Status

Semalam waktu tersengguk-sengguk membuka email di tengah malam, saya dikejutkan dengan tiga mukasurat teguran daripada seorang pembaca di sini tentang sebuah entry saya yang katanya agak menyakitkan hati beliau. Dari mengantuk yang teramat, saya terus jadi segar-bugar dek kata-katanya yang agak pedas dan berbisa. Memang sangat terasa.

Dalam kalut, saya cuba untuk bertenang dan menyusun ayat sehabis baik untuk memperjelaskan keadaan tanpa mahu menimbulkan sedikit pun riak-riak api yang membara dalam penulisan saya. Kata orang, api jangan disambut dengan minyak. Nanti jadi makin marak.

Tapi tak lama selepas diperjelaskan, otak saya terasa diasak bertubi-tubi untuk menulis sebuah enrty tentang adab dan juga hak manusia untuk berkata-kata dan memberikan pandangan. Berserta dengan moraliti seorang insan untuk kekal rasional dalam sesuatu tindakan. Lalu, dalam masa hampir dua jam saya kira saya telah berjaya menghasilkan sebuah pandangan yang saya kira sesuai untuk saya lampirkan sebagai peringatan untuk semua yang bergelar pengunjung khususnya buat si dia. Entry khas yang penuh dengan kiasan-kiasan tajam dan bermaksud dalam.

Biasalah, saya kira saya bukan orang yang suka mengamuk secara terang. Tapi bila saya naik radang, bahasa saya bukan bahasa calang. Saya tidak mencarut atau memaki hamun. Tapi saya bertindak guna bahasa sebagai pedang. Halus tapi berbisa. Kalau terkena, pasti terasa.

Malangnya, tidak lama setelah saya mengupload entry tersebut, saya terpandang satu status rakan di senarai YM saya yang berbunyi :

MENGKRITIK TAK BERERTI MENENTANG,
MENYETUJUI TAK BERERTI MENYOKONG,
MENEGUR TAK BERMAKNA MEMBENCI
DAN BERBEZA PENDAPAT ADALAH KAWAN YANG TERBAIK

Entah kenapa, ayat tersebut seperti curahan air yang melimpah ke atas hati yang membara. Tiba-tiba sahaja perasaan saya berubah secara mendadak. Dari sakit hati yang membuak-buak, saya tersedar dengan satu rasa yang aneh. Rasa kosong bagai tiada apa yang perlu dimarahkan. Malah, saya jadi sangat lapang dan sangat tenang.

Lantas, saya terdorong untuk kembali meneliti entry yang saya hasilkan. Aduh, tiba-tiba tersedar ayat saya terlampau berbahaya. Terlalu tajam rasanya. Walaupun hanya menggunakan peribahasa dan kiasan secara umum, tapi rentaknya seperti pedang yang menari mencari mangsa. Tak tahulah kalau saya perasan sendiri. Tapi kalau diri sendiri baca guna nada dan erti sebenar pun rasa sangat berbisa, inikan pula mereka yang ada kebarangkalian tersilap baca atau tersalah teka makna.

Maka, di pagi buta itu saya jadi kaku terfikir seorang diri. Perlu atau tidak saya meneruskan entry itu? Saya mula menimbang tara apa kebarangkalian yang bakal saya tempa kalau saya meneruskan hajat hati saya yang berbara hanya kerana dijentik manusia yang menyembunyikan nama.

Atas hidayah Allah rasanya, maka saya ambil keputusan, yang keruh saya tinggalkan, yang jernih saya ambil buat tauladan. Saya padam kembali semuanya. Pedang yang terhunus saya simpan di bawah meja. ( Buang masa gila 2 jam tu! ) Biarlah. Mungkin si dia itu ada benarnya. Mungkin saya juga membuat kesilapan yang sama, membaca dalam konsep yang tidak serupa atau memahami dari sudut nada yang berbeza irama. Sudahnya masing-masing cuba menegakkan benang yang basah. Wallahualam.

Alhamdulillah, saya kira ini adalah pertolongan-Nya. Saya terelak dari menghiris hati ramai manusia. Huh, mungkin ini petanda saya masih belum berhasil jadi manusia yang penuh rasional di dada. Tak gentar dihentak kritikan, tak longlai dihempas teguran. Nampak sangat masih mentah menilai dunia.

Apa pun, saya bersyukur status itu ada. Semoga empunya yang menulis status itu ada balasan istimewa dari Tuhan yang Esa atas sumbangan tak langsungnya mengelakkan saya membuat dosa. Terima kasih kawan. Terima kasih Tuhan. Sungguh, aku masih hamba yang belum cukup kuat iman.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** malam ini ada tetamu dari Mu'tah bertandang. Rahmat..rahmat..

** Target minggu ini : Habiskan revision study sekurang-sekurangnya 2 atau 3 chapter. ganbatte! (kenapa ni malas2? nak kena balun dengan cikgu tuisyen? )

** Tahniah kepada kesemua AMM dan AMT segala BKAN dan PZ yang naik takhta minggu ini. Tazkiah juga untuk kesusahan yang bakal anda hadapi. Tapi jangan risau, kami anak-anak buah kalian yang baik hati sentiasa bersedia membantu di mana jua kami berada. Acece. Majulah BKAN/PZ demi rakyat jelata!

** Esok 1 ogos. Ada lagi sebulan untuk balik Malaysia. * Merenung ke luar jendela*

** Iliyyin bakal berpecah. Perpisahan entah yang keberapa kali untuk saya bulan ini. Hadoi, tak suka nya. Takpe2, kita akan jumpa balik suatu hari kelak. Kalau bukan di sini, nun di Jannah insyallah..

** Nota bertendang eh, bertenang : Saya sedar saya tak sempurna. ^_^ (abaikan jika kalian tak paham. Ini pesanan khusus buat somebody yang perlu saya redakan resahnya.)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

5 comments

cik santun.. | August 1, 2009 at 9:01 AM

salam ainul, adik akk yang sgt disayangiii..

bersabar la ya, maafkan saja orang itu.. benar selisih pendapat itu rakan baik, jadi untuk apa berasa sakit??

hai, ade tetamu dari mu'tah.. rahmat2.. ustaz rahmat ke?? hihi ooops2.. tetamu datang membawa rahmat!! itulah yg sebenar (msti kene belasah ngn ainul kalau jumpe nnti)

Ainul, akk tktau lah sbb apa, tapi rasa penulisan awk dh lain laa.. dh tk macam kanak2 ribenaaa... =P..

Ainul Arina Madhiah | August 1, 2009 at 9:07 AM

kak piqah:
ws akak. ^_^ tak pe je, saya dah okay dah. ish, ada ke nama ustaz rahmat plak yang disebut, nak kena sekeh? hehe...
erk? dah tak macam kanak2 ribena? erm, selama ni kira macam kanak2 ribena ek akak? hahaha.. aduhai, gitu rupanya yer? tak tahu la plak saya. biasalah akak, manusia kan boleh berubah, klu jd lebih baik apa salah nyer kan? ^_^ mana better? dulu ke sekarang? ( takpe2, nnti ainul balik kampung insyirah nanti, insyallah jadi ribena balik! ahaks~)

laki cikgu kimia | August 1, 2009 at 5:56 PM

ni apasal ni kak? nampak keruh saje.. senyum-senyum lah :)

arina | August 3, 2009 at 5:06 AM

Ainul ribena dah masak .. :P

~najihahfaizahazaman~ | August 22, 2009 at 12:56 PM

ainul, bila sy baca awk punyer nih.
nampaknya kite sama jer. huk3. sedeh la ainul. kite just share opinion. tak sangka kawan baek kite sendiri kata. uslub dan gaya awk zero! haha. sedeh giler..:(

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images