Perancangan

7:05 PM 18 Comments A+ a-

Salam buat semua

Alhamdulillah exam final semester satu sudah pun habis dua hari lepas. Dengan itu juga, maka mulai saat ini, kami di Jordan University of Science And Technology akan mula bercuti. Merdeka!

Mulanya ingatkan bila mula bercuti ni, bolehlah saya luangkan sedikit masa nak berjalan-jalan lebih lama di blog teman-teman. Rupanya lain yang dirancang lain pula yang menjadi. Cuti kali ni terasa bakal menjadi cuti yang agak padat. Maaf kalau saya tak sempat buat apa yang saya janjikan pada teman-teman di sini. Nanti bila betul-betul lapang, saya buat ya! Ini pun saya rasa waktu cuti ni mesti tak berapa sempat nak mengupdate blog. Wallahualam lagi macam mana. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

Malam habis exam haritu terus terisi dengan menemani teman-teman berjalan di balad sebelum semua bergerak menuju ke program ceramah umum anjuran beberapa ustaz yang singgah sebentar sewaktu dalam perjalanan ke Gaza.

Hari kedua pula, akhawat batch saya mengadakan program batch yang dah lama terbengkalai dek kesibukan. Kali ini kami berpagian dengan aktiviti barbeque. Terasa makin rapat ukhwah yang terbina. Lagipun, makin lama kami melangkah di sini, makin sukar mahu berkumpul kerana bidang yang berbeza. Jadinya dengan program ini, rindu yang terpendam terasa sudah terlerai. Apatah lagi hari ini batch kami kembali lengkap dengan kembalinya seorang ahli yang kami rindu. Selamat pulang kak GG. Rindu sangat pada akak!







Esok pula, insyallah saya akan berjalan-jalan dengan teman di Amman sebelum sama-sama menjemput kedatangan teman-teman tersayang daripada bumi Mesir. Terasa sangat tak sabar nak bertemu kembali dengan kawan-kawan lama dan bertemu dengan yang baru. Ahlin buat kalian! (^_^)Y Moga kedatangan ke Jrdan akan bawa banyak manfaat untuk kalian bawa pulang ke BUmi Kinanah.

Mengikut perancangannya, 4hb ini insyallah saya akan berkelana bersama teman-teman disini ke bumi Istanbul. Jiwa terasa makin meronta mahu menyelusuri kesan kebangkitan dan keruntuhan Islam di sana. Ada sesuatu yang saya cari dan harapnya saya boleh ketemu ia di sana. Jadinya, mungkin nanti rumah ini akan sunyi sebentar. Nanti pulang, insyallah saya cuba kongsikan apa yang saya peroleh.

Malam ini, hampir kesemua keputusan peperiksaan saya telah pun keluar. Hanya tinggal subjek Pharmacology sahaja yang belum. Alhamdulillah, keputusan semua memberangsangkan walaupun tidak mencapai sasaran sebenar saya (senior kata begitu tapi saya sendiri tak pasti sebab saya mengharapkan yang lebih dari itu.)Tapi tak mengapalah, saya redha. Insyallah di masa depan saya akan buat yang lebih baik dari itu. Syukur alhamdulillah, terasa beban yang saya tanggung sepanjang semester satu yang mencabar ini makin ringan. Terima kasih saya ucapkan pada semua yang memberi tunjuk ajar dan galakan selama ini. Saya hargai jasa kalian.

Waktu cuti ini banyak benda sebenarnya yang saya sudah rancangkan untuk dibuat. Kalau boleh, saya mahu cuti kali ini saya manfaatkan sepenuhnya. Saya sasarkan mahu menggunakan masa ini untuk meningkatkan kualiti diri. Caranya masih samar-samar. Tapi saya sasarkan mahu meningkatkan kualiti ibadah,kualiti masa bersama-sama teman juga menguatkan diri sendiri sebelum melangkah ke alam pembelajaran sistem. Juga saya sasarkan untuk menghabiskan seberapa banyak buku yang ada dalam simpanan. Banyak perkara yang perlu disusun dan diatur kembali untuk memperbaiki diri saya. Harapya cuti kali ini sasaran ini akan berjaya dicapai. Amin.. (kalau sempat, mahu sambung belajar bahasa yang tertangguh sejak cuti september lepas.)

Selain tu, bila dihimpun terasa ada berbukit kerja yang menanti masa cuti ini. Tapi ada seorang kakak pernah cakap pada saya bahawa dia lebih suka berada dalam keadaan saya yang sibuk berbanding dia yang lapang sebab katanya bila kita sibuk, masa pasti terisi dengan baik. Insyallah, moga kata-kata dia jadi kenyataan buat diri saya. Sesibuk mana pun, kalau kita pandai urus masa pasti tak jadi masalah. ^_^

Ramai kawan-kawan di sini yang akan pulang ke Malaysia esok. Ah, cemburunya pada mereka. Terasa saya juga mahu pulang ke Malaysia. Tapi kalau balik selalu sangat, nanti tak seronok pula. Takkan nak tunjuk muka anak manja pada adik-adik yang tengah semuanya di rumah sebab balik tanpa alasan. Moga kerinduan saya pada keluarga dibalas dengan sesuatu yang lebih baik dari itu. Buat Kak Rina di rumah, Ina doakan moga segalanya dipermudahkan Allah dan juga selamat hari lahir untuk akak. Moga kehidupan yang mendatang bawa sinar yang baru untuk akak. Buat teman yang pulang, selamat jalan! Moga kalian pergi dan kembali dengan selamat.

Akhir kalam, saya sudahi catatan kali ini denga peringatan supaya semua kembali ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Semua pasti ingatkan perkara apa? Masa muda, masa lapang, hidup, kekayaan, dan kesihatan. Jangan dilupakan semua perkara ini sewaktu kita seronok bercuti. Moga cuti kali ini lebih baik berbanding cuti-cuti sebelumnya.

oh ya, buat Kameelah, Ainul doakan moga kakak kamu cepat sembuh. Insyallah, semua penyakit ada ubatnya kecuali maut. Syafakillah buat dia. Semoga Kamel dan keluarga kuat menghadapi dugaan ni. Allahu yusahil alaikum.

Di sebalik nama kamu..

4:37 PM 12 Comments A+ a-


Salam

Tadi saya mengisi masa rehat lepas membaca Pharma dengan menolong kawan mencari nama baru untuknya. Mungkin untuk anak saudara barangkali. Jadi, ikutkan sajalah. Tambahan, saya sudah lelah menghadam satu topik Pharma yang tepu. Banyak juga yang saya dapat malam ni. Tak sia-sia tak tidur malam nak ganti ulangkaji. Dapat ilmu baru lagi!

Sekadar mahu berkongsi, nama mungkin nampak seperti hal remeh tapi sebenarnya kalau salah letak nama, boleh bikin isu juga. Tambahan kalau salah maksud. Yang lebih parah kalau terambil nama yang memaparkan keburukan seperti Yang Bersedih, Kegagalan, dan banyak lagi. Lama-lama sebut, jadi doa, bahaya tu untuk empunya nama.

Memetik petikan sebuah artikel yang saya rasa cukup baik, ada 14 panduan yang perlu dititikberatkan sebelum menamakan anak. Antaranya sekadar nama, kebangsaan, keagamaan, jantina, bilangan nama, mashur, sebutan glamer, unik, panggilan, makna, pertukaran nama, dan pilihan siapa. Boleh rujuk sini.

Secara keseluruhan, sangat setuju dengan panduan ni. Tambahan pula, sekarang makin banyak ibu bapa yang suka meletakkan nama anak dengan nama-nama glamer yang kadang-kadang sangat pelik dan tak tahu asal mana. Tak percaya, tengok sini. Serius, saya sendiri ternganga baca nama-nama baru ni. Hebatnya nama kanak-kanak zaman sekarang!

Saya rasa setiap ibu bapa mesti nak letakkan nama yang terbaik untuk anak-anak mereka. Itu memang baik tapi bagi saya sebaiknya sebelum nak letak nama, rujuklah dulu mana-mana sumber yang dipercayai. Kesian kalau anak tu dapat nama yang dia sendiri tak tahu maksud. Sedangkan nama itu kan doa juga untuk anak-anak. Saya bercakap ikut pengalaman sewaktu melihat kawan yang sering mengeluh bila namanya tak bermaksud atau menyandar kepada apa-apa.

Dari pencarian saya dalam laman sesawang, saya baru jumpa hukum penukaran nama sahaja. Ada di selit di celah-celah komen tentang nama-nama glamer tadi. Carilah tengok. Kalau dari sudut penamaan pula, banyak yang saya jumpa semuanya tidak kisah bahasa apa pun janji TIDAK ADA MAKSUD BURUK. Nanti nak tengok pandangan ustaz ustazah kat sini pula lah. Tak boleh ambil bulat-bulat dari internet sahaja kan?

Bercakap tentang nama yang bukan bahasa arab, terus saya teringat pada nama anak buah yang seorang ni. Unik. Alvina Izz Huda. Pertama kali dengar waktu abah tanyakan saya apa maksudnya. Saya cuma tahu Huda itu petunjuk. Izz dan Alvina memang tak tahu. Bila buka kamus, rupanya izz maknanya kekuatan. Alvina langsung tak jumpa sampailah ke saat tadi baru jumpa! Rupanya Alvina ni maksudnya 'sahabat' dalam bahasa Inggeris. Inggeris belah mana saya tak pasti tapi sah la ada!

Ada banyak nama-nama bukan arab yang saya jumpa dalam link 1, link 2 dan link 3 ni. Barula saya tahu maksudnya. Ada dari greece, latin, cina, jerman, malah sanskrit pun ada. Alhamdulillah maksudnya semua baik-baik belaka. Harapnya tak adalah bertindan dengan maksud arab yang kurang baik. Insyallah..

Ada satu alasan paling lawak yang saya baca dalam carian tadi tentang bilangan nama untuk anak. Katanya kalau ada ibu bapa yang mahu beri nama anak mereka panjang-panjang dan belit-belit, ingatlah sama waktu anak tu nak kawin nanti.Kesian pada tok kadi dan bakal suami yang bakal tergeliat lidah nak menyebut waktu akad. Kalau di Indonesia lainlah, itu memang budaya mereka. Erm, nama saya panjang ke? Tak kot sebab saya pernah jumpa budak perempuan yang namanya sampai 5! Jenuh kami nak buat name tag sebab tak cukup korum nak tulis dulu.. Huhu..

Tadi sempat pusing-pusing tengok nama semua. Setakat ini, dah banyak nama yang saya baru tahu maksud termasuklah nama panggilan untuk seseorang. Nama pena pun banyak saya jumpa maksudnya. Nama pena saya? Oh, yang ini saya jumpa kat satu tempat je. Surau SMKANT dulu. Maksud tak ingat tapi yang saya pasti Auriss dan Haira' itu nama nabi yang bukan dalam 25 nabi auliya'. Entahlah macam mana boleh melekat campur dua nama tu. Geng punya identiti sebenarnya dulu. Tapi saya simpan sampai sekarang untuk nama pena. Alasan awal dulu sengaja kasi orang tak tahu saya siapa. ^_^

Kesimpulannya, nak beri nama anak biar nama yang bagus dan elok. Fikir sampai ke zaman kita sudah tiada juga nanti. Jangan asyik ingat nak yang glamor-glamor sahaja ya. Moga-moga dengan panggilan kita pada anak itu nanti bakal mempengaruhi diri anak itu sendiri. Aminn..~

p/s: Belajar tentang Noradrenalin (hormon dalam Pharma), buat saya terus teringat pada sepupu seorang yang namanya Nur Adrina Lisa. Dulu cadang nak letak Nur Adrina Lina, tapi nasib baik makcik sempat tanya kakak sepupu dulu, kalau tak mesti dah sama nama. Nina oh nina, comelnya nama kamu masuk buku Pharma akak .. =P

My beloved Second Family

10:29 PM 12 Comments A+ a-

Salam

Pagi ni saya gelak tak henti-henti sebabnya baru dapat keluarga baru yang sangat gila-gila. Cukup korum cuma takde ayah je. Ada mak, along, angah, achik, alang, dan ucu. Saya pula dapat pangkat adik sebagai adik yang kedua terakhir. Semalam dapat jemputan tapi tertidur pula. Jadi, pagi ni baru rasmi saya sebagai keluarga mereka. (^_^)Y Bestnya!

Cerita pasal keluarga angkat ni, teringat pula keluarga angkat saya sejak kecil. Saya ada satu keluarga angkat yang sangat saya sayang! Macam mana boleh jadi keluarga angkat tu saya tak pasti sangat. Tapi dulu-dulu waktu kecil, bila mak ayah sebenar saya pergi kerja, saya dan adik akan duduk rumah mak angkat saya ni. Depan rumah je pun. Nak kata pengasuh bukan sebab diaorang tuan rumah kami. Tapi kalau tak silap, waktu nak pindah dulu, mak ayah saya dan mak ayah angkat saya setuju tak mahu putuskan hubungan lalu kami pun jadilah macam anak angkat diaorang. *terharu bila mak cerita*

Waktu di Intec dulu, kalau nak lari dari Kolej Cemara, saya lari rumah Mak Ana je la. Dekat je pun. Di Puchong. Kebiasaannya waktu saya pergi tu, semua adik-beradik angkat lain semua tiada. Yela, semua dah ada keluarga sendiri kecuali Abang Kemal yang kerja syif lain. Maka, jadi anak tunggallah saya sebentar. Huhu, seronokk... =P Segan pun ada tapi kalau segan ngada-ngada nanti kena luku dengan Mak Ana dan Abah Din la jawabnya. Yela, diaorang pun dah sunyi kadang-kadang duduk berdua je, bila saya datang maka huru-hara baliklah rumah tu.

Yang tak tahan, ada sekali tu ikut Mak Ana dan Abah Din pegi merewang kenduri jiran. Dalam semua jiran tu, ada sorang dua je yang tahu saya ni siapa sejak saya kecil. Yang lain semua muka-muka baru. Faham-faham je la bila anak mak angkat sendiri yang tak kawin cuma anak lelaki sorang, maka kedatangan saya yang janggal di mata dioarang ni menyebabkan semua orang tersengih-sengih bila nampak saya. Pelik juga mula-mula, sekali bila mula sembang barulah saya tahu yang diaorang semua ingat saya bakal menantu baru mak angkat saya. Tidakk!!!

Dahla Mak Ana tu jenis suka mengusik jiran-jiran dia. Mak Ana dengan muka selambernyer cakap saya bukan menantu dia, saya anak dia. Habis pening makcik-makcik tu bila masa pula Mak Ana beranakkan saya. Saya pula kat sebelah tergelak-gelak habis tengok gelagat makcik-makcik tu semua *malu juga tau sebab dianggap bakal menantu*

Dah lama mengusik barulah jiran lama yang kenal saya buka cerita saya ni siapa. Ingatkan dah reda, rupanya makcik-makcik ni nakal juga nak mengusik suruh Mak Ana nikahkan saya dengan abang angkat saya. Haish, mak cik nih! Sedangkan bakal kakak ipar saya pun saya dah tau, takkan la saya nak potong line. Terasa macam nak nyorok bawah katil pun ada. Apa la makcik makcik nihhh... Nasib baik Mak Ana cool je. Dia cakap menantu mana sama dengan anak. Saya dah jadi anak, mana best jadi menantu pula. Yeaaa! Sayang Mak Ana!!

Dulu malu gak bila Mak Ana buat announcement anak perempuan dia datang kuat-kuat kalau ada kenduri, tapi sekarang dah biasa. Bangga pun ada sebabnya saya ada keluarga angkat yang sangatkan sayangkan saya.Lagipun, Mak Ana ada sorang je anak perempuan betul. Jadinya saya dengan Kak Yan (anak Mak Ana) memang sangat rapat sampai kadang-kadang kalau saya datang rumah, Kak Yan confirm ajak Abang Syah (suami Kak Yan) balik rumah Mak Ana gak sebab nak jumpa saya. Itu pun kalau Abang Syah tak sibuk lah. Yong tu kecil lagi. Rasanya dia tak habis sekolah pun lagi kot. Entah, dah jarang jumpa Yong.

Best juga ada banyak keluarga nih. Kalau nak buat list nak telefon siapa, memang berderet la campur diaorang sekali. Keluarga belah mama dan abah semua kenal keluarga Mak Ana. Tambahan bila adik-beradik angkat saya ramai satu sekolah dengan sepupu saya, jadi makin rapatla kami. Mak Ana selalu gak melawat nenek walaupun kami tak ada. Kiranya dah tak macam orang asing dah pun.

Rindunya pada Mak Ana sekeluarga. Baru minggu lepas sebelum exam saya ada telefon Mak Ana waktu tahu Mama dan Abah nak hantar Mira ke KL. Semua tidur rumah Mak Ana. Wah, jeles nih! Haritu tak berkesempatan tidur sana sebab ada kerja. Asal datang KL, rumah Mak Ana rumah wajib datang. Memang port utama la sebelum rumah yang lain-lain. Hurm, baru-baru Mak Ana tak sihat. Harapnya dah sembuh la sekarang nih. Rindu semua orang! Harapnya, balik kali ni bulan lapan bolehlah datang tidur rumah Mak Ana dan jumpa balik semua orang terutama Amna yang makin tembam tu. Tak sempat jumpa dia waktu balik dulu. Aminnn..

Eh lupa, ada lagi keluarga angkat.. Hurm, kakak angkat ngan adik angkat kat sekolah iaitu Kak E-an ngan Atiqah Syahid. Kak E-an dah ikut jejak mama jadi cikgu! Ala, comel~ Pas tu Anak angkat tokwan merangkap makcik angkat yang cool iaitu kak syida ngan kak apa ye sorang lagi? Aish, lupa nama. (Tok, nama akak lagi satu apa yer?) Pastu sepupu angkat yang gila yang merangkap anak angkat Pakngah iaitu Abang Syed ngan Abang Nizam. Siapa lagi keluarga angkat saya? Siapa terlepas sila kasi tau yer.. Huu, ramainyer keluargaku.. ^_^ Rindunya semua orang~

Hari terakhir kuliah sem satu

12:19 AM 22 Comments A+ a-

Salam~

Ini cerita dua tiga minggu sudah sebelum peperiksaan final. Waktu ini hari terakhir kuliah di jamiah. Lepas habis kuliah, saya, Mahera, dan Maisarah menetap sementara waktu di perpustakaan untuk study. Nak exam final kena struggle, kan? Jadi, jom sama-sama tengok gambar hari terakhir semester satu tahun dua kami!

Ehem..Ehem.. Shhh.. Tengah study nih! Fokus itu penting! Aish, maaf ya pakcik library. Nati kami kemaskan balik buku dan nota-nota kami. Yang lantai pink tu bukan library ye. Tu bilik. Lambang sedang menyusun nota di lantai supaya nampak banyak benda nak pulun. Hehe..



4 jam berlalu. Jom sambung study di rumah. Library pun dah nak tutup. Bila keluar, kenapa panorama hari ni nampak cantik? Ala-ala winter gitu.. Pokok semua sudah gondol. Hai, bila la salji nak turun...



Lambat betul la bas gonggok ni nak sampai. Bosan punya pasal, kamera telefon jadi mangsa. Tengok kiri, tengok kanan.. Yes, tak ramai orang! Ada beberapa orang perempuan arab je. Sebabnya ramai masih ada kelas kot. Apa lagii??!! Jom ambil gambar!



Klik! Klik! Klik! Sakan sungguh.. Tiba-tiba, aih Kak Sarah Dardiri datang la.. Jom akak, kita join sama. Bukan senang nak tunggu time tak ada orang nih.. Klik! Klik!



Eh, gonggok dah sampai! Kanak-kanak, jom balik! Study la jom.. Jangan bergambar jer.. Gonggok o gonggok, bawa kami keluar dari jamiah cepat.. =P



Akhirnya, lepas naik gonggok kita naik bas biasa ke mujamma' sebelum turun dan berjalan pulang ke rumah. Awan sungguh comel. Lalala.. What a lovely day..



Ok, dah sampai! Sila sambung study. Jumpa lagi..~

Pandang Pada Teman

1:44 AM 9 Comments A+ a-

Salam



Peperiksaan dalam musim sejuk selalu buat saya rasa tertekan berada di dalam rumah yang super sejuk.Luar lebih selesa rasanya.Tahun ni saya terpaksa pakai baju terlebih lapis memandangkan pemanas rosak dan masuk kedai. Jadinya kita cari haba secara manual lah selain ulang-alik pakai buka api dapur gas.

Waktu macam ni selalunya saya suka berkumpul dengan kawan untuk study bersama. Kalau penat,kami study sorang-sorang secara gilir-gilir. Saya tidur dia study, dia study saya tidur. Sekurang-kurangnya nanti ada yang boleh tolong bebelkan kalau susah nak bangun dari proses hibernasi tu. Kalau sorang-sorang, cepat sangat hanyut dibawa kehangatan hiram.

Memandangkan kawan dah serik datang study rumah saya sebab tiada pemanas dan dia menggigil-gigil walaupun waktu siang, jadi saya lah yang selalu ke tempat dia. Syukran jazeelan katheeran sebab sudi kongsi pemanas dan study sama-sama serta jadi jam loceng saya yang tiada butang snooze. Nak tak nak memang saya kena menghadap buku kalau tak mahu kena fire. Hehe..Bukan seorang, tapi ramai sangat kawan di sini yang macam tu. Terima kasih semua! Moga kita sama-sama berjaya dalam peperiksaan final nih. Syukur sangat-sangat ada rakan-rakan yang baik macam kalian! ^_^

Baru-baru ni saya terdengar keluhan seorang teman yang kesunyian.Di rumah kebanyakannya semua duduk menyendiri di dalam bilik masing-masing. Fahamlah terutama waktu tengah exam. Kadang-kadang sampai dia terasa lebih baik dia duduk seorang diri sebab sama sahaja keadaannya kalau duduk beramai-ramai pun.

Dengar dia cerita buat saya terdiam. Tiada siapa yang bersalah dalam keadaan ini tapi sedikit-sebanyak saya terasa seolah-olah kami ter'tinggal'kan dia di belakang. Sendiri tak sedar mungkin bahawa ada rakan yang kejauhan dari sisi kami. Dalam gelak-gelak kami, rupanya ada juga seseorang yang melihat hanya dari jauh.

Saya tak pasti sama ada dia yang terasa sunyi sendiri atau memang kami yang terlepas pandang. Tapi syukurlah dia ada meluahkan. Sekurang-kurangnya kami boleh cepat sedar dan kembali betulkan keadaan. Walaupun mungkin tak banyak mana mampu diubah, tapi harapnya kami boleh cuba bantu dia kembali tak terasa sunyi.

Susah kalau sunyi di tempat orang macam ni. Deritanya lebih daripada sunyi di tempat sendiri. Di sini hanya ada kawan. Kalau kawan pun tak terasa apa, memang boleh cepat sangat down bila sorang-sorang hadapi masalah. Saya pun pernah terasa juga kadang-kadang, sebab itu kalau boleh taknak ada kawan yang terasa sama sebab kita sendiri dah tahu peritnya sunyi.

Jadi semua, apa kata lepas ni kita sama-sama buka mata dan telinga lebih sikit kalau-kalau ada kawan kita yang seolah-olah menyendiri. Kalau dia ada masalah, kita sama selesaikan. Kalau dia perlukan pertolongan, kita sama bantu. Di sini, kitalah keluarga kawan-kawan kita. Gelak biar sama-sama, sedih pun kalau boleh biarlah sama-sama juga. Kata pepatah - hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.. Hati kita, sama kita jaga.. Tak mahulah ada kawan yang sunyi-sunyi sedangkan kita gelak sendiri-sendiri. Boleh ya? (^_^)Y *Macam kempen kukuhkan ukhwah la pula.. =P *

MOTTO HARI INI : Don't take your friends for granted*..

*Specially yang ada betul-betul depan kita...

p/s: mama saya pesan bila duduk dengan kawan, kena banyak tolak ansur. Jangan cepat sangat terasa sensitif dan sakit hati. Hati kena banyak sabar. Terima diaorang seadanya kalau memang itu sikap mereka ( exception kalau sikap yang tak baik ). Pastu jangan buat kepala sendiri. Hidup bermasyarakat kena give and take. Abah saya pula pesan " More you give, more you get back but if you don't get anything, sabar je lah. Nanti Allah balas lagi baik " Paling penting, be yourself! (^^,)Y

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota satu : Ada yang merajuk tak tulis birthday dia dalam nih haritu..Hehe.. K lah, Ainul nak wish happy birthday ( belated, today and future )pada semua yang lahir bulan Januari sejak 1hb Januari yang lepas. Alarm handset untuk bulan Januari sentiasa berbunyi setiap hari, jadi saya kumpulkan semua dalam nih. Selamat Hari Lahir !!

Edited: Special for my best friend Fathen Aqilah kat USM(19 Jan 1989) Happy Birthday dear, nah,ni hadiah tahun nih.. Nanti balik, kita sambut birhday compact ramai-ramai 6 orang yer. (^_^)Y InsyaAllah



Nota Dua : Ganbatte buat semua yang masih exam.. Khas buat Jordanian MEP7 yang ada lagi 3 madah, keep up the good work guys! Bitaufiq..

Nota tiga : Menunggu-nunggu pakcik kedai pulangkan balik sobah (pemanas) saya. Shita' dah nak habis dah ni pak cik... (-_-)"

NOta empat : ada lagi tiga subjek exam - Biostat,patho dan pharma. Fuh!! Tak sabar nak habis... Doakan ya semua!!

Mula Perang !

2:10 PM 13 Comments A+ a-




salam

Esok exam Microbiology pukul 3.45 petang di Lab 10H4. Semboyan medan periksa dah mula dibunyikan mulai esok petang. Garis penamat silibus subjek bukan sistem hampir kelihatan. Tinggal pecut usaha sedaya upaya dan berserah yang lain pada Allah..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Buku Teks - Checked! Eh, jadual kena tengok balik!

Nota ATYAF + qusur - Checked!

Soalan MEP7 - Checked!

Lab Notes - Checked!

Jadual + Rajah - Sikit lagi...

Nama segala jenis microb dengan penyakit - Kena review lain..

Last review - Esok pagi!

Tebuk-tebuk soalan dengan kawan - Esok tengahari!

Hawiyah + Kalkulator - Checked!

Usaha selain buku - In the progress!

Telefon mama ngan abah - Alamak lupa! Haish.. esok buat!

Tawakkal - Always!

Dah hafal semua ke? - Erm.... Harapnyalah... Minta-minta esok boleh jawab semua.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Esok petang perang akan bermula. Final semester satu tahun kedua yang sangat menggerunkan semua akan mula dihadapi. Fuh, mohon doa semua kami di sini semua sukses belaka. Dimulakan dengan subjek Microbiology yang sangat skema dan perlu dihafal setiap baris ayat dan huruf. *Yo yo oo je*

Kata sorang tu, takut tak takut still kena masuk exam juga. Jadinya tawakkaltu 'ala allah.. Masih ada masa lagi 15 jam dari detik terakhir entry ini ditulis. Lepas ni mahu masuk tidur dan bangun esok pagi awal untuk habiskan mana yang tak habis. Ok. Salam alaik!

Microb oo microb, see you tomorrow!

Saya rasa : Macam-macam adaaaa~

Azan Syiah ??!!

8:19 AM 13 Comments A+ a-

Salam

Tadi petang waktu nak pulang ke rumah dari rumah sahabat di area Chicking, saya dan seorang lagi kawan singgah sekejap di Top Snack untuk beli Syawarma sebelum pulang. Disebabkan dah nak masuk Maghrib dan cuaca sangat sejuk, kami ambil keputusan balik naik teksi je sebab nak cepat. Lagipun, kalau berjalan waktu maghrib ni macam tak elok di sini.

Jadi, dalam penuh sesak jalan Syari' Jamiah tu, kami tahan teksi di depan kedai Geneva sebelum terus menuju ke kawasan Masjid 'Abdullah Taal untuk pulang. Petang ini trafik sibuk betul. Banyak kali juga teksi terberhenti-berhenti sebab jalan sesak. Ingatkan dah masuk teksi, sedap sikit tak sejuk, sekali rupanya dugaan lain pula yang datang. Teksi penuh asap sebab pakcik tu merokok! *Uhuk..Uhuk..*

Dalam hati asyik berdoa, cepat-cepatla trafik lancar sebab nak oksigen balik dan mahu segera pulang solat. Kebetulan azan sudah berkumandang dalam radio. Waktu tu, semua diam tanda menghormati azan. Saya pula khusyuk tengok jalan di luar sebelum tiba-tiba terdengar sesuatu yang pelik di pendengaran saya.

"......waliyullahhhh.... Hayya 'ala solahh.."

Secara automatik kepala yang menghadap luar kembali terpusing ke dalam. Saya pandang kawan dengan muka hairan. Saya salah dengar ke? Rasanya masalah telinga saya dah baik dah.

"Tiqah, azan tu cakap apa tadi?" saya tanya kawan

"Kalau tak silap, ali waliullah" jawab kawan saya ragu-ragu

"Eh, ada ke? Sejak bila azan boleh tambah-tambah?" saya kehairanan

"Aku rasa tu azan syiah.." jawab kawan saya penuh perlahan seolah berbisik

Saya betul-betul tersentak! Serius saya tak pernah dengar azan macam tu sebelum ni. Ini kali pertama. Kemudian kami kembali diam dan cuba menumpukan kembali perhatian kami pada azan di radio yang masih belum habis lagi berkumandang.

"Hayya 'ala falahh.... Hayya 'ala falahh.... "

"Hayya 'alal khoiril 'amal... Hayya 'alal khoiril 'amal.. "

"Allahu akbar.. allahu akbar.."

Pulak dah..Lagi sekali kami berpandangan sesama sendiri. Keliru, hairan dan kepala terasa penuh tanda tanya. Boleh ke azan main tambah-tambah? Tak pernah tahu la pula hukum bacaan azan selama ni. Musykil betul..

Bila sampai ke rumah, saya segera turun dari teksi dan melambaikan tangan pada Atiqah yang akan meneruskan perjalanan pulang sendiri ke rumah dia pula. Bila buka saja komputer, terus saya buzz kakak-kakak bidang agama dan ustaz-ustazah yang tengah online untuk bertanya soal azan tadi.

Dalam ramai-ramai, ada seorang kakak dari Mu'tah saja yang sempat membalas pertanyaan saya. Katanya bacaan dalam azan tidak boleh ditambah kerana azan tauqifi ( maknanya dah ditetapkn sebegitu tanpa ada sebarang [pengurangan atau tambah ). Tapi disebabkan saya dengar dari radio yang mungkin siarannya melalui satelit, mungkin saya terdengar azan dari siaran radio milik Syiah.Memang ada beberapa stesen TV satellite bawah syi'ah seperti al-manar dan karbala. Kalau betul, memang tak pelik sebab syi'ah memang terkenal dgn bid'ah dholalah seumpama ni.

Tambah akak tu lagi, memang itu azan mereka.Mereka tambah hayya 'ala khoiril amal dan juga tambah wa asyhadu anna 'ali waliyuLLAH. Jadinya, sahlah sangkaan kawan tadi bahawa itu azan syiah.. Ooooo...

Baru sekarang saya tahu beza azan syiah dan azan sebenar. Selama ni memang langsung tak pernah tahu. Setakat hanya tahu syiah itu golongan terpesong sahaja. Bagus juga malam ni tambah ilmu baru. Tinggal sekejap microb sebab nak geledah sebentar isu azan syiah. Jumpa sesuatu di sini. Memang ini azan yang kami dengar. Cubalah dengar! Cuak juga tadi sebab teringatkan pakcik tu selamber sahaja dengar sedang kami dah bising-bising soal sesama sendiri di belakang. Wallahualam. Pakcik tu terdengar saja macam kami kot. Moga kita semua berada di kalangan yang benar.

p/s: kalau ada tersalah silap fakta, mohon diperbetulkan. Mahu kongsi pendapat juga dipersilakan..

Ok, setakat ini dahulu cerita kita. Sambung study balik. Salam~

Kami lebih hebat!

8:43 AM 4 Comments A+ a-

Salam

" Kalau mahu lihat kekuatan sesebuah negara itu, lihatlah pada pemudanya "

Tadi saya dan kawan sama-sama pusing-pusing baca berita tentang Palestin. Tiba-tiba dapat satu forward dari seorang teman ni tentang satu artikel yang rasanya sangat-sangat menyentak perasaan sendiri. Sedih? Tidak! Malu? Sikit je kot. Yang penting, lebih kepada satu perasaan yang snagat berkobar-kobar nak betulkan balik segala benda yang mencacatkan persepsi dunia tentang Islam tu.

Sekadar mengambil beberapa catatan dari artikel tersebut:

1. Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

2.Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

3.Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

4.Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

-Maklumat lanjut, lihat sini -

Wahhhhh, kenapa dasyat sangat orang Yahudi nih?? Sepatutnya Islam yang paling hebat! Kan itu dah dijanjikan oleh Allah. Maka, mana silapnya? Salah Islam kah? Tidak! Habis? ----> Saya lebih suka jika lebih melihat pada penganut Islam itu sendiri.

Islam itu addin yang syumul. Hanya yang mengamalkan Islam secara SYUMUL (kamil = sempurna) sahaja akan berjaya. Kalau half-half, maka half-half jugalah hasilnya.

Tiba-tiba teringat pada sedas kata-kata seorang muslim terkenal (rasanya Yusuf Islam, tapi tak pasti..) ketika mula-mula masuk Islam "Aku bersyukur kerana jumpa Islam sebelu berjumpa penganutnya " ----> Adehhh, kena sebijik!

Islam tidak salah! Jadi, untuk membuktikan kebenaran kekuatan Islam, perlu bermula dari penganutnya. So, malam ni terasa sangat semangat nak buktikan bahawa orang Islam mampu lebih pandai dari yang bukan Islam. Caranya ---> study smart and be the best! Lillahhi ta'ala... Kita boleh! Put your trust in allah!

Jadi kawan-kawan semua, jomlah sama-sama kita pulun belajar. BUktikan siapa sebenarnya kita. Ini tanggungjawab kita. Kembalikan Islam ke tempat yang benar! Jom!!!

NOta satu - Nak pesan pada semua tentang sesuatu. Ada dengar pasal undi-undi Israel lawan Palestin? Aish, baik jangan dilayan kalau tak mendatangkan faedah.. Mari sini dengar nasihat teman seorang ni ----> WASPADA ISU PALESTIN DI INTERNET

Sekian~

Surat Tuntut Upah

8:09 AM 9 Comments A+ a-

Salam,

Dengan terbukanya kembali blog ini a.k.a saya lari dari pusat serenti khas untuk pem-blogger tegar, saya menuntut upah dari orang yang menyuruh saya lari itu... Cepatttt kasi strawberry yang dijanjikan pada saya! Kalau tak kasi, akan saya kejar sampai dalam mimpi...hohoho...




erm, kawan-kawan, sila jangan baling sepatu anda kerana perangai huru-hara saya ini. Sesungguhnya takdir telah menentukan saya terpaksa kembali. Ahaks! (poyonyer)..

Mama, Ina buka balik ni tau! Kalau nak marah, marah Kak A--- sebab dia ngada-ngada ugut takmau kasi masuk blog dia. Apa punya akak.. Ingatkan nak pujuk, sekali dia plak yang naik tanduk yer... Haip!!

Okay, nak balik study. Kak A---, silalah sengih puas-puas orang dah buka blog. Kalau akak tutup blog, saya baling roket kat umah akak plak! Sekarang sama fair n square.. =P

Sekian. Exam hari sabtu ni! Doakan ya~ Tata..

Yang benar,
Penulis blog yang tengah merapu-raban dek kena hempap buku timbun-timbun..

Pesan Dari Tuhan

1:05 PM 5 Comments A+ a-

Salam

Sepanjang semalam hanya ini yang banyak bermain di sekeliling saya. Dialog bermakna dari abah, sensei dan juga kawan. Banyak lagi sebenarnya tapi ini yang paling kuat mengetuk pitu hati. Pesan dari tuhan barangkali..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

CERITA SATU - Dalam telefon

Saya : Abah, takutlah nak exam..

Abah : Jangan takut-takut. Buat sehabis baik. Insyallah okay je.

Saya : Abah doakan Ina ya!

Abah : Abah selalu doakan, jangan risau. Belajar sunggguh-sungguh. Nanti dah habis belajar semua,bila dah jadi doktor boleh datang Palestin bantu diaorang..

Saya : (terdiam) Aminn...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

CERITA DUA - Dalam YM

Sensei : Kamu ke mana cuti kali ini nanti?

Saya : Insyallah bakal ke Turki. Doakan semua selamat lancar ya sensei.

Sensei : Insyallah. Wah, awal betul kamu pergi Turki tu..

Saya : Takdelah. Ramai lagi yang dah pergi Turki dah dari saya.

Sensei : Seronok jalan tu seronok gak,tapi duit lebih jangan lupa kasi kat Gaza..

Saya : (terdiam) Insyaallah sensei!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

CERITA TIGA - Dalam bilik waktu tengah study dengan kawan

Kawan : Ish, dah lama dah ni..

Saya : Ha? Apa dah yang dah lama? Dah tak larat study ke?

Kawan : Tak. Dah lama sangat orang Palestin kena serang. Malam ni sejuk ah. Kesiannya diaorang kesejukan kat luar tu. Asal ah Israel tu kejam sangat?

Saya : (terdiam) Entahlah.. (dalam hati : Ya Allah, berikan mereka perlindungan dari kesejukan malam musim dingin nih..) Agaknya diaorang makan belum ha?

Kawan : (Diam)Banyak betul kita makan time shita' ni. Orang Palestin ntah dapat makan entah idak.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Alfu syukran jazeelan katheeran buat yang mengingatkan. Insyallah, semuanya buat saya kembali tajdid niat di sepanjang episod hidup ini. Terasa diri masih belum sempurna berjihad sedaya yang saya mampu. Banyak lompong kosong yang masih berbunyi bila ketukan muhasabah dilaksanakan. Terasa amat rendah tahap keprihatinan saya pada saudara di Palestin sana berbanding yang lain. Yallah semua, Ingatkan saya kembali bila saya lupa. Kejutkan saya semula kalau saya terlena. Semoga derita sama dihadapi, bahagia sama disyukuri ~terima kasih~

Rahsia Asyraf

3:23 AM 9 Comments A+ a-


Salam

" Kak Ina, dah dapat dah.." kata Asyraf.
" Confirm dah ke? Bila mula masuk? " saya tanya balik.
" 10 februari nih.." jelas dia
"Owhh.. " balas saya teruja sambil dalam hati gelakkan dia sebab tak dapat cuti lama-lama.. hehe.. =P

Semangat Asyraf cerita pada saya yang dia dah dapat apa yang dia nak selama ini. Alhamdulillah.Syukurlah impian dia dah nak jadi kenyataan. Tapi bersimpati juga pada diri sendiri dan abah sebab tak berjaya tarik dia ke timur tengah juga (sedihnya, tak ada peluang nak pergi umrah lagi la cenggini. T_T).

Erm, takpelah. Mungkin ke Russia lagi baik kot untuk dia. Harapnya semua baik-baik sahaja. Dia gembira,kitaorang pun gembira. Kan abah, kan? (^_^)Y Sekurang-kurangnya peluang saya nak jalan keluar Jordan sudah jadi makin senang sebab dah bertambah sorang lagi mahram. Opss..

Ha, inilah 'hadiah istimewa' yang budak ni kasi pada mama haritu. Hadiahnya ialah berita gembira dia diterima masuk untuk program fast-track MARA ke Russia. Istimewa ke? Hehe... Bolehlahhh.... =P (Kak Ina dah kasi berita yang sama dua tahun lepas okay walaupun lain negara. Jadinya kita 'fair and square'! Hehe..)

Jadi, tahniah la ya Asyraf! Walaupun kamu awal sangat masuk, tapi tarikh kamu bakal nak keluar Malaysia masih baya-baya tarikh Kak Ina gak. =P Well Done! Oh ya, selamat datang gak ke INTEC! Selamat menghadapi hidup budak universiti (erm, kenapa ya macam dulu tak terasa di university pun di INTEC tu? Sekejap sangat kot..)

Walaupun dah dapat surat, jangan lupa teruskan doa supaya jalan lebih dipermudahkan. Moga result SPM nanti keluar dengan warna yang berterbangan. Tak taulah sama ada program Russia di INTEC ada cut off point ke tak, tapi nasihat kak Ina, jangan leka sangat kat sana. Result biar gempak so nanti tiada masalah lain yang timbul kat tengah-tengah jalan. Kak Ina dulu takpe sebab budak Jordan dulu "CONFIRM FLY" hehe .. Apa-apa pun I wish you all the best, bro!

Nota satu : *Don't ruin my plan, okay! (mode kakak kejam)* + no need to 'shy-shy cat' la...

NOta dua : Hadiah macam Mira hanya untuk yang sudah dapat result. Jadi, sila tunggu!

NOta tiga: Pada Amira - selamat menjejak sekolah menengah 12hb nih! Allahu ma'ak habibti..

Nota empat : Pada kanak-kanak di rumah sekelian termasuk Mira, jangan lupa doakan kak Ina yang tengah final kat sini. Rasa seronok habis final biar sama-sama rasa okay? =P

Seru kak KK yang risau..

4:37 AM 16 Comments A+ a-

Salam

(Entry ini saya tujukan khas buat semua khususnya Irbidians dan terutamanya buat sekelian akhawat di sini yang saya sayangi sekelian!)

Minggu lepas, saya ada postkan risalah-risalah biro kebajikan dan keselamatan dalam yahoo group PERMAI. Sebabnya bila musim shita' dah mula, memang banyak sangat kes-kes kesihatan akan mula keluar. Satu-persatu penyakit datang. Tambah-tambah sekarang waktu peperiksaan, jadi stress pasti akan buat yang buruk bertambah buruk. Senior dah pesan waktu ni kena 'get ready' selalu. Walaupun risau, dalam hati ni selalu sangat doa moga moga sihat dan selamat selalu.

Tapi nampaknya usaha saya dan rakan-rakan dalam usaha mencegah macam kurang berhasil pula. Ramai juga yang jatuh sakit. Macam-macam pulak tu. Kebanyakannya demam, selesema, batuk yang biasa. Tapi kalau yang terlebih biasa pula sampai yang pengsan-pengsan, dehydration, viral infection dan banyak lagi. Adus, macam mana nih? Kena terima je la agaknya. Bukan mereka yang nak pun kan? Kita yang tengok pun kesian. Moga-moga kalian semua cepat sembuh.

Bagi yang masih sihat walafiat, alhamdulillah sangat-sangat. Teruskan usaha menjaga kesihatan dengan baik. Jangan sibuk sangat belajar sampai kesihatan tak terjaga. Yang penting, dua-dua kena sama seiring okay. Baru badan sihat, otak cergas, belajar pun lancar. Kan? (^_^)Y

Kalau ada yang macam nak sakit tu, saya nasihatkan jangan tangguh-tangguh makna ubat. Nanti melarat. Pergila markas sihi ke farmasi ke untuk dapatkan ubat. Tak pun mintak je kat AJK-AJK saya yang dah saya tugaskan memegang peti kecemasan iaitu Kak Soleha Azwa, Rahmah dan Kak Fareha (pihak syabab boleh rujuk pada biro KK syabab ye). Ubat tu semuanya untuk korang. Jadi gunakan sebaiknya ya! Habiskan pun takpe. Saya lagi suka kalau semua ubat habis dan semua sihat sejahtera!

Dah shita' ni, jangan terlampau terdedah pada sejuk sangat. Karang sakit! Siapa ada sobah, gunalah sobah tu baik-baik. Jangan jimat gas sangat. Takde guna jimat gas kalau badan merana ye kawan-kawan. Air masak minum banyak-banyak tau supaya badan tu tak dehydrate. Bila nak keluar tu, pakailah baju banyak-banyak lapis sikit. Kalau tak angin sejuk masuk meresap, kita gak yang gigil-gigil kat luar. Kalau jadi symptom-symptom yang pelik-pelik, rujuk terus pada senior atau doktor. Sini kan ramai budak medik, jadi gunakan mereka sebaiknya.

Erm, apa lagi ya nak pesan? Ha, bab keselamatan pulak. Rasanya semua dah sedia maklum kan apa yang dah terjadi pada seorang senior kita baru-baru ni. Ini salah satu bukti kenapa selama ni kami suka sangat membebel-bebel bab keselamatan kat korang semua. Sebab kami takut jadi macam tu lah, kami harap sangat-sangat semua boleh dengar dan patuh pada arahan yang telah dikeluarkan. Harapnya apa yang dah jadi ni boleh diintabehla ye pada semua. Malang tak berbau. Dan kalau boleh kita ambillah precaution sebelum benda-benda macam ni berulang.

Tadi saya baru lepas melawat senior yang terlibat tu di hospital. Sambil melawat tu, saya sambil kena menadah telinga jugalah dengar ramai syabab pesan macam-macam kat kami yang akhawat ni. Sedangkan senior lelaki yang lebih besar dan lebih lama di sini daripada kita pun dibuat macam tu, apatah lagi kalau pada akhawat sekelian. Aish, na'uzubillah.. Minta jauhlah dari sebarang kejadian macam tu. Serius cakap, dengar dia cerita saya pula yang kecut perut. Tambah-tambah bila teringat amanah menjaga bab keselamatan nih, ya rabbi kenapalah berat sangat. Tolonglah semua, bantu saya juga. Saya mana larat nak jaga semua orang. Jagalah sama diri dan rakan-rakan anda.

Kalau bab jalan sorang-sorang nih, saya akui saya pun kadang-kadang terpaksa gak keluar seorang diri di waktu malam. Tapi itu pun, kalau boleh saya sedaya upaya cuba cari orang dulu untuk temankan. Kalau tak dapat sangat, baru saya terpaksa rela jalan sendiri. Tapi diingatkan bila dah kena jalan sendiri tu, pandai-pandailah korang jaga diri bawa apa-apa yang patut sebagai back-up (jangan bawak senjata pula tau!, tu lain cerita plak tu!). Ingat sama peringatan-peringatan kami bila jalan sorang-sorang. Jangan lupa gak baca ayat mana yang patut untuk pendinding diri.

Kalau susah sangat, sila lah telefon kami untuk mintak muraqib. Dialu-alukan sangat-sangat. Insyallah, syabab-syabab Malaysia kat sini semua bertanggungjawab. Saya yakin dengan diaorang. Kita buat semua ni pun untuk keselamatan masing-masing gak. Janganlah degil sangat ye. Saya rayu sangat-sangat ni.. Kalau perlu dan memang rasa tak selamat, silakan minta.

Apa lagi saya nak pesan ek? Erm.. Setakat ini dulu la kot. Saya harap-harap sangat-sangat kes yang jadi semalam akan jadi kes terakhir untuk kita semua. Cukuplah sorang dah terkena. Yang kes-kes tak sihat ni pun kalau boleh cuba kita kurangkan. Tak mahulah yang lain kena sama. Tolonglah sama-sama kita jaga kebajikan dan keselamatan diri dan rakan-rakan. Tak kisahlah nyawa ke maruah ke rumah ke harta-benda ke, kita jaga sama-sama. Okay? Yang dah berlaku kita ambil buat iktibar supaya tak berlaku lagi di masa akan datang.

Akhir kata, sekian sahaja bebelan nasihat sayang dari kami di biro kebajikan dan keselatan. Harap semua boleh beri kerjasama anda sebaiknya okeh? Akhir kalam, selamat berjuang buat semua yang tengah nak exam final! Good luck! Bitaufiq wan najah!

Hadiah Buat Mama

1:24 AM 15 Comments A+ a-

Salam

Semalam sebelum saya ke mesyuarat muhasabah Study Smart JUST,saya menelefon mama sebentar selepas maghrib. Cadangnya mahu telefon tepat pukul 6 supaya nanti di Malaysia tepat-tepat pukul 12 waktunya. Tapi sebab takut tak sempat, saya telefonlah awal sikit untuk ucap pada mama kesayangan saya ni : "SELAMAT HARI LAHIR MAMA!!"

Dah dua kali terlepas sambut hari lahir mama sama-sama. Selalunya kalau waktu hari lahir mama, kami selalu berkomplot dengan abah untuk buat suprise party. Pernah sekali tu, siap tak kasi mama masuk rumah lagi sebab mama balik awal sangat. Kami suruh mama pergi rumah tok dulu, nanti dah siap baru kami panggil masuk. Hehehe. Nasib baik abah ada nak tolong. Abah memang sporting kalau bab-bab buat sambutan hari lahir suprise-suprise nih.. (^_^)Y Time birthday abah, kita komplot ngan mama la pulak kan? Tapi selalu tak jadi sebab abah gak yang kena drive kereta bawak gi makan luar.. =P

Semalam sempat la habis 5JOD sembang dengan mama tanya khabar semua. Seronok betul mama tahun ni dah tak jadi warden. Habis seksa katanya. Hehe.. Sambil sembang dengan mama, si Asyraf tu menyibuk sama nak bercakap. Dah tu sempat lagi dia menyakat dengan niat mahu menjeleskan saya yang diaorang nk pegi makan luar untuk sambut hari lahir mama.

Tambahan paling penting, dia dah ada hadiah paling istimewa untuk kasi pada mama. Ces, dah la cakap depan-depan. Katanya mama mesti sangat bahagia dapat hadiah dia. Huh,tak heran la Asyraf! Huhu.. Kak Ina dah kasi hadiah yang sama gak dua tahun lepas.. So,kamu ni boleh dicop plagiat, okay! (^^,)Y

Apa-apapun, sebenarnya saya yakin je memang hadiah budak tu antara hadiah paling best mama terima tahun ni. Apa hadiahnya? Nanti bila dah disahkan benar, saya beritahu sini ya! Jangankan mama, saya pun teruja habis dengar hadiah dia. Terus banyak rancangan masa depan dah mula buak-buak keluar.. Haha..

Terfikir juga, saya nak kasi hadiah apa ye pada mama? Benda yang saya terbayang dalam fikiran setakat ini ialah final exam. Agaknya boleh tak saya nak hadiahkan mama hadiah result yang cemerlang? Harapnya mama suka! (Huish, semangat jadinya nak exam. Fighting! Fighting!) Insyallah, Ina akan buat yang terbaik untuk kasi mama hadiah yang mama nak nih. ^_^

Ucapan Ina, moga mama sentiasa dibawah rahmat Allah dan dipermudahkan dalam segala urusan selalu. Mama sangat best dan Ina bangga dapat emak yang istimewa macam mama. Sayangggg mama! Happy Birthday, my dear mommy..

Nota satu: Hari ni tasjil madah semester dua. Tak semangat sangat sebab ada satu syukbah je. Jadi tak perlu berebut. Cumanya terbayang semester lepas ni dah masuk sistem.. Gulp!

Nota dua: Jadual exam:-
Lab genetik : 8 jan
Microb: 17 Jan
Genetik: 19 Jan
Biostat: 21 Jan
Pathology: 22 Jan
Pharma: 26 Jan

p/s: doakan kejayaan saya da rakan-rakan di sini.. Aminn...

Tertolak Janji

7:08 AM 21 Comments A+ a-

Salam

Ada sesuatu yang buat saya tidak tenang sekarang.Tiada apa-apa pun sebenarnya tapi cuma terkilan yang teramat sangat dengan seorang teman. Saya cuba sedaya upaya nak lupakan benda tu tapi tak dapat-dapat. Mungkin salah dia tak besar mana tapi saya susah nak terima cara dia waktu tu.

Saya dan seorang lagi kawan sangat sibuk lintang pukang menyiapkan program baru-baru ni. Jenuh kami nak mencari orang untuk beberapa keperluan utama yang sangat diperlukan. Susah sebab tak ramai sudi. Tapi alhamdulillah dia mahu. Kami lega. Tapi tiba-tiba bila tiba waktu yang dijanjikan, dia tiba-tiba tak mahu tolong kami. Atas alasan yang sangat tak logik. Bukan sahaja saya, ramai lagi kata begitu. Sudahlah tiba-tiba tak mahu buat, langsung blah macam tu je tanpa sebarang maaf ke apa ke. Yang dia tahu "saya tak mahu!".

Saya sangat terasa sakit sebab benda tu jadi tak sampai lagi 5 minit sebelum dia diperlukan. Saya tak kisah kalau dia benar-benar ada hal atau apa sekalipun alasan dia.Tapi sekurang-kurangnya berilah alasan yang kukuh dan kalau boleh tenangkanlah kami yang dah gelabah dengan beritahu yang dia memang nak tolong kami walaupun dia sebenarnya tak dapat tolong. Ataupun tolong carikan kami pengganti. Paling penting, janganlah bila dah dekat macam tu baru nak lari. Larilah awal sejam ke setengah jam ke, bolehlah kami cari orang lain. Paling kurang pun, setakat ayat "maaf" dah cukup buat kami rasa aman dari kekecewaan. Ini tidak,terus pergi macam tu je. Tak terfikirkah dia bahawa ada orang yang hampir putus asa sebab pemergian mendadak dia tu?? Sakit, sedih, kecewa semua ada tahu!

Saya cuba tahan. Mungkin dia tak perasan. Tapi lama-lama saya rasa makin sakit. Bukan sekali dua, saya dibuat begini. Setiap kali pun, langsung tak terbit perkataan "maaf". Tak tahulah mungkin dia ingat saya jenis tak kisah diperlakukan macam tu. Muka tiada perasaan kot saya ni walaupun dipijak-pijak banyak kali masih berlagak biasa. Saya bukan batulahh...

Kawan yang turut terkena tu ada pesan "Sabarlah.. Biarkan dia.." Tapi saya tak pasti saya boleh ikut arahan itu atau tidak. Saya mungkin boleh sabar dengan tidak men'sound' dia secara terus. Tapi saya tak mungkin dapat sabar dari melupakan perbuatan dia. Sebab perbuatan dia, banyak benda jadi kucar-kacir. Saya tak suka! Kalau setakat saya sahaja yang terkesan tak apa, tapi bila ramai pihak terlibat sama, saya jadi lagi perit.

Tapi saya nekad, biarlah dia dengan diri dia. Saya tak larat kasi hint. Dia masih dengan dunia dia. Tapi selagi saya ingat apa yang dia buat, saya takkan lupa perkara itu setiap kali saya melihat dia. Saya pendendam? Mungkin.. Tapi dendam saya paling senang hilang kalau tahu cara. Nak tahu macam mana? Mudah.. Akui kesilapan sendiri dan minta maaf secara ikhlas.Itu sahaja yang saya perlu.

Jangan salah baca dan salah anggap perbuatan saya. Saya tak benci dia tapi saya benci perangai dia. Bila dia buat macam tu, hikmahnya saya jumpa hanya satu. Pengajaran buat diri saya supaya jangan tiru perangai dia. Benda yang saya benci berlaku pada diri saya, insyallah saya takkan sesekali lakukan pada orang lain. Itu prinsip saya. Syukur Allah hantar dia untuk ajar saya sesuatu. Moga luka saya cepat sembuh.

Hari ini saya belajar pentingnya janji dan betapa dengan hanya satu janji dapat mempengaruhi seluruh benda tak kiralah perasaan,perjalanan sesuatu perkara atau apa sekalipun. Jangan sesekali mudah berjanji kalau anda tak cukup tekad untuk menunaikan janji. Lagi satu, bila dah berjanji, tolonglah tepati. Kalau tak diizinkan Allah untuk ditunaikan, sekurang-kurangnya pohonlah maaf pada yang telah dijanjikan supaya dia tak kecewa dengan harapan yang telah digantungkan kepada kita.

وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللهِ إِذَا عَاهَدْتُمْ وَلاَ تَنْقُضُوا اْلأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيْدِهَا
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya….” (An-Nahl: 91)

Debat : Perlu atau tidak ?

7:50 AM 13 Comments A+ a-

Salam

Tamat sudah program DEBAT PIALA PRESIDEN PERMAI kali ini. Alhamdulillah, pertandingan berlangsung dengan cukup lancar. Tahniah buat pemenang dan yang tewas, jangan putus asa. Kita cuba lagi lain kali okay? Sejuta penghargaan kami dari pihak SKD tujukan buat semua warga PERMAI atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Di sepanjang program, saya banyak mendengar bisik-bisik belakang dan cakap-cakap depan tentang rasionalnya diadakan program perdebatan.(mungkinkah mereka cerita dan tanya sendiri pada saya sebab saya SKD??) Awalnya, kebanyakan yang saya dengar adalah bertunjangkan sudut negatif hingga saya sendiri jadi terdiam dan memikirkan apa sebenarnya fungsi kita berdebat. Ada juga yang bertanya kenapa mesti dibuat debat yang menggalakkan sikap mementingkan diri dan menjatuhkan lawan sedangkan masih banyak lagi cara yang boleh diusahakan untuk melatih mahasiswa kita berani bercakap dan melontarkan pendapat.

Selama tiga hari ini, barulah saya dapat mencari kembali jawapan yang saya mahukan. Bukan niat utama untuk melenting dan menafikan sisi negatif perdebatan, tapi saya lebih suka untuk mengajak kalian melihat perdebatan dari sudut sebelah lainnya memandangkan ada yang bertanya apa bagusnya debat selain dari menegakkan pendapat masing-masing walaupun salah dan menuduh pihak lawan sebaliknya dan banyak kelemahan lain.

Benar andai dilihat debat itu tak ubah seperti bergaduh dan bertengkar di atas pentas. Tapi sebenarnya jika perdebatan dibuat dalam suasana yang harmoni tanpa sebarang percampuran emosi yang melampau, kita takkan melihat adanya pertengkaran tetapi lebih kepada suasana perbincangan yang menuntut penjelasan yang lebih kukuh untuk dijadikan keputusan rasmi.

Debat bukan bertujuan untuk membuktikan pihak lawan dan hujahnya adalah sangat salah! Bahkan sebenarnya debat adalah lebih kepada membuktikan hujah mana LEBIH rasional dan LEBIH praktikal. Dalam erti kata lain, keduanya membawa hujah yang betul tapi di antara keduanya ada yang LEBIH TEPAT. Itu konsep utama dalam perdebatan.

Ada yang membandingkan debat dengan syarahan, tazkirah, forum, pidato dan pertandingan ucapan lain yang kelihatan lebih bagus tapi ramai yang lupa bahawa hanya dalam perdebatan sahaja kita akan diasak untuk berhadapan dengan pihak lawan yang cuba memutar belitkan ucapan kita. Secara tidak langsung, kita dilatih untuk kekal tenang dan mampu terus berkata-kata walaupun diacah dan ditujah dengan serangan mental,emosi dan kekuatan hujah lawan.

Kalau dilihat, ini satu kelebihan buat mereka yang mahir berdebat. Andaikan kelak dalam satu situasi di mana kita diterpa oleh seorang manusia yang sentiasa tidak puas hati dengan hujah kita untuk berbicara tentang sesuatu perkara, jika kita cepat blur dan tak tahu mengawal serangan-serangan sebegini sudah tentu pendirian kita akan cepat lemah dan mudah dipengaruhi oleh mereka. Jadi ini sebenarnya fungsi utama 'perlawanan' dalam perdebatan.

Bahkan kalau dilihat kepada cara para pendebat yang hebat dan tenang di atas pentas malahan mampu terus tersenyum walaupun dihujani peluruh hujah dan perang psiko berserta kepintaran intelektual dari pihak lawan, kita dapat lihat kukuhnya kekuatan pertahanan perasaan oleh pendebat terbabit. Tak ramai yang mampu tenang dalam keadaan begitu. Kalau tak kuat, senang sahaja kita melenting dan menyinga dek pengaruhi emosi. Secara tak langsung, perdebatan mengajar kita cara untuk menjadi tabah dan sabar dalam mengharungi keadaan sebegini.

Dari sudut pendengar pula, percaya atau tidak kadang kala tajuk perdebatan boleh mengajar pendengar tentang aspek musahabah. Dengan hadirnya dua pihak yang berbeza pendapat dan pendirian, pendengar mampu untuk berfikir dalam skop yang lebih meluas dan tidak berat sebelah.

Contohnya seperti tajuk final tadi iaitu "PERMAI MASIH DITAKUK LAMA, SALAH PIMPINAN". Satu tajuk yang cukup panas dan mendebarkan apatah lagi pada pihak yang diperdebatkan iaitu pemimpin sendiri. Tapi jangan mudah tersinggung. Inilah medan pemimpin dan ahli sama bermusahabah kembali. Salah siapa yang sebenarnya itu tidak penting, tapi lihatlah pada hujah-hujah yang memperlihatkan pelbagai kelemahan dari segala aspek yang menyebabkan PERMAI dilihat masih di takuk lama. Jika kalian mengambil berat tentang tajuk dan isinya sekaligus mengambil tindakan memperbaiki kelemahan yang telah ditonjolkan, itu lebih bagus dan lebih bermanfaat untuk semua pihak.

Andai ada yang mempertikaikan bagaimana mahu melatih pendebat untuk berdakwah memandangkan debat melarang penggunaaan ayat quran dan hadis, ketahuilah bahawa aspek ini dapat dilaksanakan jika anda menggabungkan kemahiran berdebat dan bersyarah. Berdakwah memerlukan kemahiran perdebatan yang kuat tambah-tambah sekiranya anda bertemu manusia yang mahukan keyakinan yang tinggi sebelum menerima dakwah anda. Lihatlah pada hebatnya jasa pendakwah terkenal seperti Ahmad Deedat yang mana cukup bijak dalam berdakwah menggunakan kemahiran debatnya sehinggakan ramai orang yang mula mendalami islam setelah mendengar pendebatan agama yang telah dilakukan. Kan bagus kalau kita juga punya kemahiran yang sama?

Rasanya cukup setakat ini saya memberi pandangan tentang signifikasi pertandingan debat diadakan di kalangan kita. Pada yang bertanya di sepanjang hari-hari perlawanan, harapnya penjelasan ini memuaskan hati kalian.Suka saya katakan bahawa saya yakin yang perdebatan sebenarnya mempunyai banyak kebaikan dan kekuatan terutama kepada para mahasiswa cuma kebanyakan dari kita kurang dapat melihat erti debat yang sebenar-benarnya.

Mungkin juga ini gara-gara turut merasa percikan bahang perdebatan selama ini. Jadi yang nyata di mata kita "debat itu bergaduh: siapa betul siapa salah" sedangkan konsep perdebatan yang lebih dalam tidak kita perhalusi. Jadi di sini, saya berharap keterangan saya kali ini dapat menjernihkan kembali persepsi sesiapa yang keliru tentang perdebatan. Saya tidak menafikan debat juga punya kelemahan, tapi saya senang untuk membawa kalian melihat aspek kebaikan perdebatan memandangkan ramai yang lebih mengetahui kelemahan perdebatan.

Tag "About Me"

1:49 PM 11 Comments A+ a-

Salam..

Baru tadi habiskan kerja balut-balut hadiah sambil fikir-fikir apa lagi benda yang tak dibuat. Tetiba teringat tag dari kak piqah. Aish, dah amat terlewat la nih. Tak apalah ye akak, saya baru bayar hutang sekarang. ^_^

My Top 10 Most Favorite Foods:
1) Yang pedas-pedas dan masak merah
2) Masakan Abah dan Mama ( tunggu cuti.. )
3) Ikan pari bakar+asam pedas ( kenapa Jordan tak ada pari...? T_T )
4) Sambal belacan+ulam jantung(Tak pernah jumpa pokok pisang kat sini+belacan import)
5) yong tau foo (rindu pasar mode)
6) kuey teow special (sekali seminggu sahaja sebab mahal dan terlampau banyak isi)
7) Syawarma
8) Sushi ( setiap kali pegi amman, mesti sushi habis.. hhuuuu..)
9) Kangkung goreng (pernah terfikir mahu bawak kangkung tanam sini. tapi boleh ke?)
10) Tempe


Top 10 Things I Love Doing:
1) baca buku ( tapi sekarang purata buku sempat habis half je..)
2) surf internet ( kena lebih organize sket tahun nih)
3) jalan-jalan
4) tengok orang ( mengusyar + berfikir + merenung diri )
5) cari kerja bila takde kerja (kalau dah boring sangat)
6) menulis
7) kenal orang baru
8) kacau kawan (mahera kata!)
9) merancang plan apa-apa(peratusan kebarangkalian untuk laksanakan agak rendah dulu)
10) Balik Malaysia ( i wish there is air asia from malaysia to jordan..)


5 Things I Love Doing When I'm EMO :
1) diam ( keluarkan aura "stay away" )
2) cari tempat mengadu
3) menangis
4) buat kerja gila (banyak dan jangan ditanya. Nanti ada yang terkejut..)
5) menyibukkan diri sendiri atau tidur


Top 5 Types of Guys I Adore (saya bantai saja ok!)
1) beriman
2) masuk dengan saya ('ada kimia' kononnya.. hehe)
3) boleh terima saya
4) tiada sifat yang saya paling pantang (certain sikap je..)
5) ada sesuatu yang buat saya suka tapi saya tak tahu (apakah? abaikan..)


5 Things I Love Doing When I'm Happy :
1) meng-happy-kan orang lain pulak
2) buat kerja-kerja yang saya suka
3) senyum sentiasa
4) habiskan masa dan duit telefon Keluarga lama-lama
5) jalan-jalan ngan kawan-kawan


things I Wish To Happen :
Segala rancangan saya menjadi realiti


My Top 10 Most Addicted Song :
1) I'tiraf (zikir taubat - Raihan)
2) DBSK's song
3) Maksim's piano
4) Classical Piano
5) OST drama dan cerita-cerita yang best
6) Taubat seorang hamba
7) Raihan's nasyeed
8) Lagu-lagu yang rancak tapi tak bingit
9) Lagu-lagu yang slow tapi tak mengantukkan
10) Irama-irama lagu tanpa lirik

Nota esok : Final debat + Program Ma'al Hijrah

NOta lusa : Program Study Smart First Year

NOta hujung minggu : Examm!!!!
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *