A Day In London - Last Travelog of 2nd Year

3:08 PM 6 Comments A+ a-

Maaf lambat update cerita di London pada mereka yang saya dah janji.

Ok, kalau dulu di Kelana Convoy, saya berlapan bersama rakan seJordan, tapi kali ini di London, kami kembali berdua. Ada sekejap berjumpa juga dengan dua lagi kawan Jordan tapi tak lama sebab mereka balik awal.

Di London, disebabkan kakak senior kami busy nak grad, jadi dia hanya bekalkan pesanan dan beberapa info sepanjang perjalanan sahaja kepada kami termasuk tentatif terbaik untuk memaksimakan masa sehari yang kami ada untuk menjelajah seluruh kota london. Lain-lain, silalah kami pergi gempur sendiri. Insyallah takde masalah.

Oleh kerana, target kami nak pergi tengok perarakan tukar askar di Istana, kami yang berada di Holloway Road perlu keluar awal sebab perjalanan nak ke Buckingham Palace agak jauh dan kami perlu tiba tepat pada waktunya. Perarakan bermula pukul 10 pagi( atau pukul 12 kot. Alamak terlupa! Maaf).

Tapi kami keluar seawal jam 7 pagi untuk mengambil masa berjalan di tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan sebelum tiba ke Istana. Pertamanya, kita ke area Eye of London. Menarik tapi malas nak naik sebab nampak sangat lambat dan kami sangat kalut.



Dari kawasan sini, kami berjalan kaki ke Westminster Bridge merentasi Thames River. Di sini terletak Westminster Abbey, Big Ben, House of Parliment,Westminster Cathedral dan pelbagai lagi bangunan-bangunan lama yang cantik-cantik.



Seterusnya, kami menapak pula ke Horse Guards iaitu tempat pengawal-pengawal berkuda tegak statik tak bergerak yang menjadi tumpuan pelancong mengambil gambar bersama mereka. Cakap je lah apa-apa pun, buat lawak seposen ke, kutuk-kutuk ke, confirm-confirm pengawal ni tetap tidak bergerak. Fuh, kesabaran yang cukup tinggi! Erm, diingatkan juga disini kuda mereka sangat tertarik dengan yang pelancong berbaju merah seperti warna pengawal. Payah benar nak bergambar! Jadi, nak senang, pakai baju kaler lain yer.



Di sepanjang perjalanan di sini, ada banyak tugu-tugu dan bangunan-bangunan penting yang kami jumpa. Pejabat Commenwelth, Tugu World War, Scotland Office( apa fungsi? Ntah..) dan banyak lagi lah. Jalan je sepanjang jalan. Semua full. Hehe.. Kemudian, kami ke Churchill Museum and Cabinet War Room. Erm, tak sempat masuk mana-mana museum pun sebenarnya. Lalu depan, ambil gambar, blah. Tu je. Ok, di bawah ni tugu peringatan pengeboman di Bali. Betul-betul sebelah museum, depan taman. Kebetulan waktu ni ada segrup pelancong INdonesia. Jadi menyelit sekejap dengar info. ^_^



Ok, dari sini kami merentas St James Park untuk ke Buckingham Palace di seberang taman. Owh, banyak sungguh binatang keluar bersiar-siar di pagi hari. Burung merpati dan tupai merata-rata. Comel. Jinak pun iya.



Dalam pukul 10 rasanya, kami tiba di perkarangan sebuah bangunan. Kalau tak silap, ia adalah muzium askar British, nama betul dia saya lupa. Tapi ia terletak batul-betul sebelum simpang ke Buckingham Palace. Di sini, para askar yang bakal bertugas akan berlatih untuk mempersiapkan diri mahu berarak. Alhamdulillah, kami tiba tepat pada masanya! Dari awal semua kami berjaya tengok~



Dah habis bersiap berkawad dan berpancaragam, maka semua orang beredar dari pagar muzium. Ingatkan setakat itu sahaja. Takdelah susah mana pun seperti yang dipesan kakak senior kami. Senang je nak tengoknya. Tapi rupanya kami tersilap. Itu baru intro! Perarakan sebenar menuju ke istana bermula selepas itu iaitu pada pukul 12 tengahari. ( Fuh, nasib baik tak sempat balik. Bagus juga ada deria mahu tengok kenapa orang berkumpul di sebelah sana. Rupanya di situ lokasi puncak perarakan a.k.a Buckingham Palace.) Taraaaaa....



Inilah Buckingham Palace. Tempat Queen Of Elizabeth dan semua kerabat diraja British tinggal termasuk mendiang Puteri Diana suatu ketika dahulu.



Ok, pasukan pancaragam askar British sudah selesai tugas.



Ini pasukan askar negara yang saya tak tau dari mana juga sudah selesai bertugas. Mereka inilah yang jaga Istana sehari sebelumnya. Fakta menarik, askar-askar yang bertukar-tukar ini didatangkan dari pelbagai negara. Kalau tak silap negara Komenwel semuanya. Yang baru sudah ini saya tak tau dari mana. Sebenarnya saya menantikan askar Malaysia. Tapi takpelah, takde rezeki. Askar British pun orait juga. Topi hiitam mereka unik! Hehe..



"Beressssss..." Pancaragam askar ini juga keluar meninggalkan istana dan tak tahu pergi ke mana. Hurm, perhatikan orang yang sangat ramai bersesak-sesak di sini. Waktu ini, saya sungguh-sungguh berdoa dalam hati " Ya Allah ya tuhanku, janganlah ada orang pembawa H1N1 di sini. Naya daku karang AMinnnn..." Takut ooo..



Lepas perarakan, kami berjumpa dengan rakan sejordan yang datang bersama senior mereka dari Leeds. Mula-mula plan nak bertolak sekali, last-last tak jadi sebab banyak tempat kami dah pergi. Jadi takpelah. Kami teruskan pengembaraan berdua juga.Dari Istana, kami pergi pula ke Green Park. (Taman kat sini sangat besar dan banyak. Tak sempat nak round semua) Dari sini sebenarnya ada banyak tempat menarik. Tapi malangnya kami banyak lupa nama, pakai bantai pergi saja ke semua bangunan,struktur dan arca yang nampak macam menarik . Contohnya yang dibawah ini. ( Ini namanya Admiralty Arch, ye anak-anak ..)Taman yang terlampau besar macam ni memang payah nak habis semua sudut dalam keadaan sangat kesuntukan masa. Kami hanya ke area kanan. Area-area kiri seperti St James Palace, Wellington Arch semuanya terpaksa dilupakan. T_T



Next, Trafalgar Square! Tempat yang saya dengar sejak kecil dengan keunikannya yang penuh merpati dan sentiasa penuh dengan pengunjung. Sibuk sungguh tempat ni!


Ini adalah bangunan pelancongan Malaysia yang terletak betul-betullll di hadapan Trafalgar Square. Sayang sungguh dia cuti time ni~ Oh ya, kami menjelajah London hari Ahad. Jadi redha saja. Menarik. Menarik.


Kalau mahu cari merpati di Trafalgar Square, nescaya kamu akan kecewa. Ceh. Nasib baik sudah diingatkan senior di rumah. Merpati dah tiada di sana. Jadi, sila jangan expect yang tinggi sangat. Buktinya ini. Huk uluh, kalau gini, merpati kat Masjid Turki lagi banyak! Sabar je lah. Apa telah berlaku? Kepupusan? Pencemaran? Ntahla..


Di depan Trafalgar Square ada Nelson's Column. Siapa dia? Erm, ntah. Hehe.. Maaf tak sempat cari. Tapi sebelah dia lagi ada National Museum. Sangat besar dan terasa nak masuk. Tapi mengenangkan baru separuh Kota London kami jelajahi dan masa hampir suntuk, maka niat terbatal dengan sendirinya. Ambil gambar je lah...


Seterusnya ke Convent Garden Market. Terkenal di sini ala-ala Central Market di Malaysia. Saya malas masuk sebab ramai sangat. Tengok luar je cukuplah. Plan asal sebenarnya mahu ke London Transport Museum tapi tak sempat la pulak. Mahu berkejar ke target utama kami di Baker Street nun. Maka, sekali lagi, byeeee~



Dalam ramai-ramai pelakon dan pepatung (eh, adekah?) jalanan yang kami jumpai, ini yang paling saya suka. Haha.. Pelik dan pandai bergaya. Sesuka hati dia saja nak ber'posing' bila nampak kamera. Nasib baik dia bukan Johny Deep. Kalau tak dah lama, saya mintak autograph. Erm, Orlando Bloom punya watak takde sapa nak jadi ke?;p


Next, tempat paling utama : Madame Tussaude. Haritu dah terlepas peluang di Amsterdam. Maka kali ini di London, tak leh terlepas. Ok, pertamanya, nak masuk Madame Tussaude harga tiket 25 euro seorang. Erm, mahal tapi berbaloi sebab dia snagat luas dan sangat seronok. Sebab apa, nanti saya cerita. Kedua, nak beratur dari muka pintu bangunan ke muka pintu masuk muzium adalah 1 jam. Sangat memaksimakan penggunaan jalan untuk beratur. Bersimpang siur. Tapi hairan satu je, tepat-tepat betul 1 jam! Wah... Saya tabik sikitlah~


Ok, siapa tak kenal ini siapa? Ini namanya dalam tv Mr James Bond. Secara faktanya, ini adalah patung yang 100% diukir mengikut ukuran asal orang terbabit. Bila berdiri sebelah, owh rendahnya saya~ ^_^ Saya sangat teruja dengan ketelitian mereka mencipta patung ini. Tapi jangan lupa, seteliti-teliti manusia, sesungguhnya Allah s.w.t lebih hebat dan Maha Teliti. Kalau manusia pun cenggini, Allah apatah lagi. Masuk ini bukan sekadar bergambar. Tapi di suatu sudut di muka pintu, turut disediakan satu ruangan cara-cara membuat patung yang dikendalikan oleh DJ di situ. Sangat leceh, sangat rumit dan sangat sukar. Tapi menarik! Nice one~



Ok, cerita ringkas tentang Madame Tussaude. Ada banyak sangat seksyen di sini. Pertama, Dunia Hollywood. Kedua, Dunia Sukan, Ketiga, Dunia cendiakawan dan sejarawan. Keempat, dunia pemimpin masa kini. Kelima Terowong Sejarah British (Ini sangat best! Terasa masuk Alice in Wonderland. Korang duduk dalam keretapi dan lalu mesin rentas waktu dari zaman lampau teramat ke zaman masa kini. Best! 100 markah!) Kelima, dunia hantu (erm, yang ini boleh skip. Yang lain tak leh skip. Sebab ini tak sesuai untuk wanita mengandung, orang sakit jantung, mahupun orang penakut dan tak cukup waktu macam kami.)

Erm, dunia hantu ada dua makhluk - patung hantu dan pelakon hantu. Disebabkan kami dah habiskan dekat 3 jam lebih di seksyen-seksyen lain, maka kami pun skip sebab dah petang sangat. (Alasan lain: Mahu kejar shopping di Queensway dan takut terlempang hantu yang betul.. ;p) Oh ya, kalau ikutkan lepas ke Madame Tussaude, plan asal mahu ke Sherlock Homles kat sebelah dia, tapi as usual lah, tak sempat..Tajuk gambar bawah ini, Calon Terbaru Presiden Amerika. Haha.. Takpelah, ambil semangat je nih. INsyallah saya yakin suatu hari nanti ada yang lebih layak bakal berdiri di sana.



Kemudian, ke Queensway, antara tempat termurah di Kota London. Mengikut mitos, segala kedai tutup pukul 6. Maka dalam pukul 5.30 kami berkejaran ke sana. Tapi rupanya sebab hari ni hari minggu, maka ramai pakcik kedai tutup lewat. u_u Tambahan fakta, sila shopping hari ahad ye. Harga runtuh menjunam-junam tambah menjunam kalau pandai mengayat pakcik-pakcik arab di sana. Antara method yang berguna : Cakap arab dengan pakcik arab. Series! Mereka bakal sangat teruja dan kita dapat diskaun yang sangat best! Hehehe... Kalau malas nak shopping, sini ada banyak kedai makan arab. Nak solat pun boleh solat di kedai mereka. Kalau tak selesa, bolehlah ke MSD Malaysia yang berdekatan di sini.



Habis shopping di lewat petang, ikutkan plan asal mahu ke London Bridge terus. Tapi terasa sayang kalau tak melawat tiga muzium utama di sini. Maka, hentam sajalah dalam remang malam nak Maghrib kami mengangkut barang-barang dan berjalan kaki ke Muzium 3 beradik yang popular ini. Perkenalkan yang pertama ini Natural History Museum. Cantik! Inilah lokasi penggambaran cerita Night in The Museum. Sayangnya dah tutup waktu ni. Terbayang segala benda-benda pameran dalam tu. Kebetulan waktu dalam perjalanan pulang ke London dari Europe haritu, kami ditayangkan dengan cerita ini dalam bas. Maka, semuanya terimbau kembali.



Ini pula Victoria and Albert Museum, the world of art and design. Bangunannya sahaja dah unik, apatah lagi isi di dalamnya. Sayangnya dah tutup. Kita bergambar depan je lah. Janji dah datang. Takpe, bila-bila kita datang balik kalau ada rezeki ya!


Terakhir , Science Museum. Kalau di kaji di Internet, muzium ini sangat hebat dengan pameran keajaiban-keajaiban sains di sini. Sungguh, benda pertama yang saya nak pergi kalau datang balik London ialah Science Muzium. Sangat rugi pada siapa yang tak masuk bila dah datang macam saya. Semua tentang sains ada di sini. Dah la masuk semua free... T_T Sedihnya~



Selesai muzium, kami bergerak pulang. Tapi sebelum balik kita singgah Thames River balik. Kalau tadi kita pulun muzium (sebenarnya ada banyak lagi muzium di London tapi kata kakak senior yang lain tu tak terkenal sangat. Utamakan yang paling utama dulu. baikkk..), kali ini pulun jambatan pula. Pagi tadi dah selesai Westminster Bridge, malam ini kita ronda ke Tower Bridge dan London Bridge pula. Tapi sebelum tu, kita singgah dulu ke Tower Of London. Ini gambarnya.



Tower of London adalah bangunan istana yang penuh sejarah. Banyak cerita ada di sana. Tapi dengarnya banyak yang seram-seram belaka. Sangat seram dan meremang ok datang situ time malam-malam. Dah la orang tak ramai. Kebetulan malam saya pergi tu malam bulan mengambang. Terasa macam berada di sebuah istana berhantu yang menanti mangsa. Sila jangan tiru saya ok! Saya tak mau buat dah. Terbuat pun sebab dah sangat takde masa. Tambahan, lokasinya memang di tepi sungai. Terpaksa buat kesekelian kalinya. Sekian laporan saya yang menyesal dan ketakutan sementara.( bolehkah anda merasai aura seram istana dari gambar bawah ini? Nampak bulan mengambang penuh tu? Ok, saya mengaku senyum plastik. Padahal dalam hati : Maisarah, jom balik cepat. AKu takut dah..)



Next, pedulikan istana menyeramkan tersebut. Teruskan menonong ke tebing sungai. Baik, pertamanya disebabkan kami tersilap jalan lepas lalu Tower of London, rancangan nak lalu atas Tower Bridge tergendala. Sedar-sedar kami sampai kat pelabuhan Feri tepi sungai. Aiseh, silap la.. Bila duduk situ, Tower Bridge betul-betul depan sebelah kiri, London Bridge pula depan sebelah kanan. HMS Belfast pula betul-betul depan kami. Tapikan, suasana dia sangat cantik! Takpelah, tak nyesal dah. ;p Kita lepak dulu sekejap sambil doa-doa janganlah jumpa orang mabuk tengah malam ni (amaran utama waktu malam). Jam waktu itu : pukul 10 malam. Keadaan sekeliling hanya ada empat lima orang sahaja pelancong termasuk kami. Bismillahitawakkaltu 'ala Allah. Ok, ini tower Bridge di waktu malam.




Ok, ini pula London Bridge. Ingat lagu London Bridge is Falling Down? Inilah jambatannya? Merah menyala! Cantik. Disebabkan jalan nak ke Tower Bridge kami tak tahu, last-last kami menonong je ikut pelancong lain berjalan di pesisir sungai guna jalan kanan a.k.a menuju ke London Bridge. Nasib baik mereka tahu jalan nak naik ke atas dari bawah sungai ni. Serius cakap, saya memang tak tahu. Jalan ikut suka eh ikut kata hati saja. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Memandangkan malam dah lewat sangat dan kakak senior sudah telefon bertanya bila para pengembara nak balik rumah, maka penuh pengharapan kitaorg yang tak pandai baca jadual bas London di bus stop itu pun naik bas dengan penuh tawakkal sambil tanya-tanya orang. Once again, alhamdulillah sampai rumah tepat jam 11.30 malam.


Ehem, kepada mama abah di rumah dan ketua HELWI di Irbid, asif jiddan terpaksa rela melanggar qarar yang dah dijanjikan sebelum saya keluar ke Eropah. Tak sempat dah. Ini semua dilakukan secara ala-ala amazing race. Harap dimaafkan dan dibenarkan mengembara keluar ke mana-mana lagi di masa hadapan. ^_^

Siap.... Semua yang penting berjaya di cover kecuali Royal Albert Hall sebab jalannya berbeza sangat. Takpelah. Janji yang lain selesai. Beresss...

1. Jutaan penghargaan kepada Kak Intan yang sudi tumpangkan rumah walaupun kita kenal secara junior akak punya kawan. Rupanya kita ada sangkut paut juga yer. Dan kepada Wan Aisyah Wan Harun, thanks a lot. Nanti ko datang Jordan, aku tolong plak eh. Insyallah.. SMKANT forever. ^_^

2. Ok, travelog terakhir di tahun dua sudah siap. Tahun ni alhamdulillah saya selesai pergi banyak negara (rezeki). Winter ke Turki, Syria. Spring ke Leeds, London dan Eropah. Summer balik Malaysia. Penat tapi best. Tahun depan, kalau ada rezeki lagi nak ke mana pula eh? hehe.. (Sasaran tahun depan : Asyraf dan Aimi )

3. Ada lagi 11 jam sebelum saya terbang pulang ke Malaysia.(blog dah siap tapi beg dan nota belum kemas lagi. apa nak kena?) Mungkin blog ini akan bersawang sebentar. Maka dengan itu harapnya post yang panjang teramat kali ini akan mengurangkan sikit kebosanan pengunjung yang datang ke blog yang penulisnya sedang bercuti. Maaf ya. Doakan saya selamat sampai ke Malaysia dengan selamat.

4. Semalam excited terlebih nak balik Malaysia. Hari ni, poyo kenapa entah tetiba sebak nak tinggalkan Jordan. Baiklah, akhirnya mengaku juga Jordan sudah mendapat tempat sendiri di hati. Syawal di Malaysia mungkin sangat istimewa tapi Ramadhan di Jordan tiada tara bandingnya. I Love U la JOrdan~

5. Semua gambar adalah original kecuali Queensbay dan Muzium Sains (kredit Google).

6. Kak Lailati Mahat, tentang gambar dulu-dulu yang akak nak tu, insyallah nanti saya upload balik kalau sempat di Malaysia. Special for you~ ^_^

Satuuuu je lagi

6:19 AM 10 Comments A+ a-



Ada lagi sehari nak exam a.k.a ESOK saya exam...

Ada lagi dua hari nak balik Malaysia a.k.a LUSA saya balik

26hb lepas saya habis Exam immune yang menyeksakan jiwa raga. Dua hari yang berbaki sebelum exam Public Health nanti terasa seperti seminggu jaraknya. Malas nak exam dah. Malas nak study dah. Sindrom post exam yang terlampau mengada-ngada gara-gara tension tengok semua orang dah habis exam dah.

Cuti hari pertama sudah habis tanpa buka buku.

Cuti hari kedua hampir habis hanya selak-selak sikit-sikit tapi tak masuk kepala.

Ada lagi 27 Jam nak exam Public Health.

Ya Allah, apesal terasa malas sangat nihhhhhhhhhhhh.........
Budak Arab pun semangat gila pos macam-macam material nak exam last nih kat YG.
Kawan Melayu pun malam habis exam Immune, terus tanya pasal Public Health.
Apesal saya malas?

Ish...

Weyh, sila bangun cepat! Exam last biar jadi sehabis baik! Pergi baca buku nun!

Cepat la jadi rajin. Jangan mengada layan perasaan sangat. Kang haru karangggg...
Erm.. terutama kalau kamu tak mau kena hambat sebab malas bila balik Malaysia nanti~

Stop counting nak balik Malaysia
Stop jalan-jalan main internet
Stop tido bangun tido bangun
Stop mengelamun kemalasan!

BELAJAR LAAAAAA.... Exam tak habis lagi! Satuuuuuuuuuuuuuuuuuuu je lagi~

Abah kata kalau malas:
1. Pergi mandi kasi fresh
2. Solat sunat dulu sebelum study, doa boleh masuk kepala cepat apa yg dibaca tu.

Kawan kata kalau malas:
1. Ko tulis besar-besar atas kertas, pastu tampal depan mata " KO MALAS, KO JANGAN BALIK MALAYSIA!!!!!!

erk.. tamau! T_T jom..jom.. ye... ye.. saya pergi study.. Baik puan...


eh jap, nak tulis sikit je lagi..

Kawan-kawan,
segala kulat mengulat yang tumbuh di sini bakal dibersihkan sehari dua lagi. Sekian harap maklum.

To Kak Diya, happy birthday!!! (^_^)Y

Out~

Tawaran Hebat~

7:29 AM 12 Comments A+ a-

Salam

Seandainya di dada akhbar pada hari ini keluar satu tajuk berita utama:...

AGONG BERTITAH; BARANGSIAPA YANG DATANG MENGHADAP BAGINDA DI ISTANA DAN MENURUT PERINTAHNYA SELAMA SEBULAN DI ISTANA NEGARA, MAKA AKAN DIKURNIA PADANYA SERIBU JUTA RINGGIT SECARA PERCUMA !!!! TAWARAN TERBUKA KEPADA SEMUA, HANYA SEBULAN!....

Apa agaknya akan berlaku di negara kita ya?

Akhbar terjual berjuta-juta?
Semua berkejar ke istana tanpa menghiraukan sesiapa?
Kesesakan lalu lintas menuju ke istana negara?
Kesempitan ruang istana kerana tak cukup tempat nak tampung rakyat jelata?
Negara aman damai kerana semua mengikut perintah diraja demi ganjaran yang dijaja?

Wah, tak terbayang rasanya.. Luar biasa tawaran tu! Kiamat nak dekat ke? ^_^

Tapi...
Percaya atau tidak,
setiap tahun kita ada dihidangkan dengan tawaran sebegini rupa?
Percaya atau tidak,
ada raja yang sifat dermawannya terlampau hebat sampai semua hadiah percuma yang luar biasa nak diberikan kepada jelatanya dalam masa yang singkat?
Percaya atau tidak,
malang kebanyakan kita buat-buat tak tahu dengan berita ini walaupun sudah sangat tersebar ke seluruh angkasa raya?

(@O@) Waaaaaaahhhhhh!!!!! Mana??!!!! Mana???!!!!!

Ini beritanya..



Y(^_^)Y

Soalan kuiz : Kenapa ramai orang tak sedar bulan ni hebat sangat?

Jawapan suka hati :
Sebab Allah tak bayar cash agaknya. Mungkin.Andai dapat bayar cash on the spot trang tang tang depan mata membukit semua, tiada siapa bakal terasa tiada kerja di bulan puasa gara-gara tak mahu terlepas hatta segram harta ganjaran Ramadhan yang mulia.

Tapi, tak mencabar la kan? Banyak sangat persaingan. Susah nak tahu siapa ikhlas siapa tidak. Allah memang Maha Kaya nak bagi pada semua. Tapi mestilah Dia nak pilih calon-calon terhebat untuk diangkat darjatnya antara semua.

Maka, itu hikmahnya semua ganjaran tak nampak dek mata kasar. Yang mata imannya terbuka, yang kukuh yakinnya pada janji Esa sahaja yang celik akan kehebatan ganjaran bulan Ramadhan begini.

Yang lain, mungkin ada yang terlupa. Dan mungkin ada juga yang tidak tahu akan berita langit yang sungguh hebat penghebahannya ini. Maka kawan-kawan, mari semua kita bersama promosi Ramadhan. Jangan kedekut nak sedarkan orang lain sama, ketahuilah bahawa siapa yang lagi banyak menyebarkan suruhan Allah, maka lagi tinggi sahamnya di akhirat sana.

Oh ya, persediaan?
Mari kita buat senarai pembaharuan di Bulan Ramadhan atau makna lainnya kita tambah nilai mutu ibadah kita. Apa yang tak terbuat, kita laksanakan. Mana yang dah pernah selesai, kita tambahkan lagi, dari sudut kekerapan, kualiti dan kuantiti.

Ada satu persoalan yang saya baru jumpa tadi. ---> BUKA dan BACA DIBAWAHNYA

Ada jawapan? Tak perlu beritahu. Simpan dan buatlah bekalan untuk temuduga Mahsyar nanti. Pada yang tiada, jom kita target sesuatu Ramadhan kali ini. ^_^

Semoga Ramadhan kali ini membawa kebaikan buat diri kita semua.

Pesanan buat orang yang suka menangguh : Andai kata ini Ramadhan terakhir kita....


Final Fever ; 2nd Year

10:20 PM 0 Comments A+ a-



Exam final JUST bakal bermula mulai ahad minggu ini hingga ke hujung Ogos.

Jadual saya :
Food - 25
Immune - 26
Public Health - 29

Jadi, selamat maju jaya kepada semua warga JUST !!!!!
Bitaufiq wannajah~
Jangan lupa doakan kejayaan bersama ok?. ^_^

Minta maaf pada semua kalau ada salah silap, terkasar bahasa, tersakit hati ke apa semua lah yang tak patut dilakukan. Harap dapat dimaafkan segala dosa. 0 - 0

***************************************************************************

~ Tahniah kepada Asyraf yang dah habis graduasi INTEC semalam. Semoga keputusan final exam baik-baik sahaja. Tawakkal ok? Insyallah, semoga berjaya! Aminnn...

~ Tiket balik sudah di awalkan kelmarin. Dari 2hb September kepada 30 Ogos. Saya tak sabar nak balik. Dah selalu sangat termimpi-mimpi Malaysia. Cepatlah datang 30 ogos.

~ Menghitung hari baki-baki dunia tahun dua

~ H1N1, cepatlah berkurang. Graf explosive tak henti-henti meningkat. Saya cuak.

~ Lagi sehari dua nak Ramadhan. Yeay !!!! Saya cuma bakal ada seminggu lebih Ramadhan di Jordan. Seminggu yang perlu digenggam seeratnya dan dipenuhi sedaya yang ada. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Aku merindui kamu.

*****************************************************************************

The Secret

7:23 AM 6 Comments A+ a-



Salam

Minggu ini minggu yang agak sibuk rasanya bagi saya. Exam makin dekat. Banyak lagi chapter nak kena cover. Kadang-kadang bila dah terasa sangat sesak, mulalah mood jadi tak tentu hala. Kadang-kadang geram sebab susah nak dapat tangkap dan hafal. Kadang-kadang sedih sebab rasa macam tak mampu. Kadang-kadang tertekan sebab terlampau banyak benda kena hafal.

Tadi habis ulangkaji, saya jalan-jalan ke laman sesawang sebentar. Tiba-tiba terjumpa artikel ini. Agak menarik. Rahsia kegembiraan. Cuba lah baca. MOga antara kita, ada kebaikannya pada sesiapa.

One day, one friend asked another,
"How is it that you are always so happy?You have so much energy,and you never seem to get down."
With her eyes smiling, she said, "I know the Secret!"
"What secret is that?"
To which she replied, "I'll tell you all about it,but you have to promise to share the Secret with others."

"The Secret is this:
I have learned there is little I can do in my life that will make me truly happy.
I must depend on Allah to make me happy and to meet my needs.
When a need arises in my life, I have to trust Allah to supply according to HIS riches.
I have learned most of the time I don't need half of what I think I do.He has never let me down.
Since I learned that 'Secret', I am happy."
The questioner's first thought was,"That's too simple!"
But upon reflecting over her own life she recalled how she thought a bigger house would make her happy, but it didn't!
She thought a better paying job would make her happy, but it hadn't.
When did she realize her greatest happiness?
Sitting on the floor with her grandchildren, playing games, eating pizza or reading a story, a simple gift from God.
Now you know it too!We can't depend on people to make us happy.
Only Allah in His infinite wisdom can do that.
Trust ALLAH! And now I pass the Secret on to you!
So once you get it, what will you do?
YOU have to tell someone the Secret, too!
That ALLAH in His wisdom will take care of YOU!


Pengajaran : Siapa tahu, angkat tangan! (^_^)Y

BELIEVE IN YOURSELF AND PUT YOUR TRUST IN HIM~
Bitaufiq exam kawan-kawan~

Produk GKLN terbaru~

3:51 AM 12 Comments A+ a-

Iklan..iklan...



Assalamualaikum
SUDAH TERBIT!


Antologi puisi BADAR METROPOLITAN
EDISI KHAS, SAYEMBARA PUISI BERUNSUR ISLAM GKLN 2008

Memuatkan 70 buah puisi yang dipilih dari peserta-peserta sayembara puisi berunsur Islam GKLN 2008.

Untuk tempahan, emelkan nama, alamat, no telefon, dan jumlah naskhah ke fahd_razy[AT] yahoo[DOT] co[DOT]uk atau sms 0172734065

Harga RM15 (termasuk kos pos) setiap naskhah.
Setiap pembelian 5 naskhah dan ke atas akan menerima harga istimewa RM13 senaskhah (termasuk kos pos)
Bayaran boleh dibuat melalui akaun CIMB Aimi Rahayu Abdul Rashid, no akaun: 12070000250201

Layari http://gklnpublishinghouse.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

*************************************************************************************

Cerita diri sendiri:

Semalam seharian suntuk saya berada di luar rumah. Pagi-pagi sudah tercatuk di Bayt Muhsinin untuk meeting MPPM. Uhm, sama lama dengan meeting PERMAI. Sesi ini saya ditaklifkan sebagai Timbalan Biro Perhubungan dan Kemasyarakatan MPPM. Mula-mula terima dulu dengarnya macam tak banyak kerja. Sekali dah diberi penerangan, erk.. banyak gila! Boleh ke tak nih?

Ya Allah, takut sangat-sangat. First time terasa macam terlampau berat amanah kali ni. Takziah atas diri sendiri. Sob.sob. Apa-apa pun, surat taklifan dah diterima. Tak leh ubah dah. Pandai-pandailah survive. Insyallah, moga dipermudahkan Allah berserta bantuan team-mate yang mantap-mantap semuanya. AMinn.. (doakan eh!)

Habis meeting, terus pecut ke Solah Petra untuk Majlis AGL Akhawat MEP7. Nasib baik sempat join diaorang buat solat hajat. Agenda pertama ialah SPM iaitu Seminar Penguasaan Muaddal. Sangat bagus! Terasa macam baru lebih tersedar untuk sedar diri bahawa muaddal sangat susah nak kumpul banyak-banyak kalau tak usaha lebih.

Lebih mengecutkan perut bila tiba-tiba baru tahu walaupun muaddal cukup tapi peperiksaan makeup tak lepas gara-gara ada yang fail, anda tak boleh carry paper tapi kena ulang tahun untuk semata-mata satu subjek sahaja. Wa!!!! *pengsan* Nauzubillah~ Gulp, sila belajar dengan lebih tekun yer.

AGL kali ni sangat best. Serius sangat-sangat best. Banyak bakat terpendam mula terpancar dari lubuknya. Hehe. Dasyat gak eh kawan-kawan semua. Tak cukup dengan kepelbagaian persembahan, makanan dan sebagainya, ada beberapa anugerah yang telah diperkenalkan tahun ini-Ibnu Sina, SinChan, Queen Rania, ChefWan, Dora The Explorer, Tun Dr Mahathir, UpinIpin dan stau lagi terlupa.

Dan paling tak tahan, saya diumumkan sebagai pemenang anugerah Dora The Explorer atas alasan paling kuat merayau dan berjalan merata-rata. Hahaha..(Beberapa muka tak puas hati dikesan apabila mereka menggunakan alasan ini berlaku gara-gara saya ada blog.. Hehe.. Maka kawan2, silalah buat blog jugak! Nanti kita bertanding lain yer. ;p) Alhamdulillah juga saya turut terpilih sebagai antara pembidik anugerah paling tepat apabila 5 calon saya berjaya naik dengan tepatnya daripada 8 anugerah. Maka, hari ini kita pulang dengan 3 hadiah utama (satu lagi time tukar2 hadiah).. Tq! Tq! Tq! ^_^

Habis AGL pkul 5.40. Terkejar-kejar kami serumah balik rumah, letak barang, solat asar dan kembali keluar ke Simsima kerana lepas ni kami kena bertolak ke Amman untuk ikut Program Hati ke Hati bersama menteri-menteri ADUN Perak dan Tan Sri Ust. Harussani. Sepatutnya bertolak pukul 6 tapi gara-gara takde teksi, kami terlajak sampai pukul 6.30 petang. Minta maaf banyak-banyakkk!!!

Alhamdulillah program di MSD berjalan lancar. Kebanyakan persoalan adalah berkisar zakat dan bantuan kepada pelajar tapi banyak juga cerita tentang Perak yang kami dapat tahu. Rindunya nak balik Perak.Ok, Lepas makan-makan, dalam pukul 12 baru kami bertolak pulang. Sampai kat Irbid, dah nak masuk pukul 2. Ngantuknya~ Balik terus sambung tidur sebab esok kelas pukul 8. *Mamai* Habis cerita Sabtu yang tak kosong...

Oh ya, minggu ni dah nak mula 2nd exam :
Food : 12 Ogos
Immune : 15 Ogos
Public Health : 17 Ogos
Ok, doakan saya dan kawan-kawan semua di sini. Semoga kami semua berjaya dengan cemerlang. Amin ya rabbal aalaminnn....

Nota

9:45 AM 2 Comments A+ a-

Salam

1. Sekadar mahu mempromosikan AGL akhawat MEP7 Jordan yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Tengok trailer kat sini.

2. Tambahan, nak letak sama iklan untuk BKAPJ kat sini.


Buat julung kalinya,
bakal diadakan satu perjumpaan
HATI KE HATI bersama DELEGASI PERAK & MAIPk.

Butiran spt berikut;

Tempat: MSD
Masa : 8.30 malam

Pengangkutan disediakan, di samping makanan istimewa yang
bakal dihidangkan. Tiada bayaran dikenakan.

Antara yang bakal hadir;

1-Dato Dr. Abdul Rahman Bin Hashim (Setiausaha Kerajaan Negeri Perak)

2-Dato Jamalludin Al Amini Bin Hj Ahmad (Pegawai Kewangan Negeri Perak)

3-Tan Sri Harussani Bin Hj Zakaria (S.S Mufti Kerajaan Negeri Perak)

4-Dato Mohamah Nor Bin Mansor (Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak)

5-Mr Mohammad Zahir Bin Abdul Khalid (Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi)

dan ramai lagi.

Untuk yang berminat @ sebarang maklumat lanjut,
sila hubungi terus;

SYABAB:MUHAMMAD SYAFIEK BIN MOHD RAZALI (077-983 9073)
AKHAWAT : NURUL IZZATI BT ZAINAL ABIDIN (077-997 4158)

sebelum @ pada hari jumaat(07-08- 09)


3. Tok lang baru meninggal tadi. Dapat berita dari status adik sepupu di YM. Dia sakit kanser perut. Teringat-ringat waktu jumpa dia kali terakhir cuti lepas. Semangat sungguh dia bercerita tentang dirinya, penyakitnya dan rawatannya kepada saya. Padahal waktu itu, saya tak tahu sangat tentang penyakitnya. Dengar sambil terkebil-kebil saja. Sebelum pulang dia hadiahkan saya sehelai selendang. Katanya "manalah tahu kot-kot tok tak dan jumpa arina dah lepas ni.." Allah, tak sangka ia menjadi kenyataan. Moga roh tok lang ditempatkan bersama golongan yang dikasihi Allah. Al-fatihah...

Taggie

5:02 AM 3 Comments A+ a-

Kak Nuha men-tag saya haritu. Petang ini saya sangat malas nak study, maka saya buat tag ini sekejap lepas sembang dengan mama di telefon. Saya ada kerja tapi saya buat lepas buat tag. Nanti ya.

1. Bekas kekasih saya adalah :
- siapa ye? Tak jumpa lagi. Haha

2. Saya sedang mendengar :
- lagu supaya tak mengantuk bila dah sunyi sepi

3. Mungkin saya patut :
- Start study sekarang selepas dah berehat selama 3 jam? hehe

4. Saya suka :
- Buat benda-benda yang saya suka~

5. Sahabat-sahabat baik saya :
- Gang Permatang Tok Mahat , Gang Nibong Tebal, Geng Gopeng , dan beberapa orang lagi yang bukan gang sekolah sejak kecil hinggalah ke JOrdan. (apasal tetiba terasa macam diri sendiri adalah kongsi gelap je bila ada gang-gang nih? uuu..)

6. Saya tak faham :
- Macam mana nak faham isi hati dan perangai manusia secara sebenar-benarnya. Human is complex! betul.betul.

7. Saya kehilangan :
- Momentum untuk sentiasa cool dan bersemangat waja untuk study 24 hours. Line tak clear la. Asyik putus-putus. Bateri apa nak pakai eh?

8. Ramai yang berkata :
- Keep believing other people. That's the recipe to success in life. Ye ke? Maybe~

9. Makna nama saya :
- Secara tasybih gabungan ketiganya (kiasan) : Petunjuk Terpuji.

10. Cinta itu adalah :
- Fitrah yang perlu dipegang dengan cara yang betul dan tepat.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
- kira-kira hari nak balik Malaysia~

12. Saya akan cuba :
- menjadi hamba Allah yang terbaik di dunia dan akhirat secara istiqamah dalam apa jua perkara. Bukan senang tapi juga bukan mustahil. Ganbatte!

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- Infiniti~

14. Telefon bimbit saya :
- Dah dua tahun. Macam nak tukar tapi sayang sebab itu antara benda saya beli pakai duit sendiri.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
- Saya rasa nak muntah. Tak sedap tekak sampai ke saat ini.

16. Saya paling meluat apabila :
- Saya rasa sangat pemalas dan tak tahu nak buat apa. Sila jadi rajin!

17. Pesta/Parti adalah :
- Kegembiraan bersama kawan. Pesta tak batasan adalah prohibited!

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
- Kucing. Tapi di Dibbeen Forest baru-baru ini, ada orang menyogokkan saya fakta keldai sangat comel. Apakah??? Tapi mata dia memang boleh tahan cute. Erk. Habis lah aku~

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- Remaja~

20. Hari ini :
- Saya tak sihat sangat. Saya sangat mengantuk.Budak arab belakang kelas saya bising sampai saya rasa nak hampuk mereka. Saya sempat habis sechapter sahaja di library. Saya dapat banyak kerja dan temu janji untuk minggu ini. Saya balik rumah awal sebab tak tahan penat. Saya balik terus tidur. Petang bangun, saya telefon Malaysia utk recharge. Malam sambung study. Erm, nothing special. Eh, ada2.. Saya dapat hadiah komik detektif Q! Yes, sumber bacaan waktu ngantuk~

21. Malam ini saya akan :
- Study.Study dan study sampai rasa malas.

22. Esok pula saya akan :
- Sambung aktiviti biasa di sekolah + Jumpa dentist + Pergi program PERMAI.

23. Saya betul-betul inginkan :
- kerajinan berterusan seperti mereka yang rajin-rajin.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
- *Hilanglah cepat sunburn before aku balik Malaysia*

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
- Baru pergi Rabu lepas kat Amman. Nak pergi lagi boleh? Erm, tapi dah pokai...

26. Makanan Barat atau Jepun :
- Nak dua-dua! Hehe

27. Bilik yang terang atau gelap :
- Dua-dua jugak. Gelap untuk tido. Terang untuk study.

28. Makanan segera adalah :
- segera dapat bila lapar.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
- Good Luck!

30. Siapa yang anda mahu tag?
- Semua orang yang rajin nak buat tag ni. Da~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

~ happy birthday tiqah zal dan mereka yang sama waktu dengannya!
~ Mama pesan jangan layan orang yang takde kerja. Baik ma!
~ Sarah nak gi umrah. Oh, bila peluang saya nak tiba?
~ Qalbi adalah KK PERMAI tahun ini. BItaufiq adik! Semoga dipermudahkan urusan. Insyallah, akak cuba tolong setakat mana yang termampu.
~ Hujung minggu ini dah padat dengan AGL dan Meeting. Sob.sob. Packnya!
~ Asyraf fly 23 Sept. Hurm, sempat jumpa dia 20 hari. Ok la tu.
~ Saya belajar satu benda minggu ni : "apa sentap-sentap? Rileks sudah..." Everything is going fine when i stick to this mode for the whole week.
~ Weih, dah! Gi study!!!! Erm, baik~ Tataaaaa~~~~~~~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *