Status

Semalam waktu tersengguk-sengguk membuka email di tengah malam, saya dikejutkan dengan tiga mukasurat teguran daripada seorang pembaca di sini tentang sebuah entry saya yang katanya agak menyakitkan hati beliau. Dari mengantuk yang teramat, saya terus jadi segar-bugar dek kata-katanya yang agak pedas dan berbisa. Memang sangat terasa.

Dalam kalut, saya cuba untuk bertenang dan menyusun ayat sehabis baik untuk memperjelaskan keadaan tanpa mahu menimbulkan sedikit pun riak-riak api yang membara dalam penulisan saya. Kata orang, api jangan disambut dengan minyak. Nanti jadi makin marak.

Tapi tak lama selepas diperjelaskan, otak saya terasa diasak bertubi-tubi untuk menulis sebuah enrty tentang adab dan juga hak manusia untuk berkata-kata dan memberikan pandangan. Berserta dengan moraliti seorang insan untuk kekal rasional dalam sesuatu tindakan. Lalu, dalam masa hampir dua jam saya kira saya telah berjaya menghasilkan sebuah pandangan yang saya kira sesuai untuk saya lampirkan sebagai peringatan untuk semua yang bergelar pengunjung khususnya buat si dia. Entry khas yang penuh dengan kiasan-kiasan tajam dan bermaksud dalam.

Biasalah, saya kira saya bukan orang yang suka mengamuk secara terang. Tapi bila saya naik radang, bahasa saya bukan bahasa calang. Saya tidak mencarut atau memaki hamun. Tapi saya bertindak guna bahasa sebagai pedang. Halus tapi berbisa. Kalau terkena, pasti terasa.

Malangnya, tidak lama setelah saya mengupload entry tersebut, saya terpandang satu status rakan di senarai YM saya yang berbunyi :

MENGKRITIK TAK BERERTI MENENTANG,
MENYETUJUI TAK BERERTI MENYOKONG,
MENEGUR TAK BERMAKNA MEMBENCI
DAN BERBEZA PENDAPAT ADALAH KAWAN YANG TERBAIK

Entah kenapa, ayat tersebut seperti curahan air yang melimpah ke atas hati yang membara. Tiba-tiba sahaja perasaan saya berubah secara mendadak. Dari sakit hati yang membuak-buak, saya tersedar dengan satu rasa yang aneh. Rasa kosong bagai tiada apa yang perlu dimarahkan. Malah, saya jadi sangat lapang dan sangat tenang.

Lantas, saya terdorong untuk kembali meneliti entry yang saya hasilkan. Aduh, tiba-tiba tersedar ayat saya terlampau berbahaya. Terlalu tajam rasanya. Walaupun hanya menggunakan peribahasa dan kiasan secara umum, tapi rentaknya seperti pedang yang menari mencari mangsa. Tak tahulah kalau saya perasan sendiri. Tapi kalau diri sendiri baca guna nada dan erti sebenar pun rasa sangat berbisa, inikan pula mereka yang ada kebarangkalian tersilap baca atau tersalah teka makna.

Maka, di pagi buta itu saya jadi kaku terfikir seorang diri. Perlu atau tidak saya meneruskan entry itu? Saya mula menimbang tara apa kebarangkalian yang bakal saya tempa kalau saya meneruskan hajat hati saya yang berbara hanya kerana dijentik manusia yang menyembunyikan nama.

Atas hidayah Allah rasanya, maka saya ambil keputusan, yang keruh saya tinggalkan, yang jernih saya ambil buat tauladan. Saya padam kembali semuanya. Pedang yang terhunus saya simpan di bawah meja. ( Buang masa gila 2 jam tu! ) Biarlah. Mungkin si dia itu ada benarnya. Mungkin saya juga membuat kesilapan yang sama, membaca dalam konsep yang tidak serupa atau memahami dari sudut nada yang berbeza irama. Sudahnya masing-masing cuba menegakkan benang yang basah. Wallahualam.

Alhamdulillah, saya kira ini adalah pertolongan-Nya. Saya terelak dari menghiris hati ramai manusia. Huh, mungkin ini petanda saya masih belum berhasil jadi manusia yang penuh rasional di dada. Tak gentar dihentak kritikan, tak longlai dihempas teguran. Nampak sangat masih mentah menilai dunia.

Apa pun, saya bersyukur status itu ada. Semoga empunya yang menulis status itu ada balasan istimewa dari Tuhan yang Esa atas sumbangan tak langsungnya mengelakkan saya membuat dosa. Terima kasih kawan. Terima kasih Tuhan. Sungguh, aku masih hamba yang belum cukup kuat iman.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** malam ini ada tetamu dari Mu'tah bertandang. Rahmat..rahmat..

** Target minggu ini : Habiskan revision study sekurang-sekurangnya 2 atau 3 chapter. ganbatte! (kenapa ni malas2? nak kena balun dengan cikgu tuisyen? )

** Tahniah kepada kesemua AMM dan AMT segala BKAN dan PZ yang naik takhta minggu ini. Tazkiah juga untuk kesusahan yang bakal anda hadapi. Tapi jangan risau, kami anak-anak buah kalian yang baik hati sentiasa bersedia membantu di mana jua kami berada. Acece. Majulah BKAN/PZ demi rakyat jelata!

** Esok 1 ogos. Ada lagi sebulan untuk balik Malaysia. * Merenung ke luar jendela*

** Iliyyin bakal berpecah. Perpisahan entah yang keberapa kali untuk saya bulan ini. Hadoi, tak suka nya. Takpe2, kita akan jumpa balik suatu hari kelak. Kalau bukan di sini, nun di Jannah insyallah..

** Nota bertendang eh, bertenang : Saya sedar saya tak sempurna. ^_^ (abaikan jika kalian tak paham. Ini pesanan khusus buat somebody yang perlu saya redakan resahnya.)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hebatnya Azan !

Salam

Alhamdulillah, semalam saya ada mengikuti Ceramah Khas Isra' Mikraj yang diadakan di Dewan Abu Ain sebentar tadi. Bermula pukul 9 malam, ceramah selama 2 jam itu disampaikan dengan berkesan oleh Ustaz Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman. Banyak input-input berguna yang saya baru perolehi.

Memandangkan serasa saya ramai rakan-rakan Irbid yang tak hadir sebab exam dan saya rasa macam sayang tak kongsikan perkara ni, jadi saya ingat nak kongsi sedikit sebanyak maklumat baru yang saya tahu tadi. Begitu juga untuk rakan pembaca, semoga perkongsian kali ini membawa satu pengetahuan baru tentang Islam kepada anda. Yang dah tahu, bolehlah revise ya.

Saya paling tertarik dengan video Fenomena Azan yang ustaz tunjukkan sebentar tadi dalam ceramah beliau. Sedar atau tidak, rupanya di dunia kita ini azan tidak pernah berhenti bersahutan dari satu tempat ke satu tempat selama 24 jam. Buktinya?

Tengok sini la ye. Fenomena azan. Video payah sangat nak upload.

"Dimulai dengan Adzan Shubuh di timur Indonesia, beribu surau dan masjid bersahutan mengumandangkan azan. Adzan akan bersahutan dan merambat menuju ke Indonesia bagian barat sampai ke Sumatera. Sebelum Adzan Shubuh berakhir di Indonesia, kumandang Adzan Shubuh telah berkumandang di Malaysia, diikuti kumandang Adzan Shubuh di Myanmar dan Cina.

Dalam waktu 1 jam setelah Adzan Shubuh berkumandang di Jakarta, Azan Shubuh mulai berkumandang di Dacca, Bangladesh, dan bersahutan hingga ke barat India. dari Calcutta ke Lucknow seterusnya ke Mumbai dan Srinagar dan berlanjut bersahutan ke keseluruhan Kashmir. Seluruh wilayah Pakistan juga mulai bersahutan mengumandangkan Adzan Shubuh.

Sebelum kumandang Adzan Shubuh berakhir di Pakistan, Adzan Shubuh mulai berkumandang di Afganistan dan Muscat, Oman. Antara Muscat dan Baghdad, Irak mempunyai perbedaan waktu 1 jam dan dalam waktu 1 jam ini Adzan Shubuh berkumandang bersahutan di UEA, Kuwait, Yaman, Somalia, dan Arab Saudi. Antara Baghdad dan Kairo di Mesir mempunyai perbedaan waktu 1 jam. Dan Adzan Shubuh masih berkumandang di Syria, Yordania, dan Sudan dalam waktu itu.

Kairo dan Istanbul, Turki terletak dalam waktu sama. Antara timur dan barat Turki mempunyai jarak perbedaan waktu 1,5 jam. Kairo dan Tripoli, Libia mempunyai perbedaan waktu 1 jam. Dari Libia, Adzan Shubuh bersambung bersahutan ke Tunisia, Aljazair, Rabat (Maroko) dan Markesh. Proses kumandang Adzan Shubuh selanjutnya bergantian menaungi seluruh negara Afrika.

Kumandang Adzan Shubuh yang dimulai di timur Indonesia waktu subuh sampai ke perairan Atlantik selama 9 jam tetapi sebelum Adzan Shubuh dikumandangkan di perairan Atlantik, Adzan sudah berkumandang lagi di timur Indonesia menandakan waktu Dzuhur. Setelah Adzan Dzuhur tiba di Dacca, Adzan Ashar kembali berkumandang dimulai di timur Indonesia. Selang beberapa jam kemudian Adzan Magrib berkumandang kembali. Sebelum Adzan Maghrib berkumandang di Sumatera, Adzan Isya' sudah terdengar berkumandang di timur Indonesia.

Begitulah seterusnya, Adzan akan terus bersahutan dari seluruh wilayah di muka bumi ini tiada henti. Berpuluh ribu muadzin di seluruh dunia bersahutan mengumandangkan Adzan menyatakan kebesaran Allah, syahadat dan seterusnya. Insya Allah Adzan akan terus bersahutan dan tidak akan pernah berhenti hingga akhir zaman.
" (Sumber: Video yang atas tadi.)

Seriusly, bagi saya ini adalah sesuatu yang sangat menakjubkan! Hebat! Betapa nama Allah tidak pernah terhenti disebut walau sekejap di dunia ini. Subhanallah, wal hamdulillah, wa la ila ha illa allah ~

Bila dah tertarik ni, mula lah rasa nak geledah-geledah info tentang azan. Alhamdulillah, Wiki is the best!! Banyak sangat dia pack kan sekali~ Sejarah, sunat,adab, iqamah, teks, perbezaan dan macam-macam lagi termasuklah info berkenaan azan di dunia masa kini. Nak letak kat sini banyak banyak sangat. Saya kasi link saja la yer. Sila-sila pergi tengok dan baca di Wiki: Azan. Moga ada faedahnya untuk semua..

Harapan saya, semoga info seperti ini sedikit-sebanyak dapat membantu kita untuk memperkukuhkan lagi kepercayaan dan akidah kita mengenai keagungan dan kekuasaan Allah s.a.w.

Cukuplah setakat ini buat kalian. Jumpa lagi! Assalamualaikum~

Hud-Hud



Salam

Tahu tak apa nama burung kat atas ni?

Mengikut kata Pakcik Google, nama dia Hud-hud.. Kenal tak?

Kenapa eh tiba-tiba nak tulis pasal Hud-hud hari ini?

Sebab utamanya ialah tiba-tiba sejak minggu lepas, saya dapat gelaran baru dari beberapa kawan yang belajar sekali di Jordan ni.

Gelaran apa pula kali ni?

Hud-hud laaaaa....

Kenapa?

Erm, sebab hari tu terbuat perangai macam Hud-Hud. Begini kisahnya, sepatutnya minggu lepas saya ada perjumpaan dengan beberapa kawan untuk satu urusan. Dah selalu sangat buat tapi ada sekali tu saya ter'miss' perjumpaan tu. Dengar cerita, ketika ketua sedang mengira kehadiran, tiba-tiba saya didapati hilang. Tup-tup, terus saya dapat nama Hud-Hud sebab adegan yang sama berulang dalam dua zaman masa yang berbeza. ^_^

Errrr, nasib baik la ketua saya tu tak mengamuk macam Nabi Sulaiman sampai keluar arahan mahu menyembelih Si Hud-Hud kalau tiada alasan. Tapi ayat ketua saya sangat menyentap juga rasanya. Kata dia " Ainul tak hadir mesti ada alasannya. Mustahil tak ada." Gulp, uish.. Terasa sedas nih. Lembut tapi ada bisanya juga. Ampunnn... ;p

Best ke nak tiru jadi Hud-Hud ?

Entah. Tapi kalau dengar cerita Hud-Hud, macam boleh tahan je bestnya jadi dia nih. Hud-hud sangat hebat! Saya? Erm, bagai enggang dengan pipit je bezanya kot. T_T

Hud-Hud burung yang sangat terkenal. Lihatlah, jika tidak masakan ketidakhadirannya yang satu itu di celah ribuan burung akan segera terkesan oleh Nabi. Kan? Mesti ada sesuatu yang istimewa tentang HUd-hud.

Keduanya, Hud-Hud punya keyakinan yang sangat tinggi. Walaupun diberi amaran keras, hud-hud tidak berdalih-dalih malahan dengan berani memberitahu bahawa dia tahu sesuatu yang Nabi Sulaiman tidak tahu. Berani kerana benar~

Ketiga, Hud-hud sangat prihatin dengan masyarakat sekelilingnya. Tengoklah bagaimana dia melaporkan kesesatan penduduk Saba' yang menyembah matahari kepada Nabi. Betapa dia sangat taat dengan Allah hinggakan dia sangat sedar dengan tanggungjawab sebagai seorang pendakwah dan sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh umat waktu itu. Kalau kita, agak-agak macam mana ye?

Keempat, dalam melapor-lapor tu pun, Hud-hud terus berkhidmat sebagai posmen untuk menyampaikan risalah Nabi Sulaiman kepada Ratu Balqis. Dia tak hanya pandai bersuara, tapi dia juga berani bertindak selari dengan percakapannya. Tidak takut untuk kedepan dan berhadapan dengan risiko mungkin ditembak atau ditangkap dan sebagainya.

Kelima, betapa istimewanya seekor burung ini sampaikan dia tercatat zaman-berzaman di dalam Kalam Allah yang satu itu. Bukan senang nak dapat darjat sehebat ini. Tapi lihatlah jasanya. Bila sudah berbakti sehebat Hud-hud, barulah kita boleh berangan mahu diiktiraf setinggi dia. Kan?

“Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu dia berkata, “Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba’ suatu berita penting yang di yakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia di anugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk.”

(QS. An-Naml: 22-24).

Aduh, hebatnya Hud-hud!!

Harapan saya moga moga masinlah mulut kalian yang menyebut-nyebut nama gelaran baru ini pada saya. Semoga peribadi Hud-hud yang hebat itu sedikit-sebanyak dapat saya contohi dalam usaha memperbaiki diri yang serba kekurangan ini. Moga, dengan itu saya nak cakap awal-awal yang saya tak kisah saya dipanggil Hud-hud ~ (^_^)Y

p/s:

** haritu ada kasi cadangan pada seorang rakan yang menjawat jawatan wartawan majalah bulanan pelajar Malaysia di Jordan supaya guna nama Hud-hud. Alih-alih orang lain yang pakai. Tak apalah, kita share-share! Yang baik itu tak payah nak kedekut2.

** Terkedu seketika bila Kak Asma Khalid tiba-tiba mengusik supaya anaknya memanggil saya dengan nama Chinul. Erk~ (segannyaaaa nama tu senior tahu..)

** Ini ada satu link Mengenali burung dalam kisah Anbiya. Nice one~

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Moral of the story :
BURUNG YANG BINATANG PUN BIJAK BERDAKWAH WALAUPUN SEDIKIT. KITA?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kawan ; Nota Marah Diri



Salam

(nota : nota marah diri adalah panjang. sila jaga masa anda)

Seorang kawan saya pernah beritahu saya sesuatu bila kami bersembang tentang hubungan antara dua jantina yang berbeza. Katanya:

" Ko senang lah duduk Jordan, biah terjaga. Aku susah la duduk university sini. Tak boleh nak jadi macam dulu. Terpaksa. "

Itu jawapannya bila saya mengusik bahawa dia nampak agak berbeza dari dulu. Masakan tidak, dulu boleh dikira dengan jari berapa banyak kali dia bersembang dengan mereka yang berbeza jantina dengannya. Tambahan dia jenis pendiam dan tak banyak ada urusan dengan mereka. Kalah saya yang pernah dicop orang paling serius suatu masa dahulu. Tapi sekarang dia dah bukan begitu. Saya risau.

Saya lega dia sudah pandai bergaul. Tapi sedikit sebanyak saya rasa bimbang bila terlihat mesej-mesejnya di laman cari kenalan. Banyak gurau senda yang berlebihan antara berlainan jantina. Bukan saya menyibuk. Tapi saya rasa seperti ada yang tidak kena dengan dirinya bila jadi begitu. Saya kenal dia hampir 4 tahun dan setahu saya dia bukan orang yang terlampau bersosial dan sebagainya.

Bila kami berbual bertukar berita, saya menyentuh tentang hal ini padanya. Dan yang di atas itulah jawapannya. Kecewa? Ya, Mungkin ada sedikit. Sebabnya sebelum ini, saya yang banyak belajar tentang batas hubungan lelaki dan perempuan melalui perilakunya. Tapi sekarang, saya pula yang pening dengan caranya.

Dalam pada yang sama, dia ada memberitahu bahawa dia sangat-sangat teringin ke zaman sekolah di mana biah kami terjaga dengan persekitaran yang banyak membantu. Tapi sayang, persekitarannya kini tidak lagi sama malahan teramat mencabar. Dan apa yang saya lihat sekarang boleh dikira sebagai satu perjuangannya untuk kekal berada dengan cara yang sama walaupun saya lihat sudah ada bibit-bibit dia nampak sedikit berubah.

Bila difikirkan, tiba-tiba saya rasa sangat beruntung berada di Jordan. Ya, Jordan memang banyak menjaga saya. Saya akui saya bukan manusia sempurna yang imannya sentiasa bertambah dan sentiasa berbuat kebaikan. Adakalanya saya juga turut sama tersasar mengikut rasa hati. Tapi, persekitaran di Jordan banyak membantu saya menarik kembali diri ke jalan asal.

Rasa terkongkong? Ya, saya pernah rasa. Tapi itu dulu sewaktu hati saya berkeras mahukan kebebasan yang saya inginkan dengan cara sendiri. Saya buat tak peduli pada sesiapa mahupun apa-apa sekalipun.

Tapi bila sudah lama berada di Jordan, apabila saya keluar dan memerhatikan dunia luar, apa yang terbayang di kepala saya hanyalah "Ya Allah, rupanya budak-budak JOrdan ni baik-baik rupanya.." ( Tak percaya, pergi tanya kawan-kawan saya yang pergi Europe baru-baru nih.. )Saya terasa Jordan adalah tempat paling selamat untuk saya dalam membentuk diri sendiri. Saya tak yakin saya dapat kekal begini di luar. Banyak sangat dugaannya. Saya tak tahu saya cukup kuat atau tidak. Yang dulu pun dah kadang-kadang terrrlebih limit.

Saya kira dalam masa 6 tahun di JOrdan, harapnya saya dapat kekal menjadi siapa diri saya dari dulu hingga ke saat ini supaya nanti bila sudah keluar ke dunia sebenar, saya tidak akan terlampau cepat terpengaruh dengan perkara yang tak patut saya lakukan. Bukan saya nak kata saya adalah malaikat sepanjang di Jordan, tapi sekurang-kurangnya saya dapat melihat perbezaan dua dunia berbeza yang saya boleh bandingkan sendiri yang mana perlu saya ikuti dan yang saya perlu saya jauhi.

Syukur sangat-sangat saya ditempatkan di JOrdan. Jujur saya katakan, biah di sini cukup terjaga. Memanglah mustahil langsung tak ada masalah, tapi setakat ini yang ada hanyalah masalah terpencil yang masih boleh diubati jika dirawat dengan kadar segera dan disambut dengan kerjasama semua. Saya berdoa sangat-sangat supaya keadaan ini kekal sampai ke bila-bila. Ini antara tempat saya belajar. Semoga ia membantu saya kelak bila saya sudah keluar dari sini.

Saya belajar banyak batas bergaul di sini. Bukan langsung tak boleh berkawan. Tapi berkawan biar kena cara dan gaya. Bukan langsung tak boleh bercakap, berhubung atau ber-apa sekali pun. Yang penting, tahu batas. Batas yang macam mana? Perlu ke saya mengadu pada mereka sahaja dengan alasan lain jiwa, lain idea? Perlu ke setiap hari tanpa sebarang urusan, saya bersembang bagai nak rak dengan mereka? Perlu ke saya sentiasa makan bersama mereka, sentiasa belajar semeja bersama mereka sedangkan ramai lagi rakan sejantina saya yang masih belum tertunai haknya oleh saya? Adakah kalau saya buat begini, saya di kira cukup syarat sebagai anti lelaki?

Fikir-fikir lah sendiri. Saya risau sangat dengan mereka yang sangat tidak sukakan keadaan ini. Kalau susah sangat pun nak terima idea saya ini dengan alasan hujah kurang rapuh, tapi fikirlah dari sudut waqi' kita berada di mana. Kalau tengah di Malaysia yang sangat bebas tu, suka hati kamu lah kalau nak sangat buat. Tapi di JOrdan, komuniti Melayu kita masih kecil, masih terjaga. Janganlah buat perangai dengan alasan suka hati nak jadi diri sendiri. Kamu mungkin bahagia, tapi kami yang melihat yang tersiksa. Tolonglah jangan jadikan Jordan seperti di Malaysia. At least, beri kami peluang untuk belajar membentuk diri di sini.

eh, ni marah siapa plak ni? Marah orang ke marah diri sendiri?

Sekarang nak marah diri sendiri.

Dear aku,
Kenapa ko susah sangat nak tegur orang? Apasal ko biar je diaorang macam tu? Apasal penakut sangat? Apasal takut sangat diaorang kecik hati? Apasal ko buat bodo je? Apasal ko biar je macam tak ada apa-apa padahal orang kiri kanan ko dah bisik-bisik kasitau? Apasal ko benci dalam hati je? Apasal ko bersubahat? Apasal ko tak buat apa-apa? Apasal bising dalam blog je?

APASAL KO BIAR AKU TERPAKSA TEMPAH SOALAN MAUT DARI ALLAH TIME AKHIRAT NANTI?

Jawapan sendiri : Apasal la aku kena nampak semua ni??? -_-'

Sekian~

My Little Sweethearts

Salam

Tadi petang saya pergi menziarahi Kak Asma Khalid yang baru bersalin tiga minggu lalu. Baru berkesempatan nak pergi lepas balik dari bercuti yang lalu.


1. Bayi Kak Asma ni namanya Asiah Awatif.
2. Comel.
3. Gaya macam bayi Arab. Besar dan panjang. Umur baru tiga minggu tapi badan macam dah keras macam umur beberapa bulan. Best jugak sebab senang nak main. Puas pegang dia tadi.
4. Gaya Asiah kat rumah macam kuat nangis, tapi tadi time pergi ROQS tengok dia diam je ikut program. Rengek-rengek sikit je pun. Wah, ada gaya anak solehah ni. Moga besar nanti Asiah jadi anak solehah macam ibu dan ayahnya ya. Aminnn...

Bila tengok Asiah tadi, tiba-tiba teringat dekat anak-anak jagaan saya waktu trip Europe KC (KELANA CONVOY) haritu. Haha, bukan anak sendiri pun tapi anak abang-abang dan kakak-kakak yang join ke trip tu sekali. Tak tahu kenapa tapi saya sangat senang masuk dengan budak-budak tu. Nak control diaorang pun tak lah susah sangat.

Dari awal trip sampai ke akhir, saya dapat title 'baby sitter' dalam trip. Sampaikan ada juga yang cemburu sebab budak-budak tu kadang-kadang payah sangat nak pujuk, tapi kalau suruh saya cakap, senang je diaorang ikut.hehe. Well, mestilah ada tricknya. ^_^ Semua berkat ilmu ber-adik-beradik dan sepupu-sepapat yang ramai kecik-kecik belaka. Bagus gak eh? Kan?

Hurm, apa kata saya kenalkan korang dengan adik-adik saya sepanjang ke Europe haritu. BUdak-budak ni lah mangsa kekacauan saya dan kawan-kawan time boring. Kalau takde diaorang, agaknya sunyi sikit kot trip tu. Ye la, mana tak nya. Kat sana, kami yang undergraduate la yang paling kecil. Nasib baik ada kanak-kanak nih, takde lah terasa sangat diri ini sangat bersifat keadikkan. Hehe


Perkenalkan, ini Aiman Bin Shahrul.
1. Umur setahun lapan bulan.
2. Duduk kat Sudan.
3. Sangat hensem.Haha. Comel lah. Muka Innocent.Suka buat gaya Aiman tak kisah.
4. Awal-awal datang dia diam je sebab tak sihat, tapi bila dah sembuh fuh hyperactive sungguh. Jenuh kejar keliling Venice.
5. Oh ya, Aiman ni anak sedara Izzah Ibrahim, my classmate in Jordan. Izzah pun tak sempat jumpa lagi. Walla, kitaorang lebih maju nampaknya. Sorry Izzah, tapi seriously Aiman is very cute!! ^_^


Next, hero nombor dua. Iman Bin Azizul.
1. Umur dua tahun.
2. Currently, berada di Laughborough.
3. Pemalu tapi kalau kasi makanan, for sure dia datang dekat! ^_^
4. Budak ni badan je kecik tapi ngorat orang cukup terer. Haha. Partner dia si Kakak yang comel. 24 jam kat mana ada kakak, kat situlah ada dia. Pasangan bahagia Trip Europe Kelana Convoy 2009. Bertuah Abang Azizul dan Kak Marini sebab Iman dah copkan menantu awal-awal. Hehe..

Diaorang dua orang ni lah mangsa paparazzi dan mamarazzi kat sana. Boleh buat satu magazine gambar diaorang berdua je. Rapat bukan main! Best friend la katakan.
^_^


Ini buktinya! Haha~ Amacam? Sepadan tak? ^_^ Haha..Nasib baik kecil lagi. Kalau tak jenuh Achik Ainul nak datang kenduri satu kat Laughborough, satu lagi kat Belfast. Pokai la achik gamaknya nanti nih. ;p


Opss, lupa nak perkenalkan heroin tadi.
1. Nama dia Ereena Adelia Binti Mansur.
2. Umur dua tahun juga.
3. Kegemaran utama: Main buaian. Maka buaian adalah aset utama saya untuk suruh dia ikut cakap kalau dia dah stat nak jadi nakal.
4. Budak ni bijak. Ada je idea dia nak bercakap. Tak henti-henti.
5. Suka tiru gaya orang tapi dia selalu konpius orang yang dia baru jumpa dengan ahli family dia kalau muka seiras (yeke). Contoh: ada sorang budak lelaki sebaya saya yang sini yang muka seiras uncle dia kat Malaysia yang suka mandikan dia. Asal jumpa budak lelaki tu, automatik dia angkat baju dan ajak 'uncle' dia mandi. Adoi la budak. Kuat betul eh memori dia. Fuh, respek!
6. Adelia sangat best buat kawan! Active dan sangat bersemangat. Nasib baik Achik takde semput. Boleh la angkut dia ke hulu-ke hilir main macam-macam. Tapi aktif-aktif dia pun, kalau dah sampai limit penat dia, last-last masuk kereta sorong gak.. Apa la Adelia nih.. ;p ~


Ini pula namanya Ereena Aqlea Binti Mansur.
1. Adik kepada Adelia.
2. Panggilan: adik.
3. Muka dia ni cute sangat dengan mata bulat ditambah dengan lesung pipit dia yang dalam tu!
4. Umur erm setahun berapa bulan entah.
5. Tapi dah boleh jalan secara tak stabil. Macam penguin. Comel gila kalau dia semangat nak berjalan sendiri. Siap ada bunyi macam nak lumba lari je. Tak tahu la dia ni kalau dah berjalan karang macam mana. Mesti aktif macam kakak dia.
6. Perangai utama dia kalau berjalan : "Jangan pegang saya! Biar saya yang pegang achik! " Independent betul la Aqlea ni. Bagus..bagus..
7. Tapi dia takut air. Setiap kali nak mandi, mesti dengar dia menjerit sampai macam satu camp site dengar.
8. Aritu time dia bad mood waktu mak ayah dia bersiap, dia hanya diam bila saya pangku dia macam jadi superman. Lenguh betul, tapi layan je la. Nasib baik ko comel! Hehe.. Dah lama tak buat stunt acah baling anak orang, nasib baik dia tak kisah. ^_^


Ini puteri kami di sini. Namanya Puteri Safiyyah Binti Fahimi.
1. Panggil dia Safi.
2. Satu benda yang paling orang akan cepat nampak pada Safi ialah bulu mata dia yang super duper panjang dan melentik. Cantik sangat!
3. Safi paling senang masuk dengan semua, tapi dia jugaklah yang paling kuat menangis. Hehe.
4. Umur Safi baru 8 bulan. The youngest in the bus.
5. Sangat suka barangan elektronik dan buku. Normal kot untuk bayi baya ni. Tapi kalau berposing depan kamera pun hebat, i wonder itu normal atau bakat semulajadi?
6. Mak ayah Safi suka suruh Safi tiru kitaorang belajar kat JOrdan. Hurm, kalau betul la jadi kan, agak-agak saya umur berapa ek waktu tu? Jauh tu, entah super senior kot. Hee, berangan!
7. Safi sekarang kat Malaysia.


Hurm, rindu nya dekat kanak-kanak nih. Lama tak nyakat diaorang. Rasa sunyi plak lepas 15 hari asyik kena keliling dengan budak-budak nih. Bila Asiah ada nih, tetiba teringat diaorang balik. I miss them so much! Nasib baik la JUST kasi cuti sebulan je setahun. Kalau dapat tiga bulan macam orang lain, dah lama saya terima usul Kak Syura suruh Kak Jaja ambil saya jadi babysitter kat Belfast jaga Aqlea ngan Adelia tu. ^_^ Best gak jadi baby sitter. Untung-untung, masin la mulut diaorang kat sana asyik sebut saya bakal jadi Paedeatric. Aminnnn...

Seronok sebenarnya main dengan budak kecik. Lagi kecik, lagi saya suka! Diaorang happy, saya lagi happy~ Rasa macam hilang masalah. Tambah-tambah kalau yang umur dua tiga tahun tu, diajaknya kita main macam kita sebaya diarang je. Merasa kejaplah jadi kanak-kanak balik walaupun badan dah besar macam giant. Huhu

Suka tengok bila budak-budak ni main. Riang-riang ribena sungguh. Tak hirau keliling dah. Janji dapat main, puas hati, setel! Tak ada nak fikir masalah diri ke masalah dunia ke masalah orang ke. Fikir diri sendiri je. Nak berperasaan lebih-lebih pun takde. Gaduh-gaduh manja adalah. Pastu baik balik. Best kan? Aman dunia. Hati pun tenang je.

Eh, tapi kalau semua nak jadi baby, siapa yang jadi mak ayah yang nak tolong jaga? Tak ke haru kalau dunia ni ada baby je? Hancur yong! Takleh-takleh..

Takpelah, yang penting masing-masing dah ada pengalaman jadi kanak-kanak walaupun tak ingat amende langsung time tu. Walaupun masa tak boleh diubah, tapi kadang-kadang kita masih boleh kembali jadi macam kanak-kanak.

Bukan dari sudut ketidakmatangan ye kawan-kawan. Tapi dari sudut kesucian fikiran dan hati, keinginan yang tinggi untuk menerokai sesuatu yang baru serta ketulusan jiwa yang tinggi. Aish, pendek kata ala-ala macam kudus la sikit. Tak payah nak busuk hati, rendah diri terlampau, tension atau apa-apa saja yang negatif yang pada seorang dewasa. Cubalah ambil masa untuk kembali melihat dunia dari kaca mata seorang kanak-kanak iaitu hidup di masa depan sebagai dunia yang menjanjikan sesusatu yang baru untuk diterokai dan seronok untuk dihadapi tanpa sebarang risiko. Nice, isn't it?

Oklah, tu je nak cerita tentang Adik-adik saya di Europe haritu. Bahana rindu diaorang la ni. Lama tak jumpa budak kecik. Ni yang tak sabar balik Malaysia nih.

Eh lupa, to my new hero (cousin) in Malaysia - Zharif Imran, welcome to the world!! Nanti Kak Ina balik, kita kumpul ramai-ramai ok! Sekali dengan Baby Kak Mazni yang Kak Ina dah lupa nama. Huhu. (Ish, habislah aku kopak balik raya nih. Harap-harap la diaorang tak mintak duit raya. Alasan utama bakal dipakai : Belum kerja dan belum kawin! Wee... confirm selamat!) ^_^

++ Tahniah AJK Pelaksana ROQS.. ROQS memang rock! Tak sia-sia berhimpit macam sardin dalam Dewan Abu Ain. Banyak input baru tentang zionis yang saya dapat. Syukran! Buat lagi eh bila-bila.

++ Exam saya 25,26,27 Julai. Immune, Public Health dan Food Preservation. Cuaknya Ya Allah. Doakan saya dan rakan-rakan ya!

++ Motto minggu ini : Look, See and Help But Do Not Cross The Limit. Sedang membiasakan diri untuk tidak melebih-lebih dalam bertanya benda yang bukan urusan kita. Susahnya menjaga curiosity. Ganbatte!

Travelog Europe - 15 days in 1 entry done!

Salam

Ada orang menuntut janji mahu saya mengupdate trip ke Eropah. Baik. Maaf pertamanya sebab terlewat. Nah, ini hadiah buat tatapan semua. 15 Hari dalam satu entry. Sila bersedia menghabiskan masa yang sangat lama di sini. ^_^ Have fun!



Kami bertolak dari Park Lane,London menuju ke Perancis menaiki bas double decker Kelana Convoy. Untuk melalui selat Inggeris, kami menggunakan jalan Euro Tunnel. Caranya, bas akan masuk ke dalam kereta api, dan kereta api akan bawa bas kami mengikut jalan terowong bawah tanah laut melintasi selat inggeris ke tanah perancis. Tapi sepanjang dalam kereta api tu, kami boleh keluar dan jalan-jalan di sepanjang gerabak.



Usai tiba di Perancis, destinasi pertama kami adalah Belgium. Tak banyak tempat pun pergi kat sini. Sekadar singgah kejap rehat dan tengok kilang coklat dan tobacco sebelum bergerak ke Holland. Tapi, kira ok la kan, pernah datang jugak la tu kiranya. Di Belgium, kami singgah di kilang coklat yang terkenal di sini. Sedap dan menarik dengan bentuk yang berbeza. Tapi kena berjaga-jaga dengan kandungannya. Ada yang berperisa arak. Sini memang pusat borong coklat dan rokok. Murah-murah jugalah.



Di Holland, kami ke Volendam. Melawat kedai memproses berlian sambil shopping di tepi pelabuhan. Rumit rupanya proses berlian ni. Setiap berlian siap kena diperiksa dulu untuk tentukan kualiti dia. Makin kecil, makin lut sinar, makin banyak sisi, makin tinggi pantulan cahaya makin mahal harganya! Buruk rupanya berlian di awal waktu dulu. Tapi bila diasah, digerudi, di bakar dan segala macam lagi, terus jadi cantik dan berharga. Manusia?



Jalan-jalan di pekan Volendam yang terletak di tepi pelabuhan. Paling terkenal di sini ialah Holland pancake dan baju tradisi orang belanda. Kedai-kedai dipenuhi dengan bunga tulip yang berwarna-warni tapi sayang sebab semua plastik dan kayu je tinggal memandangkan sekarang musim summer.



Singgah di kincir angin tradisional yang besar di sebelah tebing yang menjadi tanda aras penambakan laut menjadi daratan. Ladang gandum baru nak menguning waktu ni. Terasa macam di sawah bendang pulak!






Ini di Amsterdam sewaktu menaiki boat menelusuri terusan-terusan di Amsterdam. Uniknya di sini kebanyakan terusan, di kanannya adalah bangunan moden manakala di kirinya pula bangunan tradisional. Kebanyakan orang-orang bangsawan kebiasaannya akan membina rumah yang menghadap terusan ini. Cantik!



Bukti keterbukaan Amsterdam yang terlampau sebagai Bandar Kemaksiatan. Mengucap panjang bila terjumpa benda-benda tak senonoh macam nih. Berhati-hati. Iman boleh tunggang terbalik di bandar ni. Dadah pun free. Everything is legal!



Slogan penduduk Amsterdam " I AMSTERDAM ". Ini pusat rekriasi. Ada Anne Frank Museum (pelukis), hard rock cafe, bangunan bersejarah dan banyak lagi.



Bergerak ke Frankfurt. Melawat The River Mein, sungai yang mengasingkan dua tebing yang berbeza gaya struktur bangunannya. Ala-ala di Turki. Kiri moden, kanan tradisional.



Ini tinggalan zaman Roman. Macam bukit Tinggi kan? Di sini ada Historical Museum. Dan ini tempat pertama kami jumpa manusia bekerja sebagai patung. Serius hampir terkejut sebab terlupa. Haha.




Di tengah bandar Frankfurt sewaktu melihat-lihat dan bergambar di bawah logo Euro yang sangat besar dan kehebatan ketinggian bangunan di sini. Macam kat KL je.



Camp Site di Frankfurt adalah camp site favourite saya. Sebab apa? Sebab di celah-celah hutan di hujung tasik tempat kami bercamping, ada satu court bola tampar dan bola keranjang tau! Dahlah hutan dia sangat lawa, pokok tersusun elok batang tinggi tak berdahan sampai ke atas. Cottage kat sini pun lawa-lawa. Memang tiap-tiap pagi lepas subuh, saya akan datang hutan ni dengan kawan untuk nikmati keindahannya selama dua hari yang ada.



Kemudian bergerak ke Fussen. Tempat tujuan utama kami ialah Neuschwanstein castle. Istana tempat Mr Disney mengambil inspirasi membina istana Disney. Berada di sini betul-betul seperti di alam fantasi. Kami naik ke istana di atas gunung menggunakan kereta kuda. Bagaikan puteri. Tapi terus terang, naik bukit pakai kereta kuda adalah sangat lambat. Macam mana la orang dulu-dulu tahan yer.. ?

-pic removed-

Lepas tengok istana, kami pergi jalan atas jambatan tali bergantung yang menghubungkan dua bukit. Macam dalam cerita kartun selalu tu. Takut juga kalau jambatan tu runtuh sebab di bawahnya air sangat-sangat deras dan laju. Nasib baik cuaca hujan, kalau tak kami ada plan nak turun ikut 'plan adventure' guna jalan tebing sungai. Tapi tak jadi. Huhu, lega..



Ini tasik di Neuchwanstein castle. Sangat jernih dan biru. Cantik! Lebih mengasyikkan bila ditambah dengan kehadiran angsa di sana. Ini adalah dunia impian King Ludwig yang dibina sendiri dengan khayalan dan keinginan yang kuat untuk merealisasikannya.

Fakta :
Neus - Baru
Chwan - Swan
Stein - Putih

Gabungan nama ini terbentuk daripada keadaan istana baru yang berwarna putih yang dipenuhi dengan angsa. Dibina oleh King Ludwig sewaktu pemerintahannya. Yang kuning itu ialah istana waktu dia kecil.

-pic removed-

Kemudian, kami ke Austria dan lebih spesifik lagi ke pekan Innsbruck. Dulu, Austria terkenal sebagai tempat buang orang. Tapi sekarang tak dah. Royal family di Austria sangat terkenal sekarang. Lupa plak apa nama family mereka. Austria sangat terkenal dengan patung puppet dan Mozart!Mozart orang Austria ye kawan-kawan. Di sini, kami pergi melawat galeri kristal SWAROVSKI, lod Gate, dan Golden Roof yang dikatakan diperbuat 100% from gold. Eh, takde orang mencuri langsung ke? Hebat..

Next, kami ke Sky Jump Ramp yang dibina bersempena Winter Olympic yang diadakan di sini dulu. Sky Jump Ram tu macam ski tapi ski dia yang meluncur dari atas bukit tanpa salji (ada gelungsur), turun bawah dan ada babak-babak terlompat tinggi ke udara terpusing-pusing sebelum jatuh balik dan meluncur ke bawah. Boleh bayangkan? Yang menariknya betul-betul bawah sky jump ram tu ada kawasan perkuburan. Boleh nampak clear dari tempat sky jump tu. Adakah ia kebetulan atau dibina memang untuk mengingati kematian? ^_^

-pic removed-

Destinasi seterusnya ialah Venice! Kami berkhemah di Venezia camp site (bukan pulau) dan kami ke Venice menaiki feri. Macam ke Langkawi. (Tetiba rindu Malaysia)










Ini gambar perkara paling terkenal di Venice- Gondola, Pizza, Topeng, kilang Renda (lace), dan Bridge of Sigh (tempat terakhir seorang raja melihat dunia luar sebelum dihumban ke penjara. Raja mana, saya lupa). Tak buat yang ini macam kurang lengkap pergi ke Venice. Seronok. Driver/Pengayuh gondola kami tak main musik tapi dia fasih english. Maka, kelebihannya kami tahu banyak perkara baru tentang Venice. Oh ya, ada satu rumah tinggalan Mozart di venice tau, mungkin tempat dia cari ilham sambil termenung di tepi jendela di atas air. ^_^



Fakta menarik yang saya paling suka ialah hidup seorang pengemudi gondola. Anda ambil masa hampir empat tahun untuk terer kemudi gondola ( macam ijazah ok!). Jambatan punya ketinggian ada pelbagai jenis, dan anda kena mahir selok belok menyengetkan gondola untuk melepasi semua jambatan yang ada. Pakcik gondola adalah sangat terer fizik! Kami siap dapat ceramah free tentang kedudukan dan kestabilan lagi di Venice! Melepasi jambatan adalah time paling menakutkan bagi kitaorg sebab kami lalu banyak jambatan rendah. Tapi naik gondola best sebab dia buat kita rasa mengantuk walaupun padahal tengah takut tercampak dalam air sedalam 3 meter.


-pic removed-


Ini bangunan utama di Venice. Penuh dengan merpati. Tapi ini sebenarnya gereja ya. Cuma sedikit pelik bila ia dibina seperti kuil India yang penuh dengan patung manusia di setiap sudut dinding dari lantai sampai ke bumbung yang dibuat dalam bentuk sebuah cerita. Kawasan di sini agak menenangkan sebab sentiasa dipenuhi dengan bunyi gesekan violin yang menghiburkan pelancong yang sedang makan-makan. Memang tempat paling best untuk tempat honeymoon. ^_^

-pic removed-

Ini Florence! Saya confius adakah Nabi Daud berdakwah di sini sebab di sini ada patung David. Entahlah. Tapi dekat sini ada satu muzium yang mengumpulkan semua cendiakawan zaman dulu sampai sekarang sebagai penghias tiang. Erm, unik kan jambatan dia? Jambatan berbangunan. Jambatan ni penuh dengan kedai emas kalau tak silap. Nama kawasan ini Piazza Michaelangelo. Maka, secara automatiknya tempat ini banyak jual karya Michaelangelo di mana-mana sahaja. Siapa suka sejarah, mesti ingat siapa manusia ini.






Yang di atas ini gambar Fontana De Trevi, Vatican Museum, Spagna Piazza dan piazza-piazza (sebut : plaza) yang ada di Rom. Vatican Museum memaparkan banyak artifak bermula dari zaman mesir (mumia pun ada) hingga ke zaman sekarang. Malahan ruangan paling besar ialah ruangan tempat Pope. Kaya betul! Fakta menarik di sini, Rom adalah tempat paling banyak Wishing Pond! Saya rasa macam nak kutip je duit-duti dalam kolam-kolam kat situ. Dah la banyak, buat berkarat duit je diaorang nih!

-pic removed-

Collaseum, Fonto De Romano dan Sistin Chappel (satu lagi bangunan saya terlupa nama). Sistin Chappel adalah kubur para Pope. Terletak berdekatan dengan Vatican City yang berala-ala Makkah bagi orang Kristian. Sangat ramai paderi dan rahib di sini. Sayang, vatican City tak leh masuk. Baru cadang nak usyar amende dalam dia. Vatican City ni negara asing. Di jaga oleh Swiss army yang bersikap 'no money no talk'. (Rujuk fact Swiss)

-pic removed-

Ya, Mari kita berkenalan dengan watak-watak paling popular di Rom. Kita mulakan secara clockwise dari belah atas kanan. Pertama, Encik Gladiator. Wah, maju dia sekarang. Pakai handset lagi. hehe.. Kedua dan ketiga, Romanian Army. Warna-warni gitu. Paling nak tergelak bila diaorang terer berbahasa Melayu. Wa, takkan melayu hilang di dunia~ ;P Dan yang terakhir, Mr Swiss Army. Merekalah hulubalang-hulubalang Rom dari zaman dulu sampai sekarang.

Fakta Rom: Berdoalah supaya anda tidak sesat kerana di Rom peraturan mereka yang boleh berbahasa Inggeris adalah sangat kecil. Mereka semuanya berbahasa Italy. Tapi lebih baik jika anda mampu berbahasa arab kerana majoriti imigrant di Rom adalah warga arab. Insyallah.



Seterusnya, bergerak ke Pisa. Tengoklah menara tercondong di dunia ini. Ada satu peraturan comel di sini. Siapa nak panjat pisa, korang bakal diberi jadual. Sekali naik, hanya dibenarkan dalam 10 hingga 16 orang sahaja. Takleh lebih-lebih. Karang runtuh. Hooo. Pisa sangat murah barang dia! Warga islam di Pisa kebanyakkannya ialah bangladesh. Bangunan-bangunan sebelah-menyebelah Pisa itu semuanya adalah gereja. Dan semuanya termasuk Menara Pisa diperbuat daripada marmar putih.

-pic removed-

Di Pisa lebih istimewa kerana saya ada tour guide sendiri iaitu rakan blogger,Kak Nisa. Kak Nisa bawa saya explore lebih luas tentang Pisa. Banyak tentang Pisa yang saya perolehi daripada Kak Nisa. Kami ke jambatan di waktu malam, sekolah Pisa, kedai aiskrim paling terkenal, University Of Pisa, Airport Galeileo dan sempat berjumpa Kak Serena, orang melayu yang berkahwin dengan orang Italy di rumahnya. Terasa macam berada di rumah sendiri. ^_^

Fact of Italy : Saya terperasan di Pisa, Rom dan Venice, patung Pinochio terlampau banyak. Pelik juga, ingatkan hanya sekadar seperti di Austria yang terkenal dengan aktiviti puppet. Rupa-rupanya kisah Pinochio memang berasal daripada Italy. Dan kerana itu Pinochio adalah salah satu simbol utama kebanggaan Italy.

-pic removed-

Ini pemandangan di sepanjang jalan ke camp site kami Ke Swiss. Ladang Bunga matahari yang tersangat luas sangat menceriakan pemandangan. Perhatikan tasik hijau tersebut. Austria dan Swiss dan Venice. Dunia air tanpa pencemaran! Sangt suka~ Ditambah dengan gunung-gunung salji di atas sana, memang tempat ini bagaimana sebuah lukisan yang sangat indah~

-pic removed-

Sekarang kami di Swiss. Memandangkan bayaran ke Jungfrau Mountain sangat mahal, saya dan beberapa rakan lain yang pokai memilih untuk ke Kleine Shedheic ( Tak sure ejaan ). Orang yang meminati cerita klasik Inggeris terkenal, Heidi pasti maklum bahawa Swiss adalah lokasi novel tersebut dan lebih tepat lagi, di Kleine Shedheic lah gunung tempat Heidi main bersama datuk dan kambingnya. Tempat ni sangat-sangat lawa. Gunung yang hijau, bunga yang kuning, background salji memang kasi effect macam di kedai gambar. Rasa tak puas baring-baring dan layan blues lama-lama di situ.

-pic removed-

Ini pula Jungfrau Mountain (sebutannya Yungfrau yer..). Di sini segalanya adalah tentang salji. Cumanya yang lebih menarik, di sini ada Ice Castle. Ada terowong, patung, arca yang semuanya daripada ais. Macam nak pergi jumpa Ice queen je rasanya. Walaupun mahal, bak kata mereka yang pergi, ia sangat berbaloi!

-pic removed-

Khas buat Qisti yang sangat suka tengok gambar Swiss, ini lah gambar-gambar yang sempat di ambil sepanjang dua hari di sana. Oh ya, selain ke Jungfrau dan Kleine, kami juga pergi ke Trummelbach Waterfall, air terjun setinggi 10 tingkat di dalam gunung. Paling triller bila kena naik lif macam pelombong timah dalam gua yang sejuk macam aircond. Fuh, sangat seronok! Di waktu malam pula, memandangkan kami semua budak JOrdan rajin tolong krew, maka tour guide kami berbesar hati bagi extra service teman kami sahaja mendaki waterfall di waktu malam. Bukan waterfall yang tadi, tapi waterfall lain yang letaknya betul-betul di hadapan camp site kami. Pengajaran utama : Sila lah rajin! Hehe..

Fact about Swiss : Swiss adalah negara berkecuali dari sebarang urusan dunia. Dan sebarang negara tidak dibenarkan menyibuk dalam urusannya. Kerana itu, ramai orang menyimpan duit di Swiss Bank secara rahsia sebab tiada siapa akan dapat pecah masuk kawalan bank tersebut dari segi maklumat dan sebagainya tapi dengan syarat "SILA BAYAR KAMI". Dijamin 100% maklumat duit selamat disimpan secara rahsia. Askar swiss juga dibenarkan untuk dipinjam dengan syarat "SILA BAYAR KAMI", jadi Swiss takde nak geng man-mana negara. Dia hanya bantu siapa yang bayar dia. Matawang swiss is Swiss Franc. Bahasa Swiss adalah campuran Jerman-Perancis-Italy (amende ntah, tapi saya memang susah nak paham macam mana boleh jadi macam tu.)


-pic removed-

Sehari suntuk di Paris, saya bergerak bersama dua orang kakak dari Malaysia sahaja untuk melengkapkan 'amazing race' kami pergi ke tempat-tempat wajib di Paris memandangkan yang lain ada plan masing-masing. Paris sangat luas dan untuk habiskan dalam masa satu hari memang semput. Tapi tak apalah, sebabnya esoknya nak ke Disneyland. Alhamdulillah, target berjaya! Tempat utama seperti Notre Dame Cathedral,Museum Louvre, Champs Elysees, Mosque of Paris, Arc de Triomphe dan Eiffel Tower semua sempat dihabiskan. Erm, naik Eiffel Tower best je tapi bila ramai orang, jadi sangat sesak dan tak selesa!

Fact about Paris :
1.They don't speak English as much as they speak France. The key is just understand the body languge. It's work!
2. Paris sangat-sangat panas. Penggabungan jelajah Venice, Rom, Pisa, Kleine, dan Paris tanpa memakai sunblock bakal men-tanned-kan anda segelap-gelapnya jika anda keluar mengembara pagi sampai malam tanpa henti. Sob.sob.
3. Masyarakat Islam paling ramai di Paris adalah terdiri daripada masyarakat berkulit hitam.



Tada.. Welcome to Disneyland!!!! Satu lagi dunia fantasi. Bagi saya, apa yang saya minat tentang Disneyland adalah hanya pada rollercosternya yang sangat best dan banyak serta Lif Hollywood Tower Of terror yang turun naik turun setinggi empat tingkat secara main lepas macam lif putus tali sampai orang terangkat dari kerusi. Yang lain, kebanyakannya sesuai untuk kanak-kanak belaka. Huhu. Eh, tapi ok kot untuk lepas tension.



Masuk disneyland rasa macam masuk TV. Semua dalam channel Disney semuanya ada secara live di sini. Kalau malas atau penat nak pusing Disneyland yang sangat besar gedabak luasnya tu, nak duduk sahaja dan tengok parade pun macam dah cukup bagus. Satu hari? Memang tak cukup lah. Saya cuma masuk yang saya suka sahaja! ^_^

Huh, habis akhirnya!!!! Semua nota travelog saya selama 15 Hari mengikuti Kelana Convoy menjelajah sleuruh Europe semua saya letakkan dalam satu entry. Ampun maaf sebab terpanjang yang teramat sangat. Saya malas nak buat sikit-sikit. Ini pun, sehari dua berkelana di London belum saya catatkan. Nanti-nantilah eh. SEKIAN

**********************************************************************************

# Sesi jawatan saya dah berakhir dengan berakhirnya mesyuarat agung tadi. Hah, leganya! Tapi bila difikir balik, terasa sedikit kosong sekarang. Biasalah, kenangan manis tetap ada walaupun seberat mana takdir yang datang pada kita kan? AMM sekelian, saya sangat hargai kehadiaran kalian sepanjang tempoh perkhidmatan kita. Syukran jazilan katheeran.

# Amira tersayang, tahniah atas apa yang telah tercapai di sekolah. Keep up your good work~

# Minggu ini, saya akan mula exam. Doakan saya ya semua!

# Maaf saya privatekan blog ini sekejap. Tuan punya blog sedang menjalani proses pembaikpulihan diri kerana hidup agak terumbang-ambing sekarang. Thanks for asking.

# To my dear siblings - Asyraf, Amira and Aiman, nah.. blog ini dah bukak balik. Rindu kak Ina eh? Hehe... I miss all of you a lot too.. Tak sabar tunggu lagi sebulan setengah. Malaysia, wait for me!

# My life seems a little bit messy right now. My level of momentum is still below the par and I do feel really tired. Sorry but sometimes i need some spaces. Please understand me. Thanks a lot.

**********************************************************************************

update : Sorry terbuang semua gambar gara-gara mood tengah ter-swing hari tu.
Nak tengok gambar, pergi tengok di blog syida la yer. Saya dah malas nak upload balik.tekan sini.Thanks!

Malam Kemuncak Roadshow Gema Al-Aqsa

Tarbiyah Kepimpinan



Salam

Saya tak mahu berkisah tentang pilihan raya. Itu sudah sudah cukup popular di mana-mana. Saya cuma mahu bercerita kepada mereka yang bakal jadi ketua tapi takut untuk mencuba. Sekadar mahu mencatat beberapa cebis pengalaman saya menjadi barisan hadapan untuk teladan sebelum saya menyerahkan tugas kepada mereka yang seterusnya. Mana tahu mungkin berguna untuk mereka yang baru belajar seperti saya dahulu. Berfikirlah sebelum membuat keputusan. ^_^

Dalam sepanjang tempoh setahun ini, banyak perkara yang saya baru pelajari. Saya akui, kesanggupan menyertai barisan kepimpinan di barisan PERMAI memang perlu disertai dengan kepasrahan untuk berhadapan dengan pelbagai risiko yang bakal menjelang. Bukan senang tapi bukan juga mustahil untuk dihadapi. Selain mahu berkhidmat, antara niat utama saya dahulu adalah untuk belajar dan menimba pengetahuan. Dan alhamdulillah, semuanya terlaksana. Saya memimpin dan dipimpin dalam masa yang sama.

Pertamanya, kepimpinan sekolah dan kepimpinan universiti adalah dua buah dunia yang berbeza. Apatah lagi apabila yang mereka yang di bawah adalah dari golongan yang bijak-bijak belaka dan senior-senior yang lebih hebat dan berpengalaman. Itu adalah ketakutan utama saya. Apatah lagi apabila biro saya adalah biro yang penuh dengan warta dan peraturan.Kalau salah gaya, tak mustahil boleh timbul huru-hara.

Tambahan, golongan mahasiswa bukanlah kanak-kanak yang boleh sewenang-wenang diarah begitu-begini. Dari sini, saya belajar untuk bertindak secara fleksible. Tak terlampau keras dan tak terlampau lembut. Kita main tarik tali. Lebih berkesan kalau fakta kes dan risiko masa depan dijadikan hujah untuk menarik mereka berfikir. Tak payah banyak cakap. Ayat paling kritikal "pandai buat, pandai tanggung". Alhamdulillah, saya makin cekap mempengaruhi manusia. Hehe...

Kedua, status Kebajikan dan Keselamatan sekaligus nak tak nak menarik saya menjadi seorang manusia yang amat prihatin dengan keadaan sekeliling. Barangkali frasa paranoid lebih sesuai. Di awal sesi, saya cepat gelabah dan kelam-kabut berhadapan dengan kes-kes yang terjadi di sini. Risaukan hal orang satu hal, risaukan diri sendiri yang nak kena berdepan dengan orang yang terlibat pun satu hal.

Bukan semua orang bersikap terbuka. Untuk mendapatkan kepercayaan bukan sesuatu yang mudah. Saya perlu tahu menarik mereka untuk mempercayai saya dan berkongsi masalah dengan saya. Tertekan. Itu perasaan saya dulu. Tapi lama-kelamaan saya belajar dari persekitaran dan pengalaman. Sampai ke saat ini, saya masih belum khatam belajar tentang perangai manusia. Banyak orang, banyak ragam. Tapi menarik. Saya kira ini boleh jadi bekal untuk saya berkhidmat sebagai doktor masyarakat kelak. Insya-allah.

Ketiga, sebagai pembekal ubatan PERMAI, saya berpeluang mengaplikasikan subjek farmakologi dalam kehidupan seharian saya. Ini khas untuk biro saya saja la ya. Walaupun ubat yang telah saya pelajari hanyalah satu per tiga dari ubat yang ada dalam first aid, tapi berkat ajaran senior-senior medik yang lain berkenaan ubat-ubat tersebut, saya lebih kenal dan lebih tahu tentang kegunaan mereka. Tentulah, kalau pembekal sendiri tak tahu, macam mana nak rawat orang kan? Takkan main hentam kasi sahaja, ye tak? Tambah-tambah kalau yang sakit itu bukan pelajar medik, lagilah mereka mengharapkan keterangan kita tentang ubat tersebut. Saya suka first aid!

Keempat, memegang jawatan ala-ala polis menyebabkan saya selalu kena bajet berani depan orang ramai. Walaupun dah selalu bajet berani, tapi bila diamanahkan menjaga keselamatan orang lain di tempat yang bukan tempat kita, ketakutan yang lebih ketara terpaksa disorokkan dengan menjadi manusia yang lebih berani daripada sebelumnya.

Walaupun bukan saya yang kena handle urusan dengan polis Jordan (itu semua kerja budak lelaki) , tapi terasa macam satu fitrah timbul perasaan mahu melindungi orang di bawah kita. Jadi, waktu itu kita akan mula fikir macam-macam benda itu memberi jaminan keselamatan kepada mereka walaupun konfirm lah takkan boleh jadi bodyguard 24 jam. Yang saya suka, bila keberanian itu dah dibiasakan, automatik kita boleh kontrol keadaan dan tak terlampau gelabah walaupun kena sergah tengah jalan, insyaallah.

Kelima, dulu waktu jadi orang luar, saya pernah tertanya-tanya kenapalah PERMAI suka mesyuarat lama-lama, kenapalah AMM PERMAI macam tak buat kerja, kenapalah begitu, kenapalah begini. Melihat dari luar cermin hitam yang lut cahaya, memang selalunya kita hanya akan nampak diri sendiri. Diri sendiri terasa lebih betul walhal kita langsung tak nampak apa sebenarnya yang berlaku di dalam. Itu yang saya rasakan.

Berkecimpung sendiri dalam kerja PERMAI buat saya mula faham apa yang berlaku di balik tabir PERMAI. Rupanya yang bernama pemimpin ini kebanyakannya bersikap seperti 'aisberg'. Yang jelas nampak kecil, tapi bila diintai dalamnya terlampau besar. Patutlah tak ramai mahu cuba nasib terjun berkerja di atas nama pemimpin PERMAI. Hatta saya sendiri selalu terfikir untuk cukuplah hanya sekali saya masuk. Buat kerja tolong-tolong lebih ringan daripada buat kerja kena tanggung. Tapi saya yakin, mereka ini semuanya hebat. Kalau tidak, masakan sanggup bersusah demi orang lain. Moga Allah balas jasa kalian dengan balasan yang setimpal. Amin..

Keenam, bila masuk PERMAI, saya lebih terdedah dengan masyarakat. Saya terfikir bahawa platform utama untuk mengetahui setiap hal yang berlaku di sekeliling kita adalah dengan menjadi pemimpin di kawasan tersebut. Banyak sangat perkara yang terhijab bakal terbuka bila anda jadi pemimpin. Dan waktu ini, anda akan belajar bahawa inilah sebenarnya masyarakat kita. Yang elok, yang jelik semuanya terpampang jelas. Ada sesetengah perkara yang tidak semua tahu, kita perlu tahu sebagai pemimpin.

Hakikat yang akan terlihat inilah yang saya rasakan bakal memberi aras baru kepada kematangan kita dalam hidup kerana waktu ini banyak benda baru yang akan kita hadapi dan perlu kita harungi untuk ke hadapan. Di sini lah medan ujian kita sama ada kita boleh survive atau kita akan hanyut bersama. Itu hakikat keunikan menjadi pemimpin. Lebih mencabar tapi lebih memuaskan andai kita berjaya.

Ketujuh, faktor masa. Satu aspek besar yang saya kira sangat mencabar saf-saf kepimpinan di mana-mana sahaja. Belajar dan berpersatuan bukanlah perkara remeh. Salah imbang, empunya diri bakal susah. Terlampau berpersatuan, pelajaran tergendala. Terlampau belajar tanpa menghiraukan persatuan, masyarakat bakal huru-hara. Itu risiko utama. Nak tak nak, memang kena selalu plan masa.

Yang paling saya selalu rasai ialah kecemburuan melihat rakan-rakan lain punya masa lapang yang terlampau banyak untuk dinikmati. Tapi semuanya selalu lenyap bila rakan sepersatuan selalu mengingatkan masa yang dibeli Allah bakal diganti dengan ganjaran syurga jika ikhlas. Alhamdulillah, semoga janji ini boleh saya tuntut di akhirat kelak.

Kelapan, kerjasama yang utuh. Berada di posisi ini sudah tentu membuatkan stress dan tekanan itu menjadi perkara normal. Tapi yang boleh menyelamatkan keadaan ialah kesanggupan rakan sekerja untuk saling sama menyokong tak kira dalam apa jua keadaan sama ada gerak kerja, akademik atau sebagainya. Saya kira, ini tunjang utama kekuatan saya untuk terus berdiri dalam persatuan sepanjang tahun ini. Kalau bukan mereka yang lain, saya pasti susah mahu kembali bangkit setelah beberapa kali tersungkur diuji mehnah berpersatuan. Syukran jazilan kalian. Terima kasih kerana mempercayai kekuatan saya dan terima kasih kerana selalu menyokong saya.

Dan yang terakhir, di akhir sesi tugasan, bila kembali bermusahabah, baru kita dapat lihat kembali sejauh mana kita layak bergelar pemimpin dan sejauh mana kita melaksanakan amanah kita. Makin jauh kita bergerak, makin banyak yang kita perolehi. Makin jelas juga lompong yang perlu kita perbaiki.

Ini yang saya rasai sekarang dalam menunggu detik-detik dipancung di pentas mesyuarat agung. Kata seorang senior, ia umpama akhirat kecil. Semua gerak kerja kita kita dibentangkan di hadapan semua orang dan kita bakal disoal hingga ke sekecil-kecil benda. Sungguh, saya sangat takut. Takut tidak berjaya melunaskan tugas seperti yang diharapkan oleh orang ramai. Takut terkaku di atas pentas tanpa sebarang jawapan. Bila tiba waktu ini, barulah mula terbayang ini baru sesi dunia, belum sesi akhirat lagi. Allah...

Ini adalah antara pengalaman saya sepanjang sesi ini. Dari seorang manusia yang bertatih mengenal tugasan, saya gagahkan diri belajar mengenal selok-belok persatuan. Saya baru setahun. Masih belum cukup pengalaman seperti senior yang lain. Tapi jujur saya katakan, ini antara pengalaman hidup saya yang paling berharga. Peluang datang bukan selalu. Maka, sesekali ambillah peluang ada untuk belajar.

Pada yang baru naik, rebutlah peluang yang ada untuk berguru dengan senior-senior persatuan yang sangat kaya dengan pengalaman dan skill mereka. Jawatan bukan sekadar suka-suka. Tapi memegang jawatan ibarat menjadi hamba. Banyak yang perlu dikorbankan. Cumanya kalau tahu cara, kalian bakal jadi raja. Raja dalam kehidupan supaya tidak mudah lemah dengan dugaan.

Buat rakan seperjuangan yang bakal meneruskan jalan di dalam persatuan, tahniah juga takziah. Allah Maha Hebat membuat pertimbangan. Bersyukurlah kalian masih berpeluang 'berfikir untuk ummat' secara total. Kami di bawah akan terus menyokong kalian dari pelbagai sudut tak kira tepi, depan atau belakang. Moga terus berjaya mengemudi bahtera PERMAI dan mengangkat panji Allah di sepanjang perjalanan.

Salam AGM~

** 17 hb adalah tarikh mengundi. Jom Undi ramai-ramai! Serlahkan tema : KEMATANGAN BERPERSATUAN dengan memperlihatkan kecerdikan dan kematangan anda mengundi calon-calon bakal pemimpin Irbid di masa depan.

** Tahniah pada skuad DEBAT, skuad Kebudayaan Akhawat dan skuad Kebudayaan Syabab yang masing-masing menggondol johan dalam MEKAR MPPM baru-baru ini. Good Job!

** Selamat Kembali Ke Malaysia buat kakak-kakak graduan Just dan Yarmouk sekelian! Semoga terus berjaya dalam fasa hidup seterusnya. Semoga kita jumpa lagi di Malaysia nanti.

** Lagi seminggu nak AGM. Sangat sibuk, sangat penat, sangat tak sabar nak habis, sangat sedih. Cuak + Gembira + Berat = Apa nak kata ya? Alhamdulillah hampir ke penghujung.

** Summer di Jordan tahun ini adalah sangat panas. Tak sabar nak habis kelas dan balik Malaysia.

Belakang Tabir Trip Kelana Convoy

Salam

Alhamdulillah, tepat jam 12 malam 6 Julai 2009, saya, Maisarah dan Akmal selamat tiba di Jordan selamat hampir 20 hari berkelana di benua eropah sepanjang cuti semester kedua kami kali ini. Lagi tiga orang kawan kami masih dalam perjalanan memandangkan mereka mengambil jalan pulang mengikut jalan darat berbanding kami yang lebih senang terus terbang gara-gara cuak kedatangan kelas sudah mula ditanda.

Memandangkan stok gambar kebanyakannya ada pada kawan yang belum balik, jadinya saya cerita secara umum dulu di entry ini. Cerita jalan-jalan nanti kita cerita lain. Ok?

BUDGET

Tak keterlaluan kalau saya katakan trip kali ini sangat berbaloi, sesuai dengan namanya Budget Tour. Walaupun macam terlampau rush menghabiskan tour jelajah eropah dalam masa 15 hari, tapi saya sangat puas sebab impian untuk ke semua tempat yang pernah saya idamkan telah tercapai. Alhamdulillah saya dah cover banyak sangat tempat. 8 negara dalam 15 hari dengan bajet tak sampai 2000JD tak termasuk tiket flight. (Pokai gak tu berjimat gila-gila sebelum pergi). Bukan senang mahu ke sana ke mari dalam masa yang singkat dan duit yang tak seberapa. Yang penting pengurusan masa yang cemerlang. Hoho.. Kelana Convoy adalah antara medium yang terbaik rasanya untuk trip macam ni. Lebih best sebab semuanya stail Malaysia kecuali masa except klu ada problem. Aceh, ni macam promosi ni. Encik Hairul, ada insentif tak saya tolong promote nih? huhu

-pic removed-

BERDIKARI

Kadang-kadang terasa macam masuk Amazing Race pun ada terutama sewaktu kami dilepaskan berpecah sesuka hati untuk menjelajah sesebuah kawasan. Kadang-kadang berdua, kadang-kadang bertiga, malah kadang-kadang berbelas-belas pun ada setiap kali nak berjalan sendiri. Taklimat dan kisah-kisah sejarah semua sudah sedia diceritakan di dalam bas, maka bila turun, kami dibenarkan bertebaran! Seronok!



Di trip ini, boleh kata kebanyakan kami belajar untuk berdikari termasuklah golongan mereka yang sudah trua dan berkeluarga. Sepanjang 15 hari, kami hanya tidur di khemah atau kabin (kalau mahu bayar lebih) sahaja. Semua pasang sendiri, cabut sendiri kecuali kabin la.



Masak-memasak pun main masak kawah. Sepatutnya tour manager(Encik Hairul) dan krewnya (Abg Kadir & Abg Shah Reza) yang masak. Tapi saya tengok semua yang datang ikut trip kali ini ramai ringan tulang, tolong masak, tolong basuh dan tolong segala benda sampai cepat siap. Sekali pandang macam perkhemahan sekolah pun ada. Sangat seronok memandangkan saya dah lama gian nak camping~ Hehe..



FAMILI

Kami semua seramai satu bas double-decker. Semuanya warga negara Malaysia ( Malay + Chinese + Indian) kecuali tiga orang luar yang berasal daripada India, Pakistan dan Iraq serta driver bas dari Wales (Mr Creige). Riuh sangat-sangat dengan kepelbagaian ragam mereka. Daripada semua 60+ yang datang, hanya 14 orang sahaja adalah undergraduate student. Yang lain adalah student master, PhD, orang-orang berkerjaya, berkeluarga serta warga tua. Maka, kami yang kecik-kecik ini dilayan macam adik-adik jua lagaknya. Seronok juga dapat family baru. Tok ada, pakcik ada, auntie ada, baby ada, budak kecik ada. Stok abang-abang dan kakak-kakak lagi lah berderet. Semuanya best dan sempoi! ^_^





DISKUSI

Aktiviti rutin yang paling saya suka ialah time makan malam bila mana semua orang berkumpul makan beramai-ramai di tepi khemah masak. Waktu macam ni lah selalunya tempat kita bercerita, berkenalan, main ramai-ramai dan macam-macam lagi aktiviti lapang lepas penat berjalan seharian di luar.

Yang lebih menarik, waktu ini juga kebiasaannya mereka akan mengadakan perbincangan antara agama. Agama kristian di wakili oleh Creig dan Sri (Indian guy) manakala agama Islam pula diwakili oleh mana-mana je orang Islam yang kebetulan ada waktu tu. Banyak juga yang mereka soal-jawab seperti isu poligami, mother nature, hukum-hakam dan macam-macam lagi. Selalunya berdiskusi begini memang menarik tapi jadi geram pada diri sendiri kalau tak reti nak terangkan pada mereka. Erm, nampak sangat aras skill dakwah kita kat mana kan? Yang saya lebih suka bila mana mereka (muslim) yang lain tidak takut untuk menerangkan sesuatu perkara tentang Islam walaupun dari luaran mungkin mereka nampak kurang dari sudut praktikal, tapi sedikit sebanyak saya rasa bangga mereka yakin dengan diri mereka untuk bercerita kepada orang luar.

BAHASA

Mengembara merentas 9 negara yang mana bahasanya sangat berbeza menyebabkan saya yang suka bahasa ni pun terasa tension nak belajar bahasa setiap kali masuk negara yang berlainan. Dalam bas, kami sudah di ajar beberapa frasa asas supaya senang bergaul. Tapi makin lama jalan, makin campur-campur terutama bila bahasa macam dekat-dekat sama. Dalam masa 15 hari kami didedahkan dengan bahasa Belanda, Swiss, Jerman, Itali dan France. Tersasul-sasul hingga lama-lama malas belajar. Haha.. Cakap Inggeris je la!

Tapi ada satu kejadian di Rom yang buat saya sangat bersyukur kerana tahu berbahasa Arab. Waktu tu kami (5 orang perempuan dan hanya dua dari jordan) tersesat gara-gara tersilap naik bas sebab ada seorang local salah tunjuk arah. Dalam bas tersebut, semua orang italy tak tahu berbahasa Inggeris. Masing-masing cuba nak tolong kami tapi payah sangat sebab diaorang hanya tahu cakap Itali sedangkan kami tak faham langsung. Memang tension dan hampir putus asa. Nasib baik ada seorang pemuda tiba-tiba turut sama tawarkan pertolongan tapi istimewanya dia hanya tahu berbahasa arab dan itali. Dan di kalangan kami, ada yang tahu bahasa arab dan inggeris.Maka, medium kami waktu cemas tersebut adalah Arab-Italy. Alhamdulillah, semuanya selesai.

BUDAYA

Ini yang saya paling suka banding-bandingkan setiap kali berjalan ke tempat orang. Perbezaan gaya hidup dan masyarakat di setiap negara yang berbeza buat saya banyak berfikir tentang diri sendiri dan juga masyarakat. Banyak yang saya pelajari dan banyak juga yang ambil buat teladan

Dalam semua tempat, tempat yang paling saya pening dan tak suka sangat datang ialah Amsterdam. Amsterdam terlampau bebas! Seks, dadah, dan pelbagai lagi budaya kuning terlampau dasyat. Siap dalam setiap kedai wajib ada ruangan baju-baju bercorak lucah dan cenderahati lucah yang terlampau jelas dan terang teruknya dipaparkan tanpa segan-silu di mana-mana. Cafe-cafe pula memang menawarkan khidmat letak dadah dalam coffee. Red Light District pula memang famous di sini. Sebuah jalan yang penuh dengan maksiat tanpa perlu risau. Ya Allah, Memang saya banned sungguh la bandar nih!



Di bandar Pisa, saya baru tahu yang bilangan anjing lebih banyak daripada bilangan baby. Kucing memang sah-sah takde kat Pisa sebab takut anjing banyak sangat. Masyarakat di sana terlampau sayangkan anjing hingga sanggup hidup dengan anjing berbanding kahwin. Aduhai.. Tapi di Pisa juga, saya berkesempatan bertemu dengan rakan blogger, Kak Nisa yang belajar di situ. Kak Nisa sempat bawa saya berkenalan dengan Kak Serena, wanita Melayu yang berkahwin dengan lelaki Itali di sana. Hanya mereka berdua warga melayu di pekan Pisa. Memang saya kagum betapa mereka dapat survive hidup keseorangan di celah warga asing sebegitu. Bukan senang tau.


Di Fussen, kami ada melawat istana tempat Mr Disney mengambil inspirasi mencipta istana animasi beliau. Rupaya King Ludwig, pemilik istana tersebut dulu hanya begitu gila berangan-angan mahu memiliki istana indah yang dikelilingi tasik, gunung dan binatang kesayangannya, angsa. Walaupun dianggap macam karut, dia berjaya membuktikan dia mampu menghasilkan istana sebegitu. Memang sangat cantik! Angan-angan yang berjaya direalisasikan!



Di Venice pula, saya boleh katakan sebagai syurga air. Jauh beza dengan Jordan. Air merata tempat. Kiri kanan depan belakang, penuh air. Ada hampir 400 jambatan yang menghubungkan jalan-jalan antara terusan di sini. Pekerjaan penduduknya pun banyak berdasarkan air. Tapi satu je tak tahan, panas sangat la cuaca kat venice! balik-balik semua garing belaka...



Di Florence, ada statue konon David (Nabi Daud) yang besar dan tinggi tapi dalam keadaan terdedah depan belakang. Aduh la hai, mencemar kehormatan sungguh. Memang kitaorang bangkang teramat la tu patung nabi Daud. Ish! Kurang sivik punya orang zaman lampau~



Rome, satu empayar yang sangat hebat dan terulung suatu masa dulu tapi sangat ketinggalan di masa sekarang. Malaysia pun maju lagi rasanya. Terbayang surah Ar-Rum. Banyak kota lama yang kami jumpa. Tapi untuk menghabiskan satu Rom dalam masa satu hari, erk.. balik terus pengsan macam kami. Ha, di sini kami sempat melawat Vatican City yang lebih terkenal sebagai Makkah Orang Kristian. Main City dia tak boleh masuk tapi Sistin Chapel yang menempatkan kubur-kubur pope dan church utama orang mereka boleh dimasuki. Di sini terlampau ramai paderi dan rahib hinggakan saya tertanya-tanya kenapa orang alim kristian menutup aurat dan penganutnya tidak?




Swiss Alp adalah bandar paling bersih pernah saya jumpa sepanjang hidup saya. Hatta longkang pun airnya macam air sungai yang sangat hijau dan jernih. Macam mana la diaorang jaga kebersihan kat sini? Teruja sangat-sangat sebab dari awal masuk sampai habis keluar, memang tiada sungai mahupun longkang yang kotor. Sangat-sangat cantik dan bersih! Tabik spring lah~



Di Paris, saya tak terduga untuk tiba-tiba terserempak dengan segerombolan muslimin yang sangat ramai di sana. Kebanyakannya berkulit hitam. Kebetulan kami memang mencari mosque of Paris. Tapi dalam perjalanan ramai sangat orang kulit hitam yang lalu searah dengan kami. Sangat pelik. Terasa macam tengok orang jalan nak pergi haji. Berbondong-bondong sangat ramai. Bila sampai masjid, sekali punyalah ramai orang mereka sampai kami tak dapat masuk dan mendekati masjid. Nampak dari jauh je. RUpanya, mereka mahu buat solat hajat untuk keselamatan mangsa nahas kapal terbang baru-baru ini. Subhanallah. Ramai rupanya orang Islam di Paris. Kami tengok dari jauh pun ala-ala macam cuak sket. Huhu.. Siapa kata orang Islam sikit dekat Paris?



Hurm.. Rasanya cukup setakat ini saya bercerita secara umum. Banyak kan? Ini baru umum, belum saya cerita yang betul-betul ikut tentatif. 15 Hari yang penuh pengalaman, cabaran dan keseronokan.

Ops lupa, sehari lepas saya balik dari Kelana Convoy punya trip, saya dan Maisarah ambil masa sehari untuk jalan-jalan keliling London sebelum bertolak balik 6 Julai tu. Alhamdulillah sempat cover banyak tempat. Paling lama terlajak masa di Madame Tussaude dan Queensways gara-gara shooping dan terserempak rakan-rakan kelana convoy yang balum balik lagi. Alamak, baru sehari tak jumpa, dah rasa rindu semacam.Bila jumpa balik, excited pulak jadinya. Huhu. Tapi 15 hari tu sangat-sangat mengeratkan kitaorang semua macam satu keluarga~ Sayang Korang! Keep in touch ya~




p/s: travel sebenar beserta gambar akan diupdate bila semua gambar dah dikumpulkan termasuk dari kawan-kawan yang belum baik tu yer. So, tunggu... ^_^
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images