Nak ke mana nanti?

2:20 PM 8 Comments A+ a-



Lepas exam tadi, sembang-sembang dengan seorang doktor di Markas Sihhi.

Doktor : Cuti lepas exam nanti kamu nak ke mana?

Kami: Bercuti. Kami mungkin ke Turki, Syria, Lubnan, Eropah atau balik Malaysia.

Doktor : Eropah? Kalau eropah, tak payah lah ke sana..

Kami : Kenapa? Sebab Swine flu ke?

Doktor : Itu negara yahudi. Baik kamu pergi melawat negara Islam.

Kami : *Berpandangan sesama sendiri *


Dalam hati masing-masing sebenarnya banyak je kata-kata nak menjawab doktor tadi :

1. Semua negara kat bumi ni kan milik Allah juga

2. Tak ada rezeki lagi ke negara lain sebab tak fit masa, tempat dan sebagainya.

3. Tak nak la balik Malaysia sekarang, nanti nak balik lagi bulan sembilan.

4. Bukan ke kalau ada je komuniti Islam di sesebuah tempat tu, ia tetap dikira negara orang Islam?

5. Waktu musim panas takkan nak pergi negara arab! *pengsan*

6. Nak pergi umrah tapi tak lepas nak buat macam mana.. T_T

7. Erm, Malaysia negara Islam kan? Saya balik rumah..

8. Melancong perlu mengikut kemampuan dan rancangan yang teliti.

tapi masing-masing tak terjawab sebab malas pula nak panjang-panjangkan. Terima je lah. Lagipun pendapat masing-masing tentang Eropah mungkin berbeza. Dan juga belum tentu lagi di mana rezeki kami nanti. Kita tunggu dan lihat je lah dulu.

*saya nak pergi mana satu ek? malaysia ke turki ke syria ke eropah ke lubnan ke negara lain? Ke nak stay irbid jer? hurm..*

** Plan-plan jugak, exam jangan lupa ye kawan-kawan. Kasi cemerlang dulu baru boleh fikir nak berjalan-jalan.

** Alhamdulillah final RS dah habis. Tawakkaltu 'ala Allah je la nak tunggu result nanti. Lepas ni 11hb final CVS pula. Ada lagi tiga hari nak memecut. Doakan ye!

** Dapat berita dari Malaysia ada sepupu lagi yang baru kawin. Ok, pergila kawin semua orang. Malas dah nak bising tak dapat join. Redha je la. Makin ramai kawin, makin pening jadinya sebab semua pengantin mintak hadiah dari Jordan. Banyak cantik korang, kawin tak nak tunggu tapi hadiah Jordan nak tuntut. Apa da.. Oh ya, bilangan bayi baru dalam keluarga semakin bertambah sebulan dua ini. Yipee!

** Tadi malam buat gotong-royong rumah kemas balik semua benda dan renovate susunan memandangkan tuan rumah tetiba bermurah hati serahkan segala sofa dan meja makan keluarga yang gedabak-gedabak ke rumah kami sebab rumah dia beli yang baru.Terima kasih. Tetiba rasa nak raya esok!

8 comments

Write comments
nima
AUTHOR
June 7, 2009 at 4:14 PM delete

Salam.. kak ainul..
waaa... baiknye sohib die..
hakhak..
neway, all da bez exam..
pas exam ley enjoy!! hik2..
result..?? erk..
Insyaallah, khair..
(wink*)

Reply
avatar
Fez
AUTHOR
June 7, 2009 at 7:04 PM delete

siapa nama doc tu eh ainul? laki ke pempuan? kagum lak.. btw memang mostly doc kt markaz sihi mutadayyin..:)

Reply
avatar
arina
AUTHOR
June 7, 2009 at 11:42 PM delete

lps ni klu aku g rumah ko, leh lah aku lepak2 atas sofa serta makan2 ats meja mkan besar gedabak tuh.
ho yeay ..

weyh, jln tu igt aku.
belikan hadiah ..
ahaha.

Reply
avatar
June 8, 2009 at 5:30 AM delete

ainul, kalo aku nk kawen nnti..leh la kn ag bg hadiah aku dr jordan kn..sure ms tu ag smpt blk mesia..hehe=p

Reply
avatar
yellowrose
AUTHOR
June 8, 2009 at 7:41 AM delete

"Ok, pergila kawin semua orang. Malas dah nak bising tak dapat join. "

hahah.sbbtuh da mls nk amek tau sape2 kawen kalo xdpt dtg..haha..naseb di perantauan..

Reply
avatar
kaamyl fauzi
AUTHOR
June 8, 2009 at 8:02 AM delete

assalamualaikum wbt..

kalau tanya kamel, memang europe tak best mana pun. brighton terkecuali. hahaha ;D

selamat mengembara apepun! banyak berjalan, luas pemandangan (camtu eh peribahasa tu?). take care~

Reply
avatar
June 8, 2009 at 12:10 PM delete

izzah:
ws dik.. hehe~ itulah, akak sangat sesangat-sangat kat mama dan baba tu. Rasa macam nak duduk sini je lah smapai tahun enam.. haha. Thanks for the wish. Same to you too dear. Bitaufiq exam. Insyallah kullu kheir. Doakan kejayaan sesama yer..

kak faezah:
doktor lelaki, tapi tak perasan plak nama dia apa. Dia waktu tu bertugas kat area emergency. mutadayyid tu apa ye? New vocab nih.. nanti nak gi bukak kamus jap.. ^_^

arina:
meh la lompat-lompat sini.. Haha~ Insyallah kalau aku tak pokai, aku beli. Kalau aku tak beli, maknanya duit habis la tu.. ^_~

Reply
avatar
June 8, 2009 at 12:17 PM delete

saadah:
ha! takleh2! kalau hang nak, hang kena tunggu aku balik dulu baru bleh kawen.. Haha~ Amboi2, awai planning nampak cik kak.. Ada dah ka nih? Aku korek kat mak hang kangg~ hehehe

kak asma:

*angguk-angguk sambil pekup muka dalam bantal*

kamel:
nak gak promote brighton dia tu... tengoklah nnti, someday i'll be there too. Ace~ Same to you too dear, selamat balik malaysia. Doakan sama orang kat sini yang kena redah lagi sbeulan summer sem before boleh balik sama. *sobsob*

p/s: jauh perjalan, luas pemandangan da.. aiyo, habis tertukar.

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *