Saya nak jadi macam dia boleh ?

-pic removed-

salam

1989 ( baru lahir ) -
............................................................................

1994 ( 5 tahun ) -
" Besar nanti Ina nak tinggi macam abah, biar senang nak ambil mainan yang abah suka sorok atas almari "

1999 ( 10 tahun ) -
" Besar nanti Ina nak pandai banyak benda macam abah, biar besar nanti senang tahu macam-macam semua benda.

2004 ( 15 tahun ) -
" Habis SPM nanti Ina mesti pergi luar negara macam abah, biar ada cerita dan gambar best macam yang abah ada "

2009 ( 20 tahun ) -
" Balik Malaysia nanti Ina mesti kena pandai masak makanan Arab, biar boleh perasan dah sama terer masak makanan bukan Malaysia macam abah "

Saya rasa saya.... tapi.... :

Saya gila buku ---> Itu abah saya punya tabiat
Saya peramah dengan semua ----> Itu cara abah saya bermasyarakat
Saya takut nak hampakan orang ----> Itu abah saya yang suka buat
Saya susah nak langgar peraturan ---> Itu rotan abah saya punya berkat
Saya suka tulis blog ---> erm, yang ni takde tapi, ni saya punya mutasi sendiri!

Pendek kata dah dekat dua dekad saya berangan-angan mahu macam-macam macam abah saya. Tapi rasanya sampai sekarang walaupun saya dah tinggi macam abah saya, saya dah ada kelebihan sendiri macam abah saya, saya dah ke luar negeri macam abah saya, dan saya dah boleh masak secara betul macam abah saya tapi saya tetap tak rasa saya sepenuhnya macam dia.

Sehebat mana pun saya, saya tak dapat kalahkan abah saya.
Sebanyak mana pun saya tiru dia, saya tak dapat berlagak sebagai abah saya.
Setinggi mana pun saya berada, saya tak dapat berada lebih atas dari abah saya.

Mungkin sampai bila-bila pun, saya tetap anak perempuan kecil yang abah saya jaga.

Saya tak kisah ada ayah orang yang lebih hebat dari abah saya,
Saya tak hairan ada ayah orang yang lebih kaya dari abah saya,
Saya tak peduli ada ayah orang yang lebih bagus dari abah saya,
Yang saya tahu saya puas abah saya adalah abah saya.

Abah,

Ini ada sajak orang Inggeris sikit untuk abah,

Too big to sit upon your knee,
Too old to have you read to me,
Too far from you, too many miles
Too many days without your smiles.
So much to do, but had to say,
*I love you! Happy Father's Day!*

(Poem courtesy of Donna's Holiday Sentiments Copyright ©1998 - 2005 Donna G Sheehan - All Rights Reserved)

Minta maaf kalau anak ini mengada selalu mintak pendapat,
Sebab dia masih tak berapa pandai timbang ilusi atau hakikat.
Minta maaf kalau anak ini mengada selalu melawan cakap,
Sebab dia memang bab-bab tengok ke depan payah nak cekap.
Minta maaf kalau anak ini mengada selalu merengek takut dan penat,
Sebab dia tahu nasihat abah dia yang selalu buat dia jadi kuat.
Minta maaf kalau anak ini mengada selalu malas nak jadi dewasa,
Sebab dia rasa belum puas nak lepas pegang tangan abah yang selamat lagi sasa.

Ini ada satu lagu khas dedikasi untuk abah di Malaysia - Engkaulah Heroku ~

Sekian

Salam sayang dari anakmu di Jordan,

Ainul Arina Madhiah

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Promosi cerita bersempena Hari Bapa (tengok lepas peperiksaan ya!) :
1. Taken
2. Finding Nemo
3. Lion King
4. I Am Sam
5. John Q
6. Banyak lagi tapi tak teringat... siapa ada senarai lain boleh listkan sekali ya.

** pesanan penaja: Jangan buat rekod tak pernah ucap sayang pada bapa ya kawan-kawan!

** permintaan : Kami ada peperiksaan terakhir 15 Jun ini. Doakan kami berjaya~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

6 comments

laki cikgu kimia | June 13, 2009 at 7:22 PM

'I am Sam' sangatlah sedih. Anak bijak ayah pula berfikiran seakan budak. Oh sedihnya kan.

'Changelling' pula khas untuk hari ibu. sedih woooooooooo wuwuwuu isk..

kaamyl fauzi | June 14, 2009 at 2:34 AM

baru ucap dkt abah td.. thanks for reminding! ;)

nak tambah list cerita sempena hari bapa: 'pursuit of happyness'. sedih jugak..

insyaAllah Allah yusahhil utk final paper kita semua. ameen..lepasni datang meronggeng kat Uk ye? hehe siiru 'ala barakatillah..

Nik Fauziah Nik Hussin | June 14, 2009 at 5:13 PM

salam ainul..
bila baca n3 ni dapat akak rasa betapa bangganya adik dengan abah adik..
Tersentuh hati dan tergenang airmata akak membacanya. dan akak dpt bayangkan... betapa bangganya abah ainul baca en3 anak dia!
Semoga ainul, abahnya dan keluarganya sentiasa dirahmati Allah..
ps: tak sabar rasanya nak jmpa ainul

mYa_aDiKa | June 15, 2009 at 2:45 AM

besh2 post kali neh..
ngat owg ag dak??
uhhuu..
rajin2 la jalan2 n komen blog owg lak..
eheh..
dada~

Ainul Arina Madhiah | June 15, 2009 at 3:50 AM

chiam:
changgeling? cerita apa tu? nanti saya gi usyar bebila... tapi i am sam memang melodrama sket.. Dah ler dulu cikgu bukak time kelas inggeris. dari nak belajar jadi lain plak gayanyer.. huhu

kamel:
erm, tu pun tak tengok lagi.. ^_^ you're welcome dear. Ei, kak ainul dah habis exam.! Weeee~ doakan semua lancar yer.. good luck for the rest.

kak nik:
terima kasih akak. tak ada apa sgt pun entry ni kalau nak dibanding ngan abah ainul punya jasa. huhu..
tak sabar nak jumpa akak gak bebila. ^_^

Mira:
muka ang aku ingat ja tapi nama ang yang glamer tu suka buat aku pening. haha.. nasib baik banyak gambar kat blog ang. Insyallah bila2 aku gi nyibuk sana na~ TUnggguu~ (^_~)Y

~najihahfaizahazaman~ | August 1, 2009 at 8:30 PM

ainul..sedihlaa baca nih...huhu..;(
miss my abah really..huk3..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images