Malaysia - Jordan : Allah ?



Salam alaikum (fuh,rehat-rehat kejap lepas baca buku medik)

Tiga tahun lepas sewaktu pertama kali tiba di bumi Jordan, saya sudah banyak kali tergaru-garu kepala apabila sukar untuk dibezakan masyarakat Jordan ini mana satu Islam dan mana satu bukan Islam terutama dikalangan mereka yang lelaki dan wanita yang tidak bertudung.

Saya kira hanya rantai tanda salib di leher sahaja yang boleh membezakan mereka. Masakan tidak, pertuturan yang mereka guna pakai semuanya sama sahaja. Kalimah Allah tak henti-henti disebut di dalam percakapan harian apatah lagi dalam budaya masyarakat Arab yang suka mendoakan orang lain.

Insyaallah, Allahu yu'tikal 'afiyah, Allahu ma'ak, allahu yusahil alaik rasanya dah selalu sangat diguna pakai oleh semua orang tanpa mengira agama di sini. Maka, lama kelamaan, saya mula memahami bahawa penggunaan kalimah Allah di sini tak semua maknanya sama. Itu sudah jadi budaya mereka untuk berdoa. Maka, saya diamkan sahaja.

Tapi baru-baru ini isu penggunaan nama Allah sudah semakin panas di Malaysia. Buka semua laman, kebanyakannya ada menyebut tentang hal yang sama. Jadi, di selang penat mengulangkaji untuk peperiksaan, saya tertarik untuk mencari-cari kupasan isu ini di Malaysia.

Setakat hari ini, saya hanya membaca sekitar permukaannya sahaja. Rasanya untuk memahami keseluruhan masalah, perlu ambil masa mengkaji sebelum saya berani bersuara. Pendirian perlu atas dasar ilmu dan kajian, bukan sekadar taklid buta semata. Maka, saya rasa elok saya K.I.V sekejap pencarian saya memandangkan peperiksaan kian hampir ke masanya.

Buat yang baru sama nak membaca, cuba kita tengok-tengok sini sekejap. Hanya ini yang saya baru jumpa, menarik dan ada isinya. Yang lain-lain nanti kita cari sama.
1. Isu Allah 1
2. Isu Allah 2
3. Isu Allah 3
4.Isu Allah 4

Yang dapat saya konklusikan setakat yang saya baru baca : orang setuju kerana maknanya berbeza dan boleh jadi method dakwah baru, orang tak setuju pula sebab takut orang Islam terkeliru. Keduanya saya rasa punya asas yang kukuh untuk diperdebatkan. Saya di pendirian mana? Owh, tunggu dulu. Biar saya habis kaji baru saya beritahu. ^^

Cuma kadang-kala saya terfikir andai kata semua di Malaysia tahu situasi di Jordan bagaimana, apa agaknya reaksi mereka ya? Tapi jangan lupa, waqi' kita berbeza. ^_^ I'm looking forward to see more discussion towards this issue after the final especially among Jordanian/Middle East-Malaysian- student~ ^^

Lupa nak pesan: Baca dengan neutral sebelum buat keputusan. Lihat pada isi kalau tidak mahu lihat pada orangnya~

Ma'assalamah.. (yosh, jom2 sambung baca buku medik)

p/s: weee, beberapa minit lepas update ini dibuat tetiba baru perasan announcement isu ini sudah mula dibangkitkan di YG Permai! Sonang kerja den, mesti banyak orang akan kasi pendapat lepas ni! Let's read and think~ (^_^)Y

3 comments

yellowrose | January 4, 2010 at 10:10 AM

kalo nak tahu orang arab islam atau tidak,berdasarkan nama family...memang family tertentu jek yg kristian kat jordan nih..

dorg sgt kuat family..means that 1 fmly tuh kristian mmg sume ketrunan die kristian..dan sgt bahaya kalo sorg pon nak masuk islam..cam memalukan family..

camtuhla yg kawan arab akak cite.nak tau berdasarkan nama fmly.

IRIS | January 4, 2010 at 6:31 PM

Salams Arina

Sukar untuk dibicarakan senario di negara kita jika semuanya 'dipolitikkan'. Bukankah bagus jika kes2 syariah hanya diselesaikan oleh mahkamah syariah bukan mahkamah sivil.

Alahai....cepatlah awak habis belajar tau.

Ainul Arina Madhiah | January 5, 2010 at 5:19 AM

kak asma:

oooooo... kasi contoh bleh? senang saya detect trus lepas nih.. hehe

IRIS:
ws akak. betul3...
kalau akak harap saya cepat habis belajar, saya lagi ribu-ribu kali harap saya cepat habis belajar.. ;p

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images