Baru lagi

Salam

** Alhamdulillah, exam dah habis.. Lepas ni kita mula sistem baru pulak. GIT a.k.a Gastrointestinal Tract System. Macam bahagia pulak exam hari Khamis. At least, lepas tu Jumaat Sabtu boleh cuti puas-puas kejap sebelum masuk kelas balik Ahad nye nanti. ^_^ Jumaat habis round-round Irbid buat kerja. Sabtu ni pula keluar Irbid kejap. Hehe..

** Sangat tak faham kenapa waktu birthday haritu, kebanyakan orang tanya straight forward - Ko nak hadiah apa? . Takde dah hadiah suprise-suprise. Memang trend ke ha macam tu sekarang? Erm, takpelah. Kalau gitu next year saya buat wishlist siap-siap lah. Haha.. Senang sikit. Tak payah pening kepala nak cari idea mintak apa on the spot. Lambat-lambat kang offer ditutup. Bertuah punya kawan!

** Gara-gara demam seminggu lepas, banyak gila kerja tergendala. Nasib baik exam ok lagi. Yang lain ada gaya nak lingkup dah. MEKAP, kerja persatuan, janji itu, janji ini, plan itu, plan ini. Ampun banyak-banyak. Step by step ya nak buat balik nanti. Insyallah, nanti saya cuba setelkan jugak. Tengah cuba nak lawan kepala lelong dan malas sekarang ni. Up and down.

** Ok, berita semasa Jordan untuk Malaysian. Waktu dah tukar. Tambah lagi sejam. Makna kata beza Malaysia-JOrdan dah up 6 jam pulak. Alhmadulillah, bahagia. Dapat masa free. Hujan pun dah mula turun setiap hari tak henti-henti. Sejuk je. Kipas dah boleh masuk kotak dan buat perhiasan. Sekarang musim merebut hiram dan tong gas. Hehe..

** Dengar cerita mata wang Jordan tengah jatuh. Tapi ada dengar jugak matawang Malaysia yang jatuh. Mana satu betul ntah. Paper pun dah lama tak buka. Tapi yang penting, duit masuk bulan ni sangat jauh beza dengan bulan lepas. ada la dekat 40 - 50 dinar lebih. Nak kata duit buku, cam sikit sangat, Entahlah.. Tapi, Alhamdulillah... rezeki~

** Baru-baru ni ramai sangat sembang tentang kematangan. Tajuk popular pulak sekarang yer. Bila bercakap tentang kematangan ni terutama sejak perasan diri dah 20 tahun, tiba-tiba rasa cuak sendiri aku ni matang ke idak. Gaya macam belum je. Entah lah bila tengok orang-orang sebaya dan muda yang lebih matang dari diri sendiri, rasa macam semacam je. Kenapa kitaorang lain eh? Aku denial ke apa? Tambah-tambah bila dengar bab-bab kahwin ni, agak terasa pelik nampak orang lain sangat bersedia. Diri sendiri? haha.. sudahlah~ Kematangan itu subjektif. Asal bahagia, sudah.. (^_^)Y

** Haritu ada nampak beberapa junior macam pening-pening kenapa isu Palestin, Hamas dan seadik-beradik dengannnya sangat sensitif di sini. Kesian tengok diaorang tercengang-cengang. Hassan Al-Banna tak boleh sebut. Usrah tak boleh sebut. Hammas lagi lah bahaya nak sebut. Nak test kena naya, buat lah cakap terang-terang depan orang Arab sesuka hati. Hurm, nak buat macam mana. Mereka punya negara, undang-undangnya lain dari negara kita.Ye la, sendiri pernah merasa dulu.Ingatkan bila dekat sini lagi lah excited boleh join isu-isu global macam ini, rupanya lagi payah. Kalah Malaysia. Nak buat apa-apa, fikir dulu baik buruknya. Bukan setakat kita, kena fikir sama untuk orang lain. Takpelah dik, lama-lama nanti mesti faham. Biasalah orang baru... ^_^

** Dulu berjela-jela, sekarang main note-note pulak? Berkarat habis. Apa nak jadi kalau dulu semangat sangat, sekarang makin layu je? Lebih kurang sama je semua benda, semua perkara-perkara lain. Sangat lah tak patut nak menyalahkan orang sedangkan diri sendiri tak reti nak berhadapan dengan masalah. Tak adil tau. Macam tampar air di dulang, merecik ke diri sendiri. Kata lain, meludah ke langit. Atau pun mengata dulang paku serpih, mengata orang, sendiri yang lebih. Ish, banyak sangat la pula peribahasa nak list. Dear diri sendiri, so sebelum nak test salahkan benda lain, check dulu kita macam mana. Entah-entah kita yang buat dia jadi macam tu. Ish3... Jom tengok balik.

** sistem baru, azam baru, hidup baru.. Aceh, berapa balik kali nak azam baru ni.. satu sem 3 sistem, maknanya 3 azam baru setiap sem? Hah, takpelah. Manusia perlukan pembaharuan setiap masa. ye dak? Asalkan memberi kebaikan, jalannn~ Selamat!

MSS





KHAMIS 29 OKTOBER 2009 : EXAM MUSCULO-SKELETAL SYSTEM

~ berhenti seketika . BYE . ~

p/s: Doakan kami!

1 ----> 2

Salam





Dari ULAT jadi KEPOMPONG,
Tidur LENA dalam kelongsong,
SAMPAI WAKTU kepompong pecah, POM!
Jadi RAMA-RAMA yang indah..

Rama-rama TERBANG MERATA,
Sungguh cantik aneka warna,
Hisap madu di kelopak bunga,
Tapi sayang HIDUP TAK LAMA..

*******

Sedekad yang baru berlalu
Adakah emas atau sekadar debu?

*******

Semoga yang bakal tiba
Kita sama warnakan sebaiknya..

Doakan aku, dia, dan mereka

*******

Teristimewa buat Asyila dan juniornya + Kak Amani + Sri + seluruh warga 24/10.


(p/s:syukran atas doa.demam sudah agak kebah tapi batuk masih teruk terutama malam dan pagi,moga yang lain juga bertambah sihat.Syafakallah..)

Bad Day



Salam

Semalam langsung tak dapat tidur sebab asyik terbatuk-batuk sampai sakit dada. Nak bernafas pun tak berapa dapat. Badan terasa panas semacam. Sebab tak tahan sangat susah bernafas dan batuk,pagi-pagi buta lagi dah bersiap nak pergi klinik. Nasib baik housemate cakap klinik buka pukul 8, kalau tak maunya lepas subuh saya tercangak dah kat sana. Uish, tak tahan....

Jadi, tepat je jam tunjuk pukul 8, terus saya keluar rumah.Bajet-bajet pagi ni cuaca biasa-biasa, sekali keluar je rumah, baru perasan angin pagi ni sejuk teramat. Alamak,silaplah tak bawak sweater.Terus badan rasa bertambah tak sedap. Kejap panas, kejap sejuk. T_T

Sampai-sampai klinik, macam biasa lah kena tunggu turn. Nasib baik pagi ni tak ramai sangat. Oh ya, memandangkan symptom kali ini memang saya tak reti nak cakap dalam bahasa Arab dan datang sorang diri,so dari rumah siap-siap dah salin kamus. Senang sikit nak terang dekat nurse yang tak boleh cakap BI tu.

Dhiqit nafas : S.O.B
Gahhah: Cough
Betla' baigham : sputum production
Alam bissoder : chest pain
Safir : Sneezing

Haha, bila masuk je bilik nurse, dia tanya " kamu kenapa" , terus saya kasi kertas tu. Malas nak cakap, sakit tekak + tak reti nak terang lebih-lebih. Bagus juga buat macam ni. Nurse tu terus buat check suhu sambil dia sembang-sembang dengan kawan dia kat sebelah.

ok, suhu 38.7. Tak tahu lah kenapa, bila tahu suhu muka nurse tu macam terkejut.Kawan dia pun sama. Ok, maybe sebab kat luar sejuk sangat kot.Kemudian dia tanya " ada sakit sendi tak?" "Sakit kepala?" "Ada." (kenapa dia tanya sakit sendi eh? Saya lupa pula apa kaitan dia.)

Habis je cakap macam tu, terus dia serah file kat doctor suruh check saya cepat. Eh, kenapakah reaksi mereka sangat cemas? Takkan sebab takut H1N1 kot. Banyak lagi simptom H1N1 saya tak ada.

Masuk bilik doktor, saya terus terang segala sakit-sakit yang sejak semalam. Sambil terang, sambil mata intai laporan doktor tu la. Mak ai, panjang berjela nya doktor tu tulis. Waktu tu ada sorang lagi doktor dan nurse masuk dalam bilik yang sama dengan saya. Diaorang sembang-sembang sambil saya dengar sama.

" Ramai betul budak sakit sekarang "
" Bulan ni saja dah berbelas-belas. Budak ini entah ke berapa "
" Tu la, aku dah cakap mesti ada sesuatu tak kena dalam udara sekarang "

Erm, lepas tu dah tak paham dah. Waktu tu terfikir gak, doktor cakap pasal budak Melayu ke budak Arab sekali? Maklumlah, haritu dah heboh ada budak Melayu kena H1N1. Gempar kitaorang. Diaorang pun risau pasal tu jugak kot. Tapi rasanya normal lah orang sakit sekarang sebab nak tukar cuaca. Kan? Kan?

Habis check, doktor suruh buat x-ray. kenapa pulak ni? Dalam kepala dah terbayang-bayang, aritu belajar kalau ada kabus-kabus kat Xray, kalau bahagian atas maknanya TB. Kalau bahagian bawah, lupa plak. Cuak laaa... Takkan teruk sangat kot.

Tapi alhamdulillah, dapat-dapat je result dah tahu peparu normal. Legaa.. Doktor cakap saya kena Acute Bronchitis. Hurm, walaupun dah lupa penyakit tu normal ke tak, tapi tetap lega sebab bukan H1N1. Fuh, selamat...

So, sekarang ni kerja makan ubat dan tunggu sembuh je la. Satu badan still rasa tak sedap lagi terutama kat kepala tu. Peparu apatah lagi. uhuk! uhuk!

Program petang ni cancel. Esok ada group discussion. Tak leh nak ponteng, sayang markah. Jumaat pula kena ke Amman ada meeting. Aduh, boleh tak kalau tangguh semua benda. Hurm, for sure la sehari dua ni badan je bergerak, fikiran mesti tak lekat sangat. Nak membaca buku pun malas padahal khamis depan dah exam dah. Waa! Hari ni je dah burn tak buat apa-apa.

Oklah, nak stop. Badan makin panas, kepala makin berat. Sekadar nak cakap satu benda je sebenarnya. Tolong doakan saya lekas sembuh sebelum exam. Tak seronok exam sambil terbatul-batuk. Karang tekanan naik, kepala susah nak berfikir. Harapnya lekas sembuh la nanti. Moga-moga juga sakit kali ni jadi antara kafarah dosa-dosa saya yang lama. Amin ya rabbal alamin...

Ragam Sebuah Telefon

Salam

(di kedai handset )

Sewaktu terfikir mahu melihat-lihat keluaran terbaru,

" Pakcik, model apa yang yang bagus dan terbaru? "
" Apa kata ambil Nokia 6220 ni, boleh letak program, kamera pun 5 megapixel, flash bagus. Ini keluaran terbaru ni. Tempat lain mungkin tak ada lagi."
(Dalam hati : Ehh, kat Malaysia dah lama ada dah lah......)

Sewaktu terfikir mahu beli handset paling simple dan paling lasak + paling murah,

" Pakcik, nokia 1100 ada tak? "
" Eh, mana wujud dah telefon tu sekarang. Zaman kuno punya tu."
(Dalam hati : Eh, kat Malaysia wujud lagi lah....)

Apa-apa je lah Jordan nih.....



Bila handset sendiri rosak...
Mula lah terfikir kenapa aku tolak tawaran beli handset baru kat Malaysia haritu,
Mula lah kelam-kabut asyik terlajak waktu bila jam loceng tak membantu,
Mula lah pening siapa yang telefon sebab nombor semua mula berterabur,
Mula lah rosakkan lagu dengan menyanyi sendiri bila mp3 tak dapat berfungsi,
Mula lah handset yang lock buat ku cuak, langsung test-test tak boleh bukak,
Maka,
Mula lah terasa ada benda yang ter-bakal dibaling ke dinding~
Mula lah terdetik kenapa susah sangat spare part nak cari sampai dapat~
Mula lah terdejavu ada wang-wang yang bakal melayang-layang~
Mula lah termimpi bagusnya kalau dapat balik Malaysia utk perbetul handset tercinta~

Tapi, bak kata kawan ---> Tolonglah jangan berangan!

Takpelah, bye-bye handset. Jadilah sleeping beauty untuk 1 tahun seterusnya. Insyallah nanti aku jumpakan kau dengan Prince Pomen Handset di Malaysia. Wassalam..

* wushhh.. (bunyi efek baling serbuk tido utk handset a.k.a masuk dalam kotak ) *

Kuiz: Bagaimana mahu hidup tanpa handset di JOrdan? Kedai telefon maintain tutup. Pondok telefon lagilah tak wujud. Nak sms bolehlah pakai orange.com. Nak telefon pakai apa? Persoalan yang perlu dirungkaikan. Ada idea? Oh ya, sila jangan jawab beli handset baru~ Siapa apa idea, memang sangat Albert Eistein lah! Hehe..

(Sila jangan tuntut hadiah memandangkan pembuat soalan sendiri tiada jawapan. Sekadar menduga kebijaksaan seorang manusia)

Dear Friends

Assalamualaikum

Dari awal mula kelas dulu lagi, saya rasa macam sayu sikit bila tengok beberapa tempat kosong dalam kelas saya yang dah tak ber-orang. Dulu situ tempat-tempat duduk biasa beberapa orang kawan saya. Tapi sekarang, kami tak sekelas. Rasa macam pelik pula. Kalau tak, dulu asyik mengendeng dengan diaorang juga. Tapi sekarang kalau nak jumpa pun, hanya dekat luar kelas saja.

Kawan-kawan saya yang tiada tu sekarang masih di kelas lama. Dulu waktu di Malaysia, saya dapat beberapa email dari mereka. Kebanyakannya risau mereka tidak dapat lagi kawan dengan kami. Ish, jangan la macam tu. Walau kat mana pun korang, Ainul dan yang lain tetap kawan sebatch selamanya.

Erm, sebenarnya saya tak berapa berani sangat cakap pasal ni kat luar dengan mereka. Takut saya tersilap ayat. Tapi tetiba rasa nak meluah dalam ni. Siapa yang terbaca, anggap je la Ainul cakap kat korang kat luar ni yer.

Sahabat-sahabat sekelian, yang dah lepas biarlah lepas. Jangan toleh ke belakang. Kita masing-masing ada masalah tersendiri. Tapi jangan biarkan masalah tu mengawal hidup kita. Kita hebat, sebab tu Allah pilih kita untuk setiap masalah yang kita hadapi. Insyallah, setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Yang penting, kita kena bersyukur dan redha.

Sahabat, janganlah diam sendiri kalau ada masalah. Luahkan pada kami kalau mahu. Kami sentiasa bersedia untuk membantu. Kalau tak beritahu, susahlah kami nak tahu. Percayalah pada kitaorang kat sini. Kita satu keluarga. Kita akan sentiasa jadi satu keluarga tak kira apa gak yang jadi pada sesiapa. Sahabat tetap sahabat. Abadan abada, Ihna akhawatukum fil islam, lillahi taala.. Sayang sangat dengan kawan-kawan sebatch terutamanya... Jadi, janganlah bimbang, kami sentiasa terima korang.

Ini ada sikit hadiah untuk korang. Anggaplah sebagai luahan hati dari sahabat-sahabat di sini. One for all. All for one.



KU BERLARI

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu
Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan
Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati
Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari..

Salam Sayang,
Ainul dan lain-lain..

Selit-selit hujung minggu

Alhamdulillah

Semalam saya selesai mengharungi hujung minggu yang penuh dengan program. Agak kepenatan sebenarnya. Tapi mengenangkan bukan selalu dapat mengikuti program sebegini, saya gagahkan jua walaupun ada terselit sediit cemburu melihat sesetengah rakan memilih untuk menghabiskan masa untuk mengulang kaji. (Tambahan, kali ini kami exam paling awal : 29 Oktober)

Program pertama hujung minggu ini adalah Minggu Haluan Siswa (MHS) yang dibuat untuk meraikan kedatangan pelajar baru dan menerangkan sedikit sebanyak hala tuju mereka di bumi Jordan. Ini kali pertama saya menyertainya sebagai bukan peserta memandangkan tahun ini dibuat agak lambat dek kekangan tenaga kerja sewaktu cuti dahulu. Tapi saya bukan fasilitator, tapi saya memilih untuk menjadi AJK yang melihat dan bekerja belakang tabir sahaja.

MHS kali ini saya rasakan seperti agak santai dan rileks, bukan seperti di zaman saya yang banyak tugasannya dan sering dimarah-marah. Method marah-marah ni dah tak main agaknya. Bertuah budak-budak baru ya~ Tak payah kena nyanyi-nyanyi, pujuk-pujuk senior kasi sign dan main rebut-rebut barang amanah dengan senior. Tak apalah, sekali pantai bah, sekali pasir berubah kan? Setiap ketua mungkin ada agendanya sendiri. Saya ikut sahaja~

Ahlan wasahlan saya ucapkan pada mereka yang baru tiba. Makin ramai orang Melayu di bumi JOrdan ini. Harap-harap dengan ramainya orang rumpun kita, ukhwah akan tetap kukuh dan utuh seperti sewaktu bilangan kita sangat minoriti di JOrdan. Ini harapan saya yang paling utama. Saya tak berapa sedap hati bila ada di kalangan kita tak kenal antara satu sama lain. Terasa macam tak patut pula sedangkan kita sama-sama berada di bumi asing ini.

Bilangan yang agak ramai mungkin akan mengambil masa untuk kita kenal semuanya. Tapi tak mengapalah. Ada banyak masa untuk kita kenal sedikit demi sedikit. Saya sendiri bukan jenis senior yang sangat ramah sampai kenal semua junior dalam masa yang singkat. Perlu masa dan kondisi yang sesuai. Kadang-kadang boleh, kadang-kadang segan. Harapnya kalau nanti saya tiba-tiba teragak-agak mahu memulakan langkah perkenalan, ada di kalangan adik-adik/kawan-kawan baru ini janganlah pula menganggap saya sombong. Tegur saya dulu pun tak apa, lagiiii saya suka. Hehe...

Kedua, program raya PERMAI. Temanya tahun ini : Perantau Takkan Sepi. Agak bertepatan barangkali dengan bilangan Malizi pada tahun ini. Kalau dulu di dewan, kapasiti yang dipenuhi hanya separuh di bahagian hadapan, tapi tahun ini penuh sungguh sampai ke belakang. Macam ternganga juga melihat ramainya orang Irbid pada jamuan raya kali ini. Itu baru yang rajin datang, kalau campur yang tak datang mungkinkah bakal melimpah ke luar dewan? ^_^

Usai MHS selama tiga hari dan Raya PERMAI di petang Sabtu, malamnya batch saya pula ada program BACK TO SCHOOL TALK untuk sesi ala-ala taklimat bagi menghadapi sesi baru semester ini. Terasa agak bersemangat bila dengar senior beri nasihat walaupun jauh di sudut hati terselit cuak mahu menghadapi tahun akhir pre-klinikal ini. Harap-harap segalanya dipermudahkan Allah. Aminnnnn...

maka, tamatlah hujung minggu saya~ Hari ini hari ahad, mari kembali semula ke kelas. Erm, lecture note second week dulu baru habis 3/4 dibaca. Itukan menyelit-nyelit baca sewaktu program MHS. Di rumah,kalau balik ada baki tenaga, banyaklah dapat. Kalau penat sangat, balik-balik terus black-out tidur. Harap-harap yang saya baca selit-selit ni melekat kuat di ingatan. Nanti nak sambung kelas 3rd week pula. Moga saya dah boleh masuk gear seterusnya dan memecut bersama yang lain. Doakan ok.

Tapi, pegangan saya : Jangan menyesal. Pandai buat, pandai tanggung. Lagipun semalam senior sudah pesan, tahun ini je lah tahun paling rileks sikit nak join mana-mana program. Tahun klinikal nanti dah berganda-ganda penat dan sibuknya. Baik join sekarang daripada baru nak join bila dah klinikal. Sementara ada peluang nak bermasyarakat ni, gunalah sebaiknya. Tapi kena pandai urus juga sebab tahun ini tahun subjek-subjek core dalam teorikal perubatan. Kalau tak pandai imbang, boleh lingkup juga. Ish, na'uzubillah... Bitaufiq!

Ok, sudah. Saya nak sambung buat kerja. Hujung minggu tak lekat di rumah, banyak benda menimbun. Mahu selesaikan semua cepat-cepat. Nanti boleh tumpu belajar. Hehe. Assalamualaikum..

p/s:

1. Kepada my old bestie, dear Rabiatul Adawiyah Razali - Happy Birthday! 10th Oct 1989 dan juga pada kak kecik tersayang, Laila Saarani 11th october 1989- hepi birthday! Ang dah masuk 20-an. Semoga angka 1 yang menjadi 2 selari dengan peningkatan kualiti hidup di masa hadapan. Aku doakan semoga tercapai segala hajat di hati. Aminnn...

Iklan Sayembara 2009



Pengenalan

Sayembara Puisi Berunsur Islam GKLN 2009 merupakan sayembara puisi yang dianjurkan oleh Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) untuk seluruh ahlinya yang mewakili pelbagai negara. Sayembara ini merupakan kesinambungan bagi Sayembara Puisi Berunsur Islam GKLN 2008 yang telah dilaksanakan dengan jayanya.

Meskipun memiliki berbilang latar pendidikan, masyarakat, dan koordinat geografi yang berbeza, sayembara ini akan menjadi wadah yang menyatukan fikrah para peserta. Sayembara ini akan membentuk dimensi baru bagi mengisi kekosongan relung jiwa penyajak muda di samping dapat menghubungkan sesama mereka untuk tujuan dan nuansa yang sama; mengangkat nilai kesusasteraan Islami ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif

1. Menawarkan dunia penulisan kreatif sebagai salah satu wadah menyampaikan mesej dakwah dan pemikiran kritis di samping meningkatkan penghayatan para peserta dalam aspek keagamaan menerusi penulisan puisi yang bertemakan keagamaan dan berunsurkan Islam. Hal ini diharapkan dapat membantu memperbaiki jati diri dan kesedaran mereka sebagai pelajar Muslim.

2. Menambah minat dan penglibatan para peserta dalam bidang sastera khususnya penulisan puisi.

3. Melahirkan masyarakat Islam yang lebih dinamik dan seimbang yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek sains tetapi juga dalam aspek cipta kreatif. Memandangkan majoriti pelajar luar negara adalah pelajar jurusan sains, maka usaha melibatkan mereka dengan penulisan akan menjadikan mereka lebih fleksibel dan serba boleh dari segi pengalaman dan kemahiran, bukan sahaja dalam aspek sains, tetapi juga dalam aspek bukan sains dan kerohanian.

4. Memberi ruang kepada pelajar Malaysia di luar negara untuk mengikuti aktiviti sastera dan penulisan yang lebih tersusun. Terdapat segelintir pelajar di luar negara yang berminat mendekati dunia penulisan, namun kebatasan ruang dan peluang untuk berkarya membuatkan usaha ini menjadi terbantut.

Syarat Penyertaan

1. Sayembara ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut :
- Sedang menuntut di luar negara.
- Telah menjadi ahli GKLN yang sah dan menyertai yahoogroup GKLN. Bagaimana untuk menjadi ahli GKLN yang sah? Isikan borang keahlian dan hantarkan ke gkln_sayembara@yahoo.com bersama karya penyertaan anda.
- Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.
- Peserta yang pernah menuntut di luar negara sama ada untuk ‘twinning program’ atau tamat pengajian dalam tempoh kurang 3 tahun dari tarikh tutup penyertaan juga layak menghantarkan penyertaan.

2. Setiap karya hendaklah mempunyai unsur moral dan pengajaran dengan menyentuh mana-mana aspek seperti:
- Sejarah Islam.
- Nilai tamadun kerajaan Islam silam.
- Tokoh Islam.
- Dakwah dan tarbiyah.
- Aspek perjuangan menegakkan syiar Islam.
- Kritikan sosial dan sikap umat Islam.
- Isu-isu semasa dunia Islam.
- Kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam.
- Keamanan atau kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin dan sebagainya.
- Aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam.
- Lain-lain aspek yang berkaitan.

3. Karya hendaklah asli (bukan saduran atau terjemahan), belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik karya tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.

4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

5. Panjang puisi adalah bebas.

6. Beberapa karya terpilih (sama ada menang atau tidak) akan dipertimbangkan untuk dibukukan.

7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2010.

8. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.

9. Hantarkan karya atau sebarang soalan/kemusykilan ke gkln_sayembara@yahoo.com.

Penilaian

1. Hantarkan 3 buah puisi (wajib 3 buah) yang memenuhi syarat-syarat karya.

2. Puisi-puisi akan dinilai secara ‘kombo’.

3. Pemenang akan dinilai berdasarkan keupayaan mengolah tema yang diketengahkan, kebijaksanaan mendidik pembaca dengan kreativiti dan persembahan yang menarik.

4. Hadiah ditawarkan untuk lima pemenang (tertakluk kepada perubahan).

Format Penulisan

1. Hantarkan 3 buah puisi dalam bentuk ‘kombo’ susunan tangga (kurang baik à terbaik). Ini terpulang pada penilaian para peserta. Tiada markah tambahan untuk penyusunan yang tepat.

2. Di awal karya, tuliskan:
- Nama penuh.

- Nama pena (jika ada).
- Lokasi di luar negara.
- No. telefon.
- Alamat di Malaysia.
- No. telefon.
- Emel.

3. Contoh:

Tabiat baru

Bila Terasa Rindu
oleh : Dafi AF5

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar



~ Bila budak berusia 19 tahun 11 bulan 20 hari buka lagu ini setiap hari setiap jam setiap masa kecuali dekat univeristy lepas balik dari Malaysia apa perlu dibuat pada dia?

Cadangan : Siapa baik hati nak dermakan tiket Jordan-Malaysia ???!!!

Saya akan sayang dia sejuta-juta-juta-juta kali lebih dari orang lain.. Hahaha~

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1. Cuaca : Jordan - Luar rumah panas, dalam rumah sangat sejuk. Haish.

2. Sudah mula belajar Sistem Otot-Otot Manusia yang sangat saya 'suka'. Go..go...!

3. Selamat Pengantin Baru kepada Sensei Asyraffdini dan Kak Sammaihatunnajwa. Moga masjid yang terbina sentiasa mendapat barakah, rahmah dan mawaddah hingga ke syurga. Mabruk~ ( Kad Undangan kepada semua Urduni --> SINI )

4. Selamat Datang kembali ke dunia penuh kesibukan pelajar kepada saya ~~~~~ ^_^Y

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images