Tamsilan Cermin Sisi

12:22 PM 4 Comments A+ a-


(sumber : google )

Assalamualaikum..

Saya terfikir sesuatu..

Kita melalui hidup macam kita sedang bawa kereta. Kena selalu hati-hati, ada peraturan, perlukan minyak dan macam-macam lagi.

Dan yang paling saya nak cuba tekankan : Kita ada cermin sisi.

1.Walaupun kita dah tinggalkan masa lampau, kita masih boleh lihat apa yang kita tinggalkan di belakang.
2.Kadang-kala apa yang kita lihat dari cermin sisi buat kita terfikir bahawa kita pernah berada di sana dahulu. Kalau kita nampak orang dalam sisi sisi tu, kita juga akan rasa kita pernah berada di tempat orang tu dahulu.
3.Dengan cermin sisi juga, kita dapat belajar banyak benda dengan jadi lebih berjaga-jaga.

Apa yang saya boleh kata ialah cermin sisi adalah pemberi ingatan kepada kita: tentang masa dulu dan masa hadapan juga.

Cermin Sisi Hidup Saya - Hidup saya sekarang - Tamsilan Cerita Lama Saya Dahulu

Tamsilan = Pantulan, Biasan

Entah kenapa banyak benda yang baru jadi macam pernah jadi dulu atau sekurang-kurangnya buat saya tefikir apakah sesuatu yang sama pernah jadi dahulu. Baik atau buruk, macam ada kaitan dan perhubungan.

Saya melayan baik sebab saya pernah dilayan baik.
Saya tidak dilayan baik adakah kerana saya pernah tidak melayan baik juga?

Allah, kalau ini yang mahu Kau tunjukkan pada aku, ampunkanlah segala dosa aku dan dosa seluruh orang muslimin di dunia ini atas kealpaan kami. Amin ya rabbal 'alamin~

4 comments

Write comments
IRIS
AUTHOR
February 23, 2010 at 5:38 PM delete

Salam Nad..


Ada buku baru nak let go tak? =)

Akak setuju dengan Nad...apabila terbaca entry ini...tiba2 teringat perkataan 'Dejavu' pulak.

Reply
avatar
IRIS
AUTHOR
February 23, 2010 at 6:07 PM delete

Ainul...

Sori sangat2...akak dah keliru tadi antara awak dengan Nadiah Izzah Sakinah...aduhai.


Sori dik...

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *