Nota Dari Bunga Matahari




Assalamualaikum....

Ini salah satu gambar yang saya paling suka.Cantik kan suasananya? Kontras biru kuning dan hijau. Sayang sedikit sebab kurang 'sharp'. Lagipun ini gambar sewaktu di atas bas. (Cuba teka dekat mana?)

Bunga matahari agak unik dan saya tertarik pada sifatnya yang 'heliotropism' yakni bunganya sentiasa menghadap ke arah cahaya matahari walau ke mana matahari pergi. Hari ini timur ke barat. Esok pun tetap timur ke barat.

Bila diperhati, seakan bunga ini ada satu keazaman yang tinggi. Walau semendung mana hari yang mendatang, di mana ada cahaya matahari, disitu bunga matahari akan tegak berdiri dan terus memandang ke langit. Walaupun malam tetap tiba, tapi hari esok masih kekal ada untuk bunga matahari terus melihat cahaya mataharinya~ ^_^

Macam falsafah kehidupan yang cantik kan?

Itu adalah si bunga matahari.

Manusia?

Semua dari kita mesti pernah berdepan dengan hari yang teruk. Tambah-tambah kalau mula dari pagi sampai ke tengah malam. 'Bad Hair Day' kata orang. Ditambah dengan orang sekeliling yang menyakitkan hati, kerja yang menimbun, asakan yang bertalu-talu dan perasaan inferior atau sebagainya.

Pasti sangat 'fed-up' dan mahu berhenti di saat itu jugak! Waktu itu, mesti kita terfikir-fikir dengan ribuan ayat 'kalaulah begini..kalau begitu..'

Dan sebagai pelajar perubatan di Jordan, ahh betapa banyaknya ketidak-puasan hati yang pernah saya suarakan rasanya. Cuti seciput, perubatan susah, kerja bertimbun, Arab yang memeningkan, target awal datang Jordan yang makin lari dan macam-macam lagi. Banyak sungguh rupanya~

Tapi saya selalu lupa, semua yang saya hadapi rupanya melatih saya untuk menghargai semua benda-benda yang pernah saya ada. Dan saya juga mungkin terlupa bahawa yang teruk dan menyusahkan itu bila saya berjaya laluinya, kepuasan yang terasa sangat luar biasa.

Dan yang lebih penting selepas yang teruk berlalu, pasti sesuatu yang lebih baik akan menjelma. 'Far away better'~ Insyallah. Cumanya perlu terus tahan dan tahan dengan keyakinan Janji Allah tetap akan tiba seperti yang kita harapkan....

Biasalah, hidup tanpa dugaan itu kan macam pelik saja bunyinya ( kan? kan? )

Sedangkan si bunga matahari itu pun perlu melalui malam sebelum kembali berdiri bertemu cahaya, inikan pula manusia yang tentu jalannya lebih 'istimewa'..

Eh bunga matahari, pandai yer engkau mengajar kami makna dunia~
Jawapan khayalan: Allah ciptakan setiap makhluk kan ada fungsinya ~

Jadi, mari-mari tiru bunga matahari ----> Saya akan sentiasa tunggu matahari!

" Pain-pain go away "
"Let the sun shine in my day "

\(^_^)/

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

p/s: Itu Nota buat rakan-rakan yang kerap 'cedera' di musim peperiksaan macam saya ~

* Nota tambahan untuk diri sendiri: Sudah 3 tahun saya di sini, hanya berbaki 3 tahun sahaja lagi.. Separuh sudah selesai walaupun susah. Jadi tak mustahil separuh yang ini juga boleh saya lunaskan walaupun payah. Mereka mungkin hebat sebab macam senang untuk berjaya, tapi kita juga hebat kalau terus berusaha tanpa putus asa.. Apa bidang sekalipun, ilmu ubat ilmu agama atau ilmu sebagainya, teruskan usaha untuk majukan diri! teruskan usaha! Ganbatte! Ganbatte!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

14 comments

Nadia Yuna | January 17, 2010 at 4:42 PM

cantiknya. akak imagine akak dok baring atas tu. heaven. tapi rosak pokok bunge. hehe

dugaan mematangkan kita =)

silversarina | January 17, 2010 at 5:14 PM

Macam tau-tau aje...semalam baru makcik sibuk google pasal bunga matahari sebab doktor makcik suruh makcik tukar minyak masak dari minyak kelapa sawit ke minyak bunga matahari yang rupanya terlalu banyak khasiatnya .

Ingat masa naik bas di turki , saujana mata memandang ladang bunga matahari dan turki antara negara pengeluar minyak bunga matahari utama dunia .....ni gambo di turki kan ..hava a sunny sunflower day dear!!

ayyash | January 17, 2010 at 8:26 PM

salam alaik..

entri ini sesuai dibaca utk sume peringkat umur..sgt positif..best2..

'Ezzah Al-Islam | January 17, 2010 at 11:29 PM

huhu.. cinul.
falsafah dari alam. Unik!

bitaufeeq utk baki 2 exam ni. Tahniah ES yang cmerlang..hihi

p/s: Meh la.. muhsineen terbuka untuk anda. balik kampung utk MSS n GIT jom!

Rie | January 18, 2010 at 12:04 AM

N3 yg menarik. Sedangkan tumbuhan pun mengharapkan sinar cahaya dari penciptanya apatah lagi manusia kan? =)

yellowrose | January 18, 2010 at 12:24 AM

kat turkey!!

Anonymous | January 18, 2010 at 1:25 AM

tidak..ini gmbar bukan di turki..
tpi di italia..betul x penulis?

Ainul Arina Madhiah | January 18, 2010 at 2:00 AM

Kak nadia:
ainul rasa kalau akak baring sini, akak yang tenggelam. Pokok bunga matahari ni tinggi akak... hehe... ^_^

makcik sarina:
terima kasih makcik.. Ooo, doktor suruh pakai minyak dia ye? memang elok pun, kurang kolestrol.. Tapi ini bukan di turki.. Ini kat tempat lain. Kat italy sebenarnya~ ^_^

ayyash:
insyallah, semoga ada manfaat untuk yang membaca.. ^^,

Ainul Arina Madhiah | January 18, 2010 at 2:03 AM

izz:
terima kasih.. alhamdulillah better than dulu-dulu tapi still tak lepas kehebatan korang.. huhu..
aku balik kampung esok kot.. ready masak sedap2 aaa... hehe

rie:
betul2.. ^^,

kak asma:
totttt.. salah! hehe. kat itali laa..

anonymous:
ni mesti ex-kelana convoy gak nih.. ya betul!! Kat itali sebenarnya tu.. Ape pasal la diaorang tak berhenti kat situ kan dulu? Kalau tak boleh main aci ligan dalam ladang bunga matahari tu. Lawaaaa...

IRIS | January 18, 2010 at 3:43 AM

Salam Ainul,

Indah sungguh gambar tu.

Semoga kamu baik2 ok.

Take care

SoFie NuR | January 20, 2010 at 11:00 AM

cantiknya gamba bunga matahari tu...

yup..be positive dalam ape jua yg kita hadapi...sume tu lumrah kehidupan n akan mematangkan diri...

Ainul Arina Madhiah | January 21, 2010 at 2:45 PM

IRIS:
ws akak.. lawa kan? insyallah.. akak pun take care jugak. ^^,

kak sofie:
saya suka dia punya kontra kaler.. ^_^ betul3...

jejakalkindi | January 21, 2010 at 4:38 PM

salam..

mekarnya bunga2 tu...diharap ainul pun sentiasa ceria seperti bunga2 tu..

adat org mencari ilmu, pasti ada dugaannya..yang pasti segalanya pasti berbaloi..

Ainul Arina Madhiah | January 22, 2010 at 11:53 AM

bro fisol:
insyallah.. doakan saya juga.. ^_^ kirim salam pada kak mai ngan budak2 kecik semua skali ya. lama tak baca cerita anaqi terutamanya..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images