Bidan Alaf Baru

7:11 AM 4 Comments A+ a-



Salam

Sekadar mengajak rakan-rakan yang bakal bergelar doktor untuk berfikir sekejap...

Andai kata suatu hari, anda didatangi seorang nenek tua yang mengadu kepada anda...

"Doktor, urat keting nenek ni sakit sangat. Kenapa ye? "

atau

" Nenek rasa lain macam la dekat saraf lekuk kura-kura nenek. Cuba periksa tengokkan ya doktor."

atau

" Lepas isteri anak nenek jatuh, nenek rasa saraf urat tulang kajang dia ni rasa kejang sangat. Cuba doktor periksa apa tak kena? "

Apa agaknya ya kita punya reaksi kalau tak tahu saraf apa yang nenek tu beritahu?

Ternganga? Garu kepala? Terus check tempat mana yang nenek tu tunjuk? atau check internet?

Haha.. Adui la hai nek! Saya sepatah pun tak reti nama urat-urat dalam bahasa melayu klasik. Ni zaman bila punya bahasa nih? Jenuh gak rasanya ni kalau nak buka kamus. Nasib baik saya pernah terbaca ENSIKLOPEDIA PERBIDANAN MELAYU. Aceh... hehe.. macam nak promosi buku pula.

Sebenarnya tadi saya baru selak-selak baca buku ni. Menarik la juga. Penuh perubatan tradisional perbidanan zaman dulu-dulu. Mula-mula buka mukasurat awal-awal lagi sudah ternganga kekaguman dan kehairanan dengan nama-nama yang sangat asing diguna pakai dalam dunia perubatan sekarang.

Bidan Tujuh? pekang? keluar tombong? angin medu? selop? rengat? berdiang?

wohoooo? apakah semua ini? Saya tak faham langsung ! -_-"

Jadinya, dalam sehari dua ni, saya sangat teruja menekuni buku perubatan perbidanan tradisional nih. Sangat-sangat best walaupun mama kata orang kampung macam kami pun sebenarnya tak tahu sangat benda-benda ni. Yang terer selalunya mak bidan je lah. Ala, takpe. Kita belajar la sikit-sikit kan? Mana tahu boleh campur-campur nanti bila dah belajar O&G ke.. Hehehe....

Pada yang berminat nak tengok-tengok buku nih, boleh rujuk kat sini.

Jom baca buku! Dah seminggu bermalas-malasan, sekarang baru nak sentuh khutubkhanah yang membukit kat rumah tu. ^_^ Ok, selamat!

4 comments

Write comments
KS
AUTHOR
September 7, 2009 at 10:24 AM delete

Ainul! Thanks sangat link tu! KS dah berkali-kali berdepan dengan situasi macam ni.
Dulu KS kena macam ni:

"Ni sakit kerangka bah ni."

KS diam kejap. Tang mana ntah kerangka bah tu. Lepas tu makcik tu sambung lagi:

"Laha kijang ni sokmo tarik mengkarung."

Adoi. Laha kijang tu amende la pulak! Tarik mengkarung tu KS tau.

Rupa-rupanya:

Kerangka bah = Hip bone!
Laha kijang = Peha!

Haaa. Bersiap sedialah kamu semua sebelum betul2 masuk ke real working life. Hehehe.

Adios!

Ups. Selamat berpuasa. KS teringin nak jumpa kamu la cik adik sayang =)

Reply
avatar
September 8, 2009 at 9:59 PM delete

ks:
lahhhh, ada kena gak eh? ingatkan ainul je berangan jadik macam tu. hehe.. kalau gini senanglah, habis belajar kang, kita berguru bahasa klasik perubatan ngan ks plak. Ks kan banyak pengalamannnn.. hehe..

selamat berpuasa n selamat berinduksi!

saya pun teringin gak nak jumpa ks, tapi itulah, cutinyer ciput bebenor, tapi takpelah, karang kita check jadual masing2 bila-bila.. yerh? kasila nombor ks. senang nak buzz-buzz nanti.. ^^

Reply
avatar
PrinCeSS
AUTHOR
September 9, 2009 at 8:46 PM delete

rupe2nya urat pun ada nama2 yang tersendiri..
lucu plak kalau dgr ada nenek suh cek saraf lekuk kura2..kalau salah famahm, ingat suh check kura2 betul..heh

Reply
avatar
cik santun..
AUTHOR
September 13, 2009 at 1:18 PM delete

adei laa.. akak yang taktau nama urat2 saraf tu dalam bahasa omputih nye pun, ternganga jumpe bahasa2 tu dekat sini..

hahaha...

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *