A Day In London - Last Travelog of 2nd Year

3:08 PM 6 Comments A+ a-

Maaf lambat update cerita di London pada mereka yang saya dah janji.

Ok, kalau dulu di Kelana Convoy, saya berlapan bersama rakan seJordan, tapi kali ini di London, kami kembali berdua. Ada sekejap berjumpa juga dengan dua lagi kawan Jordan tapi tak lama sebab mereka balik awal.

Di London, disebabkan kakak senior kami busy nak grad, jadi dia hanya bekalkan pesanan dan beberapa info sepanjang perjalanan sahaja kepada kami termasuk tentatif terbaik untuk memaksimakan masa sehari yang kami ada untuk menjelajah seluruh kota london. Lain-lain, silalah kami pergi gempur sendiri. Insyallah takde masalah.

Oleh kerana, target kami nak pergi tengok perarakan tukar askar di Istana, kami yang berada di Holloway Road perlu keluar awal sebab perjalanan nak ke Buckingham Palace agak jauh dan kami perlu tiba tepat pada waktunya. Perarakan bermula pukul 10 pagi( atau pukul 12 kot. Alamak terlupa! Maaf).

Tapi kami keluar seawal jam 7 pagi untuk mengambil masa berjalan di tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan sebelum tiba ke Istana. Pertamanya, kita ke area Eye of London. Menarik tapi malas nak naik sebab nampak sangat lambat dan kami sangat kalut.



Dari kawasan sini, kami berjalan kaki ke Westminster Bridge merentasi Thames River. Di sini terletak Westminster Abbey, Big Ben, House of Parliment,Westminster Cathedral dan pelbagai lagi bangunan-bangunan lama yang cantik-cantik.



Seterusnya, kami menapak pula ke Horse Guards iaitu tempat pengawal-pengawal berkuda tegak statik tak bergerak yang menjadi tumpuan pelancong mengambil gambar bersama mereka. Cakap je lah apa-apa pun, buat lawak seposen ke, kutuk-kutuk ke, confirm-confirm pengawal ni tetap tidak bergerak. Fuh, kesabaran yang cukup tinggi! Erm, diingatkan juga disini kuda mereka sangat tertarik dengan yang pelancong berbaju merah seperti warna pengawal. Payah benar nak bergambar! Jadi, nak senang, pakai baju kaler lain yer.



Di sepanjang perjalanan di sini, ada banyak tugu-tugu dan bangunan-bangunan penting yang kami jumpa. Pejabat Commenwelth, Tugu World War, Scotland Office( apa fungsi? Ntah..) dan banyak lagi lah. Jalan je sepanjang jalan. Semua full. Hehe.. Kemudian, kami ke Churchill Museum and Cabinet War Room. Erm, tak sempat masuk mana-mana museum pun sebenarnya. Lalu depan, ambil gambar, blah. Tu je. Ok, di bawah ni tugu peringatan pengeboman di Bali. Betul-betul sebelah museum, depan taman. Kebetulan waktu ni ada segrup pelancong INdonesia. Jadi menyelit sekejap dengar info. ^_^



Ok, dari sini kami merentas St James Park untuk ke Buckingham Palace di seberang taman. Owh, banyak sungguh binatang keluar bersiar-siar di pagi hari. Burung merpati dan tupai merata-rata. Comel. Jinak pun iya.



Dalam pukul 10 rasanya, kami tiba di perkarangan sebuah bangunan. Kalau tak silap, ia adalah muzium askar British, nama betul dia saya lupa. Tapi ia terletak batul-betul sebelum simpang ke Buckingham Palace. Di sini, para askar yang bakal bertugas akan berlatih untuk mempersiapkan diri mahu berarak. Alhamdulillah, kami tiba tepat pada masanya! Dari awal semua kami berjaya tengok~



Dah habis bersiap berkawad dan berpancaragam, maka semua orang beredar dari pagar muzium. Ingatkan setakat itu sahaja. Takdelah susah mana pun seperti yang dipesan kakak senior kami. Senang je nak tengoknya. Tapi rupanya kami tersilap. Itu baru intro! Perarakan sebenar menuju ke istana bermula selepas itu iaitu pada pukul 12 tengahari. ( Fuh, nasib baik tak sempat balik. Bagus juga ada deria mahu tengok kenapa orang berkumpul di sebelah sana. Rupanya di situ lokasi puncak perarakan a.k.a Buckingham Palace.) Taraaaaa....



Inilah Buckingham Palace. Tempat Queen Of Elizabeth dan semua kerabat diraja British tinggal termasuk mendiang Puteri Diana suatu ketika dahulu.



Ok, pasukan pancaragam askar British sudah selesai tugas.



Ini pasukan askar negara yang saya tak tau dari mana juga sudah selesai bertugas. Mereka inilah yang jaga Istana sehari sebelumnya. Fakta menarik, askar-askar yang bertukar-tukar ini didatangkan dari pelbagai negara. Kalau tak silap negara Komenwel semuanya. Yang baru sudah ini saya tak tau dari mana. Sebenarnya saya menantikan askar Malaysia. Tapi takpelah, takde rezeki. Askar British pun orait juga. Topi hiitam mereka unik! Hehe..



"Beressssss..." Pancaragam askar ini juga keluar meninggalkan istana dan tak tahu pergi ke mana. Hurm, perhatikan orang yang sangat ramai bersesak-sesak di sini. Waktu ini, saya sungguh-sungguh berdoa dalam hati " Ya Allah ya tuhanku, janganlah ada orang pembawa H1N1 di sini. Naya daku karang AMinnnn..." Takut ooo..



Lepas perarakan, kami berjumpa dengan rakan sejordan yang datang bersama senior mereka dari Leeds. Mula-mula plan nak bertolak sekali, last-last tak jadi sebab banyak tempat kami dah pergi. Jadi takpelah. Kami teruskan pengembaraan berdua juga.Dari Istana, kami pergi pula ke Green Park. (Taman kat sini sangat besar dan banyak. Tak sempat nak round semua) Dari sini sebenarnya ada banyak tempat menarik. Tapi malangnya kami banyak lupa nama, pakai bantai pergi saja ke semua bangunan,struktur dan arca yang nampak macam menarik . Contohnya yang dibawah ini. ( Ini namanya Admiralty Arch, ye anak-anak ..)Taman yang terlampau besar macam ni memang payah nak habis semua sudut dalam keadaan sangat kesuntukan masa. Kami hanya ke area kanan. Area-area kiri seperti St James Palace, Wellington Arch semuanya terpaksa dilupakan. T_T



Next, Trafalgar Square! Tempat yang saya dengar sejak kecil dengan keunikannya yang penuh merpati dan sentiasa penuh dengan pengunjung. Sibuk sungguh tempat ni!


Ini adalah bangunan pelancongan Malaysia yang terletak betul-betullll di hadapan Trafalgar Square. Sayang sungguh dia cuti time ni~ Oh ya, kami menjelajah London hari Ahad. Jadi redha saja. Menarik. Menarik.


Kalau mahu cari merpati di Trafalgar Square, nescaya kamu akan kecewa. Ceh. Nasib baik sudah diingatkan senior di rumah. Merpati dah tiada di sana. Jadi, sila jangan expect yang tinggi sangat. Buktinya ini. Huk uluh, kalau gini, merpati kat Masjid Turki lagi banyak! Sabar je lah. Apa telah berlaku? Kepupusan? Pencemaran? Ntahla..


Di depan Trafalgar Square ada Nelson's Column. Siapa dia? Erm, ntah. Hehe.. Maaf tak sempat cari. Tapi sebelah dia lagi ada National Museum. Sangat besar dan terasa nak masuk. Tapi mengenangkan baru separuh Kota London kami jelajahi dan masa hampir suntuk, maka niat terbatal dengan sendirinya. Ambil gambar je lah...


Seterusnya ke Convent Garden Market. Terkenal di sini ala-ala Central Market di Malaysia. Saya malas masuk sebab ramai sangat. Tengok luar je cukuplah. Plan asal sebenarnya mahu ke London Transport Museum tapi tak sempat la pulak. Mahu berkejar ke target utama kami di Baker Street nun. Maka, sekali lagi, byeeee~



Dalam ramai-ramai pelakon dan pepatung (eh, adekah?) jalanan yang kami jumpai, ini yang paling saya suka. Haha.. Pelik dan pandai bergaya. Sesuka hati dia saja nak ber'posing' bila nampak kamera. Nasib baik dia bukan Johny Deep. Kalau tak dah lama, saya mintak autograph. Erm, Orlando Bloom punya watak takde sapa nak jadi ke?;p


Next, tempat paling utama : Madame Tussaude. Haritu dah terlepas peluang di Amsterdam. Maka kali ini di London, tak leh terlepas. Ok, pertamanya, nak masuk Madame Tussaude harga tiket 25 euro seorang. Erm, mahal tapi berbaloi sebab dia snagat luas dan sangat seronok. Sebab apa, nanti saya cerita. Kedua, nak beratur dari muka pintu bangunan ke muka pintu masuk muzium adalah 1 jam. Sangat memaksimakan penggunaan jalan untuk beratur. Bersimpang siur. Tapi hairan satu je, tepat-tepat betul 1 jam! Wah... Saya tabik sikitlah~


Ok, siapa tak kenal ini siapa? Ini namanya dalam tv Mr James Bond. Secara faktanya, ini adalah patung yang 100% diukir mengikut ukuran asal orang terbabit. Bila berdiri sebelah, owh rendahnya saya~ ^_^ Saya sangat teruja dengan ketelitian mereka mencipta patung ini. Tapi jangan lupa, seteliti-teliti manusia, sesungguhnya Allah s.w.t lebih hebat dan Maha Teliti. Kalau manusia pun cenggini, Allah apatah lagi. Masuk ini bukan sekadar bergambar. Tapi di suatu sudut di muka pintu, turut disediakan satu ruangan cara-cara membuat patung yang dikendalikan oleh DJ di situ. Sangat leceh, sangat rumit dan sangat sukar. Tapi menarik! Nice one~



Ok, cerita ringkas tentang Madame Tussaude. Ada banyak sangat seksyen di sini. Pertama, Dunia Hollywood. Kedua, Dunia Sukan, Ketiga, Dunia cendiakawan dan sejarawan. Keempat, dunia pemimpin masa kini. Kelima Terowong Sejarah British (Ini sangat best! Terasa masuk Alice in Wonderland. Korang duduk dalam keretapi dan lalu mesin rentas waktu dari zaman lampau teramat ke zaman masa kini. Best! 100 markah!) Kelima, dunia hantu (erm, yang ini boleh skip. Yang lain tak leh skip. Sebab ini tak sesuai untuk wanita mengandung, orang sakit jantung, mahupun orang penakut dan tak cukup waktu macam kami.)

Erm, dunia hantu ada dua makhluk - patung hantu dan pelakon hantu. Disebabkan kami dah habiskan dekat 3 jam lebih di seksyen-seksyen lain, maka kami pun skip sebab dah petang sangat. (Alasan lain: Mahu kejar shopping di Queensway dan takut terlempang hantu yang betul.. ;p) Oh ya, kalau ikutkan lepas ke Madame Tussaude, plan asal mahu ke Sherlock Homles kat sebelah dia, tapi as usual lah, tak sempat..Tajuk gambar bawah ini, Calon Terbaru Presiden Amerika. Haha.. Takpelah, ambil semangat je nih. INsyallah saya yakin suatu hari nanti ada yang lebih layak bakal berdiri di sana.



Kemudian, ke Queensway, antara tempat termurah di Kota London. Mengikut mitos, segala kedai tutup pukul 6. Maka dalam pukul 5.30 kami berkejaran ke sana. Tapi rupanya sebab hari ni hari minggu, maka ramai pakcik kedai tutup lewat. u_u Tambahan fakta, sila shopping hari ahad ye. Harga runtuh menjunam-junam tambah menjunam kalau pandai mengayat pakcik-pakcik arab di sana. Antara method yang berguna : Cakap arab dengan pakcik arab. Series! Mereka bakal sangat teruja dan kita dapat diskaun yang sangat best! Hehehe... Kalau malas nak shopping, sini ada banyak kedai makan arab. Nak solat pun boleh solat di kedai mereka. Kalau tak selesa, bolehlah ke MSD Malaysia yang berdekatan di sini.



Habis shopping di lewat petang, ikutkan plan asal mahu ke London Bridge terus. Tapi terasa sayang kalau tak melawat tiga muzium utama di sini. Maka, hentam sajalah dalam remang malam nak Maghrib kami mengangkut barang-barang dan berjalan kaki ke Muzium 3 beradik yang popular ini. Perkenalkan yang pertama ini Natural History Museum. Cantik! Inilah lokasi penggambaran cerita Night in The Museum. Sayangnya dah tutup waktu ni. Terbayang segala benda-benda pameran dalam tu. Kebetulan waktu dalam perjalanan pulang ke London dari Europe haritu, kami ditayangkan dengan cerita ini dalam bas. Maka, semuanya terimbau kembali.



Ini pula Victoria and Albert Museum, the world of art and design. Bangunannya sahaja dah unik, apatah lagi isi di dalamnya. Sayangnya dah tutup. Kita bergambar depan je lah. Janji dah datang. Takpe, bila-bila kita datang balik kalau ada rezeki ya!


Terakhir , Science Museum. Kalau di kaji di Internet, muzium ini sangat hebat dengan pameran keajaiban-keajaiban sains di sini. Sungguh, benda pertama yang saya nak pergi kalau datang balik London ialah Science Muzium. Sangat rugi pada siapa yang tak masuk bila dah datang macam saya. Semua tentang sains ada di sini. Dah la masuk semua free... T_T Sedihnya~



Selesai muzium, kami bergerak pulang. Tapi sebelum balik kita singgah Thames River balik. Kalau tadi kita pulun muzium (sebenarnya ada banyak lagi muzium di London tapi kata kakak senior yang lain tu tak terkenal sangat. Utamakan yang paling utama dulu. baikkk..), kali ini pulun jambatan pula. Pagi tadi dah selesai Westminster Bridge, malam ini kita ronda ke Tower Bridge dan London Bridge pula. Tapi sebelum tu, kita singgah dulu ke Tower Of London. Ini gambarnya.



Tower of London adalah bangunan istana yang penuh sejarah. Banyak cerita ada di sana. Tapi dengarnya banyak yang seram-seram belaka. Sangat seram dan meremang ok datang situ time malam-malam. Dah la orang tak ramai. Kebetulan malam saya pergi tu malam bulan mengambang. Terasa macam berada di sebuah istana berhantu yang menanti mangsa. Sila jangan tiru saya ok! Saya tak mau buat dah. Terbuat pun sebab dah sangat takde masa. Tambahan, lokasinya memang di tepi sungai. Terpaksa buat kesekelian kalinya. Sekian laporan saya yang menyesal dan ketakutan sementara.( bolehkah anda merasai aura seram istana dari gambar bawah ini? Nampak bulan mengambang penuh tu? Ok, saya mengaku senyum plastik. Padahal dalam hati : Maisarah, jom balik cepat. AKu takut dah..)



Next, pedulikan istana menyeramkan tersebut. Teruskan menonong ke tebing sungai. Baik, pertamanya disebabkan kami tersilap jalan lepas lalu Tower of London, rancangan nak lalu atas Tower Bridge tergendala. Sedar-sedar kami sampai kat pelabuhan Feri tepi sungai. Aiseh, silap la.. Bila duduk situ, Tower Bridge betul-betul depan sebelah kiri, London Bridge pula depan sebelah kanan. HMS Belfast pula betul-betul depan kami. Tapikan, suasana dia sangat cantik! Takpelah, tak nyesal dah. ;p Kita lepak dulu sekejap sambil doa-doa janganlah jumpa orang mabuk tengah malam ni (amaran utama waktu malam). Jam waktu itu : pukul 10 malam. Keadaan sekeliling hanya ada empat lima orang sahaja pelancong termasuk kami. Bismillahitawakkaltu 'ala Allah. Ok, ini tower Bridge di waktu malam.




Ok, ini pula London Bridge. Ingat lagu London Bridge is Falling Down? Inilah jambatannya? Merah menyala! Cantik. Disebabkan jalan nak ke Tower Bridge kami tak tahu, last-last kami menonong je ikut pelancong lain berjalan di pesisir sungai guna jalan kanan a.k.a menuju ke London Bridge. Nasib baik mereka tahu jalan nak naik ke atas dari bawah sungai ni. Serius cakap, saya memang tak tahu. Jalan ikut suka eh ikut kata hati saja. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Memandangkan malam dah lewat sangat dan kakak senior sudah telefon bertanya bila para pengembara nak balik rumah, maka penuh pengharapan kitaorg yang tak pandai baca jadual bas London di bus stop itu pun naik bas dengan penuh tawakkal sambil tanya-tanya orang. Once again, alhamdulillah sampai rumah tepat jam 11.30 malam.


Ehem, kepada mama abah di rumah dan ketua HELWI di Irbid, asif jiddan terpaksa rela melanggar qarar yang dah dijanjikan sebelum saya keluar ke Eropah. Tak sempat dah. Ini semua dilakukan secara ala-ala amazing race. Harap dimaafkan dan dibenarkan mengembara keluar ke mana-mana lagi di masa hadapan. ^_^

Siap.... Semua yang penting berjaya di cover kecuali Royal Albert Hall sebab jalannya berbeza sangat. Takpelah. Janji yang lain selesai. Beresss...

1. Jutaan penghargaan kepada Kak Intan yang sudi tumpangkan rumah walaupun kita kenal secara junior akak punya kawan. Rupanya kita ada sangkut paut juga yer. Dan kepada Wan Aisyah Wan Harun, thanks a lot. Nanti ko datang Jordan, aku tolong plak eh. Insyallah.. SMKANT forever. ^_^

2. Ok, travelog terakhir di tahun dua sudah siap. Tahun ni alhamdulillah saya selesai pergi banyak negara (rezeki). Winter ke Turki, Syria. Spring ke Leeds, London dan Eropah. Summer balik Malaysia. Penat tapi best. Tahun depan, kalau ada rezeki lagi nak ke mana pula eh? hehe.. (Sasaran tahun depan : Asyraf dan Aimi )

3. Ada lagi 11 jam sebelum saya terbang pulang ke Malaysia.(blog dah siap tapi beg dan nota belum kemas lagi. apa nak kena?) Mungkin blog ini akan bersawang sebentar. Maka dengan itu harapnya post yang panjang teramat kali ini akan mengurangkan sikit kebosanan pengunjung yang datang ke blog yang penulisnya sedang bercuti. Maaf ya. Doakan saya selamat sampai ke Malaysia dengan selamat.

4. Semalam excited terlebih nak balik Malaysia. Hari ni, poyo kenapa entah tetiba sebak nak tinggalkan Jordan. Baiklah, akhirnya mengaku juga Jordan sudah mendapat tempat sendiri di hati. Syawal di Malaysia mungkin sangat istimewa tapi Ramadhan di Jordan tiada tara bandingnya. I Love U la JOrdan~

5. Semua gambar adalah original kecuali Queensbay dan Muzium Sains (kredit Google).

6. Kak Lailati Mahat, tentang gambar dulu-dulu yang akak nak tu, insyallah nanti saya upload balik kalau sempat di Malaysia. Special for you~ ^_^

6 comments

Write comments
August 29, 2009 at 10:31 PM delete

hehe terima kasih ainul:) dah tgk semua.kat mesir ni pun qarar takleh kuar malam gak..hm masa ainul nak amik gambar dengan askar2 yg kaku tu ainul pakai baju merah ke?

Reply
avatar
zanuara
AUTHOR
August 30, 2009 at 9:17 PM delete

Salam..amazing journey! dapat habiskan tmpt2 utama di london dalam sehari. Mesti penat kan?..yg penting berbaloi..:-)

selamat menyambut ramadhan & syawal di Malaysia.

Reply
avatar
lyanaixora
AUTHOR
August 31, 2009 at 3:48 AM delete

siot best ainul..
nk g london juga

Reply
avatar
September 1, 2009 at 3:30 AM delete

kak lailati:
sama-sama akak. kat jordan, malam boleh je kluar tapi pkul 9 kena balik rumah dah.. hehe, haah, ainul mmg pakai baju warna merah time tu. Jenuh kuda tu asyik nak jilat-jilat orang. yuck! hehe

ustaz zaid:
ws. terima kasih! ^_^ memang penat pun habiskan semua sehari tapi terpaksalah sebab sehari je pun yang ada. tapi memang betul lah, berbaloi sangat-sangat. ramadhan kareem juga untuk ustaz, kak ara dan umair~

kak yana:
jom-jom.. sila kumpul duit untuk pergi lagi. ^_^

Reply
avatar
lyanaixora
AUTHOR
September 3, 2009 at 6:21 AM delete

akak xnak g london..
nk g australia..
further study kat sana

Reply
avatar
noraNorazlina
AUTHOR
March 19, 2013 at 9:50 AM delete

Wahh..dh lame tp nk tanye jgk..hee. assalam..awk pg sume tmpt tu juz jln kaki? Or ade naek any bus or tube?

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *