Tetamu Ukraine

5:30 AM 9 Comments A+ a-


Assalamualaikum

Kalau bulan lepas, kami menerima kunjungan orang Alexandria, bulan ini kami terima lagi tetamu istimewa dari luar. Riuh rendah rumah kami semalam apabila kakak-kakak Ukraine datang menumpang tidur dalam kelana mereka menjelajah Timur Tengah. Daripada enam orang, tiga menginap di rumah saya, dan tiga lagi di rumah YDPah Kelantan iaitu Kak Hasnita. Kesemuanya kakak final year di CCSMU - Kak Aisyah, Kak Aimul, Kak Mas, Kak Awin, Kak Ain, dan Kak Madiha.

Memandangkan saya sangat kurang kawan di Ukraine (setakat kenal kak Maya dan Kak Soffie), saya rasa makin semangat nak jumpa kakak-kakak yang saya belum kenal ini lagi. Dalam kepala dah terbayang-bayang haaaa bolehlah nanti nak korek banyak info tentang Ukraine dan tambah kawan baru. Manalah tahu nanti boleh jalan-jalan sana kan? ;p

Dan Alhamdulillah malam semalam kami bertemu juga. Walaupun baru pertama kali berjumpa (tumpangkan rumah sebab orang minta tolong), berbual dengan diaorang dah rasa macam kenal lama sangat. Tambah-tambah bila berjaya mencari hubungkait kawan-kawan kami dan kongsi-kongsi pengalaman, maka makin banyaklah yang kami sembangkan sampai lewat malam. Best! (sangat jenuh mencari siapa junior mereka di sini. Warga SAMBEST dan Hira, senior korang kirim salam. Sori lambat inform terutama kepada Kak Asma Haslan yang tengah kebengangan.. Muahhaha..)

Pagi ini, kami bawa mereka jalan-jalan ke JUST seperti pelajar biasa walaupun masa di JUST sangat sekejap kerana ustaz murakib dah sampai, tapi insyallah ok je rasanya. Di JUST macam biasalah, ambil gambar merata-rata.Segan juga sebenarnya nak berposing di universiti dalam keadaan semua orang tengah berduyun-duyun nak ke kelas. Tapi tetamu punya pasal, bantai je lah buat muka tembok~ hehe...

Terkilan satu je, tak sempat nak bawak kakak-kakak tu naik gonggok sebab gonggok tak sampai-sampai lagi padahal kakak-kakak tu dah semangat gila nak naik. Hurm, takpelah. Kita hantar gambar je nanti. Usai di JUST, mereka meneruskan perjalanan ke tempat-tempat lain di Jordan dan kami pula bergerak ke kelas masing-masing. Muka masing-masing ceria teramat. Macam hilang stress pun ada bila ada tetamu.

Di universiti, ada kawan yang bertanya tak penat ke terima tetamu, layan dan bawa jalan merata? Maka saya akan menjawab " Penat tu ada tapi seronok lagi ketara ". Sebabnya saya pernah merasa sangat bahagia menjadi tetamu kepada tuan rumah yang sangat baik dan peramah dan best bila saya mengembara di luar negara, dan saya mahu tetamu saya dapat merasa seperti apa yang saya rasakan juga bila saya menjadi tuan rumah mereka. ^_^

Saya masih ingat ketika saya ke Leeds dan London, tuan rumah yang kami tumpangi adalah kawan kepada kawan/saudara saya. Langsung saya tak kenal mereka. Perasaan cuak jangan katalah, sangat-sangat tinggi. Takut mereka tak suka, takut mereka tak peramah, takut menyusahkan - semua benda saya terfikir. Dah la kita orang baru, rasa semacam je nak datang rumah mereka.

Tapi bila saya tiba, mereka terima saya dengan sangat terbuka. Layanan mereka sangat hebat walaupun mereka sangat sibuk. Semua untuk kami dilebihkan, malah kalau mereka tak sempat buat sesuatu, panjang lebar mereka beri pesanan,nasihat, siap bungkuskan makan minum belanja semua lah. Telefon tanya keadaan pun macam setiap masa. Memang terasa sangat dihargai. Daripada orang asing, dah rasa macam kakak-kakak sendiri.

Dan yang saya tahu, bila saya nak balik, buat pertama kalinya saya rasa sebak untuk pulang. Rasa dah sangat rapat walaupun baru jumpa diaorang setakat dua tiga hari. Mungkin juga sebab dah tahu lepas ni sangat susah nak jumpa mereka lagi. Tapi, itu perasaan yang pertama kali saya rasakan terbentuk atas dasar ukhwah yang sangat tinggi dalam masa sekejap. Serius, saya sangat-sangat terkesan. Mereka sangat hebat!

Sebab itu sekarang bila saya ada tetamu, saya mahu mereka merasakan apa yang pernah saya rasakan dulu. Tapi sampai sekarang saya rasa saya belum cukup menjadi tuan rumah yang cukup baik untuk tetamu-tetamu saya. Harapnya tetamu-tetamu saya berpuas hati dengan layanan kami. INsyallah..

Kawan-kawan, jangan segan-segan terima tetamu. Meraka bawa berkat yang sangat banyak. Alang-alang dah duduk negara Arab, mari kita tiru budaya orang-orang Arab yang sangat memuliakan tetamu ini. INsyallah banyak kebaikannya dan semoga mendapat ganjaran di sisi Allah. ^_^


********************************************************************************

6 Januari : Selamat Hari lahir, mama!!! Semoga mama sentiasa bahagia di dunia dan akhirat~ Rindunya nak balik Malaysia...

********************************************************************************

9 comments

Write comments
IRIS
AUTHOR
January 5, 2010 at 7:15 AM delete

Selamat Hari Lahir juaga buat mama.

Best kan jumpa kawan2 baru. Apatah lagi di rantau. Ukhuwahnya terasa lebih erat.

Semoga berjaya Arina.

:)

Reply
avatar
Rie
AUTHOR
January 5, 2010 at 6:24 PM delete

Memang seronok rasanya kalau ada yg bertandang ke tempat atau rumah kita...

Reply
avatar
waN eSah
AUTHOR
January 6, 2010 at 12:33 PM delete

salam ainul..
hehehe..jgn malu2 datang sini lagi ek ;p

Reply
avatar
ayyash
AUTHOR
January 6, 2010 at 2:03 PM delete

salam ciknul..

sgt bgs..ko kenal sgt ramai org..

Reply
avatar
January 6, 2010 at 8:56 PM delete

IRIS:
terima kasih akak. betul, memang sangat seronok sebenarnya. Dah keluarga tak ada, memang kita bergantung sepenuhnya kepada rakan yang ada. ^_^

Rie:
ini gaya macam selalu jaid tuan rumah jugak je nih. ^^,

wan aisyah:
ws esah.. oh , kalau ada rezeki lebih , mesti punya. aku pun dah rindu dengan rumah hang.. hehe.. hang kalau datang jordan, wajib ok datang rumah aku. ^_^Y ditanggung beres~

ayyash:
ws ay.. ramai-ramai aku kenal pun, aku still fail habis kenal dan ingat junior n budak jordan baru, tak macam kak ay.. ;p

Reply
avatar
faiq zaini
AUTHOR
January 7, 2010 at 12:21 AM delete

salam~

besnye member2 dtg..

Reply
avatar
January 7, 2010 at 5:15 AM delete

faiq zaini:
ws. best2, member baru datang pun dah best, apatah lagi kalau member lama..

Reply
avatar
Nadia Yuna
AUTHOR
January 8, 2010 at 3:47 AM delete

salam dear

terima kasih datang blog akak.akak mintak maaf tau. lamaaa tak singgah sini. semua tempat pun lama akak tak pegi. akak macam super duper busy

maaf tau

love, sis nadia =)

Reply
avatar
January 9, 2010 at 12:27 AM delete

kak nadia:
ws akak.. benda kecik je pun.. saya faham je. ^^,

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *