Ragam Sebuah Telefon

1:28 PM 6 Comments A+ a-

Salam

(di kedai handset )

Sewaktu terfikir mahu melihat-lihat keluaran terbaru,

" Pakcik, model apa yang yang bagus dan terbaru? "
" Apa kata ambil Nokia 6220 ni, boleh letak program, kamera pun 5 megapixel, flash bagus. Ini keluaran terbaru ni. Tempat lain mungkin tak ada lagi."
(Dalam hati : Ehh, kat Malaysia dah lama ada dah lah......)

Sewaktu terfikir mahu beli handset paling simple dan paling lasak + paling murah,

" Pakcik, nokia 1100 ada tak? "
" Eh, mana wujud dah telefon tu sekarang. Zaman kuno punya tu."
(Dalam hati : Eh, kat Malaysia wujud lagi lah....)

Apa-apa je lah Jordan nih.....



Bila handset sendiri rosak...
Mula lah terfikir kenapa aku tolak tawaran beli handset baru kat Malaysia haritu,
Mula lah kelam-kabut asyik terlajak waktu bila jam loceng tak membantu,
Mula lah pening siapa yang telefon sebab nombor semua mula berterabur,
Mula lah rosakkan lagu dengan menyanyi sendiri bila mp3 tak dapat berfungsi,
Mula lah handset yang lock buat ku cuak, langsung test-test tak boleh bukak,
Maka,
Mula lah terasa ada benda yang ter-bakal dibaling ke dinding~
Mula lah terdetik kenapa susah sangat spare part nak cari sampai dapat~
Mula lah terdejavu ada wang-wang yang bakal melayang-layang~
Mula lah termimpi bagusnya kalau dapat balik Malaysia utk perbetul handset tercinta~

Tapi, bak kata kawan ---> Tolonglah jangan berangan!

Takpelah, bye-bye handset. Jadilah sleeping beauty untuk 1 tahun seterusnya. Insyallah nanti aku jumpakan kau dengan Prince Pomen Handset di Malaysia. Wassalam..

* wushhh.. (bunyi efek baling serbuk tido utk handset a.k.a masuk dalam kotak ) *

Kuiz: Bagaimana mahu hidup tanpa handset di JOrdan? Kedai telefon maintain tutup. Pondok telefon lagilah tak wujud. Nak sms bolehlah pakai orange.com. Nak telefon pakai apa? Persoalan yang perlu dirungkaikan. Ada idea? Oh ya, sila jangan jawab beli handset baru~ Siapa apa idea, memang sangat Albert Eistein lah! Hehe..

(Sila jangan tuntut hadiah memandangkan pembuat soalan sendiri tiada jawapan. Sekadar menduga kebijaksaan seorang manusia)

6 comments

Write comments
mUneer
AUTHOR
October 19, 2009 at 4:33 PM delete

1. kalau xde hnset kat msia pun payah...kat sini ok lagi ada ym

2. pakai skype...mahupun e-vois...mmg terbaek

3. bila je hnset baru sambil menutup mata...kompem mcm nmpk murah

4. nokia 1100...agak kuno tu...takut pgwi JPA terbahak-bahak kalau ta dia punya anak buah beli nokia 1100...skrg org beli smua hnset ada wifi..koman-koman yg ada kamera

5.belilah samsung soul...elegant tapi bateri yang agak menyedihkan...cpt hbs bateri..yg penting bergaya

Reply
avatar
October 19, 2009 at 9:14 PM delete

senior muneer:

1. eh, kat malaysia tak de ym ke?

2. aha, betul2.. lupa..

3. aiseh...

4. haha.. mmg la.. tapi tu handset pling tahan lasak. baling atas tanah seratus kali pun mantap lagi tak rosak, terbukti berkesan diuji selama 5 tahun dahulu. lagipun nak pakai kejap je, nnti balik malaysia barula plan betul2 nak beli apa. kat sana ada orang nak supportkan. hehe. pendek kata, sebagai spare part sahaja skrg ni, itu yg dengan bangganya tak kisah kena gelak dgn pak arab sbb cari handset kuno, ...

5. payah tu bateri cepat habis, gaya2 ni tak kisah sangat pun. habis guna, masuk beg gak. Asal jangan sakit mata sangat tengok sudah.. Yang penting banyak feature bagus, tapi kalau banyak sangat pun, bukan boleh pakai sangat dkat sini + bukan perlu sangat pakai pun. Tak kisah la~

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 20, 2009 at 2:50 AM delete

kau cari je nokia yang harga 35jd.aku lupa model apa.kawan aku beli bulan lepas, ada lagi agaknya.

Reply
avatar
October 20, 2009 at 10:18 AM delete

anon:
owh, terima kasih kasitau.tapi terlambat pulak baca tadi. dah beli dah yang lain. thanks.

Reply
avatar
mUneer
AUTHOR
October 20, 2009 at 10:57 AM delete

ymtak guna sngt kat msia...selalu member kg nak panggil kita diorang main hoi hoi je...mana main buzz buzz


bilalagi nak bergaya hnset...time2 belum kawen lah...nnti kawen nak pikir beli beli naju amak, lampin anak, dah tak terpikir nak beli hnset baru


skrg zmn teknologi...ada byk faedah kalau hset ada wifi mahupun gprs, hsdpa dan sbginya...time bushan2 boleh amin internet mahupun baca blog...nak ngok wiki pun sng...amacam setuju tak?

Reply
avatar
October 20, 2009 at 6:23 PM delete

x sure "Pennytel" boleh pakai x kat sana. internet call to nset and landline. Murah sangat.

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *