Tawaran Hebat~

7:29 AM 12 Comments A+ a-

Salam

Seandainya di dada akhbar pada hari ini keluar satu tajuk berita utama:...

AGONG BERTITAH; BARANGSIAPA YANG DATANG MENGHADAP BAGINDA DI ISTANA DAN MENURUT PERINTAHNYA SELAMA SEBULAN DI ISTANA NEGARA, MAKA AKAN DIKURNIA PADANYA SERIBU JUTA RINGGIT SECARA PERCUMA !!!! TAWARAN TERBUKA KEPADA SEMUA, HANYA SEBULAN!....

Apa agaknya akan berlaku di negara kita ya?

Akhbar terjual berjuta-juta?
Semua berkejar ke istana tanpa menghiraukan sesiapa?
Kesesakan lalu lintas menuju ke istana negara?
Kesempitan ruang istana kerana tak cukup tempat nak tampung rakyat jelata?
Negara aman damai kerana semua mengikut perintah diraja demi ganjaran yang dijaja?

Wah, tak terbayang rasanya.. Luar biasa tawaran tu! Kiamat nak dekat ke? ^_^

Tapi...
Percaya atau tidak,
setiap tahun kita ada dihidangkan dengan tawaran sebegini rupa?
Percaya atau tidak,
ada raja yang sifat dermawannya terlampau hebat sampai semua hadiah percuma yang luar biasa nak diberikan kepada jelatanya dalam masa yang singkat?
Percaya atau tidak,
malang kebanyakan kita buat-buat tak tahu dengan berita ini walaupun sudah sangat tersebar ke seluruh angkasa raya?

(@O@) Waaaaaaahhhhhh!!!!! Mana??!!!! Mana???!!!!!

Ini beritanya..



Y(^_^)Y

Soalan kuiz : Kenapa ramai orang tak sedar bulan ni hebat sangat?

Jawapan suka hati :
Sebab Allah tak bayar cash agaknya. Mungkin.Andai dapat bayar cash on the spot trang tang tang depan mata membukit semua, tiada siapa bakal terasa tiada kerja di bulan puasa gara-gara tak mahu terlepas hatta segram harta ganjaran Ramadhan yang mulia.

Tapi, tak mencabar la kan? Banyak sangat persaingan. Susah nak tahu siapa ikhlas siapa tidak. Allah memang Maha Kaya nak bagi pada semua. Tapi mestilah Dia nak pilih calon-calon terhebat untuk diangkat darjatnya antara semua.

Maka, itu hikmahnya semua ganjaran tak nampak dek mata kasar. Yang mata imannya terbuka, yang kukuh yakinnya pada janji Esa sahaja yang celik akan kehebatan ganjaran bulan Ramadhan begini.

Yang lain, mungkin ada yang terlupa. Dan mungkin ada juga yang tidak tahu akan berita langit yang sungguh hebat penghebahannya ini. Maka kawan-kawan, mari semua kita bersama promosi Ramadhan. Jangan kedekut nak sedarkan orang lain sama, ketahuilah bahawa siapa yang lagi banyak menyebarkan suruhan Allah, maka lagi tinggi sahamnya di akhirat sana.

Oh ya, persediaan?
Mari kita buat senarai pembaharuan di Bulan Ramadhan atau makna lainnya kita tambah nilai mutu ibadah kita. Apa yang tak terbuat, kita laksanakan. Mana yang dah pernah selesai, kita tambahkan lagi, dari sudut kekerapan, kualiti dan kuantiti.

Ada satu persoalan yang saya baru jumpa tadi. ---> BUKA dan BACA DIBAWAHNYA

Ada jawapan? Tak perlu beritahu. Simpan dan buatlah bekalan untuk temuduga Mahsyar nanti. Pada yang tiada, jom kita target sesuatu Ramadhan kali ini. ^_^

Semoga Ramadhan kali ini membawa kebaikan buat diri kita semua.

Pesanan buat orang yang suka menangguh : Andai kata ini Ramadhan terakhir kita....


12 comments

Write comments
arina
AUTHOR
August 17, 2009 at 8:42 PM delete

terime kasih mengingatkan aku, Ainul. =)

Reply
avatar
BAYT AMZAR
AUTHOR
August 18, 2009 at 9:59 PM delete

salam'alaik abadan ya ukhti..

bagus sangat artikel nih.. insyaallah moga2 ramadhan kali ini bertambah segala amalan ibadahnya dan lagi baik dari sebelumnya.. amiin.

selamat menyambut ramadhan kareem dar kmi sekeluarga.. :)

take care!

Reply
avatar
August 20, 2009 at 1:15 AM delete

terkesima akak baca entry nih :)

Reply
avatar
August 20, 2009 at 2:54 AM delete

arina:
sama-sama...

kak ayu:
ws akak. insyallah amin.... ramadhan kareem juga~

kak yana:
^_^

Reply
avatar
August 21, 2009 at 10:57 PM delete

peringatan yang mengesankan jiwa..

Reply
avatar
August 22, 2009 at 7:55 AM delete

Mula2 akak ingatkan tawaran hebat amenda lah yang Ainul semangat bercerita dengan Agong bertitah bagai. Keinsafan sejenak. Ecey.

Sangat nice okay poster tawaran terhebat tu. Lagi nice kalau mampu sahut segala acara menarik tersebut.

Happy fasting Ainul ^-^

Reply
avatar
lut
AUTHOR
August 22, 2009 at 6:39 PM delete

hurmm..artikel yg bagus. " Ramadan karim...."

Reply
avatar
August 24, 2009 at 12:13 AM delete

Salam Ramadhan!

Semoga beroleh keberkatan dalam ibadah di bulan yang mulia ini.

Reply
avatar
jejakalkindi
AUTHOR
August 24, 2009 at 8:23 AM delete

selamat beribadah di bulan Ramadhan ya Ainul...

Reply
avatar
cik santun..
AUTHOR
August 25, 2009 at 12:39 PM delete

salam ainul..
9 hari tak bukak blog ni..kan akk dh kata, kanak2 ribena akk ni sudah semakin dewasaaaaa..waahh!!

trime kasih ainul, atas peringatan yang penuh bermakna~~ baru td buat maksiat, huhuhu.. insaf2!!~~~~

Reply
avatar
September 1, 2009 at 7:00 AM delete

chiam:
alhamdulillah ...

kak diya:
happy fasting juga akak. jom tahun ni kita buat semau tu ramai-ramai..

lut:
ramadhan kareem.

Reply
avatar
September 1, 2009 at 7:05 AM delete

kak yana:
ramadhan kareem juga akak!

bro fisol n kak mai:
selamat berpuasa juga!

kak piqa:
^_^ ribena yang dah masak ke saya? hahaha..

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *