Cikgu Tak Pandai vs Pelajar Perasan

7:57 AM 0 Comments A+ a-



Salam

Hari ni dah mula kuliah sistem baru. Semangat belajar dah ada tapi semangat buka video tak hilang-hilang lagi. Hehe. Tak apalah, sementara awal-awal lagi ini kita biarkan sekejap eh. Ambik mood. ;p

Tapi tadi, waktu tengah tengok Sensei Wa Erai! ni, terus terbayang-bayang zaman sekolah dulu. Memang kena sungguh lah! Ada sikit rasa tertikam di dalam diri sendiri.

Pernah tak dulu bila kita gagal, kita salahkan guru-guru kita? Kita salahkan sistem sekolah kita? Kita pandang tinggi sebuah sekolah yang hebat sebab bagi kita guru dekat sekolah tu hebat, tak macam guru kita sendiri. Bohong la kalau sikit pun tak pernah rasa macam tu~ Secebis mesti pernah rasa.Kecuali la kalau kita jenis budak yang maintain nombor satu tip-top tiap-tiap tahun. Budak jenis ni jarang rasa macam tu kot. Agaknya lah...

Kalau tak murid yang rasa, mak bapak murid pun selalu perangai lebih kurang macam tu. Bila anak gagal, tak memasal serang cikgu kata cikgu tak reti mengajar. Yang macam ini memang saya pantang teramat. Kadang-kadang selalu gak dengar mama kat rumah cerita cikgu-cikgu kat sekolah kena. Payah rupanya jadi cikgu pada budak perasan pandai nih.. Ish...

Itu zaman sekolah. Zaman universiti pun kadang-kadang saya nampak benda yang sama. Ada orang memandang universiti di barat jauh lebih hebat lebih dari universiti depan mata atas alasan yang serupa. Profesor sana jauh lebih mantap, lebih terkenal. Sistem diaorang lebih maju dan sebagainya. Kadang-kadang terasa down jugak bila orang perlekehkan university kita. (saya pernah terasa mahu menjahit mulut sorang manusia bila dia dengan bangganya persoal kenapa pilih timur tengah sedangkan UK dan Ireland lebih gah.. Haishhh... Nasib baik abah suruh anggap dia tak tahu kelebihan di sini sahaja. T_T) Tapi itulah, kadang-kadang terfeeling jugak kenapa diaorang lebih hebat.

" The best teacher only appear to those who want to learn "

Ayat ni memang menyentap ah! Bak kata orang, kalau tak tahu menari jangan salahkan pentas bergoyang. Tak adanya orang dapat gelaran cikgu kalau tak pandai mengajar.

Sehebat mana pun kita dapat memilih tempat pengajian, kita takkan dapat memilih cikgu. Sepatutnya siapa yang jadi cikgu kita, dialah yang patut kita anggap sebagai guru terhebat. (Nasib baik dia sanggup nak mengajar kita yang tak tahu ilmu ni ok.) Hebat mana pun guru kita, kalau kita pemalas, kegagalan tetap takkan berubah. Cikgu ajar sama rata saja semua, tapi keinginan murid yang berbeza yang membezakan semua perkara. Takdenyer ada cikgu hebat dengan cikgu tak hebat.

Jadi, tak sepatutnyalah kita menyalahkan guru atau menyalahkan tempat belajar kita bila kita tak berjaya seperti yang diharapkan. Kena berbalik kepada diri sendiri dahulu. Kan? Bersyukurlah kita ada di tempat kita sekarang. Takdir kita disusun penuh cantik sebenarnya. Apa yang kita dapat, itulah yang terbaik untuk kita. Yang penting, kita kena tahu melihat dan pandai ambil peluang.

Tak kisahlah kita di ceruk mana sekalipun, Jordan, Mesir, Indonesia, India, Malaysia, UK, Jepun atau mana-mana sekalipun, semuanya ada peluang yang sama. Kalau untuk pelajar sekolah, korang di SBP ke MRSM ke SMKA ke Sekolah Bestari ke Sekolah pinggir bandar ke sekolah luar bandar ke semuanya boleh berjaya kalau ada kemahuan. Semua atas diri kita sendiri.

Kalau dunia sekolah itu diibaratkan sebagai pentas lakonan, guru dan sekolah adalah diibaratkan pelakon tambahan dan prop-prop yang mampu menambahkan kehebatan sebuah cerita. Kalau kita sebagai hero berlakon sorang diri tanpa pelakon tambahan dan prop lain, macam orang gila la pulak kan? Tapi kalau semua dah mantap tapi hero hancus, ranap juga jadinya.. Maka, semua perlu ada kerjasama dan kemahuan.

Fuh, bersemangat pula jadinya lepas tengok cerita ni. Terasa macam nak cakap dekat semua guru-guru saya dari dulu sampai sekarang "TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK". Eh, macam post entry untuk hari guru la pulak. Hehe.. Jom,jom belajar~

SENSEI WA ERAI !!! = CIKGU MEMANG HEBAT !!! = TEACHERS ARE GREAT!!

p/s: ada terfikir gak nak bagi movie ni kat mama pastu suruh mama kasi hadiah lawa-lawa movie ni kat semua pelajar dan ibu bapa yang ada sikap suka menyalahkan cikgu nih. Biar sentap dan insap. (^_^)Y
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *