Leeds

2:50 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah sekarang saya dah selamat sampai di Leeds. Banyak yang nak saya kongsikan untuk sehari suntuk yang saya lalui sepanjang perjalanan dari Jordan hingga ke Leeds.

Dari Amman, kami transi di Turki sebelum berangkat ke London. Sangka kami menaiki kapal terbang lebih mudah dari menggunakan jalan darat, tapi rupanya kami sediki tersasar. Di Turki, sesiapa yang ingin ke London akan diasingkan dan diberikan sesi sekuriti khas yang mana soalannya sangat spesifik dan memerlukan banyak bukti seperti kertas tiket, pasport, kad pelajar. Alhamdulillah tak banyak masalah walaupun agak cuak pada mulanya memandangkan kami hanya berdua sepanjang perjalanan. Siap dia geledah balik segala info tentang cop-cop visa yang ada pada pasport kami. Nasib baik pakcik guard tu mesra alam dan rajin melayan kami yang tetiba rajin menyoal dia balik macam-macam tentang sekuriti lepas kami disoal. Begitu juga di London. Terpaksa bajet muka confiden walaupun dalam hati berdebar teramat.

Sebelum ini, perancangan awal kami mengalami sedikit perubahan bila mana sepupu yang saya minta tunggu di lapangan terbang tidak dapat datang sebab ada hal. Jadi dia sudah siapkan segala peta, arahan dan segala data serta tike untuk terus ke Leeds bila sampai ke London. Saya memang berserah sepenuhnya kepada Allah memandangkan kami berdua baru pertama kali ke sini. Sepupu saya memberi jaminan insyallah kami akan selamat memandangkan pengangkutan di sini sangat efesien tetapi dia juga sempat memberi amaran supaya jangan terlewat sebab di UK segalanya serba skema dan terlampau menepati masa.

Kapal terbang yang delay dekat setengah jam buat saya berdebar-debar takut tak sempat mengejar bas. Apatah lagi dengan lokasi yang serba asing, saya dan kawan ak henti-henti berdoa semoga dipermudahkan cari tempat bas dan urusan lekas selesai. Alhamdulillah benar seperti yang telah kawan-kawan di Jordan pesan, doa keika musafir sangat mustajab. Kami sering kali terselamat dan dipermudahkan dengan bantuan warga tempatan yang banyak membantu dan gerak hati yang berserah kepada allah.

Cumanya memang kami sangat menarik nafas lega bila sempat tiba ke perhentian bas beberapa minit sebelum masa yang ditetapkan dalam tiket bas. Bayangkanlah tiket pukul 3.15 petang bukan bermaksud bas datang dan menunggu semua naik waktu itu. Tapi bas datang lima minit awal, dan terus bertolak tepat jam 3.16 petang! Sangat tepat! Kesemua bas yang saya naiki hari ini semuanya begitu. Memang cuak. Dah terbiasa terdatang lambat di Jordan, saya rasa sepanjang cuti di sini kali ini boleh membawa saya kembali ke pangkal jalan dalam menepati masa. Insyaallah.

Di london, sejurus tiba kami sempat berkenalan dengan beberapa orang teman baru. Pertamanya seorang makcik Inggeris pelancong yang ramah bertanyakan kami adakah kami menutup seluruh tubuh untuk menghangatkan badan dalam keadaan sejuk di sini. Tersenyum kami mendengarnya. Barangkali dia terasa sesal berbaju dedah dalam waktu berangin macam sekarang agaknya. Huhu. Kemudian, sementelah kami menunggu waktu berolak ke Leed kami pergi ke Victoria Sation untuk makan-makan tetapi malangnya hasrat tergendala sebab teringat ini bukan Jordan yang semuanya halal. Mesej yang diberikan pada sepupu lambat terbalas, lalu kami hanya duduk dan melihat orang yang lalu lalang di sana. Allah, laparnya. Nak kena makan sebab nanti nak ke Leed dekat 5 jam dalam bas. Dengan takdir allah, tiba-iba kami bertemu dengan tiga pelajar malaysia yang bertudung di situ. Lega tak terkira. Terus kami berkenalan dan bertanyakan beberapa soalan yang kami rasa perlu di situ seperti makanan, solat, kemudahan dan sebagainya. Alhamdulillah. dengan pertolongan mereka kami dapat berehat dengan selesa.

Sampai di Leed, semua kerisauan dah hilang bila sepupu datang menjemput. Dia yang uruskan semua sekali termasuklah penginapan kami di sini. Hari ini kami menginap di rumah kakak-kakak perubatan tahun empat di Leed. Ada tujuh orang serumah. Meriah sungguh makan beramai-ramai dengan mereka. Sambil berkenalan, kami bertukar-tukar cerita dan rancangan untuk hari seterusnya.

Dalam perbincangan tadi, yang paling terkesan di hati saya ialah betapa manusia selalu mahukan benda yang tidak ada padanya. Contoh, kami datang ke sini sebab tertarik dengan cerita dan keindahan UK yang kami dengar. Kakak-kakak itu pula sangat-sangat tertarik ke JOrdan atas dasar sejarahnya yang sangat hebat dan berkait rapat dengan kita orang Islam. Malu saya seketika. Betapa saya tiba-iba tersedar betapa betapa besar nikmat Allah beri pada saya untuk berada dekat dengan sejarah Islam tapi saya selalu memandang enteng perkara tersebut. Tiba-tiba terasa rindu pada JOrdan!

Erm, di sini maghrib dan Isyak susah dibezakan hingga mereka setiap hari selepas jamak dua waktu tersebut. Waktu mahgrib dan isyak sangat rapat. Malahan ketika masuk waktu, langit masih cerah. Saya terpinga-pinga juga sekejap. Pening. Ini pun katanya subuh nanti pukul 1.30 pagi. Erk..

Esok insyallah sepupu saya akan bawa berjalan sekitar Leed. Berkemungkinan juga kami akan mengikut kakak-kakak disini ke Manchester untuk program pelajar melayu di sana. Tak sabar nak pergi!

Baiklah saya berhenti sini dahulu. Ada masa nanti saya update lain kalau jumpa internet lagi. Assalamualaikum!

1 comments:

Write comments
BAYT AMZAR
AUTHOR
June 17, 2009 at 9:22 PM delete

alhamdulillah... selamat semuanya..

ainul, sana xpe tak pakai mask ke? sebagai langkah berjaga-jaga.. ?

mg Allah permudahkan urusan kalian!

mlm td buat kali kedua akk mimpikan ainul, seronok sungguh dia.. :)

uwais menunggu kakak ainul dtg rumah ni.. ;)

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *