Sekitar Malaysian Day

2:37 AM 7 Comments A+ a-

Salam. Seperti yang dijanjikan, ini antara gambar-gambar Malaysian Day yang dah selamat berlangsung haritu. Maaf, banyak lagi gambar tak sempat nak diletakkan di sini sebab tak sempat ambil kat orang. Semua gambar-di bawah adalah kredit dari kak Syamin dan laman web Kedutaan. Sekian, ^_^
























p/s: Actually, persembahan selain dikir ada banyak lagi. Silat, zapin, nasyid dan sebagianya. Booth negeri pun ada sampai 14. Nanti kalau ada lagi gambar saya update~

Rusa dah lari ke belum?

2:55 PM 4 Comments A+ a-


Malam tadi Pengarah PUZ Penang bercerita pada kami:

Ada seorang lelaki yang mahu mencari kayu api di hutan kerana kesempitan wang berbekalkan tali dan bekalan makanan terserempak dengan seekor rusa yang sedang nyenyak tidur. Lelaki itu sangat seronok kerana merasakan tuahnya datang bergolek. Lalu dia mula terbayang-bayang apa yang bakal dibuat dengan anggota-anggota rusa tersebut kelak. Tanduk di kanan rusa mahu dibuat penyangkut sia (bekas makanan), lalu dia cuba-cuba sangkut bekalan makanannya di situ. Tanduk di kiri pula mahu dibuat penyangkut pakaian, lalu dibuka pakaiannya untuk dicuba sangkut juga. Kemudian dia mengusap-ngusap badan rusa sambil membayangkan keenakan daging rusa tersebut. TIBA-TIBA, rusa itu bangun terkejut dan terus lari lintang pukang sambil bawak sekali baju dan sia lelaki tersebut. Maka, lelaki tu pun balik dengan sedihnya. Rusa tak dapat, kayu api tak jumpa, semua benda hilang. Habuk pun tak dak~

Apa pengajarannya pada kita sebagai pelajar?

---> ALWAYS GRAB YOUR OPPORTUNITY AS SOON AS POSSIBLE WHEN YOU GET THEM !!!

Kata beliau, peluang memang selalu datang tapi masalahnya kita selalu lepaskan peluang pergi macam itu sahaja tanpa sempat buat apa-apa. Kita rileks-rileks tengok dan membayangkan masa depan, padahal peluang yang tengah datang tu kita biar tanpa usaha. Itu masalah utama kita.

Kaitan di luar negara? Owh, kita sudah sampai luar negara, sudah masuk university maka kita mula senang-lenang. Tambah-tambah kalau masih terbayang kejayaan SPM yang hebat dahulu. Tapi kalau peluang yang kita dapat ini kita sia-siakan, besar kemungkinan kita akan terlepas kejayaan yang sepatutnya kita boleh dapat di masa depan kelak! Tak memasal karang kita balik pun tak dapat apa.. (huish, cuak daku dengar..)

Kemudian kami dengar pula pesanan dari beberapa delegasi Penang yang datang menjenguk sama, antara yang paling saya terkesan ialah trick-trick menemuduga lepasan luar negara. Kata salah seorang dari mereka, antara soalan kami senang sahaja. Salah satunya " Cuba sebut nama kawan-kawan yang duduk depan belakang dan kiri kanan kamu dalam kelas.." Maka, jika yang keluar itu nama-nama Malaysia atau Indonesia, sahlah budak ini kurang integrasi dengan pelajar asing di luar negara. Huh, terasa jugak buat kali keberapa..

Kemudian, seorang lagi delegasi menceritakan betapa kami di luar negara ini sepatutnya perlu ada nilai tambah yang lebih berbanding yang pelajar tempatan. Kalau tidak, apa gunanya di sini tanpa ada kelebihan dan manfaat untuk negara? Setakat tahu arab basic sahaja, pelajar UIA pun terer... T_T Huaaaaa!!! Terasa lagi!

Soalan popular : APA NILAI TAMBAH KAMU UNTUK NEGARA?

Lagi satu, masyarakat kita sekarang ini masalah utamanya penyegan tak bertempat. Dapat ilmu, dia simpan sorang-sorang. Tak nak luaskan dan beritahu orang lain. Tak gemarkan diskusi dan perbincangan. Apatah lagi bab-bab mengajar majlis ilmu (except para guru). Buktinya, kat masjid cuba periksa ada tak anak muda yang buat talaqi untuk orang-orang kampung di Malaysia. Payah! Yang ada tok-tok guru tua yang masih setia pada tugasnya walaupun murid tinggal sekerat dua. Soalannya : Mana pergi lulusan agama luar negara yang tak terbilang bannyaknya?? (Student medik dan dentist, jangan fikir anda terlepas! Selain jadi doktor, apa sumbangan anda kepada masyarakat amnya??? )

Maka, kesimpulannya perjumpaan delegasi Penang bersama Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Malaysia malam ini bagi saya seakan satu muhasabah supaya lebih sedar dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. Jangan dimusnahkan harapan besar mereka di Malaysia. Saya sendiri hanya berbaki 3 tahun setelah 3 tahun juga berada di Jordan untuk mengukuhkan kekuatan sebelum pulang berjuang di Malaysia.

Kawan-kawan, jom ramai-ramai kita kembali ke pangkal jalan kalau dah tersasar arah. Masih belum terlambat tapi perlu cepat merebut peluang. Ingatlah, masa depan negara dan masa depan kita bergantung kepada kita sendiri.

Bak kata Pengarah PUZ Penang tadi :

" Kerana keadaan kita sekaranglah, ilmu Islam terhenti....
Kerana keadaan kita sekaranglah, tamadun Islam mati..... " (Betul3...)

Sila Jangan jadikan kita asbab kepada penerus kemunduran umat Islam di dunia~

*******************************************************************************

Foot note

* Esok ada Malaysian Day!!!!
* Kebarangkalian :
1. Erm, semua negeri sure ajar loghat masing-masing esok. Habihlah orang arab... haha.. contoh: Guane kucin kome eksyen minum ayarq cam ore ? (abaikan maksud ayat yang memeningkan!Fokus pada setiap perkataan yang berbeza lahjah dan loghat ye.) Jenuhla nak pusing belit lidah~ hehe..
2. Esok ada acara tepung tawar pengantin. Siapa yang naik pelamin? Jeng3..
3. Julung-julung Malaysian Day~ Tak sabar nak tengok segala benda about Malaysia..

(Hopefully takde soalan dulu yang aku tak reti jawab. Soalannya "Untuk apa kita ada 14 negeri yang masing-masingnya raja yang berbeza sedangkan Agong dah ada?" Haih, sampai sekarang blur apa nk dijawab dengan jelasny pada mereka yang tak tahu beza Sultan dan Agong.... ada cadangan? )

********************************************************************************

Salam Maal Hijrah

10:30 PM 2 Comments A+ a-



A faded white painting and my slightly vanished scent are hidden inside an eye-blinding cloud
My wordless heart Slowly starts to move my feelings
Those times that slipped through
Are in my hands

I'm holding back the tears
I walk trying to lessen the weight of my heart
To a place that is neither close nor far
Where a different me stands
I will not cry

I bring my two hands together once again
In a place I live the present life instead of the memories

Though it seems stupid, we’re always together
The pain that I want to let go
Dries the tears that flows through my body

I'm holding back the tears
I walk trying to lessen the weight of my heart
To a place that is neither close nor far
Where a different me stands
I will not cry

I'm holding back the tears
I run adding to the weight of my faith
To a place that is neither high nor low
Where a different me stands again
With a small smile I can laugh

** 'Kuat' membutakan manusia. Apatah lagi dalam mendalami kesan kehidupan. Mereka makin jauh dalam menilai rasa sebenar. Penat nak menerang tapi masih buat tak hairan. Kerana apa? Alasannya, dia kuat~ Huh, membosankan... **

===============================================================
1. Salam Maal Hijrah!

Kelmarin, kami menyambut pagi Maal Hijrah dalam lebat hujan rahmat. Sedang yang lain kekal syahid di bawah selimut, sebilangan kami berprogram sukan di tengah stadium JUST. Awwalan, bertazkirah bersama Kak Zayy tentang pengajaran Hijrah sebelum mengaplikasikan semuanya di dalam sukan kali ini. Bahagia sebenarnya dapat keluar main nih! Bukan senang buat masa sekarang~ Maka, atas alasan gian saya dan beberapa rakan balun main tiga permainan sepanjang program dijalankan. Netball, basketball, dan volleyball. Semuanya untuk melepaskan rasa sebab dah lama sangat tak bersukan lepas KARISMA dek malas nak gi stadium sendiri-sendiri! Sangat excited dapat berpeluh di tengah winter. Huhu.. Tapi padahnya, dah dua tiga hari ni, seluruh badan kesengalan terutama kaki dan tangan yang beroperasi luar dari kebiasaan. Adeh. Bila nak habis pengumpulan lactic asid nih? Macam orang cacat je dah jalannya~ T_T

2. Penantian akhirnya kesampaian

Setelah berkurun lama menunggu parcel dari Kak Nik tercinta yang sudi membekalkan majalah Malaysia, akhirnya habis exam haritu baru dia tiba. Dipos bulan Februari, bulan Disember baru diterima. Haish, ini sistem apa ni? Ke saya yang lupa tengok P.O.B? Lantaklah, walaupun majalah dah lama, janji dia Bahasa Melayu~ Haha..

3. New life in Malaysia

Kepada rakan-rakan di Malaysia, saya sudah pindah rumah. Mahu datang rumah lama pun tak apa, nanti kita boleh roger-roger ambil di sana. Cuma kalau mahu mengepos atau berziarah raya bila-bila, pastikan alamat baru sudah tahu yer.. Oh yer,ahli2 SMKANT sekelian, rumah saya sebelah SMKANT ok. Datang sekolah, singgahlah rumah. hehe. Dengan ini diumumkan, saya sekarang warga negeri Pulau Pinang walaupun jarak rumah baru dan rumah lama adalahnya hanya 1-2 kilometer sahaja. ;p

p/s:Perlukah masuk Bkan Penang? hehe.. Bayt Darul Ridzuan pun dah tak pure nampaknya. ;p

4. Hibernasi

Pada kawan-kawan yang melawat blog ini, maaf penulis sedang hibernasi sebab winter dan exam yang makin dekat. ^_^ Doakan kami yer.

Takziah pada Ustaz Arman sekeluarga

4:52 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Memandangkan minggu ini adalah minggu exam bagi kami, seperti biasa kami transform jadi pelajar paling rajin baca buku, paling rajin pergi perpustakaan dan paling rajin mengulangkaji luar biasa dari selalu untuk memastikan persediaan ke exam pada ahad ni sangat memuaskan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Tapi dalam kesibukan merajinkan diri demi peperiksaan di dunia minggu ini, kami dikejutkan dengan berita pemergian Pegawai atase pendidikan MSD Jordan kami, Ustaz Arman Md Rusoff pada pagi tadi. Tercengang-cengang baca email dari PERMAI tentang berita tersebut. Macam tak percaya. Pertama sebab sepanjang saya duduk sini, tak pernah lagi dengar orang Malaysia meninggal di Jordan kecuali kes sobah dulu-dulu. Kedua, sebab itu Ustaz Arman, pegawai yang agak rapat juga dengan pelajar Malaysia di JOrdan. Baru je plan nak melawat Ustaz lepas exam nanti, tapi nampaknya Allah lebih dahulu melaksanakan Perancangan-Nya.

Terasa tersentak sebenarnya. Iyalah, orang tengah-tengah busy nak studi rasanya jarang sikit teringat mati kan? Tapi bila dapat berita macam ni, automatiknya perasaan teringat mati tu datang balik. Exam di dunia ni pun dah kecut perut nak tunggu tarikh dia datang, apatah lagi rasanya kalau exam di akhirat nak bermula. Ya Allah, sungguh aku tak teringat langsung. Ish2.. Muhasabah..muhasabah..

Apa-apa pun, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Ustaz Arman atas pemergian beliau ke rahmatullah. Saya doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang solihin. Segala jasa dan tunjuk ajar Ustaz Arman pasti akan kami kenang selamanya~ Al-fatihah....

Bantuan Kewangan Perubatan Untuk Nabilah Huda Bt Zaim..

1:09 PM 3 Comments A+ a-



Salam,
Terjumpa iklan ini di blog rakan-rakan Mu'tah. Tak sedap rasanya kalau saya yang dekat di Irbid tak turut serta. Mana tahu, mungkin dapat membantu sedikit sebanyak. Kak Nabilah Huda adalah senior saya di sini. Baik, ramah dan kuat orangnya. Saya pernah ceritakan tentang dia di satu entry dahulu. Harapan saya, semoga kita sama-sama dapat membantu Kak Nabilah Huda agar segala urusannya dipermudahkan dan dapat kembali menyambung pelajaran di sini seperti sediakala.

"Saudara seiman dan seakidah sekalian,

Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan),

Saudari Nabilah Huda binti Zaim

telah disahkan menghidap Leukemia tahap kronik dan memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini.

Kos pembedahan ialah sebanyak RM70 000 (RM50 000 untuk pembedahan dan RM20 000 untuk rawatan susulan)

dan ia tidak ditanggung oleh penaja beliau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati untuk sama2 membantu dan mengajak rakan2 semua untuk sama2 menyumbang bagi menampung pembedahan beliau.

Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan

Saudara Zaim Bin Shaari (bapa Nabilah) di talian +6013-3521226.

Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun-

(Maybank Zaim bin Shaari 162517025794)

Hp: +6013-3521226

Mari kita doakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini…Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan….


~~Kepada semua kawan2 blogger yang membaca artikel ini, sama2lah kita membantu saudari Nabilah Huda Bt Zaim dengan mengcopy-paste posting ini ke laman anda...mudah2an kerja kita ini ada nilainya disisi Allah swt...Terima Kasih... ~~Allahumma yassir wala tu'assir....Amin..

Mencari Jiwa di Celah Maqam Irbid

10:39 PM 14 Comments A+ a-

Salam

“Di antara orang-orang yang beriman itu ada lelaki-lelaki yang telah menunaikan janji-janji mereka kepada Allah maka di antara mereka itu ada yang telah sampai ajalnya dan di antara mereka itu pula masih ada yang sedang menanti-nanti dan mereka tidak sekali-kali mengubah janji mereka dengan segala sesuatu” (Al-Ahzab : 23).

Bagi meyahut seruan 'Variasi Erti Pengorbanan' sesi Aidiladha ini, saya sepakat untuk menyelusuri pengorbanan tokoh-tokoh islam di Irbid, berdekatan tempat kami menetap dan belajar sekarang.

Pertamanya sebelum memulakan sesi selusuri sahabat, saya singgah di Sod Wadi Arab. Sod ertinya empangan. Cantik sangat empangan ni. Tenang mata memandang. Macam jakun sedikit bila nampak ada empangan di Jordan. Hehe..

Paling saya suka untuk lakukan di sini ialah duduk di pinggir tebing dan merenung gunung-gunung di sekeliling sambil membayangkan bagaimana agaknya rasa berperang di kawasan berbukit tinggi seperti ini. Saya bayangkan dikepung ribuan musuh dari atas bukit yang berbondong-bondong dan penuh kibaran bendera. Dan yang paling manisnya, mungkin kalau bertakbir penuh semangat, terasa gema laungan Allahu Akbar penuh bergema di sekeliling empangan ini. INdahnya alam~



Kemudian saya mula bergerak ke maqam sahabat. Tak sabar rasanya mahu berbicara dengan mereka. Oh ya, untuk pengetahuan semua maqam yang kami datangi hari ini ialah makan dhorih atau erti kata lain kubur yang mempunyai jasad di bawahnya, maka kembara makam hari ini terasa lebih zouq lantaran saya selalu membayangkan mereka benar-benar hadir di sisi dan melihat kehadiran saya.

Maqam pertama saya tuju ialah maqam Muadz Bin Jabal. Di sisinya ada maqam si anak, Abdul Rahman bin Muadz. Penjaga maqam di sini bersemangat bercerita mengenai kehebatan sejarah Muadz. Yang paling arif bab halal dan haram, ketua ulama di akhirat, ahli Bai'ah Madinah 2, pemuda pendiam yang tutur katanya ibarat mutiara, dan manusia yang paling disayangi Umar Al-Khattab - semuanya milik Muadz bin Jabal.

Dan saya yang mendengar dari sisi maqam tanpa semena-mena bercucuran air mata. Saya teramat-amat cemburu terutama apabila mendengarkan Rasulullah sendiri pernah menyebut- "Wahai Muadz, aku sangat menyayangi kamu!" Bahagianya Muadz~ Terasa sangat kerdil diri ini di sisinya. Pastinya saat ni, di bawah makam di hadapan saya ini ialah taman-taman syurga yang sangat-sangat indah! Tak sudah-sudah saya bermonolog sendiri bertanya keadaan Muadz dan kisah hidupnya, terasa seperti saya berbicara dengannya sendiri. Mahukan secebis nasihatnya. Saya rindu mahu bertemu dengannya.

Muadz meninggal angkara Taun Anwas yang menggila di sini dahulu. Muadz sanggup untuk tinggal di sini kerana berpegang kepada dua hadis nabi yang melarang keluar dari kawasan wabak dan mati akibat taun itu mati syahid. Dan balasannya, Muadz berhasil memperoleh impiannya-syahid di jalan Allah! (Allah,kurniakan aku semangat Muadz~)



Selesai bertemu Muadz, saya berundur dan bertolak ke maqam Amr bin Abi Waqas, adik Saad bin Abi Waqas. Di sini juga saya tak putus-putus berdoa kepada Allah agar kami semua di berikan kejayaan dan kekuatan seperti Amr Bin Abi Waqas ini. Kisahnya yang paling terkenal ialah bagaimana dia tabah berhadapan dengan ibunya yang mogok lapar dan sanggup berjemur ketika dia memeluk islam. Kuatnya iman Amr! Saya terbayang andainya saya yang menjadi dirinya, pasti hati saya tika itu berbolak-balik tak sudah-sudah. (Ya Allah, tetapkan aku di jalan-Mu walau apa pun yang terjadi~)



Menuju ke makam Syurhabil, saya tak sudah-sudah merenung daerah perbukitan di seberang jalan. Bukit yang penuh pagar itu saya tatap sedalamnya. Sebak. Apa khabar saudaraku di seberang? Bagaimana keadaan kalian di musim sejuk begini? Sungguh, bila mengenang jasa sahabat-sahabat nabi yang saya ziarahi hari ini, terasa malu apabila mengenangkan Baitulmaqdis yang mereka (maqam-maqam sahabat hari ni) buka bersama akhirnya kembali jatuh ke tangan musuh. Ya Allah, walaupun aku tak berdaya membantu mereka, aku pohohn kuatkan saudaraku di sana (Palestin) agar mereka kekal cekal dan aku akan terus memperbaiki diri demi Islam.

Kemudian saya tiba, menziarahi Syurhabil, seorang anak muda yang syahid selepas mengetuai pasukan perang dalam perang Yarmuk. Syahidnya bukan di medan perang. Tapi, di medan Taun, seperti sahabat-sahabat yang lain. Di sekeliling masjid yang menempatkan Syuhabil, ada banyak lagi kuburan-kuburan sepi yang lama, seperti di maqam Muadz yang mana di situ masih ramai lagi pejuang-pejuang Islam yang tidak kami kenali turut meninggal dek Taun sebagaimana mereka. Tiba-tiba saya terbayang, di sini banyaknya taman-taman syurga! Dan kadang-kala saya jadi resah apabila terfikir apakah penghabisan saya bakal sebaik mereka....



Meninggalkan Syurhabil, saya pantas bergerak menziarahi maqam Dirar bin Azwar, seorang penyair yang sering kali berjaya meningkatkan semangat pejuang di medan perang dengan syairnya. Malah, lebih hebat, demi kerana terlalu rindukan syahid, Dirar maju ke medan perang tanpa perisai dan baju besi, bekalannya hanya sekadar pedang di tangan. Dirar banyak jasanya kepada kita, kerana Dirar adalah salah seorang penulis wahyu di zaman Rasulullah.

Namun, di sisi Dirar, saya mendengar kisah hebat seorang Akhwat Sahabiyah, Khaulah Al-Azwar iaitu adiknya sendiri. Andai Dirar dijoloki gelaran Pahlawan yang Berani, Khaulah digelar Pahlawan Berselubung Muka. Kerana apa? Kerana dia maju ke medan perang dengan menutup mukanya dan garang menempur musuh hingga disangka dialah Khalid Al-Walid yang perkasa. Semuanya bermula apabila hatinya tergugah mendengar kisah tertawannya abang tercinta. Hebatnya Khaulah berjaya mencabar dan menaikkan semangat pejuang Islam yang bukan wanita, maka kesannya Alhamdulillah islam berjaya~(Ya Allah, jadikanlah aku seperti Khaulah, bukan sekadar melihat malah berjuang demi agama tercinta)



Maqam terakhir adalah maqam yang paling saya tunggu-tunggu. Entah kenapa, dalam semua sirah sahabat yang saya telah baca, kisah Abu Ubaidah Al-Jarrah yang paling menusuk dada. Terasa macam meronta-ronta nak jumpa manusia bernama Abu Ubaidah. Hinggakan ada yang lainnya sering mengusik " Wah2, semangat betul dia nak jumpa kekasih hati tercinta" Pandai betul yer letak Abu Ubaidah di akhir perjalanan ya!;p

Masakan tidak, kagum saya melangit ketika mana Abu Ubaidah begitu hebat di mata nabi hingga dipilih sebagai pemegang amanah Umat Islam sedangkan Umar Al-kHattab yang sangat hebat sendiri tidak terpilih walaupun Umar sangat menginginkannya. Dia sangat tabah terpaksa melawan bapa sendiri hinggakan Allah menurunkan ayat untuk menenangkan hatinya yang gundah. Dialah antara 3 orang Quraisy yang paling bagus akhlak dan pekerti selain Abu Bakar dan Uthman.

Dia jugalah yang sanggup rongak demi mencabut topi besi yang melekat di dahi nabi, dialah yang reda Khalid menjadi ketua walaupun orang bawahan mempertikai, dialah yang terpilih mengetuai Perang Yarmuk yang menjadi lagenda, bahkan yang turut terkesan di hati saya, betapa dia mahu setia di bumi Syams yang dilanda taun gara-gara tidak mahu meninggalkan rakyat yang setia dengannya dahulu dan terus kekal bersama. Masih banyak kegemilangan Abu Ubaidah yang tak dapat saya ceritakan. Sungguh, di kaca mata saya Abu Ubaidah sangat berjaya. Tak hairanlah dia mendapat tempat antara 10 sahabat yang dijamin masuk syurga.


Setibanya di maqam Abu Ubaidah, saya tersenyum lebar. Leganya! Bahagia teramat dapat berjumpa sahabat yang satu ini. Tapi saya agak terkilan tidak dapat menyentuh maqamnya sebagaimana yang saya buat kepada sahabat yang lain. Menyentuh bukan sebab apa, tapi itu membuat saya rasa teramat dekat di sisi mereka. Bagaikan mereka masih hidup dan terserap segala semangat yang ada.



Tiba-tiba saya terfikir, itu baru maqam sahabat. Bahagianya sudah susah tergambar. Apa agaknya rasa ya kalau kita di hadapan Maqam Nabi Muhammad? Pasti lagi hebat!

Menziarahi sahabat-sahabat nabi di bumi Irbid ini seakan-akan memberi nyawa baru kepada saya. Melihat kesyahidan mereka seperti menyuntik sebuah kekuatan yang lebih menyakinkan bahawa Allah pasti redha pada hamba-Nya yang telah menunaikan janji. Janji untuk berjuang di jalan yang satu. Janji untuk menjadi hamba yang taat dan patuh. Janji untuk terus istiqamah menuju akhirat. Apakah saya mampu untuk terus menunaikan janji? Harapnya ya~

Berat rasanya hati meninggalkan maqam-maqam mereka. Tedetik di hati saya alangkah bagusnya kalau maqam-maqam ini jaraknya hanya sekilometer dua dari rumah saya. Pasti seronok sebab boleh sesuka hati ke sini kalau semangat punah atau hati gundah. Di maqam-maqam ini, saya peroleh jiwa. Di maqam-maqam ini, saya peroleh sukma. Bukan dari sahabat sebenarnya, tapi dari Allah yang menunjukkan kuasa.

Ya Allah, ini kali pertama aku menziarahi mereka. Harapanku, ini bukanlah yang terakhir. Izinkan aku bertemu mereka lagi, andai bukan ditakdirkan di dunia, pertemukan kami kembali di akhirat sana.

Selamat tinggal Muadz, Amr, Syurhabil, Dirar dan Abu Ubaidah! Doakan aku berjaya menghabiskan sisa umur yang ada ini dan berjaya memperoleh kesudahan yang baik seperti kalian~ Aku yakin, pasti aku rindukan pertemuan ini.....


(updated : lokasi dan tempat sejarah Jordan secara simple ada diterangkan di sini..)
************************************************************************************
Aktiviti raya:

1st raya: Pusing-pusing raya Irbid dari pagi sampai malam

2nd raya: Join skuad potong daging unta dari petang sampai malam + sambut orang Amman datang raya Irbid ( Family K. Ayu, K.Pah, K. Yana, K. Ain, and Irbidians K. Izma, K. Jihah sekeluarga)

3rd raya: Pagi pergi rumah terbuka + Malam Program Raya Permai + sambut orang mesir datang Jordan ( Sarah Wei, Sarah Sufian, Alliah, Ziemah, Nas, Shila )

4th raya: Ziarah raya ke maqam-maqam sahabat di Yarmuk

5th raya: Pagi kelas + petang hantar orang mesir balik + malam beraya sakan kat Amman + join majlis sambut Kak Ina, Kak Yus dan Kak Marwa sekeluarga balik haji

6th raya: pagi baca buku, tulis blog + petang kelas ( here i am now! )--> Penat!

(Cuti yang padat sampaikan dalam masa 5 hari, hanya dua lecture setengah berjaya khatam. T_T. Tapi tak apalah, banyak teramat kenangan raya kali ini yang sangat istimewa. Semuanya berlaku tanpa diduga, terima kasih Allah! )

-------> 13 Disember 2009 : Bakal exam! - MARATHON STUDY <-----------------
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *