Not Made In Jordan

Salam.

Tadi tengah kemas buku-buku dan barang-barang, tetiba ternampak satu cebisan kertas tulis " made in china". Teringat pula satu kejadian hari tu..




Sepupu : Arina, belikan aku jubah Jordan satu, boleh?

Saya : Jubah Jordan tu macam mana?

Sepupu : Mana la orang tau. Tapi kan, kat sini kawan-kawan punya jubah ada dari arab saudi, yaman, sudan. Semua lain-lain punya pesen. Hang belikanlah satu yang dari kat sana. Nak pakai time gi masjid nih.

Saya : Tengok la nanti kalau Ina jumpa, Ina beli.

Sepupu : Okay, belikan yang tebal-tebal sikit tau. Yang berkualiti sikit. Sini sejuk. Mahal pun takpa, nanti bayar balik.

Saya : Ok, bos!


Bila pergi kedai jual jubah...

Saya : Pakcik, kasi saya jubah lelaki satu. Yang untuk musim sejuk punya.

Pakcik kedai : Nah, yang ini elok untuk kau ambil.

Saya : Yang ni yang terbaik ke pakcik? Kalau ada yang lagi bagus, kasi yang itu lah. Mahal pun takpelah pakcik, saudara saya nak.

Pakcik kedai : Baik. Ha, yang ini paling bagus antara semua. Buatan arab saudi. Yang tadi tu turki punya barang.

Saya : Buatan jordan punya takde ke pakcik?

Pakcik Kedai : Buatan Jordan semua tak bagus. Kalau kau nak yang berkualiti, ambil yang arab saudi punya atau turki. Memang barang mereka bagus.

Saya : Erk, ok la kalau macam tu. (Sori la abang, Jubah Jordan disahkan tidak bagus oleh orang jordan sendiri.. Nasibla..)

Masuk pula kedai cenderahati...

Kawan : Nak beli apa untuk diaorang ni?

Saya : Ambil je la apa-apa yang berlambang kejordanan sikit.

Kawan : Aku amik ni la yer. Eh, try tengokkan jap made from mana?

Saya : (sambil belek-belek) Erm, from china.

Kawan: Ish, takde ke yang made from Jordan? Boleh buang tak sign form china tu?

Saya : Ada je tapi satu dalam seratus la kalau nak yang barangan berkualiti. Kalau yang cenderahati ni aku rasa mostly made from china. Jordan terer bab barangan kayu kayan je rasanya. Yang lain aku tak jumpa sangat.

Kawan : Tak paham aku aih dengan diaorang nih. Kenapa la tak cuba buka industry sendiri..

Saya : Ntah. Buat-buat faham je la paham.

(bila la korang nak maju kalau asyik bergantung macam ni je.. Kepada Rakyat Malaysia, silalah hargai barangan tempatan yang dijamin kualitinya.. )

14 comments

rafizzi | May 27, 2009 at 9:05 PM

assalamualaikum...

pelajar² di jordan kebykannya balik mlysia bila? emmm baca entry ni, just nak tmbh, kdg² key chain eiffel tower yg murah² pun byk made in china.. so kesimpulannya, mmg berlambak lah barangan made in china sana sini... :(

zulaikha | May 27, 2009 at 9:44 PM

uhuk
akak..we have to admit it kan?
dorg mmg cmtuh
doa2 la dorg cpt brubah
hehe*peace*

BAYT AMZAR | May 27, 2009 at 11:23 PM

betul tu Ainul! akk setuju.. alhamdulillah kita banyak juga brgn tempatan kita.. kat sini mmg asyik g mana2 mesti tulis "made in China" dr brgn plastik, kecil, ke brgn elektronik, besar, almost China! aduh... kesian lah dgn jordan ni.. :(

laki cikgu kimia | May 28, 2009 at 12:39 AM

buat sendiri mesti lah mahal.. labour cost di china lebih murah.

Ainul Arina Madhiah | May 28, 2009 at 1:03 AM

rafizzi:
kalau budak2 medik dan dentist, mostly balik bulan sembilan nih sebab kami wajib amik summer sem. Kalau budak agama, balik awal sket. Owh, kat paris pun lebih kurang gak ek? Hebat betul orang cina nih merata-rata barang dia je..

zulaikha:
tau takpe.. hehe

kak ayu:
tu la akak.. kadang2 nak angkut kasi kat orang n kata barangan jordan pun macam ala-ala segan sket sbb jelas terang tulis made in china.. huhu

qisti | May 28, 2009 at 1:40 PM

tau xpe kn ainul.. aku beria thn lps beli unta tu, made in china jgk. tsk.

tp aiskrim jordan sedap!

k.kilah | May 29, 2009 at 3:11 AM

akak agree dgn qisti..
aiskrim jordan sdp..dh la murah..plus susu dia pn lagik sdp dri msia..
walopn tk mnyak variasi..tp,sdp lah..hehe..

zulai | May 29, 2009 at 12:45 PM

hampir kebanyakan barang kat sini buatan china...tp rakyat2 jordan masih ader perasaan utk mengutuk2 negara china ,tanpa mereka sedari..ape yg dieorg gune,pakai..semua "made in china"...

p/s:org msia pn dipanggil china..haih...harap satelit jer besar ...

Anonymous | May 30, 2009 at 11:19 AM

zulai keluar tajuk

kawan aku pernah nampak satu produk jordan kat saudi

tau apa dia?

penutup tandas duduk

Ainul Arina Madhiah | May 30, 2009 at 7:16 PM

chiam:
kalau mahal tapi berkualiti takpelah, ini tidak.. -_-"

qisti:
buzah arabi? haah la ek.. itu kot yang betul-betul ori.. Nasib baik sedap.. haha~

kak kilah:
susu apa yang paling sedap kat sini akak? saya tak reti bandinglah.. macam sepesen je semua.. huhu..

Ainul Arina Madhiah | May 30, 2009 at 7:19 PM

senior zulai:
lain kali kita angkut buku geographi suruh diaorang belajar. Kat sini takde subjek tu kot.. hoho

encik anonymous:
erk..! erm.. tapikan produk-produk toilet diaorang boleh tahan gak lawa termasuk mozek toilet.. hehe.. Jadikla tu kot...

nazliahnazeer | June 3, 2009 at 1:25 AM

Salam.hye dik.ur blog very nice. :)
yeke barang2 jordan tak banyak buatan sendiri?agaknya kat negara arab mostly macam tu kot.dulu akak ke mekah dan madinah pun hampir semua barang dr china. hihi.
akak ada kawan dari jordan, dia study master kat malaysia.tapi dia bagus je.;)tak semua orang sama la kan, orang lain kutuk org malaysia, kita kutuk org negara lain. macam2.:P barang2 ceramic or tails ni mmg diorang bagus kot.ade tahu satu kilang ni kat irbid.

Ainul Arina Madhiah | June 4, 2009 at 12:52 PM

kak nazliah:
ws kak. terima kasih sudi menjenguk.
haah, betul je apa akak cakap tu. Lagipun, bukan semua tentang jordan teruk. Banyak je lagi yang baiknya. Cuma entry kali ni lebih kepada satu kekurangan dia je. hihi.. Kilang ceramic kat irbid? Eh, ada ke? Nama apa ye? kenapa saya macam tak pernah dengar., huhu

nazliahnazeer | June 16, 2009 at 8:38 PM

hehe tak tahu nama ape.sorry lambat balas.nanti akk tanya kawan tu.tapi family dia memang kaya giler. :P

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images