Taggie

Kak Nuha men-tag saya haritu. Petang ini saya sangat malas nak study, maka saya buat tag ini sekejap lepas sembang dengan mama di telefon. Saya ada kerja tapi saya buat lepas buat tag. Nanti ya.

1. Bekas kekasih saya adalah :
- siapa ye? Tak jumpa lagi. Haha

2. Saya sedang mendengar :
- lagu supaya tak mengantuk bila dah sunyi sepi

3. Mungkin saya patut :
- Start study sekarang selepas dah berehat selama 3 jam? hehe

4. Saya suka :
- Buat benda-benda yang saya suka~

5. Sahabat-sahabat baik saya :
- Gang Permatang Tok Mahat , Gang Nibong Tebal, Geng Gopeng , dan beberapa orang lagi yang bukan gang sekolah sejak kecil hinggalah ke JOrdan. (apasal tetiba terasa macam diri sendiri adalah kongsi gelap je bila ada gang-gang nih? uuu..)

6. Saya tak faham :
- Macam mana nak faham isi hati dan perangai manusia secara sebenar-benarnya. Human is complex! betul.betul.

7. Saya kehilangan :
- Momentum untuk sentiasa cool dan bersemangat waja untuk study 24 hours. Line tak clear la. Asyik putus-putus. Bateri apa nak pakai eh?

8. Ramai yang berkata :
- Keep believing other people. That's the recipe to success in life. Ye ke? Maybe~

9. Makna nama saya :
- Secara tasybih gabungan ketiganya (kiasan) : Petunjuk Terpuji.

10. Cinta itu adalah :
- Fitrah yang perlu dipegang dengan cara yang betul dan tepat.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
- kira-kira hari nak balik Malaysia~

12. Saya akan cuba :
- menjadi hamba Allah yang terbaik di dunia dan akhirat secara istiqamah dalam apa jua perkara. Bukan senang tapi juga bukan mustahil. Ganbatte!

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- Infiniti~

14. Telefon bimbit saya :
- Dah dua tahun. Macam nak tukar tapi sayang sebab itu antara benda saya beli pakai duit sendiri.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
- Saya rasa nak muntah. Tak sedap tekak sampai ke saat ini.

16. Saya paling meluat apabila :
- Saya rasa sangat pemalas dan tak tahu nak buat apa. Sila jadi rajin!

17. Pesta/Parti adalah :
- Kegembiraan bersama kawan. Pesta tak batasan adalah prohibited!

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
- Kucing. Tapi di Dibbeen Forest baru-baru ini, ada orang menyogokkan saya fakta keldai sangat comel. Apakah??? Tapi mata dia memang boleh tahan cute. Erk. Habis lah aku~

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- Remaja~

20. Hari ini :
- Saya tak sihat sangat. Saya sangat mengantuk.Budak arab belakang kelas saya bising sampai saya rasa nak hampuk mereka. Saya sempat habis sechapter sahaja di library. Saya dapat banyak kerja dan temu janji untuk minggu ini. Saya balik rumah awal sebab tak tahan penat. Saya balik terus tidur. Petang bangun, saya telefon Malaysia utk recharge. Malam sambung study. Erm, nothing special. Eh, ada2.. Saya dapat hadiah komik detektif Q! Yes, sumber bacaan waktu ngantuk~

21. Malam ini saya akan :
- Study.Study dan study sampai rasa malas.

22. Esok pula saya akan :
- Sambung aktiviti biasa di sekolah + Jumpa dentist + Pergi program PERMAI.

23. Saya betul-betul inginkan :
- kerajinan berterusan seperti mereka yang rajin-rajin.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
- *Hilanglah cepat sunburn before aku balik Malaysia*

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
- Baru pergi Rabu lepas kat Amman. Nak pergi lagi boleh? Erm, tapi dah pokai...

26. Makanan Barat atau Jepun :
- Nak dua-dua! Hehe

27. Bilik yang terang atau gelap :
- Dua-dua jugak. Gelap untuk tido. Terang untuk study.

28. Makanan segera adalah :
- segera dapat bila lapar.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
- Good Luck!

30. Siapa yang anda mahu tag?
- Semua orang yang rajin nak buat tag ni. Da~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

~ happy birthday tiqah zal dan mereka yang sama waktu dengannya!
~ Mama pesan jangan layan orang yang takde kerja. Baik ma!
~ Sarah nak gi umrah. Oh, bila peluang saya nak tiba?
~ Qalbi adalah KK PERMAI tahun ini. BItaufiq adik! Semoga dipermudahkan urusan. Insyallah, akak cuba tolong setakat mana yang termampu.
~ Hujung minggu ini dah padat dengan AGL dan Meeting. Sob.sob. Packnya!
~ Asyraf fly 23 Sept. Hurm, sempat jumpa dia 20 hari. Ok la tu.
~ Saya belajar satu benda minggu ni : "apa sentap-sentap? Rileks sudah..." Everything is going fine when i stick to this mode for the whole week.
~ Weih, dah! Gi study!!!! Erm, baik~ Tataaaaa~~~~~~~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

3 comments

nuha | August 4, 2009 at 3:29 AM

wuhuu, well done sebab dah jawab! v(^_^)

nah, hadiah untuk ainul :
(_)3 <-- a mug of coffee for you!
(sy x kisah, nak bagi jugak even ainul dh minum 2 gelas pun tadi.. ngeh. yg ni untuk malam, ok?)

study leklok! gambatte! *sy tengah nk lawan mood malas nih. ngee :D*

cik santun.. | August 4, 2009 at 8:48 AM
This comment has been removed by the author.
cik santun.. | August 4, 2009 at 8:55 AM

salam ainul..

maksud nama awk, kalau buat satu2, jadi 'mata cerdas terpuji'.. owh apakah?? hihi..

nak faham isi hati manusia mmg payah!! manusia tu kan bermacam jenis.. orang2 yang kasyaf pun belum tentu boleh singkapperangai sorang2, keh3..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images