Mukaddimah Ringkas Hikayat Kembara France-Espana

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kembara kali ini tamat dengan pelbagai perkara yang cukup bermakna. Berjalan mencari hikmah selama 2 minggu ke bumi Perancis dan Spain seperti tidak cukup untuk menggali keseluruhan mutiaranya di sana.

Pertamanya maaf pada yang telah saya janjikan untuk terus update dan berkongsi sebaik sahaja tiba. Internet dan komputer bermasalah buat masa sekarang. Ini pun sekadar menumpang seketika. Nanti pulih, insyallah saya akan kongsikan secepatnya.

Secara ringkasnya tanpa gambar dan fakta menyeluruh, mungkin saya boleh kongsikan beberapa info yang saya baru temui sebelum, semasa dan selepas saya berjaulah ke sana. Ada sesetengahnya yang agak menarik sampai saya terjerat untuk ke Perancis buat kali kedua dan tak sabar-sabar ke Sepanyol buat julung kalinya.. ;)

1. Buat penggemar sejarah Islam yang belum tahu, Islam sebenarnya telah pun menapak ke Perancis sejak dahulu. Bukan sekadar imigran, tapi dengan sepasukan tentera Islam yang hebat dan digeruni Kristian. Ada ceritanya sebenarnya cuma kita tak pernah tahu kerana sejarahnya seperti tersembunyi.

2. Di bumi Cordova, sudah tidak ada orang Yahudi melainkan dua tiga keluarga kecil yang sudah hilang identiti Yahudinya di sana. Mereka tiba dan pergi dengan pelbagai kisah dan di antaranya ada kaitan dengan orang Islam di sana. Unik dan lain senarionya dari biasa, itu yang saya rasa. Ceritanya tunggu ya~

3. Islam Andalusia jatuh kerana umatnya yang makin jauh, Kristian Sepanyol dan Portugal pula naik dengan beberapa sifat Islam yang makin ditinggalkan orang Islam sendiri. Apa? Bukan sekadar satu, dua atau tiga tapi banyak ceritanya. Ramai orang terbabit juga termasuk Melaka, Demak, Majapahit dan Acheh Indonesia.

4. Hanya ada satu masjid yang dibenarkan azannya berkumandang di luar masjid, lainnya semua azan dalam masjid sahaja. Masjid itu pula betul-betul terletak di antara sebuah gereja terkenal di kanannya dan sebelah asrama rahib wanita di kirinya. Masjid yang penuh kisah, penuh sejarah dari mula planning hingga kini.

5. Buat kesekelian kalinya, sejarah memaparkan seorang Non-Arab menjadi pemacu kemenangan Islam di bumi Sepanyol-Morocco sana. Seperti Salahuddin Al-ayubi yang berbangsa Kurdish, panglima kali ini berdarah Baberian. Gagah dan hebat! Siapa, cuba teka? Kisahnya sangat hebat!

6. Dahulu saya dimogokkan bahawa orang Perancis ini sombong-sombong belaka. Bila tiba di sini, lain pula yang saya jumpa. Mungkin jua Allah yang bantu agar tak jumpa yang perangai singa, tapi ada beberapa perkara yang saya baru tahu hingga terasa seperti ditegur - jangan mudah hakimi manusia sewenangnya~

7. Bahasa Inggeris adalah bahasa keempat yang saya guna sepanjang perjalanan ini kalau warga pekerja pelancongan tak termasuk dalam bancian saya. Tapi ada banyak cerita kenapa saya lebih suka begitu dan ada pengajarannya.

8. Kalian mungkin terdengar tiada Islam di bumi Andalus kini, tapi ketahuilah bahawa kini bilangannya meningkat, agak ramai sebenarnya. Walaupun jarang ternampak dek mata tapi akan ada masa tersendiri kita sendiri terbeliak, baru terperasan ooohh, ramai rupanya~ Bila? Kat mana? Bagaimana? Nanti saya kisahkan.

9. Apa agaknya perasaan seorang lelaki bila ada wanita yang berkata padanya 'Menangislah engkau seperti seorang wanita kerana kehilangan Andalusia setelah kau gagal melindunginya seperti lelaki yang perkasa'. Ouch, that's hurt! Tahu ayat ini? Apa ceritanya?

10. Al-Hambra sebenarnya sangat-sangat hampir dibom oleh Napoleon sewaktu perang dunia. Tapi terselamat dengan sipi-sipinya kerana seorang manusia. Kemudian nak tahu huduh bagaimana perangai perangai akhir umat Islam di Andalusia dulu, boleh baca novel Washington Irving yang amat terkenal di sini. Aduyai, malunya~ Entah tipu atau benar, tapi kalau tipu pun, betapa kita teruknya imej kita dijaja.

11. Salah satu ayat yang saya paling kagum mendengarnya " When you cannot travel over the world, make the world come to you.." Ayat yang mudah dan ringkas dari seorang bukan muslim yang sangat penuh makna sampai terdiam semua di sekelilingnya sewaktu dia berbicara. Kenapa? Nanti ya!


Oklah, panjang amat dah ini. Pendek kata, saya memang sangat suka, jatuh hati, bahagia datang ke bumi Andalusia walaupun masih ada kesedihan dengan keadaan Islam kini di sana. Sampai Swizterland yang indah itu telah saya jatuhkan tahta sebagai tempat yang saya nak datang balik dan diganti dengan Sepanyol yang hebat sejarahnya itu, disamping Turki juga! Tapi ada sikit terkilan tak terjejak ke Tours dan beberapa tempat lain yang saya impikan. Huhu, takpelah. Next time kalau Allah kasi rezeki.

Pergilah walau sekali kalau ada rezeki. Seriusly, sangat seronok untuk dikaji dan diteliti. Bagus untuk booster diri betapa anda sangat diperlukan untuk kembali menegakkan Islam ke tempat tertinggi, ustaziyatul alam seperti yang pernah terjadi. It's your mission. It's your destination. Whoever you are, whatever you do, it just like back to the basic.

Insyallah, cerita panjang lebar tentang perjalanan dan beberapa kisah di sebalik sejarah juga perjalanan jaulah akan saya kisahkan bila ada masa dan keadaan mengizinkan. Saya akan kongsikan sebanyak mana yang saya mampu supaya kalian tahu apa yang saya tahu, dan andai ada yang bakal pergi ke sana nanti moga ada perkara yang dapat membantu agar perjalanan bukan sekadar mata yang dijamu, tapi jua hati dan iman.. Insyallah~

8 comments

'Ezzah Al-Islam | February 13, 2010 at 8:43 PM

salam ainul, saspen2..

aci ke kalau kami nak jawab.. haha :p

btw,berbaloi melangkah berkali2 ke sana asal mata hati melihat dengan fikrah islamNya ye tak? nampak ainul antara pling bersmgt melihat dan menafsir.

huhu.. lagi2 masa kamu main ski itu, ku yg melihat jiwa2 yang menjerit "kerana tarbiyah semua boleh!".. haha.. bykkah lebam2?

p/s:mukadimah ringkas ke ni? :p

khaulah. | February 16, 2010 at 6:47 AM

Assalamu3laikumwbt, ainul.

nanti boleh la sertakan entry tentang budget nak g sana :)

Leh la menabung dari sekarang..hehe

v

Rie | February 16, 2010 at 9:27 AM

Tak sabar saya utk mengetahui kisah yg akan diceritakan...

ainshams | February 18, 2010 at 6:49 AM

salam..
yeah, akak taw..sejarah ms turki uhtamniyyah..zmn tuh, islam dah bertapak di Melaka..hebatnya, Melaka pon ada kaitan dgn kehebatan turki uhtamniyyah.. Islam di Msia..bilakah tiba saat seperti itu??

Anonymous | February 21, 2010 at 3:37 AM

salam adik.
adik kenal eh kak sarah dardiri?
akak dah lama lost contact dengan dia, nama akak najwa.
kawan dia masa kami sama-sama di matrics uia, tapi kak sarah sempat sebulan dua je dekat sana kemudian smbung ke jordan.
boleh tak nanti sampaikan salam akak pada dia, and akak teringin nak berhubung balik dengan dia. tolong ye.
email akak: najwa.mahzan[at]yahoo.com.
syukran ye adik. moga Allah sahaja yg mampu membalas jasa adik.

ishikawa | February 22, 2010 at 2:39 PM

waaa... sampai ke sini cik najwa mencari kite.. sorie.. dulu selalu contact gune friendster, tapi la ni dah tak xtive sgt da..
emel lame pun dah tukar..
rindu la angah....~

err.. sorie ye tuan rumah, kami berjejak kasih di blog anda~

Ainul Arina Madhiah | February 25, 2010 at 11:08 PM

izz:
no.no. takleh jwb! hehe.. ^_^
lebam takde, badan saya kuat! haha..
uh, tak ringkas eh? ;p

khaulah:
insyallah... ;)

rie:
tunggu....

Ainul Arina Madhiah | February 25, 2010 at 11:10 PM

kak ain:
masanya hanya tiba klu semua dh sedar dn bkerja dr skrg, kan?

kak najwa:
dah disampaikan akk. ;)

kak sarah:
haha, takde masalah! kk sarah sentiasa femes di blog ini. ;p

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images