Produk GKLN terbaru~

Iklan..iklan...



Assalamualaikum
SUDAH TERBIT!


Antologi puisi BADAR METROPOLITAN
EDISI KHAS, SAYEMBARA PUISI BERUNSUR ISLAM GKLN 2008

Memuatkan 70 buah puisi yang dipilih dari peserta-peserta sayembara puisi berunsur Islam GKLN 2008.

Untuk tempahan, emelkan nama, alamat, no telefon, dan jumlah naskhah ke fahd_razy[AT] yahoo[DOT] co[DOT]uk atau sms 0172734065

Harga RM15 (termasuk kos pos) setiap naskhah.
Setiap pembelian 5 naskhah dan ke atas akan menerima harga istimewa RM13 senaskhah (termasuk kos pos)
Bayaran boleh dibuat melalui akaun CIMB Aimi Rahayu Abdul Rashid, no akaun: 12070000250201

Layari http://gklnpublishinghouse.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

*************************************************************************************

Cerita diri sendiri:

Semalam seharian suntuk saya berada di luar rumah. Pagi-pagi sudah tercatuk di Bayt Muhsinin untuk meeting MPPM. Uhm, sama lama dengan meeting PERMAI. Sesi ini saya ditaklifkan sebagai Timbalan Biro Perhubungan dan Kemasyarakatan MPPM. Mula-mula terima dulu dengarnya macam tak banyak kerja. Sekali dah diberi penerangan, erk.. banyak gila! Boleh ke tak nih?

Ya Allah, takut sangat-sangat. First time terasa macam terlampau berat amanah kali ni. Takziah atas diri sendiri. Sob.sob. Apa-apa pun, surat taklifan dah diterima. Tak leh ubah dah. Pandai-pandailah survive. Insyallah, moga dipermudahkan Allah berserta bantuan team-mate yang mantap-mantap semuanya. AMinn.. (doakan eh!)

Habis meeting, terus pecut ke Solah Petra untuk Majlis AGL Akhawat MEP7. Nasib baik sempat join diaorang buat solat hajat. Agenda pertama ialah SPM iaitu Seminar Penguasaan Muaddal. Sangat bagus! Terasa macam baru lebih tersedar untuk sedar diri bahawa muaddal sangat susah nak kumpul banyak-banyak kalau tak usaha lebih.

Lebih mengecutkan perut bila tiba-tiba baru tahu walaupun muaddal cukup tapi peperiksaan makeup tak lepas gara-gara ada yang fail, anda tak boleh carry paper tapi kena ulang tahun untuk semata-mata satu subjek sahaja. Wa!!!! *pengsan* Nauzubillah~ Gulp, sila belajar dengan lebih tekun yer.

AGL kali ni sangat best. Serius sangat-sangat best. Banyak bakat terpendam mula terpancar dari lubuknya. Hehe. Dasyat gak eh kawan-kawan semua. Tak cukup dengan kepelbagaian persembahan, makanan dan sebagainya, ada beberapa anugerah yang telah diperkenalkan tahun ini-Ibnu Sina, SinChan, Queen Rania, ChefWan, Dora The Explorer, Tun Dr Mahathir, UpinIpin dan stau lagi terlupa.

Dan paling tak tahan, saya diumumkan sebagai pemenang anugerah Dora The Explorer atas alasan paling kuat merayau dan berjalan merata-rata. Hahaha..(Beberapa muka tak puas hati dikesan apabila mereka menggunakan alasan ini berlaku gara-gara saya ada blog.. Hehe.. Maka kawan2, silalah buat blog jugak! Nanti kita bertanding lain yer. ;p) Alhamdulillah juga saya turut terpilih sebagai antara pembidik anugerah paling tepat apabila 5 calon saya berjaya naik dengan tepatnya daripada 8 anugerah. Maka, hari ini kita pulang dengan 3 hadiah utama (satu lagi time tukar2 hadiah).. Tq! Tq! Tq! ^_^

Habis AGL pkul 5.40. Terkejar-kejar kami serumah balik rumah, letak barang, solat asar dan kembali keluar ke Simsima kerana lepas ni kami kena bertolak ke Amman untuk ikut Program Hati ke Hati bersama menteri-menteri ADUN Perak dan Tan Sri Ust. Harussani. Sepatutnya bertolak pukul 6 tapi gara-gara takde teksi, kami terlajak sampai pukul 6.30 petang. Minta maaf banyak-banyakkk!!!

Alhamdulillah program di MSD berjalan lancar. Kebanyakan persoalan adalah berkisar zakat dan bantuan kepada pelajar tapi banyak juga cerita tentang Perak yang kami dapat tahu. Rindunya nak balik Perak.Ok, Lepas makan-makan, dalam pukul 12 baru kami bertolak pulang. Sampai kat Irbid, dah nak masuk pukul 2. Ngantuknya~ Balik terus sambung tidur sebab esok kelas pukul 8. *Mamai* Habis cerita Sabtu yang tak kosong...

Oh ya, minggu ni dah nak mula 2nd exam :
Food : 12 Ogos
Immune : 15 Ogos
Public Health : 17 Ogos
Ok, doakan saya dan kawan-kawan semua di sini. Semoga kami semua berjaya dengan cemerlang. Amin ya rabbal aalaminnn....

12 comments

arina | August 9, 2009 at 6:02 AM

alamak, Swiper! :p

Ainul Arina Madhiah | August 9, 2009 at 9:13 AM

arina:
;p nak satu? hehehe

izzahsakinah™ | August 9, 2009 at 5:48 PM

Ainul the Dora ;)
Semoga dimudahkan utk exam. All the best!

Ainul Arina Madhiah | August 9, 2009 at 8:52 PM

kak nad:
thanks akak! ^_^

cik santun.. | August 10, 2009 at 1:49 AM

ainul, nk hadiah!!
nk hadiah!!

nor rehan | August 10, 2009 at 9:39 AM

nak tempah 1

Ainul Arina Madhiah | August 10, 2009 at 12:43 PM

kak piqah:
tunggu birthday akak nnti la... hehe

kak an:
akak, ina tak jual. kalau akak nak, apa kata akk emel ke fahd razy mcm yg ina tulis dlm iklan tu. sori eh. ^_^

izzah ibrahim | August 11, 2009 at 2:26 PM

ainul...kte pun teka btul 5 @ 6 tah..
hehe..sep2! :P

Ainul Arina Madhiah | August 11, 2009 at 10:03 PM

izzah:
yeay! *sep..sep*

tvoy brat | August 12, 2009 at 9:34 AM

salam....just nak kate,leh tak jgn membahasamelayukan bahasa inggeris....buruk rupenye.....huhuhuhu.....gud luck for exam.....aku pun ade final exam gak minggu depan.....

tvoy brat | August 12, 2009 at 9:35 AM

salam....just nak kate,leh tak jgn membahasamelayukan bahasa inggeris....buruk rupenye.....huhuhuhu.....gud luck for exam.....aku pun ade final exam gak minggu depan.....

Ainul Arina Madhiah | August 12, 2009 at 10:10 AM

asyraf:
eh, yang mana satu kak ina membahasa melayukan bahasa inggeris? tak perasan plak... sori2...
good luck exam! buat leklok~

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images