Seruan Andalusia

Assalamualaikum...

Demi jejak cahaya
aku tiba kali kedua
dengan misi baru
aku nekad kembali ke situ

bukan napoleon yang aku rindu
tapi sejarah tariq yang aku buru
bersama sirah andalusia
aku tiba menyahut rasa
ziarah sepanyol julung kalinya
bersama perancis menuju cita

biar apa orang bersuara
aku kaya, boros atau gila
yang penting misiku berbeza
dulu menjengah, kini menjelajah
kerana perancis, bumi misi abbasiyah
menebar islam ke dunia eropah

andai dulu aku dungu
kini banyak yang aku mula tahu
maka itu aku tetap melangkah
membongkar rahsia sejarah
islam andalus dan eropah
agar diriku kian gagah
bersama keyakinan dari ilmu bumi allah......

---------------------------------------------------------------------------
p/s:

terlampau banyak kisah baru dan dahulu yang saya temui kali ini. Pengalaman kali ini teramat berharga.. tak sabar saya nak kongsikan bersama semua.. biar kalian tahu, bagaimana kisah saudara kita di sana - bumi andalus dan bumi perancis yang penuh rahsia...

doakan saya pergi dan pulang dengan selamat.. moga ada sesuatu yang boleh dikongsi dengan semua

4 comments

Abdul Munir Sanusi | February 3, 2010 at 2:57 PM

aku berharap suatu hari nanti aku dapat sepurnama di andalus bagi mengkaji sejarahnya

fathiyyah | February 3, 2010 at 8:37 PM

ainul! dh lama tak baca sajak ainul :)

n nak bc kisah andalusia sana. one day, akan pergi jugak bumi bersejarah tu! :)

suweileh family | February 4, 2010 at 2:23 AM

Selamat mengembara. Kami nak pergi jugak Spain. Boleh ikut

Ainul Arina Madhiah | February 9, 2010 at 3:10 AM

senior munir:
amin... semoga dimakbulkan impian itu.
andalusia terlalu berharga..

fathiyyah:
insyallah, akan diceritakan balik nanti ya..

kak ina:
terima kasih akak.. boleh je.. meh la. ^_^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images