Terus



Assalamualaikum..

Sejenak bersembang dengan teman tentang kejayaan, saya terasa kembali diawangan mengimbau pengalaman. Jika ditanya apa pernah saya gagal dalam peperiksaan, jawabnya ya. Tapi entah mengapa impaknya kurang kuat berbanding sebuah pengalaman lain.

Ceritanya bermula ketika saya tercungap-cungap berjuang sebagai pelajar baru di sekolah berasrama penuh. Kalau dahulu di sekolah lama, saya santai dengan kedudukan di hadapan hingga wujud perasaan sangat tercabar jika dikalahkan tapi di sekolah ini, persaingannnya terlampau sengit. Saya menjadi sangat inferior dan tertekan.

Mendapat markah dan kedudukan sederhana sudah saya lali tika di sini. Tapi paling saya sukar lupakan apabila saya hanya hanya mendapat tempat ke-40 walaupun telah mendapat 10A1. Satu perasaan putus asa yang sangat berat dan tak kan saya lupakan.

Masih saya ingat betapa harapan setinggi gunung untuk mencatat keputusan yang tinggi atas pencapaian ini seakan berderai apabila melihat nama saya di kedudukan secorot itu. Sungguh, saya sudah sangat-sangat putus asa! Menangis tak berhenti jadinya kerana mengenangkan kalau begini, pasti saya langsung tidak akan berjaya sampai bila-bila. Rakan-rakan yang lain terlampau hebat~

Tapi saya perasan, sejak itu sikap terlampau tertekan saya seakan makin berkurangan. Saya seakan sudah redha diri tidak sebijak mereka. Maka, teruskan sahaja perjuangan sendiri sedayanya tanpa perlu saya pandang pada kehebatan mereka. Alhamdulillah, syukur juga saya masih bertahan pandang ke depan walaupun sudah tak berapa pandang kiri atau kanan.

Kegagalan sebegini mengajar saya bahawa masih ramai yang hebat di sekeliling saya tapi saya tak perlu memaksa diri lebih hebat dari mereka. Cumanya menghebatkan diri sehabis baik masih tunjang utama. Bersyukur dan terus berusaha itu yang lebih penting. Jadi, walaupun nampak lemah berbanding yang lain, teruskan sahaja langkah berusaha hingga ke akhirnya. Saya tanamkan dalam diri di akhir nanti pasti saya akan ada peluang mengatasi mereka. Biarlah walau lambat, saya akan terus mencuba. Dan selepas itu, alhamdulillah keyakinan saya membuahkan hasil. Itu kisah zaman sekolah.

Kesannya, hingga sekarang paras kritikal saya untuk merasai kegagalan yang teramat sangat sudah semakin tinggi untuk saya rasai. Maknanya, saya seperti sukar untuk terlampau menangisi kegagalan. Bagi saya, selagi belum tamat maka itu bukan di kira kegagalan walaupun keputusan kita kurang memberangsangkan. Mungkin juga kerana itu, saya termasuk dalam golongan tiada riak setiap kali keluar dewan peperiksaan.Teruk pun kadang-kadang boleh ketawa dalam kecewa.Malahan, saya sudah pandai pelik bila manusia yang markahnya turun hanya sedikit, tapi radangnya kalah Godzilla. Setakat ini perasaan seteruk pengalaman itu masih belum saya rasai buat kali kedua. Cukuplah sekali, itu pun sukar saya nak lepaskan diri.

Di zaman universiti, saya seakan mengulang kembali zaman di sekolah berasrama penuh. Kesukaran menempatkan diri dalam golongan bijak pandai sudah menjadi kelaziman. Kagum melangit mendengar markah-markah mereka. Walaupun cuak dengan diri sendiri, tapi saya masih berkeyakinan mungkin tempoh kejayaan saya masih belum tiba dan saya perlu terus berusaha.

Sukar sebenarnya berada di sini walaupun saya sangat suka dan bahagia. Cumanya sehingga sekarang saya berpegang kepada pengalaman bahawa saya pernah berjaya menempuh kesukaran di zaman sekolah, maka andai saya terus berjuang seperti dahulu, saya tetap akan berjaya sekarang cuma masa kejayaan sebenar masih belum diketahui bila. Rindu benar saya pada motto lama : PUT YOUR TRUST IN ALLAH. Jadi, silakan terus usaha selagi belum tamat masa yang ada. MOga kita tetap akan berjaya walaupun di akhir jalan baru bersua.

( mode cari motivasi )

3 comments

Anonymous | January 4, 2010 at 11:28 AM

salam..pengalaman ana..
kalau markah rendah tu biasa..
kalau dapat markah tinggi jadi pelik..
dan ana tak pernah menyesal dapat markah berapa pun..
sebab tak pernah ada target tertentu..
sebab pada pandangan ana markah ni tak ada apa2 yang istimewa..
tp ana suka orang2 yang dapat markah tinggi..
cuma ana tak berminat dan excited nak dapat markah tinggi.
kecewa itu amatlah jauh sekali..
sebab ana tau semua org mahu kerja yang bagus2 dan semua orang mahu tolong orang..
biarlah ana berada di dalam alam pekerjaan yang sederhana..
kalau orang tak tanam padi mana mungkin orang lian dapat merasa..

Ainul Arina Madhiah | January 5, 2010 at 5:21 AM

anonymous:
^_^
betul,semua pekerjaan memang ada fungsinya tersendiri yang tak ada pada orang lain.

ismiizzah | January 5, 2010 at 5:50 AM

salam dr ainul..
Ingin saya kongsi sedikit perkara..
"kita selalu memandang diatas..
sampai kita lupa yg berada di bawah...."..

sedarilah bahawa kadangkala Allah mahu kita rasa bagaimana menjadi manusia yg di bawah..
mahu kita memahami perasaan manusia yang selalu mendapat hasil yg tidak terbanding dengan manusia yang selalu berada di atas..
bukan yang diatas itu selalu bahagia..
dan bukan di bawah itu selalu derita..
Siapa punca segala rasa?? hanyalah ALLAH pemilik hati kita..

Bersyukurlah dimana kita berada dan tanyakan pada diri.. dimana posisi iman kita dalam syukuri nikmayNYA...

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images