Komplikasi Tag , Bowling dan Iryu

Assalamualaikum w.b.t

Petang tadi saya baru selesai mengikuti tournament bowling anjuran BKASJ (Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan) di Mecca Mall. Dua tahun tak sentuh bowling membuatkan saya terkial-kial nak mencari rentak untuk bermain. Sudahnya di set game terakhir, barulah karat-karat makin hilang dan rentak diperoleh walaupun sudah terlambat. Alhamdulillah berjaya mendapat dua pingat gangsa dalam bahagian kumpulan dan trio. Kedudukan saya ke-7 dari 17 orang akhwat yang hadir. Syukur je la. Terasa lapang waktu bersukan tadi. Lama tak rasa sangat teruja macam tadi tanda dah lama tak bersukan. Jadi hari ini, kita pulun habis-habisan !!



Malam ini pula saya habiskan masa dengan membuat nota-nota CVS. Kelmarin seharian saya terpaku di depan laptop menonton Iryu a.k.a Medical Dragon, drama tentang pakar jantung di Jepun. Alhamdulillah, misi menaikkan semangat belajar jantung tercapai. Banyak juga silibus sistem kali ini dijumpai dalam drama ini. Yang paling saya ingat ialah kes Aortic Stenosis yang berkaitan dengan Marfan Syndrom. Wah, senang sungguh nak menghafal bila tengok movie. Hehe~ Bolehlah tengok lagi nanti bila bosan dan nak revision secara tak langsung. =P

Bila penat, sengaja selongkar komputer dan terjumpa dengan tag lama dari Fathiyyah tentang blog. Jawab sekejap la sebelum mula belajar balik. Baik, kita mula sekarang!


1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

~ Auriss Haira ~

Sebabnya nama ini ada banyak kenangannya. Bermula dari nama geng di sekolah, saya gunakan nama ini sebagai nama samaran saya dalam banyak benda sedari saya tingkatan satu. Almaklumlah, saya pemalu dan penakut banyak dahulu tapi bukan bermakna sekarang saya tak malu, cuma sekarang lebih berani untuk kehadapan.

Dulu awal-awal buat blog, sengaja pakai untuk tujuan biasa supaya orang tak tahu siapa saya yang sebenar, tapi makin lama makin hilang tujuan asal sebabnya saya baru disedarkan baru-baru ini bahawa kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis. Jadi, buat apa mahu sembunyi-sembunyi? Lagipun, saya bukan menulis benda-benda yang tak elok. Jadinya, tujuan asal nama ini sudah berubah. Sekarang sekadar satu identiti diri sahaja.


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://www.aurisshaira89.blogspot.com

Sebabnya saya malas nak buat dua pengenalan. Cukuplah nama blog dan alamatnya serupa supaya orang tak pening. Lagipun, nama aurisshaira ini pun dah cukup memeningkan orang yang pertama kali mendengar. Jadi, kesian la kalau banyak-banyak ubah.

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

Saya sudah terangkan secara panjang lebar di sini. Secara ringkasnya, saya gemar menulis secara bercerita. Dalam setiap cerita mesti ada sesuatu yang boleh diambil manfaat oleh pembaca insyallah walaupun adakala payah orang nak faham terutama yang gaya lapiknya terlalu sedikit seperti karutan semata atau terlampau tebal dengan kiasan bahasa.


4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Pernah. Bila saya rasa malas dan terasa macam perasan sorang diri.


5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

FTI ? Blog paling popular di Mesir dalam persatuan Perubatan kerana sentiasa diupdate oleh cik pengarangnya yang penuh idea-idea menarik dan seronok dibaca.


6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.

Siapa-siapa sahajalah.

Ok, Fathy.. Dah siap... Jadi, marilah kita belajar semula.. Esok dah nak mula kelas. Tak sabar nak masuk lab anat dan jumpa jantung cadaver minggu ini. Nasiblah bila dah masuk university yang lambat silibus jumpa mayat. Dah tahun dua baru nak tengok. Huhu.. Ok. Jumpa lagi~

KOMPILASI MNEMONIC UNTUK PELAJAR PERUBATAN



KOMPILASI MNEMONIC UNTUK PELAJAR PERUBATAN

Sukar menghafal clinical features of ankylosing spondylitis?

Keliru dengan nama-nama ‘metacarpal bones’?

Usah resah lagi.

Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) kini mengambil inisiatif untuk mengumpul dan mengkompilasikan senarai mnemonic dan tips-tips ringkas menghafal fakta-fakta berkaitan dengan jurusan perubatan. Kompilasi ini akan dibukukan dengan harapan membantu semua pelajar (dan pengamal) perubatan memudahkan pembelajaran dan rujukan.

Sehubungan itu kami amat mengharapkan kerjasama dan bantuan penuh rakan-rakan pelajar perubatan dan para doktor tak kira di mana untuk turut menyumbang kepada projek ini.

Apa yang boleh anda lakukan?

1)Emelkan kami sebarang mnemonics atau tips menghafal mudah yang anda tahu yang berkaitan dengan subjek dalam jurusan perubatan, termasuk subjek tahun praklinikal (seperti history taking, anatomy, physiology, microbiology, pathology, etc) hinggalah tahun klinikal (cardiology, respiratory, GI, endocrinology, Obs n Gynae, Paeds etc).

2)Mnemonic tersebut boleh saja yang terdapat dalam lecture notes, buku rujukan, nota peribadi, atau yang diperoleh secara lisan daripada tutor/konsultan atau rakan-rakan anda.

3)Sila nyatakan jika mnemonic tersebut direka sendiri oleh anda (untuk kami beri kredit)

4)Setiap mnemonic yang diambil dari buku perlu disertakan sumbernya (judul, pengarang, dan penerbit buku). Buku Clinical Examination (Talley-O Connor) dan Pocket Oxford Handbook of Clinical Medicines (buku merah kuning) dikecualikan kerana kami telah mempunyai rujukan tersebut.

5)Mnemonics tersebut boleh saja dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

6)Juga nyatakan bersama, nama penuh, dan nama Universiti anda (atau hospital jika sudah graduate). Setiap yang menyumbangkan mnemonics akan diberi kredit dengan disenaraikan nama sebagai contributors dalam halaman yang khusus dalam buku tersebut.

7)Sila emelkan mnemonics tersebut kepada penyelenggara- penyelenggara yang dilantik seperti yang tersenarai. Bagi negara yang tidak mempunyai wakil, boleh mengemel kepada mana-mana penyelenggara, terutama dari kawasan geografi berhampiran (contoh: pelajar Mesir boleh emel kepada wakil Jordan, dan sebagainya).

8)Sila hantarkan sumbangan anda sebelum 15 Jun 2009

Contoh mnemonics:

Clinical features of
Ankylosing spondylitis= 6As
-Asymetrical sacroilitis
-Asymetrical arthritis
-Achiles tendonitis (enthesitis)
-Aortic regurg
-Ant Uveitis
-Apical fibrosis

Causes of pancreatitis: I GET SMASHED
Idiopatic, Gall stones, Ethanol, Trauma, Steroids, Mumps, Scorpion bites, Hyper (calcaemia, lipidaemia, thermia), Ercp, Drugs


Contoh tips menghafal (yang bukan mnemonic):

Feature of RBBB and LBBB in ECG: WilliaM MarroW
Left BBB= WiLLiaM, W at lead V1, M at lead V6
Right BBB= MaRRoW, M at lead V1, W at lead V6

Atau

Action of anti-thyroid medication (carbimazole vs propylthiouracil) :
C=C, Carbimazol: act Centrally (in thyroid)
P=P, Propylthiouracil: act Peripherally (peripheral conversion of T4 and T3)


Kerjasama anda semua amat kami alu-alukan dan hargai.

EMELKAN sekarang kepada wakil-wakil yang dilantik:

Ireland:
1) Muhammad Iqbal : silent_1412@yahoo.com
2) Ahmad Fadhlil: fahd_razy@yahoo.co.uk

Jordan:
Ainul Arina: ainulmardhiah_89@yahoo.com

Indonesia:
Azzahra Azhar: syauqahsyifa_wardah@yahoo.com

Malaysia:
Nur Hafizah: fieza_nur@yahoo.com

atau emel terus kepada : gkln_sayembara@yahoo.com

Bincang Dalam Gaduh

Salam



Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat...

Tapi sekarang ada satu kekeliruan yang memeningkan kepala sendiri.

Apa beza bergaduh dengan pertukaran pendapat?

Tengok kiri, ada..

Tengok kanan, ada..

Tengok depan dan belakang, ada..

Tengok yang dekat, ada..

Tengok yang jauh, ada..

Malaysia dan Jordan sama hebat bergolaknya..

Memandangkan garam belum cukup ditelan, terasa susah mahu membeza antara gaduh dengan berbincang bila semuanya bersuara dengan rentak yang pelbagai. Tinggi, rendah semua ada. Macam mana ya?

Mengharap dunia tanpa pergolakan? Macam satu angan-angan gayanya..

Bila hidup dilingkari pertengkaran, kepala pusing jiwa runsing. Nak menyampuk pun serba tak kena. Mahu melerai? Masih dalam episod percubaan. Ada sedikit risau dikata tidak profesional sedangkan itu semua hanyalah perbincangan.

Maka, kepala jadi bingung. Perbincangan atau pergaduhan? Kalau ikut rasa hati, teringin sangat rasa nak lari. Jadi pengabai tegar. Tapi kelak kalau dibiar tanpa peduli, takut natijah lain menghempap diri. Sudahnya paksa sahaja semua deria telan dan terima sambil cari pegangan peribadi dicelah timbangan semua pandangan.

Mahu berehat tapi tercari-cari rumah perhentian yang jendela hatinya sentiasa terbuka menerima deru angin suara, hiasan dalamannya tersusun tanda kepekaan dan ketelitian tuan rumah supaya tidak menimbulkan ketidakselesaan tetamu dan tuannya seorang yang patuh pada perintah tuhan supaya semua tindakannya bukan berlandas emosi tapi bertunjangkan iman.

Semoga semua perbincangan mendatangkan manfaat untuk kemaslahatan umat. Berfikir sebelum bertindak. Jangan ikut resmi lalang, makin ditiup makin bergoyang. Tapis biar sampai pati, jangan nanti rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.

Status : Acute Heart Infarction

Dari Doktor Untuk Bakal Doktor



Salam

Semalam dalam kelas Introduction of CVS saya tertarik dengan pesanan terakhir Doktor Jaafar sebelum kuliah tamat. Katanya, kami kena ingat pesanan ini seumur hidup terutama bila sudah berkerja sebagai doktor nanti. Manalah tahu tiba-tiba nanti kita ganti tempat dia dan merawat dia yang makin tua kelak.

Pesanannya : Always Look At Your Patient As One Of Your Family

Doktor ada pesan untuk jadi doktor, jangan merawat orang sambil lewa. Kita kena bayangkan pesakit kita adalah keluarga kita sendiri. Sebagaimana kita sangat mahukan keluarga kita dapat rawatan yang terbaik dan sembuh segera, seperti itulah yang keluarga pesakit kita harapkan kepada kita.

Jangan pula disalahertikan tentang etika profesional kedoktoran. Memang sebagai doktor yang profesional, kita tak boleh terlampau beremosi dengan pesakit. Tapi kalau kita tak ada apa-apa perasaan waktu merawat orang nanti, pesakit takkan rasa bahawa kita berjuang nak membantu dia dan secara tak langsung proses perubatan macam jadi tak kena. Antara pesakit dan doktor, masing-masing kena faham keadaan masing-masing terutama yang doktor.

Doktor perlu banyak main peranan dan bertindak. Dia kena kuat luar dalam tapi dalam masa yang sama dia kena jadi orang yang penyayang dan prihatin kepada persekitaran. Sebab itu doktor Jaafar nak kami lihat pesakit sebagai keluarga sendiri supaya kami lebih 'ada hati' nak menyembuhkan mereka. Doktor sekarang ramai yang jenis merawat ala-ala kadar katanya. Itu masalah yang Doktor Jaafar sangat-sangat harap kami tak lakukan kelak. Merawat biar sampai habis option. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan!

Semalam saya ada masalah di klinik. Pergi klinik hampir dua jam tapi tak dapat rawatan. Padahal pesakit lain semua dah balik dan yang datang lebih lambat pun dah siap.Bila ditanya pada jururawat, katanya fail saya dah dihantar dan suruh tunggu lagi. Tak ada sebarang inisiatif langsung nak tengok-tengokkan. Dah lama lepas tu, masih tak jadi apa-apa. Doktor yang ada pun dah keluar semua. Bengang punya pasal, saya balik rumah terus. Bila ubat di farmasi lagi cepat. Nak bising lebih-lebih pun dah malas dan tak larat.

Tiba-tiba waktu itulah teringat pesanan doktor Jaafar tadi. Betapa sakitnya hati pesakit kalau doktor buat tak endah macam tu. Orang datang klinik sebab sakit dan nak minta ubat. Tapi bila dapat layanan macam ni, sakit bertambah pada hati pulak.

Tak tahulah silapnya di mana. Tapi saya terfikir takkan mereka tak nampak langsung saya yang dari tadi duduk di situ. Dari ramai ke sikit ke ramai balik pesakit, saya tak beranjak langsung. Kalau saya tak perasan nama dipanggil, kenapa tak ada sesiapa yang terfikir nak tanya kenapa saya lama sangat duduk sana atau panggillah banyak kali macam pesakit lain. Waktu tu tetiba rasa sangat mengharap kawan yang jenis suka bersuara bila tak puas hati ada bersama. Itu kelemahan saya. Saya paling susah nak mengamuk depan-depan kalau jadi macam ni. Apa yang saya buat? Diam, simpan dan jalan.

Ok, mungkin boleh cakap doktor tak perasan. Yelah, nama pun manusia kan? Tapi bagi saya, ini satu pengajaran untuk saya yang bergelar doktor sendiri nanti. Memang mungkin bakal ada halangan, tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk jadi prihatin pada orang yang mengharapkan saya. Kalau saya tak mampu, mungkin saya boleh serah pada orang lain. Sekurang-kurangnya saya tahu, harapan dia tak disia-siakan begitu saja kalau saya tak dapat tolong. Dan yang paling penting, ingatlah pesanan Doktor Jaafar tadi. Amin..

Guruku Si Adik Buta

Salam

Pertamanya, Alhamdulillah peperiksaan HLS sistem sudah pun tamat tadi sebelum Maghrib. Cuak tak terkata awalnya sebab gemuruh dan tak sedap badan. Tapi bila dah tengah buat peperiksaan, tiba-tiba ada satu kekuatan pulak datang nak habiskan cepat. Tapi sayang sumbernya datang dari tekanan oleh orang Arab di sebelah yang meniru. Ya Rabbi, sudah diberi amaran pun tak serik-serik. Terasa macam nak pecahkan tembelang dia on the spot je! Nasib baik Encik Pengawas tu selalu intai dia. Harap sangat dia diberi hukuman supaya sedar kesilapan dia. Haissshhh...

Syukur juga dalam tertekan-tertekan itu pun, keputusan saya memuaskan. Hanya tergelincir 1 markah dari sasaran study group saya. Erm, tak apalah. Ok sangat dah la tu kalau nak banding dengan usaha saya belajar dalam keadaan tak sihat. Alhamdulillah. Siksa betul la tadi jawab soalan sambil tahan batuk. Kalau lepas selalu karang, takut mengganggu orang lain. Keluar saja dewan tadi, terus saya batuk sepuas hati. Fuh, lega.. Suara pun dah jadi macam rockers. (-_-)"

Hurmm.. Tadi maghrib, lepas balik saya singgah ke rumah mama (tuan rumah) untuk beritahu tentang kerosakan di rumah. Macam biasa, singgah maknanya kena minum-minum dulu. Dah lama tak melepak lama-lama kat sini. Barulah tadi saya terperasan yang mama baru dapat cucu baru, Yamen namanya. Comel ya amat la budak tu! Mata bulat, rambut perang, putih melepak betul-betul tipikal muka Jordan. Hillu katheer (Comel sangat-sangat!! ) Nasib baik mak dia ada, so tak berani la nak cuit lebih-lebih. Mak dia menantu baru mama tahun lepas, dari Saudi tapi muka Jordan je walaupun tak seputih ' Kak Abyad Katheer' ( nama panggilan kami dan mama untuk menantu mama lagi sorang yang dari Bosnia merangkap jiran rumah kami. Kak Abyad sangatlah abyad (putih) warnanya kulitnya.. Lawa sangat! Lupa la pulak nama dia. Ingat warna kulit dia je. =P ). Kakak yang dari Saudi ni pendiam sikit. Segan agaknya.

Tengah-tengah main dengan Yamen tadi, Kak 'Abyad' kasitau yang anaknya, Isra' kena buat persembahan nyanyian bahasa inggeris di sekolah dia. Apa lagi, kami tuntut la pula suruh menyanyi depan kami. Isra' mula-mula malu-malu tapi lama-lama dia pula semangat nak bersembang. Rupanya dia menyanyi lagu "Happy Mother's Day". Alamak, baru teringat! Hari ni Hari Ibu la.. Patutla dari tadi tv rumah mama asyik keluar iklan hari ibu je. Hoooo, lupa sangat-sangat! ( esok saya kena telefon mama balik di Malaysia! )

Isra' menyanyi sangat lancar dan sedap serta jelas sebutannya bahasa inggerisnya. Wah, rupanya dia pandai cakap English la.. Fasih pulak tu. Selama ni tak pernah pun nak bersembang dengan kami. Malu rupanya. Tapi tadi dia semangat cerita tentang sekolah dia, kawan-kawan dia, cikgu dia yang dari Canada dan macam-macam lagi. Saya teruja sangat dengar. Sebabnya Isra' ni sebenarnya buta penglihatan. Walaupun buta, mak ayah dia tetap hantar pergi sekolah khas untuk kanak-kanak cacat penglihatan yang mana sekolah tu dicampurkan antara yang normal dan yang buta. Adik Isra' yang normal, Rahaf pun belajar di situ. Isra' banyak belajar guna telinga. Cepat menangkap dan sangat bersemangat untuk belajar. Tambahan sekolah khas tu memang nak didik pelajarnya fasih English dan France. Jadinya, mereka ini walaupun cacat tapi kemahiran berbahasa mereka sangat tinggi. Kalah budak-budak baya mereka yang lain tu. Tadi pun, lancar je dia speaking English dengan kami. Hebat kan Isra' ? Saya pula yang naik semangat tengok dia. ^_^

Tapi Isra' tak ambil subjek France. Rahaf sahaja yang ambil. Itu pun dia boleh lagi belajar sendiri bahasa France dengan dengar kawan-kawan dan adik dia bercakap bahasa itu. Saya sempat uji diaorang tentang asas ucapan dalam France. Bonjour contohnya. Tapi memang sahihla yang bagi diaorang itu benda senang sebab diaorang belajar. Boleh pula si Isra' terang panjang lebar Bonjour tu untuk apa pada saya. Lucu pula bila dia jadi cikgu sekejap pada kakak-kakak nih.

Tapi yang penting, saya kagum sangat sebab dia sangat bersemangat nak cari ilmu walaupun buta. Dalam masa yang sama, saya jadi tersedar pula yang betapa saya ni sangat bertuah sebab cukup sifat serba-serbi tapi betapa semangat saya masih tak setanding dengan semangat besar Isra' yang berusia setahun jagung ni. Malunyaaa... Saya tak sepatutnya cepat putus asa dalam hidup walaupun saya kena berdepan dengan banyak cabaran macam masalah kesihatan baru-baru ni. Bila tengok Isra', saya terfikir banyak sangat benda dan dapat banyak ilham untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih Isra'! Terima kasih sebab ingatkan akak tentang Hari Ibu dan beri akak lihat contoh kekuatan yang sangat ketara dalam diri kamu. Moga hidup Isra' sentiasa dipermudahkan dan dirahmati selalu.

** Saya ada banyak sangat ucapan nak ucap hari ni :

1) Selamat Hari Ibu untuk mama tersayang. Baru tadi telefon sebelum periksa, malam ni dah rindu balik sebab terlupa nak ucap ucapan ini. Selamat Hari Ibu juga pada Mak Ana dan semua ibu-ibu yang ada di dunia tak kira di mana anda berada. Seperti yang Isra' dan Rahaf nyanyikan tadi : You're the greatest person in our world and we love you mom !

2) Selamat Pengantin Baru kepada sepupu saya, Siti Rahmah di Sabak Bernam yang baru berkahwin tadi petang. Riuh sekampung saya dengar waktu saya telefon sebelum periksa tadi. Jelesnya! Nak balikkk! T_T Siti, kalau kamu baca ini, Kak Ina doakan kamu kekal bahagia hingga ke syurga. Tahniah! ^_^

3) Selamat Hari Lahir untuk kawan yang hari lahirnya jatuh esok hari, Atiqah Dahlan a.k.a One. Terbayang-bayang aktiviti amende pula la yang warga CSI buat tahun ni.. Hehe.. One, semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat... (^_~)Y Oh ya, saya nak ucapkan juga selamat lahir lahir lengkap semua dalam satu di sini untuk seluruh warga Anak-anak bulan Mac kat Irbid nih yang dah lepas selama 21 hari.

4) Selamat Belajar Sistem CVS pula kepada semua warga Peubatan JUST MEP7 tahun dua yang dah selamat habis periksa tadi. Esok mula sekolah ye kawan-kawan. Jangan memonteng okeh ! ^_^

5) Terima kasih saya ucapkan pada sesiapa yang doakan saya tempoh hari sejak saya tak sihat dan nak ambil periksa.. Terharu pun ada. Makin semangat rasa nak belajar waktu tu. Terima kasih tak terhingga!! Alhamdulillah, ada keberkatan yang saya dapat sepanjang minggu ini. Banyak juga yang boleh saya gembirakan walaupun badan tak berapa sihat. Terima kasih ya! Moga Allah balas sesuatu yang lebih baik untuk kawan-kawan saya sekelian di sini.. Amin ya rabbal alamin...

Rapu Hari Rabu

Salam

Pagi tadi waktu bangun, kepala terasa berat semacam. Malas sangat rasanya nak bangun walaupun komputer dah banyak kali memekak dengan pelbagai bunyi buzz dari YM, plurk, email dan macam-macam. Nak sambung mimpi balik Malaysia pun dah habis siri dah.

Bangun-bangun je tadi, tiba-tiba terasa ada cecair panas keluar dari hidung. Bila nak lap tiba-tiba terperasan yang pergelangan sweater hitam saya macam ada kesan something yang warnanya pekat semacam. Eh apa ni?? Yang cecair hidung ni pula laju semacam je alirannya. Jadi saya terus bangkit lompat tengok cermin.

Yiii!!! Muka aku dah macam dracula! Penuh darah dari hidung, masuk mulut ke gigi semua. Ayarkkk... Terus saya lari masuk tandas bersihkan muka, kumur-kumur mulut dan cari tisu nak sumbat hidung. Habis tisu muka, sembat ambil tisu rumah dan tisu dapur. Wua, banyaknya darah keluar. Kalau derma, mesti best! Nasib baik katil tak tercemar lagi. Acute blood loss la aku karang... Kalau habis hilang segala hemoglobin ni maka insyallah kadar oksigen akan berkurangan kalau tiada ganti dari bone marrow kat membranous bone. Aish, tu la dia punya study HLS sampai sempat fikir segala benda waktu diri sendiri jadi bahan ujikaji. Hurm, rasanya kalau cuba periksa bawah microscop ni mungkin darah ni bersifat normochromic normocytic. Kan?Kan? Ha.. sudah.sudah.. merepek dah nih..

Pendek kata pagi ni sangat kelam kabut. Ingat nak rehat sekejap kasi cool balik tapi kembali sibuk dengan urusan esok. Oh lupa! Esok gak ada pilihan raya di kampus. Nak pergi mengundi ke tak? Fikirlah sendiri nanti. Mengundi tu tanggungjawab tapi kalau ikut jiwa mengada waktu tak sihat ni lebih kepada nak pergi untuk kutip hadiah je daripada nak mengundi. Haha.. Sila jangan tiru khususnya buat rakan serumah yang beridea serupa. (ada kebarangkalian tak mengundi rasanya kalau makin tak sihat. T_T)

Ok. Hari ini hari Rabu. Tinggal lagi 2 hari sebelum peperiksaan midterm HLS, hari Sabtu ni. Banyak lagi nak cover. Hari ni mesti habiskan subjek Microb dan subjek-subjek ringan yang lain. Tapi nampak gaya macam tak terabis je. Setiap sehelai kertas baca banyak sangat selang-seli bersin. Macam nak pecah kepala pun ada ulang bersin sambil membaca. Sikit-sikit hhhachumm! sikit-sikit hhhaachum! dari pagi smapai ke petang.Tong sampah pun dah sendat dengan tisu. Bila sakit kepala baca buku campur sakit hati badan tak sedap makanya terasa macam nak sambung tidur je balik tapi takut la pula takde masa nanti. Chaiyok!!!!

Susah sungguh la. Kenapa lemah semacam dua tiga minggu ni? Nak demam, buat la cara demam secara acute. Tak payah la kasi jalan chronic wahai badan. Susah nak tumpu revision macam ni gaya nya. Dua hari je lagi. Berhenti la kejap. Karang habis exam, hah silalah bertempur balik segala antigen antibodi sampai demam-demam pun takpe.

Kalau bukan sebab nak exam, mesti sedap sekarang ni berkelubung bawah selimut. Tapi sekarang terbayang-bayang nota yang bertimbun memanggil-manggil dan soalan-soalan killer yang bakal keluar. Ini kali pertama nak exam mid term, kalau boleh biarlah penuh persiapan. Tambahan semalam ada seorang cikgu di Malaysia kasi pesanan:

" Ainul, study tu biar conquer semua benda. Jangan skip sikit pun atau tak hafal. Kalau tak, you'll kill your patient ! Doctor should not make any single mistake.."

Adeh, dengar pesanan hikmat tu, terus rasa nak belajar on the spot. Wuu, saya tak mahu jadi pembunuh nanti.. T_T Habis la pesakit-pesakit tu. Bila dah cuak, mula la teringat satu quote tentang doktor. ( D.O.C.T.O.R = Do Only Correct Things Orelse Resign ) Mana ek baca dulu? Lupa lagiii... Huh, cepat-cepat cas semangat balik!! Jangan dilayan sangat badan yang mengada. What mind believe, body can achieve. ( ayat siapa nih? ) Makan ubat pastu pergi sambung belajar! Go..go..! Saya boleh!

Sekian. Tolong doakan saya sihat cepat dan boleh revise habis-habisan sebelum ke exam. (psss.. saya dah study awal-awal tapi saya banyak lupa gak.. hehe). Oh ya, jangan lupa doakan saya dan kawan-kawan sukses dalam exam Sabtu ni jugak yer. Terima kasih!

Program Ziarah Anak Yatim

Salam

Semalam saya berpeluang ikut rakan-rakan pergigian pergi program berbuka puasa di Markas Aitam Irbid ( rumah anak-anak yatim di sini ). Sepatutnya yang perubatan sudah pun buat haritu tapi saya tak dapat ikut sebab ada hal. Jadinya, sebab nak pergi jugak saya menyelit ganti di program pergigian pula. Nasib baik ada seorang akhawat perubatan yang ikut sekali. Takdelah malu sangat menyibuk. Hehe..

Kami bertolak ke markas tersebut pada jam 4.30 petang. Setiba di sana, kami disambut dengan meriah oleh Ukht Fatimah yang merupakan tenaga pengajar di situ. Seronok betul dia nampaknya sewaktu kami datang. Alhamdulillah, hari ni rezeki anak-anak kat sini bertambah insyallah. ^_^


Sementara tunggu waktu berbuka, kami disajikan dengan persembahan anak-anak di markas ini dan juga tayangan aktiviti di sini. Sangat menarik! Comel budak-budak tu beraksi kat depan pentas walaupun ada yang malu-malu sampai muka toleh belakang sebab segan. Mereka bernasyid, membaca ayat quran, dan paling menarik adalah sayembara puisi arab " Win Abi ? (Mana ayahku) " (kalau tak silap tajukla..) oleh adik Isra' yang sangat tegas dan bersuara lunak.





Kemudian, yang akhwat bergerak ke dewan tingkat untuk makan beramai-ramai di sana. Sebelum buka puasa, kitaorang serbu bersembang dengan budak-budak kecik kat sini sambil kasi diaorang coklat. Ada yang peramah dan ada gak yang malu-malu kucing. Sampai merah muka sebab segan akak-akak ni galak sangat bertanya. ^_^

Tapi itu awal-awal je la. Dah lama-lama tu diaorang makin terbuka. Siap main tarik-tarik kami lagi suruh tulis nama kat papan putih dan main-main dengan diaorang. Oh ya, lepas buka puasa kitaorang main ramai-ramai kerusi berirama. Ya Rabbi, macam tak dapat beza mana kakak mana adik waktu nih. Meriah sungguh! Paling tak tahan, top three winners tu adalah kakak semuanya. Adik hilang dah.. =P Huhu, tapi seronok sangat main dengan diaorang.



Sambil tengah nak makan nasi, kami sempat lagi bersembang-sembang dengan diaorang. Korek habis-habisan segala pertanyaan. Tapi saya terpegun juga dengan kanak-kanak kat sini. Semuanya hebat-hebat dan bercita-cita besar. Bayangkanlah ada seoarng tu bila saya tanya " Adik nak jadi apa nanti? ", dia jawab dia nak jadi penerbit buku atau pengarang kitab. Aiii, hebatnya.. Ada juga seorang tu yang semangat bercerita dengan kami tentang nabi. Siap keluar segala hadis panjang lebar tu. Ternganga juga kami dengar. Padahal umur baru je 11 tahun. Itu belum campur yang bacaan qurannya sangat lancar dan penuh taranum berserta hafazan semua. Mantapnya!



Memang saya kagum dengan diaorang ni. Semuanya nampak je biasa tapi sebenarnya bila tau sedikit sebanyak pasal diaorang, memang terasa sangat rendah diri. Diaorang ni walaupun hidup susah, ada yang tak ada mak, tak ada ayah tapi diaorang masih cekal nak belajar setinggi boleh dan bantu keluarga dan jadi orang yang berguna bila dah besar. Memang saya tak lepas peluang la nak usap kepala anak-anak yatim kat sini. Terasa sayang sangat-sangat bila tengok muka diaorang. Sejuk je hati rasa. Ni yang nak datang lagi nih!


Di sini, sempatlah saya berkenalan dengan Isra', Ruwaida, Tahani, Nur, dan ramai lagi adik-adik yang lain. Semuanya comel-comel dalam baya sebelas tahun ke bawah. Tengok muka-muka diaorang ni jadi teringat pada adik-adik di Malaysia. Tapi bezanya mereka ini lebih kuat menghadapi hidup tanpa kehadiran insan-insan tersayang. Tabah kan? Sayu je hati nampak budak-budak ni gelak ketawa waktu main dengan kami. Moga mereka nanti dikurniakan Allah dengan sesuatu yang lebih berharga di sisi-Nya.

Puas betul hari ni dapat jumpa anak-anak yatim di Markas Aitam ni. Sebelum ni kami hanya setakat serah sumbangan tanpa berjumpa mereka. Oh ya, di sini kami ada buat program adik angkat dengan kanak-kanak di Markas Aitam. Sekumpulan pelajar bantu menyara seorang adik kalau tak silap. Sebulan 3 dinar seorang dari satu kumpulan je pun. Tapi kalau nak kasi lebih lagi bagus. Sumbangan diberi setiap bulan untuk bantu kurangkan beban adik-adik ni bayar yuran sekolah, beli perbelanjaan dan sebagainya. Insyallah, moga apa yang kami mampu buat setakat ni diterima amal oleh Allah s.w.t.

Makanya, nak ucap terima kasih pada pihak yang terlibat uruskan program ni semalam. Syukran jazeelan katheeran. Pada yang teringin nak turut serta bantu adik-adik kita kat sini lepas ni, bolehlah rujuk JKK PR yer. Besar ganjarannya kita bantu mereka yang yatim di dunia nih. Semoga semua beroleh menfaat dan pahala yang Allah janjikan. Sekian~

p/s : Next buat la lagi yer! ^_^

Saya Percayakan Awak !


Salam


Baru-baru ni saya terperhatikan seseorang yang kurang dipercayai kebolehannya oleh orang sekeliling.Saya tertanya-tanya apa agaknya perasaan orang tu ya sebelum sempat dia buktikan siapa dia sebenarnya. Padahal mungkin sebenarnya dia boleh uruskan semua kerja dia dengan baik dan dia bukannya teruk sangat pun. Biasalah kalau ada yang terkurang-kurang sikit. Mana ada orang sempurna.

Bila saya cuba letakkan diri saya dalam situasi dia, saya terasa macam mungkin saya takkan dapat bertahan terus apatah lagi nak berdiri tegak bila semua orang pandang rendah pada kita. Terasa sangat-sangat teruk! Tapi tak sangka dia boleh terus melangkah sampai habis. Kuat betul kan dia? *Tepuk tangan!*

Saya jadi tersedar balik. Tak sepatutnya kita tak percayakan seseorang tu walaupun pada luarannya dia mungkin nampak macam tiada kecenderungan atau tiada bakat. Sometimes people are really good in hiding themselves. Nampak saja macam tiada apa, tapi bila kita serah pada dia supaya laksanakan, rupanya dia ok je.

Saya hampir terlupa yang saya juga ada pengalaman macam tu. Situasi bila mana saya diberikan amanah yang besar, saya rasa takut yang teramat-amat untuk sebab tak percaya bahawa ada yang percayakan saya. Saya takut orang pandang rendah saya, saya takut orang salahkan saya, saya takut saya tak dapat buat apa yang orang nakkan. Saya takut macam-macam.

Waktu tu, ubat yang paling mujarab bagi saya ialah ucapan "Saya percayakan awak" dari sesiapa pun. Setiap kali dengar ayat tu, terasa macam terbang sikit segala masalah. Malahan saya terasa makin kuat sebab saya sedar ada yang menyokong saya dari belakang.

Macam manalah saya boleh lupa??!! Sebab saya pernah kenalah, kalau boleh saya nak tolong balik orang lain sebagaimana saya ditolong dulu. Saya tahu apa rasanya bila ada yang persoalkan kemampuan kita. Tapi semua tu boleh hilang bila ada yang percayakan kita waktu kita takut, yang boleh kasi semangat bila kita lemah dan sentiasa ada di belakang untuk menghalang kalau kita nak mengelak dan lari.

Saya minta maaf kalau saya pernah tak percayakan sesiapa. Hatta siapa pun korang, saya yakin mesti korang ada kekuatan tersendiri yang orang lain tak ada. Maaf kalau saya pernah buat korang rasa lemah semangat. Ingatkan saya balik kalau saya lupa diri. Insyallah, saya akan cuba percayakan sesiapa sahaja keliling saya seadanya selagi mampu. ( tapi janganlah sampai percaya orang secara melulu.. Bahaya tu! )

Oh ya, kalau korang ada masalah dengan apa-apa sekalipun, jangan lupa yang masalah tu kita hadapi sebab Allah percaya kita mampu selesaikan masalah tu. Kalau Allah sendiri percayakan korang, kenapa tidak saya? SAYA PERCAYAKAN KALIAN. Saya yakin dengan keupayaan kita. Cuma ada masa kita sendiri tahu, kita perlu sesuatu untuk jadi pencetus dan pendorong. Awak kuat! Awak boleh! Awak akan berjaya!

LA TAKHAF WA LA TAHZAN (jgn takut dan jangan bersedih) --> Allah ada bersama kita! Mereka yang percayakan kita juga bersama kita!

Terima kasih pada yang selama ini percayakan saya. Saya akan cuba sedaya upaya jaga kepercayaan tu supaya tak rosak dan kekal baik. Sebab ada yang percayakan sayalah saya jadi lebih percaya pada diri sendiri. Dan saya juga percaya Allah adalah Maha Segalanya. Pada Dia kita berharap dan pada Dia kita bergantung. Percayakan Dia, percaya pada diri dan percaya lah pada mereka!

SPM 2008 - Tahniah!

Salam

Dua tahun lepas, saya pernah rasa apa yang budak-budak lepasan SPM ni tahun ni tengah rasa hari ni. Berdebar, kecut perut, rasa tak nak ambil keputusan, rasa nak nyorok muka kalau teruk, cuak, semuanyalah. Tapi bila waktunya sampai, nak tak nak kita kena juga hadapi kan?

Ingat lagi waktu nak pergi ambil keputusan tu, saya kena sakit perut yang pelik semacam sebelum sampai kat sekolah. Nasib berhenti lama di perhentian Simpang Pulai. Berjam-jam masuk tandas sebab takut sangat. Saya kira masuk geng terlewat ambil keputusan juga la. Mak ayah dah tunggu tepi tiang, jauh sikit dari meja guru. Saya kena pergi ambil keputusan tu kat tengah-tengah ruang tu sorang-sorang. Cuaknya bukan main.

Paling tak leh tahan, boleh pula cikgu-cikgu di Integrasi Gopeng waktu tu ( Madam Azimah dengan Cikgu Ida ) buat komplot pekena saya. Dah la kertas keputusan tu diaorang tak kasi tengok, boleh lagi buat-buat gaya marah dan tak puas hati sebab keputusan entah apa-apa. Cikgu nihh..! Nasib baik saya tak menangis depan tu tau. Kalau tak, malu jer.. Huhu. Tapi alhamdulillah..

So, rasanya mesti adik-adik saya yang lain kat Malaysia tu akan rasa benda yang serupa juga. Tak pe. Nanti dah dapat keputusan tu, sah-sah takut hilang. Kak Ainul doakan semoga semua berjaya dengan cemerlang, insyallah.




Asyraf dah telefon tadi. Alhamdulillah keputusan dia memberangsangkan walaupun kurang menepati target. 9A1 1B3. Terkantoi sikit di bahagian EST. Alah, tak apa je tu. EST tak kira sangat kan? Janji lepas untuk terus stay di INTEC dah cukup. ^_^

(p/s,keputusan kita lebih kurang je ye.. Takpe2, kita kasi baton pada Mira plak lepas ni.. )

Chuk ha hae yo! Omedeto ! Mabrook ! Tahniah ! Congratz !

Pagi-pagi buta lagi saya sudah berYM dengan sepupu di Malaysia untuk tahu perkembangan sepupu sepapat yang lain. Terasa macam wartawan keluarga pula. Alhamdulillah, semua orang berjaya dengan bagusnya. Tahniah Dik Yah, Tahniah Alin, Tahniah pada yang lain-lain juga (junior-junior sekolah dan adik-adik lain). Tak lupa juga tahniah pada semua adik-adik kepada warga JUST yang saya baru tahu result tadi.. Tahniah2..

Ok, sekarang keputusan dah keluar. Langkah seterusnya ialah menuju ke gerbang University. All the best! Good for for your next step, dear.. Ask me if you need some advise about my place. Da~

Lengkap Aku Dengan Kalian



" Aku nak lepak umah ko lagi boleh tak minggu depan? Aku dah over kerja tidur je la sekarang. Ko ada karang, boleh jadi mak tiri aku kejap.. "

" Boleh..boleh.. Tak bangun karang aku simbah dengan air. Tak pun aku buat lagu kuat-kuat time aku study biar ko bangun.."

" ngeeee.. (^_~)Y Takpe je. Aku tido, ko study. Ko tido aku study. Takde sembang banyak kang."

" Nah, ni nota yang aku nak kasi semalam "

" Tebal gila! Semua ada nih? Wahh.. Sorilah, aku tak da nota nak kasi. "

" Ada tapi tertinggal satu bab. Semalaman aku pulun tak sempat gak. Sori ah weh. Ko tak yah kasi nota pun takpe, aku tak paham kang ko terang je la. "

" Semalaman? Ni mesti ko tak tidor ni. Ish, ko ni la.. Tak elok la.. "

" Aku sempat je tidur dalam bas kejap tadi.. "

" Balik nanti, pegi tidur! Ni ha, aku fotostat nota senior semalam untuk korang. Balasy!(Percuma) "

" Eh, yang ni salah ek? Alamak, nasib baik korang kasitau. Kalau tak naya je aku ikut ajaran sesat. "

" Weihhh, tak larat ah.. Banyak sangat nih nak habiskan.. Malas pun ada. Belasahkan sikit boleh?"

" Jangan ngada! Baca cepat!! Chaiyok!! "

" Minggu depan buat soalan semua ok. Pastikan semua dah ready! "

" Baik sifu!"

" Amik ni. Ko terang, korang semak, aku catit then yang ni kasi diaorang fotostat.."

" Orait! Sayang ah korang. Suka betul aku. Memang kita saling melengkap-melengkapi betul la.."

" Hahahahaaaa~ Asal aku rasa semacam je ayat tu? Hehe.."

Tiba - tiba ---> " Ya sobaya, sout 'ali.." (Budak! Suara kamu tinggi sangat! )

Opssss... Lupa plak dalam library.

SYUKRAN JAZILAN ALAIKUM, YA ASDIQAI ... SEMOGA KITA SAMA BERJAYA DALAM SETIAP PERJUANGAN DI SINI. MULA SAMA-SAMA, BIAR HABIS PUN SAMA-SAMA ... INSYALLAH, MOGA SEGALA USAHA KITA DIREDHAI ALLAH DAN DIPERMUDAHKAN OLEHNYA. SAYANG KORANG ! BITAUFIQ WANNAJAH...

p/s :
Latar tempat telah dipendekkan dan skrip juga diubah supaya lebih padat.Jangan pelik pula tiga empat diaolog oleh orang berbeza jadi satu. Tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka...




NOTA UTAMA : GOOD LUCK ASYRAF .. Semoga semua baik-baik saja esok.. ^_^

10 Pencetus Rindu Pada Dia

Salam..

Kata orang, satu gambar boleh ceritakan 1000 kisah. Kalau macam tu, saya nak cakap sikit sahaja kali ni. Kita letak banyak gambar yer!



Saya rindu siapa? Saya rindu dia.. Kenapa saya rindu dia? Apa buat saya rindu dia?

1. Kata- kata dia bila saya tertekan dan perlukan seseorang untuk memberikan sokongan




2. Masakan dia yang istimewa terutama bila jadi ketua tukang masak pengantin di mana-mana atau sewaktu saya balik ke rumah!




3. Pejabat dia tempat saya lepak setiap hari waktu cuti saya di Malaysia kalau bosan di rumah. * Menyibuk sungguh budak nih suka mengikut pergi pejabat macam budak kecik! *




4. Belajar silat dengan dia bersama adik-adik dan sepupu lain yang lain waktu malam di gelanggang belakang rumah. * Takmau ngelat dah pasni! Kecuali kalau dah malas*




5. Tempat saya dan dia melepak sama-sama berjam-jam berdua waktu lunch pejabat dia. Pastu borong buku banyak-banyak sambil janji sorok daripada pengetahuan mama! *Ampun mama! Tapi lepas ni nak buat lagi..*




6. Buku-buku dia yang membukit terutama sebuah buku puisi lama dia yang sudah diturunkan pada saya. Mana kan tumpah kuah kalau tidak ke nasi agaknya ya?




5. Tempat dia lepas penat setiap petang yang dulu kosong waktu mula operasi sampai sekarang penuh bunga, pokok dan segala tumbuhan sampai tak tahu nak letak mana dah..




6. Aktiviti waktu maghrib bersama keluarga di rumah. Inilah waktu paling best nak berkumpul selain depan tv dan di meja makan! Jangan kami, kadang-kadang kucing-kucing itu pun menyibuk sama. Macam tau-tau je mereka.




7. Keluar berjalan ramai-ramai dengan dia satu keluarga waktu cuti atau pun makan luar ramai-ramai waktu tak cuti.



8. Kumpul semua benda yang saya tak faham dalam pelajaran atau apa-apa benda sekalipin, himpun bawak balik rumah untuk tanya dia kalau-kalau dia tahu.



10. Dia lelaki kesayangan saya selepas Rasulullah .... Siapa dia? Dia abah saya !



9. Bila saya nampak orang-orang di sini jalan seronok-seronok dengan ayah diaorang. Saya nak balik buat macam tu jugak! Saya rindu ayah saya la. Saya nak balik buat semua yang saya nak buat dengan ayah saya balik. Bila nak balik nih?



Kenapa saya cerita tentang ayah saya hari ini? Sebabnya hari ini hari kelahiran ayah saya! 11 Mac 1964 yang lalu.. Ucapan kali ini saya tujukan khas buat tok saya :

"Tok, terima kasih sebab lahirkan abah Ina dan besarkan dia sampai abah jadi apa yang abah jadi sekarang. Eh, tokwan pun sama jugak. Terima kasih sebab didik abah elok-elok. Sebab tok ngan tokwan ada lah abah ada. Bila abah dengan mak ada, Ina pulak ada. Terima kasih banyak-banyak..."


Sakura di Hari Maulud Nabi

SELAMAT DATANG MUSIM BUNGA, SELAMAT TINGGAL MUSIM SEJUK




Sakura dah mula berkembang. Sebenarnya dah dari minggu lepas lagi, tapi dua tiga minggu ni asyik hujan, tak tahulah macam mana nasib bunga-bunga haritu. Yang di atas ni diambil dari tingkap bilik Syukriah pagi tadi jam 6.30pagi . Bising sungguh pagi-pagi dia nak study tepi bunga sakura macam kat Jepun ala-ala Korea . =P

Erm, nampaknya hajat salji turun di Irbid tahun ni tak tercapai. Hanya ada di Amman dan Ajlun sahaja. Tak apalah, nanti bila-bila tahun-tahun depan turun la dia tu.. Dah nama pun tiga empat tahun sekali kan? Tahun lepas ada, maknanya lagi setahun dua tu datang la balik dia nanti.. ^_^

Ok, hari bermula dengan indah! Hari ni 12 Rabiulawal. Ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.. Mari hidupkan sunnah dan perbanyakkan selawat. (^_^)Y Baru-baru ini PERMAI ada buat sayembara puisi untuk Nabi. Alhamdulillah ramai tergerak mahu bersuara. Sayu membaca semua karya mereka walaupun kepala pening nak memilih mana satu untuk diangkat sebagai juara. Pemenang kali ini Saudara Naqib. Boleh tengok dia bersayembara di sini. Mabruk ya pada semua pemenang! Lain kali bolehlah sertai lagi.

Semoga hari ini ada sesuatu untuk dikenang dan bagus pengunaannya untuk dimanfaatkan~

Quote Of the Week

Salam

Sekadar mahu mencatat beberapa quote penting saya minggu ini :

" Usaha terus. Belajar lagi sungguh-sungguh. Kalau dah sedia semua, exam tak ada masalah sangat lah... " - Mama & Abah -

"Belajar medik sangat membahagiakan dan seronok. Terbayang-bayang aku dah jadi doktor nanti.. " - Kawan saya -

" Siapa yang tidak mendoakan ( sayangkan ) sahabatnya, maka masih belum ada cinta pada Rasul dalam diri mereka " - ust fakhrurrazi -

" Hidup aku untuk umat " - Sirah -

" Perkara berbeza dicipta bukan untuk menyanggahi akan yang lainnya, namun segalanya menuju ke arah sempurna. Teliti haknya, selami hikmahnya " - Radin Rahmah -

" Dosa besar kalau bermasam muka tak tegur sapa saudara seislam lebih tiga hari. Biarlah diaorang sakitkan kita. Tahan sikit! " - Anonymous -

" Percaya je pada diaorang. Nampak je macam tu, tapi diaorang mesti boleh buat " - Anonymous -

" semoga senyum je walaupun busy dgn mcm2 program skrg ni." - ks -

" Be 'iman'tionally rather than emotionally " - chrestomathics -

" Jangan simpan sakit dan penat sorang-sorang. " - Ketua Helwi -

" Siapa kita nak pertikaikan ilmu orang yang lebih arif dari kita sebelum tahu sebab dan rasional dia? " - Tuan Pengarah -

" Sibuk tanda Allah sayang " - rakan batch -

" Back to the basic. Bila hilang arah, tengok balik niat " - Entah -

" You are 21st century medical student. No more spoon feeding! " - Dr. Rasyid -

" You can find your key by searching with a smile " - Orang hebat -


Pendek kata, minggu ni sangat penuh warna. Putih, hitam, biru, pink, ungu, cerah, gelap, dan macam-macam lagi. Lengkap barangkali. Hari ini, ahad yang mengakhiri minggu ini, agak bermakna bila saya pertama kali pergi menemani kawan-kawan uruskan pembayaran sedekah anak yatim di Markas Aitam. Dah lama berhajat tapi baru kali ni dapat. Pernah rasa cemburu tengok mereka uruskan hal-hal anak yatim ni. Mesti pahala diaorang lebih tinggi dan lebih mulia. Lega, sejuk hati tengok muka anak-anak yatim kat sini. Malam ini ada qiyam dan esok ada MEKAP. Moga minggu seterusnya penuh dengan pengajaran tersendiri. Amin.

Status Iman Sekarang : Yazid Yankus

"Say NO to Pepper Spray ! " - Jordan

Salam




Mahu tumpang tempek kenyataan dari JKK Kebajikan dan Keselamatan PERMAI tentang isu Pepper Spray di Jordan.

**********************************************************************

7 Mac 2009

Salam semua....
Ini ada satu pemberitahuan yang sangat-sangat penting untuk semua khususnya buat para akhawat ! Sila baca elok-elok penerangan panjang lebar di bawah ini.

Baru-baru ni, rasanya ramai dah sedia maklum bahawa tentang pertikaian tentang isu pepper spray. Dulu pihak kami ambil keputusan untuk jual pepper spray sebagai langkah pencegahan memandangkan kes-kes keselamatan makin meningkat. Alhamdulillah, ramai yang setuju dan beri kerjasama yang baik dengan kami dari segi penjualan pepper spray.

Tapi malangnya, baru-baru ini kami baru diberitahu bahawa pepper spray TIDAK DIBENARKAN UNTUK DIGUNAKAN DI NEGARA JORDAN. Malahan, siapa yang guna pepper spray turut akan DIAMBIL TINDAKAN SEKIRANYA LAPORAN DIBUAT. Perkara memang kami tidak jangka sebelum ni memandangkan rasanya di negara-negara lain, pepper spray bukanlah sesuatu yang luar biasa sebagai alat keselamatan. Malah, di negara kita sendiri pepper spray ni memang orang selalu guna kan sebagai langkah berjaga-jaga kan? Jadi, sebetulnya kami buat keputusan untuk jual pepper spray untuk kemaslahatan semua. Tak sangka pula undang-undang Jordan termaktub macam tu sekali.

Jadinya, di sini kami JKK Keselamatan dan Kebajikan ingin memohon ribuan ampun dan maaf kalau ada yang keliru dan tak puas hati dengan hal ini. Mungkin salah kami juga sebab tak tahu peraturan ni tapi kita kan pelajar asing, jadi rasanya mustahil lah kami hafal dan arif segala benda tentang Jordan ni.

Tentang sesiapa yang dah beli pepper spray tu, terpulanglah pada semua nak buat apa dengan pepper spray tu. Nak simpan angkut bawak balik Malaysia pun takpe. Kalau nak buang pun takpe, tapi sayangla pulak sebab benda tu bagus je sebenarnya. Tapi kalau nak minta ganti rugi, erm.. maaflah yang itu macam tak dapat nak ditolong. Tiada pengembalian wang ye.. huhu.. Cumanya harapnya pandai-pandailah korang jaga diri dan jaga pepper spray tu baik-baik.

Cumanya saya berharap pada pemilik pepper spray, kalau boleh elakkan pakai pepper spray tu secara terang-terangan kalau nak pakai jugak. Maksud saya, andai kata korang tetiba kena gangguan yang menyebabkan korang terpaksa rela pakai pepper spray tu, lepas sembur teruslah lari sembunyikan diri dan pepper spray korang. Jangan sampai ada yang melaporkan korang guna pepper spray tu pada polis sebab berkemungkinan besar akan kena tindakan sekaligus kesalahan takkan diletakkan hanya pada bahu pesalah, tapi juga pada korang sebab pakai senjata terlarang. (keputusan di tangan korang, saya cuma beri pendapat peribadi saya sahaja... Fikirlah apa yang terbaik untuk diri sendiri. ^_^ )

Pihak PERMAI dah cuba minta kerjasama MSD tapi pihak MSD tak dapat nak tolong untuk kasi kebenaran juga sebab itu memang dah jadi peraturan yang tetap untuk negara Jordan. Kita nak paksa lebih-lebih pun tak guna juga sebab kita bukan rakyat Jordan pun. Maka, kami terpaksa la terima dengan rela keputusan pihak tertinggi di sini.

Jadi, saya harap dengan ini semua boleh faham dan beri kerjasama dengan kami tentang isu pepper spray ni. Kami minta maaf kalau isu ni menimbulkan masalah pada semua. PERMAI berpendirian bahawa isu pepper spray ini SEBAIKNYA JANGAN PAKAI ATAS DASAR PERATURAN DI SINI. . Kita terpaksa gantung penjualan pepper spray mulai hari ini. Pada siapa yang still nak guna juga bergantung kepada diri masing-masing, harapnya korang dapat lebih alert dengan kebarangkalian yang ada. Benda ni boleh jadi isu polis. Kami bukan nak lepas tangan sebabnya kami pun baru diberitahu tentang hal ini. Jadi kami minta semua fikir baik-baik sebelum ambil risiko dan jagalah diri lebih lebih berhati-hati. Minta maaf banyak-banyak. Harapnya selepas ini semua jelas dengan isu ni. Kalau ada yang kurang faham, boleh ajukan soalan pada kami. Insyallah, kami cuba jelaskan dengan lebih baik.

Tentang apa nak buat kalau kena kacau lepas ni tanpa ada sebarang benda nak pertahankan diri, rasanya korang gunalah benda-benda biasa yang praktikal. Bawa je perfume ke mana2 kalau rajin. Pepper spray takde, perfume pun boleh je nak pakai sembur kat mata orang jahat. Sakit gak nanti tapi kena pandai target la. Tak macam pepper spray yang kalau sembur dari jauh pun dah menyakitkan.

Apa-apa pun, kita hanya merancang dan Allah juga yang menentukan. Kami dah cuba sedaya upaya untuk selesaikan hal ini dan hanya ini sahaja yang kami mampu lakukan. Insyallah, saya yakin semua yang berlaku ada hikmahnya.. Kerjasama semua saya dahului dengan ucapan terima kasih..Sekian

Yang melaporkan,
JKK Keselamatan Kebajikan PERMAI 2008/2009


*****************************************************************************

Status Iman Terkini : Cari hikmah dalam bara sambil jahit mulut sebelum ayat-ayat katak keluar.. Assobru minal imannn.. Hakikat kena terima bahawa ini tempat mereka..

'Taken' To Irbid

Salam

Alhamdulillah.. Baru tadi selesai program tiga serangkai kerjasama JKK KK, JKK PMK, JKK PR. Mula pukul 6.30 petang tadi dengan tayangan filem Taken. Saya pernah buat review kecil di sini. Mulanya agak risau kurang sambutan. Tapi saya terdatang sedikit lambat sebab ada urusan lain sedikit tadi. Bila sampai, aikk dah penuh ruang??!! Menyelit pun menyelitlah... Tapi kesian juga pada yang terdatang lambat. Sudahnya ada yang menonton tepi pintu sahaja. Ampun ye. Nanti kita cari panggung wayang yang lebih lebar dan luas.

Waktu awal terima cadangan tayangan filem Taken, terfikir-fikir boleh ke masukkan? Filem tu kekurangan sudut sahsiah sikit walalupun sangan sarat dan padat dengan sudut thaqafah safar mar'ah ( Ilmu Mengembara ). Tapi tak mengapalah, kita cuba kelainan sedikit. Belum cuba belum tahu kan? Tambahan, aksi filem cerita ini sangat banyak untuk penggemar cerita thriller. Harapnya belum tahap 18SG kot untuk adik-adik sekelian. Hehe..

Bila tamat tayangan, saya dapat konklusikan bahawa tayangan malam ni sangat-sangat berjaya. Alhamdulillah, syukur yang teramat-amat pada Allah. Sambutan yang sangat memberangsangkan sudah cukup melegakan, ditambah dengan output-output yang saya lihat sudah dapat ditangkap oleh hadirin mengenai kepentingan Safar Mar'ah yang kami tekankan selama ini pun nampaknya makin jelas. Tapi sayang sikit sebab ada yang tak dapat hadir sebab exam nak dekat. Ma'alisy. Harap yang datang boleh kasi input pada mereka. InsyaAllah, mana yang boleh diperbaiki, kita upgrade lagi di masa akan datang.

Antara kesimpulan mereka daripada cerita Taken:
1. Jangan berani overdose bila nak mengembara, terutama kalau tiada muraqib
2. Jangan terlampau cepat ramah dan percaya pada orang
3. Jangan bohong mak ayah bila nak keluar
4. Jangan pakai pakaian menjolok mata bila keluar( wallahi, yang ni memang tak terfikir pun boleh masuk konsep keselamatan berdasarkan filem Taken. Alhamdulillah ada yang perasan..)
5. Jangan beri kebebasan melampau pada anak-anak
6. Jangan cepat gelabah bila kena masalah
7. Barulah tahu kenapa MPPM tak habis-habis sebut isu Safar Mar'ah ni....

Done! Lega boleh masuk semua aspek KK, PMK dan PR. Tiga dalam satu. Baguslah! Takdelah teruk sangat cerita ni. Habis tayangan Taken, kita ada buat tayangan pengenalan semula PMK. PMK ada projek terbaru fasa ini. Mereka mahu tubuhkan "Pasukan Pelombong" untuk cari "permata" yang tersorok di daerah Irbid. Apa sebenarnya pasukan tu, kenalah tunggu sampai dah dirasmikan nanti baru boleh hebahkan. ^_^ Tak sabar rasanya nak gali lombong. Kaya den nanti..

Dan yang terakhir ada segmen Demo Pertahanan Diri. Lapang dada bila tuntutan lama dah selesai. Demo ni mungkin baru untuk senior dan revision untuk junior. Tak apalah, yang penting kita tahu apa yang nak buat bila kena keadaan macam tu. Syukran jazilan yang tak terhingga pada bidan terjun yang sanggup beraksi di hadapan. You're my heroin! (^_^)Y Lain kali, boleh isi borang lagi ya...

Malam ni hanya sempat menatap sekeping slaidat Patho tentang maksud Anemia sahaja. Itu pun sebelum bacaan terganggu dek keterkejutan penonton kat panggung wayang al-Muhsinin tadi sebelum diri sendiri hanyut dilambung tachycardia melihat aksi bapa cari anak di skrin tv. Memang tak jalan. Esoklah mahu sambung sebab malam ni sudah terlampau penat. Baru selesai habis mengulit "luahan-luahan majnun di celah aksara bukan untuk laila" yang diserahkan panel pengarah. Kepala dah terumbang-ambing. Esok hanya ada sepagi hingga sepetang sebelum datang menjenguk program Maulud Nabi yang seterusnya. Nak study!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota A : Kempen Ganda Selawat dan Ihya Sunnah sedang rancak berjalan. Jom-jom !!!

Nota B : Amanat kakak kepada cikgu adik di Intec sudah diterima. Siap kamu Asyraf! Haha.. =P

Nota C : Hari ini banyak urusan saya dipermudahkan malah ditambah-tambah baiknya walaupun tanpa dirancang.. Syukur alhamdulillah... syukur alhamdulillahhh...

Nota D : Minggu ni banyak cuti, maknanya kerja rumah dan tak rumah pun banyak. Ngee~ Berkhidmat untuk Allah! Go..go... PERMAI go!

Nota untuk diri sendiri : Exam dah nak dekat ye wahai tuan rumah. Harap maklum!

Minggu Maulud

Bismillah...



Bersempena Maulud Nabi kali ini, ada banyak program yang telah tersusun. Boleh rujuk blog JKKPR di sini. Insyallah, kita cuba naik tarafkan diri menjadi ummat yang lebih baik dari sebelumnya.

Minggu ini antara minggu yang terpadat rasanya. Organizer saya sudah cukup terisi. Itu belum campur dengan Mid Term yang bakal menjelang 21 Mac ini. Harapnya masa yang ada dapat saya guna sebaiknya. Bab guna masa ni saya memang kena perbaiki lagi. Kata orang Allah sayang kita bila kita tiada masa lapang. Maknanya, Allah mahu hari kita terisi dengan baik. Insyallah, sama-sama cuba perbaiki.

Oh ya, semalam Asyraf telefon. Sembang-sembang sebentar mengenai hidup di Intec. Rindunya nak ke sana. Semua yang dia cerita masih segar dalam ingatan. Asramanya, kehidupannya, guru-gurunya semua sama. Cuma ada sedikit penambahan sebab dia sudah boleh pakai semua pasar raya yang baru dibina waktu saya di sana. Takpelah, nanti nak ke sana juga.

Asyraf ada minta tolong. Mahu carikan info tentang autopsi bagi kerja Ethic Sir Izzuan. (Haish budak ni, sampai ke JOrdan dia cari kalau nak minta kakak dia tolong cari benda kat internet.) Aha, dulu saya kena buat Euthanasia. Sedap gak la proses-proses nak buat kerja Sir. Terasa macam sudah jadi budak Master pun ada. Hehe..

Satu lagi yang terakhir, kalau ada budak Russia terbaca entry ini, adik saya ni minta pendapat kalian University mana yang bagus di Russia. Ada tiga nama dia kasi. Tak ingat nama apa. Dia mahu tahu pro dan kontranya. Kalau boleh, mahu tahu dari senior-senior di sana. Terima kasih..

Minggu depan, result SPM keluar. Good Luck Asyraf! I'll be waiting for your news. Tawakkaltu 'ala Allah.. ^_^
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images