Guna Nurani

Salam

Berbicara tentang ilmu ghaib sememangnya sangat mengujakan. Orang tua biasanya banyak pengalaman tentang hal ini. Di sekeliling saya memang selalu saya dengar cerita tentang alam ghaib cuma kadang-kadang saya lebih suka untuk buat-buat tak tahu atau tak kisah sebabnya saya rasa saya masih belum bersedia untuk berhadapan dengan alam tersebut secara lebih jelas.

Tadi di televisyen ada satu rancangan bertajuk Expose yang memaparkan proses pengubatan orang yang dirasuk. Pertama kali seumur hidup saya nampak secara real dari awal hingga akhir. Sebelum ini di tv selalunya di tapis atau dikaburkan. Kalau di sekeliling punya, jarang saya berpeluang untuk berhadapan secara sangat jelas. Sama ada saya dihalang atau saya lari dulu. Tapi kali ini, saya betul-betul terpempan melihat proses tersebut dari awal hingga akhir. Nampak satu persatu semuanya dari muka pesakit sampailah ke rontaan, pujukan, rawatan dan semua sekali.

Sambil saya menonton, saya bersembang dengan abah tentang perkara ini. Abah ada banyak pengalaman dalam hal ini. Macam biasa. Satu soalan saya beri, 100 penerangan abah kasi. Ada beberapa kata-kata abah mengenai dunia ghaib yang buat saya tertarik dan ingin saya kongsikan.

Pertamanya, kata abah dunia ghaib adalah dunia yang nipis. Nipis dari sudut apa? Semuanya. Dari sudut makhluknya hinggalah ke sudut kepercayaan kepada mereka.Contoh sangat nipis antara betul atau salah. Macam mana? Baik, kalau dilihat pada pesakit yang sakitnya kena mengena dengan dunia ghaibini, susah untuk kita yang tiada ilmu untuk pastikan sama ada dia betul sakit ada 'benda' atau sekadar sakit mengada-mengada.

Kemudian dari segi orang yang merawat. Paling penting bagi seorang pengubat, segalanya adalah mengikut ketentuan Allah. Seandainya tergelincir pegangan hingga dianggap sembuh berpunca dari pengubat yang handal atau pengantaranya, maka itu sudah dikira syirik. Amat sukar sebenarnya untuk kekal di jalan yang benar.

Keduanya, kata abah lagi sekeliling kita sebenarnya banyak lagi makhluk selain kita. Cuma tak ramai yang boleh melihat kerana mereka terhijab dari pandangan. Tapi kadang kala orang yang mempunyai nurani yang celik mampu melihat dunia sana. Manusia memang boleh berkomunikasi dengan mereka. Tapi bukan semua berkomunikasi secara deria normal manusia. Caranya "melihat seperti orang buta, mendengar seperti orang pekak dan berbicara seperti orang bisu". Wah, uniknya. Bagaimana? Guna hati yang celik. Guna nurani yang bersih. Hurm, saya masih belum mampu.

Bila saya bertanya, macam mana nak tahu pengubat mana yang betul, pengubat mana yang salah, abah mengingatkan saya kembali tentang ma'unah, karamah yang pernah dipelajari dalam subjek Quran Sunnah dahulu. Tambah abah, ada satu lagi tambahan iaitu laduni. Karamah ialah ilmu kepada para wali. Ma'unah pula lebih kepada pertolongan Allah manakala Laduni pula dikira ilham. Terlopong saya mendengar cerita-cerita abah. Macam yang saya sebutkan tadi, susah sebenarnya nak bezakan. Itu belum campur yang ilmu-ilmu tak betul.

Paling basic, pengubat tu kena guna ayat quran dan sunnah, takde puja-puja benda, dan paling teramat penting kebergantungan yang tinggi kepada allah dan tawakkal. Kadang-kadang kalau kita baca Bismillah pun, bila dah tawakkal dan Allah cakap kunfayakun boleh sembuh, maka sembuhlah. Kalau tak, tak lah. Itu je. (ooooo....)

Hurm, tak tahu lah nak cakap apa. Banyak sangat benda baru yang saya baru tahu. Percaya memang percaya, tapi untuk faham semua sekali mungkin masih tak cukup ilmu, belum sampai waktu dan sebagainya. Cukuplah sekadar saya tahu mana yang perlu dulu.

Tapi yang penting itulah, tawakkaltu 'ala Allah. Ayat abah paling kerap kalau bersembang tentang ilmu ghaib ialah " Jangan terlampau takjub dan jangan terlampau terikut". Be natural.

Oh ya, ada satu kisah menarik dari abah juga. Kata abah, antara semua makhluk, manusialah paling hebat (memang pun la kan? ). Kalau nak dibanding dengan dunia sana pun, abah kata manusia lebih hebat. Buktinya? Kita tengok balik sirah Nabi Sulaiman waktu baginda memanggil orang bawahannya ( manusia + jin ) untuk mengangkat singgahsana Ratu Balqis. Ifrit terhebat tampil menyatakan dia boleh melakukannya dalam masa sekian-sekian tertentu. Tapi selepas itu, muncul seorang abid yang menyatakan dia boleh melakukannya dalam sekelip mata sahaja. Baca SEKELIP MATA.

Itu antara bukti yang Allah sudah ceritakan. Tapi nak jadi sehebat itu, bukan senang. Abid = Hamba Allah yang sangat kuat ibadat, bersih hati nuraninya dan macam-macam lagi ketinggian darjatnya. Andai boleh jadi sehebat itu, tak mustahil kita mampu tampil lebih hebat dari sekelian makhluk yang Allah ciptakan. Ingat kata-kata Allah : Manusia itu sebaik-baik ciptaan. Tapi kitalah yang menentukan setakat mana kehebatan kita. Sama ada seperti yang Allah katakan, atau tidak. Allah sudah beri pilihan, seterusnya kitalah yang menentukan.

Wallahualam.

6 comments

DK | September 5, 2009 at 12:10 PM

Waaa. Menarik nya. Akak pun nganga2 nih baca entri Ainul. Banyak jugak yg akak tak tahu rupanya psl dunia sebelah sana. Huhu. Abah Ainul ni mesti banyak membaca dan critical thinking at the same time. Thanks 4 sharing ^-^


P/s-Thanks juga untuk wish dlm entry yg sudah lepas. Huhu.

laki cikgu kimia | September 5, 2009 at 3:30 PM

bulan ramadhan xde kan? kalu terganggu jugak macamana? jin ker?

mUneer | September 6, 2009 at 5:56 PM

terkaget bila baca entry ni. coz dah beberapa kali alami benda ni di depan mata. pernah ingat ada member yarmouk dulu bagitau dia dapat double degree

satu ilmu bahasa
satu lagi ilmu jin

so, medic takde takhasus ilmu ni ke?

mUneer | September 6, 2009 at 5:59 PM

terkaget sebentar bila baca entry ni. coz pernah beberapa kali alami benda ni di depan mata.

teringat pernah sembang member yarmouk yang dah graduate. dia kata dia dapat double degree.


satu ilmu bahasa. satu lagi ilmu jin, medik takde ke takahsus ni?

Pilland | September 6, 2009 at 11:52 PM

Your report is very interesting indeed.
I invite You to see my site http://www.pillandia.blogspot.com
containing a rich collection of photos of political borders from all the world.
My gallery of my handicrafts is http://www.pilland.blogspot.com
Best wishes from an Estonian living ii Italy!

Ainul Arina Madhiah | September 8, 2009 at 9:46 PM

kak diya:
ainul pun menganga juga waktu mula-mula dengar.. hehe.. welkam. welkam. takpe, sharing is caring.. ^^

chiam:
wallahualam. saya pun tak pasti sangat pasal tu.

senior muneer:
uish, siapa ustaz yarmouk tu?
hurm, takhasus medik? tak tau.. Medik kan selalunya evidence based medicine. Mesti payah nak terima yang tak de bukti saintifik nih.. kecuali pada orang yang percaya. betul tak? Tapi try la belajar sendiri, pastu gabung. huhu..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images