Travelog Europe - 15 days in 1 entry done!

Salam

Ada orang menuntut janji mahu saya mengupdate trip ke Eropah. Baik. Maaf pertamanya sebab terlewat. Nah, ini hadiah buat tatapan semua. 15 Hari dalam satu entry. Sila bersedia menghabiskan masa yang sangat lama di sini. ^_^ Have fun!



Kami bertolak dari Park Lane,London menuju ke Perancis menaiki bas double decker Kelana Convoy. Untuk melalui selat Inggeris, kami menggunakan jalan Euro Tunnel. Caranya, bas akan masuk ke dalam kereta api, dan kereta api akan bawa bas kami mengikut jalan terowong bawah tanah laut melintasi selat inggeris ke tanah perancis. Tapi sepanjang dalam kereta api tu, kami boleh keluar dan jalan-jalan di sepanjang gerabak.



Usai tiba di Perancis, destinasi pertama kami adalah Belgium. Tak banyak tempat pun pergi kat sini. Sekadar singgah kejap rehat dan tengok kilang coklat dan tobacco sebelum bergerak ke Holland. Tapi, kira ok la kan, pernah datang jugak la tu kiranya. Di Belgium, kami singgah di kilang coklat yang terkenal di sini. Sedap dan menarik dengan bentuk yang berbeza. Tapi kena berjaga-jaga dengan kandungannya. Ada yang berperisa arak. Sini memang pusat borong coklat dan rokok. Murah-murah jugalah.



Di Holland, kami ke Volendam. Melawat kedai memproses berlian sambil shopping di tepi pelabuhan. Rumit rupanya proses berlian ni. Setiap berlian siap kena diperiksa dulu untuk tentukan kualiti dia. Makin kecil, makin lut sinar, makin banyak sisi, makin tinggi pantulan cahaya makin mahal harganya! Buruk rupanya berlian di awal waktu dulu. Tapi bila diasah, digerudi, di bakar dan segala macam lagi, terus jadi cantik dan berharga. Manusia?



Jalan-jalan di pekan Volendam yang terletak di tepi pelabuhan. Paling terkenal di sini ialah Holland pancake dan baju tradisi orang belanda. Kedai-kedai dipenuhi dengan bunga tulip yang berwarna-warni tapi sayang sebab semua plastik dan kayu je tinggal memandangkan sekarang musim summer.



Singgah di kincir angin tradisional yang besar di sebelah tebing yang menjadi tanda aras penambakan laut menjadi daratan. Ladang gandum baru nak menguning waktu ni. Terasa macam di sawah bendang pulak!






Ini di Amsterdam sewaktu menaiki boat menelusuri terusan-terusan di Amsterdam. Uniknya di sini kebanyakan terusan, di kanannya adalah bangunan moden manakala di kirinya pula bangunan tradisional. Kebanyakan orang-orang bangsawan kebiasaannya akan membina rumah yang menghadap terusan ini. Cantik!



Bukti keterbukaan Amsterdam yang terlampau sebagai Bandar Kemaksiatan. Mengucap panjang bila terjumpa benda-benda tak senonoh macam nih. Berhati-hati. Iman boleh tunggang terbalik di bandar ni. Dadah pun free. Everything is legal!



Slogan penduduk Amsterdam " I AMSTERDAM ". Ini pusat rekriasi. Ada Anne Frank Museum (pelukis), hard rock cafe, bangunan bersejarah dan banyak lagi.



Bergerak ke Frankfurt. Melawat The River Mein, sungai yang mengasingkan dua tebing yang berbeza gaya struktur bangunannya. Ala-ala di Turki. Kiri moden, kanan tradisional.



Ini tinggalan zaman Roman. Macam bukit Tinggi kan? Di sini ada Historical Museum. Dan ini tempat pertama kami jumpa manusia bekerja sebagai patung. Serius hampir terkejut sebab terlupa. Haha.




Di tengah bandar Frankfurt sewaktu melihat-lihat dan bergambar di bawah logo Euro yang sangat besar dan kehebatan ketinggian bangunan di sini. Macam kat KL je.



Camp Site di Frankfurt adalah camp site favourite saya. Sebab apa? Sebab di celah-celah hutan di hujung tasik tempat kami bercamping, ada satu court bola tampar dan bola keranjang tau! Dahlah hutan dia sangat lawa, pokok tersusun elok batang tinggi tak berdahan sampai ke atas. Cottage kat sini pun lawa-lawa. Memang tiap-tiap pagi lepas subuh, saya akan datang hutan ni dengan kawan untuk nikmati keindahannya selama dua hari yang ada.



Kemudian bergerak ke Fussen. Tempat tujuan utama kami ialah Neuschwanstein castle. Istana tempat Mr Disney mengambil inspirasi membina istana Disney. Berada di sini betul-betul seperti di alam fantasi. Kami naik ke istana di atas gunung menggunakan kereta kuda. Bagaikan puteri. Tapi terus terang, naik bukit pakai kereta kuda adalah sangat lambat. Macam mana la orang dulu-dulu tahan yer.. ?

-pic removed-

Lepas tengok istana, kami pergi jalan atas jambatan tali bergantung yang menghubungkan dua bukit. Macam dalam cerita kartun selalu tu. Takut juga kalau jambatan tu runtuh sebab di bawahnya air sangat-sangat deras dan laju. Nasib baik cuaca hujan, kalau tak kami ada plan nak turun ikut 'plan adventure' guna jalan tebing sungai. Tapi tak jadi. Huhu, lega..



Ini tasik di Neuchwanstein castle. Sangat jernih dan biru. Cantik! Lebih mengasyikkan bila ditambah dengan kehadiran angsa di sana. Ini adalah dunia impian King Ludwig yang dibina sendiri dengan khayalan dan keinginan yang kuat untuk merealisasikannya.

Fakta :
Neus - Baru
Chwan - Swan
Stein - Putih

Gabungan nama ini terbentuk daripada keadaan istana baru yang berwarna putih yang dipenuhi dengan angsa. Dibina oleh King Ludwig sewaktu pemerintahannya. Yang kuning itu ialah istana waktu dia kecil.

-pic removed-

Kemudian, kami ke Austria dan lebih spesifik lagi ke pekan Innsbruck. Dulu, Austria terkenal sebagai tempat buang orang. Tapi sekarang tak dah. Royal family di Austria sangat terkenal sekarang. Lupa plak apa nama family mereka. Austria sangat terkenal dengan patung puppet dan Mozart!Mozart orang Austria ye kawan-kawan. Di sini, kami pergi melawat galeri kristal SWAROVSKI, lod Gate, dan Golden Roof yang dikatakan diperbuat 100% from gold. Eh, takde orang mencuri langsung ke? Hebat..

Next, kami ke Sky Jump Ramp yang dibina bersempena Winter Olympic yang diadakan di sini dulu. Sky Jump Ram tu macam ski tapi ski dia yang meluncur dari atas bukit tanpa salji (ada gelungsur), turun bawah dan ada babak-babak terlompat tinggi ke udara terpusing-pusing sebelum jatuh balik dan meluncur ke bawah. Boleh bayangkan? Yang menariknya betul-betul bawah sky jump ram tu ada kawasan perkuburan. Boleh nampak clear dari tempat sky jump tu. Adakah ia kebetulan atau dibina memang untuk mengingati kematian? ^_^

-pic removed-

Destinasi seterusnya ialah Venice! Kami berkhemah di Venezia camp site (bukan pulau) dan kami ke Venice menaiki feri. Macam ke Langkawi. (Tetiba rindu Malaysia)










Ini gambar perkara paling terkenal di Venice- Gondola, Pizza, Topeng, kilang Renda (lace), dan Bridge of Sigh (tempat terakhir seorang raja melihat dunia luar sebelum dihumban ke penjara. Raja mana, saya lupa). Tak buat yang ini macam kurang lengkap pergi ke Venice. Seronok. Driver/Pengayuh gondola kami tak main musik tapi dia fasih english. Maka, kelebihannya kami tahu banyak perkara baru tentang Venice. Oh ya, ada satu rumah tinggalan Mozart di venice tau, mungkin tempat dia cari ilham sambil termenung di tepi jendela di atas air. ^_^



Fakta menarik yang saya paling suka ialah hidup seorang pengemudi gondola. Anda ambil masa hampir empat tahun untuk terer kemudi gondola ( macam ijazah ok!). Jambatan punya ketinggian ada pelbagai jenis, dan anda kena mahir selok belok menyengetkan gondola untuk melepasi semua jambatan yang ada. Pakcik gondola adalah sangat terer fizik! Kami siap dapat ceramah free tentang kedudukan dan kestabilan lagi di Venice! Melepasi jambatan adalah time paling menakutkan bagi kitaorg sebab kami lalu banyak jambatan rendah. Tapi naik gondola best sebab dia buat kita rasa mengantuk walaupun padahal tengah takut tercampak dalam air sedalam 3 meter.


-pic removed-


Ini bangunan utama di Venice. Penuh dengan merpati. Tapi ini sebenarnya gereja ya. Cuma sedikit pelik bila ia dibina seperti kuil India yang penuh dengan patung manusia di setiap sudut dinding dari lantai sampai ke bumbung yang dibuat dalam bentuk sebuah cerita. Kawasan di sini agak menenangkan sebab sentiasa dipenuhi dengan bunyi gesekan violin yang menghiburkan pelancong yang sedang makan-makan. Memang tempat paling best untuk tempat honeymoon. ^_^

-pic removed-

Ini Florence! Saya confius adakah Nabi Daud berdakwah di sini sebab di sini ada patung David. Entahlah. Tapi dekat sini ada satu muzium yang mengumpulkan semua cendiakawan zaman dulu sampai sekarang sebagai penghias tiang. Erm, unik kan jambatan dia? Jambatan berbangunan. Jambatan ni penuh dengan kedai emas kalau tak silap. Nama kawasan ini Piazza Michaelangelo. Maka, secara automatiknya tempat ini banyak jual karya Michaelangelo di mana-mana sahaja. Siapa suka sejarah, mesti ingat siapa manusia ini.






Yang di atas ini gambar Fontana De Trevi, Vatican Museum, Spagna Piazza dan piazza-piazza (sebut : plaza) yang ada di Rom. Vatican Museum memaparkan banyak artifak bermula dari zaman mesir (mumia pun ada) hingga ke zaman sekarang. Malahan ruangan paling besar ialah ruangan tempat Pope. Kaya betul! Fakta menarik di sini, Rom adalah tempat paling banyak Wishing Pond! Saya rasa macam nak kutip je duit-duti dalam kolam-kolam kat situ. Dah la banyak, buat berkarat duit je diaorang nih!

-pic removed-

Collaseum, Fonto De Romano dan Sistin Chappel (satu lagi bangunan saya terlupa nama). Sistin Chappel adalah kubur para Pope. Terletak berdekatan dengan Vatican City yang berala-ala Makkah bagi orang Kristian. Sangat ramai paderi dan rahib di sini. Sayang, vatican City tak leh masuk. Baru cadang nak usyar amende dalam dia. Vatican City ni negara asing. Di jaga oleh Swiss army yang bersikap 'no money no talk'. (Rujuk fact Swiss)

-pic removed-

Ya, Mari kita berkenalan dengan watak-watak paling popular di Rom. Kita mulakan secara clockwise dari belah atas kanan. Pertama, Encik Gladiator. Wah, maju dia sekarang. Pakai handset lagi. hehe.. Kedua dan ketiga, Romanian Army. Warna-warni gitu. Paling nak tergelak bila diaorang terer berbahasa Melayu. Wa, takkan melayu hilang di dunia~ ;P Dan yang terakhir, Mr Swiss Army. Merekalah hulubalang-hulubalang Rom dari zaman dulu sampai sekarang.

Fakta Rom: Berdoalah supaya anda tidak sesat kerana di Rom peraturan mereka yang boleh berbahasa Inggeris adalah sangat kecil. Mereka semuanya berbahasa Italy. Tapi lebih baik jika anda mampu berbahasa arab kerana majoriti imigrant di Rom adalah warga arab. Insyallah.



Seterusnya, bergerak ke Pisa. Tengoklah menara tercondong di dunia ini. Ada satu peraturan comel di sini. Siapa nak panjat pisa, korang bakal diberi jadual. Sekali naik, hanya dibenarkan dalam 10 hingga 16 orang sahaja. Takleh lebih-lebih. Karang runtuh. Hooo. Pisa sangat murah barang dia! Warga islam di Pisa kebanyakkannya ialah bangladesh. Bangunan-bangunan sebelah-menyebelah Pisa itu semuanya adalah gereja. Dan semuanya termasuk Menara Pisa diperbuat daripada marmar putih.

-pic removed-

Di Pisa lebih istimewa kerana saya ada tour guide sendiri iaitu rakan blogger,Kak Nisa. Kak Nisa bawa saya explore lebih luas tentang Pisa. Banyak tentang Pisa yang saya perolehi daripada Kak Nisa. Kami ke jambatan di waktu malam, sekolah Pisa, kedai aiskrim paling terkenal, University Of Pisa, Airport Galeileo dan sempat berjumpa Kak Serena, orang melayu yang berkahwin dengan orang Italy di rumahnya. Terasa macam berada di rumah sendiri. ^_^

Fact of Italy : Saya terperasan di Pisa, Rom dan Venice, patung Pinochio terlampau banyak. Pelik juga, ingatkan hanya sekadar seperti di Austria yang terkenal dengan aktiviti puppet. Rupa-rupanya kisah Pinochio memang berasal daripada Italy. Dan kerana itu Pinochio adalah salah satu simbol utama kebanggaan Italy.

-pic removed-

Ini pemandangan di sepanjang jalan ke camp site kami Ke Swiss. Ladang Bunga matahari yang tersangat luas sangat menceriakan pemandangan. Perhatikan tasik hijau tersebut. Austria dan Swiss dan Venice. Dunia air tanpa pencemaran! Sangt suka~ Ditambah dengan gunung-gunung salji di atas sana, memang tempat ini bagaimana sebuah lukisan yang sangat indah~

-pic removed-

Sekarang kami di Swiss. Memandangkan bayaran ke Jungfrau Mountain sangat mahal, saya dan beberapa rakan lain yang pokai memilih untuk ke Kleine Shedheic ( Tak sure ejaan ). Orang yang meminati cerita klasik Inggeris terkenal, Heidi pasti maklum bahawa Swiss adalah lokasi novel tersebut dan lebih tepat lagi, di Kleine Shedheic lah gunung tempat Heidi main bersama datuk dan kambingnya. Tempat ni sangat-sangat lawa. Gunung yang hijau, bunga yang kuning, background salji memang kasi effect macam di kedai gambar. Rasa tak puas baring-baring dan layan blues lama-lama di situ.

-pic removed-

Ini pula Jungfrau Mountain (sebutannya Yungfrau yer..). Di sini segalanya adalah tentang salji. Cumanya yang lebih menarik, di sini ada Ice Castle. Ada terowong, patung, arca yang semuanya daripada ais. Macam nak pergi jumpa Ice queen je rasanya. Walaupun mahal, bak kata mereka yang pergi, ia sangat berbaloi!

-pic removed-

Khas buat Qisti yang sangat suka tengok gambar Swiss, ini lah gambar-gambar yang sempat di ambil sepanjang dua hari di sana. Oh ya, selain ke Jungfrau dan Kleine, kami juga pergi ke Trummelbach Waterfall, air terjun setinggi 10 tingkat di dalam gunung. Paling triller bila kena naik lif macam pelombong timah dalam gua yang sejuk macam aircond. Fuh, sangat seronok! Di waktu malam pula, memandangkan kami semua budak JOrdan rajin tolong krew, maka tour guide kami berbesar hati bagi extra service teman kami sahaja mendaki waterfall di waktu malam. Bukan waterfall yang tadi, tapi waterfall lain yang letaknya betul-betul di hadapan camp site kami. Pengajaran utama : Sila lah rajin! Hehe..

Fact about Swiss : Swiss adalah negara berkecuali dari sebarang urusan dunia. Dan sebarang negara tidak dibenarkan menyibuk dalam urusannya. Kerana itu, ramai orang menyimpan duit di Swiss Bank secara rahsia sebab tiada siapa akan dapat pecah masuk kawalan bank tersebut dari segi maklumat dan sebagainya tapi dengan syarat "SILA BAYAR KAMI". Dijamin 100% maklumat duit selamat disimpan secara rahsia. Askar swiss juga dibenarkan untuk dipinjam dengan syarat "SILA BAYAR KAMI", jadi Swiss takde nak geng man-mana negara. Dia hanya bantu siapa yang bayar dia. Matawang swiss is Swiss Franc. Bahasa Swiss adalah campuran Jerman-Perancis-Italy (amende ntah, tapi saya memang susah nak paham macam mana boleh jadi macam tu.)


-pic removed-

Sehari suntuk di Paris, saya bergerak bersama dua orang kakak dari Malaysia sahaja untuk melengkapkan 'amazing race' kami pergi ke tempat-tempat wajib di Paris memandangkan yang lain ada plan masing-masing. Paris sangat luas dan untuk habiskan dalam masa satu hari memang semput. Tapi tak apalah, sebabnya esoknya nak ke Disneyland. Alhamdulillah, target berjaya! Tempat utama seperti Notre Dame Cathedral,Museum Louvre, Champs Elysees, Mosque of Paris, Arc de Triomphe dan Eiffel Tower semua sempat dihabiskan. Erm, naik Eiffel Tower best je tapi bila ramai orang, jadi sangat sesak dan tak selesa!

Fact about Paris :
1.They don't speak English as much as they speak France. The key is just understand the body languge. It's work!
2. Paris sangat-sangat panas. Penggabungan jelajah Venice, Rom, Pisa, Kleine, dan Paris tanpa memakai sunblock bakal men-tanned-kan anda segelap-gelapnya jika anda keluar mengembara pagi sampai malam tanpa henti. Sob.sob.
3. Masyarakat Islam paling ramai di Paris adalah terdiri daripada masyarakat berkulit hitam.



Tada.. Welcome to Disneyland!!!! Satu lagi dunia fantasi. Bagi saya, apa yang saya minat tentang Disneyland adalah hanya pada rollercosternya yang sangat best dan banyak serta Lif Hollywood Tower Of terror yang turun naik turun setinggi empat tingkat secara main lepas macam lif putus tali sampai orang terangkat dari kerusi. Yang lain, kebanyakannya sesuai untuk kanak-kanak belaka. Huhu. Eh, tapi ok kot untuk lepas tension.



Masuk disneyland rasa macam masuk TV. Semua dalam channel Disney semuanya ada secara live di sini. Kalau malas atau penat nak pusing Disneyland yang sangat besar gedabak luasnya tu, nak duduk sahaja dan tengok parade pun macam dah cukup bagus. Satu hari? Memang tak cukup lah. Saya cuma masuk yang saya suka sahaja! ^_^

Huh, habis akhirnya!!!! Semua nota travelog saya selama 15 Hari mengikuti Kelana Convoy menjelajah sleuruh Europe semua saya letakkan dalam satu entry. Ampun maaf sebab terpanjang yang teramat sangat. Saya malas nak buat sikit-sikit. Ini pun, sehari dua berkelana di London belum saya catatkan. Nanti-nantilah eh. SEKIAN

**********************************************************************************

# Sesi jawatan saya dah berakhir dengan berakhirnya mesyuarat agung tadi. Hah, leganya! Tapi bila difikir balik, terasa sedikit kosong sekarang. Biasalah, kenangan manis tetap ada walaupun seberat mana takdir yang datang pada kita kan? AMM sekelian, saya sangat hargai kehadiaran kalian sepanjang tempoh perkhidmatan kita. Syukran jazilan katheeran.

# Amira tersayang, tahniah atas apa yang telah tercapai di sekolah. Keep up your good work~

# Minggu ini, saya akan mula exam. Doakan saya ya semua!

# Maaf saya privatekan blog ini sekejap. Tuan punya blog sedang menjalani proses pembaikpulihan diri kerana hidup agak terumbang-ambing sekarang. Thanks for asking.

# To my dear siblings - Asyraf, Amira and Aiman, nah.. blog ini dah bukak balik. Rindu kak Ina eh? Hehe... I miss all of you a lot too.. Tak sabar tunggu lagi sebulan setengah. Malaysia, wait for me!

# My life seems a little bit messy right now. My level of momentum is still below the par and I do feel really tired. Sorry but sometimes i need some spaces. Please understand me. Thanks a lot.

**********************************************************************************

update : Sorry terbuang semua gambar gara-gara mood tengah ter-swing hari tu.
Nak tengok gambar, pergi tengok di blog syida la yer. Saya dah malas nak upload balik.tekan sini.Thanks!

8 comments

arina | July 18, 2009 at 4:21 PM

1. aku pon minat swiss juge.

2. holland tade tulips ke ms summer? T___T

3. ok aku honeymoon kat venice.

4. klu upload lg gmbr air2 jernih wrne biru n hijau bole x?

ps : aku takut nk tegur ko kat kelas sbb muke ko len mcm. huk. take your time and heal yourself ok.

laki cikgu kimia | July 18, 2009 at 9:49 PM

alahai tak sempat nak kirim t-shirt hardrock wuuuu

Nadia Yuna | July 19, 2009 at 3:05 AM

mengapakah akak ternampak himpunan coklat itu? oh. tidakkkkk. sila bertahan. Diet. Diet.

nanti bile ade mase packingkan akak coklat dari sana.

hehehe =p

Ainul Arina Madhiah | July 19, 2009 at 6:13 AM

arina:
1. yeke? bagus2. sehati sejiwa nmpknya dgn org rumah ko. hehe
2. tulip betul takde. Tulip plastik ngan kayu ada banyakkk..
3. klu tak best, jgn belasah aku. haha. tetiba.
4. tengok la klu aku rajin. (evil grin)
p/s : tegur je. Aku layan je kalau orang tegur aku biasa-biasa time aku bad mood janji jgn 'tuang minyak'. ^_^

chiam:
hoho.memang rugi. Kalau tak dah ada dah set hard rock amsterdam, paris, and venice. Tapi kan erm sebenarnya saya pun tak beli satu langsung, sebab mahal gila!! Pelajar sengkek la katakan... huhu

kak nadia:
husih, kena sorok dari akak nih. hehe. Nak cokelat? Bak sponsor saya gi belgium lagi, nnti saya beli banyak-banyakkkkk untuk akak. ^_^

izzahsakinah | July 19, 2009 at 7:34 AM

Seronoknya tgk gambar dia ^________^

Kyu Jyushirou | July 19, 2009 at 9:23 AM

aku scrooooool bwh bace yg swiss je. hehe. nnt aku bace lg kalo ade mase!

Fatehah | July 20, 2009 at 3:45 PM

best giler..
excited untuk mengetahui dengan lebih lanjut dari segale segi untuk g jln2 cm ko..

ehehehehe

Laila UTP | July 21, 2009 at 5:54 AM

salam ainul.
wah dh pegi europe.
best2.
bila aku nk gi ni. hoho.

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images