Keputusan Muhasabah JKK KK

7:12 AM 13 Comments A+ a-

Salam




Masuk fasa ini, bermakna sudah selesai satu fasa saya menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan oleh masyarakat Irbid ke atas diri saya. Bila dikira balik, hanya tinggal 4 atau 5 bulan sahaja lagi sebelum saya dibenarkan berundur dari kerusi yang saya duduki. Sefasa yang berlalu memberi terlampau banyak cerita dan pengalaman kepada saya yang cukup berharga.

Di awal fasa thani ini, banyak kali saya duduk merenungi kembali diri dan menilai kembali perlaksanaan amanah yang telah saya cuba sedaya upaya lakukan dengan sehabis baik yang termampu. Tapi saya masih rasa kosong. Terlampau banyak kekurangan yang jelas terpampang di mata saya sendiri apatah lagi di mata rakyat-rakyat kami. Kadang-kadang saya buntu. Apa sebenarnya yang saya mesti tambah untuk memuaskan hati semua termasuk hati saya sendiri?

Kata orang kejayaan dilihat pada natijah. Maka, andai peningkatan aspek keselamatan dan kebajikan warga Irbid dinilai, saya pasti perkataan kejayaan itu masih belum mampu saya genggam sebaiknya. Makin hari makin banyak kes-kes yang jadi. Gangguan seksual, rompakan, kehilangan harta benda makin berleluasa. Malah kemuncaknya pasti semua sudahpun maklum dengan berita warga Melayu Irbid hampir maut ditikam perompak tempoh hari yang sudah tersiar di Berita Mingguan.

Kesal? Sedih? Buntu? Banyak yang bercampur baur dalam benak fikiran saya. Tambah sesak bila ada yang membangkitkan soalan "mengapa masih ada kes keselamatan walaupun biro kebajikan dan keselamatan telah pun ditubuhkan? " Saya tak menyalahkan soalan ini. Jangankan orang biasa, kadang-kala saya yang mengambil laporan sendiri cuak mendengar kejadian-kejadian seperti ini terjadi. Tapi jangan pula lupa negara kita yang sudah berpuluh tahun ada pasukan polis sendiri pun masih banyak kes-kes jenayahnya, inikan pula kita. Usaha dah buat cuma kadang-kadang natijahnya tidak begitu berjaya.

Puas kami memerah otak mencari ikhtiar memperbaiki keadaan. Perkhidmatan murakib, taklimat keselamatan, artikel-artikel keselamatan, perkongsian doa keselamatan, jualan pepper spray semua sudah cuba dilaksanakan tapi masih juga keadaan tidak begitu memberangsangkan. Kadang kala pernah terdetik rasa putus asa dengan keadaan memandangkan terasa amanah yang diberi tak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Saya cuba menguatkan hati dengan sentiasa memberitahu diri sendiri bahawa ini semua ujian Allah. Kita sudah merancang tapi Allah lah sebaik-baik penentu. Sejauh mana saya cuba menghalang sesuatu kes berlaku, jika ada yang Allah tetap kehendaki untuk terjadi masih akan tetap terjadi. Susah sungguh sebenarnya mahu tetap yakin teguh berdiri dengan keimanan terhadap qada' dan qadar. Tambah-tambah bila yang kita harapkan tidak terjadi malahan kadang-kala lebih memburukkan keadaan.

Saya yakin semua warga Irbid sudah cukup arif dan berhati-hati dengan keselamatan diri masing-masing. Semua sudah besar panjang dan dewasa. Masing-masing tahu apa yang sepatutnya dilakukan walaupun kadang-kala ada yang terlupa atau leka. Itu fitrah manusia, tak perlu syarah panjang. Semuanya boleh menjaga diri. Saya tak rasa kita perlu membebel banyak kali tentang cara menjaga keselamatan diri sehingga naik muak buat yang mendengarnya.

Tapi bila kita sama-sama berusaha, mungkin kadang kala kita terlupa untuk meletakkan sepenuh tawakkal kita ke atas Allah. Tambah-tambah bila kita di tempat asing. Raut wajah yang berbeza sudah cukup menarik perhatian ramai warga tempatan apatah lagi dengan personaliti diri atau pun cara hidup yang agak berbeza. Di mana-mana pun sangat ramai memandang kita dan itu boleh jadi antara sebab kenapa kita selalu jadi sasaran mereka yang berniat jahat.

Atas dasar itu, sepatutnya kita bertawakkal secara penuh dan total kepada Allah walau di mana-mana tempat kita berada hatta di dalam rumah sendiri pun. Letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah atas keselamatan diri kita walaupun kita telah berusaha banyak sendiri untuk menjaganya. Kebergantungan pada Allah lebih baik daripada kebergantungan kepada orang lain untuk menjaga keselamatan kita.

Saya tak terasa mahu menyalahkan mangsa kerana saya yakin dia mungkin tidak terduga akan menjadi mangsa. Ada mangsa yang fully alert tapi masih terkena. Tapi saya juga tidak merasakan jari perlu ditunding pada JKK Keselamatan. Mana mungkin setiap orang akan dikawal 24 jam seperti menjadi pengawal semata-mata untuk mengelakkan kes keselamatan terjadi. Mereka juga ada kehidupan sendiri untuk dijaga. Tengok je la berapa kerat yang sangup jadi muraqib secara penuh tanggungjawab. Tak ramai. Kalau sanggup pun dah cukup baik walaupun kadang-kala terpaksa tahan telinga dengar pelbagai rungutan yang membukit mengenai muraqib sendiri.Saya sudah cuba yang termampu saya usahakan. Saya tak terlampau hairan sebab muraqib adalah manusia, kadang boleh mengikut kata kadang sukar. Tapi insyallah, kami cuba.

Bila ada kes, kami cuba follow up secara pencegahan walaupun kadang-kadang tak mampu nak dapatkan balik barang-barang yang hilang atau jejak balik pelaku jenayah yang terlibat. Berurusan dengan polis Arab bukan semudah yang disangka. Silap gaya kadang-kadang kita langsung tidak diendahkan. Bagi yang memerlukan wang terdesak, kami sudah buka tawaran untuk buat pinjaman tapi ramai yang lebih gemar mengadu pada BKAN. Saya tidak kisah tapi janganlah sampai kami dikata langsung tak hirau kebajikan ahli. Itu hak masing-masing mahu mengadu pada sesiapa. Saya terima seadanya.

Maka bila saya renungi dan saya selidiki, saya rasa dalam hal sebegini sepatutnya tak payahlah kita rancak main tunding-tunding baling beban. Kita cuba muafakat ramai-ramai nak buat macam mana. Berkenaan program keselamatan, dah banyak kali saya cuba menghimpit tapi ruang waktu terlampau sesak dengan program yang lebih besar. Jadi saya mengalah dan lebih senang berkhidmat secara luar program. Tak mengapa kan?

Cumanya saya mahu cuba tekankan disini apa kata kita cuba tingkatkan usaha kita mendekati Allah. Tingkatkan tahap tawakkal kita selepas puas berusaha secara teknikal. Antaranya apa kata kita perbanyakkan doa dan zikir di sepanjang perjalanan danbuat solat hajat beramai-ramai supaya Allah selamatkan kita daripada sebarang bahaya lagi. Insyallah, mungkin ini satu petunjuk untuk kita supaya lebih dekat dan lebih mengharapkan Allah daripada ssebelumnya. INgatlah sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pengatur segala sesuatu.

Di bawah ini saya sertakan sikit-sikit doa yang saya dapat cari untuk sama-sama kita amalkan :

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ
[38] Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri. (Al-Zumar, 39: 38)


إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آَخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيم
[56] Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.(Hud, 11: 56)

لْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
[51] Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. (Al-Taubah, 9:51)


وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
[6] Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (Hud, 11: 6)


Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Yang paling senang, amalkanlah Ayat Qursi dan Mathurat selalu. Insyallah kheir..


p/s: Syukran buat semua komen membina dari warga PERMAI dalam muhasabah baru-baru ini. Insyallah, harapnya semua di kalangan kita dapat saling bantu-membantu untuk memperbaiki lagi aspek kebajikan dan keselamatan PERMAI untuk fasa yang akan datang. Insyallah...

Travelog Turkey II

11:47 AM 13 Comments A+ a-

Salam

Ok, sekarang saya nak sambung travelog ke Turki. Dah lama sangat simpan. Karang basi pula. Hari tu kita berhenti di perhentian Capadocia kan? Maka, sekarang kita teruskan perjalanan!!!

Untuk pengetahuan, kedatangan kami ke sini tak terancang pun sebenarnya. Keputusan diambil malam sebelum nak bertolak saja. Lepas buat syura di restoran Turki di lupa-nama-apa, kami sepakat sebulat suara mahu ke Capadocia berbanding ke Bursa. Kenapa? Sebab di Bursa hanya ada dua aktiviti iaitu ski dan membeli-belah. Tapi di Capadocia ada banyak tempat perlancongan dan pusat ski-nya terletak di gunung tertinggi di Turki. Lebih tinggi dari di Bursa. Yang uniknya, di Capadocia ada hotel dalam gua. Maka, ramailah yang berhajat mahu bergelar Ashabul Kahfi di sana. ^_^

Hari pertama di sini, kami bertolak ke kawasan bernama Devrent Valley. Kat sini, batu-batu dia terbentuk menjadi bentuk-bentuk haiwan secara semula jadi. Paling jelas, macam bentuk unta macam di bawah ni. Kami ambil peluang mendaki setinggi yang boleh di sini. Curam jugak laa.. Tapi dek lama tak memanjat gunung,panjat bukit pun jadi la nak lepas gian.. Bezanya, sini takde pokok la nak pegang-pegang. Jadi, hati-hati sendiri.. (^_^)Y



Kemudian, kami ke Chez Galip Pottery And Ceramic kepunyaan seorang penduduk tempatan di sini. Keluarga dia dah 200 tahun buat kerja seramik-seramik ni. Masuk kilang dia, memang kita akan kagum tengok seramik-seramik yang sangat cantik, unik dan lawa. Istimewanya di kawasan ini, seorang pemuda WAJIB tahu cara buat seramik sebelum dibenarkan berkahwin. Yang wanitanya pula kena tahu cara mengait tikar dan melukis. Kalau tak tahu tak boleh kahwin, ok! Pak cik ini sangat kaya kot sampaikan rumah burung merpati dia pun dia bubuh seramik mozek. Amboi!





Oh, ada satu tradisi unik di Turki yang kami baru jumpa. Pernah dengar "Botol Air Mata?" Haaa... Kat Turki waktu perang dulu, botol air mata ni bukti kesetiaan seorang isteri kepada suaminya. Waktu suami pergi perang, isteri akan kumpul air mata dalam botol ni bila teringat suami dia. Kalau suami dia mati dalam perang, botol berisi air mata tu akan disimpan sebagai mengingati suaminya. Kalau suami dia balik dalam keadaan selamat pula, isteri akan serahkan botol air tu pada suami dia sebagai tanda betapa dia sentiasa harapkan keselamatan dan kepulangan suami tercinta. Alahai, romantis kan? Tengoklah kawan saya tengah praktis di bawah nih. Hehehe...






Lepas tu, bas bertolak pula ke Gorome Open Air Museum. Sebuah kawasan bukit-bukit yang di dalamnya ada gereja-gereja lama Kristian Orthodok sewaktu zaman lampau ketika penganut Kristian diburu. Mereka sembunyi di sini. Banyak cerita lama yang kami korek-korek di sini. Rupanya Turki merupakan antara tempat perkembangan Kristian dahulukala. Banyak artifak Kristian ada di sini.






Puas geledah gua, kami ramai-ramai berkunjung pula ke Ozler Central Artisanal, sebuah pusat batu-batu permata Turki yang sangat terkenal dan mahal! Eh, kalau siapa kaya tu, maknanya takde la mahal sangat (ayat sedapkan hati yang sedih tak dapat beli.. Hehehe.. =P ) Kami yang dah sengkek ni menjamu mata dan minum teh epal saja la kat sini. Nak beli macam poket dah kering. T_T Siapa nak datang, sila bawa duit banyak sikit yer. Lawa-lawa tau barang-barang kemas kat sini. Tak rugiii..



Dalam perjalanan balik, kami singgah tengok istana apa ntah namanya. Tapi istana ni kat gunung. Kalau tak silap, dia terbentuk sendiri. Ha, disini kami berposing dengan seekor unta yang umurnya sangat tua. Gedabak sungguhla unta tu. Ada orang kena cium dengan unta ni! Hahaha.. Tu la, kacau dia lagi siapa suruh. Habis bau busuk.. =P Dah habis sehari, kita balik berehat ke hotel. Semua dah semangat nak tunggu esok. Sebab nak main ski!!!! Tapi ada satu je tak best. Akhawat tak dapat jadi ashabul Kahfi. Dengarnya hotel gua tak cukup. Ada beberapa syabab je yang dapat merasa.. T_T




Yaaa, sudah sampai masa yang dinanti-nantikan. Nampak muka semua excited teramat terutama adik-adik junior yang sangat mengidam nak jumpa salji tu. Yang akak-akak kunun buat muka rileks la dah pernah salji walaupun sebenarnya hati teruja ya amat nak main ski. Kami punya lokasi di Kayseri. Tempat ni sentiasa bersalji sampai keluarlah lawak tempatan Turki yang berbunyi "kalau ada orang meminjam duit, dia hanya akan bayar bila salji di Kayseri cair" maknanya sampai kiamat la dia takkan bayar!


Kita tengok ya gambar-gambar sekitar kami main salji ni. Kat sini banyak juga permainan lain. Ada snow car dan snow board. Pada yang tak larat nak jalan sendiri, kita ada snow taxi! Pakcik teksi tu bawak taxi motor macam nak main formula one je. Laju bukan main. Tapi best sebab dia angkut tempat jauh2 yang bukan tempat main ski sangat. Merata memusing tapi banyak gak duit terbang.




Mula-mula datang, ronda-ronda bawah saja. Lepas tu ustaz ajak naik kereta kabel ke atas puncak. Angkut la semua peralatan sekali. Kabel car pula jenis tak reti berhenti. Jadi nak naik kena sodok dengan kereta, nak turun kena lompat. Aigoo.. Bila dah ke puncak yang curam tu, ingatkan lepas puas bergambar boleh turun balik, sekali ustaz tak beli tiket turun!!! Nak turun bayar sendiri! Waaa... T_T Mahal la.. Sudahnya apa lagi, semua pakai berski, berkereta la turun.



Penurunan bukit bersalji sangat mencabar. Dah tak nampak depan sebab sangat berkabus dan curam serta jauh satu hal, tetiba salji turun lebat satu hal. Nak main ski takut terjunam terus. Last-last yang penakut-penakut ni, jalan kaki sikit-sikit turun bukit. Tak larat jalan, naik ski pulak. Tapi bila naik ski, konfirm terus terbang turun bawah.. @_@ Bagus gak. Jimat masa nak turun. Terus tergolek turun bawah walaupun tak sampai-sampai. *Mintak ampun la pada para penski yang pro.. Kami suka sangat buat sekatan lalu lintas kat korang*




Tapi tabik spring gak la pada penski lain. Diaorang suka tolong kami kalau dah jatuh. Susah kan nak bangun kalau kaki dah jadi macam kaki itik yang panjang tu. Tambah-tambah kalau yang jatuh pada kedudukan kaki dan badan yang berbeza sudut. Mak ai, macam nak patah pinggang je... T_T Mula-mula malu gak asyik tersembam, terjunam, terguling, terbuat sarkas sampai terbang habis pemegang kiri-kanan merata tempat, tapi lama-lama bila asyik tak sampai-sampai ke bawah, semua dah lali. Lantaklah! Janji nak sampai bawah cepat. Tersiksanyer naik puncak!! Menyesal tak belajar kat bawah dulu..



Yang berkereta snow, sedapla sket. Duduk atas kereta, angkat kaki terus shhhhuuuuu menjunam ke bawah. Tapi kalau yang tak reti pulas stereng tu, ada gak la yang kereta terbalik masuk curam. Nasib baik kat curam tu tempat orang main ski pakai tali kabel. Jadi adalah hero-hero nak membantu gak. Kankankan...? Pernah sekali kami bawak lari kereta adik junior sebab tak larat nak main ski dah. Nasib baik kereta ski tu boleh bawak penumpang. Jadi adik junior tu tumpang kereta yang lain. ^_^



Payah gak rupanya main ski nih. Kesabaran sangat diperlukan terutama kalau dah terberada di puncak bukit. Pandai-pandaila turun! Waktu ni la nak berangan jadi pendaki everest yang tersesat di dalam ribut salji. Salji yang lebat bersama kabus yang sangat tebal membuatkan kami terasa mahu buat aksi S.O.S pula di situ.Hehehe.. Main ski tak sampai 100 meter dah tersembam balik. Dapat pula kalau sembam muka dulu, habislaaa... Nak jalan pun tak larat bila salji sampai paras lutut. Mengangkat kaki yang berat dek salji dan kayu ski yang berat dan tak selesa itu satu azab yang sangat tak best time main salji. Huish, stamina kena upgrade nih..



Dah habis separuh bukit turun barulah dapat adapt dah cara main ski. Boleh la buat skil turun tak jatuh-jatuh kecuali kalau ada aksi-aksi perlanggaran sesama manusia atau kereta. Yang penting jangan gelabah. Gelabah sket, terus tumbang! Huhuhu.. itulah saya yang sangat lega bila sampai di bawah! Tapi ingatkan kat bawah boleh aman berehat. Rupanya tersesat masuk kawasan perang pulak dah. Perang apa ek namanya? Perang Yarmouk lawan Mesir? Perang syabab vs Ustaz? Perang serang siapa turun lambat?
Ustaz Zaid dengan Ustaz Hazimin memang habis kena buli. Ish222... Siapa tak nak kena hambat, maka duduk la tepi sikit dari kawasan tu. ^_^





Dari pukul 8 pagi sampai lah pukul 4.30 petang kami main salji. Balik semua muka naik biru. Sebelum balik, kami makan Beef Bread di cafe dia. Kata Miss Ailin, Beef bread paling popular di sini. Memang patut la sedap kalau waktu sejuk-sejuk macam ni, makan benda pedas yang panas. Rasa kembali normal dari aura beku. Habis makan dan sembang-sembang, kami bertolak balik ke hotel dan semua lena kepenatan..





Sepanjang perjalanan ke Antakya, saya berjaya menangkap gambar beberapa tempat yang paling menarik di mata saya. Pemandangan-pemandangan ni buat saya sayu nak tinggalkan Turki. Banyak sangat benda yang saya dapat disini. Turki memang sangat berbeza dan ada magiknya tersendiri. Tanpa sedar, saya telah pun menumpahkan air mata sewaktu bertolak pulang meninggalkan bumi sejarah ini. Terbayang-bayang segala kesan tinggalan zaman Uthmaniah dan saya cukup sayu dan rindu untuk kembali ke zaman ke itu. Terasa hati mengamit-gamit mahu merasa hidup di bawah empayar dunia yang tertegak utuh di bawah panji Islam.

Dalam hati saya, tertanam satu tekad bahawa balik nanti, saya mahu berubah. Saya mahu lebih banyak berusaha membantu mengembalikan kembali kegemilangan Islam. Saya yakin hari itu pasti tiba. Tapi saya berharap agar saya dapat menikmati zaman itu walaupun hanya sekejap. Adakah kembali di Turki atau di tempat lain? Wallahualam. Tapi sepanjang 15jam perjalanan, fikiran saya terus hanyut memikirkan hal-hal ini. Turki, Ainul pasti rindu kamu!!

Ok, sampai di sini sahaja. Kembara sehari seterusnya di Syria sebelum kembali ke Irbid saya simpan dahulu. Eh, ada lagi dua tempat di Turki yang saya lupa titipkan sekali. Takpelah, simpan ke Syria sekali ya! Nanti saya siapkan bila-bila. Ada beberapa tempat menarik di Syria yang kami sempat lawat. Menarik! Insyallah, nanti saya kongsikan bersama lain kali. Harapnya yang di Turkey ini mencukupi dulu buat masa sekarang ya. ^_^ See you next time!

Langgarlah Peraturan !

5:50 PM 7 Comments A+ a-



Dalam dunia kita, ada beribu-ribu papan tanda yang telah dicipta dan dipacakkan.Dalam banyak-banyak papan tanda pula, yang di atas ini paling saya suka. Nampak biasa tapi bagi saya papan tanda dalam gambar tu unik maksudnya.

Sekali pandang terus saya teringat sebuah teka-teki :

Dalam banyak-banyak benda, apa benda yang bila kita kata "jangan buat", yang itulah yang akan dibuat?

Tak usah fikir jauh-jauh merentas benua. Jawapannya ada dalam cermin hikmat di sekeliling kita. Pergi amik, belek dan carilah apa maksudnya. Janganlah malu-malu nak mengaku. Siapa tak ngaku, dia abnormal! Haaaaa, tengok-tengok siapa yang berani nak sorok tangan? Hehehe...

Tapi itu namanya asas. Lebih cantik dan molek lagi kacak kalau ditambah dengan keindahan akhlak yang rapi tertanam dalam lingkungan agama dan adat. Tapi bila kena momok dengan nama glamer "Kak/Abang Skema", habis ramai lintang pukang cabut takut saham jatuh. Sedangkan Allah sudah pesan selagi belum langgar garis Dia, semua wajib ikut. Ahhh,lupa pula.. Kan itu namanya kita?

Ada yang kata bad boy/girl image is cool. Zaman muda mungkin ya tapi bila tua nanti saya terbayang reaksi muka cucu kita kalau nak dabik dada cerita "Cu, nak tau atuk dulu suka debik orang, nenek dulu suka ponteng.." Erm, kalau dah jadi macam ni, nanti dah tua jangan bising-bising anak cucu turun perangai 'lawa' kita. Spesis ketam apakah kita kalau jadi macam tu?

Hurm, kalau dah payah sangat nak guna perkataan "jangan" ni, apa kata kita cuba tak pakai perkataan ini. Cuba la tengok kalau kita galakkan dia lagi buat benda terlarang tu. Eh, tapi jangan lupa bubuh perasa berapi sikit dalam ayat anda. Baru kaww..

Macam mama saya dulu, ada sekali kawan saya ajak pakai baju ranggi sikit (sopan sangat kot baju saya waktu tu). Saya cuba minta pandangan mama. Dia tak bebel panjang pun. Guna "jangan" pun tak. Nak tau dia kata apa:"Pakaila kalau tak malu.." Fuh, cabai burung habis la tu...! Terus faham sendiri. =P *Kalau tak faham tu, memang hati kurang lembut rasanya*

Rekod saya bukanlah suci bersih licin berkilau sangat pun. Tapi saya cuba sedaya upaya nak kasi tak hitam berkilat terus. Sekurang-kurangnya saya selalu bisik pada diri bahawa saya bukan lagi kanak-kanak tak mumaiyiz yang tak pandai menilai. Akal Allah dah kasi, hidup pun dah nak dekat suku abad. Kalau masih lagi saya penyumbang masalah kepada orang, sia-sialah kehidupan.

Susah ke? Semalam saya jumpa satu kamus best. Dia punya isi lain daripada yang lain. Saya cari maksud susah dalam kamus tu. Nak tahu apa maksud dia?

SUSAH = KEHIDUPAN

(^_^)y Selamat berfikir~

Award + Tag

1:09 PM 9 Comments A+ a-



Orang yang dapat award ini perlulah menceritakan 10 fakta mengenai beliau dan senaraikan 10 orang yang akan menerima award ini. Hantar komen di blog orang yang akan mendapat award ini supaya orang itu boleh mengambil award.

1. Nama saya Ainul Arina Madhiah. Asal Perak. Sekarang menuntut dalam bidang perubatan di Jordan University Of Science And Technology di tahun kedua. Anak sulung dari 4 beradik.

2. Sekolah saya sangat banyak. Taski Abim Saidina Hajar, SRI ABIM Kajang, SK Puchong Batu 14, SK Permatang Tok Mahat, SMKA Nibong Tebal, SBP Integrasi Gopeng, INTEC dan Jordan University Of Science And Technology. (tetiba terasa nak jumpa semua kawan-kawan lama kat sekolah lama..Anyone?)

3. Pernah kemalangan kena langgar motor waktu berjalan kaki dua kali kat tempat sama pada masa yang sama dalam tempoh masa 3 tahun yang berbeza(darjah tiga dan darjah enam). Nasib baik kecederaan berbeza, kalau tak haru la patah tangan dan kena jahit tempat sama berkali-kali. Kemalangan tak seronok tapi masuk hospital itu best! Tetiba terasa jadi orang kaya baru. Apa nak semua dapat, siap tak mintak pun dapat.. huahuahua...

4. Seorang yang cepat menghafal on the spot tapi cepat lupa kalau lama tak tengok balik. (Tak boleh ke buat exam setiap kali lepas kelas je berdasarkan apa yang cikgu apa waktu tu? Hehehe.. seronoknya kalau macam tu! )

5. Di luar, saya seorang yang sangat peramah pada kawan perempuan. Kalau pada kawan lelaki, rasanya saya takkan tegur diaorang kalau diaorang tak tegur dulu exception kalau ada urusan yang memerlukan saya tegur diaorang dulu. Itu prinsip saya. ( hugely mistaken with arrogant and serious attitude. *geleng kepala* i eat rice, not human. helping people is always my pleasure. try me(insyallah).. take it as a note ye kawan-kawan.. )

6. Paling pantang pada manusia yang kurang adab khasnya adab pada orang tua dan adab bermasyarakat. Teori asas hidup : Think 1st before you do. Suka layan budak kecil sebab keluarga saya sangat besar. Ada impian mahu berkhidmat di rumah kanak-kanak istimewa untuk melepas rindu menjaga Fatimah.

7. Peminat segala sains, bahasa, dan seni. Tapi saya kurang gemar nombor walaupun saya gila sudoku dan series Numbers. Siapa ada cara nak suka nombor? ( rasanya banyak turun dari abah ni, tapi apasal abah punya skill dalam fizik dan nombor tak turun ek? Sayang betul.. Sori ye abah kalau tensen ajar Ina fizik dulu.. I'm glad you cross out all the engine course for me during the future planning session. =P )

8. Pengumpul buku yang berjaya (ketika poket penuh). Tapi ada certain buku simpan buat perkasam dulu sebelum dapat baca kalau macam macam tajuk berat sangat. Sangat teruja kalau pergi library kecuali library JUST. Rak yang besar gedabak dalam bilik sudah penuh buku. Macam mana nak angkut balik Malaysia nih, baru tahun dua.. Kalau dapat hadiah hari jadi berupa buku, memang jadi macam budak kecil dapat aiskrim. (Mama, Abah, bila nak dapat the next Anne of Green Gable series lagi? =P )

9. Saya masih ingat nama semua rakan sekelas, banyak rakan-rakan bukan sekelas yang sesekolah, yang selalu jumpa dan rapat,kebayakan senior2 serta cikgu-cikgu di semua sekolah yang mengajar saya. Kalau bab nama junior je yang lemah sikit. Huhu.. Saya suka contact semula orang yang saya kenal. Alhamdulillah, masih berhubung dengan semua orang termasuklah cikgu-cikgu sekolah rendah. (Sekolah-sekolah di Selangor dikecualikan sebab memori masih lemah.)

10. Fakta paling saya teringin nak buang : Saya takut tikus dan cacing. T_T Jangan pelik kalau saya jadi orang pertama pecut lari dulu kalau jumpa dua makhluk Allah nih. Waktu selalu terserempak ular dulu pun saya lebih boleh tenang kejap berbanding jumpa yang dua nih. Kalau saya nampak kucing saya makan tikus depan saya, saya mogok tak nak layan kucing tu seminggu. Geli, takut ada saki baki tikus kat dia. Yuck! Mula geli tikus sebab ekornya macam cacing. Aiisshhh, macam mana nak pas jadi doktor nih.. (-_-)"

Disini saya mahu memberi pula award ini kepada 10 orang yang bertuah iaitu - Arina, Kak Asma Haslan, Kak Wanie, Maya, Kak Maya, Kak Tora, Roronija, Jaja, KS, Kak Haninah

Travelog Turkey I

2:21 AM 17 Comments A+ a-

Merhaba!

Seperti yang saya janjikan, jom sekarang kita mulakan travelog kita ke Turkey! Ok, kembara kali ini saya ikut kelolaan Ustaz Hazimin dan Ustaz Zaid dari HZ Tours. Selama 8 hari dari 4 hinggalah 12 Februari 2009. Kami bergerak seramai satu bas pelajar yang terdiri daripada campuran pelajar JUST, Yarmouk, dan juga beberapa pelajar mesir. Dari Irbid jam 12 tengahari, kami bergerak selama 2 hari 2 malam ( tidur atas bas tau! ) dengan merentasi Jordan, Syria dan seluruh negara Turki sebelum tiba ke Istanbul, nun di benua Eropah.

Sempat juga singgah di beberapa bandar untuk berehat dan makan-makan seperti di Damascus dan Homs di Syria juga di Hatay, Antakya, Iskanderol, Erzin, Pozanti, Adana, dan Yakuplar di Turki sebelum tiba di Istanbul. Setiap tempat kami berhenti mesti ada cerita-cerita menarik tentang bandar tersebut. Contohnya di Iskanderol yang mana ia merupakan antara pecahan Iskandariyah di sebelah Timur. Sangat padat tapi cantik dengan pantai yang bersih dan taman yang hijau.



Ada satu tempat perhentian yang paling saya suka sebab ada buaian tidur dan buaian ayun duduk yang tempat duduknya macam kerusi orang-orang tua yang boleh ayun depan belakang tu. Dahla pemandangan kat situ lawa. Disebabkan saya habis makan awal dan sempat merayau keliling, sempat gak main ayun-ayun dan bergambar dengan budak first year yang join sama. Hehe.. Seronok main buaian boleh sandar lepas kebas badan duduk bas dua hari.. =P



Perkara pertama yang kita terperasan bila masuk turki ialah bilangan masjid nya yang sangat banyak!! Maklumlah Turki terkenal sebagai "Negara 100 Masjid". Tak terkira banyak masjid yang kami jumpa di sepanjang perjalanan dengan pelbagai corak dan bentuk dan bilangan menara yang berbeza. Ambil gambar masjid je pun dah cukup bertimbun gambar jadinya. Tapi dengarnya masjid tak diguna pakai sangat. Faham-fahamla..



Menyeberangi Selat Bhosphorus buat kali pertama menyebabkan seluruh bas jadi hingar bingar sebab terlampau teruja menyeberangi ke benua eropah.Ok, fakta selat ini yang menarik adalah kesibukannya yang sangat sibuk. Beribu-ribu kapal sentiasa lalu di sini. Antara selat tersibuk di dunia.



Ok, di Istanbul kami menginap di Hotel Cordial selama 2 hari. Betul-betul tengah bandar Istanbul. Dari hotel tak sampai 5 minit boleh sampai ke Blue Mosque, Aya Sofia, Grand Bazar dan banyak lagi tempat menyebabkan setiap kali masa bebas seperti selepas jam 6 malam atau pagi-pagi buta selepas subuh, mesti kami keluar merayau sendirian berhad pergi jelajah dan bergambar.

Tiba di Istanbul waktu petang, kami hanya menghabiskan baki sehari di Grand Bazaar ( antara pasar paling banyak gerai di dunia ) dan selebihnya suka hati nak jalan-jalan seluruh pekan hingga ke malam. Ha, ada satu info penting di Grand Bazar --> mereka tahu bahasa melayu! jadi insyallah senang hidup tapi jangan komplen harga depan diaorang sebab diaorang paham tau! Sebab aritu pernah kantoi tercakap barang dia mahal dan tak nak beli (dalam bm), sekali dia balas "sini murah, sana lagi mahal." dalam BM gak. Erk...



Ada beberapa muzium yang sudah tutup petang tu, jadi kami ambil gambar depan tanda nama muzium je lah. Sedikit peliknya di sini, kawasan istanbul pukul 9 malam sudah sangat lengang. Jauh beza dari Syari'q Jamiah yang gilang gemilang penuh orang 24 jam. Nak jalan sorang-sorang memang kecut perut. Kalau nasib tak baik, ada la jumpa orang-orang mabuk dan pemintah sedekah yang berani terlebih. Jadi, baik berteman!



Ok, pertama sekali kita serbu Blue Mosque atau nama lainnya Sultanahmet Mosque. Nak cam, tengok pada menaranya yang ada 6 (paling banyak menara kat situ). Dipanggil Blue Mosque sebab bila waktu malam masjid ni nampak warna biru. Kalau nak banding, lawa lagi dia waktu malam dari waktu siang. Sekali usyar, macam istana Kartun Disney. Gambar time malam tadi dah kan dah tunjuk. Keunikkannya adalah pada hiasan dan segala struktur dalam majid tu. Sangat-sangat lawa!



Masjid Biru sangat dekat dengan Hagia Sophia (Aya sofia). Pemisah diaorang adalah sebuah taman yang sangat cantik dan menyenangkan. Ada kolam air pancut yang luas dan tempat-tempat duduk yang sangat banyak. Situ port utama bergambar kami! Selalunya kat sini, orang suka layan blues tengok masjid sambil makan jagung bakar atau buah berangan bakar. Bestt...






Tepi masjid biru, ada makam sultan-sultan di Istanbul. Paling ketara adalah makam Sultan Mehmet I yang paling besar. Yang kecil-kecil maybe anak-anak kot. Ntah la. Seperti biasa, binaan hiasan dalam sini memang sangat memukau! Dalam ni juga ada tinggalan barang-barang zaman nabi macam rehal, tasbih, dan peti.


Kemudian, semua bergerak pula ke Topkapi Palace. Tempat dia sangat luas. Semput juga nak habiskan pusing semua kawasan. Ini istana lama Sultan zaman dulu. Dalam dia ada satu muzium yang sangat besar dan pamerkan barang berharga istana. Malahan ada juga muzium yang menempatkan barang-barang tinggalan nabi-nabi dan para sahabat seperti janggut, cop mohor, pedang, bajudan banyak lagi. Paling teruja nak tengok ialah rangka tangan Nabi Yahya yang masih dipotong dahulu dan masih elok terletak dalam sarung tangan besi baginda. Wallahualam sama ada diawet atau memang ia kekal tak reput tulang.

Port paling best adalah kawasan atas di mana kat sini boleh terus tengok selat Bhosphorus. Paling cantik kat sini adalah taman-taman dia yang luas dan berwarna-warni. Oh ya, sini banyak kucing. Orang turki memang sayangkan kucing agaknya. Semua tempat penuh kucing. Semua gebu-gebu lawa-lawa macam terjaga.





Ok, seterusnya kita ke Hagia Spohia pula! Erm, sebenarnya waktu ni kami disuruh pilih antara Topkapi atau Hagia Sophia sebab masa tak banyak. Tapi alhamdulillah saya, Maisarah dan beberapa budak first year berjaya pecut masuk Hagia Sophia setengah jam before habis masa. Jadi kami dapat dua-dua sekali. Hehe..

Sejarahnya Hagia Sophia ni dulu gereja zaman kristian. Bila Islam masuk, dijadikan gereja. Tapi hiasan dalaman gereja tak dibuang, cuma diubah supaya tiada salib (buat ukir bunga macam salib jadi kayu atau dibengkokkan. Memang tak perasan mula-mula itu salib). Akhir sekali, Mustafa Kamal Atarturk buat jadi muzium. Cantik dan unik. Sangat luas dan besar. Membuktikan Islam tidak menghancurkan tempat ibadat orang terdahulu bila Islam memerintah.





Seterusnya kami naik tren untuk ke Eminolu. Tempat ni terkenal dengan Balik Ekmek (kebab ikan) yang sangat istimewa. Ikan dia tangkap, terus masak. Jadi sangat fresh cuma kawasannya ada sikit hanyir. Diaorang semua makan tepi tebing selat. Dari tebing, boleh nampak orang memancing, feri lalu lalang dan di belakang pula boleh nampak masjid Eminolu yang tersergam cantik.



Lepas kenyang, ramai-ramai kami naik feri untuk selusuri Selat Bhosphorus. Best sebab cuaca sangat berangin dan feri tu khas untuk kami je! Hehe.. Maka, sepanjang jalan tu kami bukan senyap, ada yang duduk, ada yang berdiri, ada yang turun bawah, dan yang paling tak tahan tiba-tiba ada sitkom tertutup titanic dengan skrip yang diubah : "U jump, u jump lah.. I wait here" =P Dari tempat feri, kami belayar sampai ke Jambatan yang menghubungkan benua asia dan eropah. Teruja juga sebab tepi-tepi selat tu semua bangunan istana yang lawa-lawa, rumah yang cantik, dan taman yang hijau.



Seterusnya, kami singgah solat di Masjid Eminolu sebelum sambung membeli-belah di Spice Bazar. Spice bazar ni penuh dengan halawiyat(manisan) dan rempah-ratus. Barang cenderahati lain pun banyak juga. Dan harganya jauh lebih murah dari di Grand Bazar. Something yang buat saya gelak kat sini ialah loghat diaorang ajak orang Malaysia masuk kedai "adik..adik..sini.. mari masuk.. mari masuk sini.." Loghat sebijik macam mamak kedai kat Malaysia. I wonder who teach them? Hehe... Ok, done for today!

Esoknya, saya, Maisarah dan Umi seludup keluar lepas subuh nak pergi taman. (Takpe, ustaz tak marah! Janji jaga diri.. =p )Tak ramai orang waktu, jadi bestla sikit. Rasanya waktu pagi macam lagi seronok berjalan. Segar bugar rasa. Tapi waktu nak balik, tiba-tiba hujan turun.. Habis semua bertempiaran..




Pagi kami mulakan dengan menjejak Sultan Al-Fatih di masjid dan makam baginda. Masjid ni sebenarnya dah runtuh tapi kembali dibaiki. Sebelah makam Muhammad Al-Fatih terdapat makam isterinya iaitu Gulbahar Hatun. Terbayang-bayang segala jasa Muhammad Al-Fatih, seorang panglima terbaik yang pernah di riwayatkan oleh Rasulullah membuka Constantinople zaman dahulu. Moga akan kembali Al-Fatih junior di zaman ini.

Juga saya ada melawat makam Ayub al-ansari, sahabat nabi yang berdakwah ke bumi istanbul. Dalam kawasan makam Ayub, ada satu kesan tapak kaki Nabi Muhammad pada batu. Bersesak sungguh kami dalam ni. Sudahlah dari pagi hujan. Tapi alhamdulillah hajat nak berziarah masih terlaksana.




Berdekatan makam Ayub r.a. ada satu kawasan lapang yang penuh dengan merpati. Ala-ala macam kawasan kat london tu, apa square ntah. Maaf saya tak ingat. Tapi memang banyak merpati di sini. Lepas makan, kami cuci mata tengok budak-budak kcil kejar merpati. Ada yang kasi makan burung-burung dan ada juga yang sendiri makan ais krim Turki yang boleh baling-baling tu. Diingatkan bila anda beli ais krim di Turki, sila jangan tensen tunggu dapat aiskrim sebab pakcik aiskrim kat sini suka sangat buat silap mata aiskrim. Gaya dia buat Ais krim turki sebijik macam gaya orang buat roti canai malaysia. Pusing sana pusing sini, balik sana balik sini. Tapi don't worry, ais krim dia melekat cam getah! Dan bila semua selesai, kami bertolak menuju ke Takshim sebelum terus bergerak meninggalkan Istanbul dan menuju ke Capadocia.





p/s: inibaru di istanbul. Nanti akan ada sambungan di Capadocia dan Syria. Cuma, tunggu dulu ya.. Nanti saya habiskan lepas selesai benda lain.

p/s: pembetulan : eminolu sebenarnya namanya eminonu.. sori tersilap! Saya selalu tertukar nama kat turki.. Kat update aritu tu pun, capadocia jadi nama apa ntah.. huhu. asif jiddan....

Happy Birthday to you...!

12:17 AM 8 Comments A+ a-

Salam

Alhamdulillah 13 Februari 2009 ni saya dah selamat sampai ke Irbid semula selepas lapan hari mengembara naik bas merentas tiga negara (Jordan, Syria dan Turki) dalam trip ke Turki. Tadi sampai dalam area pukul 6 pagi rasanya.

Terlampau banyak benda yang berlaku dalam tempoh lapan hari kami mengembara beramai-ramai. Satu pengalaman yang sangat seronok dan takkan saya lupakan. Apa yang saya boleh kata setakat ini ialah Turki ialah tempat paling patut semua orang pergi kalau nak melancong! Semuanya ada. ^_^

Pagi ni saya tak berniat nak update tentang Turki dulu. Sekarang baru sempat habiskan berlonggok-longgok email yang bertimbun. Cadangnya mahu kemas -kemas barang dan siapkan serba sedikit benda yang perlu diselesaikan sebelum mula kelas lagi tiga hari ( Taknak habis cuti tapi semangat nak masuk sistem! Apakahh?? =p)

Pada entry kali ni, saya nak ucapkan selamat Hari Jadi pada beberapa orang yang hari lahir dia jatuh sewaktu saya dalam tempoh bercuti tempohari. Pertamanya, adik bongsu kesayangan saya yang sangat cool, Aiman Farhan Najmi.. Selamat hari Lahir ke 11 tahun pada 8 Februari lalu. Semoga jadi lebih matang sikit dan lebih best dari selalu. Moga sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah yang Esa.



Erm, sekarang tinggal Aiman sorang diri je kat kampung tu yang tak masuk sekolah menengah lagi. Takde geng dah la dia. Mesti bosan budak tu. Nak cari mangsa gaduh kat rumah pun dah tak boleh sebab kakak dia nun jauh di Kuala Lumpur. Alamat masaklah budak tu jadi anak bongsu tunggal kat kampung yang masih tahap budak kecik. Huhu, sila kurangkan perangai kebongsuan ye Aiman. Hehehe... =P

Aiman ni nampak je si bongsu yang nakal dan kuat merajuk tapi dia ni sebenarnya abang yang baik tau. Buktinya dia cukup terer melayan kalau dengan budak kecik. Tambah-tambah kalau dengan Adrina Lisa. Kamceng semacam je diaorang tu. Macam comel je Aiman bergaya ala-ala abang yang prihatin. Ye la kan, dia mana ada adik sendiri nak praktis.

Lagi satu yang lebih best sikit pasal Aiman ni yang saya tabik ialah dia ni sangat lasak kalau nak banding dengan kami yang lain. Silat, taekwando, sukan rasanya semua dia sapu. Nampak je kecil tapi jangan lah cuba buat benda yang dia nampak tak patut, karang ada la yang dapat merasa segala bunga dan buah seni pertahanan diri dia. Yang tak tahan, dia suka testing power pada saya. Nasib baik kakak dia terer mengelat. Hehe.. Tapi sekurang-kurangnya boleh juga kot saya buang habuk pada skill sendiri walaupun dah cacat habis segala seni. =P

Makanya, buat Aiman "Selamat Hari Lahir" Aci la ek Kak Ina buat lambat sikit ucapan kat sini. Lagipun dah wish dah on the spot hari tu kan? Hadiah istimewa yang Aiman nak tu dah ada. Nanti kalau sempat, Kak Ina pos. Kalau tak, tunggu bulan lapan la yer.. ^_^ Belajar sungguh-sungguh dan semoga cemerlang selalu dalam hidup.

Ok, seterusnya nak ucap Selamat Hari Lahir juga buat Auntie Sarina di Malaysia. Ada satu hadiah saya titipkan khas di sini untuk tatapan auntie. Tak mahal mana pun tapi saya suka ambil gambar cucu auntie yang sangat comel nih. Pipi dia labuh bukan main. Geram tengok! Patut la wanmommy Umair sayu nak lepas Umair balik Jordan. Kitaorang pun kalau boleh nak angkut dia bawak balik rumah tapi karang kalau dia nangis nak mak ayah dia, jenuhla plak nak pos balik. =P



Dan terakhir sekali, selamat hari lahir juga buat si kembar hidayah dan syuhada. Wah,wah, sakan korang dapat kejutan kek atas bas semalam ya. Akak yang tertidur pun terjaga balik. Tak pe je, nasib baik kek sedap jadi dimaafkan. Hehe... Semoga sentiasa sukses dalam hidup selalu. BItaufiq..



Ok. Setakat ini dulu. Mahu berkemas sekejap dan buat kerja terlebih dahulu. Insyallah, nanti saya akan update tentang ziarah ke Turki. Untuk pengenalan awal trip kami, tengoklah gambar di bawah nih.. INsyallah, lain waktu nanti saya terangkan lagi panjang lebar.. ^_^ Jumpa lagi.

update dari cemberlıtas

9:34 PM 3 Comments A+ a-

salam semua

saya sekarang dekat cemberlıtasç turkey.. sekarang pukul 7.30 pagı.. semalam sudah habıs melawat blue mosquec aya sofia dan banyak lagı tempat dı ıstanbul. pagi nı nak habıskan banyak lagı sebelum bergerak ke capadıpoca... tak jadı ke uludag sebab capadıpoca lagı tınggı dan best sbb ada hotel dalam gua.. ok... got to go.. see you later!

Misi Jelajah Constantinople

9:36 PM 5 Comments A+ a-

Salam

Akhirnya hari ini sampailah waktu yang sangat ditunggu-tunggu sepanjang cuti ni. Petang ini saya akan bertolak ke Turki bersama 44 pelajar lain di sini untuk program Trip Ke Turki Musim Sejuk. Insyallah bas akan bertolak pukul 12.30 tengahari nanti. Tak sabarnya nak berjalan-jalan cari pengalaman! (^_^)Y

Sejak kena virus bosan bercuti, saya sudah mula gatal tangan menggeledah info-info tentang turki dan mempelajari sedikit sebanyak bahasanya. Banyak juga yang saya jumpa tapi rasanya masa dua tiga hari tak cukup nak gali semua sampai ke akar. Hanya sekadar dapat mencari isi-isi utama lokasi sahaja.

Apa yang paling menarik tentang Turki tentulah pada sejarahnya sebagai empayar Islam terakhir yang pernah tertegak di muka bumi. Turki nama lamanya Constantinople, iaitu sebuah ibu kota rebutan yang telah tertegak sejak 330 AD yang lampau. Kota ni pernah dikuasai oleh tiga kuasa empayar utama iaitu Rom, Rom Timur dan Uthmaniyyah. Kota ni ada dua nama samaran iaitu "Bandaraya Tujuh Bukit" dan "Vasileuosa Polis"

Dari dulu Istanbul sangat terkenal dengan kisah kisah peperangan yang unik. Antaranya, Kota Istanbul sangat mashyur dengan sejarah Kuda Trojan dan Perang Cannakale yang menyaksikan betapa hebat strategi yang digunakan dalam peperangan sehingga boleh mengabui mata musuh yang datang menyerang.

Ada satu hadis Rasulullah tentang Constantinople yang berbunyi " Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”. Tentu ramai dah tahu siapa yang membuka Constantinople ---> Sultan Muhammad Al-Fatih! Keistimewaan kisah pembukaannya terletak pada strategi baginda yang membawa kapal-kapal perang melalui jalan darat. Hebat kan? Macam manalah orang dulu boleh terfikir nak angkut kapal-kapal yang gedabak tu ikut darat untuk berperang..

Empayar Uthmaniyyah tertegak di Turki selama 600 tahun sebagai sebuah kerajaan yang sangat hebat. Antara nama-nama penting dalam kerajaan ini adalah Sultan Muhammad al-Fatih, Sultan Mehmet 1, Sultan Selim 1, Sultan Suleiman dan ramai lagi.

Kalau di Mesir ada Firaun, di TUrki juga ada seorang musuh Islam yang sangat terkenal bernama Mustafa Kamal Ataturk. Bapa keruntuhan Islam Turki ini telah membuat pelbagai perubahan dalam cara hidup Islam hingga menjadikan seolah-olah Islam adalah cara hidup yang kolot dan dilarang dilaksanakan di Turki. Tapi alhamdulillah, sekarang dengarnya keadaan makin pulih. Pulih takat mana, wallahualam...

Sejak belajar bahasa Turki, saya jadi makin seronok membaca perkataan Turki yang tercatat di kotak-kotak makanan yang ada di kedai runcit. Bukan apa, sebabnya barangan Turki memang sangat banyak di sini. Tapi tak pernah faham pun dia tulis apa. Faham ikut gambar sajalah kotak tu isi tepung apa. Hehe..

Insyallah trip kali ini mengambil masa selama 8 hari. Dari 4hb ni sehingga 12 Februari. Jadinya selama 8 hari ni, saya bercuti kejap dari mencoret-coret kat sini. Nanti balik, saya ceritakan di sini apa yang saya dapat dekat Turki. Semoga info awal yang saya beri kat atas dapat beri kita sedikit sebanyak pendedahan mengenai Turki.

Erm, akhir kalam minta maaf salah silap, halal makan, minum, hutang semua (nak amik gak, sila kasitau ye balik nanti. ^_^) sebelum pergi berjalan nih. Doakanlah kami semua di sini selamat balik dan selamat pulang ya.

Ini saya ada letak beberapa gambar bakal destinasi kami di sana nanti. Setakat ni kita pijam dulu khidmat Encik Google. Nanti balik, saya upload yang tangkap sendiri punya.







Da~

NOta :

Rujukan -
1. Kejatuhan Constantinople
2.Fakta Istanbul
3.Siapa Mustafa Kamal Ataturk
4. Kuda Trojan dan Perang Cannakale
5. Sejarah Empayar Uthmaniyah
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *