Selit-selit hujung minggu

Alhamdulillah

Semalam saya selesai mengharungi hujung minggu yang penuh dengan program. Agak kepenatan sebenarnya. Tapi mengenangkan bukan selalu dapat mengikuti program sebegini, saya gagahkan jua walaupun ada terselit sediit cemburu melihat sesetengah rakan memilih untuk menghabiskan masa untuk mengulang kaji. (Tambahan, kali ini kami exam paling awal : 29 Oktober)

Program pertama hujung minggu ini adalah Minggu Haluan Siswa (MHS) yang dibuat untuk meraikan kedatangan pelajar baru dan menerangkan sedikit sebanyak hala tuju mereka di bumi Jordan. Ini kali pertama saya menyertainya sebagai bukan peserta memandangkan tahun ini dibuat agak lambat dek kekangan tenaga kerja sewaktu cuti dahulu. Tapi saya bukan fasilitator, tapi saya memilih untuk menjadi AJK yang melihat dan bekerja belakang tabir sahaja.

MHS kali ini saya rasakan seperti agak santai dan rileks, bukan seperti di zaman saya yang banyak tugasannya dan sering dimarah-marah. Method marah-marah ni dah tak main agaknya. Bertuah budak-budak baru ya~ Tak payah kena nyanyi-nyanyi, pujuk-pujuk senior kasi sign dan main rebut-rebut barang amanah dengan senior. Tak apalah, sekali pantai bah, sekali pasir berubah kan? Setiap ketua mungkin ada agendanya sendiri. Saya ikut sahaja~

Ahlan wasahlan saya ucapkan pada mereka yang baru tiba. Makin ramai orang Melayu di bumi JOrdan ini. Harap-harap dengan ramainya orang rumpun kita, ukhwah akan tetap kukuh dan utuh seperti sewaktu bilangan kita sangat minoriti di JOrdan. Ini harapan saya yang paling utama. Saya tak berapa sedap hati bila ada di kalangan kita tak kenal antara satu sama lain. Terasa macam tak patut pula sedangkan kita sama-sama berada di bumi asing ini.

Bilangan yang agak ramai mungkin akan mengambil masa untuk kita kenal semuanya. Tapi tak mengapalah. Ada banyak masa untuk kita kenal sedikit demi sedikit. Saya sendiri bukan jenis senior yang sangat ramah sampai kenal semua junior dalam masa yang singkat. Perlu masa dan kondisi yang sesuai. Kadang-kadang boleh, kadang-kadang segan. Harapnya kalau nanti saya tiba-tiba teragak-agak mahu memulakan langkah perkenalan, ada di kalangan adik-adik/kawan-kawan baru ini janganlah pula menganggap saya sombong. Tegur saya dulu pun tak apa, lagiiii saya suka. Hehe...

Kedua, program raya PERMAI. Temanya tahun ini : Perantau Takkan Sepi. Agak bertepatan barangkali dengan bilangan Malizi pada tahun ini. Kalau dulu di dewan, kapasiti yang dipenuhi hanya separuh di bahagian hadapan, tapi tahun ini penuh sungguh sampai ke belakang. Macam ternganga juga melihat ramainya orang Irbid pada jamuan raya kali ini. Itu baru yang rajin datang, kalau campur yang tak datang mungkinkah bakal melimpah ke luar dewan? ^_^

Usai MHS selama tiga hari dan Raya PERMAI di petang Sabtu, malamnya batch saya pula ada program BACK TO SCHOOL TALK untuk sesi ala-ala taklimat bagi menghadapi sesi baru semester ini. Terasa agak bersemangat bila dengar senior beri nasihat walaupun jauh di sudut hati terselit cuak mahu menghadapi tahun akhir pre-klinikal ini. Harap-harap segalanya dipermudahkan Allah. Aminnnnn...

maka, tamatlah hujung minggu saya~ Hari ini hari ahad, mari kembali semula ke kelas. Erm, lecture note second week dulu baru habis 3/4 dibaca. Itukan menyelit-nyelit baca sewaktu program MHS. Di rumah,kalau balik ada baki tenaga, banyaklah dapat. Kalau penat sangat, balik-balik terus black-out tidur. Harap-harap yang saya baca selit-selit ni melekat kuat di ingatan. Nanti nak sambung kelas 3rd week pula. Moga saya dah boleh masuk gear seterusnya dan memecut bersama yang lain. Doakan ok.

Tapi, pegangan saya : Jangan menyesal. Pandai buat, pandai tanggung. Lagipun semalam senior sudah pesan, tahun ini je lah tahun paling rileks sikit nak join mana-mana program. Tahun klinikal nanti dah berganda-ganda penat dan sibuknya. Baik join sekarang daripada baru nak join bila dah klinikal. Sementara ada peluang nak bermasyarakat ni, gunalah sebaiknya. Tapi kena pandai urus juga sebab tahun ini tahun subjek-subjek core dalam teorikal perubatan. Kalau tak pandai imbang, boleh lingkup juga. Ish, na'uzubillah... Bitaufiq!

Ok, sudah. Saya nak sambung buat kerja. Hujung minggu tak lekat di rumah, banyak benda menimbun. Mahu selesaikan semua cepat-cepat. Nanti boleh tumpu belajar. Hehe. Assalamualaikum..

p/s:

1. Kepada my old bestie, dear Rabiatul Adawiyah Razali - Happy Birthday! 10th Oct 1989 dan juga pada kak kecik tersayang, Laila Saarani 11th october 1989- hepi birthday! Ang dah masuk 20-an. Semoga angka 1 yang menjadi 2 selari dengan peningkatan kualiti hidup di masa hadapan. Aku doakan semoga tercapai segala hajat di hati. Aminnn...

3 comments

izzahsakinah | October 11, 2009 at 1:00 AM

haip Ainul ;)
Kak Nad tengah semput marathon kelas dengan lecturer. kejar2 nak habiskan silibus. minggu depan dah final week sebelum study week. pastu exam dah. argh. penat tak penat. pantang ade kosong, ade la kelas nak digantinye. ngeh~

PrinCeSS | October 14, 2009 at 11:18 PM

walaupun penat tapi banyak dpt pengisian..tu yang bes kan?
dah lama x pegi program2 camni..ade je program2 camni di seoul tp jarang join sbb jauh..

selamat stadi^^

Ainul Arina Madhiah | October 15, 2009 at 10:13 PM

kak nad:
uih, exam kita sama time la akak.. ganbatte! bitaufiq!

maya:
best gak la.. hehehe.. selamat studi jugak maya~

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images