Belakang Tabir Trip Kelana Convoy

9:52 AM 15 Comments A+ a-

Salam

Alhamdulillah, tepat jam 12 malam 6 Julai 2009, saya, Maisarah dan Akmal selamat tiba di Jordan selamat hampir 20 hari berkelana di benua eropah sepanjang cuti semester kedua kami kali ini. Lagi tiga orang kawan kami masih dalam perjalanan memandangkan mereka mengambil jalan pulang mengikut jalan darat berbanding kami yang lebih senang terus terbang gara-gara cuak kedatangan kelas sudah mula ditanda.

Memandangkan stok gambar kebanyakannya ada pada kawan yang belum balik, jadinya saya cerita secara umum dulu di entry ini. Cerita jalan-jalan nanti kita cerita lain. Ok?

BUDGET

Tak keterlaluan kalau saya katakan trip kali ini sangat berbaloi, sesuai dengan namanya Budget Tour. Walaupun macam terlampau rush menghabiskan tour jelajah eropah dalam masa 15 hari, tapi saya sangat puas sebab impian untuk ke semua tempat yang pernah saya idamkan telah tercapai. Alhamdulillah saya dah cover banyak sangat tempat. 8 negara dalam 15 hari dengan bajet tak sampai 2000JD tak termasuk tiket flight. (Pokai gak tu berjimat gila-gila sebelum pergi). Bukan senang mahu ke sana ke mari dalam masa yang singkat dan duit yang tak seberapa. Yang penting pengurusan masa yang cemerlang. Hoho.. Kelana Convoy adalah antara medium yang terbaik rasanya untuk trip macam ni. Lebih best sebab semuanya stail Malaysia kecuali masa except klu ada problem. Aceh, ni macam promosi ni. Encik Hairul, ada insentif tak saya tolong promote nih? huhu

-pic removed-

BERDIKARI

Kadang-kadang terasa macam masuk Amazing Race pun ada terutama sewaktu kami dilepaskan berpecah sesuka hati untuk menjelajah sesebuah kawasan. Kadang-kadang berdua, kadang-kadang bertiga, malah kadang-kadang berbelas-belas pun ada setiap kali nak berjalan sendiri. Taklimat dan kisah-kisah sejarah semua sudah sedia diceritakan di dalam bas, maka bila turun, kami dibenarkan bertebaran! Seronok!



Di trip ini, boleh kata kebanyakan kami belajar untuk berdikari termasuklah golongan mereka yang sudah trua dan berkeluarga. Sepanjang 15 hari, kami hanya tidur di khemah atau kabin (kalau mahu bayar lebih) sahaja. Semua pasang sendiri, cabut sendiri kecuali kabin la.



Masak-memasak pun main masak kawah. Sepatutnya tour manager(Encik Hairul) dan krewnya (Abg Kadir & Abg Shah Reza) yang masak. Tapi saya tengok semua yang datang ikut trip kali ini ramai ringan tulang, tolong masak, tolong basuh dan tolong segala benda sampai cepat siap. Sekali pandang macam perkhemahan sekolah pun ada. Sangat seronok memandangkan saya dah lama gian nak camping~ Hehe..



FAMILI

Kami semua seramai satu bas double-decker. Semuanya warga negara Malaysia ( Malay + Chinese + Indian) kecuali tiga orang luar yang berasal daripada India, Pakistan dan Iraq serta driver bas dari Wales (Mr Creige). Riuh sangat-sangat dengan kepelbagaian ragam mereka. Daripada semua 60+ yang datang, hanya 14 orang sahaja adalah undergraduate student. Yang lain adalah student master, PhD, orang-orang berkerjaya, berkeluarga serta warga tua. Maka, kami yang kecik-kecik ini dilayan macam adik-adik jua lagaknya. Seronok juga dapat family baru. Tok ada, pakcik ada, auntie ada, baby ada, budak kecik ada. Stok abang-abang dan kakak-kakak lagi lah berderet. Semuanya best dan sempoi! ^_^





DISKUSI

Aktiviti rutin yang paling saya suka ialah time makan malam bila mana semua orang berkumpul makan beramai-ramai di tepi khemah masak. Waktu macam ni lah selalunya tempat kita bercerita, berkenalan, main ramai-ramai dan macam-macam lagi aktiviti lapang lepas penat berjalan seharian di luar.

Yang lebih menarik, waktu ini juga kebiasaannya mereka akan mengadakan perbincangan antara agama. Agama kristian di wakili oleh Creig dan Sri (Indian guy) manakala agama Islam pula diwakili oleh mana-mana je orang Islam yang kebetulan ada waktu tu. Banyak juga yang mereka soal-jawab seperti isu poligami, mother nature, hukum-hakam dan macam-macam lagi. Selalunya berdiskusi begini memang menarik tapi jadi geram pada diri sendiri kalau tak reti nak terangkan pada mereka. Erm, nampak sangat aras skill dakwah kita kat mana kan? Yang saya lebih suka bila mana mereka (muslim) yang lain tidak takut untuk menerangkan sesuatu perkara tentang Islam walaupun dari luaran mungkin mereka nampak kurang dari sudut praktikal, tapi sedikit sebanyak saya rasa bangga mereka yakin dengan diri mereka untuk bercerita kepada orang luar.

BAHASA

Mengembara merentas 9 negara yang mana bahasanya sangat berbeza menyebabkan saya yang suka bahasa ni pun terasa tension nak belajar bahasa setiap kali masuk negara yang berlainan. Dalam bas, kami sudah di ajar beberapa frasa asas supaya senang bergaul. Tapi makin lama jalan, makin campur-campur terutama bila bahasa macam dekat-dekat sama. Dalam masa 15 hari kami didedahkan dengan bahasa Belanda, Swiss, Jerman, Itali dan France. Tersasul-sasul hingga lama-lama malas belajar. Haha.. Cakap Inggeris je la!

Tapi ada satu kejadian di Rom yang buat saya sangat bersyukur kerana tahu berbahasa Arab. Waktu tu kami (5 orang perempuan dan hanya dua dari jordan) tersesat gara-gara tersilap naik bas sebab ada seorang local salah tunjuk arah. Dalam bas tersebut, semua orang italy tak tahu berbahasa Inggeris. Masing-masing cuba nak tolong kami tapi payah sangat sebab diaorang hanya tahu cakap Itali sedangkan kami tak faham langsung. Memang tension dan hampir putus asa. Nasib baik ada seorang pemuda tiba-tiba turut sama tawarkan pertolongan tapi istimewanya dia hanya tahu berbahasa arab dan itali. Dan di kalangan kami, ada yang tahu bahasa arab dan inggeris.Maka, medium kami waktu cemas tersebut adalah Arab-Italy. Alhamdulillah, semuanya selesai.

BUDAYA

Ini yang saya paling suka banding-bandingkan setiap kali berjalan ke tempat orang. Perbezaan gaya hidup dan masyarakat di setiap negara yang berbeza buat saya banyak berfikir tentang diri sendiri dan juga masyarakat. Banyak yang saya pelajari dan banyak juga yang ambil buat teladan

Dalam semua tempat, tempat yang paling saya pening dan tak suka sangat datang ialah Amsterdam. Amsterdam terlampau bebas! Seks, dadah, dan pelbagai lagi budaya kuning terlampau dasyat. Siap dalam setiap kedai wajib ada ruangan baju-baju bercorak lucah dan cenderahati lucah yang terlampau jelas dan terang teruknya dipaparkan tanpa segan-silu di mana-mana. Cafe-cafe pula memang menawarkan khidmat letak dadah dalam coffee. Red Light District pula memang famous di sini. Sebuah jalan yang penuh dengan maksiat tanpa perlu risau. Ya Allah, Memang saya banned sungguh la bandar nih!



Di bandar Pisa, saya baru tahu yang bilangan anjing lebih banyak daripada bilangan baby. Kucing memang sah-sah takde kat Pisa sebab takut anjing banyak sangat. Masyarakat di sana terlampau sayangkan anjing hingga sanggup hidup dengan anjing berbanding kahwin. Aduhai.. Tapi di Pisa juga, saya berkesempatan bertemu dengan rakan blogger, Kak Nisa yang belajar di situ. Kak Nisa sempat bawa saya berkenalan dengan Kak Serena, wanita Melayu yang berkahwin dengan lelaki Itali di sana. Hanya mereka berdua warga melayu di pekan Pisa. Memang saya kagum betapa mereka dapat survive hidup keseorangan di celah warga asing sebegitu. Bukan senang tau.


Di Fussen, kami ada melawat istana tempat Mr Disney mengambil inspirasi mencipta istana animasi beliau. Rupaya King Ludwig, pemilik istana tersebut dulu hanya begitu gila berangan-angan mahu memiliki istana indah yang dikelilingi tasik, gunung dan binatang kesayangannya, angsa. Walaupun dianggap macam karut, dia berjaya membuktikan dia mampu menghasilkan istana sebegitu. Memang sangat cantik! Angan-angan yang berjaya direalisasikan!



Di Venice pula, saya boleh katakan sebagai syurga air. Jauh beza dengan Jordan. Air merata tempat. Kiri kanan depan belakang, penuh air. Ada hampir 400 jambatan yang menghubungkan jalan-jalan antara terusan di sini. Pekerjaan penduduknya pun banyak berdasarkan air. Tapi satu je tak tahan, panas sangat la cuaca kat venice! balik-balik semua garing belaka...



Di Florence, ada statue konon David (Nabi Daud) yang besar dan tinggi tapi dalam keadaan terdedah depan belakang. Aduh la hai, mencemar kehormatan sungguh. Memang kitaorang bangkang teramat la tu patung nabi Daud. Ish! Kurang sivik punya orang zaman lampau~



Rome, satu empayar yang sangat hebat dan terulung suatu masa dulu tapi sangat ketinggalan di masa sekarang. Malaysia pun maju lagi rasanya. Terbayang surah Ar-Rum. Banyak kota lama yang kami jumpa. Tapi untuk menghabiskan satu Rom dalam masa satu hari, erk.. balik terus pengsan macam kami. Ha, di sini kami sempat melawat Vatican City yang lebih terkenal sebagai Makkah Orang Kristian. Main City dia tak boleh masuk tapi Sistin Chapel yang menempatkan kubur-kubur pope dan church utama orang mereka boleh dimasuki. Di sini terlampau ramai paderi dan rahib hinggakan saya tertanya-tanya kenapa orang alim kristian menutup aurat dan penganutnya tidak?




Swiss Alp adalah bandar paling bersih pernah saya jumpa sepanjang hidup saya. Hatta longkang pun airnya macam air sungai yang sangat hijau dan jernih. Macam mana la diaorang jaga kebersihan kat sini? Teruja sangat-sangat sebab dari awal masuk sampai habis keluar, memang tiada sungai mahupun longkang yang kotor. Sangat-sangat cantik dan bersih! Tabik spring lah~



Di Paris, saya tak terduga untuk tiba-tiba terserempak dengan segerombolan muslimin yang sangat ramai di sana. Kebanyakannya berkulit hitam. Kebetulan kami memang mencari mosque of Paris. Tapi dalam perjalanan ramai sangat orang kulit hitam yang lalu searah dengan kami. Sangat pelik. Terasa macam tengok orang jalan nak pergi haji. Berbondong-bondong sangat ramai. Bila sampai masjid, sekali punyalah ramai orang mereka sampai kami tak dapat masuk dan mendekati masjid. Nampak dari jauh je. RUpanya, mereka mahu buat solat hajat untuk keselamatan mangsa nahas kapal terbang baru-baru ini. Subhanallah. Ramai rupanya orang Islam di Paris. Kami tengok dari jauh pun ala-ala macam cuak sket. Huhu.. Siapa kata orang Islam sikit dekat Paris?



Hurm.. Rasanya cukup setakat ini saya bercerita secara umum. Banyak kan? Ini baru umum, belum saya cerita yang betul-betul ikut tentatif. 15 Hari yang penuh pengalaman, cabaran dan keseronokan.

Ops lupa, sehari lepas saya balik dari Kelana Convoy punya trip, saya dan Maisarah ambil masa sehari untuk jalan-jalan keliling London sebelum bertolak balik 6 Julai tu. Alhamdulillah sempat cover banyak tempat. Paling lama terlajak masa di Madame Tussaude dan Queensways gara-gara shooping dan terserempak rakan-rakan kelana convoy yang balum balik lagi. Alamak, baru sehari tak jumpa, dah rasa rindu semacam.Bila jumpa balik, excited pulak jadinya. Huhu. Tapi 15 hari tu sangat-sangat mengeratkan kitaorang semua macam satu keluarga~ Sayang Korang! Keep in touch ya~




p/s: travel sebenar beserta gambar akan diupdate bila semua gambar dah dikumpulkan termasuk dari kawan-kawan yang belum baik tu yer. So, tunggu... ^_^

15 comments

Write comments
July 7, 2009 at 3:07 PM delete

saya tak pernah rasa rugi menjelajah.. dapat ilmu dan pelajaran!

15 hari dapat cover byknye negara! berbaloi sungguh!

Reply
avatar
yellowrose
AUTHOR
July 7, 2009 at 7:46 PM delete

ainul..bes kan bile tau ckp arab..kat negare yg xde english..tuh yg akk rase tyme kt spain dlu.....wah2 pulun 15hari..kne kasi souvenir satu..=p..yup mmg atlis kne ade 2000JD kalo nk tour europe ..mnela nk dpt duit sebnyk tuh..

Reply
avatar
July 7, 2009 at 9:08 PM delete

chiam:
betul..betul..betul.. ^_^

kak asma:
betul la kak asma.. tetiba kan ainul rasa semangat gila nak kuasai arab.. huhu.. terharu sungguh-sungguh waktu tu, bihibbik lughah arabi!!
tu la pasal, nasib baik trip ni tak pakai banyak sgt duit.. hehe

Reply
avatar
Asyila
AUTHOR
July 7, 2009 at 11:57 PM delete

salam.waahh..beshnye..kt nak pegi gak tmpt2 tuh..

aduhai..

cmne nak join budget tour tuh? die jz ade masa korg cuti je ke?

*wah,tye mcm berminat.

Reply
avatar
July 8, 2009 at 3:10 AM delete

syila:

syila, bukak laman web dia www.kelanaconvoy.co.uk. dalam tu dia ada kasi masa-masa yang diaorang buat. Tengokla kot2 ada yang ngam2 bleh join. ^_^

Reply
avatar
Kyu Jyushirou
AUTHOR
July 8, 2009 at 3:19 AM delete

oh. KC siap ade bas sndri ye.

truja aku tgk vatican city. hari tu baru bace psl tu dlm buku angels & demons.

nk tgk gmbr swiss lg!

Reply
avatar
July 8, 2009 at 5:02 AM delete

qisti:
diaorang sewa bas la qisti.. Poster tu pakai magnet je letak kat badan bas. Bas sendiri still belum beli. huhu.. nanti dah kumpul dari yang lain, aku letak sini okeh!

Reply
avatar
akak
AUTHOR
July 9, 2009 at 8:51 AM delete

hurm..sangat² berbaloi. Kalau tak masa ni nak merantau bila lagi.. kan Ainul? Akak minat pasal sejarah kota² lama, senibina bangunan..ish..bestnya kalau boleh terpacak kat tempat mcm tu..hihi.. Kumpul duit dulu..

Reply
avatar
jejakalkindi
AUTHOR
July 10, 2009 at 2:45 AM delete

salam..

best2 boleh jenjalan camni kan?..inilah untungnya beajar kat luar negeri bro rasa.

gambar ramai2 tu ada sorang macam bro kenal..tak silap bro Azizul, Phd student..betul ke? patutlah dlm fb nampak mcm berjalan sakan kat europe tu..

Reply
avatar
maisarah
AUTHOR
July 10, 2009 at 6:07 AM delete

rindu giler kat bdk2 Kelana Convoy!!!

bro Azizul @ ayah Iman

Reply
avatar
July 18, 2009 at 6:04 AM delete

akak:
eh akak! lama tak jumpa.. ^_^ haah, mmg time2 mcm ni la ainul cuba nak grab seboleh yang mungkin utk berjalan2. takut nnti tak sempat dah. ainul pun ska travel gak.

bro fisol:
eh, haah la. tu mmg abang azizul n family dia (kak marini ngan anak diaorg iman). Bro kenal ke?

mai:
i miss them too. T_T

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 23, 2010 at 11:15 PM delete

hi ainul..x sangke jumpe blok ainul.

luv - kak fara (KC)

Reply
avatar
July 2, 2010 at 6:05 PM delete

kak fara:
hai akak! haha, baru jumpa eh? ;p
rindu la kat akak. bila kita nk travel sesama mcm ni lagi eh? ^_^

Reply
avatar
saerah80
AUTHOR
September 30, 2010 at 6:16 AM delete

Salam, best betul baca pengalaman awak, saya pun berminat nak join kelana convoy boleh tak share berapa budget untuk pergi europe ni?

Reply
avatar
zmah
AUTHOR
November 8, 2010 at 11:26 PM delete

Akak suka aktiviti melancong+mengembara+ala-ala koboi ini....

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *