Teka-teki pukul satu

2:32 PM 9 Comments A+ a-

Pernah dengar satu teka-teki ?

Dalam banyak-banyak pokok,
Pokok apa paling berani?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pokok Pisang !!! Sebab ---> Jantung dia kat luar~



** Tapi bila difikir-fikir balik, macam tak kukuh je alasan tu. Apa kes dinamakan berani kalau jantung kat luar? Siapa punya karya asal ni ha? Saya tuntut diperbetulkan fakta dengan penjelasan hujah yang lebih mantap.

Kenapa saya cakap pasal jantung pisang?

Sebab tiba-tiba di malam hening pukul 1 pagi ni saya tengah membaca tentang Jantung manusia. Tapi kan entah sebab apa bila baca jantung, saya tak fikir jantung orang, tapi saya terfikir jantung pisang. Aduh, sedapnya kalau makan jantung pisang cicah sambal belacan.

Fenomena apakah ini ? -->
Tak boleh fokus belajar. Pre+post exam syndrome. Lapar tengah malam. Rindu Malaysia.

Alahai, exam lagi dua hari ni. 08 June sudah pergi dengan ruangan masa yang banyak dibazirkan melayan perasaan tak tentu hala. Exam 11hb yong! Kacau. Mayday! Mayday!

Perlukah saya menelefon orang Malaysia buat kesekelian kalinya untuk minggu ini? Rasanya macam perlu. Kopak pun kopak lah.. Janji lega~

Ya Allah ya tuhanku, bantulah hamba-Mu yang tengah kronik ini...

Perhatian kepada segala jenis masalah picisan dan penyumbangnya, sila ambil nombor dan tunggu di ruangan menunggu. Doktor tengah sibuk nak selamatkan diri sendiri di bilik bedah buku. Insyallah anda akan dihubungi sejurus selepas semua hal-hal exam selesai yakni 15hb June ini. Sila tinggalkan pesan sejurus selepas bunyi beep dan entry ini di-post....

BEEEEEEEEEEPPPPP....

Untuk menyelamatkan sesiapa yang kot-kot bakal tersumpah-seranah dek entry tak bermanfaat ini, mari kita rujuk sebentar khasiat pisang. Semoga ada sedikit-sebanyak ada ilmu diperoleh.

p/s: teka-teki baru:

Dalam banyak-banyak pisang,
Pisang mana paling manis?

---> Pisang Malaysia!
Sebab: Suka hati la. Fakta + pengalaman membuktikan pisang malaysia lagi manis dari pisang Jordan. Jenis yang wujud di JOrdan adalah tidak diketahui memandangkan saya sudah hilang skill membezakan pisang kecuali pisang tanduk yang sangat besar dan pisang emas yang sangat kecil. Itupun dah lama tak jumpa. Yang jenis lain, pergi tanya mak!

~ BACK TO THE BOOK ~

9 comments

Write comments
syphoon
AUTHOR
June 8, 2009 at 6:10 PM delete

*memahami perasaan anda*

(,")

Reply
avatar
izzah ibrahim
AUTHOR
June 8, 2009 at 6:56 PM delete

haha...ainul..
lawak la entry nih...
nmpk sgt tgh pening2 baca cvs eh..

jom berusaha!
ganbatte!! \\(^0^)//

Reply
avatar
June 8, 2009 at 7:51 PM delete

Ainul ni dah pening ke...hehehe.

Reply
avatar
arina
AUTHOR
June 8, 2009 at 9:54 PM delete

weyh Ainul jom mkn eskem

Reply
avatar
June 8, 2009 at 10:17 PM delete

senior syafiq:
terima kasih.. terima kasih..

izzah:
erm... *sambil jari telunjuk kanan sentuh jari telunjuk kiri* maafler izzah, sedikit kecelaruan identiti di malam hari.. hehe.. jom2, ganbatte kudasai ne! Yoshh! fighto oh!

Kak ina:
boleh la kot nak kata dah pening. Haha.. Dia out of service sebentar.

Arina:
JOM! ko belanja!

Reply
avatar
izzahsakinah
AUTHOR
June 9, 2009 at 1:18 AM delete

Selamat berusaha untuk Ainul. Ganbatte neh! ^-^

Reply
avatar
June 12, 2009 at 4:07 AM delete

kak nadia:
syukran akak! hait, wakarimas!

chiam:
insyallah.. ^_^

Reply
avatar
Nadia Yuna
AUTHOR
June 17, 2009 at 7:01 AM delete

dari satu entri satu entri akak bace. suka cara ainul tulis entri skrg. mcm lebih relaks dan santai =)

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *