Merentas Masa

1:18 AM 5 Comments A+ a-




Bagaikan merentas ke zaman lampau.

Itu yang saya rasakan setiap kali datang melawat sekolah ini termasuklah hari ini.

Melihat budak-budak sekolah rendah yang bising bertempiaran berlari dan bermain bersama kawan-kawan membuatkan saya terfikir "oh, begini rupanya aku dulu agaknya." Dah 8 tahun masa berlalu.

Kadang-kadang terasa macam orang gila sahaja bila asyik tersenyum seorang diri sahaja bila meronda sekolah. Apa tidaknya, setiap sudut di sekolah itu ada rahsianya tersendiri, ada peristiwanya tersendiri. Bila teringat semuanya, mulalah nak tergelak-gelak seorang diri. :P

Apatah lagi bila ada kawan untuk kembali membuka cerita lama seperti tadi, lagi lah macam-macam kenangan yang kembali berputar. Walaupun landskap sekolah sudah banyak berubah tapi ingatan kami masih kuat. Setiap kali bercerita, terasa seakan-akan kami kembali melihat tayangan diri sendiri di sana. Indahnya zaman sekolah rendah!

Ada satu cerita yang paling saya tak boleh lupa bila melihat papan hitam di kelas saya. Dahulu, kami ada bermain suatu permainan ala-ala "True Or Dare". Tapi takde "true"nya pun. Semuanya kena "dare" sahaja. Sudahnya rakan-rakan mengenakan saya dengan menyuruh saya ke depan kelas di hadapan semua orang dan mengucup papan hitam sambil mengucapkan "i love you" ke papan hitam itu. Hampeh punya denda! Dahla waktu tu semua orang tengok. Malu giler!! Tapi sekarang terasa sangat lawak bila ingat balik.

Saya masih ingat ramai kenalan di sini. Tapi kebanyakan sudah terpisah jauh. Hanya mengharapkan dunia internet untuk menghubungkan kami. Semoga suatu hari nanti ada reunion besar yang boleh mengumpulkan kami kembali. Amin..

Setiap tahun saya memang akan datang melawat guru-guru lama yang masih tinggal di sini.Saya senang merapatkan diri begini.Setiap kali bertukar berita, saya akan meminta mereka mendoakan saya.Terasa lapang mendengar doa dan restu dari guru.Saya sangat yakin bahawa doa dari guru sangat makbul.

Sekurang-kurangnya saya gembira bila mengetahui mereka berbesar hati menerima kehadiran bekas anak murid lama.(berkat dengar pengalaman dan perasaan mama dan abah sebagai guru! ^^) Semoga keredhaan dan kegembiraan cikgu dapat menjadi salah satu usaha saya membalas budi mereka.

Dalam sembang-sembang dengan cikgu, saya selalu dengar mereka berkata bahawa kedatangan kami selalu mengingatkan mereka bahawa mereka sudah tua. Haha. Mana tidaknya, dahulu kami cinonet-cinonet belaka. Kecil, nakal, tak reti bergaya. Tapi sekarang semuanya sudah lain. Semua dah dewasa. Soalan tentang jodoh mesti tak lepas ditanya. Nanti-nantilah ya cikgu! ^^

Lagi mengharukan saya, bila cikgu-cikgu ini senantiasa meluahkan harapan kepada kami. Katanya mereka teramat suka kalau kami lebih berjaya daripada diri mereka sendiri.Malahan ada yang sudah mengecop, nanti senang cikgu bolehlah pergi periksa kesihatan pada kamu.Bila kami berjaya, cikgu tumpang senang dan bahagia.Hilang penat lelah segala. Insyallah cikgu, saya akan berusaha. Semoga ini jadi hadiah buat cikgu nanti.

Alhamdulillah,hari ini saya sudah selesai menunaikan hak yang termampu kepada cikgu-cikgu saya. Malahan saya seronok dapat menyelongkar kembali kenangan lama bersama kawan baik saya tadi, Rabiatul di sana. Kembali ke sini seperti kembali merentas masa, mengutip kenangan dan kegembiraan untuk di sematkan kembali dalam mengenang usia dan bekalan hidup merentas hari muka.

** Seperti biasa saya hanya sempat ke SK Permatang Tok Mahat dan SMKA Nibong Tebal. Agak sukar mahu ke SBPI Gopeng gara-gara jarak yang jauh dan masa yang tiada. Semoga suatu hari nanti saya berkesempatan juga ke sana. Rindunya cikgu-cikgu Gopeng!

** Oh cikgu, cukuplah sekadar doakan saya mengenai hal-hal biasa. Jangan di doakan satu yang sangat luar biasa itu. Huhu. Takutt.. Masin mulut karang, tak dapat saya bayangkan. T_T Takmau!

** Kepada kawan-kawan lama, saya amat berbesar hati kalau kita keep in touch semula~ ^^

5 comments

Write comments
ABU LUQMAN
AUTHOR
September 19, 2009 at 12:01 AM delete

Assalamualaikum,
Selamat Berpuasa dan Selamat Hariraya AidilFitri.

Semoga raya tahun ini lebih bermakna kerana dapat meraikannya bersama keluarga yang tercinta, sahabat-sahabat lama serta mereka yang bernama guru.

Membaca cerita ukhtie, saya begitu teruja sekali. Sekali sekala teringat juga kenangan saya kat Jordan tu.

OKlah, saya ucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri- Maaf Zahir dan Batin.

Nota: Lepas buka ni saya akan bertolak ke Kuala Lipis, Pahang - beraya kat kampung orang rumah saya

Reply
avatar
September 19, 2009 at 12:30 AM delete

السلام عليكم

Saya begitu tertarik sekali dgn n3 yg akak tulis.Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf zahir&batin.

Reply
avatar
al_wafi
AUTHOR
October 16, 2009 at 8:45 PM delete

Salam~
ana pernah skola kat skptm n smkant..
tp kat skptm kejap je,x sampai 2 bulan..skrg kat Smap kJAng..
kenal Ckg Norkhashimah..??
Ummi ana tue..hehehe

Reply
avatar
October 17, 2009 at 12:29 AM delete

abu luqman + luqman :
selamat hari raya juga, ^_^


wafi:
cikgu khasyimah yang ajar bm tu ke? yang ada anak kembar lain bulan tapi satu tahun tu ke? kalau yang tu, mmg orait lah! tu antara cikgu kesayangan akak tu! sampai skrg akak contact cikgu lagi. hehe

Reply
avatar
al_wafi
AUTHOR
November 25, 2009 at 5:18 AM delete

Salam kak..sori lambat reply..
Ummi ana yang lain kowt..beliau ajar BM n sejarah..but then xde lak adik beradik ana kembar..hehe..Btw..hepi Eid Adha..

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *