Warna-Warni Taman

Salam..

Hari ni Jordan macam kena ribut pasir je gamaknya. Dari pagi tadi angin kuat sangat-sangat. Habis terbang segala debu dan sampah yang ada. Nasib baik kelas dalam dewan tu kukuh. Sebabnya pintu kaca kat luar dah banyak pecah berderai sebab angin. Nak berjalan pun mata asyik termasuk pasir. Dalam perjalanan balik tadi, persekitaran dan macam kena jerebu. Kabur semuanya. Harapnya tak serius sangat. Amin.

Oh ya, hari ni saya dah tak perlu pakai tongkat ke kuliah. Terima kasih pada ankle support dan sport shoes yang banyak meng-support kaki. Hehe.. Tak sakit sangat dah. Boleh jalan sikit-sikit asalkan kaki tetap dalam keadaan mendatar. Kalau senget sikit plane kaki, jadi ngilu balik. Alhamdulillah. Okla tu progression baik dah mula nampak.

Sangat seksa rupanya pakai tongkat. Rasa macam nak baling-baling je dalam tong sampah. Even kurang sakit kat kaki, tapi ketiak dan tangan pulak yang rasa lenguh. Tambahan kaki kanan yang sihat kena pressure lebih sebab nak kurangkan pergerakan kaki kiri. Kaki kiri yang berbalut ni plak asyik edema sahaja. Jadi tak stabil badan jadinya. Baru saya sedar siksanya orang bertongkat. Huhu, takmau dah pakai. Kaki, cepatla baik yer...

Terima kasih gak pada kawan-kawan dan senior yang prihatin dan sanggup tolong kalau saya perlukan sesuatu. Syukran jazilan katheeran. Semoga Allah balas jasa kalian dengan sebaik-baik kebaikan. Insyallah dalam sehari dua lagi sembuh 100% dah kot, takdelah menyusahkan korang lagi dah. Thanks!! (^_^)Y

Minggu ni sarapan saya sangat berkhasiat. Sebabnya tiap-tiap pagi, baba datang kutip buah askadania kat tepi-tepi rumah tu. Macam tahun lepas pun, bila dia kutip, mesti dia kasi kat kami sama. Kalau kami tak keluar rumah lagi, dia taruk selungguk buah tepi tembok. So, pagi-pagi bukak pintu je dapat buah free. Tu je la yang sempat saya bedal buat alas perut sarapan minggu ni. Ok la kan? Berkhasiat tu.. Fresh from pokok. Tinggal cuci sikit pastu ngap terus! Syukran baba..

Saya terperasan taman rumah kami dah mula berwarna-warni. Kalau dulu hijau dan koko, sekarang dah ada merah, pink, kuning dan putih. Yeay, sangat lawa dan wangi dan sedap. Merah, pink dan putih tu warna bunga ros. Oren pulak warna buah askadania. Ini fasa dua spring. Nanti dekat-dekat nak summer macam-macam lagi buah yang keluar. Tak sabarnyer... Terapi alam sekitar sangat baik untuk kesihatan. Sejuk hati keluar rumah. ^_^ Kalaulah saya boleh rembat bunga-bunga warna -warni kat jamiah tu bawak balik kan best. Nanti saya snap gambar kat jamiah plak yer.. Kali ni usyar taman rumah sendiri dulu. *yang last tu gambar tanah lapang di sepanjang perjalanan ke university. Sejak syita' macam tu. Buat saya rindu sawah di kampung * Tafaddhal..










Akhir kalam, minggu ni saya nak mula study dengan lebih bersungguh-sungguh. Sukan dah habis, jadi bolehlah tumpu study dengan sebaik mungkin. Yang bawah ini gambar budak perempuan batch saya (medik dan dentist) berlatar belakangkan pintu gerbang univeristy kami. Gambar ini antara sumber motivasi kami untuk graduate bersama-sama kelak.



Tepi gambar tu ada sekuntum ros yang saya baru petik tadi. Hehe, besar gedabak kan? Gila bunga sikit sekarang. Pagi tadi pun sangat teruja sebab baba kasi bunga ros pink sebelum pergi kelas. (siapa keluar paling awal, dia yang dapat. hoho) Baba sudah tua okay, sebaya tokwan saya. Bunga itu kira hadiah biasa-biasa saja. Dia kasi mama (isteri dia) bunga yang lagiii besar dan lawa. Bertuah mama dapat baba. Sudahlah romantis, kaya lagi tu.. Hehe.. Opss.. Sila jangan materialistik okeh! (^_~)Y Baiklah, cukup-cukup merapu. Nak sambung study. Jumpa lagi~

7 comments

Shazwani Adnan | May 4, 2009 at 4:18 AM

salam.

banyak sangat ke ros kat sana ainul? jeles nengoknya. hahaa.. petikkan sikit boleh? pass kan pada asma. huhu

arina | May 4, 2009 at 7:37 AM

Ainul = minah bunga.
Arina = jeles.
sekian.

uwais amzar | May 4, 2009 at 8:50 AM

yelah.. kakak ainul g study..study.. hehee... x cukup bunga meh ler dtg umah uwais ni..byk juga ha.. :D

Anak Pendang Sekeluarga | May 5, 2009 at 12:08 AM

salam...wah sawah padi pun ade ke.....

Anonymous | May 5, 2009 at 10:33 PM

kak ina may nak gak bunga??
skang nih dah nak musim bunga dah erk?
hhuhu ...kak ina minah bunga ker???bkan minah korea ker??

(^_-)pandai gak kakak aku nih main bola jaring...(bleh cayer kerk???)

Ainul Arina Madhiah | May 6, 2009 at 9:50 AM

kak wani:
banyak gak la... nak kasi kak asma? aha, tak yah.. karang dia simpan buat harta karun dia saje.. hehehe

arina:
tanam la sendiri kat rumah.. hehehe.. jangan jeles, karang aku amik kopi karang...

uwais:
nanti akak datang, uwais kasi kat akak sejambak bleh? hehe

Ainul Arina Madhiah | May 6, 2009 at 9:53 AM

fuad akmal:
mana ada sawah kat sini.. itu tanah lapang je.. sawah yang saya cakap tu sawah belakang rumah kat malaysia la..

amira:
musim bunga kat sini ala-ala cameron highland je mira.. sama je.. jangan caya ckap kawan kak ina la, mana ada kak ina minah bunga. Normal la suka bunga biasa-biasa. hehe.. kenapa? tak caya ke kak ina main netball? huhu, tngokla kakak siapa nih... heheheh

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images