Pneumonia bulan May

10:43 AM 11 Comments A+ a-


Salam

Maaf lama saya tak menulis di sini. Dalam sebulan dua ini saya sibuk bersiap-siap untuk menghadapi final exam semester dua dan mesyuarat agung PERMAI bagi pengakhiran tempoh perlantikan sebagai AJK dalam persatuan pelajar di sini. Banyak yang perlu diselesaikan sebelum terlambat nanti. Lagipun silibus makin lama makin susah. Itu sebabnya sejak minggu lepas saya jarang lekat rehat-rehat di rumah.

Minggu ni sudah masuk minggu ketiga kami belajar sistem pernafasan. Sekarang tumpuan kami adalah pada penyakit Pneumonia. Saya paling teruja bila sampai di tajuk ini. Memang dari dulu saya tertunggu-tunggu nak belajar tentang pneumonia secara jelas. Dah dekat 5 tahun penyakit ni saya simpan dalam ingatan sebagai antara penyakit paling utama saya nak tahu. Entah kenapa saya terasa macam agak sakit hati dengan penyakit pneumonia ni.

Kenapa? Sebab saya pernah rasa sangat dungu bila saya langsung tak tahu apa-apa tentang penyakit ini bila ia datang menyerang adik saya dan menyebabkan dia pergi dari kami.

Ah, maaf. Mungkin ada yang bakal kata saya seakan-akan menyalahkan takdir dan tidak percaya kepada ketentuan Allah. Tak! Tak sama sekali. Saya redha dengan takdir kami. Tapi saya mengaku sekali-sekala memang saya terfikir dan teringin untuk berharap adik saya masih ada di sisi. Perasaan tu terlampau susah nak buang. Rindu yang teramat sangat dan takkan mungkin boleh terubat sebab memang kami hanya boleh bertemu kembali di akhirat sahaja.

5 tahun lepas, adik saya meninggal sebab Pneumonia. Saya yang waktu itu masih di asrama di skeolah menengah memang agak terkilan sebab kami langsung tak tahu dia kena jangkitan tu. Ingatkan demam biasa-biasa sahaja. Tapi bila satu malam dia sesak nafas dan dihantar ke hospital, doktor kata dah teruk sangat dan mungkin tak dapat diselamatkan. Tambah terkilan lagi, saya tak sempat jumpa dia di saat akhir dia masih ada. Yang sempat saya jumpa hanyalah tubuh kaku yang sedang tersenyum dan lena tidur tak terjaga langsung walaupun saya panggil berkali-kali.

Banyak kali saya tak dapat tahan air mata dari keluar bila belajar tentang Pneumonia. Saya terbayang-bayang setiap perubahan yang terjadi pada tubuh adik saya dari mula dia kena jangkitan sampailah ke akhir hayat dia. Dan kadang-kadang saya terfikir, kalaulah saya tahu awal simptom-simptom tu mungkin kami boleh berusaha ubati dia dengan lebih spesifik dan mungkin dia boleh diselamatkan. *Maaf, saya guna ayat 'kalau' dan 'mungkin' lagi*

Saya tahu mungkin saya berdosa terfikir benda-benda macam ni. Benda dah lepas nak ungkit balik buat apa kan? Bukannya adik saya boleh hidup balik pun. Dan bukan kuasa saya yang tentukan adik saya hidup atau mati. Lebih kurang macam mempertikaikan susunan takdir Allah je gayanya ni. Tapi biarkanlah saya sekejap macam ni. Saya tengah rindu yang teramat sangat pada adik saya. Saya masih tengah mencuba untuk jadi kuat sekarang. Saya dah lama redha tapi bila terlampau rindu,saya jadi terfikir yang bukan-bukan. Astaghfirullah, semoga Allah kuatkan saya kembali dari bisikan-bisikan ini..

Tambahan 15 Mei ini adalah hari jadi adik saya tu manakala 18 Mei pula adalah tarikh kematiannya. Seminggu sebelum dia meninggal, saya balik bercuti ke rumah. Waktu itu, saya rasa cuti tersebut adalah cuti yang biasa-biasa. Tak pernah saya bayang lepas cuti tu, akan ada perubahan besar dalam keluarga saya.

Memang selalu sangat saya jadi haru-biru bila tarikh-tarikh tu nak dekat. Sebabnya lepas adik saya pergi, peristiwa tu selalu buat saya rasa takut sebab saya tahu tak akan boleh sedar mungkin dalam beberapa hari lagi ada insan-insan penting lain dalam hidup saya yang akan pergi sebagaimana saya tak pernah sangka adik saya akan pergi seminggu lepas saya kembali ke sekolah seperti biasa.

Semua ni banyak ajar saya untuk lebih bersedia dan berjaga-jaga dari selalu. Hilang seorang adik pun saya dah rasa berat ya amat, apatah lagi kalau hilang yang lain. Saya sangat takut dan kalau boleh saya tak mahu tapi mustahil saya dapat menghalang fitrah alam. Tambahan saya sekarang jauh dari keluarga. Itu buat saya makin cuak. Saya tak mampu buat apa-apa. Yang saya tahu sekarang hanyalah berserah dan bergantung sepenuhnya kepada Allah. Semoga saya dijauhkan dari berhadapan dengan perkara yang sama dalam waktu saya di sini. Saya letakkan sepenuh penjagaan keluarga saya di Malaysia kepada Allah. Semoga mereka semua sihat walafiat selalu. Amin..

Sebab itu dalam banyak-banyak bulan dalam setahun, bulan Mei adalah antara bulan yang paling mengingatkan saya tentang kematian. Walaupun terlampau banyak hari keraian dalam bulan Mei, saya lebih cenderung untuk ingat bahawa bulan ini bulan saya hilang sesuatu yang berharga. Mungkin boleh nak kata ini bulan kesedihan. *eh, macam over pulak.. Huhu.. Nope! Be strong! Ini bukan bulan kesedihan, ini bulan kegembiraan sebab Fatimah dah boleh bergembira disana dan terlepas dari derita di dunia.. *

Cucu tuan rumah saya di sini ada seorang yang rasanya menghidap cerebral palsy juga. Rumahnya sebelah rumah saya je. Minggu ini tengah berkira-kira nak pergi jenguk dia. Teringin sangat nak peluk budak tu untuk lepas rindu pada adik sendiri yang dah tak ada. Harapnya ada peluang nanti. I miss her so muchh!!! Sedekahkan Al-fatihah untuk Fatimah jom...

@->- Mama, abah.. sori kalau sms rindu Fatimah haritu agak emo. Asyik terbayang sangat dia kat mana-mana sekarang terutama bila belajar something yang berkenaan tentang dia. Sampaikan salam Ina pada Fatimah ye kalau Mama dengan abah ziarah dia nanti.

@->- Mama, Selamat Hari Ibu. Ni 2nd time. Ikut kalendar Eropah pula. Aritu dah wish guna Kalendar Jordan kan? Istimewa sikit tahun ni dua kali. Hehe.. Tapi, mama tetap istimewa dalam hati Ina tak kira masa. You are always queen of my heart!

@->- Amira, good luck for your exam.. All the best.. Bitaufiq.. Semoga dipermudahkan dan berjaya kelak. Aminn (^_~)

@->- Aiman, tahniah dapat nombor tiga dalam bola sepak. Hoho, hebat gak main bola. Lamanya tak sembang ngan Aiman. Rindu nak membebel kat Aiman. Busy sungguh dia! Kalah Kak Ina nih.. (-_-)'

@->- Asyraf, selamat balik INTEC!! (^_^)Y

@->- Abah, erm... nak pesan apa ek? Orang takde nak 'menyibuk' tak kena tempatlahh (sangat mengikut cakap kan? baik sungguh anak abah ni..) hehe.. Jaga kesihatan okeh?, ina dah belajar hypertension banyak dah, siapla balik ni Ina jadi doktor kat rumah, Dr Lim boleh bersara la lepas ni.. Haha.. (*_*)

@->- Fatimah a.k.a Aina Aliyani, i miss you so much!

11 comments

Write comments
May 12, 2009 at 9:18 PM delete

erm. akak tak berapa fasih sangat dengan istilah2 penyakit ni. terus google pneumonia. penyakit radang paru2 ye ainul?

setiap kali ainul rindukan arwah adik, hadiah kan lah al fatihah, yaasin atau apa2 surah untuk dia. moga dia bahagia di sana. kakak tahu ainul kuat orangnya. =)

Reply
avatar
uTP circuit
AUTHOR
May 13, 2009 at 12:36 AM delete

salam ainul,
i belief u are a great doc-to-be.!
nnt bole la hg rawat aku, dpt diskaun ;)
-al-fatihah for ur late sis =)

Reply
avatar
May 13, 2009 at 7:17 AM delete

Kak Diya:
haah akak.. memang itu pun saya selalu buat kalau teringat dia.. huhu.. thanks akak.

Laila:
ws laila.. thanks a lot! insyallah, doakan aku tau. Diskaun? Tengoklah dulu, karang aku panggil ko sekeluarga datang klinik aku yer.. Acece.. aminnn.. ^_^ Thanks for you wish.

Reply
avatar
May 13, 2009 at 7:39 AM delete

salam.

takziah untuk awak. kita yang hidup ini doakan kebahagiaan dia di sana. insyaallah segalanya baik.

awak lepas ni boleh la jadi doktor yang baik. Rawat semua pesakit dengan baik. insyaallah awak boleh buat

Reply
avatar
mUneer
AUTHOR
May 13, 2009 at 9:12 AM delete

bilaman kata manusia.pasti kita akan hadapi ujian. ini fitrah dan sunnatullah

dan bila mana kita mengaku org beriman. pasti dan pasti kita akan diuji cuma bagaimana ujian tu dtg kita tak tahu.

(al-ankabut:2-3)

semoga rohnya dicucuri rahmat
wallahu'alam

Reply
avatar
May 13, 2009 at 1:26 PM delete

kak wanie:
ws. terima kasih akak. insyallah, semuanya baik-baik belaka... Aminnn.. doakan saya ye.. smoga makbul la doa akak tu.

senior munir:
betul..betul.. terima kasih.

Reply
avatar
KS
AUTHOR
May 14, 2009 at 11:18 AM delete

Salam Ainul.

Dari hari tu nak komen tapi tak sempat. Erm... Baru sekarang KS tahu tentang jawapan nama adik beradik kamu yang KS salah jawab di kuiz FB. Dan baru sekarang KS maklum apa sebabnya.

KS yakin dia berada di taman syurga. Al-Fatihah untuk arwah.

Reply
avatar
Aleen
AUTHOR
May 15, 2009 at 7:17 AM delete

Assalamualaikum Ainul..

I'm sorry.. I guess losing sumone is never that easy..

And I'm sorry again for not being there as ur crying shoulder when u're sad..

Please accept my coindolences..

Aleen sbnrnya xpernah tgk kematian di hdpn mata... Selalunya hanya jenazah je yg sempat ditatapi.. InsyaAllah tempat adik ainul tu di syurga, pergi dia dgn senyum..

Lesson from ur post diz time utk Aleen :

1) Hargai dan ucapkan sayang kpd yg masih hidup,

2) ingat yang pergi, dan jadikan mati sbg tazkirah

3) mohon khusnul khatimah utk diri sendiri, dan semua org..

Reply
avatar
Aleen
AUTHOR
May 15, 2009 at 7:17 AM delete

Assalamualaikum Ainul..

I'm sorry.. I guess losing sumone is never that easy..

And I'm sorry again for not being there as ur crying shoulder when u're sad..

Please accept my coindolences..

Aleen sbnrnya xpernah tgk kematian di hdpn mata... Selalunya hanya jenazah je yg sempat ditatapi.. InsyaAllah tempat adik ainul tu di syurga, pergi dia dgn senyum..

Lesson from ur post diz time utk Aleen :

1) Hargai dan ucapkan sayang kpd yg masih hidup,

2) ingat yang pergi, dan jadikan mati sbg tazkirah

3) mohon khusnul khatimah utk diri sendiri, dan semua org..

Reply
avatar
May 20, 2009 at 3:15 PM delete

KS:
ws. Thanks KS. ^_^ amin..

p/s: 0% really makes myself nganga ok.. hehe

Aleen:
ws. apa yang ko cakap tu semuanyaaa betul. That's true! Thanks for your concern. Baguslah kita belajar dari kehidupan. ^_^

Reply
avatar
armouris
AUTHOR
May 23, 2009 at 4:22 AM delete

info tentang pneumonia kat sini - Cegah Pneumonia

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *