Wajah Sekitar KARISMA'09'

3:33 AM 13 Comments A+ a-

Salam

Kehadiran atlet-atlet Irbid yang berkobar-kobar ke Mu'tah untuk KARISMA dengan tema utama Irbid : KAMI DATANG BUKAN SEKADAR TETAMU ...



Kamilah Barisan Skuad Bola Jaring yang sedia untuk menggempur...! Banner penaik semangat dijulang tinggi bersama semarak aura biru yang jitu..



Dua hari memerah keringat berjuang di medan court Solah Askari. Sebelum melangkah gagah di setiap perlawanan, semangat dipasakkan tawakkal dipanjatkan.. Ukhwah menyatu, kekuatan berpadu...



Matlamat Utama di Medan : Piala Perwakilan yang menunggu tangan-tangan juara... Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah jauh datang, biar sampai piala ke tangan..



Akhirnya......

Skuad Bola Jaring berjaya mendaki puncak! Juara dan tempat ketiga! Lelah hilang, senyum tak lekang.. Alhamdulillah....



Ini beberapa wajah atlet-atlet campuran. Bola Jaring, Bola Tampar, Pingpong dan Badminton bersatu di bawah satu nama : IRBID JUARA



Di akhir majlis, masing-masing pulang bukan dengan 'leher kosong'. Syukur alhamdulillah.. Sesi kira piala dan pingat. Hehe.. Semoga sejarah di Mu'tah KARISMA 2009 bawa kenangan yang manis kepada kita semua. Saya sangat sayang atlet akhawat semua! Tahniah! Mabruk!



Ini lagu tema KARISMA. Sangat tepat dan mengasyikkan.. Hari-hari terbayang lagu ini sewaktu berentap di sana. Serius, saya jadi sangat semangat dan mahu memberikan yang terbaik untuk yang lain. Alhamdulillah, KARISMA berjaya menyatukan kami antara mantiqah mahupun sesama ahli matiqah sendiri. Itu bagi saya. Harapnya sama juga bagi semua. Aminn...

Bersatu
Artist: Raihan


Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

** P/S : saya dah baik... alhamdulillah! yeay!

** erm, rasanya aritu ada ambil gambar dengan atlet mantiqah lain gak time main tapi tak ingat kat kamera siapa.. Nantila cari..

** credits to netballerz for the pictures specially kak asma : penyumbang terbanyak. (^_^)Y hehe

13 comments

Write comments
May 5, 2009 at 5:08 PM delete

alahai sampai sekarang xtau yg mana satu chinul :(

Reply
avatar
silversarina
AUTHOR
May 5, 2009 at 11:24 PM delete

Tahniah Pasukan Biru !!

Hilang rindu dapat tatap wajah2 yang masih kukenali di sana , thanks for sharing the photos .

Reply
avatar
May 6, 2009 at 5:49 AM delete

Tahniah pasukan bola jaring Irbid. Slm untuk yg tersengih tu :)

Reply
avatar
yellowrose
AUTHOR
May 6, 2009 at 6:46 AM delete

hah!!curi gmba org nmpk!kui3

Reply
avatar
May 6, 2009 at 6:56 AM delete

haish.

apesal gmb akk xde?

haha. lagi mau tanya..

xpe2, next karisma insyaAllah.

btw tahniah. cayalah korang!!

2 thumbs up!!

Reply
avatar
May 6, 2009 at 9:44 AM delete

chiam:
saya ada terselit di tengah itu ha..

makcik sarina:
mesti makcik kenal kakak-kakak senior tu kan? hehe... sama-sama..

kak ina:
terima kasih.. erm, tersengih yang mana satu? ramaiiii tu.. ^_^

Reply
avatar
May 6, 2009 at 9:48 AM delete

kak asma:
erk... hehe.. halal lah ye kak asma.. tolong promote akak juge.. see? see? makcik sarina pun suka.. haha.. ^_^

kak hanisah:
don't worry akak.. next year kita gabung lagi.. Rindu gak sebenarnya dengan pasukan lama.. Tahun depan kita kasi emas perak pulak ye.. (^_~)Y terima kasih!

Reply
avatar
alhanin
AUTHOR
May 6, 2009 at 10:38 AM delete

huhu seronok kan karisma kali ni.. okey, lancar tak gaduh-gaduh mcm dulu.. klu tak hot je.. alhamdulillah, ada terkecil hati sikit-sikit tu biasalah..

next time wat yang terbaik ek... akak doa dari jauh je.. hehehe

nasib baik mak kasi join klu tak gigit jari gak.. yele dah tahun akhir sempat lagi nak aktif-aktif ( mak yang kata :)..

pepun, moga ukhwah yang terjalin akan kekal ke SyurgaNya..

"Kami datang bukan sekadar tetamu "

Reply
avatar
yellowrose
AUTHOR
May 6, 2009 at 11:06 AM delete

kne ade kredit tuh...har3..kalo amek gmba org..har3..[saje buli ainul]huwah3

Reply
avatar
May 6, 2009 at 7:34 PM delete

kak ahiasah:
sama la akak... mak ainul pun risau gak awal-awal dulu. hehe.. next year takde dah la kot bunyi-bunyi kak KI yer? hehehe.. lawak ar...

kak asma:
aish, lupa la plak.. okeh-okeh.. nanti ainul kasi kredit tapi secara umum je la yer.. to netballerz je campur-campur sumber.. bukan akak sorang je. ahaks! *takmau kalah*

Reply
avatar
SangPelangi
AUTHOR
May 6, 2009 at 8:10 PM delete

Tahniah. Bagus juga kalau ada satu lagi novel sealiran dengan VT Hilal Asyraf, kisah di sekeliling permainan bola jaring, kan?

Reply
avatar
May 7, 2009 at 1:16 PM delete

Sang Pelangi:
Terima kasih.. Novel bola jaring maca, VT Hilal? Allah... Susah tu.. apatah lagi kalau nak buat yang setanding dengan VT. Sungguh tak layak rasanya. Cerpen pun masih kontang-kanting, inikan pula novel .. ^_^

Reply
avatar
crazerx
AUTHOR
May 7, 2009 at 10:01 PM delete

wah.. yg mne satu kak ainul ni?
nmpak gayanye terpaksa la saya tambah power specs ni.. ish3x..
sudah makin rabun agaknya.. huhu..
terasa diri makin tua..
kah3x..


p/s: kaki terseliuh ae? syafakillah ya ukhti..

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *