Leeds II

10:38 PM 11 Comments A+ a-

Salam. Mari kita biar gambar yang bercerita hari ini ya...



Ini tempat tinggal kami di sini. Bersama kakak-kakak Leeds seramai 8 orang. Best! Terima kasih tak terhingga kepada Kak Yana,kak fariha,kak anne,kak ain,kak azian,kak syak,kak balqis, kak shahida dan kak nadiah atas kesudian menerima kami seadanya. ^_^ Hebat-hebat tau kakak-kakak kat sini. Seronok dengar diaorang bercerita.


Hari pertama kita jalan-jalan di sekitar Leed City. Best jugak di sini. Cuaca berangin. Katanya summer tapi selalu hujan. Summer sini macam winter Irbid je. huhu..





Di Leed, kebanyakan bangunan design lama di sini dikekalkan. Terasa macam tengah lalu dalam lokasi penggambaran cerita lama. Ada satu perpustakaan di sini yang bentuknya macam perpustakaan Harry Potter tau. Memang waktu jalan kami sentiasa tertoleh kiri-kanan sebab bangunan dia lawa-lawa



Satu benda yang puji di sini ialah sikap penduduk dia yang sangat menghormati pejalan kaki. Pejalan kaki mahupun pemandu sangat mematuhi peraturan jalan raya dan berhemah. Tapi kalau ada yang berani-berani nak langgar peraturan, memang bakal nak kena kutuk depan-depan la tu. Huhu.. Lagi satu, orang UK jalan sangatlah laju. Semput jugak kalau nak test meniru diaorang berjalan. Bagus.bagus.



Ini bangunan apa ntah, saya terlupa. Tapi macam bangunan menteri-menteri kalau tak silap. Ish, lupa sungguh.

-pic removed-


Ya.. sekarang kita di Leeds University. Besar university ni. Tengah pekan macam Univeristy Yarmouk juga. Jalan keliling university pun dah cukup best. Keadaan lebih kurang macam dalam Malaysia la juga. Penuh pokok! Hijau.

-pic removed-


Ini Medical School Of Leed. Tempat kakak-kakak rumah kami belajar. Besar. Tapi tak sempat masuk hospital. Best juga tapi dengarnya sangatlah mencabar ambil medical di Leeds. Gulp.

-pic removed-

Ini adalah pakcik-pakcik tugu di Army Muzium of Leeds. Sangat besar dan sangat luas. World class juga kot sebab dia punya muzium merangkumi satu dunia punya sejarah persenjataan termasuk la Tanah Melayu (walaupun dia cuma ambil senjata di Sarawak. Amendela...) Dalam ini patung,arca,gerbang semuanya serba besar-besar belaka. 5 tingkat! Penat tapi best.

-pic removed-


Ini ruang tamu contoh rumah Inggeris yang ada pameran senapang. Lawa kan? Tapi sebenarnya kami buat port rehat-rehat sebab ada sofa. Haha, sukati kami betul. Nasib baik pakcik jaga buat dono je. Hehe~



Ini taman dalam University Leeds. Ala-ala taman tasik Taiping. Boleh tahan la. Banyak sangat taman kat sini. Boleh buat tempat lepak atau merajuk membawa diri. Aceh. Nasiblah Jordan tak banyak. Kalau tak, tiap-tiap hari datang kat situ. Wa, rindunya Malaysia bila masuk taman nih..



Ok, aktiviti tamat! Waktu tengah sunset ni, jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Lama kan baru nak gelap. Kami buat aktiviti tengok sunset sambil kira kapal terbang yang lalu dekat atas kepala selama sejam sebab terkunci kat luar. Kakak-kakak tu tak perasan loceng bunyi sebab loceng tingkat atas rosak. Salah saya juga sebab ambil satu nombor je. Bila handset tu off, ternganga je la.. Sob.sob.. Takpelah pengalaman. Nasib baik ada soraang heroin menyelamatkan kami gara-gara dia punya instict kuat dan takde kerja nak turun bawah sebab bosan duduk atas. Haha~ Adoi la hai,sabar je la~ ^_^

ok. Esok kami nak balik dah! Bertolak ke London pula. Bye Leeds. Leeds sangat best! Ada masa dan rezeki nanti kami datang sana lama-lama lagi~ Thanks encik-encik murakib sekelian termasuklah sepupu saya, Hanafi yang makin pokai sebab asyik belanja kitaorang. Hehe, syukran jazilan katheeran!

** Saya tak sempat mereply komen. Nanti-nanti la ya
** Lepas ni trip kelana convoy akan bermula. Doakan kami selamat semua. Nak update blog pun mungkin tak sempat kot. Tengokla karang~
** Precaution flu kami titik beratkan jugak di sini. Seperti yang orang-orang rujukan kami beritahu, kami kena sentiasa jaga kebersihan dan berjaga-jaga. Topeng muka memang kami bawak tapi takdelah pakai selalu. Segan gak sebenarnya kita sorang je pakai. Huhu.. Selain tu, setiap kali kami sentuh sesuatu barang yang orang lain juga sentuh, kami akan pakai hygiene fluid untuk cuci tangan sebelum dan selepas. Stok hygiene kami besar gak la. Harap-harap cukup untuk sepanjang cuti ini. Yang lain-lain, kami bua sekadar termampu. Tapi mostly, tawakkaltu 'ala Allah. ^_^ INsyallah, kullu kheir. Doakan kami juga ye.

11 comments

Write comments
cikgu jawe
AUTHOR
June 19, 2009 at 1:42 AM delete

waahh.. teringat dulu leeds main kt epl. slh satu kelab gergasi eropah. setanding dgn mu, arsenal dn liverpool. la ni leeds dh tertinggal jauh. main kt division satu jek. tu pun selalu kalah.

hahaha.. tercerita bola lak. kekeke

pekabo ainul?. :)

Reply
avatar
Asyila
AUTHOR
June 19, 2009 at 3:54 AM delete

amboi3..sempat lagi die update blog!

jelesnye dah sampai Europe~uwaa!ble kt nak pegi plak nih.huhu

Reply
avatar
Nadia Yuna
AUTHOR
June 19, 2009 at 7:54 AM delete

akak suka gamba last. cantik! =)

Reply
avatar
June 20, 2009 at 2:55 AM delete

Wowww.

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Betul tak, Ainul? I'm sure you have learned a lot along your journey~ (",)

Reply
avatar
jejakalkindi
AUTHOR
June 21, 2009 at 6:45 PM delete

salam..

wah2..leeds...nice place...bro pernah sampai ke situ..k.mai lagilah, graduate LU...bro pernah tulis pasai Leeds pun sebelum nie..http://myfisol.blogspot.com/2008/01/to-leeds-they-go.html

rumah kakak2 tu macam pernah lalu je..bro selalu lepak kat rumah member kat Consort View LS3, dekat2 situlah rasanya...Hyde Park memang cantik, tasik dia beku waktu winter..

Leeds University Parkinson steps satu lagi landmark..wajib berganbar kat situ kalau ke LU..

bro & k.mai nak tunggu pulak trip ainul ngan kelana convoy, mungkin ada familiar places yang kami pernah lalu..

Reply
avatar
atiqahzal
AUTHOR
June 22, 2009 at 10:04 AM delete

cinul..
nnt balik aku jumpa ko pki topeng jgn terasa ye..hehehe

Reply
avatar
Farid Rashidi
AUTHOR
June 24, 2009 at 10:38 PM delete

Assalamualaikum,

Salam ziarah dan berkunjung...

Waah, cantik-cantik di sana. Apapun, selamat berjaulah. Semoga Allah memberkati hidup.

Ada kelapangan jemputlah ke blog utk pertukaran link dan pendapat.

Reply
avatar
PrinCeSS
AUTHOR
June 27, 2009 at 2:13 AM delete

seronoknya jalan2 UK..tempat idaman maya tu..jeles sama kamu..
enjoy ur time~~
update banyak lagi pics tau!

Reply
avatar
July 7, 2009 at 2:03 PM delete

cikgu jawa:
erk, ilmu pengetahuan saya tentang bola lingkup cikgu.. huhu..
saya sihat alhamdulillah. ^_^ lama tak jumpa cikgu..

syila:
doa banyak-banyak. simpan duit banyak-banyak. Cari info banyak-banyak. insyallah ada rezeki nanti sampai punya lah.. ^_^

kak nadia:
me too. ^_^

Reply
avatar
July 7, 2009 at 2:23 PM delete

kak dila:
yups, absolutely.... banyak sangat yang ainul dapat..

bro fisol:
La... kak mai dari leeds ke? hoho, baru tahu nih. Tapi memang leeds sangat best! Macam nak pergi lagi je rasanya~ Insyallah nnti dah habis update ainul informkan ya.

tiqah:
sampai hati ko tiqah... kalau aku kena swine flu, takde nyer aku selamat lepas airport tu. Ketat gila nak lepas tau, siap ada sensor suhu badan lagi.. Hoho, cuak seketika aku kat sana.

Reply
avatar
July 7, 2009 at 2:26 PM delete

farid rashidi:
ws. syukran jazilan datang berkunjung. terima kasih juga atas ingatan. INsyallah, nnti saya bertandang

maya:
jangan jeles2... hehehe~ insyallah, nnti gambar lain bakal menyusul~

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *