Kembali berjuang di situ

7:32 AM 9 Comments A+ a-


Salam..

Alhamdulillah, akhirnya seminggu yang menyeksakan tapi menyeronokkan akhirnya selesai.

Kenapa?

Sebab minggu ni, saya dan seorang kawan telah 'memungkiri' kata-kata untuk pencen dalam arena perdebatan. ;) Sah, pendebat takkan mampu terus berdiam kalau diasak. Paksa rela sebenarnya bila ada yang merayu-rayu suruh temankan, tapi alhamdulillah tak sia-sia melangkah bersama.

4 tahun sudah berlalu sebenarnya apabila saya kembali cuba bertapak di bidang ini. Kekok, segan, malu, takut semua berasak-asak di dada. Tambah-tambah bila banyak dah lupa. Nak faham konsep yang diajar sahaja dah cukup menyesakkan jiwa. Sungguh, dalam seminggu ini, tiga hari yang pertama saya terlampau tertekan. Kembali terasa seksa penat jiwa raga kepala yang dah lama saya tak jumpa. Pernah terfikir mahu mengundur, tapi bila difikirkan, alangkah malunya mengalah sebelum tiba ke medan perjuangan.

Maka, saya ambil keputusan menghubungi rakan debat lama, mengimbau kenangan, selusuri kembali pahit manis yang pernah ditempuh bersama. Alhamdulillah, semangat yang terbang kembali pulang. Saya kian yakin mulakan langkah, walaupun debarnya tak terkira, apatah lagi bila berada se-kontigen bekas juara.

Dalam masa 5 hari yang diberikan untuk memahiri 12 tajuk utama, kami giat mengumpul fakta, berbincang, berdebat bersama-sama walaupun kadang-kala saya naik pening bila gelanggang kian hangat dek adik-adik makin bersemangat. Bagus juga sebenarnya. ;)

Dan semalam di Mu'tah, semuanya bermula. Perlawanan demi perlawanan bermula. Alhamdulillah yang pertama memihak pada pasukan saya. Di pihak syabab juga sama. Lega. Tapi tak lama, bila kami berjumpa di separuh akhir rupanya. Irbid(akhwat) VS Irbid (Syabab). Sengit. Tapi lawak sebenarnya sebab masing-masing tahu rahsia yang sama dan berebut fakta yang serupa. Keputusannya, syabab yang berjaya. Entah kenapa kami yang akhawat lega. ;p

Tak kisah siapa menang siapa kalah, yang penting Irbid perlu ke depan, itu janji kami semua. Maka, di peringkat akhir, semua kembali bergabung mengerah segala fikiran, kritikan, kerjasama di tengah Maghrib yang sejuk mencengkam gila demi memastikan pasukan Irbid muncul juara.

Dan buat kesekelian kalinya, Alhamdulillah, usaha kami berhasil. Irbid syabab juara menewaskan Mu'tah di peringkat akhir. Perlawanan yang sengit antara pasukan yang sama hebat dan sama mantap. Tahniah buat keduanya. Dan yang paling terkesan buat saya, kami Irbid akhawat berjaya merangkul tempat ketiga.

Alhamdulillah, seminggu yang tak sia-sia untuk terseksa dan bergembira.Debat kali ini manis rasanya.Mana taknya, ini percubaan pertama Irbid menghantar wakil akhawat. Beban yang kami galas berat sebenarnya.

Tapi syukurlah, semua selesai. Kenangan yang menyeronokkan. Walaupun seminggu tapi banyak untung dikaut. Kenalan bertambah, pengalaman mencurah. Makin kenal junior, makin faham kerenahnya. Kembali merasa feeling jadi debator. 4 tahun yang lepas terasa kembali bersua.

Terima kasih Atiqah Nazri, Nadhirah, Fifi, Izzati, dan Nafisah untuk semuanya. Korang memang ahli team terbaik! Oh, tak lupa juga untuk para 'senior debat' - team Irbid Syabab. Terima kasih untuk segala komitmen dan tunjuk ajar. Alhamdulillah, Irbid berjaya menggapai misinya.

Semoga ini bukan pengakhiran buat kami. Ada banyak lagi impian yang mula tercipta, kalau kami tak cukup masa, di Irbid banyak sasarannya. Harapnya ini cuma permulaan. Debat kali ini, moga ia lebih mematangkan dan membuka jalan untuk lebih baik dari sebelumnya. Bukan hanya sekadar debat biasa, tapi satu wadah untuk menjadi manusia berguna yang mampu berjuang demi agama-Nya. Ingat satu, debat bukan untuk bertelagah siapa betul siapa salah, tapi ia jalan muafakat buka minda cari hakikat.

p/s:
1. Nadhirah, jangan mengada-ngada ambil yang ini untuk PMK yer! Nanti rajin akak buat lain.. ;)
2. Raden & Laili, terima kasih membantu cari aku yang dulu ~ ^_^

Last but not least,

9 comments

Write comments
kilah
AUTHOR
November 23, 2009 at 12:29 AM delete

ouh..
ada pertandingan ke?
tk digembar gemburkan erk pertandingan ni?
ke..kita yg tk tau..
neway,tahniah..

Reply
avatar
November 23, 2009 at 5:48 AM delete

chiam:
thanks! ^_^

kak kilah:
tak heboh sebab pemberitahuan lewat sangat akak. Kitaorg yang masuk ni pun tahu tak sampai seminggu before perlawanan.. tapi sebelum pergi tu, rasanya atiqah nazri ada buat pemberitahuan dalam email permai. akak tak perasan kot. ^_^ apapun, terima kasih! ;p

Reply
avatar
atiqah_irbed
AUTHOR
November 24, 2009 at 7:24 AM delete

ainul!
terharu..haha
tahniah buat semua:)
akhirnya kt 'memungkiri' janji bersama.
mmg best sgt pnglmn kt mu'tah.seryes lega bile tau x msuk akhir.nadhirah sorg je rsny semangat nk ke akhir..hehe
tp ade org kate we deserved to be in the final.eceh
anyway..debat piala permai sdg mnnti ^_^

Reply
avatar
November 24, 2009 at 8:41 AM delete

atiqah:
aku cop jadi jadi skuad atau pun hakim saja bleh? hahaha.. melarikan diri dari pentas semula.. ;p

Reply
avatar
atiqah_irbed
AUTHOR
November 24, 2009 at 11:56 AM delete

tak aci la..ak nk jd skuad gk.
nk lari mne cinul, irbed ni kecik ja..hehe
irah smgt nk buat kursus pra-debat
ak ajak ko lg la nnt ;)

Reply
avatar
November 24, 2009 at 12:11 PM delete

atiqah:
haha.. kita osom la nanti.. pastu, sapa menang bleh offer diri kat ajk.. haha, kerja giler betul~ ;p

irah memang, dia sentiasa semangat tak kira masa. Tabik2! ko nak ajak aku lagi? kali ni, takde free2 dah.. aku nak cas lah.. ;p

Reply
avatar
c's
AUTHOR
November 25, 2009 at 7:57 PM delete

eyt,, xde3... korg kena on stage!

hahahah... sonok2

congrat tau!

adoi ktrg kat sini da pencen da nih.. berdebat dlm meja mesyuarat je kot.. nama dahlia da nek jd calon.. doakan clear sume spy nek msk ajkt perubatan

Reply
avatar
November 26, 2009 at 4:58 AM delete

raden:
huuuu, kak raden dah stat bebel.. ^_^
hehe, thanks yer raden.. ala, ko bajet je dah pencen, ak rasa klu perubatan buat pertandingan, mesti raden orang pertama join.. ;p

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *