Skuad Netball Irbid Boleh!!



Salam

Petang ni saya akan bertolak ke mantiqah Mu'tah untuk kejohanan KARISMA. Dalam kejohanan ni, bola jaring, bola tampar, badminton, pingpong dan bola sepak ada dipertandingkan.

Macam tahun lepas, saya masuk sebagai wakil skuad bola jaring Irbid. Cumanya tahun ni saya tambah lagi sikit penyertaan sebagai skuad bola tampar perempuan jugak. Tapi bagi skuad bola tampar ni, saya mungkin jadi simpanan dahulu sebab nak tumpukan pada bola jaring. Posisi dalam skuad bola jaring sebagai GS kadang-kadang buat saya kecut perut nak bertanding. Kalau saya teruk, pasukan mungkin akan jadi teruk sebab saya watak utama untuk masukkan bola ke dalam net di samping bantuan dari GA. Harapnya semua berjalan lancar. Fokus..fokus... Aim betul-betul... Ganbatte semua!

Doakan kami ya kawan-kawan. Semoga KARISMA kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Play For Fun *jangan pressure*. Datang Bukan Sekadar Tetamu *mahu rebut piala*. Datang demi Ukhwah *semoga takda kes-kes emo macam dulu*...

Mulai hari ini 30 April hingga 2 Mei kami akan berkampung di sana. Tak sabar nak pergi.. Go..go IRBID!! Irbid bolehh!!! (^_~)Y

Ingat pesanan dan amanah ya ahli skuad semua. Main baik-baik. Jangan gaduh-gaduh. Biarkan je kalau ada yang cuba nak psyco kita. Yang penting, sabar kena tinggi hati kena tenang. Senyum banyak-banyak, gelak banyak-banyak supaya semua tak pressure. Semoga kita pulang dengan kejayaan. Aminn...

Nikmat

Salam


Exam CVS sudah pun tamat tiga hari lepas. Keputusan? Ehm, tak tau la nak kata apa. Terkejut yang teramat. Ingatkan saya seorang. Rupanya semua sekasut. Sedangkan budak arab yang selalu dapat 95 lebih pun menjunam (bagi mereka) ke angka 80-an yang sangat luar biasa rendahnya, apatah lagi saya. Kawan-kawan yang melayu lain pun lebih kurang sama keadaannya agaknya.Peperiksaan kali ini sangat memberi sepakan yang hebat kepada kami. Lalu dalam sehari dua ni, terasa hidup macam kucar-kacir sedikit dalam tempoh masa mahu kembali normal dek kekejutan. Payah juga nak stabil. Tambah-tambah bila hari ni habis exam, esok terus mula kelas baru. Suhu tak sempat turun, dah kena memecut balik. Sabar je lah. Dalam hati dah puas memekik "sabar weh.. sabar.. tawakkal.. markah lab tak keluar lagi.. jangan pandang belakang dah.. "

Entry yang lepas macam kasi signal suruh baca selalu, itu yang jadi pemalas sikit mahu update. Bila dah sakit jiwa raga, selain tawakkal saya lepas geram dengan bermain bola sewaktu latihan KARISMA.(tak lepas kang lagi sakit) Seminggu dua ni dengan rela hatinya saya menahan perit tangan main bola tampar sambil hempas pulas main bola jaring sepuas hati asalkan tension hilang. Tapi hari pertama memang hancus. Shoot tak masuk-masuk, serve tak lepas-lepas. Macam apa je. Lagi bengang lagi adalah. Main sampai letih, balik terus tidur. Haha, sangat lega!

Kawan-kawan lain pun sama. Semua tengah emosi tak stabil. Jangan kacau lebih-lebih kalau tak mahu kena fire. Sendiri faham la agaknya. Saya sendiri pun senyum time depan orang sahaja, bila sorang-sorang mulalah rasa semacam. Tertekan, bengang, sedih dan macam-macam. Pergi majlis hari jadi sehari lepas birthday pun macam ala kadar je rasa. Tak semeriah selalu. Senyum gelak keterpaksaan sebab ada orang padahal saya lebih suka berseorangan sekejap sebab takut terlepas yang tak patut pada yang lain. Asiff jiddan.

Tapi lepas dua tiga hari ini, rasanya ramai dah kembali normal termasuk saya. Agaknya semua dah puas melepas perasaan dan ambil masa untuk berfikir. Betapa kali ini kami diberi satu pengajaran yang sangat hebat supaya masing-masing sedar diri dan tak cepat leka bahawa sekuat mana pun kita usaha, hasilnya tetap di Tangan Allah. Betapa selama ini kita diberi nikmat yang pelbagai dan mungkin selalu mendapat markah yang kita harapkan. Tapi sampai suatu masa Allah uji kita sekejap dengan memberi markah yang paling kita tak pernah duga untuk lihat sejauh mana reaksi kita.

Mungkin ada yang menangis tak henti-henti beberapa hari dan mungkin ada juga yang masih kekal bersyukur dalam hati yang remuk dengan markah yang tidak seberapa. Tapi walau apa sekalipun, yang penting kita kembali bangun selepas jatuh. Jangan mudah mengalah. Itu hanya sekadar jentik yang sedikit supaya kita tak leka sangat bahawa perjalanan masih jauh dan kita perlu belajar menerima segala macam rintangan dalam hidup. Malahan kita tak sepatutnya rasa down sebab ramai yang senasib dengan kita dan mungkin kita tak tahu ada yang lagi teruk dari kita. Sekurang-kurangnya masih perlu ada sedikit kesyukuran tentang itu. Dan sekarang baru kita tahu apa rasa nikmat kejayaan yang Allah berikan dulu.. Now, get up and start a new life!

Bercakap tentang nikmat, tadi saya baru ditanya oleh seorang kawan mengenai signifikasi rasa-rasa air dalam badan. Kalau tak silap, soalan ini pernah diutarakan oleh seorang cendikiawan islam terkenal zaman dulu-dulu tapi saya tak ingat siapa. Beliau bertanya " Kenapa air liur rasa tawar? Kenapa air mata rasa masin? kenapa air telinga rasa pahit? Kenapa air hidung / hingus selalu rasa panas? " (erk, siapa yang pernah rasa air telinga yer? eiiii... @_@ )

Kami yang dengar menganga seketika. Tak pernah fikir pun soalan-soalan ni sebelum ni. Apa ye jawapannya? Jenuh jugakla kasi jawapan skema saintifik dan juga jawapan merapu-meraban. Main bantai je banyaknyer. Rupanya-rupanya bila ditanya kembali apa jawapan semua tu, dia jawab...

" Air liur tawar supaya dia dapat merasa semua rasa makanan. Air mata masin supaya dia dapat mencuci mata dengan lebih berkesan dan sesuai keadaannya dengan mata yang banyak diperbuat daripada lemak. Air telinga pahit supaya dia dapat melindungi telinga daripada dimasuki serangga hingga tembus ke otak. Air hingus pula panas supaya dia dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan otak di samping sebab ada sinus-sinus yang berongga. "

Wah... saintifik sungguh! Tapi saya dapat faham sekerat dua je la. Yang air liur dan air telinga je. Itu pun sebab tadi tetiba plak kawan dentist cerita yang diaorang baru belajar dalam kuliag oral histo ke anat kot yang serangga ni alah dengan benda-benda pahit, so kalau dia masuk telinga then jumpa air yang pahit, dia akan lari keluar sebelum sempat sampai tembus ke otak. Oooo... Erm, yang air mata dan air hidung tu masih dalam pencarian. Silibus subjek pun tak sampai lagi nih. Kalau sesiapa ada bukti yang kukuh, bolehlah kasitau sama yer..

Hurm, cuba lah bayangkan kalau Allah bantai buat je semua rasa-rasa air tu bukan pada sunnatullah dan fitrah yang sebenar, mesti huru-hara badan kita jadinya. Tak boleh nak rasa makanan, mata rosak, serangga suka-suki keluar masuk telinga, otak pening nak kasi arahan dan hidung dan macam-macam lagi lah.

Itu baru pasal rasa air dalam area muka je. Belum masuk segala sistem yang ada pada badan manusia. Yang baru setakat belajar pasal sistem darah, lymph, jantung, salur darah semua ni pun dah banyak kali saya takjub dengar kekuasaan Allah dan kehebatan ciptaan manusia, inikan pula kalau nak geledah semua. Saya perlukan masa enam tahun untuk habiskan silibus medik sahaja. Belum campur yang luar medik. Wuishhh, hebatnya Allah!

Yang paling saya tak boleh lupa ialah kepentingan bayi menangis waktu lahir. Hebat tak terjangka! Bayangkanlah.. Bayi bila lahir dia akan menangis kan? Bila dia menangis, dalam masa yang sama dia akan rembeskan sesuatu yang menyebabkan peparu dia mula nak berfungsi. Bila peparu dah okay sikit, maka sistem perjalanan darah dia akan berubah. Kalau dalam rahim ibu,dia tak pakai peparu tapi guna short-cut dalam jantung. Bila peparu mula okay waktu menangis, tekanan dalam jantung dia akan berubah dan hal ni akan menutup jalan short cut yang ada pada jantung dia. So, barulah jantung dia normal macam orang biasa. Kalau tak sempat tutup atau jadi sesuatu yang tak normal, budak tu dikira ada jantung berlubang!Sebab tu kalau bayi tak menangis waktu lahir, orang cepat risau. (Ini saya terang secara kesimpulan je ye pada yang tak tahu) Banyak lagi lah yang saya suka dapat tahu. Hebatkan nikmat Allah?

Sebab itu kita kena selalu bersyukur dan redha dengan apa yang Allah kurniakan untuk kita. Kadang-kadang kalau Allah kasi dugaan, bukan maknanya Dia kejam dengan kita ke nak gagalkan kita ke apa tapi Dia tegur kita supaya lebih sedar dan kembali kepada Dia. Mungkin ada sesuatu yang kita terlupa sebelum ini. Jadi apa yang dah jadi, biar je lah dah berlalu. Lepas ni kita berubahlah kalau ada yang perlu diubah dan jadi lebih baik dari sebelumnya ya! Aminn... (^_~)Y

** 30 April hingga 2 Mei ini saya akan ke Mu'tah untuk KARISMA untuk bertanding dalam acara bola tampar dan bola jaring. Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan ok! Semoga semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Amin! ~ blog ini cuti jap! ~

** Happy BIrthday to Belle dan Mahera.. Sorang 20 tahun sorang lagi 19 tahun. Semoga tahun ini korang akan jadi lebih baik dan lebih bagus dari tahun-tahun sebelumnya dalam apa jua keadaan. Sayang korang!

** Syafakillah pada sahabat yang baru lepas operation lutut sebab cedera tempohari. Harap doakan dia cepat sembuh dan kembali sihat seperti selalu.. ~ Tetiba diri sendiri cuak plak nak main nih. Na'uzubillah, moga dijauhkan semua atlet dari cedera time main..~

** Selamat Pengantin Baru kepada Abang Azwan dan Kak Unknown-yet.. Moga bahagia hingga ke syurga bersama keluarga yang dibina.

** Buat adik tersayang, Amira.. Jangan cepat tertekan kat sekolah. Normal la tu tension duduk dalam kalangan orang yang hebat-hebat dan kena buli senior. Yang penting Mira kuat dan tak mudah mengalah! Chaiyokk!!!!

** good luck pada senior-senior final year yang akan mula final exam esok.. Dan good luck gak pada sesiapa je lah lagi yang exam tak henti-henti dari aritu sampai habis sem nih Jun ini. ^_^ ganbatte kudasai! bitaufiq wanjjah

** Wow, panjangnya entry kali ni. Maaf kalau terambil masa korang. Terima kasih baca.. Akhir kalam, ni email Indonesia yang best saya jumpa tentang nikmat kesusahan. Kalau tak faham, boleh bukak kamus k. Jumpa lagi..

Awak Incrdible Hulk ?


Salam

Awak Incredible Hulk? Ya ke tidak ? Oh, saya harap tidak.. Kenapa saya tak berapa suka awak jadi macam Incrdible Hulk? Sebab sekali Incredible Hulk mengamuk, habis baju-baju dia rosak. Nampak aurat satu hal, membazir duit nak beli baju baru pun satu hal. Lagi satu, bila dia mengamuk, muka dia jadi sangat hodoh! Hijau macam alien. Tak hensem dah, tercabut jantung saya tengok. Kuat macam godzilla pun takde guna sebab takde sapa berani dekat dengan dia. Tak malu ke orang boleh nampak kelemahan-kelemahan dia bila mengamuk cenggitu? Aishh..

ok, sebenarnya malam ni sebab dah penat menghadap buku, saya nak kongsi pasal perbincangan saya dan kawan-kawan tadi sewaktu berkumpul. Berkisar tentang emosi.Biasalah orang perempuan. Tambah-tambah nak dekat exam. Lagi haru-biru jadinya. Silap gaya ada yang terpecah hati kaca, terjolok sarang tebuan dan jadi mak ayam yang kena anaknya dikacau. Tunggang-terbalik habis. Ala-ala incredible Hulk lah. Jadinya tadi kitaorang kongsi-kongsi cara nak lepas perasaan sama-sama sebab nak tolong kawan yang berjiwa makan dalam sorang-sorang supaya tak sengsara jiwa raga dah lepas ni dan mengelakkan diri dari kena sindrom Incredible Hulk.

Kebetulan dalam berkumpul tadi ramai yang datang dari personaliti yang berbeza-beza. Ada yang rileks sentiasa, ada yang diam-diam tapi jangan main-main dengan dia, ada gak yang happy go lucky sentiasa. Jadinya, banyak info yang boleh tukar-tukar. Antara yang kami dapat share dan tambahan sendiri:

1. Kalau geram kat orang, tegur je! - Tapi cara ni susah nak aplikasi pada orang yang tak boleh cakap depan terus. Memerlukan keberanian yang tinggi dan kesabaran serta skill pandai cover marah yang boleh tahan supaya ayat tak jadi pisau yang boleh membawa kepada kes-kes keterasaan hati yang panjang berjela-jela tak berhenti.

2. Diam - Ini turut dinamakan pendam perasaan juga. Senang tapi payah jadi kalau pendam tak hilang-hilang. Dari pendam langsung jadi dendam ataupun makan dalam. Kalau nak pakai cara ni, kena pakai formula sinergi sikit untuk hilangkan cepat. Contohnya pergi cari sesuatu yang beri kepuasan diri. Contoh: Tidur, jalan-jalan, makan ( erk, ni bahaya! ), main game, tulis diary, tulis blog, atau sebagainya. Sukan pun okay juga! Pergi main squash, sambil ayun raket, bayangkan muka orang yang kita geram berada di dinding sebagai sasaran. Oho, sangat kejam tapi takpe janji hilang. Dinding tu sukarela membantu anda.

3. Kasi hint - Ini untuk yang tak boleh guna cara cakap depan. Hint boleh pakai macam-macam cara. Contoh tadi kalau geram sebab orang suka mengumpat, tampal besar-besar dekat area port mengumpat tu "Mengumpat lebih besar dosanya dari membunuh". Kalau tak faham gak, tak tahulah nak kata apa sebabnya cara ini terbukti berkesan untuk kanak-kanak di Malaysia. Budak kecik reti, takkan yang dah mumaiyiz tak faham bahasa? Kecualinya memang jenis tak makan saman..

4. Cerita kat orang lain - Pastikan jangan cerita yang mengaibkan orang kalau main hentam nak cerita kat sesiapa. Pakai nick name lebih baik. Kalau tak puas hati nak gak terus terang A to Z, pastikan pendengar diiktiraf thiqah(boleh dipercayai) dan pandai simpan rahsia supaya dia pun tak sebar merata-rata kegeraman kita.

5. Berlapang dada - Erm, yang ni adalah cara paling susah nak buat time on the spot marah. Perlukan latihan dan kekuatan zahir batin yang cukup power dan iman yang sangat teguh. Tabik hormat pada siapa yang boleh buat macam ni sebabnya penulis pun hanya mampu berlapang dada selepas sejam dua dada berapi-api. Tapi inilah yang sebaiknya sebenarnya.

6. Jauhkan diri dari manusia sekelian - Sangat baik untuk orang-orang yang tahu kebarangkalian dirinya bakal 'membakar kelambu bila geram kat nyamuk seekor'. Sebabnya kalau tidak, ada manusia lain yang akan teraniaya dek kemarahan dia. Jadi pandai-pandailah dia mengasingkan diri. Kadang-kadang mengasingkan diri boleh dilakukan hanya dengan diam dan pamerkan riak muka yang sangat horror. Insyallah takde siapa berani dekat dan ganggu anda ketika itu.

7. Buat Bodoh - Bak kata orang kampung kawan saya "Buat Don't Know" je. Ha, yang ini penulis selalu buat. Tapi kan terus terang cakap, jangan buat selalu sebab nanti lama-lama boleh jadi pengabai tegar. Terasa seperti sudah transform macam batu pun ada. Payah nak beza dia perli ke dia gurau-gurau sahaja. Cumanya memang ia sangat bagus untuk rawatan penyakit 'sering terasa' macam penulis zaman dahulu kala. Buat sekadar yang perlu sahaja ok. Jangan lebih-lebih.

Kesimpulannya semua cara di atas hanyalah antara cara-cara yang boleh dibuat untuk ambil masa menghilangkan rasa marah atau yang seumpama dengannya. Lain orang, lain ragamnya kan? Tapi tadi terjumpa seorang kawan yang cepat sangat amnesia bila dah marah. Dalam tengah-tengah marah tu, boleh pulak dia terlupa kenapa dia marah. Ya rabbi.. Sabar jelah, tapi bagus gak dia dapat perangai macam tu. Lapanggg dada dia selalu. Patutnya nampak susah sangat dia nak mengamuk ke apa. Comel betul! Hehe..

Ada kawan beritahu bahawa sebenarnya marah itu dibenarkan kalau memang apa yang kawan kita buat tu salah. Tapi yang sebenarnya dikatakan larangan jangan marah tu adalah cara kita bertindak ketika marah. Sebabnya bila marah, manusia cenderung bertindak di luar kawalan. Tambahan syaitan kat sebelah tak habis-habis merenjis minyak tanah dalam api kat hati kita, eh bukan takat renjis tapi siap tunggang curah sampai habis lagi. Mana tak makin marak kan? So, waktu itu kebijaksaan kita mengawal marah tu yang paling penting.

Dalam Islam ada gariskan, kalau kita marah maka kita disuruh pergi ambil air wuduk. Biar api dalam hati kita terpadam dengan sejuk air yang lalu di badan kita. Kalau tengah bercakap, diam. Kalau tengah diam, berlalu cepat-cepat. Kalau tengah berdiri, duduk. Kalau tengah duduk, baring. Kalau tengah baring, tidur je! Pendek kata, bila marah silalah buat kerja lain supaya perhatian kita pada benda yang kita marah tu teralih kejap.

Bila dah marah, cubalah sedaya upaya hilangkan marah tu. Jangan pendam lama-lama. Nanti penat. Kesian kat diri sendiri. Sakit hati lama-lama kalau tak ubat hati boleh mati. Susah tu. Jadi harapnya lepas perkongsian ni bolehlah kita sama-sama cuba nak rawat masalah emosi masing-masing ok. Sekian. Jumpa Lagi.

P/s: Esok ada solat hajat Batch, Lusa ada last minute study group, tulat exam!!! Doakan saya dan rakan-rakan lain di sini. Moga Allah permudahkan urusan kami dan urusan kalian. Amin...

Musim Bunga Musim Cinta ?

Salam

Macam yang semua tahu, sekarang di JOrdan dah mula masuk musim bunga. Dah banyak bunga-bunga lawa yang kecil-kecil tu dah tumbuh. Di sini taklah sehebat di negara eropah yang sangat ketara musim bunganya. Cuma kalau diperhatikan selain bunga ros, kebanyakannya bunga-bunga renek yang tumbuh dekat kawasan macam padang-padang sikit. Bunga dia ala-ala lalang tapi banyak warna. Selalunya warna putih, ungu dan kuning. Dalam celah-celah warna-warna ni mesti terselit sekuntum dua yang warna merah! Waktu sebegini tanah-tanah lapang memang sangat cantik. Rasa nak baring je atas tu. Hehe..

Orang ada kata selalunya musim bunga ni musim bercinta. Yeke? Entahlah sebabnya saya tak berapa rasa macam tu pun tapi kalau musim kahwin di Malaysia mungkin betul. Setakat masuk musim bunga ni, sudah tiga sepupu saya di Malaysia kahwin. Selang dua minggu setiap seorang.

Macam esok ni, sepupu saya Abang Nazri akan buat kenduri kahwin di kampung. Dia pengantin kedua kami. Sempat juga tadi dalam sibuk-sibuk buat medical dan dental check-up saya telefon mereka di kampung. Bercerita sakan kami tentang dia. Saya macam biasalah merungut tak dapat datang tumpang sekaki. Lagipun abang nazri memang antara yang rapat dengan saya, dialah drebar waktu di INTEC dulu kalau nak keluar berjalan atau balik kampung. Selamat Pengantin Baru Abang Naz dan Kak Fadz! *hadiah unta tu kalau nak sila sponsor tambang bawak balik k.. Hehe..*

Dua minggu lepas, sepupu perempuan Siti Rahmah berkahwin. Dua minggu akan datang pula sepupu lagi seorang Abang Azwan pula akan bernikah. Ramai lagi ahli baru tahun ni. Semalam dapat kiriman terbaru gambar Amirul Syafiq, anak sepupu yang baru lahir dua tiga bulan lepas. Comel! Ada lagi seorang yang belum dapat gambarnya. Dan lagi seorang akan menyusul bulan enam ni. Waaah, banyak bayi lagi! Seronoknyaa...

Jadinya, mungkin betullah musim bunga ini musim kahwin. (Arina, betulkan statement ya!) Saya dapat ramai sepupu baru. Paling best sebab ahli baru semua perempuan, maka makin bertambah ahli jemaah kami kat kampung nanti nak buat geng. (^_^)Y

Oh ya, tadi baru sudah tamat Mini Klinik JUST. Bravo! Mantap! Tahniah.. Best sebab dapat banyak sangat info baru terutama bahagian jumpa doktor dan dentist. Sakan saya tanya habis-habisan. Memang dapat input yang terlampau banyak rasanya. Bagusla tu.. Tahniah AJK semua! Harapnya tahun depan boleh buat lagi ok. Paling akhir tadi ceramah oleh Dekan Fakulti Perubatan UKM tentang cabang doktor. Paling akhir tertinggi katanya tahap Super Specialist. Er,, kalau kira-kira nak sampai SS tu mahunya dekat 15 tahun lagi dari sekarang. Itu pun kalau terus menerus. Gulp! Lamanyaa... -_-" (takpe..takpe... Dr kata sekarang ni tumpu dulu jadi super student!)

Ok, setakat ini sahaja aktiviti saya hari ni selain latihan bola jaring tadi sekejap. Hari ni sempat belajar rushing-rushing sahaja. So, kena tampung balik malam ni. Alhamdulillah esok dah masuk study week, lega sikit rasanya. Tapi masih cuak lagi sebab exam dah dekat dan silibus masih bertimbun. Update blog ini pun sebab nak tampung cerita pada keluarga dan kenalan semua. Senang, semua baca je terus. Lagipun kredit dah pokai tadi. Hehe..

So, esok aktiviti seterusnya saya jadi Jaga Ma'arad (Hari Antarabangsa) kat JUST. Hari pertama paling sibuk dan paling meriah kot sebab ada perasmian. Tahun ini saya target mahu tengok persembahan waktu perasmian tu nanti. Dulu terlepas. Sesi saya petang, jadi tengok persembahan pastu jalan-jalan, kemudian jaga. Habis terus balik dan sambung study! Ok, semoga semua perancangan esok berjalan lancar. Aminn...

Terima Kasih

Salam

Hari ni Pesta Buku 2009 dah bermula. Seronok betul kalau sekarang ada di Malaysia, hujung minggu macam ni bolehla menyelinap sebentar ke sana kalau ada masa. Huhu.. Takpelah, dah takde rezeki nak buat macam mana kan? Daripada dulu tak lepas-lepas nak pergi. Agaknya kena tunggu habis belajar dulu kot baru boleh? -_-

Tapi sejak minggu lepas, ramai kawan-kawan dah mula tawarkan diri nak tolong belikan buku-buku untuk saya kat sini. Kenalan blogger di Malaysia pun ramai tanya nak tolong belikan ke tak. Nak simpankan boleh, nak poskan pun boleh. Aish, terharunya. T_T Terima kasih banyak-banyak ya semua..

Tapi bila saya fikir-fikir balik, rasa macam payah la plak. Ala.. Seganlah nak menyusahkan orang. Nanti takut pula ada yang tak cukup duit nak habiskan buku untuk diri sendiri semata-mata nak tolong saya. Tak patut tu. Tak pe lah.. Lagipun saya tak berapa tahu buku-buku baru yang diterbitkan kali ni kecuali beberapa kerat sahaja. Jadi, tak pe lah kot. Nanti balik Malaysia saya cuba cari kat kedai kalau saya keluar. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi teringat kat orang jauh nih. ^_^

** Oh ya, minggu ini ada Program Mini Clinic JUST di Irbid. Tema tahun ni BETTER INFORMATION, BETTER HEALTH. Iklan boleh rujuk laman MMJ. Mini Clinic ini gabungan perubatan dan pergigian. Jadinya bolehlah kita periksa semua aspek head to toe including teeth. Insyallah bagus untuk kesihatan dan masa depan semua orang. Jemput datang ya semua warga Irbid!




** Minggu ini juga sepatutnya ada latihan Bola Tampar dan Bola Jaring sepanjang minggu untuk KARISMA 2009. Tapi memandangkan saya ada exam Sabtu ini, jadinya saya minta dikecualikan sekejap dari latihan. Habis peperiksaan nanti, saya ikut berlatih habis-habisan insyallah. Terima kasih pada kapten-kapten yang memahami! Syukran jazilan banyak-banyak. Doakan saya dapat jawab exam dengan cemerlang ya sebelum turun padang.. Tak sabar nak baling bola nih lepas habis jawab exam.. Doakan saya dan kawan-kawan semua sukses ya!



** Tadi lepas balik jamuah ringan Rumah Oren, saya mengintai belakang rumah. Wa!!! Banyak bunga ros dah berkembang dan mula rimbun. Tangan terasa gatal nak memetik dua tiga kuntum bawak masuk bilik. Hehe.. Takpe, tuan rumah memang dah kasi kebenaran dari dulu pun. Kalau kitaorang tak ambil sendiri pun, nanti dia akan kasi juga kat kitaorang lepas dia dah kasi pada isteri dia. Romantis kan baba? Hehe.. So, minggu ni bilik saya dapat aroma semulajadila nampak gayanya. Ros dah keluar, buah askadania pun dah mula masak. Lepas ni apa pulak nak keluar yer? Ini lah antara sebab saya suka musim bunga.. Belakang rumah boleh dapat banyak buah dengan bunga. Wangi dan sedap! (^_~)Y Nak study luar pun seronok...

Survivor

Salam

Ini keadaan saya yang sekarang ... Peperiksaan ada lagi seminggu lebih. Latihan sukan ( bola jaring dan bola tampar keduanya saya terpilih, payah gak nih ) ada lagi tiga minggu. Program Ziarah MT anjuran HELWI saya tak mula-mulakan lagi.



Maka, target saya saat ini mahu jadi begini.. Utamakan yang paling utama dahulu sambil buat-buat yang lain. Saya tak mahu kata saya terlewat. Kita kena positif. Saya masih boleh buat kalau saya mula sekarang! Fokus exam dulu. Bahagian sukan nih sebelum waktu exam kita boleh menyelit-nyelit bila tension nanti. Habis exam baru pulun habis-habisan. Yang lain, tengoklah dulu. Insyallah boleh punyala...



Maka, minggu ini bakal jadi minggu yang amat padat di luar. Doakan saya tak banyak mengeluh dan kalah pada keadaan. Dah namanya pelajar, itu normal la kan? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Harapnya saya dapat bertahan! Ada orang suruh saya kekalkan sibuk sesibuk-sibuknya selama 40 hari supaya nanti sibuk jadi tabiat. Haha.. Cadangan yang bernas! ^_^ Harapnya saya tak pengsan dalam jangka masa 40 hari tu. hehe...

Minggu ini saya ada lagu tema baru. Sengaja pilih yang ini supaya tidak cepat sangat down bila letih. Tajuknya Survivor. Dua tiga hari ini asyik mengulang dengar lagu yang sama bila mula rasa tak larat. Kalau mengantuk, dengar intronya sahaja dah terjaga. Ala-ala macam lebih kurang sama liriknya dengan keadaan saya. Saya letak sini sikit-sikit ayatnya untuk tatapan. Bacalah~

Every time, everyday,
now, everybody's a survivor.
looking for every way,
in this situation, don't give up.

from here on, let's get up and search for the light.
because there's this chance to change, together, let's try.
oh baby, let's try!

in your heart, if you can find one smile, shine on me;
two smiles, compile them and shine on me.
so that the world can shine, smile, smile,
live through it, survivor!

the things that you can't do when you're alone,
but if you can start facing these feelings, we can...
oh baby, we can!

everyone's a survivor...
let's go together, survivor.
smiling and dreaming now...
everybody, everybody, now!

in your heart, if you can find one smile, shine on me;
two smiles, compile them...
so that the world can shine, smile, smile,
and embrace it while living.

Tamat~

Jadi, para survivor sekelian, senyumlah dalam menghadapi hidup penuh cabaran anda! Aja-aja fighting!



** pss, selamat maju jaya pada kawan-kawan medik di mesir yang dah nak mula final!

Kuantiti Bukan Penghalang, Umur Bukan Ukuran..

Salam



Haih, penatnya hari ini. Dari siang tadi kami berkumpul di stadium JUST untuk Hari Sukan PERMAI a.k.a pre-KARISMA mantiqah Irbid. Dari pukul 7.00 pagi keluar rumah sampailah dekat pukul 9.00 malam baru sampai rumah. Walaupun di awalnya sangat tertekan dengan kerenah pakcik bas yang lewat 3 jam ambil kami di Bab Syimali, tapi impak permainan hari ini kembali membuatkan ramai kembali bersemangat waja mengejar pingat dan semangat di sana.

Saya adalah ahli kumpulan Oren atau nama lainnya Namrul Hulk ( Harimau Hulk ). Kumpulan lain yang ada gak hari ni ialah kumpulan Hot Chilli (Merah), Shark (Biru), Coco (Coklat), Hulk (Hijau), dan team Ungu (lupa namalah..).

Nak dijadikan cerita, acara hari ni ada bola jaring, bola tampar, badminton, pingpong dan balapan (lari-lari, lompat tinggi dan lompat jauh). Banyak kan? Tapi sayangnya kumpulan saya yang hadir hanyalah seramai 14 ke 16 orang ntah merangkap kumpulan paling tersikit ahli yang datang hari ini. Takpelah, nak buat macam mana.. Kawan-kawan lain ramai nak exam esok, jadi terpaksalah terima ketidakhadiran diaorang. Lagipun, diaorang ramai nak doakan kami dari rumah. Jadi bergantung harap jugak sebenarnya dengan doa-doa kawan-kawan semua. ^_^

Bila dah acara banyak yang perlukan orang yang ramai sedangkan ahli yang datang hanylah seciput, maka jalan terakhir ialah semua orang kena masuk semua acara selagi tak cukup ahli! Maka bagi team saya, yang bola jaring itulah pemain bola tampar dan mereka yang sama jugalah main pingpong dan badminton, malah yang berlari dan lompat tinggi dan lompat jauh semua muka yang sama saja. Nasib lah. Nak tak nak, kena main gak walaupun secara paksa rela. Saya wakil bola tampar dan bola jaring je. Yang lain tak reti sangat, jadi tukang sorak je lah..

Walaupun cuak dek team lain yang sangat ramai atlet dan penyokong, kami si Oren terpaksalah buat gaya stamina terlebih walaupun sebenarnya semua macam dah nak longlai. Main kena power lebih sikit sebab masuk banyak acara, suara penyokong pun kena pakai suara sendiri, kalau tak siapa lagi nak sokong kan? Letih tak letih, taram je lah! Kesian juga dekat wakil yang acara bertindih-tindih, jenuh pujuk hakim kasi can lebih masa sambil lari ke hulur ke hilir tukar-tukar posisi. Ketua kumpulan la paling haru, kesian dia sibuk memanjang tadi.

Tapi cayalah Oren! Nampaknya moto spontan 'Kuantiti bukan penghalang, umur bukan ukuran' berjaya juga menyemarakkan semangat ahli oren untuk memberikan tentangan yang sangat hebat kepada kumpulan lain.

Dalam banyak-banyak acara, acara bola tampar dan bola jaringlah yang paling happening sebab semua ahli kena masuk kecuali beberapa orang yang tinggal sebab dah cukup. Dalam final bola tampar melawan kumpulan biru yang sangat ramai wakil Irbid, kumpulan oren berhasilkan dapatkan seri sebelum kalah bermaruah 14 - 15 dalam pusingan penentuan sebagai naib johan! Bola jaring pula yang dijalankan dalam semput-semput bola tampar tak hilang lagi akhirnya berjaya menggondol johan mengatasi kumpulan biru yang hebat dan lincah juga dengan beza markah tipis 4 - 3.

Bila habis bola, terus sambung balapan oleh beberapa orang yang sama dan yang memang set balapan. Sangat respek la dengan atlet balapan oren sebab masih terus bertahan hingga ke akhir waktu walaupun semua dah penat. Kita kat sebelah tumpang tolong sorak je lah gayanya sebab balapan memang saya out. =p Tapi team sorak pun boleh tahan juga semangatnya sampai sakit-sakit tekak dan tolong lari kat sebelah sama. Hoho, Go go oren!!

Dari pukul 11 mula main, dalam waktu maghrib baru semua acara tamat. Itupun lari 1500m terpaksa dibatalkan sebab tak cukup masa. Ditambah dengan atlet-atlet dari semua team 4x400 yang tersangat ramai tumbang lepas lari, jadi permainan ditamatkan.

Keputusannya, kumpulan Oren berjaya menggondol johan bola jaring, naib johan bola tampar, no. tiga pingpong dan badminton, johan dan naib johan lompat tinggi dan beberapa medal dalam balapan. Alhamdulillah.. Ok la kan? Tambahan yang paling seronoknya bila keseluruhan keputusan, kumpulan oren dapat kumpulan naib johan keseluruhan dengan kalah tipis 3 mata kepada juara keseluruhan, kumpulan Ungu. Takpe2 Oren! Itu dah sangat membanggakan dengan dugaan-dugaan kita yang banyak dari awal tadi. Hehe.. Cayalah~

Yang penting, boleh dikatakan sukan kali ni sangat memuaskan dan menyeronokkan. Memang dah lama sebenarnya nak tunggu sukan PERMAI ni sebab dah lama tak bersukan. Nak bersukan biasa-biasa hari-hari lain macam malas dan banyak hal yang mengganggu, maka waktu-waktu macam ni la yang nak lepaskan gian habis-habisan. Memang hilang tension betullah main bola tampar dengan bola jaring tadi!

Alhamdulillah semua main dengan semangat yang sangat tinggi. Insyallah takde sebarang rasa tak puas hati antara kumpulan sebab ramai main dengan semangat ukhwah yang tinggi walaupun serampang dua mata sambil kejar pingat. Buktinya contoh tadi waktu berlatih shoot, ramai shooter dari kumpulan yang berbeza saling ajar-mengajar dan tegur-menegur tentang skill walaupun nanti dah nak bersaing dah. Tak payah ada rasa nak kedekut ilmu atau kedekut skill, kita share sama-sama biar main nanti semua hebat-hebat, baru ada kepuasannya. Kan? Taklah rasa tertekan sangat main bila seronok santai macam tu.

Jadinya, saya ucapkan tahniah kepada semua warga akhawat Irbid yang ada tadi. Korang memang best! Next year kita turun lagi ya dengan kawan-kawan yang ada urusan kali ni! Biar lagi gempak dari biasa. ^_^ Best juga sebab hari ni boleh revise nama akhawat yang tak ingat sangat lagi.. Hehe.. Oh ya, lepas ni jom ramai-ramai kita hangatkan KARISMA pula. Yang dah pandai main campur bakat-bakat baru yang dikesan tadi bolehlah turun padang lepas ni main untuk wakil Irbid pulak yer. Kita kutip seberapa banyak yang boleh di Mu'tah nanti. Tapi hopefully tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Jangan gaduh-gaduh lepas lawan terutamanya. Tak best main cenggitu..

K. Ucapan khusus buat team Oren tadi yang sikit tapi luar biasa ( kak amna-kak tasya-kak ain-kak syaima-amal-hanan-rahmah-lisa-amalina-kak fiza-kak wani-hanis-syakinah-kak sab-hidayah-termasuk saya.. ada atlet yang tertinggal lagi ke?) : Korang memang gempak lah! Terbukti KUANTITI BUKAN PENGHALANG, UMUR BUKAN PENENTU ! Tak sia-sia semua tak sempat makan tengahari sampai nasi tu bawak ke malam, berjaya gak kita buktikan kekuatan Namrul Hulk kita! Hehe.. Ketua, bila nak kenduri hamper? ^_^ Jangan lupa jemput na.. Kepada ahli kumpulan yang tak dapat ikut serta, terima kasih atas doa korang. Next year kita main lagi!

Last but not least, saya suka sukan!! Majulah sukan untuk negara! Oren boleh! O.R.A.N.G.E ... orange!!!

** Dua tahun jadi ahli oren. Tahun ni oren naik sket dari tahun lepas. Tapi still kekal no 2 keseluruhan. Waris-waris oren, jom jadi oren lagi next year nak? Hehe...

** Minta maaf pada yang tertuju, tertolak, terbetembung, terpijak dan segala ter-ter yang ada dari mula lawan sambil habis acara. Kosong-kosong, lapang-lapang la yer.. Kalau sakit tak hilang, meh amik ubat kat JKKKK. =P

** Pertama kali main bola tampar selepas dua tiga hari menyibuk cuba-cuba baling dengan ahli yang lain sebelum turun paksa rela sebab kesian di awalnya. Tapi akhirnya terbukti hari ni saya sudah jatuh cinta sama bola tampar! Nak tampar bola lagi! Nak tampar bola lagi! (^_~)Y (nasib baik tangan kurang lebam sebab bola tak keras sangat hari ni.. Lega..)

** Bola Jaring VS Bola Tampar.. Mana satu pilihan hati untuk ke KARISMA nanti? Eh..eh.. macam la layak sangat.. Ramai lagi yang terer. Tapi takpelah, yang penting semangat mau ada.. Go.. go.. Irbid!

** Belajar sistem CVS menyebabkan beberapa kawan sekelas serta senior telah mewujudkan satu kuliah CVS di tengah-tengah padang bola sepak mengenai sukan dan CVS ketika balapan sedang berjalan tadi. Habis keluar segala fakta silibus dan sebagainya. Tahniah2! Semangat sungguh korang yer, bolehlah tumpang dengar sambil tumpang revise sama. Pendek kata, nampaknya tahun ni ramai semangat promosikan kebaikan sukan kepada individu. Apa lagi kawan-kawan, sila tingkatkan stamina dan kekuatan diri demi kesihatan dan masa depan anda!

** Hari ni sesi akhawat sahaja. Esok sesi syabab pulak. Good luck! Semoga oren esok bergemerlapan lagi harapnya. Amin.. Go.. go.. oren!!

Ok, setakat sini dulu. Dah penat. Nak rehat. Jumpa lagi. Salam~

Iatrophobia

Salam



Pernahkah anda mendengar perkataan I.A.T.R.O.P.H.O.B.I.A ?

Hanya ada satu tempat yang sangat ditakuti oleh penghidap Iatrophobia !

Penghidap fobia ini kebiasaanya akan mengalami kesesakan nafas, berpeluh secara terlampau, loya, mulut rasa kering, menggeletar, degupan jantung yang terlampau pantas, takut mati, dan tak boleh bercakap atau berfikir dengan betul ketika berhadapan dengan fobia mereka..

Dan telah dipastikan bahawa fobia jenis ini sangat terkenal sehingga masuk ke dalam silibus pembelajaran medik Tahun 2 Perubatan di Jordan University Of Scince And Technology yang baru saya pelajari tadi walaupun hanya belajar simptom utamanya sahaja. Eh, iatrophobia tak belajar pun. Kita belajar White Coat Syndrome je.

Apa White Coat Syndrome (Sindrom Kot Putih) ni?. Ha, cepat-cepat siapa tahu? Kawan-kawan medik 2nd year kalau tak ingat ni, kita repot pada Dr Jaafar! Hehe..

Sindrom Kot Putih tu sejenis sindrom yang buat orang yang mungkin tak berpenyakit tiba-tiba kena Tekanan Darah Tinggi apabila BERHADAPAN DENGAN DOKTOR...

Maka jawapannya Iatrophobia ialah fobia berjumpa dengan doktor ! (^_~)Y

Untuk pengetahuan, White Coat Syndrom sangat biasa jadi pada pesakit-pesakit yang datang ke klinik mahupun hospital. Bila diaorang datang, mulalah jantung berdegup pantas sampai menyukarkan doktor nak ambil bacaan tekanan darah yang betul.

Jadi apa doktor buat? Ha... oleh sebab itu doktor akan bersembang-sembang dengan pesakitnya secara ramah dan mesra alam sambil tanya diaorang benda-benda biasa macam kerja apa, anak berapa, duduk kat mana dan sekian sekian supaya pesakit lebih relax dan tak takutkan doktor seklaigus bacaan tekanan darah lebih tepat dan jitu.

Maka kesimpulannya doktor kenalah pandai tackle orang! Kankan? Kalau tak, jenuhla ramai manusia kena hypertension yang hanya jadi sebaik sahaja masuk bilik doktor! ^_^

Macam lawak je tadi dengar Dr terang pasal White Coat Syndrome. Ada juga rupanya syndrom macam ni ya? Tapi rasanya sindrom ni lebih sinonim di klinik gigi kot, ye tak? Nasib baik Dr Gigi tak payah ambil darah kalau nak periksa gigi. Kalau tak, mesti selalu jumpa orang bertekanan darah tinggi kat klinik dia. =P

Jadi kawan-kawan dentist, sila maksimumkan keramahan dan kecomelan anda supaya budak-budak kecik khususnya tidak meraung dan lari menyembunyikan diri bila datang klinik korang sebab tetiba menghidap White Coat Syndrom ataupun Dentophobia ok?. Yang medik pun sama je sebenarnya..

Tag from Ummu

Salam

Hari ni terasa nak melayan tag dari Ummu yang tengah ketensenan di Malaysia. Semoga dia bahagia membaca. ^_^

1. If you can be animal, what will you be?! Why?!
Non-patogenic bacteria (Bacteria tak merbahaya). Sebab boleh masuk badan manusia dan tengok mekanisma badan dengan lebih best dan jelas! Hehe..

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?! Why?
Boleh ek? Kalau tuan bank dah kasi, saya buat jalan-jalan je la sambil beli buku banyak-banyak. (Duit curi tak leh kasi orang daaa..) Kenapa? Sukahati saya la.. =p

3. If you can teleport yourself to any places in he world, where do you want to be?! Why?!
Tentunya balik Malaysia!!! Sebab saya rindu semua orang kat Malaysia tu..

4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want?! Why?!
Anything kecuali makanan arab sebab dah tak larat makan dah...

5. If you can kill only one person in this world, who is that person?! Why?!
Sorang zionist! sebab siapa suruh dia bunuh umat islam sesuki hati dia kat Palestin tu.

6. If you can choose either want to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice?! Why?!
more than 24hours a day.. sebabnya kalau tua kerepot sangat karang, nanti menyusahkan orang je nak menjaga saya, lainlah kalau mental fizikal masih cam orang muda waktu tu. Kesian cucu cicitku nak jaga nenek kalau nenek dah teruk sangat keadaanya... Hoho.. (terasa macam wasiat untuk masa depan je nih)

7. If you can date celebrities, who is that person?! Why?!
Kim Jae Woon sebab saja nak kasi kawan yang minat dia sama jeles.. Haha~ (^_~)Y

8. If you can have only 1 thing in this world, what should that be?! Why?!
Iman.. Takde iman, semua lingkup! Hidup pun takde guna rasanya sebab kerja mencari murka Allah je..

9. If you have opportunity to tag 7 of your friends, who are they?! Why?!
Arina, Qisti, Roronija, Jaja, Kak Tora, Yat, Syidarina sebabnya mereka punya idea nak jawab tag macam nih sentiasa gila dan merapu. Good for people who need laugh during reading session. ^_^

Kusut

Salam

*entry kusut adalah entry panjang berjela*

Maaf sudah lama tak menulis khabar berita. Saya sedikit tunggang-langgang minggu ini. Kacau-bilau rasanya jiwa. Nak menulis pun takut ke lain beloknya. Jadi saya senang diam sebentar sementara mahu kembali susun langkah supaya tidak cacat jalannya. So, ini kompilasi padat seminggu cerita saya.

Pagi ahad lepas, awal minggu saya diserikan dengan panggilan kecemasan yang tidak disangka-sangka. Ada manusia tiada kerja tiba-tiba rajin membuat onar di kediaman rakan. Nasib baik kegiatan dia tergendala dek kepantasan hero-hero malaya yang terpaksa berkejar seawal jam 3 pagi ke sana. Syukur alhamdulillah walaupun ramai yang trauma. Sudahnya hampir seminggu kami yang terlibat sibuk menyusun tindakan susulan segera. Tapi kekangan exam dan sebagainya selalu sangat membantutkan kerja. Sampai ke hari ini masih belum selesai sepenuhnya. Tak cukup satu, lagi dua kes datang bertamu. Hati yang membengkak dengan manusia gila terasa makin bernanah mendengar berita mutakhir segala. Bilalah dunia nak aman agaknya?

Semalam kami buat spot-check di bangunan tersebut untuk periksa tingkap, pintu, balkoni dan sebagainya. Terasa macam kembali jadi pengawas di sekolah pun ada. Tapi sangat seram waktu cuba periksa tingkat atas yang sangat semak dan gelap tangganya. Konon buat berani tapi kalau kena sergah waktu tu, sah-sah semua mesti lari. Habis spot-check, ikut serta diaorang buat sambutan hari jadi. Lega, terhibur sekejap tengok gelagat kawan-kawan yang merapu-meraban kerjanya. Dalam berkumpul, dapat juga input tazkirah dari ketua penempatan. Semoga kembali tenang jiwa-jiwa di sana.

Di kelas pula, mulai minggu ini kedudukan tempat dalam dewan mula ditetapkan. Saya dapat kerusi paling hujung belah kiri baris kedua yang terkebelakang. Sangat tak suka! Sistem CVS lebih sukar dari yang saya sangkakan. Bila suara doktor mengembang, kejap jelas kejap hilang, fokus mulalah nak melayang. Tambah-tambah kalau tulisan kat slide depan dah tukar jadi bayang-bayang. Bila dalam kelas tak faham, nak balik rumah mulalah rasa nak meradang. Dapat-dapat kalau jumpa gelagat arab yang tak faham perasaan orang, aduss.. Sampai rumah terus masuk dalam tilam, baik tidur daripada termengamuk pada orang.

Tapi banyak juga benda yang menyeronokkan minggu ni. Minggu ini dua kali makmal anatomy dapat tengok cadaver. Puas menyelongkar sendiri badan manusia yang sebenar. Habis saya proses jantung dan geledah cari salur darah di dalamnya. Alhamdulillah, tak ada sebarang geli atau takut. Malah makin bersemangat lagi ada. Tapi dalam kepala, pesanan mama selalu terbayang "Hormati dia. Itu ex-manusia. Sama macam kita."

Kelmarin juga saya sempat bertandang ke Pameran Hari Antarabangsa (Ma'rad) di Univeristy Yarmouk. Riuh sungguh semua berkunjung ke kaunter-kaunter negara asing seperti Malaysia, Turki, Brunei, Indonesia, Palestin, Algeria dan sebagainya. Sayang saya datang dalam keadaan berpuasa. Jadi tak merasalah makanan-makanan yang mereka sediakan. Dalam tiga hari, saya pergi hanya sekali. Tak larat nak berulang sentiasa. Cukuplah sekali, lagipun kelas saya pack untuk selebihnya.

Yang saya perasan, minggu ini saya jadi makin kucar-kacir kalau sendirian. Mulalah terasa macam-macam. Sebab itu saya suka menyibuk dengan ramai kawan-kawan. Nanti bila dah mula bersembang bergelak-ketawa, tak terasa sangat tekanan yang ada. Kalau di rumah sorang-sorang, bila dah sangat tertekan saya ulang tayang segala video yang masih belum khatam mahupun yang sudah basi. Berapa banyak ya saya habis minggu ni? Rasanya macam hampir 7 cerita. Hoho nasiblah, minggu ni toleransi diri perlu dipertingkatkan. Kalau tidak, lagilah haru..

Baru tadi petang saya habis menonton Brotherhood War Of Taegukgi. Aiseh, silap pilih cerita la pula. Ingatkan boleh semangat nak belajar macam lepas tengok Medikal Dragon, tapi alih-alih jadi homesick semacam. Teringat-ingat kat adik-adik kat rumah. Apa la mereka buat sekarang. Asyraf dah setel ke dengan tugasan-tugasan INTEC dia? Amira dah boleh adapt ke dengan dibuli senior dan hidup asrama yang sibuk? Aiman tengah buat apa la agaknya seorang-seorang kat rumah tu? Rindunya!!!! Baru waktu ini lah mula teringat janji-janji manis sebagai kakak dahulu.. *Nak balik Malaysia kejap boleh tak?*

Haritu sebelum bergerak ke ma'arad, saya berseorangan menunggu yang lain selesai kerja di tempat meunggu bas. Tengah bosan-bosan tunggu lama sangat, saya ambil keputusan nak habiskan kredit telefon. Tension sebenarnya. Telefon abah, abah tengah kerja. Telefon mak, tak berangkat pula. Telefon Aimi kat Mesir, tengah kelas. Last-last, habis semua nombor kawan-kawan lama kat Malaysia semua saya dail. Tapi semua tak berangkat. Makin tension. Akhirnya, telefon cikgu Gopenglah! 3JD habis juga sudahnya lepas puas bersembang dengan Madam Azimah, Ustazah Rofidah dan Ustaz Zul, serta Cikgu Wan Rafidah. Hahhh, sakan saya melepas rindu dengan cikgu. Nasib baik kredit dah habis. Kalau tak, habis semua cikgu saya call. Hilang tensen sekejap! Hihi...

Malam tu pula, abah call balik. Risau agaknya anak dia call tak semena-mena. Macam tau-tau je tengah bermasalah. Hehe.. Sempat meluah seketika sebelum kredit belah sana habis. Habis cakap dengan abah, dapat panggilan dari Mesir pula. Wa, bahagianya semua orang call saya nak bersembang. Lagi best daripada dapat panggilan kes kecemasan. Habis kredit telefon, sambung pakai internet pula. BerYM siaran langsung Mesir Jordan bersama Maisarah sekali. Alumni sekejap barangkali? ^_^

Pendek kata minggu ini minggu yang kusut. Baca entry ini pun macam mengusutkan sahaja. Panjang berjela bukan main. Dah nama pun tengah kusut kan? Tapi jangan risau, selagi mana saya kusut selagi itulah saya sentiasa berjuang mencari jalan meredakan keadaan. Chewah.. Kawan-kawan selalu pesan, kalau kusut pergilah solat ke baca quran ke apa ke. Tapi kalau tak hilang gak, pandai-pandailah cari ruang menenangkan diri. Allah sahaja nak kasi peluang pada kita untuk belajar daripada keadaan. Kalau tak, bila masanya kita nak dapat nikmat ketenangan kan?

So, kunci di tangan kita. Akal dah diberi, pandai-pandailah kita mencari sendiri. Yang penting, kalau tengah kusut, jangan mengusutkan lagi keadaan sekeliling. Kalau tengah marah, jangan dilempar pada rakan-rakan yang tak ada kena-mengena. Carilah ruang bersendirian kalau perlu. Yang lain pula, kalau nampak kawan tengah semacam, bantulah kalau perlu tapi jangan mencari pasal untuk memaksa kalau dia tidak mahu, nanti ada pulak yang terkecil hati. -sekian-

** Selamat Hari jadi Che Una Mady. Insyallah, sebelum habis tahun 5 nanti hadiah lagu Kau Ilhamku yang keyboard version tu sampai ye. Sekarang orang busy. Pergi main hadiah Ilmi dulu tau (^_~)Y Ko demand hadiah, aku demand tempoh. Fair + square ! hehe **


** Pesanan paling bermakna minggu ini dari seorang kawan: "Ko kena kuat, baru orang lain terasa kuat sama". Huh, go..go.. Ainul! Malaysia boleh! Seterer-terer manusia ialah yang boleh menyelesaikan masalah tanpa memberi masalah kepada masalah yang sudah sedia ada. -quote sendirian berhad-**


** Ketawa itu penawar tekanan. Jadi kawan-kawan, jangan pelik saya senyum sorang-sorang tiba-tiba. Itu namanya sedang mengingati kenangan melawakkan untuk kasi release tension. Marilah semua senyum selalu.. (^_^) **

** Ampun maaf kalau tersilap cakap, terbuang tabiat, terlepas perasaan atau ter sebagainya yang mengecilkan hati, jantung dan organ-organ yang sewaktu dengannya **

** Kenapa minggu ni ramai orang tensen ek? Exam kot? Budak medik tahun dua apa kes padahal takde exam? Jawapannya: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Orang tension, kita pun tertension sama... Hehehe.. **

** Kalau ada manfaat, boleh lah ambil sebagai pengajaran. Kalau tiada manfaat, maaflah jika saya merepek entry tiada hala tuju dan faedahnya. *

selamat berhujung minggu~
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images