Hati Terluka Di Cordova

4:59 AM 17 Comments A+ a-

Assalamualaikum..

Dalam hening pagi, saya bergerak penuh harapan ke Mozquieta Cathedral untuk melihat bangunan sejarah yang paling saya impikan..

Subhanallah.. memang mengagumkan apabila dilihat dari luar tapi..





Sebelum masuk ke dalam, saya diberi risalah tentang masjid ini. Sungguh! Faktanya sangat menyeleweng! Umat islam dianggap penyibuk yang mendirikan masjid di atas tapak cathedral sebelum Kristian mengambil kembali kawasan ini setelah keruntuhan Andalusia. Urgh, hati yang mula-mula tenang tia-tiba jadi menggelegak sedangkan kaki masih belum melangkah masuk ke dalam masjid.



Di dalam bangunan ini, masjid sudah hilang tanda. Yang tinggal hanya kesan-kesan sejarah. Semuanya sudah ditukarkan menjadi gereja. Penuh dengan gambar-gambar yang memuja tuhan mereka. Bunyi azan dan ayat quran telah lama lenyap dan diganti dengan nyanyian gereja dan bunyi loceng yang berdenting saban waktu.



Mimbar dikunci. Lakaran-lakaran islam hanya terpamer di balik kaca. Hilang ditelan zaman. Hendak dibangga pun rasa tak guna. Kalian lihatlah sendiri betapa masjid ini seakan tercemar penuh cela. Malu rasanya. Sedih tak terkira. Pedih!



Sungguh, air mata saya tak berhenti mengalir. Saya sebak melihat masjid diperlakukan sebegini rupa. Sakit hati bertambah berganda bila propaganda kristian diagung-agungkan dan islam dihina sehingga sebegini rupa. Terasa seperti masjid ini menjerit-jerit meminta tolong dari umat islam yang bertandang tapi saya hanya mampu memandang.



Kamu tahu, di sini kami dilarang bersolat. Kami dilarang berdoa. dan kami dilarang berbuat apa-apa. Semuanya serba dilarang atas nama ini adalah gereja! Dan apabila kami bertemu rakan-rakan Islam dari luar, kami diarahkan berpisah kerana 'disini tidak dibenarkan berkumpul'. Benci! Sangat saya benci! Setiap gerak kami diperhati!



Tapi maaf, saya bukan penurut kebatilan. Peluang yang ada saya gunakan sebaiknya untuk bersujud syukur di tanah Andalusia, di bumi Masjid Cordova dimana ini tanah Islam yang pernah menjadi saksi kebangkitan Islam di dunia. Di hujung sudut masjid, saya bersujud penuh harap dicelah-celah saat pengawal terleka, tanpa tahu arah kiblat saya bertawakkal kepada-Nya (alhamdulillah, insticnt kiblat saya tepat akhirnya)... Alhamdulillah, saya berjaya.



Di hadapan saya, baru saya terjumpa mimbar. Mimbar yang berpagar! Supaya jauh dari manusia, hanya mampu dilihat tanpa mampu dirapat. Mengigil tangan ini menggenggam pagar yang memisahkan kami. Saya benci! Di fikiran saya terbayang-bayang, di sini dahulu penuh jutaan manusia sujud menghadap Allah. Mungkin termasuk jua Ibnu Sina, Ibnu Rus, Zahrawi dan sekelian manusia Islam hebat yang lainnya. Rindunya pada mereka...



Semua pertanyaan kami tentang Islam di masjid ini hanya bakal dijawab " ini bukan masjid, ini adalah gereja." Tersiat-siat rasanya hati di sini. Malah lebih menyakitkan apabila perhimpunan paderi bermula, penuh dengan bau kemenyan dan bunyian gereja. Sedang saya di hujung masjid ini sedaya upaya mengalunkan ayat Quran, supaya masjid ini masih ada ayat-Nya yang kekal berkumandang walaupun sayup dan sipi, tapi saya yakin suatu hari nanti, masjid ini akan kembali ke sisi kita..

Saya sumpah! Saya pasti! Umat Islam pasti kembali ke sini. Jika ada peluang dan rezeki saya menyaksikan masa tersebut, saya mahu kembali ke sini. Saya mahu bersujud bukan lagi dengan ketakutan dan keraguan, tapi dengan kebahagiaan dan kesyukuran.

Allah, kembalikanlah masjid ini ke tempat yang sepatutnya. Kau bangkitkanlah umat ini kembali supaya kami tidak lagi dihina sebegini dan Islam kembali menerangi alam-Mu yang sekarang dalam kezaliman. Aku sebagai hamba-Mu akan sedaya upaya berjuang agar Islam kembali menang. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

17 comments

Write comments
February 9, 2010 at 11:21 AM delete

salam..
subhanallah kak..
bestnya dpt g tempat sejarah tu..
alhambra singgahsanamu pernah bersinar..
6_6

Reply
avatar
SoFie NuR
AUTHOR
February 9, 2010 at 12:20 PM delete

sayu bace entry ni...
semoga islam kembali bersinar...ameen~~~!!

Reply
avatar
yellowrose
AUTHOR
February 9, 2010 at 1:15 PM delete

rindunye kat cordoba...granada..rindu rindu...

Reply
avatar
February 9, 2010 at 3:33 PM delete

ameen ya Allah ameen ya rahman ameen ya rahim... semoga masjid ini kembali ke fungsi asalnya..

Meniti airmata akak Ainul..sedih sungguh.. moga2 doa Ainul dimakbulkan bersama doa2 sekalian umat Islam yg ingin melihat masjid indah ini kembali milik kita.

Reply
avatar
IRIS
AUTHOR
February 9, 2010 at 6:59 PM delete

Salam Ainul...

Teringin nak jejak kaki ke sana.

Best nya.

Reply
avatar
MaUt
AUTHOR
February 10, 2010 at 1:45 PM delete

salam ainul,

best post ni..tgk gambar cantek2, tapi di sebalik segalaNya punya suatu tanggungjawab yang terpikul di atas bahu setiap individu muslim..update la lagi apa yang awak dapat sepanjang permusafiran ..jazakillah ^_^

Reply
avatar
silversarina
AUTHOR
February 10, 2010 at 10:58 PM delete

Tak sedar airmata makcik mengalir tatkala membaca entry ini ... sayu dan hiba , Islam diperlaku sedemikian rupa , InsyaAllah Islam pasti akan kembali .

Lama dah kami teringin nak ke Spain, doakan agar termakbul cita2 kami .

Reply
avatar
Rie
AUTHOR
February 11, 2010 at 12:07 AM delete

Subhanallah...
Moga-moga masjid ini dapat dikembalikan fungsinya yg asal agar kedengaran lagi berkumandangnya azan...

Reply
avatar
jejakalkindi
AUTHOR
February 11, 2010 at 5:43 PM delete

salam..

sayu betul membaca nukilan thia kali ini..Cordova yang dulunya penuh dengan Nur Islam kini hilang di telan zaman..semoga keagungan Islam akan kembali ke sini..

dan apa yang berlaku kepada bumi Cordova, semestinya menjadi pengajaran buat kita semua..

Reply
avatar
Mehmed Aimi
AUTHOR
February 11, 2010 at 6:35 PM delete

Subhanallah...beruntgnya hg dpt jejakkan kaki ke tmpat yg trsgt2 aku impikan utk sampai jejakku ke sana slps dua Tanah Haram...Allah berhak memberikan kekuasaan kepada sesiapa yg dikehndaki-Nya...n Dia gak berhak menarik balik kekuasaan kepada sesapa ja yang dikehendaki-Nya...begitulah di Andalus, Baghdad, dan kerajaan Melaka yg punya kisah yg serupa...

Reply
avatar
b&B
AUTHOR
February 12, 2010 at 1:39 AM delete

Salam, ainul.

Nanti dah balik boleh buat bajet ringkas utk ke sana. :)

Teringin gak nak ke sana.
InsyaAllah.

Reply
avatar
February 13, 2010 at 3:03 PM delete

insyirah:
ws.. ;) alhamdulillah, allah kasi rezeki pergi tahun nih.. best sgt~

kak sofie:
amin......

kak asma:
saya pun rindu gak sama dah sekarang. nak pergi lagi~~~

Reply
avatar
February 13, 2010 at 3:06 PM delete

kak nik:
amin... memang patut pun kita umat islam doa macam tu balik supaya islam kembali ke tempatnya yang teratas, kalau tak, zalim maknanya. moga2 makbul doa semua umat islam... amin..

IRIS:
ws akak..insyallah, ada rezeki nanti mesti akak akan sampai ke sini jugak. saya doakan. ;)

Kak Farah:
yup, insyallah.. maybe lagi sehari dua kot saya update yang lainnya sama. baru je sampai rumah pagi tadi. ^_^

Reply
avatar
February 13, 2010 at 3:40 PM delete

makcik sarina:
aminnn.. insyallah, saya doakan. Spain memang sangat-sangat menarik untuk dilawati. Banyak sejarah yang sangat2 perlu umat islam tahu..

rie:
Amin.. harapnya cordova akan kembali pulih sikit demi sket macam granada..

bro fisol:
;) bro, saya ainul la, bukan thia. salah blog nih. huhu. ;) nvr mind.
insyallah, moga umat islam kembali sedar bahawa dahulu Islam pernah jadi lebih hebat dari barat semasa di andalusia, cuma sebab umat lemah, semua musnah.. take things for granted~

mukmin:
alhamdulillah, rezeki dari allah. moga2 hg pun dpat pergi sana gak satu hari nnti. amin..
betul, memang allah yang berkuasa beri atau tarik kuasa. dan sebagai manusia yang dilahirkan selepas sejarah berlaku, kita kena ambil iktibar supaya yang buruk boleh dihindarkan dan yang baik ambil buat pedoman.

b&B :
sapakah ini? peliknya nama. salah tulis yer? ;) bajet ringkas ke spain. insyallah, boleh je. tapi ini siapa ye? mcm mana nk kasi tau..?

Reply
avatar
February 13, 2010 at 8:31 PM delete

salam ainul,

cepat update. mmg tegar btol. bagus2... hoho..

kami berkongsi perasaan yg sma dgn ang. satu2nya tmpt yg paling tension skali spnjg kembara2 kita ni ialah mezquita ini.. sakit hati sgt2[nak menangis]

ni nak kongsi ayat berkaitan.
buka al-jinn72:18
"Dan sesungguhnya masjid2 itu adalah utk Allah, Maka janganlah kamu sembah apapun didalamnya selain Allah"

Reply
avatar
jie
AUTHOR
July 7, 2010 at 12:56 AM delete

tempat idaman ku ..
ingin sekali mennjejakkn kaki ke bumi andalusia ini.. di alhambra.. masjd cordova.. sungguh.. ya Allah mkbulkn doa ku ni..
hnya 3 p'ktaan mmpu diungkpkan.. kegemilangan..keindahan.. kedukaan..
subhanallah...
nk tnya blh? penulis ni study atau melancong di sini?
n cmne travelling g granada, cordova... huhuhuhu i really want to know..

Reply
avatar
July 7, 2010 at 10:33 AM delete

izz:
biasalah tu. hehe
thanks for the sharing.

jie:
salam kenal jie. ^_^
saya sebenarnya pelancong ke sana je. saya study dekat jordan.
pasal traveling ke granada dan cordova tu saya dh buat travelog khusus dekat entry sebelum entry terbaru. - june 2010 travelog spain, tngok do blog archieve ya. harap boleh mmbantu

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *