Takziah pada Ustaz Arman sekeluarga

4:52 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Memandangkan minggu ini adalah minggu exam bagi kami, seperti biasa kami transform jadi pelajar paling rajin baca buku, paling rajin pergi perpustakaan dan paling rajin mengulangkaji luar biasa dari selalu untuk memastikan persediaan ke exam pada ahad ni sangat memuaskan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Tapi dalam kesibukan merajinkan diri demi peperiksaan di dunia minggu ini, kami dikejutkan dengan berita pemergian Pegawai atase pendidikan MSD Jordan kami, Ustaz Arman Md Rusoff pada pagi tadi. Tercengang-cengang baca email dari PERMAI tentang berita tersebut. Macam tak percaya. Pertama sebab sepanjang saya duduk sini, tak pernah lagi dengar orang Malaysia meninggal di Jordan kecuali kes sobah dulu-dulu. Kedua, sebab itu Ustaz Arman, pegawai yang agak rapat juga dengan pelajar Malaysia di JOrdan. Baru je plan nak melawat Ustaz lepas exam nanti, tapi nampaknya Allah lebih dahulu melaksanakan Perancangan-Nya.

Terasa tersentak sebenarnya. Iyalah, orang tengah-tengah busy nak studi rasanya jarang sikit teringat mati kan? Tapi bila dapat berita macam ni, automatiknya perasaan teringat mati tu datang balik. Exam di dunia ni pun dah kecut perut nak tunggu tarikh dia datang, apatah lagi rasanya kalau exam di akhirat nak bermula. Ya Allah, sungguh aku tak teringat langsung. Ish2.. Muhasabah..muhasabah..

Apa-apa pun, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Ustaz Arman atas pemergian beliau ke rahmatullah. Saya doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang solihin. Segala jasa dan tunjuk ajar Ustaz Arman pasti akan kami kenang selamanya~ Al-fatihah....

3 comments

Write comments
jejakalkindi
AUTHOR
December 16, 2009 at 8:26 PM delete

lama x singgah sini..kesibukan yang melampau..al-fatihah buat ustaz arman..

Reply
avatar
wannoordin
AUTHOR
December 22, 2009 at 2:23 PM delete

salam...walaupun tak kenal arwah Ustaz Arman...tp berita kepulangan jenazah sampai juga ke pengetahuan...dari Pengetua SMKANT yang baru... Al-Fatihah.. walaupun masih muda..baru 35 tahun namun jasanya tentu byk sebab dikenali ramai...

Reply
avatar
December 23, 2009 at 7:45 AM delete

bro fisol:
terima kasih bertandang gak walaupun sibuk. ^^

teacher wan:
ws. pengetua baru kenal ustaz arman kot.. tapi arwah memang hebat, baru setahun dua jadi atase kat sini semua dah sayang dengan dia.

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *