Leeds II

10:38 PM 11 Comments A+ a-

Salam. Mari kita biar gambar yang bercerita hari ini ya...



Ini tempat tinggal kami di sini. Bersama kakak-kakak Leeds seramai 8 orang. Best! Terima kasih tak terhingga kepada Kak Yana,kak fariha,kak anne,kak ain,kak azian,kak syak,kak balqis, kak shahida dan kak nadiah atas kesudian menerima kami seadanya. ^_^ Hebat-hebat tau kakak-kakak kat sini. Seronok dengar diaorang bercerita.


Hari pertama kita jalan-jalan di sekitar Leed City. Best jugak di sini. Cuaca berangin. Katanya summer tapi selalu hujan. Summer sini macam winter Irbid je. huhu..





Di Leed, kebanyakan bangunan design lama di sini dikekalkan. Terasa macam tengah lalu dalam lokasi penggambaran cerita lama. Ada satu perpustakaan di sini yang bentuknya macam perpustakaan Harry Potter tau. Memang waktu jalan kami sentiasa tertoleh kiri-kanan sebab bangunan dia lawa-lawa



Satu benda yang puji di sini ialah sikap penduduk dia yang sangat menghormati pejalan kaki. Pejalan kaki mahupun pemandu sangat mematuhi peraturan jalan raya dan berhemah. Tapi kalau ada yang berani-berani nak langgar peraturan, memang bakal nak kena kutuk depan-depan la tu. Huhu.. Lagi satu, orang UK jalan sangatlah laju. Semput jugak kalau nak test meniru diaorang berjalan. Bagus.bagus.



Ini bangunan apa ntah, saya terlupa. Tapi macam bangunan menteri-menteri kalau tak silap. Ish, lupa sungguh.

-pic removed-


Ya.. sekarang kita di Leeds University. Besar university ni. Tengah pekan macam Univeristy Yarmouk juga. Jalan keliling university pun dah cukup best. Keadaan lebih kurang macam dalam Malaysia la juga. Penuh pokok! Hijau.

-pic removed-


Ini Medical School Of Leed. Tempat kakak-kakak rumah kami belajar. Besar. Tapi tak sempat masuk hospital. Best juga tapi dengarnya sangatlah mencabar ambil medical di Leeds. Gulp.

-pic removed-

Ini adalah pakcik-pakcik tugu di Army Muzium of Leeds. Sangat besar dan sangat luas. World class juga kot sebab dia punya muzium merangkumi satu dunia punya sejarah persenjataan termasuk la Tanah Melayu (walaupun dia cuma ambil senjata di Sarawak. Amendela...) Dalam ini patung,arca,gerbang semuanya serba besar-besar belaka. 5 tingkat! Penat tapi best.

-pic removed-


Ini ruang tamu contoh rumah Inggeris yang ada pameran senapang. Lawa kan? Tapi sebenarnya kami buat port rehat-rehat sebab ada sofa. Haha, sukati kami betul. Nasib baik pakcik jaga buat dono je. Hehe~



Ini taman dalam University Leeds. Ala-ala taman tasik Taiping. Boleh tahan la. Banyak sangat taman kat sini. Boleh buat tempat lepak atau merajuk membawa diri. Aceh. Nasiblah Jordan tak banyak. Kalau tak, tiap-tiap hari datang kat situ. Wa, rindunya Malaysia bila masuk taman nih..



Ok, aktiviti tamat! Waktu tengah sunset ni, jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Lama kan baru nak gelap. Kami buat aktiviti tengok sunset sambil kira kapal terbang yang lalu dekat atas kepala selama sejam sebab terkunci kat luar. Kakak-kakak tu tak perasan loceng bunyi sebab loceng tingkat atas rosak. Salah saya juga sebab ambil satu nombor je. Bila handset tu off, ternganga je la.. Sob.sob.. Takpelah pengalaman. Nasib baik ada soraang heroin menyelamatkan kami gara-gara dia punya instict kuat dan takde kerja nak turun bawah sebab bosan duduk atas. Haha~ Adoi la hai,sabar je la~ ^_^

ok. Esok kami nak balik dah! Bertolak ke London pula. Bye Leeds. Leeds sangat best! Ada masa dan rezeki nanti kami datang sana lama-lama lagi~ Thanks encik-encik murakib sekelian termasuklah sepupu saya, Hanafi yang makin pokai sebab asyik belanja kitaorang. Hehe, syukran jazilan katheeran!

** Saya tak sempat mereply komen. Nanti-nanti la ya
** Lepas ni trip kelana convoy akan bermula. Doakan kami selamat semua. Nak update blog pun mungkin tak sempat kot. Tengokla karang~
** Precaution flu kami titik beratkan jugak di sini. Seperti yang orang-orang rujukan kami beritahu, kami kena sentiasa jaga kebersihan dan berjaga-jaga. Topeng muka memang kami bawak tapi takdelah pakai selalu. Segan gak sebenarnya kita sorang je pakai. Huhu.. Selain tu, setiap kali kami sentuh sesuatu barang yang orang lain juga sentuh, kami akan pakai hygiene fluid untuk cuci tangan sebelum dan selepas. Stok hygiene kami besar gak la. Harap-harap cukup untuk sepanjang cuti ini. Yang lain-lain, kami bua sekadar termampu. Tapi mostly, tawakkaltu 'ala Allah. ^_^ INsyallah, kullu kheir. Doakan kami juga ye.

Leeds

2:50 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah sekarang saya dah selamat sampai di Leeds. Banyak yang nak saya kongsikan untuk sehari suntuk yang saya lalui sepanjang perjalanan dari Jordan hingga ke Leeds.

Dari Amman, kami transi di Turki sebelum berangkat ke London. Sangka kami menaiki kapal terbang lebih mudah dari menggunakan jalan darat, tapi rupanya kami sediki tersasar. Di Turki, sesiapa yang ingin ke London akan diasingkan dan diberikan sesi sekuriti khas yang mana soalannya sangat spesifik dan memerlukan banyak bukti seperti kertas tiket, pasport, kad pelajar. Alhamdulillah tak banyak masalah walaupun agak cuak pada mulanya memandangkan kami hanya berdua sepanjang perjalanan. Siap dia geledah balik segala info tentang cop-cop visa yang ada pada pasport kami. Nasib baik pakcik guard tu mesra alam dan rajin melayan kami yang tetiba rajin menyoal dia balik macam-macam tentang sekuriti lepas kami disoal. Begitu juga di London. Terpaksa bajet muka confiden walaupun dalam hati berdebar teramat.

Sebelum ini, perancangan awal kami mengalami sedikit perubahan bila mana sepupu yang saya minta tunggu di lapangan terbang tidak dapat datang sebab ada hal. Jadi dia sudah siapkan segala peta, arahan dan segala data serta tike untuk terus ke Leeds bila sampai ke London. Saya memang berserah sepenuhnya kepada Allah memandangkan kami berdua baru pertama kali ke sini. Sepupu saya memberi jaminan insyallah kami akan selamat memandangkan pengangkutan di sini sangat efesien tetapi dia juga sempat memberi amaran supaya jangan terlewat sebab di UK segalanya serba skema dan terlampau menepati masa.

Kapal terbang yang delay dekat setengah jam buat saya berdebar-debar takut tak sempat mengejar bas. Apatah lagi dengan lokasi yang serba asing, saya dan kawan ak henti-henti berdoa semoga dipermudahkan cari tempat bas dan urusan lekas selesai. Alhamdulillah benar seperti yang telah kawan-kawan di Jordan pesan, doa keika musafir sangat mustajab. Kami sering kali terselamat dan dipermudahkan dengan bantuan warga tempatan yang banyak membantu dan gerak hati yang berserah kepada allah.

Cumanya memang kami sangat menarik nafas lega bila sempat tiba ke perhentian bas beberapa minit sebelum masa yang ditetapkan dalam tiket bas. Bayangkanlah tiket pukul 3.15 petang bukan bermaksud bas datang dan menunggu semua naik waktu itu. Tapi bas datang lima minit awal, dan terus bertolak tepat jam 3.16 petang! Sangat tepat! Kesemua bas yang saya naiki hari ini semuanya begitu. Memang cuak. Dah terbiasa terdatang lambat di Jordan, saya rasa sepanjang cuti di sini kali ini boleh membawa saya kembali ke pangkal jalan dalam menepati masa. Insyaallah.

Di london, sejurus tiba kami sempat berkenalan dengan beberapa orang teman baru. Pertamanya seorang makcik Inggeris pelancong yang ramah bertanyakan kami adakah kami menutup seluruh tubuh untuk menghangatkan badan dalam keadaan sejuk di sini. Tersenyum kami mendengarnya. Barangkali dia terasa sesal berbaju dedah dalam waktu berangin macam sekarang agaknya. Huhu. Kemudian, sementelah kami menunggu waktu berolak ke Leed kami pergi ke Victoria Sation untuk makan-makan tetapi malangnya hasrat tergendala sebab teringat ini bukan Jordan yang semuanya halal. Mesej yang diberikan pada sepupu lambat terbalas, lalu kami hanya duduk dan melihat orang yang lalu lalang di sana. Allah, laparnya. Nak kena makan sebab nanti nak ke Leed dekat 5 jam dalam bas. Dengan takdir allah, tiba-iba kami bertemu dengan tiga pelajar malaysia yang bertudung di situ. Lega tak terkira. Terus kami berkenalan dan bertanyakan beberapa soalan yang kami rasa perlu di situ seperti makanan, solat, kemudahan dan sebagainya. Alhamdulillah. dengan pertolongan mereka kami dapat berehat dengan selesa.

Sampai di Leed, semua kerisauan dah hilang bila sepupu datang menjemput. Dia yang uruskan semua sekali termasuklah penginapan kami di sini. Hari ini kami menginap di rumah kakak-kakak perubatan tahun empat di Leed. Ada tujuh orang serumah. Meriah sungguh makan beramai-ramai dengan mereka. Sambil berkenalan, kami bertukar-tukar cerita dan rancangan untuk hari seterusnya.

Dalam perbincangan tadi, yang paling terkesan di hati saya ialah betapa manusia selalu mahukan benda yang tidak ada padanya. Contoh, kami datang ke sini sebab tertarik dengan cerita dan keindahan UK yang kami dengar. Kakak-kakak itu pula sangat-sangat tertarik ke JOrdan atas dasar sejarahnya yang sangat hebat dan berkait rapat dengan kita orang Islam. Malu saya seketika. Betapa saya tiba-iba tersedar betapa betapa besar nikmat Allah beri pada saya untuk berada dekat dengan sejarah Islam tapi saya selalu memandang enteng perkara tersebut. Tiba-tiba terasa rindu pada JOrdan!

Erm, di sini maghrib dan Isyak susah dibezakan hingga mereka setiap hari selepas jamak dua waktu tersebut. Waktu mahgrib dan isyak sangat rapat. Malahan ketika masuk waktu, langit masih cerah. Saya terpinga-pinga juga sekejap. Pening. Ini pun katanya subuh nanti pukul 1.30 pagi. Erk..

Esok insyallah sepupu saya akan bawa berjalan sekitar Leed. Berkemungkinan juga kami akan mengikut kakak-kakak disini ke Manchester untuk program pelajar melayu di sana. Tak sabar nak pergi!

Baiklah saya berhenti sini dahulu. Ada masa nanti saya update lain kalau jumpa internet lagi. Assalamualaikum!

Menuju mimpi

9:28 AM 7 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Baiklah, sekarang saya akan beritahu apa rancangan cuti saya yang saya katakan sebelum ini.

Insyallah, saya dan beberapa rakan akan pergi melancong ke Eropah untuk cuti kali ini.

Dari dulu memang saya mengimpikan untuk pergi ke benua eropah. Sebabnya saya selalu sangat mendengar banyak cerita menarik di sana daripada keluarga mahupun teman-teman yang telah ke sana sebelum ini.

Ingat lagi tentang entry saya mengenani doktor yang lebih menyarankan kami ke tempat lain? Tak mengapa lah, bagi saya eropah mungkin ada kelebihannya juga di sisi Allah. Saya pergi bukan sekadar untuk bersuka-ria. Tapi saya mahu menambah pengalaman dan belajar sesuatu di sana. Kan mengembara dan melihat dunia juga satu cabang mendekatkan diri kepada tuhan kita?

Saya ambil peluang ini untuk berjalan dan menambah pengalaman melihat bumi Allah selain daripada turut menziarahi sepupu saya yang berada di sana. Sayang beberapa kenalan di sana sama ada kawan sekolah atau kawan blogger kebanyakannya telah pulang bercuti ke Malaysia. Hanya tinggal seorang dua yang masih di situ. Insyallah kalau ada rezeki kami akan berjumpa nanti. ^_^

Kebetulan cuti kami kali ini ngam-ngam dengan masa yang diperuntukan oleh kelana convoy dalam aktiviti mereka tahun ini. Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu, dapat juga kami peluang. Tambahan juga pakej kali ini bakal membawa kami mengelilingi seluruh eropah, dalam 8 hingga 9 buah negara dengan bayaran yang agak murah daripada pergi secara sendirian. Sebab itu kami beria-ia mahu mengikut rombongan kali ini.

Tak disangkal juga yang kami sebenarnya bimbang dengan wabak swine flu di sana. Tapi insyallah, kami akan cuba sedaya upaya untuk mengambvil langkah berjaga-jaga yang telah disarankan oleh beberapa pihak yang telah kami jadikan rujukan.

Percutian kali ini akan mengambil masa dalam lebih kurang dua atau tiga minggu. Cukup-cukup sepenuhnya cuti semester kami.

Malam ini kami akan bertolak ke London dengan Turkish Airlines.

Doakan kami selamat pergi dan pulang dengan baik. Semoga perjalanan kali ini memberikan sesuatu yang bermakna buat kami semua. Insyallah nanti pulang, saya akan kongsikan sedikit sebanyak yang saya perolehi.

Jumpa lagi~

Senarai mula cuti sem 2 2009

1:55 PM 7 Comments A+ a-

Salam

Alhamdulillah peperiksaan akhir semester dua sudah pun tamat. Lega tak terkira lepas penat menghitung hari nak tunggu musim cuti. Harapnya semua keputusan kali ini memuaskan atau lebih baik dari sebelumnya. Takut juga nak tunggu keputusan secara online nanti. Berdebar-debar nak buka komputer. Huhu..

Baiklah, maka dengan ini secara rasminya pelajar perubatan tahun dua JUST sudah tamat semester dua dengan jayanya. Kami ada dua minggu untuk bergembira sebelum sambung kelas balik semester musim panas bulan depan.

Sob.sob.Sob.

Ramai kawan-kawan di negara lain dah balik bersuka-ria di Malaysia. Ada juga rakan di sini yang balik Malaysia tapi saya tak balik rasanya. Sebabnya cuti singkat sangat, lagipun bulan sembilan ni nak balik raya lagi. So, kita tahan dulu lah! Hehe.. Selamat balik Malaysia kawan-kawan! Kirim salam pada pokok-pokok Malaysia, pantai-pantai Malaysia, hujan Malaysia dan segala syurga makanan dan minuman di Malaysia! Wuuu, rindunya nak balik.. ಡ_ಡ

Cuti ini saya ada rancangan sendiri. Alhamdulillah selepas banyak dugaan dan cabaran yang melanda, kami masih dapat peluang untuk meneruskan rancangan. Lega tak terkira. Syukur alhamdulillah. Semoga semuanya kekal lancar hingga ke akhir rancangan. Doakan ya! Esok, saya beritahu apa rancangan saya~ ٩(●̮̮̃●̃)۶

Memandangkan saya ada lagi masa sehari setengah untuk bersiap, memang jadi sangat sibuk la sekarang. Banyak sangat benda saya nak kena siapkan. Nanti saya nak buat list di bawah nanti untuk ingatan diri sendiri dan laporan pada keluarga di Malaysia.

Oh ya, tadi saya sempat ziarah Kak Nabilah Huda. Dia dah balik JOrdan dah dua minggu lepas. Alhamdulillah dah makin okay. Seronok sangat jumpa kak Nabilah tadi. Banyak sungguh benda dia cerita pasal penyakit dia. Tapi dalam erti kata lain, terasa macam kami review balik jawapan soalan exam pagi tadi je sebab sama je penyakit dia dengan benda yang kami belajar. Hehehe. Moga kak Nabilah sentiasa sihat selalu.

Baiklah, malas nak tulis panjang-panjang. Kita senaraikan je la terus ye!

1. Kemas buku, kertas nota dan bilik - Woho, bilik sudah jadi macam stor kertas. Bertimbun-timbun! Lepas ni boleh masuk kotak dah semua kertas-kertas nota semester dua. Leganya~

2. Balas email kawan - Aha, dah sebulan tinggal aktiviti balas-balas email. Bertimbun gak nih. Penatnya! Tak ada ke mesin yang bila saya cakap, dia tulis balik? Malasnya. Tapi kalau nak biar, sampai bulan depan takkan siap, lagilah penat nanti. ๏̯๏

3. Kemas kini Projek Mnemonic Medik GKLN - Sepatutnya tarikh tutup bulan Jun. Saya rasa macam dah tiada siapa nak hantar dah kot ya? Saya nak submit teruslah esok. Senang karang orang sana tak tertunggu-tunggu. Ha, siapa yang rasa macam dia nak hantar lagi, hantar je lah. Tapi baik hantar pada penyelenggara lain kalau saya tak ada, takut terlepas lepas ni. Terima kasih ya semua!

4. Cari artikel - Ini seperti biasa. Kegiatan utama adik tersayang di Malaysia bila dia dah tersepit, masa nak buat kerja tak cukup. Jalan penyelesaian utama ialah minta tolong kepada kakak yang penyayang di Jordan. Ada budak nak kena ceramah bulan sembilan nih. Siaplah kau! Kak Ina tuntut sepuluh ringgit satu artikel ya~ Suka sangat buat kolaborasi Malaysia-JOrdan. Report kat lecturer baru tahu!

5. Bersiap barang - Ini untuk rancangan esok. Dah lama tak jadi suri rumah tanpa tangga secara penuh. Nak menjahit, mengemas, membasuh, mengubah dan segala banyak me- yang lain. Mari bergotong -royong kawan-kawan! Kita ambil angin baru untuk semester baru. Wihi~~~

6. Apa lagi? Alamak lupa. Nantilah list lain.

Oh ya, tadi saya berjaya membatalkan tiket Royal Jordanian (RJ) ke Malaysia tahun ini. Saya tukar dengan Gulf pula sebab harganya jauh berbeza, RJ waktu bulan satu dulu JD608. Tapi GULF Air bulan ini dapat JD475. wa, bersinar-sinar mata nampak duit yang boleh dijimatkan. Alhamdulillah, berjaya~ Selamat Tinggal Thailand. Tahun ni kita tak jadi transit sana. Pergi Bahrain dulu lah ya. Pengajaran hari ini : Jangan kalut beli tiket kapal terbang awal-awal!

Erm, yang tak bestnya hari ni tadi waktu tengah pergi beli baju kat pekan, pakcik kedai tu offer air coca-cola. Allah, serba-salah betul nak terima. Dah la dia kasi tembikai, kasi air, kasi macam-macam untuk memuliakan pelanggan dia tambah-tambah kami je yang datang wkatu tu time dia makan (nasibla langkah kanan kan? hehe). Dah berkurun lama tak minum coca-cola kat Irbid. Tengah berjuang nak memboikot demi Palestin la sebabnya. Sebelum ni memang sanggup cari air cola jenama arab kalau teringin nak minum coke, tapi tadi nak buang tak sampai hati. Nak tolak, dia asyik hulur je. Ish, last2 bantai ijtihad sendiri 'terpaksa', terus telan sekali teguk. Nak kasitau tengah boikot, tapi orang sini susah sikit bab terima alasan boikot sebab coke tu dah jadi macam darah daging diaorang kecuali untuk yang betul-betul kuat nak boikot gak. Aduh.. Semacam je rasanya tadi. Spoil la pakcik nih~ Alasan bagi nak kasi kalau jadi lagi ek? Erm...

oklah, Akhir kalam, saya mahu mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan-pasangan pengantin JOrdan yang telah, sedang dan akan menikah bulan ini di Malaysia dan juga yang sedang buat kenduri di sana. Siapa ya? Kak Lyn, Kak Zai & Senior Amir, Senior Atiq. Lagi dua orang kaka, saya tak pasti bila? Kalau bulan ni jugak, selamat pengantin baru juga pada kakak-kakak sekelian!

Ha... Yang paling utama, buat bayi JUST pertama di Irbid yang bakal keluar minggu depan, insya-Allah, selamat datang ke dunia! Kepada ibu bayi, Kak Asma, Ainul doakan semoga semua selamat nanti. Kullu kheir insyallah. Tak sabar tak jumpa lepas cuti. Jaga diri baik-baik ye akak!

ok. jumpa esok!

assalamualaikum~

Saya nak jadi macam dia boleh ?

12:27 PM 6 Comments A+ a-

-pic removed-

salam

1989 ( baru lahir ) -
............................................................................

1994 ( 5 tahun ) -
" Besar nanti Ina nak tinggi macam abah, biar senang nak ambil mainan yang abah suka sorok atas almari "

1999 ( 10 tahun ) -
" Besar nanti Ina nak pandai banyak benda macam abah, biar besar nanti senang tahu macam-macam semua benda.

2004 ( 15 tahun ) -
" Habis SPM nanti Ina mesti pergi luar negara macam abah, biar ada cerita dan gambar best macam yang abah ada "

2009 ( 20 tahun ) -
" Balik Malaysia nanti Ina mesti kena pandai masak makanan Arab, biar boleh perasan dah sama terer masak makanan bukan Malaysia macam abah "

Saya rasa saya.... tapi.... :

Saya gila buku ---> Itu abah saya punya tabiat
Saya peramah dengan semua ----> Itu cara abah saya bermasyarakat
Saya takut nak hampakan orang ----> Itu abah saya yang suka buat
Saya susah nak langgar peraturan ---> Itu rotan abah saya punya berkat
Saya suka tulis blog ---> erm, yang ni takde tapi, ni saya punya mutasi sendiri!

Pendek kata dah dekat dua dekad saya berangan-angan mahu macam-macam macam abah saya. Tapi rasanya sampai sekarang walaupun saya dah tinggi macam abah saya, saya dah ada kelebihan sendiri macam abah saya, saya dah ke luar negeri macam abah saya, dan saya dah boleh masak secara betul macam abah saya tapi saya tetap tak rasa saya sepenuhnya macam dia.

Sehebat mana pun saya, saya tak dapat kalahkan abah saya.
Sebanyak mana pun saya tiru dia, saya tak dapat berlagak sebagai abah saya.
Setinggi mana pun saya berada, saya tak dapat berada lebih atas dari abah saya.

Mungkin sampai bila-bila pun, saya tetap anak perempuan kecil yang abah saya jaga.

Saya tak kisah ada ayah orang yang lebih hebat dari abah saya,
Saya tak hairan ada ayah orang yang lebih kaya dari abah saya,
Saya tak peduli ada ayah orang yang lebih bagus dari abah saya,
Yang saya tahu saya puas abah saya adalah abah saya.

Abah,

Ini ada sajak orang Inggeris sikit untuk abah,

Too big to sit upon your knee,
Too old to have you read to me,
Too far from you, too many miles
Too many days without your smiles.
So much to do, but had to say,
*I love you! Happy Father's Day!*

(Poem courtesy of Donna's Holiday Sentiments Copyright ©1998 - 2005 Donna G Sheehan - All Rights Reserved)

Minta maaf kalau anak ini mengada selalu mintak pendapat,
Sebab dia masih tak berapa pandai timbang ilusi atau hakikat.
Minta maaf kalau anak ini mengada selalu melawan cakap,
Sebab dia memang bab-bab tengok ke depan payah nak cekap.
Minta maaf kalau anak ini mengada selalu merengek takut dan penat,
Sebab dia tahu nasihat abah dia yang selalu buat dia jadi kuat.
Minta maaf kalau anak ini mengada selalu malas nak jadi dewasa,
Sebab dia rasa belum puas nak lepas pegang tangan abah yang selamat lagi sasa.

Ini ada satu lagu khas dedikasi untuk abah di Malaysia - Engkaulah Heroku ~

Sekian

Salam sayang dari anakmu di Jordan,

Ainul Arina Madhiah

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Promosi cerita bersempena Hari Bapa (tengok lepas peperiksaan ya!) :
1. Taken
2. Finding Nemo
3. Lion King
4. I Am Sam
5. John Q
6. Banyak lagi tapi tak teringat... siapa ada senarai lain boleh listkan sekali ya.

** pesanan penaja: Jangan buat rekod tak pernah ucap sayang pada bapa ya kawan-kawan!

** permintaan : Kami ada peperiksaan terakhir 15 Jun ini. Doakan kami berjaya~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mereka sudah, Kita bila?

7:40 AM 2 Comments A+ a-

Salam

14 April - Sharon Chua Sook Teng maut dalam kemalangan jalan raya di Melbourne

26 May - Nublan Zaki NorHadi maut di Pens State ketika berkelah bersama rakannya.

11 Jun - Ammar Zulkifli maut di Mesir dalam kemalangan jalan raya ketika pulang bersama rakannya.

Satu demi satu..

Setiap bulan tahun ini..

Kalau diperhatikan, buat saya kecut perut memikirkan nasib diri sendiri.

Apa persamaan mereka?

Ke luar negara sebagai pelajar ( Pergi dengan harapan mahu pulang dengan kejayaan)~

Tapi akhirnya kembali ke Malaysia hanya sebagai tubuh kaku~

Pergi tanpa sempat bertemu keluarga yang dirindui~

Tak disangka, susah nak dipercayai tapi itulah takdir mereka~

Lagi berita terkini :

1 Jun - Pesawat Air France hilang di tengah-tengah laluan dipercayai tenggelam ke dasar laut akibat ribut.

9 Jun - Imam dan makmum seramai 12 orang meninggal ditembak ketika solat Isyak di Narathiwat Thailand

Ini ada sedikit doa-doa yang boleh diamalkan untuk mendapat pengakhiran yang baik. Kredit kepada blog ini atas sumbangannya.Semoga kita sama-sama dapat amalkan untuk kebaikan bersama.

ھَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِینَ
"Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam
golongan orang-orang yang saleh” (Q.S. Asy-Sy’araa: 83)

اللھم اجعل خیر عمري أخره و خیر عملي خواتیمھ و خیر أیامي یوم لقائك
“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku
pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku
bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)” (H.R. Ibnus Sunny)

اللھم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علینا بسوء الخاتمة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan
jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang
buruk)”

-Al-fatihah untuk arwah-

-Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat husnul-khotimah-

Teka-teki pukul satu

2:32 PM 9 Comments A+ a-

Pernah dengar satu teka-teki ?

Dalam banyak-banyak pokok,
Pokok apa paling berani?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pokok Pisang !!! Sebab ---> Jantung dia kat luar~



** Tapi bila difikir-fikir balik, macam tak kukuh je alasan tu. Apa kes dinamakan berani kalau jantung kat luar? Siapa punya karya asal ni ha? Saya tuntut diperbetulkan fakta dengan penjelasan hujah yang lebih mantap.

Kenapa saya cakap pasal jantung pisang?

Sebab tiba-tiba di malam hening pukul 1 pagi ni saya tengah membaca tentang Jantung manusia. Tapi kan entah sebab apa bila baca jantung, saya tak fikir jantung orang, tapi saya terfikir jantung pisang. Aduh, sedapnya kalau makan jantung pisang cicah sambal belacan.

Fenomena apakah ini ? -->
Tak boleh fokus belajar. Pre+post exam syndrome. Lapar tengah malam. Rindu Malaysia.

Alahai, exam lagi dua hari ni. 08 June sudah pergi dengan ruangan masa yang banyak dibazirkan melayan perasaan tak tentu hala. Exam 11hb yong! Kacau. Mayday! Mayday!

Perlukah saya menelefon orang Malaysia buat kesekelian kalinya untuk minggu ini? Rasanya macam perlu. Kopak pun kopak lah.. Janji lega~

Ya Allah ya tuhanku, bantulah hamba-Mu yang tengah kronik ini...

Perhatian kepada segala jenis masalah picisan dan penyumbangnya, sila ambil nombor dan tunggu di ruangan menunggu. Doktor tengah sibuk nak selamatkan diri sendiri di bilik bedah buku. Insyallah anda akan dihubungi sejurus selepas semua hal-hal exam selesai yakni 15hb June ini. Sila tinggalkan pesan sejurus selepas bunyi beep dan entry ini di-post....

BEEEEEEEEEEPPPPP....

Untuk menyelamatkan sesiapa yang kot-kot bakal tersumpah-seranah dek entry tak bermanfaat ini, mari kita rujuk sebentar khasiat pisang. Semoga ada sedikit-sebanyak ada ilmu diperoleh.

p/s: teka-teki baru:

Dalam banyak-banyak pisang,
Pisang mana paling manis?

---> Pisang Malaysia!
Sebab: Suka hati la. Fakta + pengalaman membuktikan pisang malaysia lagi manis dari pisang Jordan. Jenis yang wujud di JOrdan adalah tidak diketahui memandangkan saya sudah hilang skill membezakan pisang kecuali pisang tanduk yang sangat besar dan pisang emas yang sangat kecil. Itupun dah lama tak jumpa. Yang jenis lain, pergi tanya mak!

~ BACK TO THE BOOK ~

Nak ke mana nanti?

2:20 PM 8 Comments A+ a-



Lepas exam tadi, sembang-sembang dengan seorang doktor di Markas Sihhi.

Doktor : Cuti lepas exam nanti kamu nak ke mana?

Kami: Bercuti. Kami mungkin ke Turki, Syria, Lubnan, Eropah atau balik Malaysia.

Doktor : Eropah? Kalau eropah, tak payah lah ke sana..

Kami : Kenapa? Sebab Swine flu ke?

Doktor : Itu negara yahudi. Baik kamu pergi melawat negara Islam.

Kami : *Berpandangan sesama sendiri *


Dalam hati masing-masing sebenarnya banyak je kata-kata nak menjawab doktor tadi :

1. Semua negara kat bumi ni kan milik Allah juga

2. Tak ada rezeki lagi ke negara lain sebab tak fit masa, tempat dan sebagainya.

3. Tak nak la balik Malaysia sekarang, nanti nak balik lagi bulan sembilan.

4. Bukan ke kalau ada je komuniti Islam di sesebuah tempat tu, ia tetap dikira negara orang Islam?

5. Waktu musim panas takkan nak pergi negara arab! *pengsan*

6. Nak pergi umrah tapi tak lepas nak buat macam mana.. T_T

7. Erm, Malaysia negara Islam kan? Saya balik rumah..

8. Melancong perlu mengikut kemampuan dan rancangan yang teliti.

tapi masing-masing tak terjawab sebab malas pula nak panjang-panjangkan. Terima je lah. Lagipun pendapat masing-masing tentang Eropah mungkin berbeza. Dan juga belum tentu lagi di mana rezeki kami nanti. Kita tunggu dan lihat je lah dulu.

*saya nak pergi mana satu ek? malaysia ke turki ke syria ke eropah ke lubnan ke negara lain? Ke nak stay irbid jer? hurm..*

** Plan-plan jugak, exam jangan lupa ye kawan-kawan. Kasi cemerlang dulu baru boleh fikir nak berjalan-jalan.

** Alhamdulillah final RS dah habis. Tawakkaltu 'ala Allah je la nak tunggu result nanti. Lepas ni 11hb final CVS pula. Ada lagi tiga hari nak memecut. Doakan ye!

** Dapat berita dari Malaysia ada sepupu lagi yang baru kawin. Ok, pergila kawin semua orang. Malas dah nak bising tak dapat join. Redha je la. Makin ramai kawin, makin pening jadinya sebab semua pengantin mintak hadiah dari Jordan. Banyak cantik korang, kawin tak nak tunggu tapi hadiah Jordan nak tuntut. Apa da.. Oh ya, bilangan bayi baru dalam keluarga semakin bertambah sebulan dua ini. Yipee!

** Tadi malam buat gotong-royong rumah kemas balik semua benda dan renovate susunan memandangkan tuan rumah tetiba bermurah hati serahkan segala sofa dan meja makan keluarga yang gedabak-gedabak ke rumah kami sebab rumah dia beli yang baru.Terima kasih. Tetiba rasa nak raya esok!

Saeng-il Chukha Hamnida

12:32 AM 9 Comments A+ a-



Salam

Entry ringkas yang ke-200..

Selamat Hari Lahir kepada :

1. Adik tersayang Amira Amalina

2. Tok Wan yang dikasihi

3. Wani (sepupu)

4. Wan Fathiyyah Wan Ibrahim

5. Yang Dipertua Agong Malaysia ( tahun ni sama lagi ke ha? )

6. Dan mana-mana kawan-kawan yang sama waktu birthday dengan mereka~


Semoga panjang umur, murah rezeki dan terus berjaya di dunia dan di akhirat dan berada di bawah lembayung rahmat Allah selalu

** p/s: selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-13 juga untuk bro fisol dan kak mai!

********************************************************************************

Glosari :

1. Saeng-il Chukha Hamnida ( 생일축하합니다 ) = Happy BIrthday to you in Korean

2. Eid Sa'id Milad ( عيد ميلاد سعيد ) = Happy BIrthday to you in Arabic --> better sanah helwa lagi kot *kredit to tiqah*


*********************************************************************************
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *