

ak doakn Allah mudahkan urusan ko..

ak tau ko sibuk lebah!!

Ainul Arina Madhiah | March 20, 2010 at 3:09 AM

ayyash:
ws. takde apalah, small matter je. lagipun aku dh jumpa pengganti. so takde problem dah~ ^^,

Fathiyah | March 20, 2010 at 10:16 AM

Ya Allah ainul, suka sangat entry ni. satu pendekatan yang mesra dalam menegur jiwa2 yang x pandai mengguna masa terhad yang Allah berikan. Kita selalu nak pk enjoy seblom mati sedangkan enjoy kita tu xde lah tahap dewa pon. X dak duit xleh nak enjoy. Enjoy lebey2 pon satni makan diri sendiri balik.Tapi kalau dapat enjoy di negeri abadi nanti, enjoy tanpa syarat...apa nak semua dapat. Manusia bukan x pandai nak pk mana lebih untung cuma kita x sabar untuk menunggu untung yang lambat..Ibu jari naik lah ainul!!!

Ainul Arina Madhiah | March 20, 2010 at 12:56 PM

fathiyah:
alhamdulillah.. semoga ada manfaatnya untuk semua. ^_^ betul2, memang agak menyesakkan nak tunggu enjoy yang last tu, tapi itulah stail Dia nak uji kita kan? well said dear..

sinarhati | March 25, 2010 at 2:23 PM

salam akak :)

m0ga disibukkan dengan perkara bermanfaat selalu ya, ameen~~

saling mend0'akan, salam^^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images