Sembang-sembang Sistem Perut Usus

5:57 PM 7 Comments A+ a-



Salam

Memandangkan sekarang tengah belajar GIT atau lebih Melayunya Sistem Pencernaan, terasa teringin nak kongsi dengan pembaca tentang fisiologi manusia mengenai sistem ini. Benda-benda yang nampak ringan dan selalu dibuat tapi sebenarnya banyak penerangan~ Macam biasalah insyallah bakal dipermudahkan untuk bacaan umum. Boleh lah lepas ni nak kongsi dengan atuk ke nenek ke adik-adik tadika ke.hehe..

1. Kenapa bila tengah muntah, kita automatik tarik nafas dalam-dalam ?

Sebabnya bila kita tarik nafas dalam-dalam, kita akan mengecutkan kita punya diapraghma jadi ke bawah dan memendek. Bila proses regangan tu berlaku, kita secara automatiknya akan mengunci atau menutup saluran makanan yang laluannya menembusi diapragma kita. Jadi, bila dah terkunci tu, refluks makanan dari perut akan terhalang daripada naik ke tekak dan secara tak langsung kita akan berhenti muntah!

2. Kenapa waktu kita atas sakit telinga atas kapal terbang, kita akan telan air liur untuk hilangkan sakit tu?

Sebabnya dengan berbuat sedemikian, otot-otot lelangit lembut akan mengecut dan membuka tiub Eustachio agar tekanan dalam telinga dapat diseimbangkan dengan tekanan luar telinga.

3. Kenapa bila kita makan, makanan itu sangat bijak untuk turun ke laluan makanan dan bukan ke laluan pernafasan di hidung atau ke peparu?

Sebab bila kita menelan, otot lelangit lembut di bahagian automatiknya akan mengecut dan merapat ke belakang dan ke atas, sekaligus menutup ruang pernafasan di hidung. Manakala ada satu lagi struktur di bahagian bawah lidah yang bernama epiglottis akan bergerak ke depan dan menutup ruang pernafasan ke peparu bila kita sedang menelan. Jadi tinggal satu lubang je terbuka lagi iaitu saluran pemakanan. Jadi, situ je la dia pergi!

4. Macam mana boleh wujud manusia bersuara sengau?

Dalam bercakap, jumlah udara yang keluar dari hidung akan dikawal melalui pembukaan lelangit lembut dengan dinding pharnyx supaya bunyi yang keluar sedap didengar dan betul sebutannya. Bukaan yang terlampau luas dan tidak sesuai itu lah menyebabkan suara kita jadi sengau~

5. Bila kita selalu lapar?

Secara ringkasnya, kita selalu lapar bila perut kosong. Perut cepat kosong bila proses memproses makanan untuk diserap ke dalam darah dalam perut tu cepat siap. Macam mana boleh cepat siap? Sebab asid dia banyak dirembeskan daripada selalu. Maka, secara umumnya bolehlah kata kita lapar sebab rembesan asid dalam perut tinggi.Macam mana boleh tinggi? Banyak sebenarnya faktor tapi doktor tegaskan bahawa bila orang tu tengah marah, rembesan asid dalam perut meningkat! Bila dia takut atau tertekan, rembesan asid dalam perut berkurang. Itu lah penerangannya~

Tapi saya terfikir, apesal selalunya manusia bila stress je mesti lapar, bila lapar je mesti stress.. Macam terbalik je dengan yang doktor terang tu. Tapi mungkin lah sebab faktor lain agaknya, hormon ke apa ke.. Allahu a'lam dan saya pun tak habis menuntut lagi. hehe...

Cumanya, nak cakap, kalau rembesan asid terlampau banyak sampai perut punya mekanisma menahan asid ( keluarkan alkali ) tak mampu tahan, perut boleh terhakis tau! Nanti boleh jadi ulcer.. So, kesimpulannya, jangan cepat marah~ ;p (kalau penyabar teramat pun still kena ulcer, janganlah korang tuduh dia panas baran pulak, itu maknanya perut dia memang ada problem ataupun dia kena jangkitan H. Pylori.. Sekian~ )

Hurm, cukuplah lima ni dulu.. Kang banyak-banyak kang pening plak.. Tak korang pening nak membayang, saya pulak yang pening nak menerang dalam bahasa melayu pasar. Tersasul-sasul habis. Ini siap buka kamus lagi cari perkataan medik dalam bahasa Melayu.Insyallah betul, bukan sekadar terjemah taklid ikut suka hati... -_-" Praktis2x!! (sebarang perkataan latin terpaksa kekal di-latinkan atas dasar kata nama khas.. ^_^)

Hebatkan badan manusia?? Canggih! Kalah transformers~ Cubalah bayangkan kalau Allah tak cipta badan manusia sehebat ini.. Makan masuk merata-rata semua tempat, muntah tak henti-henti, telinga maintain ngilu atas kapal terbang kalau dari Malaysia-JOrdan 9 jam tanpa henti, semua orang sengau, perut takde cara nak kasi signal lapar ke kenyang... Wuish, terseksa teramat namanya ni.. Tak sanggup nak membayangkan hidup macam tu~

Akhir kalam selepas Subuh, mari sama-sama renungi ayat ini -

انْظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ

"Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya. " (6:65)

***********************************************************************************

Perkongsian Harian :

Tadi ada forum " Mahasiswa :Antara realiti atau fantasi. " Memang mantap-mantap ahli panel yang dijemput malam ni. Semua ada cara tersendiri yang best terutama bab-bab tarik perhatian ni. Terasa macam takdelah orang mengantuk time forum tadi. ;p

Cumanya nak banyak perkara yang disentuh (semua penting tapi saya amik sikit dahulu untuk diletak di sini), saya paling tertarik mengenai bab masa hadapan seorang mahasiswa terletak pada cara hidup mereka sekarang.

Menurut panel, andai katalah kan mahasiswa ( kita ambil skop budak-budak JOrdan lah ye yang sains dan syariah ) ni waktu dia tengah belajar, dia malas nak join program ilmu kat luar dan setakat terima yang dalam kelas je, lepas tu belajar plak main-main harap setakat lulus cukup-cukup makan tanpa ada inisiatif untuk lebih memperbaiki diri, nanti bila dia balik Malaysia, dia biasanya akan menghadapi situasi penyesalan teramat sangat.

Contoh dua situasi ini :

BUdak medik -
Tak pernah ada dalam sejarah Malaysia, pesakit datang kat Hospital mintak nak rawatan hanya dari doktor yang hanya dapat 90% keatas sahaja dalam exam. Korang lulus atas pagar ke mengulang tak henti-henti sebab malas studi ke, asal korang grad jadi doktor je, masyarakat akan anggap korang doktor yang hebat untuk merawat mereka.

Takkan nak cakap nak pesakit " Alamak, sori lah. Saya tak belajar bab sakit encik ni kat hospital. Bye-bye la yer.." Kalau gitu, memang doktor tu nak kena sungguh-sungguh la gamaknya. Tambah-tambah proses pembelajaran perubatan ni dikatakan belajar seumur hidup seiring dengan kecanggihan kemajuan dan kecanggihan penyakit yang timbul. Kalau pelajar perubatan masih perangai endah tak endah nak studi, haru-biru la jadinya kat hospital nanti. Kalau tak sembuh boleh tahan lagi, kalau meninggal terus pesakit kita sebab kita macam mana? Ish2, na'uzubillah...

Budak syariah :
Memandangkan syariah banyak pengkhususan di sini seperti Bahasa Arab, Usuluddin, Perbankan Islam dan sebagainya, seharusnya percampuran ini dimanfaatkan sesungguh-sungguhnya untuk ambil ilmu sebanyak mungkin. Tambah-tambah talaqqi ulama di Jordan ni banyak sungguh kalau nak join.

Tapi, kalau mahasiswa kita malas ambil tahu hal lain, setakat harap ilmu di kelas, maka bila dia balik nanti dia akan ternganga bila orang tanya dia ilmu agama yang luar bidang dia.

Sangatlah jarang sebelum orang nak jumpa ustaz, dia tanya dulu "Ustaz pengkhususan apa ye dulu? " Takdenyerrrr.. Janji korang balik dari Timur Tengah, ada ijazah bidang agama tak kiralah kos apa pun, masyarakat akan pandang korang sebagai tempat rujukan masalah untuk semua jenis masalah agama. Sebab itulah kalau mahasiswa kekal tak peduli ilmu lain, maka lahirlah ulama-ulama yang bukan mengislahkan masyarakat tapi menghancurkan masyarakat..

Boleh fikir tak macam mana? Tajam tu...

Banyak lagi perkara yang dikongsi tadi tapi tak dapatlah nak letak semua. Cumanya saya harap yang satu ini mungkin boleh jadi antara penggerak hati-hati kita untuk berfikir kembali muhasabah diri tentang sikap kita sekarang.

Insyallah, moga ada kebaikannya untuk kalian sebagai pembaca..

** Nanti pagi pukul 8 ada RoadShow Zakat. Tak sabar nak tunggu dapat pengisian apa pula kali ni. Macam biasalah, hujung minggu mana pernah Jordan sunyi kecuali exam besar.. ^_^ Tak apa~ Yang penting, sila bahagi masa sebaiknya..

Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting

selamat berhujung minggu ~ ^_^Y

7 comments

Write comments
Diya
AUTHOR
November 13, 2009 at 7:46 PM delete

Masya Allah. Hebat nya ciptaan Allah. Akak belaja bio setakat level skolah menengah, lepas tu tak follow dh. So, memang bagus sangat lah Ainul buat entri gini. Baru je semalam akak wonder kenapa org boleh bersuara sengau. Hari ni dh dpt jawapan dia. Huhu

Reply
avatar
November 14, 2009 at 12:28 AM delete

kak diya:
hehe.. alhamdulillah...

Reply
avatar
chilavek..
AUTHOR
November 14, 2009 at 2:15 AM delete

salam...
hohohoho..... blaja pasal GIT....skang nie berserabut ak pasal joint....hahaha..minggu depan dhla ader colloq...pastu terus masuk pasal muscle....dua minggu lepas tu,colloq muscle plak...!!!!!mmg nak meletup kepala menghafal anat dalam mase dua minggu....hebat kan?????

Reply
avatar
November 14, 2009 at 5:29 AM delete

asyraf:
ws.. haha, naseb lah ... siapa suruh pilih medik rusia.. memang sistem dia mantap.. ;) udachi tibya!

Reply
avatar
November 20, 2009 at 11:48 PM delete

pendekkan usus, boleh cepat kurus ker?

skrg suma kawan akak dok pendekkan usus, tp mmg kurus plak lepas tue..

jgn marah ye dgn soalan akak ni :)

Reply
avatar
November 29, 2009 at 11:33 AM delete

subhanallah!
menarik perkongsian ini! syukran!
toche3. ;)

Reply
avatar
November 29, 2009 at 2:57 PM delete

kak yana:
kurus sebab pendekkan usus tu bukan sebab berat badan turun akak, tapi rasanya sebab kurang zat.. makna kata, tak elok pun... ^_^

najihah:
mafi musykilah ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *