Kawan ; Nota Marah Diri

3:10 PM 24 Comments A+ a-



Salam

(nota : nota marah diri adalah panjang. sila jaga masa anda)

Seorang kawan saya pernah beritahu saya sesuatu bila kami bersembang tentang hubungan antara dua jantina yang berbeza. Katanya:

" Ko senang lah duduk Jordan, biah terjaga. Aku susah la duduk university sini. Tak boleh nak jadi macam dulu. Terpaksa. "

Itu jawapannya bila saya mengusik bahawa dia nampak agak berbeza dari dulu. Masakan tidak, dulu boleh dikira dengan jari berapa banyak kali dia bersembang dengan mereka yang berbeza jantina dengannya. Tambahan dia jenis pendiam dan tak banyak ada urusan dengan mereka. Kalah saya yang pernah dicop orang paling serius suatu masa dahulu. Tapi sekarang dia dah bukan begitu. Saya risau.

Saya lega dia sudah pandai bergaul. Tapi sedikit sebanyak saya rasa bimbang bila terlihat mesej-mesejnya di laman cari kenalan. Banyak gurau senda yang berlebihan antara berlainan jantina. Bukan saya menyibuk. Tapi saya rasa seperti ada yang tidak kena dengan dirinya bila jadi begitu. Saya kenal dia hampir 4 tahun dan setahu saya dia bukan orang yang terlampau bersosial dan sebagainya.

Bila kami berbual bertukar berita, saya menyentuh tentang hal ini padanya. Dan yang di atas itulah jawapannya. Kecewa? Ya, Mungkin ada sedikit. Sebabnya sebelum ini, saya yang banyak belajar tentang batas hubungan lelaki dan perempuan melalui perilakunya. Tapi sekarang, saya pula yang pening dengan caranya.

Dalam pada yang sama, dia ada memberitahu bahawa dia sangat-sangat teringin ke zaman sekolah di mana biah kami terjaga dengan persekitaran yang banyak membantu. Tapi sayang, persekitarannya kini tidak lagi sama malahan teramat mencabar. Dan apa yang saya lihat sekarang boleh dikira sebagai satu perjuangannya untuk kekal berada dengan cara yang sama walaupun saya lihat sudah ada bibit-bibit dia nampak sedikit berubah.

Bila difikirkan, tiba-tiba saya rasa sangat beruntung berada di Jordan. Ya, Jordan memang banyak menjaga saya. Saya akui saya bukan manusia sempurna yang imannya sentiasa bertambah dan sentiasa berbuat kebaikan. Adakalanya saya juga turut sama tersasar mengikut rasa hati. Tapi, persekitaran di Jordan banyak membantu saya menarik kembali diri ke jalan asal.

Rasa terkongkong? Ya, saya pernah rasa. Tapi itu dulu sewaktu hati saya berkeras mahukan kebebasan yang saya inginkan dengan cara sendiri. Saya buat tak peduli pada sesiapa mahupun apa-apa sekalipun.

Tapi bila sudah lama berada di Jordan, apabila saya keluar dan memerhatikan dunia luar, apa yang terbayang di kepala saya hanyalah "Ya Allah, rupanya budak-budak JOrdan ni baik-baik rupanya.." ( Tak percaya, pergi tanya kawan-kawan saya yang pergi Europe baru-baru nih.. )Saya terasa Jordan adalah tempat paling selamat untuk saya dalam membentuk diri sendiri. Saya tak yakin saya dapat kekal begini di luar. Banyak sangat dugaannya. Saya tak tahu saya cukup kuat atau tidak. Yang dulu pun dah kadang-kadang terrrlebih limit.

Saya kira dalam masa 6 tahun di JOrdan, harapnya saya dapat kekal menjadi siapa diri saya dari dulu hingga ke saat ini supaya nanti bila sudah keluar ke dunia sebenar, saya tidak akan terlampau cepat terpengaruh dengan perkara yang tak patut saya lakukan. Bukan saya nak kata saya adalah malaikat sepanjang di Jordan, tapi sekurang-kurangnya saya dapat melihat perbezaan dua dunia berbeza yang saya boleh bandingkan sendiri yang mana perlu saya ikuti dan yang saya perlu saya jauhi.

Syukur sangat-sangat saya ditempatkan di JOrdan. Jujur saya katakan, biah di sini cukup terjaga. Memanglah mustahil langsung tak ada masalah, tapi setakat ini yang ada hanyalah masalah terpencil yang masih boleh diubati jika dirawat dengan kadar segera dan disambut dengan kerjasama semua. Saya berdoa sangat-sangat supaya keadaan ini kekal sampai ke bila-bila. Ini antara tempat saya belajar. Semoga ia membantu saya kelak bila saya sudah keluar dari sini.

Saya belajar banyak batas bergaul di sini. Bukan langsung tak boleh berkawan. Tapi berkawan biar kena cara dan gaya. Bukan langsung tak boleh bercakap, berhubung atau ber-apa sekali pun. Yang penting, tahu batas. Batas yang macam mana? Perlu ke saya mengadu pada mereka sahaja dengan alasan lain jiwa, lain idea? Perlu ke setiap hari tanpa sebarang urusan, saya bersembang bagai nak rak dengan mereka? Perlu ke saya sentiasa makan bersama mereka, sentiasa belajar semeja bersama mereka sedangkan ramai lagi rakan sejantina saya yang masih belum tertunai haknya oleh saya? Adakah kalau saya buat begini, saya di kira cukup syarat sebagai anti lelaki?

Fikir-fikir lah sendiri. Saya risau sangat dengan mereka yang sangat tidak sukakan keadaan ini. Kalau susah sangat pun nak terima idea saya ini dengan alasan hujah kurang rapuh, tapi fikirlah dari sudut waqi' kita berada di mana. Kalau tengah di Malaysia yang sangat bebas tu, suka hati kamu lah kalau nak sangat buat. Tapi di JOrdan, komuniti Melayu kita masih kecil, masih terjaga. Janganlah buat perangai dengan alasan suka hati nak jadi diri sendiri. Kamu mungkin bahagia, tapi kami yang melihat yang tersiksa. Tolonglah jangan jadikan Jordan seperti di Malaysia. At least, beri kami peluang untuk belajar membentuk diri di sini.

eh, ni marah siapa plak ni? Marah orang ke marah diri sendiri?

Sekarang nak marah diri sendiri.

Dear aku,
Kenapa ko susah sangat nak tegur orang? Apasal ko biar je diaorang macam tu? Apasal penakut sangat? Apasal takut sangat diaorang kecik hati? Apasal ko buat bodo je? Apasal ko biar je macam tak ada apa-apa padahal orang kiri kanan ko dah bisik-bisik kasitau? Apasal ko benci dalam hati je? Apasal ko bersubahat? Apasal ko tak buat apa-apa? Apasal bising dalam blog je?

APASAL KO BIAR AKU TERPAKSA TEMPAH SOALAN MAUT DARI ALLAH TIME AKHIRAT NANTI?

Jawapan sendiri : Apasal la aku kena nampak semua ni??? -_-'

Sekian~
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *