Kapal Lalu di Laut Baru

11:44 AM 9 Comments A+ a-

Assalamualaikum (entry panjang. Harap maklum. ^_^)


Dah 2010 rupanya pagi ni. ;)

Semalam saya terfikir-fikir apa nak buat pada malam penghujung 2009 kali ini.

Lepas Liqa Nuqaba',saya ambil keputusan untuk 'balik kampung' beraya tahun baru bersama kakak-kakak Insyirah sebab dah rindu dekat diaorang. Kebetulan mereka sedang uruskan persiapan program jenazah, jadi saya ikut tolong sikit-sikit sama.

Seram tahu menguruskan peralatan pengurusan jenazah di bawah lampu neon sahaja bila lampu kalimantang rosak. Dengan bau kapur barusnya, air cendananya.. Wah, pengakhiran malam yang agak menginsafkan rasanya kali ini.

Tapi seram-seram pun, bila ada insan-insan yang luar biasa minatnya mahu menjadi model mayat sebelum jadi mayat betul, saya kira sudah cukup mencetuskan suasana yang sangat happening. Hairan saya sebenarnya bila mereka sangat teruja mahu dibungkus dan diikat dengan kain kafan, siap dah rasa ngantuk yang bahagia dan semangat nak ambil gambar diri sebagai peringatan. ;) Saya rasa mungkin perasaan takut saya ni berpunca dari kelemahan saya yang memang saya tahu sah-sah tak cukup bekalan lagi kalau ditakdirkan mati sekarang. huu, takut!

Saya lihat para AJK sangat bersungguh bekerja sampai ke pukul 12 malam pun tak habis-habis lagi. Tengah-tengah kami bersembang tentang jenazah, di luar dah mula hiruk-pikuk dengan bunga api dan jerit-jerit orang Arab. Sangat-sangat bising! Dalam kepala ni dah terbayang "aku baling la karang kain kapan ni dekat diaorang baru tahu!" Boleh diam sikit agaknya. Hehe..Tapi karang habis stok kain kafan nanti, siapa nak support program esok? :P

Dalam pada masa yang sama, saya ada berbincang dengan 'ex-mama' tentang masalah hidup. Biasalah lama dah tak jumpa, banyak list yang saya keluarkan sebagai pencetus resolusi untuk tahun baru. Alhamdulillah banyak input yang saya perolehi dan perkara yang saya baru nampak.

1. Saya teringin menjadi identiti baru yang mana tiada 'identiti di mata orang' yang ada sekarang sebab kadang-kala saya terasa berat bila orang mengharapkan lebih dari yang kita mampu, tapi saya rasa itu mustahil kecuali saya berpindah di tempat lain. Percaturan Allah yang sudah lepas mana mungkin dapat diubah. Mungkin ada hikmah yang saya terlepas pandang. Tapi kelebihan yang Allah sudah berikan jangan dibuang, mungkin ada benda yang perlu kita selesaikan dengan kelebihan kita.

2. Tahun ini saya agak bermasalah dengan jiwa tapi bukan dari sudut cinta ya. Tahun dua yang sibuk dan tahun tiga yang agak kacau. Malangnya bila saya perlukan semangat, orang selalu kata "takpe, kau kuat!" dengan rileksnya hingga saya naik muak dan tak suka perkataan kuat. Sekuat mana pun saya, ada ketikanya saya perlukan sokongan yang jelas waima sekadar genggaman tangan dari seorang rakan. Tapi bila difikirkan kembali, saya kira ia boleh jadi satu pengajaran kepada saya supaya tak buat orang lain pula begitu. Orang mengadu kepada kita untuk diberi semangat, bukan untuk tidak diendahkan dengan anggapan dia boleh setel dan tanggung sendiri. Titik!

3. Saya tertanya kenapa lari dari masalah atau mahu meng-'invisible'kan sesuatu dari pandangan mata kita sangat susah? Kan senang kalau boleh buat macam tu. Macam mana yer kita nak hadapi? Revolusi kami : Bayangkan itu bakal bos atau bakal masalah kita di masa depan. Kalau kita boleh lalui sekarang, insyallah tak de hal lah kalau jadi lagi kelak~ Hehehe~ Teruskan berjuang, langgar je diaorang!

4. Malas. Satu tabiat baru yang saya rasakan makin menjadi-jadi sekarang ini. Saya jangkakan mungkin dek terkejut dari pertukaran budaya sibuk bawah PERMAI ke budaya macam tak de kerja walhal banyak bila bukan bawah PERMAI. Ada sedikit sebanyak seperti mahu menebus apa yang hilang dahulu. Kesannya, saya rasa macam lost dan kesian pada orang sekeliling saya. Tapi saya baru disedarkan, kalau niat kita adalah kerana Allah, ini bukan kesannya. Sah, saya tersalah simpang nih. Patah balik! Patah balik!

5. Bila kita rendah diri di kalangan yang hebat-hebat dan memaksa diri untuk menjadi seperti mereka, saya lebih cenderung untuk bersikap menyalah diri. Kenapa tak begini, kenapa begitu? Kalau dibiarkan, boleh murung jadinya. Tapi tadi,saya diingatkan kembali dengan satu ayat " Kita tak mungkin boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi yang terbaik untuk diri kita" Siapa ingat ini ayat siapa? ;p Hurm, yang penting usaha!

6. Ayat paling zouq malam ni " Jangan tengok siapa yang bercakap, tapi lihat isinya. Kalau tak mampu terima dengan hati, tulis supaya tak hilang! " (Ya Allah, beri aku kekuatan..)

7. Saya semakin kurang gemar berada di tempat yang saya tak kenal orang di situ sebab saya akan rasa lost. Terutama dalam keadaan makin ramai warga baru di PERMAI. Tapi itu bukan salah mereka, itu salah saya sendiri. Entah kenapa, saya rasa skill sosial saya kepada orang baru semakin hancus. Makin penyegan dan pemalu. Nak mengharapkan mereka mula dulu, saya rasa sangat mustahil walaupun saya sangat mengahrgainya. Sepatutnya sebagai senior, saya kena mula dulu tapi itulah, makin susah apatah lagi bila orang tak kenal kita.. Haish. Ubah balik! Ubah balik!

Itu bab resolusi akhir.

Secara keseluruhannya, tahun ini mungkin saya boleh rumuskan sebagai 'tahun pembukaan'. Pencerahan kepada pengalaman yang masih setahun jagung. Banyak yang saya pelajari dan saya hadapi. Dan banyak juga kecacatan diri yang saya temui.

Tahun ini saya belajar berubah dari junior ke senior dari pelbagai sudut khasnya di luar negara. Tahun ini saya mula belajar situasi di bawah, di atas dan kembali ke bawah. Tahun ini saya mula rasa gian melebarkan sayap mencari pengalaman mengembara merata-rata. Tahun ini saya mula berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang belum pernah saya jumpa. Dan tahun ini juga saya makin selalu memikirkan siapa saya yang sebenarnya dan ke mana hala tuju saya seterusnya.

Saya akui saya masih belum sempurna. Sampai bila-bila pun saya perlu belajar dan memperbaiki diri. Semakin banyak perkara yang saya baru temui, semakin banyak cabang hidup yang saya perlu teliti dan semakin banyak benda yang saya perlu muhasabah kembali terutama tentang diri sendiri.

Sebab itu, gambar kali ini saya letakkan buku bergambar kapal di laut. Hidup bukan panjang tapi hidup juga bukan singkat. Kalau di ulang tahun, saya temakan diri sebagai rama-rama yang baru keluar sarang, mungkin tahun baru ini saya andaikan sebagai laut yang gelombangnya makin kencang. Saya tak tahu sampai bila saya akan di sini. Tapi semoga pengalaman di sepanjang perjalanan ini dapat saya gunakan sebagai bekalan. Di dunia sekarang dan di akhirat akan datang. Insyallah....

Semoga lebih baik di musim seterusnya. Paling penting: 'always back to the basic' - LILLAHI TA'ALA... Doakan saya~

Apapun, saya bersyukur teramat menghabiskan tahun 2009 dan memulakan tahun 2010 di tempat yang istimewa. Ada masa 6 bulan lagi untuk menghabiskan saki-baki masa bersama nenek-nenek di sana. Perlu maksimakan sepenuhnya sebelum mereka pulang. Kak Teha, Fathiyah (tiba-tiba tadi rindu Fathiyah) , mana kita nak lepak lagi kalau tension nanti? ;)

Kepada Kak Sab, Kak Tiqah, Kak Piqah, Kak Shira, Kak Arikah, Kak Yati, Kak Zimah, dan seluruh warga anak cucu cicit Insyirah, saya sangat sayang korang !!

Kepada Kak Soleha Azwa, selamat hari jadi!

Aleen, maaf. Entry masih jarang tapi panjang.

SELAMAT TAHUN BARU ~

9 comments

Write comments
Rie
AUTHOR
January 1, 2010 at 2:27 AM delete

Salam,

Selamat Tahun Baru Ainul. Harap semua impian kamu tercapai dan lebih tabah dlm menghadapi hari muka.

Saya suka dengan pernyataan ayat no.5 dan no.6 diatas.

Reply
avatar
January 1, 2010 at 5:56 AM delete

selamat tahun baru Chinul..

Reply
avatar
silversarina
AUTHOR
January 1, 2010 at 6:03 PM delete

Selamat Tahun Baru. Semoga terus melakar kejayaan InsyaAllah.

Reply
avatar
ayyash
AUTHOR
January 2, 2010 at 12:53 AM delete

salam alaik ainul..

InsyaALLAH taon ni lebih berkat dr segi penggunaan masa dan beramal, dan lebih cemerlang sbg sorg muslim..aminn!

Reply
avatar
January 2, 2010 at 11:55 PM delete

rie: thanks! selamat tahun baru utk kamu juga. ^^

chiam: happy new year chiam! ^_^

makcik sarina: terima kasih makcik. selamat tahun baru juga.. ;)

ayyash: ws dear, aminnnn...

Reply
avatar
January 3, 2010 at 4:12 PM delete

salam ziarah,

nampak happy ainul skrg ni ea. smg baik2 saja. dah balik ke jordan ke?
alhamdulillah. mulakan pjuangan yg baru..:)

lama x lalu sini. =p
hoho. ainul suke wat entri panjang2 ek. nanti watla cerpen. bahasa dah cantik ni. apapun smg thabat dlm menulis.

Reply
avatar
tebu
AUTHOR
January 4, 2010 at 9:09 PM delete

assalamualaikum ainul ukhtie..
maaf dah berzaman baru baca entri ainul nih:(

chaiyyok ainul! (terasa mcm kami yg cakap tu "x pe..ainul kuat")
maaf byk ainul, x sangka ainul terasa.
btw,orang islam mesti kuat ainul, juga hebat.
bak kata ust hasrizal, kita x ada pilihan melainkan menjadi org yg hebat sbb penghuni syurga terdiri drpd org2 yg hebat belaka:)

my opinion, ahli permai yg sgt ramai skrg sgt membantu kita dlm membina keyakinan diri juga skill menyampaikan dakwah pd masyarakat.

grab this ainul!
buang jauh2 rasa malu dan rendah diri.. kita kena banyak menghulur, memberi dan memulakan..
x rugi dn juga x pelik pun sbb itu sunnah Rasulullah.
Rasulullah hidup utk orang lain, senang dan susah pun utk orang lain..
di situlah hebatnya islam..nikmat iman dan manisnya anugerah Allah bukan disimpan sorang2..

kita x perlu pengiktirrafan jawatan tinggi2 baru bo mudah bergaul dgn orang..
pernah dgr x? orang mukmin itu mulia juga mampu menggoncang dunia biarpun sujud pd tempat yg paling hina..

selamat berjaya..sayang ainul

Reply
avatar
January 5, 2010 at 5:24 AM delete

najihah:
haah, balik jordan dah dekat 2bulan lebih dah pun..
cerpen? hehe.. :P

tebu:
ws cik tebu.. macam kenal ke sapa nih.. hehe
takpe je, ainul tak ingat specific pun siapa yang sbeut saya kuat tu. Bukan apa, certain keadaan ok je, tapi certain keadaan yang kurang sesuai tu yang ainul rasa tak spatutnya sebut macam tu. Tapi takpelah, bukan smua org bleh baca perasaan org kan? biasala tuu.. ^_^

thanks kak tebu for the words.. INsyallah, tengah berusaha jadi mukmin yang baik dan senang bergaul dgn orang. ^^)

Reply
avatar
s.azwa
AUTHOR
January 5, 2010 at 7:36 AM delete

Assalamu3laikumwbt, ainul.

Thanks.
Baru baca entry ni.
Lama tak nampak & jumpa awak.
Btw, manusia memang camtu, ada pasang surut. So, we always need altenative plans.
Take care!!

Wslmwbt.

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *