Menuju tamatnya semester 2

Salam

Hari ni kelas semester dua secara rasminya telah selesai sekaligus menandakan dalam seminggu dua lagi exam midterm Respiratory System akan bermula dan sehari selepas exam midterm tu, final exam terus berjalan. Ada tiga sistem sepanjang semester dua ( HLS, CVS dan RS ). Setiap final exam sistem dapat selang 4 hari sahaja untuk mengulangkaji silibus yang berlonggok-longgok tu. Nasib baik study-leave kali ni dua minggu. Ada sikit masa tambahan la kiranya walaupun macam sangat kronik. Semoga semua dapat review habis-habisan sepanjang masa yang ada ni. Amin..

Sehari dua ni kepala sangat denyut-denyut. Sebab utamanya ialah sakit gigi. Dua hari lepas, doktor baru upgrade step rawatan braces. Kali ni enam gigi depan atas dan bawah diletakkan getah sambung yang menyebabkan semua enam-enam gigi akan bergerak merapat ke tengah. Waktu awal lepas bubuh getah masih rileks biasa-biasa. Lima enam jam selepas itu gigi dah mula rasa kebas semacam. Esoknya bila bangun, kepala berdenyut sebab gigi sakit yang amat. SYENGAL!! Semalam hari paling teruk. Sakit gigi merebak jadi sakit kepala. Nak buat kerja semua tak jadi, rawatan paling mujarab ialah dengan telan paracetamol dan tidur sepuas hati selagi sakit tak hilang. Kelas-kelas terakhir pun tak best sangat sebab asyik teringat katil. Nasib la.. Ampun doktor, semalam lecture hall saya nampak macam bilik tidur ditambah dengan lampu yang suram-suram dan kedudukan yang sengaja saya duduk di area-area belakang sebab komfirm sangat takleh tumpu dan akan lost in action. Maka, memang seharian saya tak dapat tangkap sepatah apa pun kecuali graf-graf ECG yang secara tetiba muncul dalam buku ketika saya mamai di kelas.

Alhamdulillah hari kedua okay sikit. Tapi rasanya dalam seminggu dua ni, saya beri MC pada gigi-gigi yang bergetah ini dari berfungsi. Nak paksa tak boleh sebab pertamanya memang sangat sakit (pernah terlupa gigi ada getah, pastu pergi makan macam normal. Baru nak tarik makanan sikit, dah terjerit sakit. Sumpah tak berani buat dah!) , keduanya terasa macam gigi-gigi ini longgar dari tempatnya. Pernah terbayang takut tengah-tengah paksa carik-carik makanan tu, sekali bukan makanan yang terpotong tapi gigi yang terkeluar. Gulp. Takmau. Takmau. Maka, disebabkan makanan lembut selain aiskrim payah nak cari dan malas nak buat, setiap makanan yang ada perlu dikecil-kecilkan guna tangan dan disumbat terus ke gigi geraham untuk sesi kunyahan. Nasib baik gigi belakang tak letak getah lagi. Kalau tak, mahunya kena puasa selagi getah masih ada. Huhu.. Tapikan makanan yang kena tarik-tarik seperti syawarma memang kena diberhentikan buat masa sekarang. So, sila jangan belanja saya syawarma ye kawan-kawan kalau tetiba rajin nak bersedekah.(^_^)Y

Tadi malam, ada buat slot dengan adik-adik junior. Minggu lepas slot dengan kakak senior IKIP. Slot gabungan Warta Displin-Ikhtilat Sifar-Taaruf kali terakhir AMMH. Aduhai, dah nak habis sesi ni pun ada gak lagi yang tertukar orang. Rasanya bukan kali pertama taaruf nih. Takpelah, biasalah manusia mudah lupa. T_T Skop yang lain pula tu memang tak berkesempatan sangat buat sepanjang sesi dulu sebabnya kekangan masa yang susah sangat nak menyelit. Okla tu dapat buat sekarang. Better late than never kan?

Lagi sebulan je lagi nak pegang jawatan ni. Lepas ni dah serah pada orang lain. Serius saya tak sabar nak habis sesi. Susah rupanya berkhidmat untuk orang nih. Patutnya kadang-kadang jumpa orang yang tak nak pegang jawatan sebab malas nak fikir pasal orang lain. Bukan senang tahu. Bak kata seorang senior : " Menjadi wakil pelajar ni lebih kurang macam jadi hamba masyarakat sekeliling. " Bukannya boleh goyang kaki pun. Amanah dah la berat nak selesaikan. Tambahan bila nak semua orang puas hati dengan kerja kita. Perit kalau tak tahan. Macam mana la boleh wujud manusia gila pangkat? Hairan bin ajaib.

Oh ya, selalu time-time nak dekat final macam ni banyak BKAN buat program solat hajat ramai-ramai. Join jangan tak join. Mana tau tetiba dapat tempias berkat makbul doa orang soleh, insyaallah berjaya kita semua. Ha, jumaat ni ada perjumpaan batch sekali dengan solat hajat ya kawan-kawan batch MEJ7 semua. Semoga kali ni semangat yang hilang lepas habis CVS kembali datang.. Ada lagi dua minggu untuk kembali sedarkan diri. Jangan give up, jangan tension. Teruskan usaha dan tawakkal secara istiqamah. Ganbatte!

Oklah, cukup setakat ini. Doakan saya dan kawan-kawan dapat study dengan tenang untuk final kali ni. Moga-moga semua cemerlang dengan jayanya. Didoakan juga supaya semua dapat dijauhkan dari tekanan perasaan sepanjang minggu exam nih. Ini kali pertama final exam sistem. Dari jauh dah boleh rasa bahang nota bertimbun nak dibuka balik. Tertekan juga kalau tak boleh bertenang. Semoga semua dipermudahkan selalu.Amin..

10 comments

mashimonta | May 20, 2009 at 9:26 PM

ainul..ooo ko la rupe2nye yg mencurik adik2 MEKAP ku..isk3~

Ainul Arina Madhiah | May 21, 2009 at 5:17 AM

mashimonta:
uiks, mashimonta dah ada datang jordan ke? Wa... mashimonta, rindunya kat ko... bila la nak ulang projek culik ko kasi tuan ko nangis ek? haha..

p/s: Una, aku tak berniat nak menculik mereka. Tapi tersengaja. Hehe..

razyana | May 21, 2009 at 11:14 PM

Tahniah, nak selesai dahhhh :)

YorieMorie | May 23, 2009 at 3:59 AM

salam kak ainul...

wah...igt kn sy kt sini jer bz ngan sume2 ketas exam ni.....
huhu...all the besh yarh..;)
da bis sem nnt leh la rehat kn..
x blk sini ker?
k la,,,may Allah blss u...
till then,,slm...

Anonymous | May 23, 2009 at 9:14 AM

ainul!!!!!!!!!shahira ni weh =)
wah kawan jauh saya nak exm da ni..ainul!ganbate!!all da best..semoga berjaya weh..wat leklok ok!the future of M'sia depends on u(cewah..haha)bg semangt sket =p

aurora hijau | May 24, 2009 at 7:59 PM

Semoga berjaya!
Salam sayang dariku..=)

Fatehah | May 25, 2009 at 8:11 PM

haha,
pakai braces gak ke?
kt sini demam braces plajo2
almaklumla murah
pehtu wane wani plak tu..hehe
tringin plak, cm comey tp gigi dah lawa..wahahaha

gud luck exam, kmi kt alex dlm condition stress nk exam ni..
rse bnyk sngt..tmbh2 result aritu rmi truk, n ade yg kene repeat...
huhuhu..
doakan kami juge ye...

arina | May 25, 2009 at 11:16 PM

teeth Ainul dah cantek beb!

Ainul Arina Madhiah | May 26, 2009 at 2:13 PM

kak yana:
terima kasih akak.. alhamdulillah, lega.. ^_^

yorriemorrie:
ws dik. Akak balik je tahun nih. insyallah bulan sembilan karang.. tak sabar nih.. hehe.. thanks dear. all the best to you too. ^_^

shahira:
erm, ni shahira mana satu? shahira matang tok mahat ka shahira gopeng ka shahira uia? hoho, sori la.. konpius ramai sngat shahira. ^_^ thanks for the wish! doakan ek!

Ainul Arina Madhiah | May 26, 2009 at 2:16 PM

aurora hijau:
terima kasih! ^_^

teha:
lama dah la aku pakai. Sejak bulan lapan last year. Tu pun lepas naik kecut perut kawan-kawan dentist aku cerita macam-macam tentang gigi aku. hoho, nasib la berkawan dengan dentist ni, gigi mau perfect kalau tak mahu dgr complication yang menakutkan. hehehe... good luck teha! semoga kita sama2 berjaya . amin...

arina:
pakai braces bukan untuk kecantikan, tapi untuk kesihatan da.. aceh.. haha~

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images