Alhamdulillah



Salam

Alhamdulillah banyak sangat benda-benda bagus yang jadi hari ni. Tak tahu nak cakap selain dari setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. Harapnya semua ni boleh jadi pemangkin semangat untuk bertambah yakin dengan pertolongan Allah dalam setiap keadaan walaupun sesukar mana sesuatu benda berlaku.

* Hari ni hari daftar subjek untuk batch MEJ7 bagi summer semester 2009 yang wajib tu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pertama kali dalam sejarah diri jadi warga JUST masuk tepat pada waktunya sebab dulu asyik terlajak masuk awal sampai kena denda tak boleh masuk web 5 minit. Rebut subjek pun semua senang. Lega jugaklah walaupun time tengah tasjil tu terasa sedikit kesedihan sebab kawan-kawan di seantero dunia sudah mula bilang jari nak balik Malaysia, kita kat sini masih kena sambung kelas lagi. ( eh, sila puas hati ok kerana dapat jordan yang unik )

Immunology (Section 1)
Public Health (Section 1)
Food Preservation (Section 1) - Subjek Tambahan

Ini subjek untuk summer semester ni. Dalam masa sebulan kena habiskan semua 9 jam kredit. Hari-hari ada kelas. Garinglah gamaknya tahun ni nak survive summer sem dalam bulan puasa di musim panas yang terluar biasa panas tahun nih. ( eh, sila puas hati ok kerana ada lagi negara lagi panas dari jordan )

* Hari ni dapat berita semua senior tahun 6 JUST dah selamat pass exam sekaligus ditabalkan telah pun bergraduasi secara tak rasmi dari dunia pelajar. Tahniah..! Tahniah..! Alhamdulillah.. Selamat terus maju jaya kepada akak-akak dan abang-abang yang telah berjaya. Kejayaan korang buat kitaorang yang masih kecik-kecik ini terasa sangat semangat balik nak berjaya jugak. ( 3 tahun, satu sem 3 paper final dan sepaper midterm lagi untuk saya sampai ke tahap itu. Ya Allah, bantulah hamba-Mu mencapai kejayaan yang serupa. Aminn...)

* Lepas habis exam ni kami ada cuti seminggu dua sebelum mula kelas. Dulu dah rancang banyak-banyak, sekali semua terberhenti gara-gara MSD buat arahan tak bagi keluar Jordan sebab Swine Flu. Kecoh Seirbid! Aduh, apa nak buat dua minggu kat sini? Tapi alhamdulillah hari ni dah dapat berita arahan tersebut ditarik balik. Yeay!! Alhamdulillah, selamat plan kami. Kelam kabut juga tadi mengemaskini balik segala yang perlu dan mengupdate rancangan. Lega..

* Masuk hari ini sudah hari yang entah keberapa saya puasa di rumah. Puasa ganti yang bertimbun-timbun sebab sakit waktu Ramadhan lepas tak terbayar lagi. Kenapa entah tak terbuat sewaktu musim sejuk dulu? Bahana aura hibernasi dan mengumpul tenaga barangkali. Sekarang dah masuk summer, lagilah haru. Nak puasa waktu kelas? Aduh, boleh longlai kat luar tu kena jemur. Nasib baik sekarang dapat dua minggu duduk rumah study leave. Apa lagi, sakan puasa la jawabnya. Alhamdulillah, dipermudahkan..

Banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah sekadar mencoret yang ini. Malam pun dah lewat. Tadi baru usai menghadam Patho dua sistem yang lepas. Nak termuntah rasa. (ish, jangann.. tahan sampai depan komputer nanti muntahlah puas-puas). Exam mid-term RS ada lagi lima hari. Sangat kecut perut. Banyak lagi yang perlu ditengok balik dan diteliti sebelum boleh melangkah ke sana. Ada target markah yang perlu dicapai supaya kami lancar ke depan.

Takut.Cuak.Gelisah. Semua perasaan ada. Tambahan ini exam final pertama dalam silibus bercorak sistem kami. Bimbang-bimbang sudah usaha setinggi boleh tapi hasilnya tidak seberapa. Tapi bila berfikir dalam tenang, alhamdulillah sangat kita ada Allah. Untungnya kita ada yang disebut tawakkal. Itu kemuncak segala penyerahan. Biar kita usaha hingga ke akhirnya. Yang lain serahkan pada Allah. Moga dipermudahkan dan diberi khabar gembira seperti mana yang telah saya hadapi setelah beberapa masalah yang datang kebelakangan ini. Moto saya sejak dahulu: PUT YOUR TRUST IN ALLAH.

Doakan kami ya semua. Semoga saya dan rakan-rakan dipermudahkan urusan dan diberi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Moga-moga ada antara kalian yang makbul doanya di sisi Allah. Amin ya rabbal 'alamin. Bitaufiq juga kepada semua kawan-kawan di mana-mana yang tengah ber'buru' juga. Semoga kita pulang dengan hasil buruan yang tinggi dan memuaskan. (^_^)

Owh, ini jadual exam kami.

6 June - Midterm RS
7 June - Final RS
11 June - Final CVS
15 June - Final HLS

Jumpa lagi selepas hiatus seperti biasa...

Not Made In Jordan

Salam.

Tadi tengah kemas buku-buku dan barang-barang, tetiba ternampak satu cebisan kertas tulis " made in china". Teringat pula satu kejadian hari tu..




Sepupu : Arina, belikan aku jubah Jordan satu, boleh?

Saya : Jubah Jordan tu macam mana?

Sepupu : Mana la orang tau. Tapi kan, kat sini kawan-kawan punya jubah ada dari arab saudi, yaman, sudan. Semua lain-lain punya pesen. Hang belikanlah satu yang dari kat sana. Nak pakai time gi masjid nih.

Saya : Tengok la nanti kalau Ina jumpa, Ina beli.

Sepupu : Okay, belikan yang tebal-tebal sikit tau. Yang berkualiti sikit. Sini sejuk. Mahal pun takpa, nanti bayar balik.

Saya : Ok, bos!


Bila pergi kedai jual jubah...

Saya : Pakcik, kasi saya jubah lelaki satu. Yang untuk musim sejuk punya.

Pakcik kedai : Nah, yang ini elok untuk kau ambil.

Saya : Yang ni yang terbaik ke pakcik? Kalau ada yang lagi bagus, kasi yang itu lah. Mahal pun takpelah pakcik, saudara saya nak.

Pakcik kedai : Baik. Ha, yang ini paling bagus antara semua. Buatan arab saudi. Yang tadi tu turki punya barang.

Saya : Buatan jordan punya takde ke pakcik?

Pakcik Kedai : Buatan Jordan semua tak bagus. Kalau kau nak yang berkualiti, ambil yang arab saudi punya atau turki. Memang barang mereka bagus.

Saya : Erk, ok la kalau macam tu. (Sori la abang, Jubah Jordan disahkan tidak bagus oleh orang jordan sendiri.. Nasibla..)

Masuk pula kedai cenderahati...

Kawan : Nak beli apa untuk diaorang ni?

Saya : Ambil je la apa-apa yang berlambang kejordanan sikit.

Kawan : Aku amik ni la yer. Eh, try tengokkan jap made from mana?

Saya : (sambil belek-belek) Erm, from china.

Kawan: Ish, takde ke yang made from Jordan? Boleh buang tak sign form china tu?

Saya : Ada je tapi satu dalam seratus la kalau nak yang barangan berkualiti. Kalau yang cenderahati ni aku rasa mostly made from china. Jordan terer bab barangan kayu kayan je rasanya. Yang lain aku tak jumpa sangat.

Kawan : Tak paham aku aih dengan diaorang nih. Kenapa la tak cuba buka industry sendiri..

Saya : Ntah. Buat-buat faham je la paham.

(bila la korang nak maju kalau asyik bergantung macam ni je.. Kepada Rakyat Malaysia, silalah hargai barangan tempatan yang dijamin kualitinya.. )

Amazing Blog award for you ~



1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

Erm, memandangkan award ini datang dari dua orang ( Nana + Saadah ), saya gabung je la yer!

Saadah
1. Konon mula kenal sejak sekolah rendah, rupa-rupanya banyak sangat kaitan dengan dia sejak kecik. Pengasuh saya adalah jiran saya dan mak dia adalah kawan mak saya juga! Apa lagi kaitan kita ek saadah? Hehe..
2. Sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan di Malaysia *jelesnya!*
3. Hafizah terkemuka sejak skolah rendah sampai ke sekolah menengah. Masuk kebangsaan tiap-tiap tahun. Hebat sungguh! Kat kolej masuk lagi ke tak ek?
4. Kami pernah dicop sebagai kembar seiras!
5. Subjek utama dalam nak ajak teman pergi mana-mana sewaktu cuti.

Nana
1. Sangat pandai math dan bio time skolah dulu. *Tercabar ooo..*
2. Funny and adorable. Suka sangat geng dengan adilah buat lawak spontan
3. Pelajar terbaik SMKANT waktu dapat result. Kankankan? hehe..
4. Bajet pemalas tapi rajin je sebenarnya.
5. A good friend to be with! ^_^

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

--> Fakta tentang saya SEKARANG a.k.a saat entry ditulis.

1. Dalam study leave untuk exam ni, terasa diri agak rajin study. Tapi bila tengok kawan-kawan lain punya cara tengah study, gulp. Okeh, masuk di tahap kurang rajin. Bila lah nak jadi macam kawan-kawanku yang super hebat semua tu..

2. Masih teringat-teringat diskusi petang tadi tentang orang yang "the greatest angle personality" sewaktu sekolah boleh transform jadi seseorang yang "so annoying and so-tak-faham-bahasa-punya-budak-bila-orang-tegur". Ya Allah, kembalikankah mereka kepada mereka yang asal. Aminn...

3. Sedang tranform jadi kelawar sebab malam terlampau pendek waktu nak masuk summer.( tempoh masa dari magrib hingga subuh hanya sekitar 7 atau 8 jam sahaja! )

4. Sedang konpius kenapa penyakit tentang respiratory system sangat banyak dan sipi-sipi sama.

5. Tergamam sebab tetiba berlonggok-longgok email penpal datang dua tiga hari ni. (time orang lapang takmau datang. Ish.)Maka,balasan copy paste untuk semua " i'm in exam.Sorry. See you later! "

6. Setiap hari pasti ada satu keadaan saya sangat muak menghadap puluhan helaian notes untuk dihafal. Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini mencapai kejayaan.

7. Menunggu-nunggu bila swine flu nak reda. Saya nak jalan-jalan cuti nanti!! T_T Kalau tak reda, MSD Malaysia tak kasi keluar. Sob..sob..

8. Dua tiga hari ni cepat sangat tertarik dengan benda-benda yang colourful. Video, buku, gambar dan apa-apa je la. Pantang semacam nampak, terus belek tak ingat dunia.

9. Bakal menghadapi exam midterm RS pada 6hb June dan final RS esoknya (7hb).. Lepas tu, final CVS 11hb dan final HLS 15hb. Sambil kira tempoh dan gap, sambil jeling-jeling tengok nota sistem yang bertimbun penuh almari macam bukit dan bisik dalam hati "insyallah sempat...insyallah boleh.. allah hai, ketaqnya..."

10. Fakta baru saya terperasan : Tag hanya dijawab ketika dekat nak exam waktu bosan! (^_~)Y


4-anda perlu mencari sepuluh penerima award seterusnya and describe pasal mereka

1. Maya - My informer of Korean info and news. Haha~ Sangat adorable dan baik. Saya kenal mak dia, abang dia, kakak ipar dia, anak sedara dia dan kakak dia. Nanti kita cukupkan korum kenal semua ayah dan adik ek! hehe. Erm, giward macam saya! (^_^)

2. Kak Nisa - Satu-satunya perempuan yang saya kenal ambil master dalam bidang aeronatik dan kini the only girl and malaysian in her class kat Italy. *blink-blink* Kagum~ Tapi julai ni dia ke France plak. Dah tak alone dah. Good luck kak nisa! ( ni pun sama kenal dengan cara kait-mengait adik abang segala. hehe)

3. Kak Lailati - Penulis terbilang. Acece.. hehe~ Series dia hebat! Bila nak terer macam akak yer?

4. Kak Diya - Blog dia tak pernah tak kasi orang gelak sorang-sorang. Agaknya kalau jumpa kak diya ni, kena bawak tisu siap-siap kot takut tergelak-gelak je kerjanya nanti. Hehe. Dua benda nak describe kak diya : colouful dan kelakar!

5. Aimi Athirah - One of my best friend yang paling penyabar dengan diri sahabat dia yang unexpected. Selalu gilir-gilir jadi childish dengan dia. Tak boleh sama-sama jadi sebab nanti hancur dua-dua, tapi dengan perasannya saya lebih matured kot! ^_^

6. Kak Aisyah Dundee a.k.a Muharikah - Penuh 'pengalaman' dan 'cerita'. Pergi mana-mana je semua kenal. Semangat sangat kuat. Description : Kudus. Hopefully boleh ambil banyak-banyak yang baik tentang kakak seorang nih.

7. Kak Nadiah - Baru tahu banyak sikit tentang dia kat sekolah dari junior dia kat sini. Ex-KP yang dihormati dan disegani di sekolah lama. tegas tapi baik. Tapi saya selalu terkonpius dengan Kak Nuha.

8. Kak Nuha - Salah seorang kenalan bloggers terawal sejak dulu. Dari blog pergi plurk. Macam family. ^_^ Sama gak macam kak Nadiah. Selalu terkonpius dua-dua orang nih. (pening..)

9. KS - My lovely sunbae in everything sebab terasa kami ada banyak persamaan cumanya dia lebih power lagi dalam semua benda. ^_^ Sedang sibuk nak final june nih sebelum dapat gengam ijazah Kedoktoran. Senang nak masuk dengan dia, pandai bercerita dan blog dia sangat terkenal. Semoga KS diberi ketenangan dan kemudahan jawab exam. Amin. (erm, ks. Kalau taknak buat tag pun takpe. just take the award.)

10. Kakak Piqah santun - The only jordanian dapat award kali nih. Special sebagai ganti denda buat dia merajuk dulu. ^_^ Kak piqah sangat terkenal sebagai Ustazah Santun atas kesantunan dia. Peramah dan susah nak tengok dia segan-segan atau malu-malu kucing. The only kakak yang suka sebut kuat-kuat " Ainul adikku sayang! " sampai saya rasa nak menyorok sebab segan. Hehe..

Done. Tempoh buat tag : alamak, lupa kira.. K. nak sambung menghadap LUNG TUMOR. Cop..cop.. terasa macam semua kawan kat semua tempat tengah exam kan? Bitaufiq semua! Semoga allah bantu kita berjaya dalam peperiksaan. Amin...Da~

Menuju tamatnya semester 2

Salam

Hari ni kelas semester dua secara rasminya telah selesai sekaligus menandakan dalam seminggu dua lagi exam midterm Respiratory System akan bermula dan sehari selepas exam midterm tu, final exam terus berjalan. Ada tiga sistem sepanjang semester dua ( HLS, CVS dan RS ). Setiap final exam sistem dapat selang 4 hari sahaja untuk mengulangkaji silibus yang berlonggok-longgok tu. Nasib baik study-leave kali ni dua minggu. Ada sikit masa tambahan la kiranya walaupun macam sangat kronik. Semoga semua dapat review habis-habisan sepanjang masa yang ada ni. Amin..

Sehari dua ni kepala sangat denyut-denyut. Sebab utamanya ialah sakit gigi. Dua hari lepas, doktor baru upgrade step rawatan braces. Kali ni enam gigi depan atas dan bawah diletakkan getah sambung yang menyebabkan semua enam-enam gigi akan bergerak merapat ke tengah. Waktu awal lepas bubuh getah masih rileks biasa-biasa. Lima enam jam selepas itu gigi dah mula rasa kebas semacam. Esoknya bila bangun, kepala berdenyut sebab gigi sakit yang amat. SYENGAL!! Semalam hari paling teruk. Sakit gigi merebak jadi sakit kepala. Nak buat kerja semua tak jadi, rawatan paling mujarab ialah dengan telan paracetamol dan tidur sepuas hati selagi sakit tak hilang. Kelas-kelas terakhir pun tak best sangat sebab asyik teringat katil. Nasib la.. Ampun doktor, semalam lecture hall saya nampak macam bilik tidur ditambah dengan lampu yang suram-suram dan kedudukan yang sengaja saya duduk di area-area belakang sebab komfirm sangat takleh tumpu dan akan lost in action. Maka, memang seharian saya tak dapat tangkap sepatah apa pun kecuali graf-graf ECG yang secara tetiba muncul dalam buku ketika saya mamai di kelas.

Alhamdulillah hari kedua okay sikit. Tapi rasanya dalam seminggu dua ni, saya beri MC pada gigi-gigi yang bergetah ini dari berfungsi. Nak paksa tak boleh sebab pertamanya memang sangat sakit (pernah terlupa gigi ada getah, pastu pergi makan macam normal. Baru nak tarik makanan sikit, dah terjerit sakit. Sumpah tak berani buat dah!) , keduanya terasa macam gigi-gigi ini longgar dari tempatnya. Pernah terbayang takut tengah-tengah paksa carik-carik makanan tu, sekali bukan makanan yang terpotong tapi gigi yang terkeluar. Gulp. Takmau. Takmau. Maka, disebabkan makanan lembut selain aiskrim payah nak cari dan malas nak buat, setiap makanan yang ada perlu dikecil-kecilkan guna tangan dan disumbat terus ke gigi geraham untuk sesi kunyahan. Nasib baik gigi belakang tak letak getah lagi. Kalau tak, mahunya kena puasa selagi getah masih ada. Huhu.. Tapikan makanan yang kena tarik-tarik seperti syawarma memang kena diberhentikan buat masa sekarang. So, sila jangan belanja saya syawarma ye kawan-kawan kalau tetiba rajin nak bersedekah.(^_^)Y

Tadi malam, ada buat slot dengan adik-adik junior. Minggu lepas slot dengan kakak senior IKIP. Slot gabungan Warta Displin-Ikhtilat Sifar-Taaruf kali terakhir AMMH. Aduhai, dah nak habis sesi ni pun ada gak lagi yang tertukar orang. Rasanya bukan kali pertama taaruf nih. Takpelah, biasalah manusia mudah lupa. T_T Skop yang lain pula tu memang tak berkesempatan sangat buat sepanjang sesi dulu sebabnya kekangan masa yang susah sangat nak menyelit. Okla tu dapat buat sekarang. Better late than never kan?

Lagi sebulan je lagi nak pegang jawatan ni. Lepas ni dah serah pada orang lain. Serius saya tak sabar nak habis sesi. Susah rupanya berkhidmat untuk orang nih. Patutnya kadang-kadang jumpa orang yang tak nak pegang jawatan sebab malas nak fikir pasal orang lain. Bukan senang tahu. Bak kata seorang senior : " Menjadi wakil pelajar ni lebih kurang macam jadi hamba masyarakat sekeliling. " Bukannya boleh goyang kaki pun. Amanah dah la berat nak selesaikan. Tambahan bila nak semua orang puas hati dengan kerja kita. Perit kalau tak tahan. Macam mana la boleh wujud manusia gila pangkat? Hairan bin ajaib.

Oh ya, selalu time-time nak dekat final macam ni banyak BKAN buat program solat hajat ramai-ramai. Join jangan tak join. Mana tau tetiba dapat tempias berkat makbul doa orang soleh, insyaallah berjaya kita semua. Ha, jumaat ni ada perjumpaan batch sekali dengan solat hajat ya kawan-kawan batch MEJ7 semua. Semoga kali ni semangat yang hilang lepas habis CVS kembali datang.. Ada lagi dua minggu untuk kembali sedarkan diri. Jangan give up, jangan tension. Teruskan usaha dan tawakkal secara istiqamah. Ganbatte!

Oklah, cukup setakat ini. Doakan saya dan kawan-kawan dapat study dengan tenang untuk final kali ni. Moga-moga semua cemerlang dengan jayanya. Didoakan juga supaya semua dapat dijauhkan dari tekanan perasaan sepanjang minggu exam nih. Ini kali pertama final exam sistem. Dari jauh dah boleh rasa bahang nota bertimbun nak dibuka balik. Tertekan juga kalau tak boleh bertenang. Semoga semua dipermudahkan selalu.Amin..

Tempatan

Salam

Haish, hujung minggu kali terasa bosan dan malas dan tak best dan segala yang seadik-beradik dengannya. Bateri lingkup ke nih? Haru sungguh la... Cik, sila istiqamah rajin boleh dak?

Dah dua hari ni dapat masuk kepala setengah subjek Physio je bila mula review dari awal. Lain-lain tu semua hilang melayang terbuang without study. Aish, helloo..wake up okay! Final nak dekat nih weh, jangan lupa kenangan CVS yang ber'falling colours'. Naya kang kalau tak dapat balik raya tahun ni.

Bila pikir-pikir balik, rasa macam menyesal plak tak join BKAN N9 pergi berfamily day kat Aqabah. Kononnya minggu ni satu-satunya minggu diri free 100%. So, mahu rehat dan study sepuas hati. Tapi lain pula jadinya. Erm, 75% rehat dan main suka hati dan selebihnya baru study. Hadoi, apasal pemalas sangat nih. Eh tapikan, better gak kot dah tak pergi aqabah tu, at least dapat rehat sepuasnya dan baca buku even sikit, ye dak?. Urm.. Ok, that's quite good!

Tadi waktu tengah malas-malas lepas selesai kemas baju, gosok baju, kemas bilik, gosok bilik eh, gosok cuci segala pinggan mangkuk, tetiba teringat nak habiskan tengok cerita melayu Dari Mata Arisa yang dah tinggal dekat sebulan lebih. Housemate pun dah habis tengok walhal orang yang introduce kat dia dulu. Nak baca buku tak masuk, so tengok je la tv tu kejap.

Overall okay la cerita tu. As nice as the novel. Nama pun adaptasi kan? Best! Tapi dalam banyak-banyak watak dalam cerita tu, saya macam tertarik sikit kat watak Amal, adik Arissa. Agaknya sebab ada persamaan antara kami kot- budak medik kat universiti cumanya dia univeristi tempatan, saya oversea.

Entah kenapa dari dulu lagi suka sangat tengok budak-budak medik kat universiti tempatan. Macam ada something special kat situ. Actually, dulu ada simpan angan-angan gak nak merasa jadi budak medik kat univeristi Malaysia walaupun nak gak pergi luar negara. Macam best je duduk kat kuliah perubatan Malaysia.

Sebabnya:

1. Hidup diaorang macam sangat berdisplin and sangat sibuk dengan pelbagai tugas berkaitan kos medik such as kuliah, tutorial, kaji selidik and what so ever. Tak tahulah kenapa macam terminat dengan life diaorang. Kat sini sebenarnya tak rasa sesibuk tu di universiti. Just datang dengar kelas atau lab, then balik rumah. Dalam sebulan ada exam MCQ. Simple kan? Tapi kalau tak pandai jaga diri and hanyut dalam kelapangan, naya gak oo.. Maybe sebab i love hidup dalam tugas yang ditetapkan kot macam kat asrama dulu, takyah pikir nak buat apa, ikuttt je.. Senang!

2. Sebab nak komunikasi ngan orang sekitar university macam lebih senang. Yela, sana bahasa kebangsaan la dengan bahasa inggeris kan? Kat Jordan ni, English okay je tapi kadang-kadang tensen gak bila jumpa dengan orang yang tak paham English. Okay, my bad too sebab Arab tak fasih lagi. Hurmm, tapi still i love Malaysia and Malaysian!

3. Senang balik kampung! Haha.. Silly excuse. Sorry, but betul apa? Kalau tensen, hujung minggu boleh lari balik kalau free. Dapat sehari dua pun jadiklah kan. Duduk sini, setahun sekali je boleh balik okay. Cuti tak cukup satu, saya miskin pun satu. Hoho.. Nevermind, belajarlah jadi perindu tegar supaya tak cengeng. Hehe...

4. Saya suka jadi budak university kat Malaysia. Entah, rasa macam sudah ada sedikit kedewasaan di situ. Ace, bajet sungguh. Tapi serius best. Sempat merasa 3 bulan je kat INTEC dulu. Kalau duduk kat rumah sewa ramai-ramai macam rumah Kak Mas dulu pun best gak (sini pun duduk sewa ramai-ramai gak tapi still Malaysia lagi best.

Okay, cukup la sebab ni je dulu. Tak terfikir yang lain lagi. Tapi erm, it's not that i hate being a medic student in Jordan. I love it! But still, saya teringin sangat nak belajar kat Malaysia. (Buat time Specialist nanti nak? Hurmm..)

I used to think that i'm not qualified to study medical in local univeristy. Mengharapkan tamhidi je la. Alhamdulillah dapat gak tamhidi medik USIM dulu. UIA punya fail walaupun saya mintak yang itu at first place. Kalau mengharapkan matriks, ermm i'm not sure i can pass or not. Medical course in Malaysia is really hard. Syukur alhamdulillah saya dipermudahkan jalan sampai ke sini. Luar negara dan tempatan masing-masing ada kekuatan tersendiri dan saya bersyukur saya berada di sini. Mungkin lebih baik daripada saya di Malaysia, siapa tahu?

Still, i adore medical student in Malaysia. Sebab tu tadi bila tengok watak Amal tu, rasa best sangat-sangat. Saya lebih prefer watak Amal ni berbanding watak-watak dalam Cinta Medik. Cintanya over terlampau walaupun yang si Amal takdelah banyak sangat mediknya, tapi semangat study dia tu yang saya suka. Jadi semangat sikit. Apa-apa je lah..

Erm, rasanya saya macam takde kawan sangat yang ambil kos medik di Malaysia. Kenal sorang yang kat USIM dulu tapi dah lost contact. Ada seorang yang lepas UIA matriks medik tapi tak jadi sambung kat UIA pula sebab nak ke Mesir. Alaa, bila nak dapat kawan medik universiti tempatan nih? Nak gak tukar-tukar cerita dengan dia. Mana la tahu kot-kot boleh menyeludup masuk join kuliah nanti ke.. =p Huhu.. Pernah try search any blog about them tapi asyik jumpa yang dah klinikal je, nak tegur pun cam segan. Busy kot diaorang tu. Mana sempat tulis blog melainkan yang saja gila nak menulis macam saya.

Anybody here yang sedang saya cari? (^_^)Y Jangan malu-malu introduce diri ok, i'm really eager to know you kalau ada sesiapa yang datang sini budak medik universiti tempatan. Saya berbesar hati nak tahu life as medical student in Malaysia. Trust me, it seems cool.

Ok, konon kata dah ada semangat kan tengok Amal study, so apa lagi? Pergi la study Ainul... Cukup dah ek rehat sakan dua hari nih. Pasni sila pulun macam Amal pulun. Contohi yang study saja okeh, jangan yang lain pulak. No cintan-cintun. Not your time yet.. Da~ (^_~)Y

** oh ya, sejak masuk sistem ni, saya sudah perasan yang saya perlu makin pandai kawal diri. Silibus makin susah, emosi tak tentu, aura persekitaran ala-ala lagi sempit dari longkang, rakan-rakan ada yang makin naik sangat tinggi ke puncak, ada juga yang tercungap-cungap dan mungkin ada yang macam sedang tenggelam. Saya yang mana satu? Sangat tertekan la bila fikir.. Adoi.. Kuat..kuat.. Usaha! Tawakkal! Cari semangat lekas kalau terasa huyung-hayang ok.

** My idol of the week kali ini jatuh kepada : Shigeaki Hinohara !! Siapakah Encik Jepun nih? Nak tahu. Baca sini. Kredit to Syidarina. I love it. Adrenalin meningkat secara tetiba nak belajar dan tiru macam Dr Hinohara.. Bagus.. bagus.. Get going..

Buat cikgu tersayang


Salam

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia khasnya buat gur-guru

1. Taski Abim Saidatina Hajar, Kajang
2. SRI Abim Sg Ramal Dalam, Kajang
3. SK Puchong Batu 14,Puchong
4. SK Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal
5. SMKA Nibong Tebal, Nibong Tebal
6. SBP Integrasi Gopeng, Gopeng
7. INTEC Section 17, Shah Alam

yang banyak mengajar dan membantu saya dari saya seorang yang tak tahu apa-apa kepada saya yang sekarang.

Jasa cikgu-cikgu semua tak terbalas oleh saya sampai bila-bila. Saya harapkan semoga Allah memberi sebaik-baik kebaikan di dunia dan akhirat kepada semua guru-guru yang saya sayangi.

Dan tak lupa juga kepada mama dan abah yang di rumah yang sentiasa menjadi 'cikgu' Ina dari kecil sampai besar dalam apa jua keadaan. You are the best teacher in my world! (^_~)Y

HAPPY TEACHER'S DAY !!

** doakanlah kejayaan saya di sini. Moga-moga berkat doa cikgu semua, saya dapat mencapai cita-cita saya untuk menjadi manusia yang ebrguna dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

From Korea And Italy with love

Salam

Kali ni dapat dua lagi award daripada kawan. Satu dari Kak Nisa yang nun di Italy. Satu lagi dari Maya yang sekarang kat Korea. Kak Nisa, grazie! Maya, gamsahamnida!

Maya kasi award Friend Forever nih bersempena birthday blog dia yang kedua. Oh, Saeng il Chuka hae, chinguya..! (^_~)Y



Ini pula dari Kak Nisa.



Syarat2 menerima award ini:
1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
2. Copy badge sebagai award anda
3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan
4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda

Kenapa saya bangga jadi perempuan? Alamak, banyak sangat nak cakap sampai tak tercakap.. Kebetulan lepas ni saya ada kerja sikit, jadi kita K.I.V dulu ye. Takpe kan kak NIsa? ^_^

Next, saya paskan award ni kepada semuaaaa kawan saya yang perempuan yang ada blog! Banyak sangat nak sebut, malaslah nak tulis sini. Siapa rasa dia kawan saya, ambil je la yer.. Hehe

** p/s, jangan risau lebih-lebih pasal entry lepas. Saya sihat walafiat je. Dah ok dah ni..

Pneumonia bulan May


Salam

Maaf lama saya tak menulis di sini. Dalam sebulan dua ini saya sibuk bersiap-siap untuk menghadapi final exam semester dua dan mesyuarat agung PERMAI bagi pengakhiran tempoh perlantikan sebagai AJK dalam persatuan pelajar di sini. Banyak yang perlu diselesaikan sebelum terlambat nanti. Lagipun silibus makin lama makin susah. Itu sebabnya sejak minggu lepas saya jarang lekat rehat-rehat di rumah.

Minggu ni sudah masuk minggu ketiga kami belajar sistem pernafasan. Sekarang tumpuan kami adalah pada penyakit Pneumonia. Saya paling teruja bila sampai di tajuk ini. Memang dari dulu saya tertunggu-tunggu nak belajar tentang pneumonia secara jelas. Dah dekat 5 tahun penyakit ni saya simpan dalam ingatan sebagai antara penyakit paling utama saya nak tahu. Entah kenapa saya terasa macam agak sakit hati dengan penyakit pneumonia ni.

Kenapa? Sebab saya pernah rasa sangat dungu bila saya langsung tak tahu apa-apa tentang penyakit ini bila ia datang menyerang adik saya dan menyebabkan dia pergi dari kami.

Ah, maaf. Mungkin ada yang bakal kata saya seakan-akan menyalahkan takdir dan tidak percaya kepada ketentuan Allah. Tak! Tak sama sekali. Saya redha dengan takdir kami. Tapi saya mengaku sekali-sekala memang saya terfikir dan teringin untuk berharap adik saya masih ada di sisi. Perasaan tu terlampau susah nak buang. Rindu yang teramat sangat dan takkan mungkin boleh terubat sebab memang kami hanya boleh bertemu kembali di akhirat sahaja.

5 tahun lepas, adik saya meninggal sebab Pneumonia. Saya yang waktu itu masih di asrama di skeolah menengah memang agak terkilan sebab kami langsung tak tahu dia kena jangkitan tu. Ingatkan demam biasa-biasa sahaja. Tapi bila satu malam dia sesak nafas dan dihantar ke hospital, doktor kata dah teruk sangat dan mungkin tak dapat diselamatkan. Tambah terkilan lagi, saya tak sempat jumpa dia di saat akhir dia masih ada. Yang sempat saya jumpa hanyalah tubuh kaku yang sedang tersenyum dan lena tidur tak terjaga langsung walaupun saya panggil berkali-kali.

Banyak kali saya tak dapat tahan air mata dari keluar bila belajar tentang Pneumonia. Saya terbayang-bayang setiap perubahan yang terjadi pada tubuh adik saya dari mula dia kena jangkitan sampailah ke akhir hayat dia. Dan kadang-kadang saya terfikir, kalaulah saya tahu awal simptom-simptom tu mungkin kami boleh berusaha ubati dia dengan lebih spesifik dan mungkin dia boleh diselamatkan. *Maaf, saya guna ayat 'kalau' dan 'mungkin' lagi*

Saya tahu mungkin saya berdosa terfikir benda-benda macam ni. Benda dah lepas nak ungkit balik buat apa kan? Bukannya adik saya boleh hidup balik pun. Dan bukan kuasa saya yang tentukan adik saya hidup atau mati. Lebih kurang macam mempertikaikan susunan takdir Allah je gayanya ni. Tapi biarkanlah saya sekejap macam ni. Saya tengah rindu yang teramat sangat pada adik saya. Saya masih tengah mencuba untuk jadi kuat sekarang. Saya dah lama redha tapi bila terlampau rindu,saya jadi terfikir yang bukan-bukan. Astaghfirullah, semoga Allah kuatkan saya kembali dari bisikan-bisikan ini..

Tambahan 15 Mei ini adalah hari jadi adik saya tu manakala 18 Mei pula adalah tarikh kematiannya. Seminggu sebelum dia meninggal, saya balik bercuti ke rumah. Waktu itu, saya rasa cuti tersebut adalah cuti yang biasa-biasa. Tak pernah saya bayang lepas cuti tu, akan ada perubahan besar dalam keluarga saya.

Memang selalu sangat saya jadi haru-biru bila tarikh-tarikh tu nak dekat. Sebabnya lepas adik saya pergi, peristiwa tu selalu buat saya rasa takut sebab saya tahu tak akan boleh sedar mungkin dalam beberapa hari lagi ada insan-insan penting lain dalam hidup saya yang akan pergi sebagaimana saya tak pernah sangka adik saya akan pergi seminggu lepas saya kembali ke sekolah seperti biasa.

Semua ni banyak ajar saya untuk lebih bersedia dan berjaga-jaga dari selalu. Hilang seorang adik pun saya dah rasa berat ya amat, apatah lagi kalau hilang yang lain. Saya sangat takut dan kalau boleh saya tak mahu tapi mustahil saya dapat menghalang fitrah alam. Tambahan saya sekarang jauh dari keluarga. Itu buat saya makin cuak. Saya tak mampu buat apa-apa. Yang saya tahu sekarang hanyalah berserah dan bergantung sepenuhnya kepada Allah. Semoga saya dijauhkan dari berhadapan dengan perkara yang sama dalam waktu saya di sini. Saya letakkan sepenuh penjagaan keluarga saya di Malaysia kepada Allah. Semoga mereka semua sihat walafiat selalu. Amin..

Sebab itu dalam banyak-banyak bulan dalam setahun, bulan Mei adalah antara bulan yang paling mengingatkan saya tentang kematian. Walaupun terlampau banyak hari keraian dalam bulan Mei, saya lebih cenderung untuk ingat bahawa bulan ini bulan saya hilang sesuatu yang berharga. Mungkin boleh nak kata ini bulan kesedihan. *eh, macam over pulak.. Huhu.. Nope! Be strong! Ini bukan bulan kesedihan, ini bulan kegembiraan sebab Fatimah dah boleh bergembira disana dan terlepas dari derita di dunia.. *

Cucu tuan rumah saya di sini ada seorang yang rasanya menghidap cerebral palsy juga. Rumahnya sebelah rumah saya je. Minggu ini tengah berkira-kira nak pergi jenguk dia. Teringin sangat nak peluk budak tu untuk lepas rindu pada adik sendiri yang dah tak ada. Harapnya ada peluang nanti. I miss her so muchh!!! Sedekahkan Al-fatihah untuk Fatimah jom...

@->- Mama, abah.. sori kalau sms rindu Fatimah haritu agak emo. Asyik terbayang sangat dia kat mana-mana sekarang terutama bila belajar something yang berkenaan tentang dia. Sampaikan salam Ina pada Fatimah ye kalau Mama dengan abah ziarah dia nanti.

@->- Mama, Selamat Hari Ibu. Ni 2nd time. Ikut kalendar Eropah pula. Aritu dah wish guna Kalendar Jordan kan? Istimewa sikit tahun ni dua kali. Hehe.. Tapi, mama tetap istimewa dalam hati Ina tak kira masa. You are always queen of my heart!

@->- Amira, good luck for your exam.. All the best.. Bitaufiq.. Semoga dipermudahkan dan berjaya kelak. Aminn (^_~)

@->- Aiman, tahniah dapat nombor tiga dalam bola sepak. Hoho, hebat gak main bola. Lamanya tak sembang ngan Aiman. Rindu nak membebel kat Aiman. Busy sungguh dia! Kalah Kak Ina nih.. (-_-)'

@->- Asyraf, selamat balik INTEC!! (^_^)Y

@->- Abah, erm... nak pesan apa ek? Orang takde nak 'menyibuk' tak kena tempatlahh (sangat mengikut cakap kan? baik sungguh anak abah ni..) hehe.. Jaga kesihatan okeh?, ina dah belajar hypertension banyak dah, siapla balik ni Ina jadi doktor kat rumah, Dr Lim boleh bersara la lepas ni.. Haha.. (*_*)

@->- Fatimah a.k.a Aina Aliyani, i miss you so much!

Bila Takdir Katakan Tidak!

Salam




Dalam satu hari, perancangan yang dirancang bertahun-tahun berbulan-bulan boleh berubah secara drastik dan pantas hanya kerana satu perkara. Siapa boleh sangkal takdir tuhan kalau itu yang sudah tertulis di takdir? Siapa pernah menyangka kadang-kadang impian mungkin hanya mampu jadi harapan yang takkan kesampaian bila rezeki bukan milik kita..

Itu yang terlintas-lintas di benak fikiran saya sejak hari ni. Tadi petang saya baru beria-ia mahu menelefon Asyraf di rumah untuk mengucapkan selamat maju jaya atas bakal keberangkatannya ke Nevada, US untuk pertandingan rekacipta anjuran INTEL esok hari.

Di awal perbualan, kami bersembang-sembang tentang perjalanan projeknya dan keadaan dirinya. Saya yakin dia teruja yang sangat mahu terbang esok hari sebagaimana apa yang saya rasai sewaktu pertama kali mahu keluar dari Malaysia. Suara dia biasa-biasa sahaja. Macam selalu.

Tiba-tiba dia memberitahu saya satu perkhabaran yang mengejutkan.

" Kak Ina, nak tahu tak? Asyraf cancel pergi US esok.."

Terdiam saya dibuat berita itu. Terkejut. Dalam kepala saya banyak persoalan yang berlegar-legar. Kenapa? Mengapa? Macam mana boleh jadi macam tu?

Lalu Asyraf ceritakan pada saya itu semua gara-gara wabak Swine Flu yang menggemparkan dunia sekarang. Dek wabak itu, MARA telah membatalkan semua penerbangan wakilnya yang akan bertanding dalam pertandingan tersebut minggu hadapan.

Allah hai... Padahal tarikh bertolak mereka sepatutnya esok hari. Memang drastik. Memang last-last minute. Semua tak terkata apa. Adik saya yang satu ini pun rasa macam tak percaya. Kecewa? Rasanya sudah tentulah. Dari dulu dia bercita-cita mahu bertanding di sana.

Tapi kan Asyraf nampak rileks je tadi. Control kecewa ke?. Macam la orang tak tahu. Huhu... Tapi sungguh, simpati saya menggunung. Betapa terasa sia-sia segala penat-lelah dia dan kumpulannya berhempas-pulas menyiapkan projek dari tahun lepas hingga ke saat ini dengan bereksperimen merata-rata dan tunggang kelas, sudahnya di akhir waktu ketika destinasi hampir di tuju, semuanya hancur berkecai. Kalau saya lah di tempatnya, mungkin saya dah menangis-nangis kecewa. Kuat juga adik yang seorang ni ya? Tabik spring lah kat Asyraf!

Takpelah Asyraf. Adalah hikmahnya tu. Sabar la yer. Mungkin tak ada rezeki lagi untuk kamu ke US dan bertanding dalam pertandingan INTEL sekarang. Lagipun, apa yang MARA buat tu untuk kebaikan korang gak. Sekurang-kurangnya kamu dan kawan-kawan dijamin insyallah selamat selagi tak keluar dari Malaysia dan terdedah di sana.

Tambahan, semalam waktu saya telefon mama, mama jelas bimbang dengan perjalanan Asyraf ke sana. Pertamanya kerana wabak itu. Keduanya kerana memikirkan Asyraf masih tidak lengkap keseluruhan proses imunisasi badan sewaktu kecil dulu. Ada masalah sikit dahulu, jadinya dia mungkin terpaksa ambil beberapa suntikan vaksin yang masih belum diperolehi waktu kecil sebelum disahkan selamat terbang ke luar Malaysia.

Hurm, saya tak pasti dia dah ambil vaksin tu ke belum. Tapi bila dah jadi macam ni, maknanya kebimbangan mama dah reda sikit la kot walaupun semua orang kesian dengan Asyraf. Dahla ramai saudara-mara bertalu-talu telefon ucapkan selamat jalan sedangkan semuanya dah dibatalkan. Saya pernah rasa keadaan yang sama dahulu jadinya saya tahu betapa siksanya jiwa raga tahan perasaan terima ucapan mereka. Mmm, sabar ek Asyraf. Diaorang tak tahu lagi tu.

Sudahnya semua persiapan terpaksa diberhentikan. Tak apalah, yang dah siap tu boleh guna bulan September nanti bila nak ke Russia. Tak membazir sangat pun. Kira jimat dah la tu. Tapi saya kesian gak pada kawan dia yang katanya dah beli ubat Swine Flu yang sebiji harganya RM100+ untuk persiapan ke US. Aduhai, semoga korang semua tabahlah terima cabaran kali nih. Chaiyok!

Memandangkan Asyraf, mama, abah saya semua dah ambil cuti siap-siap haritu, nampaknya cuti terpaksa diteruskan dengan duduk di rumah sahajalah. Tak perlu ke mana-mana dah. Asyraf, anggap je la macam tu cuti free untuk kamu rehat-rehat puas-puas sebelum kena balik kelas balik ok? So, enjoy your holiday.. (^_~)Y

Hebat kan perancangan Allah? Sehebat mana pun manusia atur rancangan, Allah juga yang berkuasa tentukan kelancaran perancangan manusia. Siapa sangka dalam masa HANYA satu hari, segala persiapan dan perancangan yang dah teliti disusun tiba-tiba tergendala dan terhenti. Nak kata apa lagi? Nak tak nak, itu takdir dan kita kena terima.

To my dear brother Asyraf, semoga apa yang Allah susun ni adalah yang terbaik untuk Asyraf. It's okay to feel frustated but never ever blame anyone or Allah or anything even faith and destiny that happen in your life. At least, you should be proud that you've been given the opportunity to hold the chance to be there eventhough at last it was gone. Semua penat-lelah buat kerja, ponteng kelas selama ini takkan sia-sia sebabnya sepanjang kamu buat projek ni, insyallah ada something yang kamu dah dapat belajar. Even i don't know how it feel to be in your shoes. And for your information, i'm proud of you! Kamu dah sampai ke tahap paling tinggi dalam wakil-wakil pertandingan ni daripada kitaorang semua. Kiranya Asyraf still the best among us. So, be proud and happy okay?

So, jangan sedih-sedih.. jangan kecewa. Rileks okay? Tenangkan hati, tenangkan minda semua. Ambil masa cuti tu kasi lepas tension kalau tension pasal cancel flight ni. Insyallah doalah banyak-banyak supaya Allah gantikan sesuatu yang lebih baik daripada benda ini untuk kamu.

Maaf banyak-banyak sebab tak terkata apa-apa sangat tadi. Terkejut sebenarnya. Tak tahu nak kasitau apa waktu telefon tadi selain dari ayat "sabar je lah..". Ni baru terfikir macam-macam nak pesan. Ok, good luck! All the best! Semoga dirahmati Allah selalu. Again, sabar banyak-banyak okay. Jangan fikir sangat dah pasal INTEL, pasal US, pasal hotel pasal benda-benda tu lagi dah. Look Forward! Cool~ Sekarang boleh tumpu benda lain pula yer terutamanya kelas yang dah banyak tertinggal tu.

** Hurm, tiba-tiba terfikir bagaimana gayanya dengan bakal percutian saya dan rakan-rakan lain waktu cuti sem bulan Jun nanti. Selain balik Malaysia,ada di kalangan kami bakal ke Turki, Syria, dan kawasan-kawasan luar Jordan yang mungkin terdedah dengan Swine Flu ni. Harapnya dalam sebulan dua ni, wabak ni akan sudah reda macam yang dikatakan oleh Doktor Ziyad di kelas tadi (doktor kata wabak-wabak macam ni biasa sangat dah. Selalunya selepas beberapa minggu, dia akan berhenti. Doktor nampak sangat yakin, harapnya betul lah kan...) Moga Allah permudahkan urusan kami semua. Aminnn...

Wajah Sekitar KARISMA'09'

Salam

Kehadiran atlet-atlet Irbid yang berkobar-kobar ke Mu'tah untuk KARISMA dengan tema utama Irbid : KAMI DATANG BUKAN SEKADAR TETAMU ...



Kamilah Barisan Skuad Bola Jaring yang sedia untuk menggempur...! Banner penaik semangat dijulang tinggi bersama semarak aura biru yang jitu..



Dua hari memerah keringat berjuang di medan court Solah Askari. Sebelum melangkah gagah di setiap perlawanan, semangat dipasakkan tawakkal dipanjatkan.. Ukhwah menyatu, kekuatan berpadu...



Matlamat Utama di Medan : Piala Perwakilan yang menunggu tangan-tangan juara... Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah jauh datang, biar sampai piala ke tangan..



Akhirnya......

Skuad Bola Jaring berjaya mendaki puncak! Juara dan tempat ketiga! Lelah hilang, senyum tak lekang.. Alhamdulillah....



Ini beberapa wajah atlet-atlet campuran. Bola Jaring, Bola Tampar, Pingpong dan Badminton bersatu di bawah satu nama : IRBID JUARA



Di akhir majlis, masing-masing pulang bukan dengan 'leher kosong'. Syukur alhamdulillah.. Sesi kira piala dan pingat. Hehe.. Semoga sejarah di Mu'tah KARISMA 2009 bawa kenangan yang manis kepada kita semua. Saya sangat sayang atlet akhawat semua! Tahniah! Mabruk!



Ini lagu tema KARISMA. Sangat tepat dan mengasyikkan.. Hari-hari terbayang lagu ini sewaktu berentap di sana. Serius, saya jadi sangat semangat dan mahu memberikan yang terbaik untuk yang lain. Alhamdulillah, KARISMA berjaya menyatukan kami antara mantiqah mahupun sesama ahli matiqah sendiri. Itu bagi saya. Harapnya sama juga bagi semua. Aminn...

Bersatu
Artist: Raihan


Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

** P/S : saya dah baik... alhamdulillah! yeay!

** erm, rasanya aritu ada ambil gambar dengan atlet mantiqah lain gak time main tapi tak ingat kat kamera siapa.. Nantila cari..

** credits to netballerz for the pictures specially kak asma : penyumbang terbanyak. (^_^)Y hehe

Warna-Warni Taman

Salam..

Hari ni Jordan macam kena ribut pasir je gamaknya. Dari pagi tadi angin kuat sangat-sangat. Habis terbang segala debu dan sampah yang ada. Nasib baik kelas dalam dewan tu kukuh. Sebabnya pintu kaca kat luar dah banyak pecah berderai sebab angin. Nak berjalan pun mata asyik termasuk pasir. Dalam perjalanan balik tadi, persekitaran dan macam kena jerebu. Kabur semuanya. Harapnya tak serius sangat. Amin.

Oh ya, hari ni saya dah tak perlu pakai tongkat ke kuliah. Terima kasih pada ankle support dan sport shoes yang banyak meng-support kaki. Hehe.. Tak sakit sangat dah. Boleh jalan sikit-sikit asalkan kaki tetap dalam keadaan mendatar. Kalau senget sikit plane kaki, jadi ngilu balik. Alhamdulillah. Okla tu progression baik dah mula nampak.

Sangat seksa rupanya pakai tongkat. Rasa macam nak baling-baling je dalam tong sampah. Even kurang sakit kat kaki, tapi ketiak dan tangan pulak yang rasa lenguh. Tambahan kaki kanan yang sihat kena pressure lebih sebab nak kurangkan pergerakan kaki kiri. Kaki kiri yang berbalut ni plak asyik edema sahaja. Jadi tak stabil badan jadinya. Baru saya sedar siksanya orang bertongkat. Huhu, takmau dah pakai. Kaki, cepatla baik yer...

Terima kasih gak pada kawan-kawan dan senior yang prihatin dan sanggup tolong kalau saya perlukan sesuatu. Syukran jazilan katheeran. Semoga Allah balas jasa kalian dengan sebaik-baik kebaikan. Insyallah dalam sehari dua lagi sembuh 100% dah kot, takdelah menyusahkan korang lagi dah. Thanks!! (^_^)Y

Minggu ni sarapan saya sangat berkhasiat. Sebabnya tiap-tiap pagi, baba datang kutip buah askadania kat tepi-tepi rumah tu. Macam tahun lepas pun, bila dia kutip, mesti dia kasi kat kami sama. Kalau kami tak keluar rumah lagi, dia taruk selungguk buah tepi tembok. So, pagi-pagi bukak pintu je dapat buah free. Tu je la yang sempat saya bedal buat alas perut sarapan minggu ni. Ok la kan? Berkhasiat tu.. Fresh from pokok. Tinggal cuci sikit pastu ngap terus! Syukran baba..

Saya terperasan taman rumah kami dah mula berwarna-warni. Kalau dulu hijau dan koko, sekarang dah ada merah, pink, kuning dan putih. Yeay, sangat lawa dan wangi dan sedap. Merah, pink dan putih tu warna bunga ros. Oren pulak warna buah askadania. Ini fasa dua spring. Nanti dekat-dekat nak summer macam-macam lagi buah yang keluar. Tak sabarnyer... Terapi alam sekitar sangat baik untuk kesihatan. Sejuk hati keluar rumah. ^_^ Kalaulah saya boleh rembat bunga-bunga warna -warni kat jamiah tu bawak balik kan best. Nanti saya snap gambar kat jamiah plak yer.. Kali ni usyar taman rumah sendiri dulu. *yang last tu gambar tanah lapang di sepanjang perjalanan ke university. Sejak syita' macam tu. Buat saya rindu sawah di kampung * Tafaddhal..










Akhir kalam, minggu ni saya nak mula study dengan lebih bersungguh-sungguh. Sukan dah habis, jadi bolehlah tumpu study dengan sebaik mungkin. Yang bawah ini gambar budak perempuan batch saya (medik dan dentist) berlatar belakangkan pintu gerbang univeristy kami. Gambar ini antara sumber motivasi kami untuk graduate bersama-sama kelak.



Tepi gambar tu ada sekuntum ros yang saya baru petik tadi. Hehe, besar gedabak kan? Gila bunga sikit sekarang. Pagi tadi pun sangat teruja sebab baba kasi bunga ros pink sebelum pergi kelas. (siapa keluar paling awal, dia yang dapat. hoho) Baba sudah tua okay, sebaya tokwan saya. Bunga itu kira hadiah biasa-biasa saja. Dia kasi mama (isteri dia) bunga yang lagiii besar dan lawa. Bertuah mama dapat baba. Sudahlah romantis, kaya lagi tu.. Hehe.. Opss.. Sila jangan materialistik okeh! (^_~)Y Baiklah, cukup-cukup merapu. Nak sambung study. Jumpa lagi~

Alhamdulillah, kami juara KARISMA !



Salam

Saya dah balik!

Ok, pertamanya setinggi kesyukuran saya rafaqkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya kami pasukan Irbid berjaya mendominasi kutipan pingat di KARISMA 09 di Mu'tah baru-baru ini sekaligus melayakkan kami bergelar juara keseluruhan di sana.

Sekadar mengupdate keputusan bagi kontigen Irbid yang serba biru, daripada keseluruhan pingat dalam pelbagai acara yang dipertandingkan, Irbid berjaya membolot 12 pingat ( 5 emas , 3 perak dan 4 gangsa). Menariknya setiap pasukan tak kira A atau B semuanya tidak pulang dengan tangan kosong. 5 Emas diperoleh melalui pingpong lelaki & perempuan, bola tampr lelaki, badminton perempuan & bola jaring. 3 perak pula menerusi acara badminton lelaki, bola sepak & bola tampar perempuan. Dan 4 gangsa kita dapat dalam bola tampar lelaki & perempuan, bola sepak & bola jaring.

Alhamdulillah sangat-sangat. Seronok tak terkata. Lagipun perlawanan yang saya lalui tahun ni agak sengit. Banyak pengalaman-pengalaman baru yang saya timba dan banyak benda yang saya pelajari.

Ok, seperti yang saya cerita dulu, saya adalah ahli pasukan bola jaring. Daripada dua team (A dan B), team saya iaitu team A telah memperolehi gangsa. Syukur sangat-sangat walaupun sedikit terkilan sebab kalah sipi SATU MATA dengan Mu'tah B dalam semi final yang menentukan penentukan ke tempat final. Tapi kekecewaan kami terubat bila pasukan sekontigen bola jaring (team B) berjaya merebut pingat emas dalam pertandingan akhir bola jaring. Akhirnya terubat gak hati lepas tahun lepas pun team saya kalah tipis dengan Mu'tah dalam final hanya sekadar beza SATU MATA juga. Syukur Alhamdulillah..

Dalam perlawanan kali ni, banyak benda yang saya pelajari. Pertamanya semangat ukhwah yang kukuh (macam tema KARISMA tahun ni). Apa yang saya nampak sejak di Irbid lagi semangat sepasukan jelas ketara.

Saya paling terharu bila ada senior dalam pasukan saya sanggup pinjamkan duit pada saya waktu saya kesempitan wang untuk beli kasut sukan baru yang ori hanya semata-mata nak tolong saya lebih perform dalam perlawanan. Hasilnya kasut tu memang sangat-sangat banyak membantu. Saya dah jarang tergelincir, senang lari acah-acah (konon gaya ke kanan tapi lari ke kiri) lawan, kuat grab lantai, kaki selesa dikelilingi span yang tebal, senang bengkok tapak kaki supaya fleksible dan tapak yang agak tinggi membuatkan saya lebih yakin nak shoot pada jaring. Thanks a lot! (Alhamdulillah kita berjaya menang 3 daripada 4 game)

Keduanya, sejak dari latihan lagi saya agak tertekan sebab cepat hilang fokus kalau ada lawan cuba nak defence waktu nak shoot. Setiap kali latihan, selalu sangat gagal nak masukkan bola ke jaring. Sampaikan saya pernah terfikir nak jadi simpanan je sebab tension terlampau. Kemudian sehari sebelum bertolak ke Mu'tah, partner GA saya terkehel jari time berlatih sambut bola manakala GD pula cedera tapak kaki sebab tersadung tapak tiang jaring badminton. Jadinya, team kami macam kacau bilau malam tu nak cari strategi baru.

Itu di Irbid, waktu di Mu'tah pula ketika hari pertama perlawanan bibir saya berdarah-darah sebab bola terhantuk keras ke muka dan mulut menyebabkan braces gigi tertekan kuat pada bibir dan luka. Hari kedua sewaktu semifinal, saya tersilap landing lepas kena tertembung dengan GK lawan ketika melompat waktu nak ambil bola. Dia terselamat tapi saya pula yang tergeliat (T_T). Bila kaki sakit, fokus mula terabur. Sempat mengejar di set kedua tapi tertinggal satu mata. Bila kalah, makin ramai down sampai ada yang nak tarik diri. Tambahan GD kami bertindih acara bola jaring dan bola tampar sewaktu mahu memulakan perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. Memang sangat tertekan.

Tapi berkat sokongan rakan-rakan sepasukan yang sangat prihatin dan cekal serta atlet sepasukan acara lain yang sanggup tunggu kami tepi padang bersama para paramedik dan pompom girl (^_~)Y , kami berserah dan mencuba sebaik mungkin. GD yang sedang sibuk di acara bola tampar kami lepaskan dengan hati yang berat. Kaki yang sakit saya balut sekuat hati dan spray banyak-banyak. Memandangkan GA di team bola jaring Irbid B yang sedia terseliuh kaki sejak hari pertama lagi saya lihat masih cekal berlari atas court, saya kuatkan semangat supaya tidak terlampau menghiraukan rasa sakit. Lompat dan lari memang tak dapat dipisahkan dari bola jaring. Jadi, tahan dan buat sehabis mungkin! Atlet lain yang sakit dan lebam cepat-cepat paramedik khas Irbid kasi treatment manakala yang cuak dan cemas, kami ubatkan dengan dorongan dan kata-kata semangat yang tinggi dari Irbidians lain yang menyokong. Pasrah. Kami berserah dan bertawakkal dengan aim untuk mendapat gangsa.

Alhamdulillah berkat sokongan dan doa dari penyokong dan rakan-rakan di Irbid selain kebergantungan yang tinggi kepada Allah, akhirnya kami berjaya menewaskan Mu'tah A dengan mata 7 - 1 . Syukur tak terkira. Macam tak percaya sebab kami tersangat tertekan di awal perlawanan. Agaknya itulah yang dinamakan semangat ukhwah yang tinggi.Saling membantu dan saling memberi dorongan.



Nasib baik juga ada stok kawan-kawan yang suka buat lawak gila waktu kami tengah tension. Sekurang-kurangnya dalam bengang-bengang takut tu, kami masih mampu gelak dan sedikit relaks (Bayangkan bila ada sorang member yang sangat berapi sebab hilang fokus tetiba gelak sakan bila ada penyokong Irbid timbulkan balik isu cara latihan "halang shoot gaya babun" Berubah 180 darjah terus mood kawan tu.. ^_^ ) Lagi satu, jersi Irbid tahun ni best! Buat kami rasa sangat semangat kesukanan membara-bara. Yang paling special dalam pertandingan akhir Irbid A dan Irbid B, kami guna beep netball Irbid sendiri. Fuh, semangat warga Irbid terasa menyerap-menyerap ke setiap sendi. Terima kasih semua!! You are the best!!

Perlawanan paling sengit tentulah sewaktu menyaksikan final Bola jaring antara Mu'tah B dan Irbid B. Tahun lepas, team saya kalah sipi SATU MATA. Jadinya kami sangat berharap agar tahun ni kekalahan dapat ditebus walaupun bukan dari kumpulan saya. Saingan memang hebat. Tambahan Mu'tah memang sudah sangat terkenal dengan para atlet bola jaringnya yang sedia hebat dari dulu. Tapi saya yakin dengan pasukan kami. Tambahan mereka pernah bertemu di dalam perlawanan Kumpulan B dengan Irbid B sebagai johan dan Mu'tah B sebagai naib johan. Justeru memang kami berharap kemenangan dapat diulang sekali lagi. Alhamdulillah, harapan kami terlaksana. Tak sia-sia serak-serak suara demi menaikkan semangat pasukan sendiri. Congratulation guys!!

Habis game, kaki saya makin berdenyut-denyut. Sudahnya waktu majlis perasmian penutup, saya telan dua biji ubat tahan sakit supaya tak terlampau terasa menyucuk-nyucuk. Tapi bila semua selesai, saya jadi tak boleh berjalan sendiri. Asal pijak tanah, tumit rasa sangat-sangat sakit. Senior suspek saya kena muscle strain di buku lali(otot terkoyak). Sedih sangat-sangat sebab tak boleh join atlet-atlet lain ambil gambar di bawah court dengan pingat-pingat dan piala-piala Irbid yang banyak tu. Tapi daripada menyusahkan orang nak ke bawah, baik saya duduk senyap-senyap kat tempat beg. Takpe-takpe, tahun depan insyallah ada rezeki saya balik.

Syukran jazilan banyak-banyak juga pada kawan-kawan dan senior yang sudi bantu papah saya, bawak beg saya, angkut saya gi klinik dan bantu apa yang patut. Doktor memang dah sahkan muscle sprain. Ubatnya? Tahan je lah sampai baik sendiri. (T_T) So, mulai esok saya akan ke kelas guna tongkat selagi tak mampu jalan betul-betul. (Malunyerrr). Esok nak pergi buat xray tapi rasanya tak ada apa-apa kot. Saya malas nak simen sebab susahla nak pakai kasut nanti. Harapnya kaki ni cepat la sembuh. Aminnn...

Oklah, tahniah sekali lagi buat semua atlet Irbid. Alhamdulillah semua orang ada pingat masing-masing. Good Job!!! Semoga tahun depan Irbid kekal cemerlang sebagai kontigen yang serba hebat dan bergelar juara buat kesekelian kalinya.. Aminn.. Tak sia-sia motto Irbid kali ni - KAMI DATANG BUKAN SEKADAR TETAMU - (^_~)Y

Saya suka sorakan berhantu Irbid di Mu'tah:

Siapa kita???!!......IRBID!!!......

Siapa kita??!!......IRBID!!!......

Takbir!!!...... ALLAHUAKBAR!!!!......

Buat team netball Irbid B, korang memang sangat bagus! Kak Mae (C), Kak Aisyah Sopian (WA), Cu-a (GD), Bella (GA), Hanis(GK), Kak Teha(WD), Nuha (simpanan GA), Kak Dalila(simpanan GD), Kak Nadiah(simpanan WA). Terima kasih banyak-banyak atas kerjasama dan sokongan korang pada Ainul (GS). Tanpa korang, mungkin Ainul pun payah nak sampai ke tahap ni. Sama juga pada team netball Irbid A dan seluruh penyokong Irbid. You are the Best! We are The Best! Irbid The Best! ^_^

** Tahniah juga pada Mu'tah sebab berjaya menganjurkan majlis dengan baik. Bravo!

** Buat Ahli bayt M.B ( Akak, kakak, kak yong & kak Mira ), rumah transit M.B sangat best. Layanan super duper star! Semua aspek terjaga sampai kami tak pernah sempat jamah makanan KARISMA (kecuali waktu tengah game) sebab rumah ni dah siap everything yang best! Sangat seronok duduk ngan kome semua. Udahler semuanya geng BKAPJ, makin hingor kita dalam itu yer. Insyallah bila-bila kita jumpa lagi la yer. Maner ler tau kot-kot lepas ni boleh tukar teka-teki baru lagi.. Hehe..Terima kasih banyak-banyak sebab sudi numpangkan kami bertiga kat sana. Meriah bebenor ler teman duduk dengan kome! Deme lagi dua tu pun mesti kate bende yang sama jugok. Sayang kome!! ^_^

** nanti-nanti saya upload gambar plak ok!
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images