Setelah 2 tahun berlalu

6:46 PM 8 Comments A+ a-

Salam

Akhirnya... Setelah 2 tahun berlalu...

Alhamdulillah, raya tahun ini terasa lebih istimewa berbanding tahun-tahun yang lepas. Dah dua tahun beraya dengan teman-teman di rantauan, tahun ini nasib menyebelahi kami bila cuti akhir penggal jatuh dalam musim hari raya. (^_^)Y Apalagi, balik kampung lah ramai-ramai bila dah cukup korum~

Jadi sempena dah seminggu raya nih, inilah aktiviti saya di Malaysia...

Ini hari pertama. Buat pertama kali dalam sejarah selepas SPM, ahli keluarga saya cukup orang untuk menyambut raya. Agak teruja dan sangat gembira. Saya lagilah berkali-kali ganda. ^_^ Tahun ini kami beraya di Parit Buntar dulu. Pusing sekampung dengan keluarga~




Petang raya pertama, terus bergerak pulang ke Sabak Bernam. Nenek belah sini baru keluar wad. Alhamdulillah sakitnya sembuh sikit bila nak raya. Kalau tak mesti sedih nenek kat wad. Dah la kena asing sebab suspected H1N1. Tapi lega rupanya hanya ILI.



Mengikut pengalaman, raya pertama paling seronok di Parit Buntar sebab rumah dekat-dekat. Kalau raya seterusnya, lagi seronok di Sabak Bernam sebab ramai kerabat turun raya berombongan. Ini contohnya. Sesak habis rumah nenek. Satu demi satu rombongan sampai empat lima kereta sekali datang. Satu rombongan pulang, satu lagi rombongan datang. Letih tapi gembira bukan kepalang. Saya sangat rindu suasana ini! Ini seronoknya ada keluarga yang sangat besar.



Aha, yang dibawah ini yang paling saya nanti-nantikan kehadiran mereka. Semuanya pendatang baru dalam keluarga besar saya. Ini semuanya sepupu dan anak saudara saya yang baru(sepupu punya anak). Tiap-tiap tahun mesti tambah berganda-ganda. Hehe.. I like! Yang dah besar sikit tu, dulu saya jumpa baru belajar tatih, sekarang dah mulut mencicit-cicit kalah bertih. Dalam YM sibuk je nak bagitau itu ini, tapi bila kat luar malu-malu pulak dia. ^_^ Tahun depan, mesti semua dah berubah muka.

(P/s: Habis terkantoi banyak kali cuti ni sebab tersilap orang. Mana taknya, semua dah besar-besar belaka. Muka pun ada yang berubah. Habis tertukar adik jadi terpanggil kakak atau abangnya. Aish, tu ler gara lama tak jumpa.U_U )



Lepas raya kedua dan ketiga habis di Sabak Bernam, raya keempat kita beraya di KLIA. Menghantar jejaka yang sorang ini ke Moscow. Asyraf dapat melanjutkan pelajaran ke MMA, Russia. (Nasib baik dia sempat raya, kalau tidak, raya kali ini kakak ada adik la pula tiada). Bye!!!!



Maka, setelah seminggu raya kelam kabut pusing sana pusing sini, akhirnya kami kembali ke Parit Buntar pada raya ke-enam. Penatnya~

Ada lagi seminggu je tinggal sebelum saya balik ke Jordan. T_T (Malasnya!) Tambahan, kesian pula kat mama dan abah. Dah nasib anak duduk merata-rata, tak habis-habis kehulu-ke hilir. Tambahan untuk bulan ini, dah terasa macam KL tu tempat kerja je pula sebab asyik bertandang ke situ menghantar dan menjemput orang. Huhu..

Jadinya, saya nak minta maaf zahir dan batin pada kawan-kawan yang saya dah ada berjanji nak datang jumpa tapi saya tak terbuat. Bukan apa, tahun ni raya kami kelam kabut sikit. Susah nak fix benda lain. Maaf ya. Kalau ada masa, ada jodoh, insyallah di masa depan kita janji lain. ^^ (Radin Rahmah sorang je yang berjaya dijumpai raya haritu sebab kami sekampung di Selangor. Thanks A lot Radin. Nanti bila-bila ada masa jom jumpa lagi. )

Oh ya, tadi belek-belek gambar, sesaja nak cari gambar raya terbest. Dan keputusannya, saya pilih yang ini!



Haha.. Comel lotey sungguh la pasangan ini posing~ ^_^
Ini tok dan tokwan saya di Parit Buntar. Ibu dan bapa kepada abah saya. Romantika di amor. Sesuka hati saya saja letak hati dan blink-blink di situ. Tapi takpelah. Nice!
Kredit kepada Asyraf yang pandai snap moment best!

** Sangat puas hati dapat rasa sendiri raya di rumah...
** Yang raya di luar, jangan cemburu-cemburu ya. Nanti masa korang akan tiba jugak begini. Amin...
** Tahniah pada yang telah/bakal bertunang serta menikah di bulan Syawal ini. Semoga berbahagia hingga ke syurga! ^_^

Salam Aidilfitri

9:54 AM 1 Comments A+ a-

Merentas Masa

1:18 AM 5 Comments A+ a-




Bagaikan merentas ke zaman lampau.

Itu yang saya rasakan setiap kali datang melawat sekolah ini termasuklah hari ini.

Melihat budak-budak sekolah rendah yang bising bertempiaran berlari dan bermain bersama kawan-kawan membuatkan saya terfikir "oh, begini rupanya aku dulu agaknya." Dah 8 tahun masa berlalu.

Kadang-kadang terasa macam orang gila sahaja bila asyik tersenyum seorang diri sahaja bila meronda sekolah. Apa tidaknya, setiap sudut di sekolah itu ada rahsianya tersendiri, ada peristiwanya tersendiri. Bila teringat semuanya, mulalah nak tergelak-gelak seorang diri. :P

Apatah lagi bila ada kawan untuk kembali membuka cerita lama seperti tadi, lagi lah macam-macam kenangan yang kembali berputar. Walaupun landskap sekolah sudah banyak berubah tapi ingatan kami masih kuat. Setiap kali bercerita, terasa seakan-akan kami kembali melihat tayangan diri sendiri di sana. Indahnya zaman sekolah rendah!

Ada satu cerita yang paling saya tak boleh lupa bila melihat papan hitam di kelas saya. Dahulu, kami ada bermain suatu permainan ala-ala "True Or Dare". Tapi takde "true"nya pun. Semuanya kena "dare" sahaja. Sudahnya rakan-rakan mengenakan saya dengan menyuruh saya ke depan kelas di hadapan semua orang dan mengucup papan hitam sambil mengucapkan "i love you" ke papan hitam itu. Hampeh punya denda! Dahla waktu tu semua orang tengok. Malu giler!! Tapi sekarang terasa sangat lawak bila ingat balik.

Saya masih ingat ramai kenalan di sini. Tapi kebanyakan sudah terpisah jauh. Hanya mengharapkan dunia internet untuk menghubungkan kami. Semoga suatu hari nanti ada reunion besar yang boleh mengumpulkan kami kembali. Amin..

Setiap tahun saya memang akan datang melawat guru-guru lama yang masih tinggal di sini.Saya senang merapatkan diri begini.Setiap kali bertukar berita, saya akan meminta mereka mendoakan saya.Terasa lapang mendengar doa dan restu dari guru.Saya sangat yakin bahawa doa dari guru sangat makbul.

Sekurang-kurangnya saya gembira bila mengetahui mereka berbesar hati menerima kehadiran bekas anak murid lama.(berkat dengar pengalaman dan perasaan mama dan abah sebagai guru! ^^) Semoga keredhaan dan kegembiraan cikgu dapat menjadi salah satu usaha saya membalas budi mereka.

Dalam sembang-sembang dengan cikgu, saya selalu dengar mereka berkata bahawa kedatangan kami selalu mengingatkan mereka bahawa mereka sudah tua. Haha. Mana tidaknya, dahulu kami cinonet-cinonet belaka. Kecil, nakal, tak reti bergaya. Tapi sekarang semuanya sudah lain. Semua dah dewasa. Soalan tentang jodoh mesti tak lepas ditanya. Nanti-nantilah ya cikgu! ^^

Lagi mengharukan saya, bila cikgu-cikgu ini senantiasa meluahkan harapan kepada kami. Katanya mereka teramat suka kalau kami lebih berjaya daripada diri mereka sendiri.Malahan ada yang sudah mengecop, nanti senang cikgu bolehlah pergi periksa kesihatan pada kamu.Bila kami berjaya, cikgu tumpang senang dan bahagia.Hilang penat lelah segala. Insyallah cikgu, saya akan berusaha. Semoga ini jadi hadiah buat cikgu nanti.

Alhamdulillah,hari ini saya sudah selesai menunaikan hak yang termampu kepada cikgu-cikgu saya. Malahan saya seronok dapat menyelongkar kembali kenangan lama bersama kawan baik saya tadi, Rabiatul di sana. Kembali ke sini seperti kembali merentas masa, mengutip kenangan dan kegembiraan untuk di sematkan kembali dalam mengenang usia dan bekalan hidup merentas hari muka.

** Seperti biasa saya hanya sempat ke SK Permatang Tok Mahat dan SMKA Nibong Tebal. Agak sukar mahu ke SBPI Gopeng gara-gara jarak yang jauh dan masa yang tiada. Semoga suatu hari nanti saya berkesempatan juga ke sana. Rindunya cikgu-cikgu Gopeng!

** Oh cikgu, cukuplah sekadar doakan saya mengenai hal-hal biasa. Jangan di doakan satu yang sangat luar biasa itu. Huhu. Takutt.. Masin mulut karang, tak dapat saya bayangkan. T_T Takmau!

** Kepada kawan-kawan lama, saya amat berbesar hati kalau kita keep in touch semula~ ^^

Bidan Alaf Baru

7:11 AM 4 Comments A+ a-



Salam

Sekadar mengajak rakan-rakan yang bakal bergelar doktor untuk berfikir sekejap...

Andai kata suatu hari, anda didatangi seorang nenek tua yang mengadu kepada anda...

"Doktor, urat keting nenek ni sakit sangat. Kenapa ye? "

atau

" Nenek rasa lain macam la dekat saraf lekuk kura-kura nenek. Cuba periksa tengokkan ya doktor."

atau

" Lepas isteri anak nenek jatuh, nenek rasa saraf urat tulang kajang dia ni rasa kejang sangat. Cuba doktor periksa apa tak kena? "

Apa agaknya ya kita punya reaksi kalau tak tahu saraf apa yang nenek tu beritahu?

Ternganga? Garu kepala? Terus check tempat mana yang nenek tu tunjuk? atau check internet?

Haha.. Adui la hai nek! Saya sepatah pun tak reti nama urat-urat dalam bahasa melayu klasik. Ni zaman bila punya bahasa nih? Jenuh gak rasanya ni kalau nak buka kamus. Nasib baik saya pernah terbaca ENSIKLOPEDIA PERBIDANAN MELAYU. Aceh... hehe.. macam nak promosi buku pula.

Sebenarnya tadi saya baru selak-selak baca buku ni. Menarik la juga. Penuh perubatan tradisional perbidanan zaman dulu-dulu. Mula-mula buka mukasurat awal-awal lagi sudah ternganga kekaguman dan kehairanan dengan nama-nama yang sangat asing diguna pakai dalam dunia perubatan sekarang.

Bidan Tujuh? pekang? keluar tombong? angin medu? selop? rengat? berdiang?

wohoooo? apakah semua ini? Saya tak faham langsung ! -_-"

Jadinya, dalam sehari dua ni, saya sangat teruja menekuni buku perubatan perbidanan tradisional nih. Sangat-sangat best walaupun mama kata orang kampung macam kami pun sebenarnya tak tahu sangat benda-benda ni. Yang terer selalunya mak bidan je lah. Ala, takpe. Kita belajar la sikit-sikit kan? Mana tahu boleh campur-campur nanti bila dah belajar O&G ke.. Hehehe....

Pada yang berminat nak tengok-tengok buku nih, boleh rujuk kat sini.

Jom baca buku! Dah seminggu bermalas-malasan, sekarang baru nak sentuh khutubkhanah yang membukit kat rumah tu. ^_^ Ok, selamat!

Guna Nurani

10:07 AM 6 Comments A+ a-

Salam

Berbicara tentang ilmu ghaib sememangnya sangat mengujakan. Orang tua biasanya banyak pengalaman tentang hal ini. Di sekeliling saya memang selalu saya dengar cerita tentang alam ghaib cuma kadang-kadang saya lebih suka untuk buat-buat tak tahu atau tak kisah sebabnya saya rasa saya masih belum bersedia untuk berhadapan dengan alam tersebut secara lebih jelas.

Tadi di televisyen ada satu rancangan bertajuk Expose yang memaparkan proses pengubatan orang yang dirasuk. Pertama kali seumur hidup saya nampak secara real dari awal hingga akhir. Sebelum ini di tv selalunya di tapis atau dikaburkan. Kalau di sekeliling punya, jarang saya berpeluang untuk berhadapan secara sangat jelas. Sama ada saya dihalang atau saya lari dulu. Tapi kali ini, saya betul-betul terpempan melihat proses tersebut dari awal hingga akhir. Nampak satu persatu semuanya dari muka pesakit sampailah ke rontaan, pujukan, rawatan dan semua sekali.

Sambil saya menonton, saya bersembang dengan abah tentang perkara ini. Abah ada banyak pengalaman dalam hal ini. Macam biasa. Satu soalan saya beri, 100 penerangan abah kasi. Ada beberapa kata-kata abah mengenai dunia ghaib yang buat saya tertarik dan ingin saya kongsikan.

Pertamanya, kata abah dunia ghaib adalah dunia yang nipis. Nipis dari sudut apa? Semuanya. Dari sudut makhluknya hinggalah ke sudut kepercayaan kepada mereka.Contoh sangat nipis antara betul atau salah. Macam mana? Baik, kalau dilihat pada pesakit yang sakitnya kena mengena dengan dunia ghaibini, susah untuk kita yang tiada ilmu untuk pastikan sama ada dia betul sakit ada 'benda' atau sekadar sakit mengada-mengada.

Kemudian dari segi orang yang merawat. Paling penting bagi seorang pengubat, segalanya adalah mengikut ketentuan Allah. Seandainya tergelincir pegangan hingga dianggap sembuh berpunca dari pengubat yang handal atau pengantaranya, maka itu sudah dikira syirik. Amat sukar sebenarnya untuk kekal di jalan yang benar.

Keduanya, kata abah lagi sekeliling kita sebenarnya banyak lagi makhluk selain kita. Cuma tak ramai yang boleh melihat kerana mereka terhijab dari pandangan. Tapi kadang kala orang yang mempunyai nurani yang celik mampu melihat dunia sana. Manusia memang boleh berkomunikasi dengan mereka. Tapi bukan semua berkomunikasi secara deria normal manusia. Caranya "melihat seperti orang buta, mendengar seperti orang pekak dan berbicara seperti orang bisu". Wah, uniknya. Bagaimana? Guna hati yang celik. Guna nurani yang bersih. Hurm, saya masih belum mampu.

Bila saya bertanya, macam mana nak tahu pengubat mana yang betul, pengubat mana yang salah, abah mengingatkan saya kembali tentang ma'unah, karamah yang pernah dipelajari dalam subjek Quran Sunnah dahulu. Tambah abah, ada satu lagi tambahan iaitu laduni. Karamah ialah ilmu kepada para wali. Ma'unah pula lebih kepada pertolongan Allah manakala Laduni pula dikira ilham. Terlopong saya mendengar cerita-cerita abah. Macam yang saya sebutkan tadi, susah sebenarnya nak bezakan. Itu belum campur yang ilmu-ilmu tak betul.

Paling basic, pengubat tu kena guna ayat quran dan sunnah, takde puja-puja benda, dan paling teramat penting kebergantungan yang tinggi kepada allah dan tawakkal. Kadang-kadang kalau kita baca Bismillah pun, bila dah tawakkal dan Allah cakap kunfayakun boleh sembuh, maka sembuhlah. Kalau tak, tak lah. Itu je. (ooooo....)

Hurm, tak tahu lah nak cakap apa. Banyak sangat benda baru yang saya baru tahu. Percaya memang percaya, tapi untuk faham semua sekali mungkin masih tak cukup ilmu, belum sampai waktu dan sebagainya. Cukuplah sekadar saya tahu mana yang perlu dulu.

Tapi yang penting itulah, tawakkaltu 'ala Allah. Ayat abah paling kerap kalau bersembang tentang ilmu ghaib ialah " Jangan terlampau takjub dan jangan terlampau terikut". Be natural.

Oh ya, ada satu kisah menarik dari abah juga. Kata abah, antara semua makhluk, manusialah paling hebat (memang pun la kan? ). Kalau nak dibanding dengan dunia sana pun, abah kata manusia lebih hebat. Buktinya? Kita tengok balik sirah Nabi Sulaiman waktu baginda memanggil orang bawahannya ( manusia + jin ) untuk mengangkat singgahsana Ratu Balqis. Ifrit terhebat tampil menyatakan dia boleh melakukannya dalam masa sekian-sekian tertentu. Tapi selepas itu, muncul seorang abid yang menyatakan dia boleh melakukannya dalam sekelip mata sahaja. Baca SEKELIP MATA.

Itu antara bukti yang Allah sudah ceritakan. Tapi nak jadi sehebat itu, bukan senang. Abid = Hamba Allah yang sangat kuat ibadat, bersih hati nuraninya dan macam-macam lagi ketinggian darjatnya. Andai boleh jadi sehebat itu, tak mustahil kita mampu tampil lebih hebat dari sekelian makhluk yang Allah ciptakan. Ingat kata-kata Allah : Manusia itu sebaik-baik ciptaan. Tapi kitalah yang menentukan setakat mana kehebatan kita. Sama ada seperti yang Allah katakan, atau tidak. Allah sudah beri pilihan, seterusnya kitalah yang menentukan.

Wallahualam.

Pengharapan dari Malaysia

5:10 PM 1 Comments A+ a-



Ya Allah,
Aku mohon bantulah semua sahabat-sahabatku yang masih berjuang di Jordan.
Kuatkanlah semangat mereka.
Kuatkanlah hati-hati mereka.
Bantulah mereka Ya Allah.
Permudahkan segala urusan mereka.
Perkenankan segala permintaan mereka.
Makbulkanlah doa-doa mereka.
Berikanlah mereka kemudahan dalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi.
Tenangkanlah hati mereka,
Kuatkan ingatan mereka,
Kukuhkanlah keyakinan mereka
Berikan mereka pertolongan sewaktu menjawab segala soalan,
Dan aku pohon Ya Allah, kurniakan mereka kejayaan agar kami dapat sama-sama melangkah ke tahun seterusnya dengan cemerlang..

Kami datang dengan harapan bersama-sama mereka,
biarlah kami pulang dengan kejayaan juga bersama-sama mereka~

Amin Ya Rabbal A'lamin...

p/s: For those my friends in JOrdan, Ganbatte kudasai! I believe all of you can do it. Bitaufiq wannajah. Semoga korang berjaya! Aku selalu doakan korang semua..

p/s : Dear readers, please pray for my friends too. Harap-harap ada doa di kalangan kalian yang amat makbul dan dapat membantu kawan-kawan saya di sana. Insyallah.
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *