Celaru Raya Haji

Salam

Nothing much to tell about..



Pertamanya salam Aidiladha buat semua~ Kullu 'am wa antum bikheir..



Minggu ini, saya terhentak banyak kali dek tersangat selalu bertembung dengan pilihan. A atau B? C atau D? E atau F? Jujurnya, saya kurang gemar membuat pilihan apatah bila berhadapan dengan dua perkara yang sangat penting dan saya tekankan.

Orang selalu berpesan "buatlah istikharah" tapi bagi saya, dalam membuat pilihan bukan itu sahaja yang perlu kita harapkan. Allah sentiasa memberi petunjuk tapi manusia juga perlu untuk berfikir bagi mengesan yang mana jawapan Allah lorongkan.

Dalam berfikir, saya selalu ambil keputusan untuk tanya pendapat semua insan. Sebab saya sangat penakut kalau tersilap ambil keputusan. Tersangat ramai yang bakal saya tanya supaya apa yang saya gusarkan mampu membuah jawapan. Sampaikan ada yang pula yang kata saya tiada pendirian. Ah, biarkan yang itu. Yang penting saya yakin ada salah satunya pasti petunjuk yang Allah sediakan.

Tapi bagi saya, mengambil keputusan perlu fikirkan kemaslahatan. Bukan setakat diri, tapi sekeliling dan masa depan. Perlu banyak menimbang tara supaya yakin hanya satu jawapannya. Saya tak suka diungkit dan mengungkit tentang pilihan. Kerana nanti, salahnya jatuh ke diri sendiri. Sebab itu, pilihan perlu pandang ke depan. Tapi jangan pulak sampai takutkan risiko. Itu penting untuk maju walaupun mungkin tersasar tempat dituju.

Walaupun itu saya, tapi saya mengharap yang diluar mungkin lebih baik dari ini. Janganlah ambil keputusan sebarangan. Saya letih sebenarnya bila berdepan dengan kesan pilihan diambil ringan. Apatah lagi bila membabitkan orang yang tak sepatutnya dipersalahkan. Pening. Berwaspadalah kawan. Bagi diri sendiri, itu juga satu peringatan.

Pilihan datang untuk melatih manusia gunakan akal, maka bertindaklah sewajarnya. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kita ada akal, kita akan rakan, kita ada banyak cara untuk melatih diri menjadi lebih sempurna. Saya doakan kita semua mampu mampu keputusan yang sebaiknya. Tapi betullah, memilih itu satu penyiksaan (kepada kepala kalau dah suka dua-dua.-_-" )



Ada kawan nak datang JOrdan esok. Gembiranya! Tak apalah tak dapat ikut, asalkan perjalanan mereka ok sentiasa. Tak sabar nak jumpa mereka nanti. Harapnya, boleh lah tahan duduk rumah peti sejuk macam yang HUda rasa ;p



Raya kali ini bercampur baur perasaannya. Walaupun sangat gembira dapat cuti dan beraya (tak macam adik di Russia.. Muahaha), tapi di celah-celahnya kepala rasa sakit tengok kerenah manusia yang tak kenal adab dan bahasa. Waktu raya orang badwi makin ramai, perangai pun makin tak permai. Itu yang badwi, yang bukan badwi pula macam tak faham waqi' dan budaya. Susah betul nak hidup sentosa kalau orang suka sangka dunia tu syurga, boleh buat sesukahati dia, tak fikir masyarakat sekelilingnya. Tak pasal-pasal tadi pakcik arab panas baran tersenyap bila tersilap kucing rupanya singa. Ya Rabbi, apasal terbuat rekod hari ni. Haish..

Itu di luar, yang dalam badan pun sama-sama tak bahagia. Sedap sangat agaknya makan, akhirnya badan mogok buat hal. Raya tak jauh mana tapi rumah sendiri tak jumpa-jumpa. Aduhai, sorilah adik mentee sekelian. Jemput datang hari seterusnya. HUhu...

Petang tadi pula, adik di sana mesej " Kak Ina, kenapa tak telefon mak Ana, dia tanya kak Ina mana tak telefon dia.." Adus! satu lagi, terLupa rutin! Macam mana boleh tak ingat ada satu lagi keluarga di Malaysia selain mama dan abah tercinta. Adoi, sebak la plak rasa. Apa punya anak la aku nih.. Bertuah sungguh, nasib baik ada adik yang baik menelefon semua orang gara-gara baru first time beraya di luar negara. hahaha, habislah aku kalau dia baca..;p

Tapi yang bestnya, ada anak saudara angkat baru dah lahir ke dunia. Mencukupkan angka anak saudara angkat kepada 1,2,3,4,5 owh dekat 10 semuanya. Wa, ramai itu best! Kembali bahagia lepas tamat pekena kucing2 Farawlah sampai dua-dua terlentok ngantuk di samping orang yang tak de kerja.

Dalam semua benda, saya paling cuak tentang exam yang bakal menjelma juga( walaupun ada hati nak ikut orang jalan merata.. Ces..). Dua minggu je lagi, tapi gaya macam rileks aman bahagia sentosa walaupun takutnya masya allah, tak tahu nak kata. Sudah-sudah bila tensen, baca buku cerita takpun lena je bila sejuk menggila. Astagfirullah, apa kebenda la budak nih?

Oklah, cukup setakat ini saya melayan rasa cerita suasana hari raya aidiladha pertama tahun 2009 di Jordan tercinta. Macam takde makna tapi harapnya adalah seciput pengajaran untuk semua. Panjang amat nih. Selamat la yer~

Sekian, selamat melapah lembu, kambing dan unta semua esok ! Aha, dan selamat puasa ayam, ikan untuk sebulan demi semata menghabiskan bekalan daging di Zulhijjah yang mulia~ ^_^

Kembali berjuang di situ


Salam..

Alhamdulillah, akhirnya seminggu yang menyeksakan tapi menyeronokkan akhirnya selesai.

Kenapa?

Sebab minggu ni, saya dan seorang kawan telah 'memungkiri' kata-kata untuk pencen dalam arena perdebatan. ;) Sah, pendebat takkan mampu terus berdiam kalau diasak. Paksa rela sebenarnya bila ada yang merayu-rayu suruh temankan, tapi alhamdulillah tak sia-sia melangkah bersama.

4 tahun sudah berlalu sebenarnya apabila saya kembali cuba bertapak di bidang ini. Kekok, segan, malu, takut semua berasak-asak di dada. Tambah-tambah bila banyak dah lupa. Nak faham konsep yang diajar sahaja dah cukup menyesakkan jiwa. Sungguh, dalam seminggu ini, tiga hari yang pertama saya terlampau tertekan. Kembali terasa seksa penat jiwa raga kepala yang dah lama saya tak jumpa. Pernah terfikir mahu mengundur, tapi bila difikirkan, alangkah malunya mengalah sebelum tiba ke medan perjuangan.

Maka, saya ambil keputusan menghubungi rakan debat lama, mengimbau kenangan, selusuri kembali pahit manis yang pernah ditempuh bersama. Alhamdulillah, semangat yang terbang kembali pulang. Saya kian yakin mulakan langkah, walaupun debarnya tak terkira, apatah lagi bila berada se-kontigen bekas juara.

Dalam masa 5 hari yang diberikan untuk memahiri 12 tajuk utama, kami giat mengumpul fakta, berbincang, berdebat bersama-sama walaupun kadang-kala saya naik pening bila gelanggang kian hangat dek adik-adik makin bersemangat. Bagus juga sebenarnya. ;)

Dan semalam di Mu'tah, semuanya bermula. Perlawanan demi perlawanan bermula. Alhamdulillah yang pertama memihak pada pasukan saya. Di pihak syabab juga sama. Lega. Tapi tak lama, bila kami berjumpa di separuh akhir rupanya. Irbid(akhwat) VS Irbid (Syabab). Sengit. Tapi lawak sebenarnya sebab masing-masing tahu rahsia yang sama dan berebut fakta yang serupa. Keputusannya, syabab yang berjaya. Entah kenapa kami yang akhawat lega. ;p

Tak kisah siapa menang siapa kalah, yang penting Irbid perlu ke depan, itu janji kami semua. Maka, di peringkat akhir, semua kembali bergabung mengerah segala fikiran, kritikan, kerjasama di tengah Maghrib yang sejuk mencengkam gila demi memastikan pasukan Irbid muncul juara.

Dan buat kesekelian kalinya, Alhamdulillah, usaha kami berhasil. Irbid syabab juara menewaskan Mu'tah di peringkat akhir. Perlawanan yang sengit antara pasukan yang sama hebat dan sama mantap. Tahniah buat keduanya. Dan yang paling terkesan buat saya, kami Irbid akhawat berjaya merangkul tempat ketiga.

Alhamdulillah, seminggu yang tak sia-sia untuk terseksa dan bergembira.Debat kali ini manis rasanya.Mana taknya, ini percubaan pertama Irbid menghantar wakil akhawat. Beban yang kami galas berat sebenarnya.

Tapi syukurlah, semua selesai. Kenangan yang menyeronokkan. Walaupun seminggu tapi banyak untung dikaut. Kenalan bertambah, pengalaman mencurah. Makin kenal junior, makin faham kerenahnya. Kembali merasa feeling jadi debator. 4 tahun yang lepas terasa kembali bersua.

Terima kasih Atiqah Nazri, Nadhirah, Fifi, Izzati, dan Nafisah untuk semuanya. Korang memang ahli team terbaik! Oh, tak lupa juga untuk para 'senior debat' - team Irbid Syabab. Terima kasih untuk segala komitmen dan tunjuk ajar. Alhamdulillah, Irbid berjaya menggapai misinya.

Semoga ini bukan pengakhiran buat kami. Ada banyak lagi impian yang mula tercipta, kalau kami tak cukup masa, di Irbid banyak sasarannya. Harapnya ini cuma permulaan. Debat kali ini, moga ia lebih mematangkan dan membuka jalan untuk lebih baik dari sebelumnya. Bukan hanya sekadar debat biasa, tapi satu wadah untuk menjadi manusia berguna yang mampu berjuang demi agama-Nya. Ingat satu, debat bukan untuk bertelagah siapa betul siapa salah, tapi ia jalan muafakat buka minda cari hakikat.

p/s:
1. Nadhirah, jangan mengada-ngada ambil yang ini untuk PMK yer! Nanti rajin akak buat lain.. ;)
2. Raden & Laili, terima kasih membantu cari aku yang dulu ~ ^_^

Last but not least,

Sembang-sembang Sistem Perut Usus



Salam

Memandangkan sekarang tengah belajar GIT atau lebih Melayunya Sistem Pencernaan, terasa teringin nak kongsi dengan pembaca tentang fisiologi manusia mengenai sistem ini. Benda-benda yang nampak ringan dan selalu dibuat tapi sebenarnya banyak penerangan~ Macam biasalah insyallah bakal dipermudahkan untuk bacaan umum. Boleh lah lepas ni nak kongsi dengan atuk ke nenek ke adik-adik tadika ke.hehe..

1. Kenapa bila tengah muntah, kita automatik tarik nafas dalam-dalam ?

Sebabnya bila kita tarik nafas dalam-dalam, kita akan mengecutkan kita punya diapraghma jadi ke bawah dan memendek. Bila proses regangan tu berlaku, kita secara automatiknya akan mengunci atau menutup saluran makanan yang laluannya menembusi diapragma kita. Jadi, bila dah terkunci tu, refluks makanan dari perut akan terhalang daripada naik ke tekak dan secara tak langsung kita akan berhenti muntah!

2. Kenapa waktu kita atas sakit telinga atas kapal terbang, kita akan telan air liur untuk hilangkan sakit tu?

Sebabnya dengan berbuat sedemikian, otot-otot lelangit lembut akan mengecut dan membuka tiub Eustachio agar tekanan dalam telinga dapat diseimbangkan dengan tekanan luar telinga.

3. Kenapa bila kita makan, makanan itu sangat bijak untuk turun ke laluan makanan dan bukan ke laluan pernafasan di hidung atau ke peparu?

Sebab bila kita menelan, otot lelangit lembut di bahagian automatiknya akan mengecut dan merapat ke belakang dan ke atas, sekaligus menutup ruang pernafasan di hidung. Manakala ada satu lagi struktur di bahagian bawah lidah yang bernama epiglottis akan bergerak ke depan dan menutup ruang pernafasan ke peparu bila kita sedang menelan. Jadi tinggal satu lubang je terbuka lagi iaitu saluran pemakanan. Jadi, situ je la dia pergi!

4. Macam mana boleh wujud manusia bersuara sengau?

Dalam bercakap, jumlah udara yang keluar dari hidung akan dikawal melalui pembukaan lelangit lembut dengan dinding pharnyx supaya bunyi yang keluar sedap didengar dan betul sebutannya. Bukaan yang terlampau luas dan tidak sesuai itu lah menyebabkan suara kita jadi sengau~

5. Bila kita selalu lapar?

Secara ringkasnya, kita selalu lapar bila perut kosong. Perut cepat kosong bila proses memproses makanan untuk diserap ke dalam darah dalam perut tu cepat siap. Macam mana boleh cepat siap? Sebab asid dia banyak dirembeskan daripada selalu. Maka, secara umumnya bolehlah kata kita lapar sebab rembesan asid dalam perut tinggi.Macam mana boleh tinggi? Banyak sebenarnya faktor tapi doktor tegaskan bahawa bila orang tu tengah marah, rembesan asid dalam perut meningkat! Bila dia takut atau tertekan, rembesan asid dalam perut berkurang. Itu lah penerangannya~

Tapi saya terfikir, apesal selalunya manusia bila stress je mesti lapar, bila lapar je mesti stress.. Macam terbalik je dengan yang doktor terang tu. Tapi mungkin lah sebab faktor lain agaknya, hormon ke apa ke.. Allahu a'lam dan saya pun tak habis menuntut lagi. hehe...

Cumanya, nak cakap, kalau rembesan asid terlampau banyak sampai perut punya mekanisma menahan asid ( keluarkan alkali ) tak mampu tahan, perut boleh terhakis tau! Nanti boleh jadi ulcer.. So, kesimpulannya, jangan cepat marah~ ;p (kalau penyabar teramat pun still kena ulcer, janganlah korang tuduh dia panas baran pulak, itu maknanya perut dia memang ada problem ataupun dia kena jangkitan H. Pylori.. Sekian~ )

Hurm, cukuplah lima ni dulu.. Kang banyak-banyak kang pening plak.. Tak korang pening nak membayang, saya pulak yang pening nak menerang dalam bahasa melayu pasar. Tersasul-sasul habis. Ini siap buka kamus lagi cari perkataan medik dalam bahasa Melayu.Insyallah betul, bukan sekadar terjemah taklid ikut suka hati... -_-" Praktis2x!! (sebarang perkataan latin terpaksa kekal di-latinkan atas dasar kata nama khas.. ^_^)

Hebatkan badan manusia?? Canggih! Kalah transformers~ Cubalah bayangkan kalau Allah tak cipta badan manusia sehebat ini.. Makan masuk merata-rata semua tempat, muntah tak henti-henti, telinga maintain ngilu atas kapal terbang kalau dari Malaysia-JOrdan 9 jam tanpa henti, semua orang sengau, perut takde cara nak kasi signal lapar ke kenyang... Wuish, terseksa teramat namanya ni.. Tak sanggup nak membayangkan hidup macam tu~

Akhir kalam selepas Subuh, mari sama-sama renungi ayat ini -

انْظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ

"Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya. " (6:65)

***********************************************************************************

Perkongsian Harian :

Tadi ada forum " Mahasiswa :Antara realiti atau fantasi. " Memang mantap-mantap ahli panel yang dijemput malam ni. Semua ada cara tersendiri yang best terutama bab-bab tarik perhatian ni. Terasa macam takdelah orang mengantuk time forum tadi. ;p

Cumanya nak banyak perkara yang disentuh (semua penting tapi saya amik sikit dahulu untuk diletak di sini), saya paling tertarik mengenai bab masa hadapan seorang mahasiswa terletak pada cara hidup mereka sekarang.

Menurut panel, andai katalah kan mahasiswa ( kita ambil skop budak-budak JOrdan lah ye yang sains dan syariah ) ni waktu dia tengah belajar, dia malas nak join program ilmu kat luar dan setakat terima yang dalam kelas je, lepas tu belajar plak main-main harap setakat lulus cukup-cukup makan tanpa ada inisiatif untuk lebih memperbaiki diri, nanti bila dia balik Malaysia, dia biasanya akan menghadapi situasi penyesalan teramat sangat.

Contoh dua situasi ini :

BUdak medik -
Tak pernah ada dalam sejarah Malaysia, pesakit datang kat Hospital mintak nak rawatan hanya dari doktor yang hanya dapat 90% keatas sahaja dalam exam. Korang lulus atas pagar ke mengulang tak henti-henti sebab malas studi ke, asal korang grad jadi doktor je, masyarakat akan anggap korang doktor yang hebat untuk merawat mereka.

Takkan nak cakap nak pesakit " Alamak, sori lah. Saya tak belajar bab sakit encik ni kat hospital. Bye-bye la yer.." Kalau gitu, memang doktor tu nak kena sungguh-sungguh la gamaknya. Tambah-tambah proses pembelajaran perubatan ni dikatakan belajar seumur hidup seiring dengan kecanggihan kemajuan dan kecanggihan penyakit yang timbul. Kalau pelajar perubatan masih perangai endah tak endah nak studi, haru-biru la jadinya kat hospital nanti. Kalau tak sembuh boleh tahan lagi, kalau meninggal terus pesakit kita sebab kita macam mana? Ish2, na'uzubillah...

Budak syariah :
Memandangkan syariah banyak pengkhususan di sini seperti Bahasa Arab, Usuluddin, Perbankan Islam dan sebagainya, seharusnya percampuran ini dimanfaatkan sesungguh-sungguhnya untuk ambil ilmu sebanyak mungkin. Tambah-tambah talaqqi ulama di Jordan ni banyak sungguh kalau nak join.

Tapi, kalau mahasiswa kita malas ambil tahu hal lain, setakat harap ilmu di kelas, maka bila dia balik nanti dia akan ternganga bila orang tanya dia ilmu agama yang luar bidang dia.

Sangatlah jarang sebelum orang nak jumpa ustaz, dia tanya dulu "Ustaz pengkhususan apa ye dulu? " Takdenyerrrr.. Janji korang balik dari Timur Tengah, ada ijazah bidang agama tak kiralah kos apa pun, masyarakat akan pandang korang sebagai tempat rujukan masalah untuk semua jenis masalah agama. Sebab itulah kalau mahasiswa kekal tak peduli ilmu lain, maka lahirlah ulama-ulama yang bukan mengislahkan masyarakat tapi menghancurkan masyarakat..

Boleh fikir tak macam mana? Tajam tu...

Banyak lagi perkara yang dikongsi tadi tapi tak dapatlah nak letak semua. Cumanya saya harap yang satu ini mungkin boleh jadi antara penggerak hati-hati kita untuk berfikir kembali muhasabah diri tentang sikap kita sekarang.

Insyallah, moga ada kebaikannya untuk kalian sebagai pembaca..

** Nanti pagi pukul 8 ada RoadShow Zakat. Tak sabar nak tunggu dapat pengisian apa pula kali ni. Macam biasalah, hujung minggu mana pernah Jordan sunyi kecuali exam besar.. ^_^ Tak apa~ Yang penting, sila bahagi masa sebaiknya..

Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting

selamat berhujung minggu ~ ^_^Y

Sampaikanlah wahai Angin



Wind of beginnings, deliver this message
Because I will always believe in you"

That time I was standing in a world I saw in my dream
Surveying the landscape, my legs tremble slightly
But I won't look back, because I've decided to walk forward
Looking up at the seven-colored rainbow in the sky, do you see it too?

Wind of beginnings, deliver this message
Because I will watch your back as you run towards your dream
Soaring wind, deliver this thought
Because I will always believe in you"
Fluttering towards the future

For example, when a person thinks about the one important to them
Surely they have a kind look on their face
The road through time is endless, move forward and don't give up

Wind of beginnings, deliver this message
At the end of your faraway journey, I will wait for you
Soaring wind, exceed your destiny
Because I believe my wish will be delivered
If I meet you again someday, show me your smile

Wind of beginnings, deliver this message
At the end of your faraway journey, I will wait for you
Soaring wind, exceed your destiny
Because I believe my wish will be delivered
There is nothing to be afraid of, "because you exist"


**************************************************************************

Kuat!
Jangan mengalah!
Keep Fighting!
Bangun balik walaupun jatuh berdarah!
Pejam mata, Telan semua benda!
Semangat!
Genggam hati, cepat berdiri!
Soar till you reach the destiny!

~ Ya Allah, kuatkanlah aku dalam perjalanan yang Kau tetapkan ini. ~

**************************************************************************

Siapa Nak Memaki





Secara normalnya, manusia bersifat suka tak puas hati..

Tapi sangatlah tak normal bila manusia tak puas hati, dia mula memaki...

Rasulullah pernah pesan , JANGANLAH KAMU MEMAKI terutamanya ( ini saya ringkaskan hadis yer) :

1. Orang yang telah mati - Sebab mereka dah selesai amal perbuatannya (sini)
2. Masa - sebab Allah adalah penciptanya (sini - page 113)
3. Angin - sebab ia diperintahkan untuk berhembus ( sini : sama macam angin)
4. Panas - sebab ia adalah kifarat kesalahan
5. Ayam jantan - sebab ia mengingatkan waktu solat
6. SYAITAN - sebab ia bakal menyenangkannya dan sesuai dengan sifat sombongnya. (sini)

Erm, yang lain saya belum jumpa hadis utamanya.. Kalau sesiapa ada dan tahu, bolehlah kongsi. Secara keseluruhannya boleh baca di artikel ini.

Pendek kata, apa kata kita jangan memaki je terus~

Andai katalah, kalau kita terbengang gila-gila lah dengan sesuatu perkara, contohnya ermmm ha, bila kita tidur bawah pokok getah lepas tu buah getah tu jatuh dan mengejutkan kita dari lena yang empuk, dalam hati dah terfikir "Kurang asam punya poko getah bla bla tuttttt xxxx bla bla bla " yang membuak-buak dalam hati dan tinggal dah nak terkeluar dari mulut je kan....

Waktu tu, cuba twist akal sikit dan fikir begini " Nasib baik buah getah yang jatuh, kalau buah durian ke buah cempedak ke tadi, idak ke dah innalillah aku jadinya... "

Mungkin susah, tapi selagi ada usaha, itu yang Allah akan ukur dahulu. ^_^


~Ya Allah, Kau lembutkanlah hati-hati kami supaya kami sentiasa sabar dan tidak memaki. Aminnnnnnnnn..... ~

Eh, dah jumpa Kaum 'Ad?



Dalam banyak-banyak tempat di dunia, tempat mana yang paling tak sesuai manusia duduk?

Jawapan : Antartika & Empty Quater !

Antartika rasanya ramai dah tahu, tapi Empty Quater agak-agak orang tahu tak?

Kat mana yer Empty Quater tu? Kenapa orang tak duduk situ? Tempat apa kebendekah itu?

Haaaaaa................ Sini nak cerita sikit,

Empty Quater atau nama arabnya Rub Al-Khali ni terletak di kawasan meliputi arab saudi, yaman, UAE, Oman. Berkeluasan kira-kira 650,000 km/persegi, ia dikatakan padang pasir terbesar di dunia (dalam area Gurun sahara) dengan keadaan alam yang sangat tak sesuai untuk diduduki manusia.

Apa yang bestnya tentang kawasan ni sampai saya teruja nak kongsi di sini?

Pertamanya, kita baca ayat ini dahulu,

كَذَّبَتْ ثَمُودُ وَعَادٌ بِالْقَارِعَةِ * فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهْلِكُوا بِالطَّاغِيَةِ * وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ *

Adapun kaum ‘Ad maka mereka telah dibinasakan dengan kejadian yang luar biasa.Adapun kaun Aad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang, yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum ‘Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akanmereka tunggul-tunggul pohon korma yang telah kosong(lapuk). Maka kamu tidak melihat seorangpun yang tinggal diantara mereka. (QS. Al-Haaqqah: 6-8)

Apa kaitannya ayat ini dengan Empty Quarter tadi?

Ok, nak tahu tak, rupa-rupanya Empty Quarter inilah lokasi penceritaan ayat yang Allah turunkan ini. Inilah tempat di mana kaum 'Ad pernah tinggal beribu tahun dahulu.

Banyak lagi surah sebenarnya yang menceritakan tentang Kaum 'Ad ni. Contohnya, surah As-syu'aara' (123-140) dan surah HUd (50-60).

Baiklah, cuba ingat balik, siapa nabi yang diutuskan kepada kaum 'Ad?

Jawapannya Nabi Hud!

ok, berbalik pada Empty Quarter, kita tengok ya kenapa ia dinamakan quarter empty. Bila di rujuk lokasi tempat ini, ini adalah kawasan yang sangat boleh nak kata "padang jarak padang tekukur". Tak ada apa-apa langsung. KOSONG!. Nama arabnya yang 'Rub al-Khali' tu pun maknanya 'segi empat yang dibiarkan'. Menurut cerita, hanya golongan bedu sahaja yang mampu tinggal di situ.

Menurut geologis, di bawah Empty Quarter ini terletak sebuah kota yang telah hilang. Kota ini dikenal dengan nama Iram of the Pillars atau Iram dzat al Imad dikenal kota seribu tiang. Kota ini pernah mencapai puncak peradaban manusia pada 3000 tahun sebelum masehi dan menghubungkan dua peradaban besar timur dan barat. Namun akhirnya kota ini tenggelam dan hilang tak berbekas.Dalam Al-Qur’an surat Al-Fajr ayat 6-13, disebutkan sebagai kotanya kaum ‘Ad. Ditenggelamkan ke dalam tanah disebabkan Raja Shaddad penguasa ‘Ad tidak mau mematuhi ajakan Nabi Hud A.S untuk menyembah Allah SWT.

Kalau sebelum ini kawasan ini terbiar tak dipedulikan, tapi lepas di geledah oleh pakar sejarawan dan geologis-geologis masa kini, kawasan ini mula menjadi rebutan banyak pihak. Kekayaannya dari segi sejarah, fosil, minyak dan pelbagai lagi harta karun underground membuatkan kawasan ini bukan lagi digelar "Rub al khali" tapi "Rub al-ghali" bermaksud segi empat yang kaya.

Hebat kan? Saya agak mesti banyak lagi sejarah kaum 'Ad yang masih tertimbus di bawah sana tu. Bayangkanlah betapa hebatnya Allah menukar sebuah kawasan terhebat menjadi sebuah kawasan paling terkosong di dunia. Baru sekarang kisah sebenar kawasan ini mula terdedah semula kepada umat yang masih tinggal selepas berkurun lama termaktub dalam Al-quran. @_@ Waaaaa......

Oh ya, tak seronok la pula saya cerita gitu-gitu sahaja kan? Jom geledah bukti~

1. Rub al-Khali , karangan Harun Yahya (versi buku)

2. Rub Al-khali , laman web Harun Yahya - English version

3. Pengalaman dan kisah di Rub Al-Khali oleh blogger-saya-tak-tahu-siapa

4. Sahara the Empty Quarter

5. Rub Al-Khali by Mr. Wiki

6. Gambar terang-tang-tang Rub al-Khali

7. Lost City of Ubar , by NASA

8. The Road of Ubar , by NASA

9. Iram Of Pillars, by Wikipedia

10. Al-Quran yang melampau pemikiran manusia ~ Kisah 'Ad

11. Kisah Penduduk Ahqaf ( Kaum 'Ad )

Fuh, banyak dah ni.. Nanti kalau tak puas hati lagi, cari sendiri lain la eh... Hehe.

Sekian, melaporkan untuk perkongsian~ ^_^ ---> Tadabbur mode ~

Cikgu Tak Pandai vs Pelajar Perasan



Salam

Hari ni dah mula kuliah sistem baru. Semangat belajar dah ada tapi semangat buka video tak hilang-hilang lagi. Hehe. Tak apalah, sementara awal-awal lagi ini kita biarkan sekejap eh. Ambik mood. ;p

Tapi tadi, waktu tengah tengok Sensei Wa Erai! ni, terus terbayang-bayang zaman sekolah dulu. Memang kena sungguh lah! Ada sikit rasa tertikam di dalam diri sendiri.

Pernah tak dulu bila kita gagal, kita salahkan guru-guru kita? Kita salahkan sistem sekolah kita? Kita pandang tinggi sebuah sekolah yang hebat sebab bagi kita guru dekat sekolah tu hebat, tak macam guru kita sendiri. Bohong la kalau sikit pun tak pernah rasa macam tu~ Secebis mesti pernah rasa.Kecuali la kalau kita jenis budak yang maintain nombor satu tip-top tiap-tiap tahun. Budak jenis ni jarang rasa macam tu kot. Agaknya lah...

Kalau tak murid yang rasa, mak bapak murid pun selalu perangai lebih kurang macam tu. Bila anak gagal, tak memasal serang cikgu kata cikgu tak reti mengajar. Yang macam ini memang saya pantang teramat. Kadang-kadang selalu gak dengar mama kat rumah cerita cikgu-cikgu kat sekolah kena. Payah rupanya jadi cikgu pada budak perasan pandai nih.. Ish...

Itu zaman sekolah. Zaman universiti pun kadang-kadang saya nampak benda yang sama. Ada orang memandang universiti di barat jauh lebih hebat lebih dari universiti depan mata atas alasan yang serupa. Profesor sana jauh lebih mantap, lebih terkenal. Sistem diaorang lebih maju dan sebagainya. Kadang-kadang terasa down jugak bila orang perlekehkan university kita. (saya pernah terasa mahu menjahit mulut sorang manusia bila dia dengan bangganya persoal kenapa pilih timur tengah sedangkan UK dan Ireland lebih gah.. Haishhh... Nasib baik abah suruh anggap dia tak tahu kelebihan di sini sahaja. T_T) Tapi itulah, kadang-kadang terfeeling jugak kenapa diaorang lebih hebat.

" The best teacher only appear to those who want to learn "

Ayat ni memang menyentap ah! Bak kata orang, kalau tak tahu menari jangan salahkan pentas bergoyang. Tak adanya orang dapat gelaran cikgu kalau tak pandai mengajar.

Sehebat mana pun kita dapat memilih tempat pengajian, kita takkan dapat memilih cikgu. Sepatutnya siapa yang jadi cikgu kita, dialah yang patut kita anggap sebagai guru terhebat. (Nasib baik dia sanggup nak mengajar kita yang tak tahu ilmu ni ok.) Hebat mana pun guru kita, kalau kita pemalas, kegagalan tetap takkan berubah. Cikgu ajar sama rata saja semua, tapi keinginan murid yang berbeza yang membezakan semua perkara. Takdenyer ada cikgu hebat dengan cikgu tak hebat.

Jadi, tak sepatutnyalah kita menyalahkan guru atau menyalahkan tempat belajar kita bila kita tak berjaya seperti yang diharapkan. Kena berbalik kepada diri sendiri dahulu. Kan? Bersyukurlah kita ada di tempat kita sekarang. Takdir kita disusun penuh cantik sebenarnya. Apa yang kita dapat, itulah yang terbaik untuk kita. Yang penting, kita kena tahu melihat dan pandai ambil peluang.

Tak kisahlah kita di ceruk mana sekalipun, Jordan, Mesir, Indonesia, India, Malaysia, UK, Jepun atau mana-mana sekalipun, semuanya ada peluang yang sama. Kalau untuk pelajar sekolah, korang di SBP ke MRSM ke SMKA ke Sekolah Bestari ke Sekolah pinggir bandar ke sekolah luar bandar ke semuanya boleh berjaya kalau ada kemahuan. Semua atas diri kita sendiri.

Kalau dunia sekolah itu diibaratkan sebagai pentas lakonan, guru dan sekolah adalah diibaratkan pelakon tambahan dan prop-prop yang mampu menambahkan kehebatan sebuah cerita. Kalau kita sebagai hero berlakon sorang diri tanpa pelakon tambahan dan prop lain, macam orang gila la pulak kan? Tapi kalau semua dah mantap tapi hero hancus, ranap juga jadinya.. Maka, semua perlu ada kerjasama dan kemahuan.

Fuh, bersemangat pula jadinya lepas tengok cerita ni. Terasa macam nak cakap dekat semua guru-guru saya dari dulu sampai sekarang "TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK". Eh, macam post entry untuk hari guru la pulak. Hehe.. Jom,jom belajar~

SENSEI WA ERAI !!! = CIKGU MEMANG HEBAT !!! = TEACHERS ARE GREAT!!

p/s: ada terfikir gak nak bagi movie ni kat mama pastu suruh mama kasi hadiah lawa-lawa movie ni kat semua pelajar dan ibu bapa yang ada sikap suka menyalahkan cikgu nih. Biar sentap dan insap. (^_^)Y
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images